You are on page 1of 1

Tutorial 1: JANJANG ARITMETIK

1. Anda telah diberikan satu pekerjaan dengan gaji permulaan sebanyak RM10 000 dan
kenaikan gaji sebanyak RM500 setahun. (Andaian : Gaji diterima pada akhir tahun)

(a) Apakah gaji anda pada tahun ke-6?

(b) Apakah gaji yang telah diterima dalam 6 tahun yang pertama?

(c) Cari tempoh apabila gaji anda meningkat ke RM20 000

2. Untuk menjelaskan suatu hutang sebanyak RM600, anda bersetuju membayar RM60 sebulan
berserta faedah 2% sebulan terhadap baki berkurangan selama 10 bulan. Cari

(a) nilai bayaran ke-7

(b) jumlah faedah yang akan anda bayar

3. Sebuah kedai menjual peralatan sukan bernilai RM10 000 dalam tahun pertama ia
beroperasi. Pengurus kedai itu meletakkan satu sasaran peningkatan jualan sebanyak
RM7500 setiap tahun untuk 19 tahun. Cari jumlah jualan dalam tempoh 20 tahun pertama
kedai itu beroperasi (dengan anggapan sasaran itu tercapai).

4. Anda telah ditawarkan bekerja dengan dua buah firma. Firma A menawarkan gaji permulaan
sebanyak RM72 000 setiap tahun dan menjamin kenaikan gaji RM2700 setiap tahun untuk 10
tahun. Firma B menawarkan gaji permulaan sebanyak RM66 000 setiap tahun dan menjamin
kenaikan gaji RM3900 setiap tahun untuk 10 tahun. Berapa banyakkah jumlah wang setiap
firma akan bayar kepada anda untuk tempoh sepuluh tahun?

5. En. Bahar meminjam RM3600 dan bersetuju membuat bayaran balik pinjaman dalam
ansuran bulanan bagi tempoh 3 tahun seperti berikut: 1% daripada baki pinjaman setiap
bulan sebagai yuran perkhidmatan, dan RM100 setiap bulan untuk mengurangkan pinjaman.
Apakah jumlah keseluruhan bayaran pinjaman bagi tempoh 3 tahun ini?

1