You are on page 1of 2

JURNAL MINGGU KE-5

MURID TIDAK MINAT DENGAN AKTIVITI
MASALAH
Pada minggu kelima, murid-murid di dalam kelas 5 Ibnu Majah sangat aktif dan
menunjukkan minat terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani yang diajar. Namun begitu,
terdapat seorang murid perempuan yang besar badannya tidak menunjukkan minat
terhadap mata pelajaran yang diajar guru. Ketika guru memberikan penerangan didapati
murid ini kurang memberikan tumpuan terhadap demonstrasi serta penerangan yang
diberikan guru. Murid ini juga kelihatan mempunyai sikap yang agak pasif.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak
memberi perhatian kepada pengajaran saya. Daripada tinjauan awal yang telah saya
lakukan melalui temubual dengan guru-guru dan rakan sekelasnya, saya dapat
merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini,
iaitu murid perempuan itu sangat berlagak dan sombong dalam kelas. Dia
mengganggap semua aktiviti yang dirancang oleh guru sangat membosankan dan tidak
menarik minat. Dia akan menpengaruhi murid-murid lain untuk ponteng kelas.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Saya haruslah memperbanyakkan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar
supaya dapat menarik minat murid tersebut.
b) Saya haruslah sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa
dihargai dan diperhatikan oleh guru.
c) Saya patut menggalakkan murid lain supaya memberi sokongan dan galakan
kepada dia.
d) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat
iaitu dalam dua minggu ini. Adalah sangat berharap aktiviti yang dirancang oleh guru
dapat menarik perhatian murid-murid. Dengan begitu, fokus murid akan lebih tertumpu
kepada aktiviti yang disediakan oleh guru.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya. Guru juga haruslah yakin dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap guru. TINDAKAN SUSULAN Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Saya juga akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum. Murid juga perlu mengekalkan hubungan yang sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya. Guru haruslah memberikan bimbingan yang berterusan kepada murid untuk memastikan dia sentiasa mengikuti aktiviti yang dirancang. . ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini.PENILAIAN KEJAYAAN Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut.