You are on page 1of 8

ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬

ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
ً‫ وَاﻟْﺤَﻤْﺪُ ﷲِ ﻛَﺜِﯿﺮًا وَﺳُﺒْﺤَﺎنَ اﷲِ ﺑُﻜﺮَةً وََأﺻِﯿْﻼ‬،‫اَﷲُ أَﻛْﺒَﺮُ ﻛِﺒِﯿﺮًا‬

           

‫ ﻟَﮫُ اﻟْﻤُﻠْﻚُ َوﻟَﮫُ اﻟْﺤَﻤْﺪُ ﯾُﺤْﯿِﻲْ وَﯾُﻤِﯿْﺖُ وَھُﻮَ ﻋَﻠَﻰ‬،ُ‫أَﺷْﮭَﺪُ أَنْ ﻻَ إِﻟَﮫَ إِﻻﱠ اﷲُ وَﺣْﺪَهُ ﻻَ ﺷَﺮِﯾْﻚَ ﻟَﮫ‬
ٌ‫ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْءٍ ﻗَﺪِﯾْﺮ‬
،ُ‫وَأَﺷْﮭَﺪُ أَنﱠ ﻣُﺤَﻤﱠﺪًا ﻋَﺒْﺪُهُ وَرَﺳُﻮْﻟُﮫ‬
ِ‫ وَﻋَﻠَﻰ آﻟِﮫ‬،ِ‫ وَﺷَﻔِﯿْﻊِ اْﻷُﻣﱠﺔ‬،ِ‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ﺻَﻞِّ وَﺳَﻠِّﻢْ وَﺑَﺎرِكْ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﯿِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ ﻧﱠﺒِﻲِّ اﻟﺮﱠﺣْﻤَﺔ‬
.ُ‫وَﺻَﺤْﺒِﮫِ وَ َﻣﻦْ ﺗَﺒِﻌَﮫُ وَﻧَﺼَﺮَهُ وَوَاﻻَه‬
ُ‫ وَﻻَ ﺗَﻤُﻮْﺗُﻦﱠ إِﻻﱠ وَأَﻧْﺘُﻢْ ﻣُﺴْﻠِﻤُﻮْن‬،ِ‫ اﺗﱠﻘُﻮا اﷲَ ﺣَﻖﱠ ﺗُﻘَﺎﺗِﮫ‬،ِ‫أَﻣﱠﺎ ﺑَﻌْﺪ ﻓَﯿَﺎ ﻋِﺒَﺎدَ اﷲ‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bersempena Hari Raya Aidil Fitri yang mulia dan hari berkat ini, marilah kita kukuh dan mantapkan taqwa
kepada Allah Ta’ala dengan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Taqwa dalam erti kata melaksanakan segala titah
perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Kerana sifat taqwa itu membentuk umat
yang beriman, berakhlak mulia, bersabar dan berjiwa syukur. Sesungguhnya semulia-mulia hamba ialah orang
yang bertaqwa, firman Allah SWT:

           
Maksudnya: “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

ُ‫ﷲ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
ُ َ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ ا‬
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI ALLAH,
Tiga mesej penting kepada umat Islam yang berpuasa, iaitu cukupkan puasa sebulan Ramadan, membesarkan
Allah SWT dengan takbir dan tahmid serta bersyukur kepada-Nya. Firman Allah Ta’ala:

1
         …

Maksudnya: “…dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu
membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur”.
(Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Kegembiraan itu disambut dan dirayakan dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih. Kalimah takbir ALLAHU
AKBAR itu diulang-ulang sejak malam hari raya Aidil Fitri, seluruh desa, kampong, pekan, Bandar, bandaraya
dan Negara umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengucapkan dan mengumandangkan kalimah yang sama,
bahawa kita semua mengagong dan membesarkan Allah Ta’ala Yang Maha Agong, Maha Kuasa, Maha
Perkasa, sesungguhnya tidak ada lagi yang mengatasi Maha Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain
Allah Azza wa Jalla. Manakala kalimah tahmid adalah puji-pujian itu hanya milik dan untuk Allah SWT dan
kalimah tasbih adalah Maha Suci-Nya Allah SWT dari segala kekurangan, kelemahan dan kecacatan.
Sesungguhnya inilah aqidah Tauhid umat Islam yang akan menyatukan, mengukuhkan dan mengangkat darjat
umat Islam.

Dalam Kitabnya Lato’if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullahu Ta’ala berkata: “Bukanlah hari
raya itu hanya mereka yang berpakaian baru dan indah. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang
ketaatannya bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang berhias-hias dengan pakaian dan
kenderaan. Namun, sesungguhnya hari raya itu bagi mereka yang diampunkan dosa dan kesalahan”

Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini dengan seluruh jiwa umat Islam yang berpuasa selama sebulan
dengan perasaan yang teramat gembira, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “…Orang yang
berpuasa mendapat dua perkara yang mengembirakan. Pertama semasa dia berbuka puasa dan kedua semasa
dia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)…” (HR Imam Muslim)

Pada hari ini diharamkan berpuasa. Dari Abi ‘Ubaid, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-
sama dengan Saidina Umar bin Al-Khattab RA, lalu dia berkata: “Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi,
Rasulullah SAW telah melarang berpuasa padanya, iaitu Hari Raya Aidil Fitri setelah kamu sempurnakan
puasa kamu dan Hari Raya Aidil Adha untuk kamu makan dari daging korban kamu”. (HR Imam Al-Bukhari)

ُ‫ﷲ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
ُ َ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ ا‬
SAUDARA JEMAAH AIDIL FITRI YANG MULIA,
Kalimah takbir yang berkumandang sepanjang malam hingga ke subuh dan pagi Aidil Fitri adalah isyarat jelas
lagi nyata bahawa umat Islam hanya mengagong dan membesarkan Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha
Perkasa lagi Maha Agong. Ini bermakna umat Islam wajib meyakini 100% bahawa tiada lagi yang Maha
Agong, Maha Kuasa dan Maha Perkasa selain Allah SWT.

Justeru itu, umat Islam mesti meninggalkan segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan mempercayai pada
kuasa jin, ramalan bomoh, azimat dan seumpamanya yang boleh menyebabkan syirik.

Sepatutnya dalam kehidupan seharian umat Islam tidak ada lagi istilah takut kepada hantu, syaitan dan jin.
Tidak ada lagi adat kepercayaan yang mempercayai kata-kata ramalan bomoh-bomoh yang sesat dan
menyesatkan.

Sekiranya tersilap, maka umat Islam hendaklah memperbetulkan, sekiranya kita terikut-ikut bawaan adat tradisi
dan kepercayaan yang salah yang boleh menyebabkan tercabut iman, NA’UZUBILLAHI MIN ZALIK. Inilah
masa terbaik untuk kita memperbetulkan.
2
Oleh itu, bersama-sama kita bersihkan iman, mantapkan kefahaman dengan sentiasa belajar dan menambah
ilmu pengetahuan supaya kita selamat dari segala perbuatan khurafat, tahyul dan amalan syirik yang mungkin
tidak disedari sama ada dalam niat, kata-kata, amalan dan tindakan.

ُ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,
Sambutl dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mendaulatkan ajaran dan Syariat Islam dengan
melaksanakan setiap yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:

                 

Maksudnya: “…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta
amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-
Nya)”. (Surah Al-Hasyr, ayat 7)

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap untuk semua bidang kehidupan manusia, firman Allah SWT:

            
Maksudnya: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah Al-Maidah,
ayat 3)

Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menjadikan Syariat Islam itu sebagai landasan kehidupan dalam segala
sistem, peraturan, amalan, akhlak dan juga tindakan termasuk ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ini
bermakna umat Islam wajib menjadikan ajaran dan Syariat Islam yang termaktub di dalam Al-Quran, Sunnah
Rasulullah SAW serta Ijmak dan Qiyas sebagai asas, dasar dan panduan terbaik dalam kehidupan, sosial,
pendidikan, ekonomi, pengurusan, politik dan lain-lain.

ُ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
MUSLIMIN MUSLIMAT RAHIMAKUMULLAH,
Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri ini dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana kurniaan-Nya teramat
banyaknya, antaranya nikmat iman, Islam, kehidupan yang aman damai, kesihatan, rezeki dan nikmat Hari
Raya Aidil Fitri yang kita rayakan pada hari ini, dengan sambutan yang terbaik menurut lunas-lunas ajaran dan
Syariat Islam dengan amalan yang menambahkan ketaatan dan dekatnya kita kepada Allah SWT, yakni buatlah
yang Allah SWT suka dan tinggalkan amal perbuatan yang Allah SWT murka.

Kerana perintahnya di dalam Al Quran, firman-Nya:

            
Maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras”. (Surah Ibrahim, ayat 7)
3
Berdasarkan mafhum ayat ini, sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa bersyukur kerana Allah SWT
pasti akan menambahkan segala rahmat dan nikmat kurniaan-Nya.Lantaran ketaatannya dalam melaksanakan
perintah Allah SWT. Tetapi akibat dan padahlah kepada orang yang kufur ingkar yang pasti akan ditimpa azab
siksa Allah SWT yang teramat keras, lantaran kekufuran mereka, yakni melanggar segala perintah Allah SWT.

ُ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan seluruh
ahli keluarga, ibu bapa, suami isteri, adik-beradik, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh umat
Islam sama ada yang kaya mahupun yang miskin, yang jauh dan yang dekat hatta di mana-mana jua kita berada
baik di kampung, desa, pekan atau bandar.

Kerana sesungguhnya umat Islam yang beriman itu adalah bersaudara, sebagaimana firman Allah SWT:

           
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah
Al-Hujuraat, ayat 10)

Maka bersempena hari baik dan mulia ini, bersama-sama juga kita berkongsi kesusahan dan penderitaan yang
menimpa saudara-saudara seIslam kita sama ada yang berada sebelah kampung atau daerah, negeri hatta
mereka yang berada di negara umat Islam seperti di Palestin, Syria, Rohingya atau di mana-mana jua umat
Islam yang memerlukan bantuan. Bantulah mengikut kemampuan dan titipkanlah doa-doa, sesungguhnya doa
orang mukmin merupakan senjata.

Ada empat perkara pesanan Rasulullah SAW dalam memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, sebagaimana sabdanya yang
bermaksud: "Sebarkanlah salam, perkuatkanlah silaturahim, kasihanilah golongan fakir miskin dan jangan tinggalkan
solat malam." (HR Imam Muslim).

ُ‫اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ اَﷲُ اَﻛْﺒَﺮُ وﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬
HADIRIN JEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Demikianlah, Islam indahnya Syariat Islam, ketika ia hidup, subur dan berdaulat dalam kehidupan umat Islam.
Kerana Islam mengatur hidup manusia dengan Syariatnya yang syumul dan serba lengkap dengan membawa
rahmat dan keselamatan kepada manusia. Kerana itu, umat Islam hendaklah menjadikan ajaran dan Syariat
Islam yang menjadi dasar dalam menjalani kehidupan ini, termasuklah cara kita menyambut dan merayakan
Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini sewajarnya dirayakan dengan amal-amal soleh yang menambahkan
ketaatan serta mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan akan tercapailah tujuan perayaan Aidil Fitri yang kita rayakan kali ini dengan kita sekeluarga,
suami/isteri, anak cucu, jiran, sahabat dan seluruh umat Islam imendapat darjat hamba Allah yang bertaqwa
serta terus istiqamah melaksana dan mendaulatkan Syariat Islam dalam seluruh bidang dan sistem kehidupan
disepanjang hayat kita.

Sesiapa yang mencari atau mengambil selain dari ajaran dan Syariat Islam rugilah dia di dunia, lebih-lebih lagi
di hari akhirat nanti, firman Allah SWT:
4
             
Maksudnya: “Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan
dia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 85)

5
KHUTBAH KEDUA HARI RAYA AIDIL FITRI
TAHUN 1437H/2016H

، ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَ ُﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮُاﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
، ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
، ُ‫ وَِﷲِ اﻟْﺤَﻤْﺪ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
َ‫اَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﷲِ اﻟﱠﺬِى أَرْﺳَﻞَ رَﺳُﻮﻟَﮫُ ﺑِﺎﻟْﮭُﺪَى وَدِﯾﻦِ اﻟْﺤَﻖِّ ﻟِﯿُﻈْﮭِﺮَهُ ﻋَﻠَﻰ اﻟﺪِّﯾﻦِ ﻛُﻠِّﮫِ وَﻟَﻮْ ﻛَﺮِه‬
َ‫اﻟْﻤُﺸْﺮِﻛُﻮْن‬

ُ‫ وَأَﺷْﮭَﺪُ أَنﱠ ﻣُﺤَﻤﱠﺪًا ﻋَﺒْﺪُهُ وَرَﺳُﻮﻟُﮫ‬.ُ‫أَﺷْﮭَﺪُ أَنْ ﻻَ إِﻟَﮫَ إِﻻﱠ اﷲُ وَﺣْﺪَهُ ﻻَ ﺷَﺮِﯾﻚَ ﻟَﮫ‬
‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ﺻَﻞﱢ وَﺳَﻠِّﻢْ وَﺑَﺎرِكْ ﻋَﻠَﻰ ﺣَﺒِﯿﺒِﻨَﺎ وَﺷَﻔِﯿﻌِﻨَﺎ وَزُﺧْﺮِﻧَﺎ وَﻗُﺪْوَﺗِﻨَﺎ وَأُﺳْﻮَﺗِﻨَﺎ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ إِﻣَﺎ ِم‬
َ‫اﻟْﻤُﺘﱠﻘِﯿْﻦَ وَﻗَﺎﺋِﺪِ اﻟﺪﱡﻋَﺎةِ اﻟْﻤُﺠَﺎھِﺪِﯾْﻦَ وَﻋَﻠَﻰ آﻟِﮫِ وَأَﺻْﺤَﺎﺑِ ِﮫ وَﻣَﻦْ ﺳَﺎرَ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﮭْﺠِﮫِ وَﺟَﺎھَﺪ‬
ِ‫ِﺑﺠِﮭَﺎدِهِ إِﻟَﻰ ﯾَﻮْمِ اﻟﺪِّﯾْﻦ‬

‫ وَﺗَﺰَوﱠدُوْا‬.َ‫ أُوْﺻِﯿﻜُﻢْ وَإِﯾﱠﺎيَ ﺑِﺘَﻘْﻮَى اﷲِ وَﻃَﺎﻋَﺘِﮫِ ﻓَﻘَﺪْ ﻓَﺎزَ اﻟْﻤُﺘﱠﻘُﻮن‬،ِ‫ ﻓَﯿَﺎ ﻋِﺒَﺎدَ اﷲ‬.ُ‫أَﻣﱠﺎ ﺑَﻌْﺪ‬
‫ﻓَﺈِنﱠ ﺧَﯿْﺮَ اﻟﺰﱠادِ اﻟﺘﱠﻘْﻮَى‬
ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮُ وَِﷲ ِاﻟْﺤَﻤْﺪ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
MUSLIMIN MUSLIMAT JEMAAH AIDILFITRI YANG DIHORMATI,
Sebagai umat Islam yang beriman dan bersyukur serta memperolehi kesan ibadah puasa sebulan Ramadan,
tentunya menambahkan lagi ketaatan dan kesukaan kepada menurut segala perintah Allah SWT, sekaligus
meninggalkan segala yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Justeru itu, sambut dan rayakanlah Aidil Fitri yang mulia ini dengan mengikut panduan ajaran dan Syariat
Islam, antaranya:

1. Menjaga solat fardu lima waktu, walau sesibuk mana kita berhari raya dan melayan tetamu yang
berkunjung.
2. Menjaga pergaulan supaya dapat memelihara batas-batas pergaulan supaya dapat mengelak perkara
dosa.
3. Mengucapkan ucapan “TAQABBALLALLAHU MINNA WA MINKUM” ketika bertemu.
4. Saling ziarah-menziarah dan saling member hadiah akan menambahkah kasih sayang.
5. Saling bermaaf-maafan akan mengugurkan dosa-dosa.

6
6. Memperbanyakkan sedekah dan meraikan golongan fakir miskin akan menambahkan rezeki dan
hubungan kasih sayang.
7. Mengelakkan pembaziran dalam menjamu dan menyediakan juadah. Membazir itu akan menjadi
saudara syaitan.
Khatib ingin mengingat jemaah yang dikasihi,jika selama ini ada yang tidak bertegur sapa cuma kerana perkara
kecil, kerana harta, kerana perbezaan pendapat atau seumpamanya sehingga bertahun-tahun lamanya. Inilah
ketikanya, saat paling indah kita sebagai sanak saudara, adik-beradik, anak, emak, ayah, ipar duai, jiran,
sahabat dan rakan supaya saling bertegur sapa, bersalaman dan bermaafan, ziarah-menziarah dan mengukuhkan
kembali tali ukhuwah dan persaudaraan, kerana sungguh besar kebaikan dan pahalanya di sisi Allah SWT.
Lupakan segala salah silap, hapuslah segala hasad dengki, permusuhan dan sebagainya.

Ingatlah, pesan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Janganlah kamu saling benci-membenci,
janganlah kamu dengki-mendengki dan janganlah kamu sindir-menyindir, jadilah kamu sebagai hamba-hamba
Allah yang bersaudara. Haram seorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”.
(HR Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya umatnya melaksanakan puasa sunat enam hari di
bulan Syawal, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian
dia berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun”. (HR At-
Thabrani)

ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮُ وَِﷲ ِاﻟْﺤَﻤْﺪ‬،ُ‫ اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬،ُ‫اﷲُ أَﻛْﺒَﺮ‬
JEMAAH AIDIL FITRI YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan yang kita kasihi Rasulullah SAW, kerana Allah
SWT dan para malaikat-Nya juga sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah SAW, sebagaimana firman-
Nya di dalam Al-Quran:

              
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW, wahai orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

،َ‫ ﻛَﻤَﺎ ﺻَﻠﱠﯿْﺖَ ﻋَﻠَﻰ إِﺑْﺮَاھِﯿْﻢَ وَﻋَﻠَﻰ آَلِ إِﺑْﺮَاھِﯿْﻢ‬،ٍ‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ وَﻋَﻠَﻰ آَلِ ﻣُﺤَﻤﱠﺪ‬
‫ ﻓِﻰ‬،َ‫ ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺎرَﻛْﺖَ ﻋَﻠَﻰ إِﺑْﺮَاھِﯿْﻢَ وَﻋَﻠَﻰ آَلِ إِﺑْﺮَاھِﯿْﻢ‬،ٍ‫وَﺑَﺎرِكْ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ وَﻋَﻠَﻰ آَلِ ﻣُﺤَﻤﱠﺪ‬
ٌ‫اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿْﻦَ إِﻧﱠﻚَ ﺣَﻤِﯿْﺪٌ ﻣﱠﺠِﯿْﺪ‬

.ِ‫ وَاﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﯿْﻦَ وَاﻟْﻤُﺴْﻠِﻤَﺎتِ اْﻷَﺣْﯿَﺂءِ ﻣِﻨْﮭُﻢْ وَاﻷَﻣْﻮَات‬،ِ‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ اﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻠْﻤُﺆْﻣِﻨِﯿْﻦَ وَاﻟْﻤُﺆْﻣِﻨَﺎت‬
َ‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ إِﻧﱠﻚَ ﻋَﻔُﻮﱞ ﻛَﺮِﯾْﻢٌ ﺗُﺤِﺐﱡ اﻟْﻌَﻔْﻮَ ﻓَﺎﻋْﻒُ ﻋَﻨﱠﺎ وَﻋَﻦْ وَاﻟِﺪِﯾْﻨَﺎ وَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﯿْﻊِ اﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﯿْﻦ‬
،‫ وَﯾَﻘِﯿْﻨًﺎ ﺻَﺎدِﻗًﺎ‬،ً‫ اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ إِﻧﱠﺎ ﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ إِﯾْﻤَﺎﻧًﺎ ﻛَﺎﻣِﻼ‬.َ‫وَاﻟْﻤُﺴْﻠِﻤَﺎتِ ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﯾَﺎ أَرْﺣَﻢَ اﻟﺮﱠاﺣِﻤِﯿْﻦ‬
،ٍ‫ اَﻟﱠﻠﮭُﻢﱠ إِﻧﱠﺎ ﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ اﻟْﻌَﺎﻓِﯿَ َﺔ ﻣِﻦْ ﻛُﻞِّ ﺑَﻠِﯿﱠﺔ‬.ً‫ وَﻋَﻤَﻼً ﺻَﺎﻟِﺤًﺎ ﻣُﺘَﻘَﺒﱠﻼ‬،‫ وَﻗَﻠْﺒًﺎ ﺧَﺎﺷِﻌًﺎ‬،‫وَﻟِﺴَﺎﻧًﺎ ذَاﻛِﺮًا‬
‫ وَﻛَﺮِّهْ إِﻟَﯿْﻨَﺎ‬،‫ اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ ﺣَﺒِّﺐْ إِﻟَﯿْﻨَﺎ اْﻹِﯾْﻤَﺎنَ وَزَﯾِّﻨْﮫُ ﻓِﻰ ﻗُﻠُﻮْﺑِﻨَﺎ‬.ِ‫وَﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ ﺗَﻤَﺎمَ اﻟْﻐِﻨَﻰ ﻋَﻦِ اﻟﻨﱠﺎس‬
7
‫اﻟْﻜُﻔْﺮَ وَاﻟْﻔُﺴُﻮْقَ وَاﻟْﻌِﺼْﯿَﺎنَ‪ ،‬وَاﺟْﻌَﻠْﻨَﺎ ﻣِﻦَ اﻟﺮﱠاﺷِﺪِﯾْﻦَ‬

‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ أَﻋِﺰﱠ اْﻹِﺳْﻼَمَ وَاﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﯿْﻦَ‪ .‬وَأَذِلﱠ اﻟﺸِّﺮْكَ وَاﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﯿْﻦَ‪ ،‬وَاﻟﻨِّﻔَﺎقَ وَاﻟْﻤُﻨَﺎﻓِﻘِﯿْﻦَ‪ ،‬وَاﻟﻈﱡﻠْﻢَ‬
‫وَاﻟﻈﱠﺎﻟِﻤِﯿْﻦَ‪ ،‬وَدَﻣِّﺮِ اﻟْﻜَﻔَﺮَةَ أَﻋْﺪَآءَكَ أَﻋْﺪَآءَ اﻟﺪِّﯾْﻦِ‪ .‬اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ اﻧْﺼُﺮِ اﻟْﻤُﺠَﺎھِﺪِﯾْﻦَ ﻓِﻰ ﻛُﻞِّ ﻣَﻜَﺎن‬

‫اَﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ أَﺻْﻠِﺢْ ﺻﺎﺣﺐ اﻟﻤﻌﺎﻟﻰ ﺗﻮان ﯾﻎ ﺗﺮاوﺗﺎم ﯾﻎ دﻓﺮﺗﻮا ﻧﻜﺮي ﺳﺎﺑﮫ ﻏَﻔَﺮَ اﷲُ ﻟَﮫُ ﺑِﻤَﺎ‬
‫ﺗُﺤِﺐﱡ وَﺗَﺮْﺿَﺎهُ‪ ،‬ﻛَﻤَﺎ ﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ اﻟﻠﱠﮭُﻢﱠ أَنْ ﺗُﺼْﻠِﺢَ أَﺋِﻤﱠﺘَﻨَﺎ وَوُﻻَتَ أُﻣُﻮْرِﻧَﺎ‪ ،‬وَاﺟْﻌَﻞْ ِوﻻَﯾَﺘَﻨَﺎ ﻓِﯿْﻤَﻦْ‬
‫ﺧَﺎﻓَﻚَ وَاﺗﱠﻘَﺎكَ ﯾَﺎ رَبﱠ اﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﯿْﻦَ‬

‫رَﺑﱠﻨَﺎ ھَﺐْ ﻟَﻨَﺎ ﻣِﻦْ أَزْوَاﺟِﻨَﺎ وَذُرِّﯾﱠﺎﺗِﻨَﺎ ﻗُﺮﱠةَ أَﻋْﯿُﻦٍ وَاﺟْﻌَﻠْﻨَﺎ ﻟِﻠْﻤُﺘﱠﻘِﯿْﻦَ إِﻣَﺎﻣًﺎ‪ .‬رَﺑﱠﻨَﺎ ﻇَﻠَﻤْﻨَﺎ أَﻧْﻔُﺴَﻨَﺎ‬
‫وَإِنْ ﻟَﻢْ ﺗَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻨَﺎ وَﺗَﺮْﺣَﻤْﻨَﺎ ﻟَﻨَﻜُﻮْﻧَﻦﱠ ﻣِﻦَ اﻟْﺨَﺎﺳِﺮِﯾْﻦَ‪ .‬رَﺑﱠﻨَﺎ آَﺗِﻨَﺎ ﻓِﻰ اﻟﺪﱡﻧْﯿَﺎ ﺣَﺴَﻨَ ًﺔ وَﻓِﻰ اﻵَﺧِﺮَةِ‬
‫ﺣَﺴَﻨَﺔً وَﻗِﻨَﺎ ﻋَﺬَابَ اﻟﻨﱠﺎرِ‬

‫ﻋِﺒَﺎدَ اﷲِ! إِنﱠ اﷲَ ﯾَﺄْﻣُﺮُ ﺑِﺎﻟْﻌَﺪْلِ وَاﻹِﺣْﺴَﺎنِ‪ ،‬وَإِﯾْﺘَﺂءِ ذِىْ اﻟْﻘُﺮْﺑَﻰ‪ ،‬وَﯾَﻨْﮭَﻰ ﻋَﻦِ اﻟْﻔَﺤْﺸَﺂءِ‬
‫وَاﻟْﻤُﻨْﻜَﺮِ وَاﻟْﺒَﻐْﻰِ‪ .‬ﯾَﻌِﻈُﻜُﻢْ ﻟَﻌَﻠﱠﻜُﻢْ ﺗَﺬَﻛﱠﺮُوْنَ‪ .‬وَاذْﻛُﺮُوا اﷲَ ﯾَﺬْﻛُﺮْﻛُﻢْ وَاﺷْﻜُﺮُوْا ﻋَﻠَﻰ ﻧِﻌَﻤِﮫِ‬
‫ﯾَﺰِدْﻛُﻢْ‪ ،‬وَاﺳْﺄَﻟُﻮْهُ ﻣِﻦْ ﻓَﻀْﻠِﮫِ ﯾُﻌْﻄِﻜُﻢْ‪ .‬وَﻟَﺬِﻛْﺮُ اﷲِ أَﻛْﺒَﺮُ‪ .‬وَاﷲَ ﯾَﻌْﻠَﻢُ ﻣَﺎ ﺗَﺼْﻨَﻌُﻮْنَ‬

‫‪Disediakan oleh :‬‬
‫‪BAHAGIAN PENYELIDIKAN & INFORMASI‬‬
‫‪JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH‬‬

‫”‪“TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM‬‬
‫‪SELAMAT MENYAMBUTAIDIL FITRI 2015,‬‬
‫‪MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SELURUH KAKITANGAN JHEAINS SELURUH SABAH‬‬

‫‪8‬‬