TUGASAN 1

PENULISAN AKADEMIK

umlib.my/newscut_details. Nor Azizah Mokhtar.z1kd4Ygc.dpuf .asp? cutid=8950#sthash.KERATAN AKHBAR  ISU ATAU CABARAN PENDIDIKAN SEMASA BERKAITAN GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID YANG MEMBERI IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIPILIH Sumber: Sikap guru punca ponteng.um. Safeek Affendy Razali. Berita Harian 20-September-2013 http://www.edu.

ketika di dalam kelas. malah keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan untuk ponteng. suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas. tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat ini. . Tambahan pula mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami. Punca pain pula personaliti guru yang bersikap negative seperti terlalu garang. Selain itu. Bukan itu sahaja.SINOPSIS ISU:- Dengan ini melalui isu yang dikeluarkan dalam surat khabar ini saya dapat diulaskan bahawa sikap guru punca berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar. cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami. Selain itu. Pelajar juga bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenalpasti antara sebab utama pelajar sekolah menengah ponteng. pelajar yang lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang cenderung memberi tuampuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas.

beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas. ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Individu yang paling terkesan dalam isu-isu yang timbul pastinya insan yang bergelar “guru”. Gejala ponteng ini amat diperkatakan pada masa kini berbanding masalah masalah yang lain. Dunia pendidikan tidak lari daripada menghadapi pelbagai isu dan cabaran sama ada secara nasional mahu pun global. Setiap isu yang mendatangi dunia pendidikan pasti akan mencuri tumpuan segenap lapisan masyarakat. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Oleh yang demikian. Laporan Salah Laku Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) (2010) menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan antara bilangan salah laku disiplin yang terbanyak berbanding masalah lain. Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah merupakan isu utama dalam rekod salah laku pelajar. Selain dari itu. Oleh itu. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Menurut Kamus Dewan. sama ada salah satu kelas. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab- sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Pendidikan yang berkualiti menjadi tunjang kepada negara bagi melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam era globalisasi kini. dalam penulisan ini saya akan menyentuh salah satu isu yang bertajuk “Sikap guru punca Ponteng”.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam usaha membangunkan negara serta minda rakyat kelas pertama. Ia tidak dapat menjelaskan sejauh mana tahap seseorang pelajar terlibat dalam masalah ponteng sekolah.1. Sesuatu kesalahan mungkin dilakukan oleh pelajar yang sama secara berulang kali menyebabkan jumlah kes .

Masalah ponteng ini adalah boleh juga dikatakan sebagai masalah disiplin. marah. Pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. kenapa berlakunya masalah ponteng ini? Jawapannya pula apabila seseorang pelajar mengalami gangguan emosi berlakunya masalah- masalah sosial seperti ponteng dan sebagainya.tersebut meningkat. pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut. menunjukkan sikap biaap terhadap guru dan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran atau tanpa memberitahu guru. suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. . kecewa. 2005). gembira. marah. takut. gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Oleh itu. Dengan ini. Kita boleh persoalkan. sebelum mengetahui tentang punca berlakunya ponteng mari kita lihat apakah definisi gangguan emosi sebenarnya. Mengikut Achmanto Mendatu (2007). Dengan ini menurut Halizah Hamzah (2014) dikatakan bahawa masalah ponteng kelas/sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang bersifat disruptif dan mengganggu pelaksanaan p&p adalah kerap lewat masuk ke kelas. Dengan ini kita dapat disimpulkan bahawa gangguan emosi pelajar sangat terjejas sampai mereka melibatkan diri dalam masalah ponteng sekolah ini. Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara. Takut menjadi reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas sebagai bayangan daripada perasaan takut. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih. Sebelum kita mengambil tindakan yang wajar perlulah mengetahui punca-punca berlakunya masalah ini. Fariza.

Hasil pengkaji Johari (2011). Faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini. pelajar tersebut akan duduk dalam keadaan yang tidak selesa dan menunjukkan muka kepada guru di hadapan. Berdasarkan artikel surat khabar di atas. Berdasarkan analisa faktor di atas. 2. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar. sikap pelajar. pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.2. Keadaan ini mendorong kepada hubungan yang kurang baik antara pelajar dan guru. bukan guru sahaja punca pelajar ponteng sekolah malah ada juga punca-punca yang lain menyebabkan pelajar berponteng. Isu ini telah hangat dibincangkan oleh orang ramai sehinggalah di laman sosial berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Dalam kajian Muhammed Sharif dan Suria (2012) menyatakan sikap guru merupakan faktor penting dalam ponteng sekolah. rakan sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. masalah ponteng dikenalpasti kerana ketegasan guru disiplin dan peraturan sekolah yang dirasakan terlalu ketat menyebabkan pelajar-pelajar terdorong untuk ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.Gaya Pengajaran dan Tindakan guru Berdasarkan dengan keratan akhbar isu sikap guru berpunca ponteng merupakan antara punca yang sangat utama dalam masalah ini.0 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH Berita tentang masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Apabila emosi pelajar terganggu dengan berasa bosan. Dapatan kajian menunjukkan faktor guru. Terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajar yang . Lantaran itu.1 Sikap Guru .

Apabila berlakunya keadaan ini pelajar yang lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran ketika di dalam kelas. Disebabkan cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami. apabila guru menggunakan Gaya pengajaran yang sama pelajar kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas. personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang. Seterusnya pula. tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat ini. 2.sudah tidak sesuai pada masa ini. 2007). geografi dan sebagainya. Shahrin. Keadaan ini akan menjadi bertambah serius jika guru tidak berusaha untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajarannya (Azizi. Dengan ini pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. Selain daripada itu.2 Persekitaran Sekolah (dalaman dan luaran) . sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenalpasti antara sebab utama pelajar sekolah menengah ponteng. matematik. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah. Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah. sains. Hal ini merupakan sikap dan personaliti guru perlulah agak baik supaya pelajar minat akan pelajaran. Disebabkan dengan tindakan guru emosi pelajar terganggu sebegini dan mereka mula tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah. Yusof & How. Tambahan pula. Selain itu. Perkara ini lama-lama menjadi serius dan tidak dapat dikurangkan. pelajar tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami.

Begitu juga dengan rakan sebaya yang banyak mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang pelajar. pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Sekolah juga menjadi punca pelajar ponteng sekolah. Menurut Johari (2011) pemilihan rakan sebaya yang . Bagi persekitaran sekolah dalaman pula terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.3 Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Muhammed Sharif dan Suria (2012) tingkah laku pelajar di sekolah menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah. Disini boleh juga dikatakan bahawa murid akan ikut apa yang rakan mereka buat. Persekitaran sekolah yang tidak ceria. beban kerja yang banyak. 2. mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu. peraturan yang ketat. Apabila berlakunya ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan berlakunya gangguan emosi pelajar tersebut supaya tidak dapat mengambil keputusan dan minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar. dan rasa bosan terhadap pengajaran guru menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng. Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Menurut Albert Bandura (1925) manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian dengan cara melihat orang lain.

2. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. 2. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. sikap ibu bapa juga punca anak mereka ponteng sekolah. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak.4 Sikap Ibu bapa Tambahan pula. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi. Dengan ini anak-anak mereka menghadapi gangguan emosi di sekolah terutamanya di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Disebabkan kurang berprihatinan dan kurangnya pemantauan ibu bapa mereka rasa disingkirkan oleh ibu bapa mereka. Sikap ibu bapa punca anak ponteng sekolah.sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walaupun dalam apa-apa keadaan. murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. pada pendapat saya. Pada pendapat saya hal-hal ini merupakan sangat benar kerana ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Menurut Rashid Rahaman (2007).5 Keluarga . Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan mereka sahaja. Ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Manakala pelajar sendiri berpendapat bahawa mereka melakukan ponteng sekolah bukan disebabkan oleh faktor keluarga. sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh ibu bapa merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu.

pelajar yang stress dan mempunyai masalah pembelajaran akan cuba untuk melarikan diri daripada kelas. Kajian ini dijalankan terhadap 367 orang pelajar sekolah menengah luar bandar di selatan. jika tiada wang yang mencukupi. apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka. Seterusnya pula. pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. malah mereka tidak dapat berfikir secara rasional agar mengambil keputusan yang baik selain ponteng sekolah. Sebagai contohnya. Hal ini merupakan akan mengganggu emosi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. (2007). . Hal ini kerana emosi pelajar tersebut terganggu dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Kajian Muhammed Sharif dan Suria (2012) menunjukkan aspek diri pelajar merupakan punca utama masalah ponteng sekolah.Kajian Azizi Yahaya et. al. Begitu juga. Pelajar yang risau.Muhammed Sharif dan Suria (2012) mendapati adanya hubungan antara keluarga yang bermasalah dengan ponteng sekolah. mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. ditambah dengan ibu bapa yang tidak dapat memenuhi keperluan dan juga keinginan mereka.6 Sikap Diri Pelajar itu Sendiri Punca yang seterusnya adalah sikap diri pelajar itu sendiri. Muhammed Sharif dan Suria (2012) dalam kajiannya menyatakan faktor diri pelajar mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Pernyataan ini telahpun dibuktikan dalam Kosmo Online dalam Rencana utama oleh Mohamad Fazli. Dengan ini. sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati. seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru. stress dan mempunyai masalah pembelajaran merupakan antara punca mereka ponteng sekolah. implikasi kepada pelajar tersebut adalah ketinggalan dalam pelajaran dan pelajaran mereka akan merosot. 2. faktor ekonomi itu boleh membawa kesan lain misalnya. Ibu bapa mungkin meminta bantuan anak-anak untuk menolong mereka meringankan kewangan atau mengabaikan mereka sehingga terjerumus dalam geja ponteng sekolah. Bukan itu sahaja. gejala ponteng.

bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu dengan begitu cepat bagi mata pelajaran tersebut. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1980).1 Peranan Guru Peranan guru adalah amat penting dalam menanganinya isu masalah ponteng ini. guru perlulah mengubah sikap dan meningkatkan lagi dirinya untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang berbeza agar gangguan emosi terhadap pelajar tidak terjejas.3. Bukan itu sahaja. Dengan itu pelajar tidak akan merasa bosan atau jemu untuk belajar.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PONTENG 3. Akauntabiliti guru adalah satu unsur yang sangat penting dan perlu ada pada seseorang guru. salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya. Hal ini demikian. Corak hubungan guru yang mesra dapat menghasilkan suasana persekolahn yang sihat. Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik akan membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu pelajaran guru tersebut. Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru haruslah mengajar dengan lebih kreatif supaya dapat menarik minat murid dan tidak berlakunya gangguan emosi terhadap pelajar. Berdasarkan dengan isu mengenai masalah ponteng itu akauntabiliti guru disana tidak wujud. Tambahan pula. Seterusnya pula. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan para pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. menurut Wan Nur (2014) satu kajian dijalankan dan kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu garis .

Pada masa yang sama.4 Peranan Bimbingan dan Kaunseling Selain itu.3 Peranan Ibu bapa Di samping itu. ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Selain itu. Oleh Itu. pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah serta gangguan emosi yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini ia perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan . 3.2 Peranan Pihak Sekolah Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. 3. keluarga dan negara. sebagai pihak yang paling berkuasa. peranan bimbingan dan kaunseling boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Apabila murid melibatkan diri dalam ponteng adalah pelajar yang mengalami gangguan emosi. pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. 3. Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan.panduan kepada pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

mendorongi pelajar untuk berlumba-lumba mencari ilmu. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem motivasi serta mengadakan program ‘Ponteng Sifar’ sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah agar emosi pelajar dapat dikawal dengan stabil.kaunseling. Justeru itu. Pada masa yang sama. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Seterusnya pula. Menurut Noriati A. Menurut Lee Keok Cheong (2014) kaunselor boleh mengaplikasikan kaedah-kaedah yang disarankan untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. pelajar-pelajar Bukan itu sahaja. masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang kepentingan wahana ilmu dan sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan kerjaya. masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. . lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng.Bukan itu sahaja malah boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah. 3.Rashid (2010) Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan daripada ahli psikologi.5 Sokongan daripada Masyarakat Selain itu.

kita jelaslah bahawa isu ponteng sekolah ini merupakan salah satu masalah tekanan emosi dalam kalangan murid. mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Sebagai golongan pendidik yang berwibawa kita perlulah bersifat profesionalisme. pemudi tiang Negara membuktikan bahawa pelajar amat penting untuk kemajuan negara pada masa hadapan terutamanya pelajar yang berpendidikan tinggi itu. pada pendapat saya berdasarkan isu yang dikemukakan. Justeru itu.4. perlu mengetahui peranan guru sebagai pendidik agar tidak ada isu seperti ini. Tekanan gangguan emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk memerlukan kemahiran dan pengetahuan guru untuk menanganinya dengan kaedah yang baik. Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi . Kesimpulannya.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan. Dengan ini. semua guru perlu memahami dan menghayati falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru dengan betul. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang pelajar yang mengalami gangguan emosi lalu ponteng akan menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Selain itu. Peribahasa pemuda harapan bangsa.mereka dengan berkesannya. Semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru perlulah berganding bahu serta mengubah sikap mereka jika mahu membanteras ponteng sekolah ini ditangani secara efektif. . semua hujah-hujah dan justifikasi-justifikasi tadi membuktikan bahawa ponteng sekolah sudah menjadi satu wabak yang perlu diselesaikan segera.