You are on page 1of 7

1) Tajuk amali:

Membandingkan sifat-sifat antara alkana dan alkena.

2) Tujuan:

Untuk mengkaji perbezaan sifat-sifat antara alkana dan alkena.

3) Pernyataan masalah:

Adakah sifat-sifat alkena sama dengan sifat alkana?

4) Bahan dan radas:

Mangkuk penyejat, penitis, tabung uji, penunu bunsen, heksana, heksena,


3
bromine dalam 1,1,1-trikloroetana, 0.1mol d m kalium manganat (VII), cecair

asid sulfuric, serpihan kayu, kertas turas.

A. Pembakaran heksana dan heksena dalam udara.

5) Hipotesis:

Api alkena akan menghasilkan lebih banyak jelaga daripada alkana.

6) Pembolehubah:
i. Dimanipulasikan: Jenis alkana dan alkena
ii. Bergerak balas: Kejelegaan hasil api
iii. Dimalarkan: Kuantiti alkana alkena yang digunakan

7) Prosedur:
3
a) Setiap mangkuk penyejat diletakkan dengan 2 cm heksana dan 2

3
cm heksena.
b) Heksana dan heksena dinyalakan dengan serpihan menyala.
c) Sekeping kertas turas diletakkan sejauh 3cm di atas setiap api selama 5
saat.
d) Jelaga yang terbentuk di kertas turas dibandingkan.

Gambar Rajah 1
8) Keputusan:

Pemerhatian Warna api Kejelagaan

Sebatian

Heksana Kuning berjelaga Sedikit berjelaga dikutip


pada kertas turas.
Heksena Kuning sangat Banyak berjelaga
berjelaga

A. Tindakbalas dengan air bromin.

9) Hipotesis:

Alkana akan melunturkan warna air bromine.

10) Pembolehubah
i. Dimanipulasikan: Jenis reagen yang digunakan
ii. Bergerakbalas: Pelunturan warna reagen
iii. Dimalarkan: Alkana dan alkena yang sepadan

11) Prosedur:
3 3
a) Setiap tabung uji diletakkan dengan 2 cm heksana dan 2 cm

heksena.
b) Dua titis air bromine dititiskan ke dalam setiap tabung uji dan tabung uji
kemudian digoncangkan.
c) Perubahan warna dalam tabung uji diperhatikan.
d) Pemerhatian kemudian direkodkan dalam jadual.

Gambar rajah 2.

12) Keputusan:

Ujian Pemerhatian
Larutan heksana Larutan heksena
Tindakbalas dengan air Warna perang bromin Warna perang bromin
bromin dalam 1,1,1-trikoloetana dalam 1,1,1-
kekal tidak berubah. trikloroetana
dinyahwarnakan.

B. Tindakbalas dengan kalium manganat (VII) berasid.

13) Hipotesis:
Alkana akan melunturkan warna kalium manganat (VII) berasid.

14) Pembolehubah
i. Dimanipulasikan: Jenis reagen yang digunakan
ii. Bergerak balas: Pelunturan warna reagen
iii. Dimalarkan: Alkana dan alkena yang sepadan

15) Prosedur:
a) Dua titis kalium manganat (VII) berasid dititiskan ke dalam setiap tabung

uji lalu 1 cm3 larutan asid sulfurik ditambah ke dalam tabung uji juga.
3
b) Setiap tabung uji kemudian diletakkan dengan 2 cm heksana dan 2

3
cm heksena.
c) Tabung uji digoncangkan dengan perlahan.
d) Perubahan warna dalam tabung uji diperhatikan.
e) Pemerhatian kemudian direkodkan dalam jadual.

Gambar rajah 2.

16) Keputusan:

Ujian Pemerhatian
Larutan heksana Larutan heksena
Tindakbalas dengan Warna ungu larutan Warna ungu larutan
kalium manganat (VII) kalium manganat (Vll) kalium manganat (Vll)
berasid kekal tidak berubah. dinyahwarnakan.

17) Perbincangan:

Heksana merupakan ahli kumpulan alkana manakala heksenamerupakan ahli


kumpulan alkena. Kedua-dua heksana dan heksena tidak terbakar lengkap dalam
udara (oksigen). Jadi, jelaga iaitu karbon terhasil. Heksena terbakar dengan
Heksena terbakar dengan nyalaan yang lebih berjelaga berbanding dengan heksena.
Hal ini demikian disebabkan heksena mempunyai peratus karbon mengikut jisim
yang lebih tinggi daripada heksana.

6 (12)
Peratus karbon dalam heksana = 6 (12 ) +14 (1) 100 %
72
= 86 100 %

= 83.72 %

6 (12)
Peratus karbon dalam heksana = 6 (12 ) +12 (1) 100 %

72
= 84 100 %

= 85.71 %

Heksana merupakan hidrokarbon tepu. Oleh itu, heksana tidak boleh


bertindak balas dengan larutan bromin atau kalium manganat (VII) berasid. Heksana
dikatakan hidrokarbon tepu kerana molekulnya mempunyai ikatan kovalen yang
tunggal antara atom karbon. Manakala, heksena merupakan hidrokarbon tak tepu
dengan mempunyai satu ikatan ganda dua antara atom karbon. Heksena boleh
bertindak balas dengan larutan bromin atau kalium manganat (VII) berasid melalui
tindak balas penambahan. Heksena menyahwarnakan warna perang bromin dan
warna ungu kalium manganat (VII) berasid.

Heksena bertindak balas dengan bromin untuk membentuk 1,2-dibromoheksana.

C6H12 + Br2 C6H12Br2

Heksena bertindak balas dengan kalium manganat (VII) berasid untuk membentuk
heksana-1,2-diol.

C6H12 + H2O + [o] C6H12(OH)2

Heksena adalah lebih reaktif daripada heksana disebabkan heksena mempunyai


ikatan ganda dua dalam sebatian molekulnya.

18) Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Heksana dan heksena menunjukkan sifat kimia yang berbeza
apabila bertindak balas dengan oksigen, O2, bromin, Br2 serta kalium manganat
(VII) berasid, KMnO4.
19) Rujukan:

Tan, J. (2007). SPM Chemistry. Shah Alam: ARAH PENDIDIKAN SBN BHD.
20) Lampiran:

You might also like