PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

FESTIVAL NASYID SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SKPK PRINCESS ELIZABETH, JOHOR BAHRU TAHUN 2017

TEMA:

Bebas, mempunyai nilai-nilai murni, menyeru kebaikan dan sebagainya dalam mesej
penyampaian.

LAGU :

1. Setiap kumpulan dikehendaki WAJIB mempersembahkan TIGA buah lagu.
i. Selawat Nabi
ii. Lagu Nasyid Pilihan (Minus One atau Alat Perkusi)
iii. Lagu Parody Bahasa Arab

2. Bagi lagu nasyid pilihan (minus one / perkusi), setiap kumpulan bebas memilih
genre
lagu yang akan disampaikan dan mestilah mempunyai unsur-unsur dakwah dalam
lagu tersebut.

PERSEMBAHAN :

1. Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun
dari
pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.

2. Hanya gaya / pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan
dan tidak keterlaluan dibenarkan.

3. Setiap persembahan boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid
seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine,
djembe,
cabasa, cajon drum(box drum), maracas, rebana dan chime dan semua alat
muzik
yang difikirkan bersesuaian dalam mewujudkan suasana persembahan yang baik.

4. Setiap kumpulan dibenarkan memperkenalkan nama dan identiti serta WAJIB
membuat intro dan outro.

PAKAIAN:

Bebas, sopan, menutup aurat dan tidak keterlaluan.

MASA:

1. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk membuat persembahan.
2. Masa dikira bermula apabila peserta mula membuat permulaan persembahan.

PEMARKAHAN:

1. Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Isi, Suara Dan Persembahan - 40 markah
ii. Muzik Dan Gaya - 30 markah
iii. Kerjasama Kumpulan Dan Pakaian - 30 markah.

KEPUTUSAN:

1. Keputusan akan diumumkan pada Majlis Perasmian Penutup
2 . Keputusan Jemaah Hakim adalah Muktamad.