You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan
Benda hidup memerlukan keperluan asas untuk terus berhidup di dunia ini. Antaranya ialah
air, udara, makanan, dan tempat tinggal. Makanan memainkan peranan yang penting dalam
benda hidup. Makanan memberikan tenaga kepada benda hidup untuk meneruskan proses
kehidupan mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, manusia melakukan proses masakan
untuk makan sesuatu makanan. Bagi menambahkan kelazatan sesuatu makanan, manusia
juga menambahkan bahan tambah makanan.

Secara umunya, bahan tambah makanan ialah bahan tambah makanan yang
semulajadi atau sintetik yang ditambah pada makanan untuk mengelakkan kerosakkan,
bentuk, rasa atau tekstur sesuatu makanan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia
(2014), bahan tambah semulajadi merupakan bahan selain daripada kandungan utama
dalam makanan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali
sebagai aditif yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan dengan sengaja secara
selamat.Sebaliknya, bahan tambah makanan yang sintetik pula, aditif yang dimasukkan
dalam makanan yang diperbuat daripada bahan kimia. Aditif sintetik ini diperbuat oleh
manusia sendiri. Penggunaan aditif dalam makanan telah menjadi amalan biasa sejak
ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara.

Kesimpulannya, kita perlu mengetahui aditif makanan ini dan perlu memilihnya
secara bijak supaya tidak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara.

bahan tambah aditif makanan yang semulajadi


makanan yang
semulajadi tidak mengandungi bahan kimia

aditif makanan yang sintetik


bahan tambah banyak mengandungi bahan kimia
makanan yang sintetik
diperbuat oleh manusia

Rajah 1.1 menunjukkan pengelasan umum bahan tambah makanan

1
1.1 Tujuan Penambahan Bahan Tambah Makanan

Bahan tambah makanan (food additives) ialah bahan yang ditambah pada makanan untuk
meningkatkan kualiti dari segi tekstur, rasa, dan keselamatan. Terdapat beberapa tujuan
manusia menambah bahan tambah makanan. Antaranya ialah, memusnahkan
mikroorganisma supaya makanan selamat dimakan. Mikroorganisma mengurai dalam
makanan dan menghasilkan toksin yang mencemarkan makanan seterusnya meracunkan
makanan tersebut. Selain itu, proses ini penting untuk menjadikan makanan tahan lebih
lama. Pemusnahan mikroorganisma juga menjadikan makanan tahan lebih lama. Hal ini
disebabkan kerana tiada lagi mikroorganisma yang boleh menguraikan makanan dan
proses ini dapat menghentikan tindakan enzim mikroorganisma terhadap makanan. Di
samping itu, kaedah ini juga meningkatkan kelazatan dan kandungan nutrien dalam
makanan. Contohnya, perisa dan pewarna ditambahkan kepada makanan untuk
menjadikan makanan itu lebih lazat dan enak. Nutrien juga ditambahkan kepada makanan
untuk menjadikannya kaya dengan zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan.

memusnahkan
mikroorganisma

tujuan
pemprosesan
makanan
meningkatkan
kelazatan dan makanan
kandungan tahan lebih
nutrien lama

Peta buih 1.1 menunjukkan tujuan pemprosesan makanan

2
1.2 Aditif Makanan Semulajadi

Pada zama dahulu, sejarah penggunaan bahan tambah semulajadi telah bermula sejak dari
nenek moyang kita. Aktiviti ini telah diwarisi secara turun-temurun sehingga pada masa kini
dengan teknologi yang canggih. Terdapat beberapa contoh aditif makanan semulajadi.
Antaranya ialah, gula, garam, serai, kunyit dan daun pandan. Gula digunakan untuk
memberi rasa manis dalam sesuatu makanan. Gula selalunya digunakan dalam makanan
tradisional tempatan seperti kuih lapis, kuih onde-onde dan sebagainya. Selain itu, kunyit
berperanan memberi warna kuning pada makanan secara semulajadi. Kunyit merupakan
rempah biasa digunakan dalam masakan di negara-negara Asia. Seterusnya, serai pula
digunakan sebagai penambah perisa dan keharuman sesuatu makanan. Penggunaan serai
sebagai bahan tambah makanan menambahkan lagi kelazatan sesuatu makanan. Di
samping itu, daun pandan. Air perahan daun pandan digunakan dalam penghasilan kuih-
muih tempatan. Daun serai pula, menambahkan bau wangi dalam sesuatu masakan.
Misalnya, daun pandan digunakan dalam masakan nasi lemak. Akhirnya, garam digunakan
sebagai pengawet tradisional yang mengawet makanan. Hal ini juga menambahkan rasa
makanan.

Gambar 1.1 menunjukkan contoh bahan tambah makanan semulajadi

3
1.3 Aditif Makanan Sintetik

Aditif makanan sintetik merupakan bahan tambah rasa yang diperbuat oleh manusia. Aditif
makanan ini diperbuat dengan kehadiran bahan kimia. Bahan kimia ini digunakan untuk
pelbagai tujuan. Antaranya ialah, mengawet makanan. Makanan diawetkan supaya ia tahan
lebih lama. Makanan juga diawet supaya boleh mendapati bila-bila masa. Contohnya, durian
merupakan buah yang hanya dapat pada musim tertentu. Dengan mengawet, kita boleh
mendapat produk-produk yang dihasilkan daripada durian pada bila-bila masa. Selain itu,
pengawetan menggunakan bahan kimia ini juga meningkatkan kualiti sesuatu makanan. Hal
ini dapat meningkatkan tektur yang baik, warna yang menarik serta bau yang wangi pada
makanan. Seterusnya, pengawetan dilakukan juga untuk menambahkan nutrisi dan rasa
sesuatu makanan. Contohnya, penambahan asid askorbik dalam jus oren menambahkan
nutrien dalam kandungannya. Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang ditambah dalam
makanan.

1. Bahan awet

Bahan awet merupakan bahan yang ditambah pada makanan mengelakkan pertumbuhan
mikroorganisma pada makanan. Bahan awet ini juga menghalang pembiakan
mikoorganisma pada makanan. Contoh bahan awet ialah asid benzoik, sulfur dioksida dan
sebagainya.

Bahan Awet Contoh Cara Pelaksanaan


Sulfur dioksida Jus buah-buahan Bahan ini akan
Natrium benzoat Sos tomato, sos chilli
melumpuhkan pertumbuhan
Natrium nitrat Burger, sosage
mikoorganisma

Jadual 1.1 menunjukkan beberapa jenis bahan awet

2. Pewarna

Pewarna merupakan bahan yang ditambah pada makanan untuk menambahkan warna
supaya makanan kelihatan cantik. Pewarna ditambah untuk makanan menarik perhatian
pembeli. Contohnya, "tartrazine" , "brilliant blue FCF" dan sebagainya.

4
3. Perisa

Perisa digunakan untuk menambahkan rasa pada makanan. Perisa juga digunakan pada
makanan yang diproses untuk menambah kelazatannya.

Perisa fungsi Contoh


Mononatrium glutamat Menjadi perisa kepada Rempah ratus, soup yang
banyak makanan ditinkan
Aspartam Untuk maniskan sesuatu Minuman
makanan
"Synthetic essences" Warna tiruan yang "Pentyl ethanoate" (perisa
mempunyai perisa yang pisang), "ethyl butanoate"
sama (perisa nanas)

Jadual 1.2 menunjukkan contoh perisa

4. Penstabil

Penstabil merupakan bahan yang ditambah pada makanan untuk menghalang proses
pemendapan cecair dan memekatkan makanan. Penstabil digunakan pada makanan yang
mengandungi minyak dan air. Contohnya, margarin, ais krim, mayonis dan sebagainya.
Contoh penstabil ialah lectin, mono- dan di-glicerida asid lemak.

5. Pengantioksida

Pengantioksida merupakan bahan kimia yang ditambah pada makanan supaya


mengelakkan pengoksidaan berlaku yang boleh menyebabkan lemak menjadi rancid.

Pengantioksida contoh Fungsi


Butylated hydroxynisole Margarin Untuk mengelakkan minyak

5
(BHA) dan butylated menjadi rancid
hydroxytoluene (BHT)
Alpha tocopherol ( vitamin E) Minyak sayur Untuk mengelakkan minyak
menjadi rancid
Natrium citrat Daging yang dimasak Untuk mengelakkan lemak
menjadi rancid

Jadual 1.3 menunjukkan contoh pengantioksida

Rumusan bahan kimia

Jenis bahan kimia Contoh fungsi


Bahan awet asid benzoik Menganggu pertumbuhan
sulfur dioksida dan pembiakan
mikroorganisma dalam
makanan
Pewarna sunset yellow Makanan kelihatan lebih
carmoisine cantik dan menarik
Perisa vanilin Menambahkan rasa dan bau
mononatrium glutamat pada makanan
Penstabil gelatin Menghalang proses
kanji pemendapan cecair dan
agar-agar
memekatkan makanan
pengantioksida asid askorbik Melambatkan pengoksidaan
tokoferol lemak dalam makanan dan
asid sitrik
mencegah ketengikan
minyak

6
1.4 Perkembangan Teknologi Dalam Pemprosesan Makanan

Pada zaman globalisasi tanpa limitasi ini, terdapat beberapa kaedah kaedah yang
digunakan dalam industri pemprosesan makanan.

pengetinan
dan
pembotolan

penyinaran pempasteuran

Jenis
Pengawetan

pendinginan penyejukbekuan

pembungkusan
pendehidratan vakum

Peta buih 1.2 menunjukkan jenis pengawetan yang digunakan pada masa kini

7
1. Pengetinan dan pembotolan

Kaedah ini dilakukan dengan pemanasan makanan pada suhu yang tinggi untuk membunuh
bakteria dan fungi. Makanan akan dipanaskan pada suhu 85C dan dimasukkan dalam tin
atau botol yang telah disterilkan. Tin makanan akan akan dipateri dan dipanaskan dengan
stim di bawah tekanan serta 121C. Contoh makanan yang disimpan dalam kaedah
pengetinan dan pembotolan ialah buah - buahan, daging, ikan, sayur-sayuran dan
sebagainya.

2. Pempasteuran

Dalam kaedah pempasteuran, makanan dipanaskan pada suhu 72C dalam masa 15 saat
atau 63C dalam msa 30 minit. Kemudian, makanan tersebut serta merta disejukkan dan
akan dibungkus. Contoh makanan ialah jus buah-buahan, susu segar, yogurt dan
sebagainya.

3. Penyejukbekuan

Penyejukbekuan merupakan proses menyimpan bahan makanan pada suhu yang sangat
rendah (bawah 0C) sehingga makanan membeku. Proses ini dilakukan secara perlahan.
Bagi penyejukbekuan yang segera, makanan disejukbekukan pada suhu kurang -18C.
Contoh makanan ialah daging, ikan dan sebagainya.

4. Pembungkusan vakum

Pembungkusan vakum ialah proses di mana udara dikeluarkan daripada bekas makanan.
Makanan akan disimpan pada bekas kedap udara. Proses ini sesuai untuk menyimpan
makanan yang mudah rosak akibat pengoksidaan. Kaedah ini digunakan juga untuk
menyimpan makanan segar seperti buah-buahan, dan sayur-sayuran.

5. Pendehidratan

8
Pendehidratan merupakan proses di mana air disingkirkan daripada makanan. Terdapat
beberapa cara yang digunakan untuk menyingkirkan air daripada makanan iaitu menjemur
makanan di bawah cahaya matahari, mengeringkan makanan dengan haba yang tinggi dan
juga menvakumkan makanan sehingga kering.

6. Pendinginan

Proses pendinginan merupakan proses mendinginkan makanan. Makan disimpan dalam


tempat dingin pada suhu kira-kira 0C - 5C. Makanan yang sesuai menggunakan cara ini
alah buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil tenusu.

7.Penyinaran

Proses ini menggunakan sinar gama untuk mengawet makanan. Proses ini akan
memperlahankan proses percambahan biji benih, pertunasan sayuran berubi dan
permatangan buah-buahan.

Kebaikan dan keburukan perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan

Jenis pengawetan kebaikan keburukan


Pengetinan dan pembotolan lebih tahan lama sebahagian nutrient dan
bebas daripada vitamin dimusnahkan
pendedahan kepada oleh haba yang tinggi
mikroorganisma dan rasa dan tekstur
spora makanan berubah
Pempasteuran mengekalkan rasa dan spora bakteria tidak
nutrient makanan dapat dimusnahkan
kebanyakkan perlu disimpan pada peti
mikroorganisma dapat sejuk pada suhu 4C
hanya tahan dalam
dimusnahkan
tempoh yang singkat
Penyejukbekuan rasa dan nutrien bakteria dan spora tidak
makanan dikekalkan dapat dimusnahkan.
makanan boleh disimpan hanya menghentikan
sehingga beberapa bulan proses pertumbuhan dan
pembiakan bakteria

9
sahaja
Pembungkusan vakum mengekalkan rasa sesuai untuk makanan
makanan tertentu sahaja
vitamin di dalam
makanan tidak
dimusnahkan
Pendehidratan boleh disimpan untuk bakteria dan spora tidak
tempoh yang panjang dimusnahkan
rasa makanan dikekalkan nutrien dalam makanan
dimusnahkan
Pendinginan rasa makanan dikekalkan bakteria dan spora tidak
vitamin dikekalkan dimusnahkan

Penyinaran semua mikroorganisma nutrien dan vitamin


dapat dimusnahkan dalam makanan
dimusnahkan
rasa berubah dan
mungkin dicemari oleh
sinaran radioaktif

10
Kesimpulan

Makanan sangat penting kepada manusia. Kita perlu mengambil makanan dengan bijak.
Pengambilan makanan dengan bijak dapat melahirkan individu yang sihat dan cerdas. Kita
juga perlu bijak memilih makanan yang ditambah bahan tambah makanan. Bahan ini
mampu memberi kebaikan pada masa singkat tetapi memberi keburukkan pada masa
panjang.

Maka sebagai pengguna, kita perlu mengetahui bahan tambah makanan dan cara
pemprosesan makanan. Pengambilan makanan yang diproses dan ditambah dengan bahan
tambah makanan secara terlampau boleh mengakibatkan penyakit. Penambahan bahan
kimia ini juga boleh memudaratkan kesihatan kita. Ada sesetengah bahan kimia yang
memberi kebaikan kepada manusia. Malah ada juga bahan kimia yang memberi keburukkan
kepada manusia. Oleh itu, kita perlu berfikir secara rasional dan perlu mengambilnya
dengan kadar yang betul.

Kerajaan kita memainkan perananya dengan mengubal satu akta untuk menjaga
keselamatan masyarakat yang mengambil makanan ini. Akta Makanan 1983 digubal
bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada tertipu dalam pengedaran makanan.
Manakala, peraturan makanan 1985 pula mewajibkan makanan pengeluar melabelkan
makanan. Label makanan tersebut perlu mengandungi nama makanan, kandungan
makanan, tarikh luput, nama serta alamat pengilang dan , kuantiti berat bersih dan juga cara
penyimpanan. Dengan pemlabelan ini, maka penduduk dapat mengetahui kandungan dalam
makanan dna juga bahan tambah makanan yang ditambah pada makanan.

Usaha ini tidak akan berjaya jika penduduk tidak didikan dengan ilmu asas dengan
bahan tambah makanan dan kesan pengambilan bahan ini. Maka, kerajaan perlu
meningkatkan kempen kesedaran tentang bahan tambah makanan ini. Dengan kesedaran
ini, kita dapat mengurangkan kes kematian masyarakat disebabkan bahan tambah
makanan.

11
Lampiran

Thursday, 16 October 2014


Rencana : Bahan tambah semulajadi dan kesannya terhadap
kesihatan manusia

Rencana : Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan.


Oleh : Bahjatu Sholihah binti Raman

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi


merupakan bahan selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat
daripada bahan semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan
ke dalam sesuatu makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam
makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah
ke dalam makanan melalui pelbagai cara. Sejarah terdahulu membuktikan bahawa
penggunaan bahan tambah semulajadi ini telah bermula sejak turun-temurun lagi di mana
nenek moyang kita menggunakannya dalam masakan mereka khususnya. Aktiviti ini
diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan bahan tambah semulajadi ini digunakan
secara meluas oleh semua peringkat masyarakat meliputi kesemua agama, kaum mahu
pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama Islam di Malaysia, mereka
meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk dimakan. Manakala bagi
penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan tambah yang
mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah
semulajadi ini dilihat amat tinggi kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada
pengguna khususnya manusia. Antara contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam,
serai, kunyit, dan daun pandan.

Punca atau sebab bahan aditif ini digunakan oleh masyarakat di Malaysia ialah
kerana peranannya yang bervariasi. Antaranya ialah contoh bahan aditif seperti gula
berfungsi untuk memberikan rasa manis dalam makanan. Gula merupakan antara bahan
wajib yang digunakan dalam menghasilkan kuih-muih tradisional di Malaysia. Manakala
garam pula berfungsi untuk menambahbaik rasa makanan dan juga dapat membantu kita

12
untuk mengawet daging. Apabila daging diawet menggunakan garam, maka daging tersebut
akan menjadi lebih tahan lama. Perisa dalam sesuatu makanan pula boleh hadir dengan
bantuan bahan aditif seperti serai. Selain itu, aditif juga digunakan untuk mewarnakan
makanan contohnya dengan menggunakan bahan seperti kunyit. Oleh sebab itu, kesannya
akan menjadikan rupa sesuatu makanan itu lebih menarik perhatian sesiapa yang
melihatnya. Hal ini menjadi bonus kepada para penjual makanan dalam usaha mereka
untuk menarik perhatian para pelanggan bagi membeli makanan buatan mereka. Selain itu,
daun pandan pula berperanan untuk menghadirkan bau wangi dalam sesuatu makanan.
Contohnya dalam menghasilkan makanan seperti nasi lemak, kebiasaannya kaum ibu akan
menggunakan daun pandan bagi mewujudkan bau harum dalam masakan mereka.
Kesemua aditif yang digunakan ini sekaligus akan menambah kelazatan dan keenakan
serta mewujudkan tekstur yang baik ke atas sesuatu makanan yang dihasilkan.

Penggunaan setiap aditif semulajadi boleh memberikan pelbagai kesan kepada


kesihatan pengguna. Antara kepentingan bahan tambah semulajadi terhadap kesihatan
manusia ialah seperti berikut :

Hakikatnya, boleh dikatakan kesemua bahan aditif ini memberikan impak positif kepada
kesihatan manusia. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk daripada penggunaan bahan

13
tambah semulajadi yang berlebihan terhadap kesihatan manusia. Antaranya ialah seperti
berikut :

Seantero dunia pernah suatu ketika dahulu dikejutkan dengan kemerosotan sektor
pembuatan dan perkhidmatan yang memberikan implikasi negatif kepada pengguna di
seluruh dunia. Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menjadikan projek
pertanian di negara ini sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kerana
pertanian mampu mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan
pengguna. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang menyarankan agar kemajuan sektor pertanian negara dipertingkatkan
dengan lebih giat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, Malaysia telah dikejutkan
dengan masalah kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat
diatasi dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif iaitu Stevia Rebaudiana yang mana
ekstraknya mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali lebih manis daripada gula tebu
atau gula beet.

14
Stevia Rebaudiana ini tidak mengandungi kalori dan karbohidrat. Selain itu, kajian
saintifik yang dilakukan telah mendapati bahawa Stevia adalah non-toksik yang mana tidak
mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia. Persamaan antara pemanis Stevia dan
pemanis gula ialah kedua-dua bahan ini merupakan bahan tambah semulajadi yang
digunakan dalam makanan atau pun minuman. Penggunaannya meluas di dalam negara
Malaysia sendiri. Bahan pemanis Stevia ini telah diiktiraf sebagai Generally Regarded As
Safe (GRAS) oleh Syarikat Food and Drug Adminstration (FDA) Amerika Syarikat pada
tanggal 17 Disember tahun 2008 dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam
makanan. Penggunaan Stevia bukanlah suatu perkara yang baharu namun telah digunakan
oleh masyarakat terdahulu. Buktinya boleh dilihat pada kaum Gurani yang telah
menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu. Kaedah ini telah
digunakan di seantero dunia iaitu di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta negara Pasifik
lain seperti India, Thailand dan kini di Malaysia. Kajian oleh pengkaji Sains telah dibuat dan
mendapati bahawa kesan penggunaan gula pemanis Stevia ini lebih baik berbanding
dengan penggunaan gula tebu atau gula beet dalam kehidupan seharian manusia.
Perbandingannya boleh dilihat pada jadual di bawah :

15
Dalam isu yang berlaku ini, peranan kerajaan dilihat sangat besar dalam membantu
menstabilkan keadaan rakyat khususnya. Pengenalan kepada perusahaan pertanian melalui
penanaman pokok Stevia sebagai langkah menggantikan penghasilan gula tebu sebagai
bahan tambah semulajadi dilihat memberikan kesan yang sangat baik. Bagi meningkatkan
penghasilan dan kewujudan bahan tambah semulajadi, kerajaan boleh menubuhkan satu
badan Research and Development (R&D) yang berfungsi untuk mengkaji bahan tambah
semulajadi yang ada selain daripada bahan tambah yang telah sedia ada. Natijahnya akan
membuahkan hasil yang positif di mana seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan
hampir 99 % bahan tambah semulajadi memberikan impak yang baik terhadap kesihatan
manusia. Pihak kerajaan juga boleh mengkomersialkan lagi penggunaan bahan tambah
semulajadi ini kepada masyarakat umum. Selain itu, peranan masyarakat juga penting
dalam menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan nilai bahan tambah semulajadi
di Malaysia. Selain daripada memberikan sokongan, masyarakat juga perlu sedar untuk
menggunakan bahan tambah semulajadi mengikut keperluan badan mereka. Misalnya,
mereka perlu mengurangkan gula dalam makanan mereka agar penyakit seperti diabetes
dapat dielakkan. Mereka perlu bijak dalam menggunakan bahan tambah yang ada agar
kesihatan mereka tidak terjejas.

Daripada dapatan yang dibuat,saya telah mendapat satu kesedaran bahawasanya


saya mempunyai peranan yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat umum
tentang kebaikan bahan tambah semulajadi ini dengan menjadikan murid-murid di sekolah

16
sebagai sasaran utama saya. Dalam masa yang sama juga, hal ini meningkatkan kesedaran
saya untuk mencari lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkait dengan bahan tambah
semulajadi bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada sebagai persediaan sebelum
melangkah keluar daripada kampus seterusnya menuju ke alam pekerjaan sebenar sebagai
seorang guru Sains. Selain itu, satu sesi temu bual dengan seorang ahli farmasi di Klinik
Bandar Kuantan, Pahang iaitu Puan Juliza binti Yahya telah dibuat pada 2 September 2014
bagi melihat sudut pandang seorang ahli kesihatan terhadap isu ini. Kesimpulannya, saya
dapat merumuskan bahawa hasil temu bual yang dilakukan mendapati bahan tambah
semulajadi ini lebih mendatangkan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia
berbanding dengan penggunaan bahan tambah kimia dalam makanan yang dimakan dalam
kehidupan seharian mereka.

Sumber daripada http://masyarakatsains.blogspot.my/2014/10/rencana-bahan-tambah-


semulajadi-dan.html

Rujukan

Bahjatu Sholihah binti Raman.( 2014). Bahan tambah semulajadi dan kesannya terhadap
kesihatan manusia. Dimuat turun pada 28 Februari 2016, di ambil dari
http://masyarakatsains.blogspot.my/2014/10/rencana-bahan-tambah-semulajadi-
dan.html

Eng Nguan Hong, Lim Eng Wah et.al (2007). Chemistry SPM. Bangi, Selangor, Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd.

Uliyanti (2009). Bahan Tambah makanan. Dimuat turun pada 28 Februari 2016, di ambil dari
https://apwardhanu.wordpress.com/2009/04/22/bahan-tambahan-makanan-food-
additive/

17
18

You might also like