You are on page 1of 1

Contoh REFLEKSI

Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
Murid berjaya menguasai konsep ........
Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan
baru.
Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........
Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan
datang.
Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi
penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......
Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.
Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia
dan tidak dapat menumpukan perhatian.
Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah.

PENULISAN IMPAK
Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:
"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit
dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara
individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."
"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan
guru."
Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif.
Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada
kuantiti.
Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada
37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.