JURNAL MINGGU KE-4

KURANG MEMAHAMI ISI PELAJARAN
MASALAH
Pada minggu keempat, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan,
saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah
kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi
sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang
murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak
memberi perhatian kepada pengajaran saya. Pelbagai persoalan yang timbul di dalam
fikiran saya iaitu adakah guru merupakan seorang yang lemah dalam pengajaran
sehingga murid-murid kurang memahami isi pelajaran. Murid-murid cepat bosan kerana
mereka telah tidak mengetahui pengajaran yang diajar. Tumpuan mereka menjadi
kurang. Namunbegitu, saya mendapati bahawa kelas ini mempunyai pelbagai aras
kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang
berbeza.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Saya haruslah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid.
b) Saya haruslah sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa
dihargai dan diperhatikan oleh guru.
c) Saya patut menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid.
d) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat
iaitu dalam dua minggu ini. Adalah sangat berharap aktiviti yang dirancang oleh guru
dapat menarik perhatian murid-murid. Dengan begitu, fokus murid akan lebih tertumpu
kepada aktiviti yang disediakan oleh guru.

Saya juga akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru. TINDAKAN SUSULAN Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. . ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Impaknya. namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru. guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Ini secara tidak langsung.PENILAIAN KEJAYAAN Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. guru suka mengajar dan murid suka belajar. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya. guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Antaranya ialah. dengan cara ini. Guru juga haruslah yakin dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza.