You are on page 1of 41

PENGERTIAN HUKUMAN

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu
salah laku.Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :

1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah
laku yang sebenar atau diandaikan berlaku.Ini merupakan hukuman
yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah
dilakukan.

1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke
atas yang dihukum.

1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan
ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif
yang menyakitkan atau menafikan sesuatu yang disukainya.

1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru
Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan
Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment),
Penahanan(detention) dan Amaran.

JENIS-JENIS HUKUMAN
Pembuangan Sekolah

1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang
didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku
berat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah
1959).

1.2 Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku
yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas
tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau
tingkahlakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-
murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang
sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

Penggantungan Sekolah

1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang
murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan
adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan
sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.

1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan
mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala
menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk

1

menghadapinya, Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan
penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan
hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengetua/Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8,
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959.

1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang
yang cukup untuk murid membuat penjelasan (to show case)
hendaklah diberi.

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH
MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
1. Tujuan

1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang
sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran
Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh
20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

2. Latar belakang

2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai
perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat
terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa
sekarang.

3. Peruntukan Undang-Undang

3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes
perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN
61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah
memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di
sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di
bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar
/ Pengetua.

“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan
bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa
ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah
itu.”

3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari
sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan

2

Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan
peruntukan tersebut.

“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati
dengan memuaskan hati Guru Besar
sesebuah sekolah :

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-
mana sekolah yang seseorang murid patut
digantung persekolahannya ataupun dibuang
sekolah;

4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut
Peraturan 4 dan Peraturan 8.

4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak
berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya
hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang
diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila
beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan
ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman
sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar /
Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang murid dari sekolah.

4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau
pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin
ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka
itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau
nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan
menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah
keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.

4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan
yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan
penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di
mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.

3

4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan
tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh
Pengetua / Guru Besar.

4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang
berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan
begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan
kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak
dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah, ianya sukar
dipertahankan.

5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian
dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.

5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa
melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.

5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud
sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan
siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman
disiplin dijatuhkan.

5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah
dipatuhi.

5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir
setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu,
termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya
mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.

5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh
yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika
tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau
belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-
maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.

5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian,
tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi
yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua /
Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap
mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).

5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan
dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini
bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan
saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975
mengenai perkara ini ).

4

5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes. dan supaya tidak berlaku kesilapan- kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah disertakan bersama-sama ini yang berikut : 7. 6. laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957. 7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman. 5 . 5. murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. 5. Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah. Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah- Sekolah. 5. Beberapa contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat : Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas. 4 Tahun 1991 bertarikh 19. menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. 5. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama. 6. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. 5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas. 5. Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon. 5.1991.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri.

7. 7.7. 7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman. 7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima. 7.4 Lampiran D : Contoh surat gantung sekolah untuk tujuan penyiasatan sehingga tindakan disiplin selesai. 7. 7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman. 6 .6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8 7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin menggantung pelajar untuk tujuan buang sekolah.

Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan & akuan terima yang teratur. Taip surat. Lapor kepada PPD / JPN / KPM. Pengetua Tidak / Guru Besar semak butiran teratur. Pengetua / Guru Besar menjalankan siasatan teliti Tidak dan kenalpasti peraturan sekolah benar. A 7 . Benar. Carta Aliran Prosedur Tatatertib Gantung Sekolah Sebagai Hukuman Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 Mula Pengetua / Guru Besar terima laporan bertulis salah laku berat murid. yang dilanggar. Buat pembetulan. surat. Kes tutup.

A Pengetua/ Guru Besar tandatangan sendiri surat pertuduhan. Pengetua Tiada /Guru Besar tunggu jawapan jawapan dalam tempoh 14 hari Murid diberi peluang bela diri secukupnya Pengetua /Guru Besar Tak perlu teliti jawapan tertuduh gantung Pengetua / Guru Besar buat keputusan sendiri mengikut maklumat sedia ada Perlu gantung B1 B2 B3 8 . Pengetua/Guru Besar serah surat pertuduhan kepada murid & salinan kepada ibubapa / penjaga di depan 2 orang saksi menggunakan surat akuan terima.

Mereka dijelaskan Peraturan 10 pihak tertentu di Sekolah. B1 B2 B3 Hukuman Pengetua / Guru Besar draf Mengikut surat keputusan dan hukuman Peraturan tatatertib gantung sekolah 5 & 6. serta surat akuan terima yang teratur. Pengetua tandatangan sendiri surat keputusan dan hukuman tatatertib gantung sekolah. dan Peraturan 14 mengenai penalti ordinan yang sama. Pengetua Salinan maklumkan keputusan keputusan dihantar kepada Tertuduh dan ibu bapa / penjaga terima surat gantung PPD dan salinan dengan akuan terima di depan 2 sekolah kepada Pendaftar orang saksi. c 9 . Pengetua buat pembetulan. mengenai rayuan kepada Pendaftar Sekolah sekolah. Rujuk kes kepada Taip. Kaunselor. Tidak / Guru Besar semak butiran teratur surat. Selesai.

10 . r . a b e S r e t m u u k l Murid a a bertukar. Sekolah . c Tiada Ada Pengetua / Guru Besar tunggu ada rayuan. Uruskan a i pertukaran n m sekolah. rayuan atau tidak. Selesai. hukuman berjalan selama 14 hari. Murid belajar semula selepas tempoh A Sama hukuman selesai. Selesai. rayuan. Pengetua / Guru Besar patuh arahan Pendaftar Murid menjalani Sekolah. rada a h Aku janji a persetiaan / n A jaminan r Penjaga t a e h r Rujuk kepada Kaunselor.

Tidak Pengetua / Guru Besar teratur. Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan surat akuan terima secara teratur. PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959. A Pengetua / Guru Besar dapati wujud kes Prima Facie buang sekolah. B 11 . Buat pembetulan. Teratur. CARTA ALIRAN PROSEDUR TATATERTIB BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 8 (a). JPN dan KPM. semak surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan akuan terima dengan teliti. Pengetua / Guru Besar maklumkan kes dengan bersurat kepada PPD. Taip Surat.

Ada jawapan. buang sekolah. Pengetua / Guru Besar tunggu jawapan bertulis dari tertuduh dalam tempoh 14 hari. Pengetua / Guru Serah surat pertuduhan dengan Besar edar tujuan buang sekolah kepada salinan surat murid dan salinan kepada ibu bapa pertuduhan di depan 2 orang saksi dan kepada PPD dan dapatkan Akuan Terima. Pengetua / Guru Besar Hukuman timbang kes berdasarkan biasa jawapan tertuduh. Pengetua / Guru Besar buat keputusan berdasarkan maklumat sedia ada sahaja. C1 C2 C3 12 . B Pengetua / Guru Besar Tandatangan Surat Pertuduhan dengan tujuan buang sekolah dan salinannya. Hukuman mengikut Hukuman peraturan 5 @ 6. Pendaftar Sekolah. Tiada jawapan.

Pengetua / Guru Pengetua maklum Besar edar salinan Surat keputusan buang sekolah keputusan buang keputusan buang diserahkan kepada murid dan sekolah kepada pihak- sekolah kepada salinan kepada ibubapa / penjaga pihak tertentu di PPD dan dengan akuan terima di depan 2 sekolah. C1 C2 C3 Pengetua / Guru Besar draf surat keputusan Tatatertib Buang Sekolah Dan Akuan Terima secara teratur. D2 D1 13 . Selesai. Rujuk murid kepada Kaunselor. Pendaftar. orang saksi. Pengetua tunggu rayuan ibubapa / penjaga murid dalam tempoh 30 hari dan keputusan Pendaftar Sekolah.

14 . Pengetua / Guru Besar keluarkan surat berhenti sekolah. Pengetua / Guru Besar Rayuan urus kes mengikut ditolak. Selesai. Sekolah buat keputusan. keputusan Pendaftar Sekolah.D1 D2 Pendaftar Rayuan diterima.

kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Tanjung Rambutan. 2. Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama bertarikh 1 Jun. telah didapati berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B Ahad. sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah.1959. Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September.2. di bawah Peraturan 4. 1991. Tanjung Rambutan. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : “ Bahawa kamu. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20. di Bilik Persediaan Fizik. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku sumbang. 1991.TR/DLP/SULIT/(20) 16 Rabiulawal 1412 24 September 1991 Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMK Raja Permaisuri. 33500 Tanjung Rambutan. 4. lebih kurang pukul 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri. Saya dengan ini memaklumkan. tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan. SMRP. CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB. kamu boleh 15 .25 petang. Undang- undang dan Peraturan Sekolah. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang sama. 35500 Tanjung Rambutan.” 3. tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah. di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri. satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI. Di bawah peraturan 8 (a). Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri. Tindakan Disiplin Gantung Sekolah Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B.

( SOLEHA BT OSMAN ) Pengetua. Lebuh Cator. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung dari sekolah atau tidak. 35500 Tanjung Rambutan.t. Taman Cempaka.digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas. 8. Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Hamid B Bidin No. Ipoh. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 diatas. saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini. SMK Raja Permaisuri. kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. 3. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada : Pengetua. 35500 Tanjung Rambutan. 7. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak. 2.k. 1. 35500 Tanjung Rambutan 16 . Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri. 6. Perak Darul Ridzuan. t. s. 2254 Rumah Awam. 5.

Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 17 . Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 2.AKUAN TERIMA Saya _______________________________________________________ pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah menerima surat bil _________________________ bertarikh _________ pada hari ini ______ ___________200___ ___________________ ( Tandatangan ) Saksi : 1.

Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14. 35500 Tanjung Rambutan. ( SOLEHA BT OSMAN ) Pengetua. saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri. atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara. 18 . 2. Perak Darul Ridzuan. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini. iaitu dikenakan dengan tidak lebih daripada RM1. SMK Raja Permaisuri. 35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta dari 14 . Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959. 4. 35500 Tanjung Rambutan. SMK Raja Permaisuri. Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. 3. t.000. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ). Saya telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.TR/DP/SULIT/(23). 6 Rabiulakhir 1412 14 Oktober 1991 Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung Persekolahan Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. 35500 Tanjung Rambutan. Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.t. kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh surat ini. 1991.k. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas. s. CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.27 Oktober.

2. 30450 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta. Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. 2254 Rumah Awam. Lebuh Cator. Taman Cempaka.1. Hamid B Bidin No. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak. 35500 Tanjung Rambutan 19 . 3.

Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 20 . Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 2. Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No.AKUAN TERIMA Saya _______________________________________________________ pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah menerima surat bil _________________________ bertarikh _________ pada hari ini ______ ___________200___ ___________________ ( Tandatangan ) Saksi : 1.

Rusli B.” 2. Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.1991 jam lebih kurang pukul 10. di bawah Peraturan 4.2. 1991 Tindakan Gantung Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. berhampiran dengan Makmal Fizik. Tanjung Rambutan. 1. Tanjung Rambutan. saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada 21 . Bendang Basah. 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI. di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI. digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut.8. Tanjung Rambutan. Bendang Basah. bahawa kamu. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. atau melanggar perintah ini. Saya dengan ini memaklumkan. SMS/BB/S/SULIT/1/(1) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos. iaitu Encik Sabtu B. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini. 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut : “ Bahawa kamu. kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14. dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku. Bendang Basah. Rusli Bin Abdul. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta. sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta. Bendang Basah. Tanjung Rambutan. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20. telah menumbuk guru kamu. Bendang Basah.00 pagi. Undang- Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta.

Sek. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua. Men. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinata. 30450 Ipoh. Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini. 2. Encik Abdul Bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati. s.k. 3. 1. 35500 Tanjung Rambutan. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak.RM1.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja). Kebangsaan Alam Semesta. t. 35500 Tanjung Rambutan 22 .t. Lebuh Cator. 3. Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh.000. atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.

Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No.AKUAN TERIMA Saya _______________________________________________________ pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah menerima surat bil _________________________ bertarikh _________ pada hari ini ______ ___________200___ ___________________ ( Tandatangan ) Saksi : 1. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 2. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 23 . Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No.

kamu dengan ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut : “ Bahawa kamu. dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru. CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG SEKOLAH. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta. 35500 Tanjung Rambutan. di bawah Peraturan 4. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. Rusli B. Tanjung Rambutan. Bendang Basah. satu perbuatan salahlaku. Bendang Basah. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20. SMS/BB/S/SULIT/1/(2) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan. Saya dengan ini memaklumkan bahawa. berhampiran dengan Makmal Fizik. Lampiran E. 2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23. 1991 Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6 Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI.8. Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta.1991 jam lebih kurang pukul 10. telah menumbuk guru kamu. Bendang Basah. Saya dengan ini memaklumkan.” 24 . 26 Ogos.00 pagi. Tanjung Rambutan. iaitu Encik Sabtu B.

35500 Tanjung Rambutan. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta. 5. kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini. Bendang Basah. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini. s. 7. 30450 Ipoh. Tanjung Rambutan. Dibawah peraturan 8 (a). Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. Men. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak. 6. 35500 Tanjung Rambutan. Bendang Basah. 35500 Tanjung Rambutan 25 . Lebuh Cator.k. Sek. t. Kebangsaan Alam Semesta. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada : Pengetua. 3.t. 2. Encik Abdul Bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati. kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah mengikut pertuduhan yang tersebut di atas. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas. Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.3. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua. 1. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak. 4. saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

AKUAN TERIMA Saya _______________________________________________________ pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah menerima surat bil _________________________ bertarikh _________ pada hari ini ______ ___________200___ ___________________ ( Tandatangan ) Saksi : 1. Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH 26 . Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 2.

kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. 35500 Tanjung Rambutan. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.t. 1991 Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. s. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di atas. SMS/BB/S/SULIT/1/(3) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan.k.1991.9. saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. 5. saya telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut. Bendang Basah. Men. 3. tuan boleh merayu terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin Abdul mulai daripada 19. 2.8.1991. Bendang Basah. 27 . Tanjung Rambutan.1991 kepada Pendaftar Sekolah- Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini. Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26. 9 September.9. 4.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Sek. ( KHAMIS BIN JUMAAT ) Pengetua. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan. Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta- merta. Bendang Basah. Kebangsaan Alam Semesta. 6. Tanjung Rambutan mulai 19. t.

Lebuh Cator. Pendaftar Sekolah-Sekolah Jabatan Pendidikan Perak. Encik Abdul bin Abdullah Rumah Awam Seri Melati. 2. 35500 Tanjung Rambutan 28 . Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh. 3.1. 30450 Ipoh. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kinta.

AKUAN TERIMA Saya _______________________________________________________ pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah menerima surat bil _________________________ bertarikh _________ pada hari ini ______ ___________200___ ___________________ ( Tandatangan ) Saksi : 1. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 2. Kad Pengenalan : __________________________ Alamat : ____________________________________ _______________________________________________ 29 . Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No. Tandatangan : _______________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ___________________________________ No.

5. 2. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi. (b) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan disiplin. Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau perhimpunan sekolah. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak melebihi 3 sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu. 3. 30 . Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.HUKUMAN DERA / ROTAN (CORPORAL PUNISHMENT) 1. Selepas mengenakan satu rotan. Tertakluk kepada peraturan 5. 7. atau (b) dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian. 8. hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) dirotan ditapak tangan. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali. orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya. (c) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran. HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION ) Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa disiplin. 6. 4.

(c) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan disiplin. (d) tidak membebankan murid secara fizikal. (f) membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah). (c) membersihkan bilik-bilik khas. dan (e) di dalam pengawasan guru yang ditetapkan. (j) mengemas papan kenyataan. (d) membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa disiplin. 31 . (l) membantu sekolah menganjurkan hari penyampaian sijil dan penghargaan. (g) menyusun perabot sekolah. (b) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu pembelajaran. (e) membersihkan padang. (h) menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah. (b) membersihkan bilik guru. dan (g) di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan. sosial dan kemasyarakatan dan tidak bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman: (a) membersihkan bilik darjah. (i) menyusun kerusi meja di musim peperiksaan. (e) terhad kepada harta benda sekolah sahaja. DENDA Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut: (a) dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja. (k) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan orang luar. (d) membersihkan dewan. 2. (f) terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah. Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah.

hukuman yang dikenakan di bawah Bahagian ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya. 4.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1. (o) membersih dan mengemas setor sukan. 3. atau boleh. (p) membaca buku dan membuat sinopsis.Untuk sesuatu denda itu mendatangkan kesan praktikal adalah penting denda itu sejajar dengan wang sakunya. 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan. 32 .1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan. 1. jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu. Pengetua/Guru Besar hendaklah mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu. menjaga kolam ikan. 1. Hukuman Amaran 1. mengadakan taman atau kebun. seperti melukis mural. Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi selepas itu. Sekiranya denda yang melibatkan wang. dan (q) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah. (m) membantu sekolah menganjur hari sukan. dijalankan oleh pekerja sekolah. (n) membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani. Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

. Felda Jengka 21 Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas 33 ... .. Sekian.................................. ... PAHANG DARUL MAKMUR Kepada: Ibu Bapa/ Penjaga Murid.... AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS Nama Murid : No..................... Tuan / Puan. namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.... CONTOH SURAT AMARAN KES DISIPLIN SMK JENGKA 21... ( ) Pengetua SMK Jengka 21. FELDA JENGKA 21.... Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/ puan masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah... ........ KP : Tingkatan : Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk................. Saya yang menurut perintah.......... 26400 BANDAR JENGKA................... Sehubungan dengan itu............... 2.. terima kasih...................... Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat mengubah kelakuannya....... anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan diberi Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras.. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut : 3.... 4.......

melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah. (b) murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau Pengetua. Jika murid tidak hadir ke sekolah. Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid tidak hadir ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa.TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI KESALAHAN PONTENG SEKOLAH 1. (c) pemberian surat amaran kepada ibu bapa mengenai ketidakhadiran murid seperti berikut: Surat Bilangan hari tidak Bilangan hari tidak hadir berturut-turut hadir tidak berturut- turut Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas Pertama Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas Kedua Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas 20 hari selepas Amaran Terakhir Amaran Terakhir Jumlah hari tidak 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut- hadir turut 34 . sama ada secara bertulis atau melalui telefon (dengan catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan). 2. guru hendaklah mengambil langkah- langkah berikut: (a) memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan ketidakhadiran murid.

(e) Ketidakhadiran murid dikira sepanjang tempoh murid berdaftar di sekolah tersebut dan bilangan hari ponteng sekolah dalam suatu tahun persekolahan hendaklah dibawa ke tahun persekolahan yang berikutnya. (d) Pengiraan hari bagi ketidakhadiran berturut-turut termasuklah hari cuti hujung minggu dan umum yang jatuh sepanjang tempoh ketidakhadiran itu. 35 . 3. Dalam Jadual ini “ibu bapa” termasuklah ketua warden bagi murid yang menghuni asrama harian.

Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada ibu bapa atau penjaga dan atas sebab.sebab yang munasabah “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ……………………………….. ( ………… hari) 2.. ………………………… ………………………… Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan…………………….. dari tingkatan / kelas ……………….telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa segera. Hingga ……………. 3. CONTOH SURAT AMARAN PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR SEKOLAH …………………………. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas 36 .

dan surat bil………………………………. Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan daripada tuan /puan.. ………………………… ………………………… Tuan/Puan Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan / puan……………………. Pada………………. 3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang sekolah sekiranya tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ………………………………. Pada………………. dari tingkatan / kelas ………………. Hingga …………….telah tidak hadir ke sekolah dari …………………. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui surat bil……………………………….. Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah. ( ………… hari) 2..SEKOLAH …………………………. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas 37 .

. 2. 3. seperti yang diperuntukkan pada para 10.SEKOLAH …………………………. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan surat ini.Peraturan-peraturan pelajaran ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” Saya yang menurut perintah ………………………………. bertarikh……………………. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran seperti berikut : i.. iii. Pengertua/ Guru Besar Cop sekolah Sk : Asal : Ibubapa/ Penjaga Salinan 1 : Fail Sekolah Salinan 2 : Guru Kelas 38 . ii...2 Ordinan Pelajaran 1957. Bil……………. ………………………… ………………………… Tuan/Puan PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan ……………………………………dari tingkatan / kelas ……………………….hari. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai……………………… 4. bertarikh……………………. Telah tidak hadir ke sekolah selama …………………. Bil……………. bertarikh……………………. Bil…………….

Khidmat Tidak Hadir kaunseling Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa/penjaga selepas 14 hari berikutnya tidak hadir. Hadir Khidmat Tidak Hadir kaunseling Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa/penjaga selepas tujuh (7) hari Hadir berikutnya tidak hadir. CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN Kenal pasti murid ponteng Tiga (3) hari berterusan Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga Hadir Tidak Hadir Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga selepas tujuh (7) hari Khidmat berikutnya kaunseling tidak hadir. Ibu bapa/penjaga membuat rayuan. TAMAT 39 .

Ibu bapa/penjaga membuat rayuan.CARTA ALIRAN TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG SEKOLAH BERKALA Kenal pasti murid ponteng Sepuluh (10) hari berKALA Surat Amaran Pertama kepada ibu bapa/penjaga Hadir Tidak Hadir Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa/penjaga selepas Sepuluh (10) hari Khidmat berikutnya kaunseling tidak hadir. TAMAT 40 . Hadir Khidmat Tidak Hadir kaunseling Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa/penjaga selepas Dua Puluh (20) hari Hadir berikutnya tidak hadir. Khidmat Tidak Hadir kaunseling Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa/penjaga selepas 20 hari berikutnya tidak hadir.

41 .