You are on page 1of 24

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kadar inflasi di negara ini dijangka kekal stabil tahun 2015, meskipun Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) akan berkuatkuasa mulai 1 April ini, demikian
menurut firma penyelidikan, AmResearch. Pakar Ekonomi AmResearch, Patricia Oh
Swee Ling, berkata jangkaan itu bersandarkan kepada persekitaran permintaan
sederhana dan harga komoditi yang rendah. Beliau berkata, berikutan harga minyak
mentah global sekatat ini lebih rendah daripada dijangkakan, inflasi keseluruhan bagi
tahun ini dijangka berkurangan berbanding tahun lalu.

“Kami jangka kadar inflasi bagi keseluruhan tahun 2015 adalah 2.9 peratus,
berbanding 3.2 peratus yang dicatatkan pada tahun 2014,” katanya dalam nota
penyelidikannya yang dikeluarkan, baru-baru ini. Ini bermakna kadar pertumbuhan
pendapatan isi rumah melebihi peningkatan harga barangan. Ini menyebabkan rakyat
Malaysia mendapatkan manfaat daripada peningkatan taraf hidup, seperti yang
terbukti daripada perubahan pilihan pengguna dan corak tingkah laku penggunaan.

Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan pertumbuhan perlahan 1.0 peratus
pada Januari 2015, berikutan pelarasan menurun harga petrol. Menurut Jabatan
Perangkaan, berbanding Disember 2014, IHP merosot 1.1 peratus. Justeru, pengiraan
pertumbuhan ekonomi melalui KDNK adalah ukuran tepat mengenai pertumbuhan
ekonomi Negara, yang didorong oleh dasar-dasar propertumbuhan yang mengambil
kira kebajikan rakyat.

Pertumbuhan ekonomi yang konsisten yang ditunjukkan menerusi angka
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berjaya meningkatkan kadar upah dan kualiti
hidup rakyat Malaysia. Pengguna kini mempunyai lebih banyak produk dan
perkhidmatan untuk dipilih, serta pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, semuanya
hasil dasar ekonomi yang diurus dengan baik terus menwujudkan ribuan peluang
pekerjaan untuk rakyat. Dan untuk mengesahkan keadaan itu, sudah pasti KDNK
menjadi ukuran tepat mengenai kedudukan kita yang mewah.

Angka KDNK menunjukkan pretasi ekonomi negara untuk tempoh sesuatu
suku atau tahun sebelumnya. Malangnya, walaupun majoriti dapat memahami
pertumbuhan KDNK yang berpositif baik untuk semua rakyat Malaysia, sebahagian
minoriti masih gagal mengakuinya atau sengaja menafikannya. Menurut Berita Harian

1
pada 3 Oktober 2014, ( http://www.bharian.com.my/node/9436 ) antara 2011 dan
2013 ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan dengan KDNK dicatatkan pada
5.2 peratus setahun. Bagi tahun 2014, KDNK pada 6.3 peratus, didorong terutama
oleh pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian.

Malaysia seperti kebanyakan negara lain di dunia, mengukur KDNK
menggunakan tiga kaedah iaitu perbelanjaan, jenis aktiviti ekonomi dan pendapatan.
Kaedah perbelanjaan dikira dengan menambah jumlah penggunaan, pelaburan,
perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Eksport bersih ialah ukuran pengeluaran
barangan dan perkhidmatan yang dipasang dan dikeluarkan di Malaysia dan dijual di
luar negara dan ditolak import.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 12
Februari 2015 berkata angka bagaimanapun menunjukkan bahawa gaji di Malaysia
sudah meningkat, dengan gaji kepada nisbah KDNK meningkat daripada 29.3 peratus
pada 2008 kepada 33.6 peratus pada 2013. Sektor perkhidmatan berkembang 6.4
peratus dengan pengembangan dalam semua subsektor. Sektor pembuatan mencatat
pertumbuhan yang mampan sebanyak 5.2 peratus disokong oleh pretasi lebih kukuh
dalam pengeksportan kluster elektrik dan elektronik.

Malaysia mencatat kadar pengangguran 2.8 peratus, manakala inflasi
sederhana kapada 2.8 peratus pada suku tahun keempat 2014. Zeti berkata Malaysia
kekal berdaya tahan dalam menghadapi keadaan yang mencabar dalam persekitaran
luran berikutan infrastruktur ekonominya yang pelbagai, sistem perbankan dengan
permodalan yang kukuh serta kewangan yang maju.

Definisi inflasi ialah suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan
tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan
perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi
juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu
kehilangan nilai sebenar dalm medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam
sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu
perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum ( Indeks Harga
Pengguna ) dari masa ke semasa.

2
IHP tahun semasa−IHP tahunsebelum
Kadar inflasi = IHPtahun sebelum

× 100

Indeks Harga Pengguna ( IHP ) merupakan kaedah yang digunakan untuk
mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang
dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang
ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan
perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa. Tahun
asas yang digunakan dalam kajian ini ialah tahun 2010. Hubungan antara IHP dengan
inflasi ialah apabila Indeks Harga Pengguna semakin tinggi, kadar inflasi pun semakin
tinggi kerana mereka mempunyai hubungan positif.

Jenis-jenis inflasi :

1) Inflasi tarikan permintaan

 Berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan
jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada
sesuatu masa tertentu.
 Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan
jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud.
 Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa
ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah
ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan
dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada
oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan.
 Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada peningkatan
tingkat pendapatan disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna.
Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk
berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah
ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada
ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

3
 Peningkatan penawaran wang dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan
jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka
ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia
akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak
wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi
akan wujud.

2) Inflasi tolakan kos

 Berpunca daripada oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos
pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor
pengeluaran seperti tingkat upah.

 Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran
akan meningkat.

 Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu
memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada
pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam
tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai
buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi
menampung peningkatan harga ini.

 Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya
pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan
meningkat sekali lagi.

3) Inflasi diimport

 Peningkatan harga di luar negara. Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah
negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang
banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga
import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam
negara.

4
 Penurunan kadar pertukaran wang. Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh
kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia
dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan
untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia
terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan
membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan
dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

Kesan Inflasi :

1) Kesan positif inflasi

 Inflasi sederhana ( 2% -3% ) adalah untuk menggalakkan pelaburan dan
menggalakan firma meningkatan pengeluaran. Oleh itu, Keluaran Dalam
Negara Kasar dapat meningkat dan pertumbuhan ekonomi menjadi pesat.

 Dapat menguntungkan golongan tertentu seperti perniaga, penghutang,
pemilik harta tetap dan pemilik saham.

 Memperbaiki imbangan perdagangan Malaysia

2) Kesan negatif inflasi

 Kos sara hidup meningkat. Inflasi menyebabkan tingkat harga umum
meningkat lalu menyebabkan kuasa beli isi rumah turun dan kos sara hidup
naik. Taraf hidup rakyat juga turun.

 Nilai wang sesebuah negara merosot.

 Memburukkan imbangan pembayaran

 Inflasi tolakan kos dan inflasi diimport menyebabkan kos pengeluran naik

Definisi pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal
seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur
dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur
pretasi pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam

5
kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran ( KDNK benar ) dalam
sesebuah ekonomi.

Kadar pertumbuhan ekonomi

KDNK benar tahun semasa−KDNK benar tahunsebelum
= × 100
KDNK benar tahun sebelum

KDNK benar merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau
menentukan kadar pertumbuhan ekonomi. Data pendapatan negara membolehkan
sesebuah negara membuat perbandingan dalam kadar pertumbuhan ekonomi bagi
tiap-tiap tahun.

KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam
sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. Pertumbuhan ekonomi tidak
semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat
kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan
KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun. Di samping itu,
pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluran ( KDNK benar )
tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat
seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.

6
2.0 PENYATA MASALAH
Apa yang dikaji

Kajian ini dibuat oleh pengkaji adalah untuk menganalisis arah aliran kadar
inflasi di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012 dan membandingkan arah
aliran kadar inflasi serta kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor di Malaysia
antara tahun 2006 hingga tahun 2012.

Mengapa kajian perlu dilakukan ( Kepentingan Kajian )

Kajian ini penting dilakukan oleh pengkaji untuk mengetahui perubahan kadar
inflasi akan mempengaruhi perubahan kadar pertumbuhan ekonomi. Ini disebabkan
kadar inflasi yang tinggi akan menjadi masalah tetapi inflasi diperlukan untuk
perkembangan ekonomi negara Malaysia. Selain itu, kajian ini penting dilakukan
untuk membantu kerajaan membuat dasar yang baru seperti menjalankan dasar
mengawal kadar inflasi, mengenalpasti masalah dan mengemukakan cadangan dasar
yang sesuai untuk negara kita.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

7
Tujuan kajian ini merupakan meneliti hubungan antara kadar inflasi dan kadar
pertumbuhan ekonomi mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun
2012. Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Menganalisis arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara tahun 2006 hingga
tahun 2012
ii. Membandingkan arah aliran kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi
mengikut sektor di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA

Kajian ini dilakukan oleh pengkaji dengan hanya menggunakan data sekunder.
Data sekunder merupakan data yang diperolehi dari hasil pengumpulan orang lain
iaitu merujuk pada sumber internet, mencari bahan daripada buku teks Pra-U STPM

8
Longman Ekonomi Penggal 3 tahun 2014 dan mengumpul laporan agensi kerajaan
seperti laporan tahunan negara dan laporan ekonomi Malaysia untuk memenuhi kajian
ini iaitu untuk menganalisis arah aliran kadar inflasi di Malaysia serta
membandingkan arah aliran kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut
sektor utama di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012.

Pengkaji mendapat maklumat kajian di perpustakaan. Kaedah perpustakaan
dilakukan bagi mendapatkan sorotan keatas bahan-bahan literatur seperti buku-buku
ilmiah. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini, penyelidik
mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan
penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Kajian perpustakaan
ini juga melibatkan beberapa proses yang utama iaitu mengumpulkan dan
menganalisis data. Pengkaji akan menggunakan hasil analisis yang dilakukan dan
menggunakannya dalam penghasilan hasil kajian. Selain itu, pengkaji juga membuat
rujukan daripada sumber-sumber lain seperti melalui internet, laporan-laporan
daripada agensi kerajaan mahupun swasta, majalah-majalah, dan juga dari surat
khabar.
Pengkaji mendapatkan maklumat tentang inflasi adalah daripada sumber
internet laman Wikipedia , maklumat tentang kadar inflasi daripada sumber laporan
tahunan negara dari Portal Rasmi Bank Negara Malaysia dan sumber dari surat khabar
iaitu surat khabar Berita Harian. Selain itu, data IHP antara tahun 2006 hingga tahun
2012 yang dikaji oleh pengkaji adalah diperoleh daripada sumber internet iaitu laman
web Jabatan Perangkaan Malaysia dan sumber laporan agensi kerajaan seperti
Laporan Ekonomi Malaysia dan Laporan Tahunan 2006 hingga 2012. Data dan
maklumat pertumbuhan ekonomi yang dikaji diperoleh daripada sumber surat khabar
seperti surat khabar Berita Harian dan sumber internet daripada laman blog
Makroekonomi STPM. Akhirnya, data KDNK benar mengikut sektor yang diperoleh
daripada sumber internet iaitu laman web Portal Rasmi Jabatan Kewangan Malaysia .

4.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf yang menggunakan
garis telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Pengkaji meringkas
dan memerihal data melalui peratus, maksimum, minimum, perbandingan dan arah

9
aliran. Analisis data telah dikumpulkan selepas memperoleh data sekunder daripada
Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Data yang diperoleh
akan disunting dan ditukarkan kepada analisis bentuk angka bagi mencapai analisis
yang tepat.
Semua hasil data yang dikehendaki akan dikemaskini dan dipersembahkan
dalam bentuk jadual dan graf untuk memudahkan penganalisisan. Oleh itu, bagi
maklumat seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar mengikut sektor
utama boleh dianalisis dengan menggunakan mininum atau maksimum untuk
menerangkan hubungan di antara satu sama lain. Kadar inflasi dan kadar pertumbuhan
ekonomi pula menggunakan kaedah peratusan mudah untuk menentukannya.Bagi
menganalisis perbandingan antara arah aliran kadar inflasi dan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012, kaedah perbandingan
akan digunakan.
Formula pengiraan :

IHP tahun semasa−IHP tahunsebelum
Kadar inflasi = IHPtahun sebelum

× 100

Kadar pertumbuhan ekonomi

KDNK benar tahun semasa−KDNK benar tahunsebelum
= KDNK benar tahun sebelum

× 100

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

10
5.1 Kajian tentang arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara tahun 2006 hingga
Indeks Harga tahun 2012
Tahun Kadar Inflasi
Pengguna
(%)
( 2010 = 100)
2006 90.9 3.65
2007 92.7 2.00
2008 97.7 5.40
2009 98.3 0.61
2010 100 1.72
2011 103.2 3.20
2012 104.9 1.65

Jadual 1 : Kadar inflasi antara tahun 2006 hingga tahun 2012

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Kadar Inflasi ( % ) Kadar Inflasi ( % )
6
5
4
Kadar Inflasi ( % )
3
2
1
Tahun
0
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

11
Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan bilangan indeks harga
pengguna mengikut tahun 2010 sebagai tahun asas serta kadar inflasi di Malaysia dari
tahun 2006 hingga 2012.

Berdasarkan jadual di atas, penyelidik mendapati nilai indeks harga pengguna
( IHP ) pada tahun 2006 merupakan 90.9. Kadar inflasi pada tahun 2006 adalah
3.65%, telah mencapai perkembangan kadar inflasi yang kedua banyak dari tahun
2006 hingga 2012.

Pada tahun 2007, nilai indeks harga pengguna ( IHP ) telah bertambah dari
90.9 kepada 92.7. Kadar inflasi tahun 2007 telah merosot dari 3.65% kepada 2.00%.
Manakala, kadar inflasi pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 3.40 % iaitu kadar
inflasi tahun 2008 ialah 5.40%. Ia telah mencapai perkembangan kadar inflasi yang
paling tinggi dari tahun 2006 hingga tahun 2012. Nilai indeks harga pengguna pada
tahun 2008 bertambah menjadi 97.7.

Seterusnya, kadar inflasi pada tahun 2009 merosot dari 5.40% hingga 0.61%.
Ia merupakan perkembangan kadar inflasi yang paling sedikit dalam tahun 2006
hingga tahun 2012. Nilai indeks harga pengguna ( IHP ) tahun 2009 ialah 98.3.
Walaupun kadar inflasi merosot dari tahun 2008 hingga 2009, peningkatan kadar
inflasi tetap berlaku pada tahun 2010 dan tahun 2011. Pada tahun 2010, kadar inflasi
meningkat balik kepada 1.72%. Nilai indeks harga pengguna telah bertambah dari
98.3 menjadi 100 pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011, kadar inflasi terus
meningkat kepada 3.20 % dan nilai indeks harga penggunanya ialah 103.2 telah
meningkat sebanyak 3.2 berbanding dengan indeks harga pengguna pada tahun 2010.
Nilai indeks harga pengguna tahun 2012 ialah 104.9 dan kadar inflasi telah merosot
sebanyak 1.55% berbanding dengan tahun 2011 iaitu kadar inflasi tahun 2012 ialah
1.65%.

Berdasarkan data kajian Jadual 1, kadar inflasi pada tahun 2008 paling tinggi
berbanding dengan tahun-tahun lain. Kadar inflasi yang tinggi pada tahun 2008 adalah
disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis
kewangan subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah
membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun
sejak krisis kewangan global , namun masih belum ada tanda-tanda mengembalikan
kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi. Pelbagai kesan telah berlaku

12
semasa krisis ekonomi, iaitu nilai eksport negara berkurangan kerana permintaan
dunia telah merosot 27.8%. Peningkatan yang mendadak pada harga komoditi
minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham turut menjejaskan ekonomi
Malaysia. Oleh itu, kadar inflasi juga meningkat kepada tahap yang sangat tinggi
sehingga 5.40%. Krisis ekonomi global merupakan faktor yang penting untuk
menjelaskan peningkatan kadar inflasi pada 2008.

Pada tahun 2009, kadar inflasi merosot kepada 0.61% dan merupakan kadar
inflasi yang paling sedikit dari tahun 2006 hingga 2012. Menjelang awal tahun 2009,
ekonomi Malaysia jelas sedang berhadapan dengan ancaman yang besar daripada
kelembapan ketara berikutan kemerosotan yang nyata dalam keadaan ekonomi global.
Kesan daripada krisis kewangan antarabangsa terhadap ekonomi benar dirasai
sepenuhnya pada suku pertama 2009, apabila sebilangan besar ekonomi mengalami
penguncupan KDNK benar yang sangat ketara. Dalam ekonomi maju, krisis
kewangan yang diikuti kemudiannya oleh luluh kredit (credit crunch) telah
mengakibatkan kemerosotan yang nyata dalam permintaan sektor swasta. Walaupun
keadaan permintaan dalam negeri secara relatif kukuh, namun kejatuhan eksport yang
teruk dan prospek ekonomi beberapa rakan perdagangan utama Malaysia yang lemah
telah bermaksud sokongan dasar yang ketara diperlukan bagi menghalang ekonomi
daripada mengalami kemelesetan yang teruk dan berpanjangan.

Penggunaan sektor isi rumah telah menurun akibat beberapa faktor termasuk
prospek pekerjaan yang makin lemah, harga rumah yang semakin merosot dan
kesukaran untuk mendapatkan kredit. Sektor perniagaan juga mengurangkan
pengeluaran dengan ketara, sementara paras inventori juga menjadi sangat rendah
dalam keadaan permintaan yang lemah dan keadaan kredit yang terhad. Oleh itu,
kerajaan menurunkan kadar inflasi dengan mengurangkan kadar faedah bagi
memberikan peminjam kredit mendapat manfaat daripada penurunan kadar faedah
dalam bentuk pengurangan bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman berkadar terapung
dengan serta-merta dan bukan melalui pengurangan tempoh pembayaran balik.

Ini perlu bagi memastikan penurunan kadar faedah dapat meningkatkan
pendapatan boleh guna peminjam, yang kemudiannya dapat disalurkan kepada
penggunaan domestik yang lebih tinggi. Oleh sebab pinjaman berkadar faedah boleh
ubah membentuk bahagian yang besar daripada jumlah pinjaman di Malaysia,
peningkatan pendapatan boleh guna ekoran kos faedah yang lebih rendah telah

13
menghasilkan kesan positif terhadap perbelanjaan penggunaan.Penurunan kadar
faedah pinjaman merupakan faktor yang menyebabkan penurunan kadar inflasi pada
tahun 2009.

5.2 Kajian tentang hubungan antara arah aliran kadar inflasi dan kadar pertumbuhan
ekonomi mengikut sektor di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012.

KDNK benar ( RM Juta )
Tahun Sektor 1 Sektor 2 Sektor 3
2006 118809 176902 545111
2007 120946 183270 599865
2008 121032 185299 651426
2009 116449 171420 670053
2010 117445 191720 719658
2011 116857 200701 771098
2012 118206 213388 820679
Jadual 2: KDNK benar mengikut sektor antara tahun 2006 hingga tahun 2012.

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Jadual 3 : Kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor di Malaysia
antara tahun 2006 hingga 2012.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi ( % )
Tahun Kadar inflasi Sektor 1 Sektor 2 Sektor 3
(%)
2006 3.65 1.53 6.66 7.17
2007 2.00 1.80 3.60 10.04
2008 5.40 0.07 1.11 8.60
2009 0.61 -3.79 -7.49 2.86
2010 1.72 0.85 11.84 7.40
2011 3.20 -0.50 4.69 7.15
2012 1.65 1.15 6.32 6.43

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

14
15
Graf 1 dan 2 menunjukkan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar
pertumbuhan ekonomi mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun
2012.

Berdasarkan graf 1, kita boleh mendapati bahawa pada tahun 2006 kadar
pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah paling rendah iaitu 1.53% antara ketiga-

16
tiga sektor ekonomi pada tahun 2006 di graf 1. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi
sektor ketiga adalah paling tinggi iaitu 7.17% pada tahun 2006. Pada tahun 2007,
kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah paling rendah iaitu 1.80% antara
ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2007 di graf 1. Manakala kadar pertumbuhan
ekonomi sektor ketiga adalah paling tinggi iaitu 10.04% pada tahun 2007. Pada tahun
2008, kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah paling rendah iaitu 0.07%
antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2008 di graf 1. Manakala kadar
pertumbuhan ekonomi sektor ketiga adalah paling tinggi iaitu 8.16% pada tahun 2008.

Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua adalah terendah
iaitu -7.49% antara tahun 2006 hingga tahun 2012 yang dibanding di graf 1, ia juga
paling rendah antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2009. Manakala kadar
pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi pada tahun 2009 ialah kadar pertumbuhan
ekonomi sektor ketiga iaitu 2.86%. Sebab kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua
mengalami peratus yang terendah ialah kelembapan ekonomi global telah
menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7% pada tahun 2009.
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, kesan kekayaan yang negatif berikutan krisis global
ke atas permintaan dan perdagangan dunia telah mengakibatkan kemerosotan keluaran
perindustrian dan eksport pembuatan dan perkilangan. Kemerosotan ini adalah
penguncupan asas tahunan yang pertama bagi KDNK benar sejak suku ketiga 2001.
Kejatuhan yang teruk dalam permintaan global dan perdagangan dunia menyebabkan
eksport dan pengeluaran perindustrian di Malaysia merosot pada kadar dua angka.

Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah paling
rendah iaitu 0.85% antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2010 di graf 1.
Manakala kadar pertumbuhan ekonomi yang tertinggi antara tahun 2006 hingga tahun
2012 yang dibanding di graf 1 ialah kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua iaitu
11.84% pada tahun 2010, ia juga paling tinggi antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada
tahun 2010. Sebab kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua mengalami peratus yang
tertinggi ialah pada tahun 2010 negara mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak
7.2% dan pertumbuhan sederhana 4.8% pada suku akhir tahun itu. Gabenor Bank
Negara Malaysia , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, kesederhanaan pertumbuhan
antara suku keempat 2010 dan suku pertama tahun 2011 adalah berikut kemunculan
risiko luaran, di antaranya, bencana alam di Jepun, kebimbangan berterusan hutang
kerajaan Kesatuan Eropah, harga komoditi yang meningkat dan tekanan inflasi global.

17
Persekitaran ekonomi global kembali teguh pada tahun 2010 setelah mengalami krisis
kewangan dan kejatuhan ekonomi pada tahun 2009. Pertumbuhan ekonomi yang
menggalakkan telah dicatat di kebanyakan negara termasuk di rantau Asia. Malaysia
turut mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan peningkatan sebanyak 7.2% (2009:
-1.6 peratus). Pertumbuhan ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan
iaitu sektor 3 dan 2. Oleh itu, sektor kedua meningkat dari -7.49% menjadi 11.84%
dari tahun 2009 kepada tahun 2010.

Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah paling
rendah iaitu -0.5% antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2011. Manakala
kadar pertumbuhan ekonomi sektor ketiga adalah paling tinggi iaitu 7.15% pada tahun
2011. Pada tahun 2012, kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama adalah peratus
yang paling rendah iaitu 1.15% antara ketiga-tiga sektor ekonomi pada tahun 2012 di
graf 1. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi sektor ketiga adalah paling tinggi iaitu
6.43% pada tahun 2012.

Berdasarkan graf 2, pada tahun 2006 kadar inflasi ialah 3.65% manakala kadar
pertumbuhan ekonomi sektor pertama mencatatkan nilai 1.53%, kadar pertumbuhan
ekonomi sektor kedua pada tahun 2006 mencatatkan nilai 6.66% dan kadar
pertumbuhan sektor ketiga pula mencatatkan nilai 7.17%. Pada tahun 2007, kadar
inflasi adalah menurun dari 3.65% hingga 2.00% manakala kadar pertumbuhan
ekonomi sektor pertama meningkat ke 1.80%, kadar pertumbuhan ekonomi sektor
kedua pada tahun 2007 pula menurun dan mencatatkan nilai 3.60% dan kadar
pertumbuhan sektor ketiga meningkat dari 7.17% pada tahun 2006 menjadi 10.04%
pada 2007. Hal ini menunjukkan kadar inflasi mempunyai hubungan negatif atau
songsang dengan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor kecuali sektor kedua
pada tahun 2007.

Kadar inflasi pada 2007 meningkat dari 2.00% kepada 5.40% pada tahun 2008
manakala kadar pertumbuhan ekonomi sektor pertama menurun kepada 0.07%, kadar
pertumbuhan ekonomi sektor kedua pada tahun 2008 pula menurun dan mencatatkan
nilai 1.11% dan kadar pertumbuhan sektor ketiga menurun dari 10.04% pada tahun
2007 menjadi 8.60% pada 2008. Ini menunjukkan kadar inflasi di Malaysia
mempunyai hubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor.

18
Sebab kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor mempunyai
hubungan yang songsang ialah prestasi ekonomi negara bagi keseluruhan tahun 2008
mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus
iaitu jauh lebih rendah daripada anggaran awal sekurang-kurangnya lima peratus.
Kadar pertumbuhan keseluruhan lebih rendah itu berbanding 6.3 peratus pada tahun
2007 disebabkan oleh kemerosotan ekonomi dunia yang lebih teruk. Keadaan tersebut
mengakibatkan kejatuhan ketara dalam eksport negara manakala pencapaian defisit
fiskal bagi tahun lalu kekal seperti anggaran awal iaitu 4.8 peratus daripada KDNK.

Pada tahun 2009, kadar inflasi adalah menurun dari 5.4% pada tahun 2008
telah menurun menjadi 0.61% pada tahun 2009. Manakala kadar pertumbuhan
ekonomi sektor pertama menurun dari 0.07% pada tahun 2008 turun menjadi -3.79%
pada tahun 2009. Kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua pada tahun 2009 pula
menurun dengan mendadak dari 1.11% pada tahun 2008 menjadi -7.49% pada tahun
2009 dan kadar pertumbuhan sektor ketiga juga menurun dari 8.60% pada tahun 2008
menjadi 2.86% pada 2009. Hal ini menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia dan
kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor mempunyai hubungan positif pada
tahun 2009. Kadar pertumbuhan ekonomi yang negatif menunjukkan tidak akan ada
orang menceburi dalam sektor tersebut kerana akan mengalami kerugian wang. Sebab
kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor mempunyai hubungan
yang positif iaitu kadar inflasi menurun, kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor
juga menurun ialah disebabkan kesan kekayaan yang negatif berikutan krisis global
pada tahun 2008 ke atas permintaan dan perdagangan dunia telah mengakibatkan
kemerosotan keluaran perindustrian dan eksport pembuatan. Berikutan tahap
keterbukaan ekonomi yang tinggi, kemerosotan permintaan luar negeri telah
menjejaskan guna tenaga, pendapatan serta sentimen keseluruhan sektor
perlombongan, pembinaan dan perkilangan lantas telah mengakibatkan aktiviti
penggunaan dan pelaburan swasta pada suku pertama 2009 merosot.

Pada tahun 2010, kadar inflasi telah dan menjadi 1.72% Manakala kadar
pertumbuhan ekonomi sektor pertama meningkat kepada 0.85% pada tahun 2010,
kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua pula meningkat dengan mendadak dan
mencatatkan nilai 11.84% pada tahun 2010 dan kadar pertumbuhan sektor ketiga juga
meningkat dari 2.86% pada tahun 2009 menjadi 7.40% pada 2010. Hal ini
menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia dan kadar pertumbuhan ekonomi

19
mengikut sektor mempunyai hubungan positif pada tahun 2010. Sebab kadar inflasi
dan kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor mempunyai hubungan yang positif
iaitu kadar inflasi meningkat, kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor juga
meningkat adalah disebabkan oleh persekitaran ekonomi global kembali dan menjadi
teguh pada tahun 2010 setelah mengalami krisis kewangan dan kejatuhan ekonomi
pada tahun 2009. Semua sektor melibatkan sektor pertanian dan peternakan, sektor
perlombongan dan perkilangan dan sektor pekhidmatan dan utiliti mencatatkan
pertumbuhan yang kukuh di ekonomi Malaysia pada tahun 2010.

Kadar inflasi telah meningkat dari 1.72% naik pada tahun 2010 sehingga
menjadi 3.20% pada tahun 2011. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi sektor
pertama menurun kepada -0.50% pada tahun 2011, kadar pertumbuhan ekonomi
sektor kedua pula menurun dan mencatatkan nilai 4.69% pada tahun 2011 dan kadar
pertumbuhan sektor ketiga juga menurun dari 7.40% pada tahun 2010 menjadi 7.15 %
pada 2011. Hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar pertumbuhan
ekonomi mengikut sektor pada tahun tersebut adalah negatif.

Seterusnya, pada tahun 2012, kadar inflasi adalah menurun dari 3.20% pada
tahun 2011 telah menurun menjadi 1.65% pada tahun 2012. Manakala kadar
pertumbuhan ekonomi sektor pertama meningkat kepada 1.15% pada tahun 2012,
kadar pertumbuhan ekonomi sektor kedua pula meningkat dan mencatatkan nilai
6.32% pada tahun 2012 dan kadar pertumbuhan sektor ketiga menurun dari 7.15%
pada tahun 2011 menjadi 6.43 % pada 2012. Hal ini membuktikkan bahawa kadar
inflasi di Malaysia berhubungan negatif dengan kadar pertumbuhan ekonomi
mengikut sektor kecuali sektor ketiga pada tahun 2012.

Secara kesimpulannya, kadar inflasi menurun dari 3.65% pada tahun 2006 ke
1.65% pada tahun 2012. Manakala kadar pertumbuhan ekonomi megikut sektor
pertama menurun dari 1.53% pada tahun 2006 ke 1.15% pada tahun 2012, kadar
pertumbuhan ekonomi megikut sektor kedua menurun dari 6.66% pada tahun 2006 ke
6.32% pada tahun 2012. Kadar pertumbuhan ekonomi megikut sektor ketiga menurun

20
dari 7.17% pada tahun 2006 menjadi 6.43% pada tahun 2012. Akhirnya, kita boleh
mendapati satu kesimpulan daripada graf 1 dan graf 2 adalah bahawa secara
keseluruhannya kadar inflasi mempunyai hubungan negatif dengan kadar
pertumbuhan ekonomi mengikut sektor.

6.0 CADANGAN

Bahagian ini akan membincangkan cadangan daripada penyelidik bagi
menyelesaikan dan menurunkan kadar inflasi yang tinggi pada tahun 2008 dan kadar
pertumbuhan ekonomi yang rendah mengikut sektor pada tahun 2009 supaya
matlamat Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

21
Kerajaan harus melaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar
cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan
agregat untuk mengatasi masalah inflasi yang tinggi pada tahun 2008. Dengan
penurunan inflasi, Bank Negara Malaysia sejak awal lagi telah melaksanakan langkah
pengurangan kadar faedah bagi melindungi ekonomi negara daripada kesan ekonomi
global yang semakin lemah. Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar
Semalaman (OPR) sebanyak 150 mata asas kepada 2.00% antara November 2008
hingga Februari 2009.

Langkah-langkah juga diambil untuk memastikan peminjam yang sedia ada
mendapat manfaat daripada penurunan kadar faedah dalam bentuk pengurangan
bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman berkadar terapung dengan serta-merta dan
bukan melalui pengurangan tempoh pembayaran balik. Ini perlu bagi memastikan
penurunan kadar faedah dapat meningkatkan pendapatan boleh guna peminjam, yang
kemudiannya dapat disalurkan kepada penggunaan domestik yang lebih tinggi.

Kerajaan juga harus melaksanakan dasar kewangan kualitatif seperti kawalan
kredit terpilih untuk mengatasi masalah kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor
terutama sektor kedua pada tahun 2009. Dengan langkah ini, Bank Pusat bukan sahaja
dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah boleh mempengaruhi
aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi pinjaman dan pelaburan.

Selain itu, kerajaan memberi galakkan pinjaman kepada sektor industri kecil dan
sederhana, sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak
ke sektor yang aktiviti- aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar
bandar. Contohnya, Skim Jaminan Pinjaman Penstrukturan Semula Industri
diwujudkan bagi membantu industri-industri yang berdaya maju meningkatkan tahap
operasi perniagaan mereka, dengan matlamat jangka panjangnya untuk meningkatkan
kecekapan dan membina kapasiti untuk masa hadapan.

7.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian tentang kadar inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi
mengikut sektor pada tahun 2006 hingga tahun 2012, maka selanjutnya dapat ditarik
kesimpulan sebagai berikut:-

22
Kerajaan harus selalu memerhati kadar pertumbuhan ekonomi mengikut sektor
setiap tahun dan cuba melaksanakan matlamat, iaitu Malaysia selalu mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi mengikut sektor yang positif dan semakin meningkat untuk
memajukan negara. Bukan itu sahaja, keadaan pengangguran diharapkan adalah
kurang dalam Malaysia pada masa depan kerana semua rakyat dapat peluang
perkerjaan jika semua sektor di negara kita dapat dimajukan.

Pemantauan kerajaan kepada ekonomi Malaysia harus selalu dijalankan
walaupun kita seharusnya berkeyakinan bahawa Malaysia dapat kembali ke paras
sebelum krisis di samping kadar inflasi yang rendah adalah rangsangan kepada
kemajuan negara di masa depan.Walaupun kadar inflasi sekarang mengalami kadar
inflasi yang sederhana yang dapat membantu memajukan negara, kerajaan patut selalu
memandang serius dan selalu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ekonomi
Malaysia supaya Malaysia tidak mengalami kemerosotan pada suatu hari nanti.

Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang
mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang
diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di
Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana
jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan
nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020
pasti akan tercapai.

8.0 SENARAI RUJUKAN

1) Mohomad Shukri Seman, Lim Kien Kwok, Safriza Abd. Hamid, 2013. Pra-U
Teks STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3 . Bangi : Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd. Malaysia.

23
2) Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa
2013. Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Malaysia.

3) Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Malaysia 2006 – 2012,
http://www.treasury.gov.my.

4) Berita Harian( 2014 ). KDNK langkah tepat ukur pertumbuhan ekonomi . Dicapai
pada Oktober, 3, 2014, from http://www.bharian.com.my/node/9436

5) Jabatan Perangkaan Malaysia( 2014 ), Bab 4 Indeks Harga Pengguna. Dicapai
pada Februari,14, 2014, from https://www.statistics.gov.my .

6) Berita Harian (2015), Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada 2014.
Dicapai pada Februari, 12, 2015, from http://www.bharian.com.my/node/34579

24