You are on page 1of 3

KISAH SEMUT DAN KEPOMPONG

Di dalam sebuah lubang di bawah tanah, tinggal semut dengan kaum

kerabatnya. Tidak jauh dari sarang semut terdapat sebatang pohon bunga. Di

daun pohon tersebut ada satu kepompong .

suatu hari semut ternampak kepompong tersebut. Si semut berkata,

Semut :Hmm, alangkah malangnya menjadi kepompong tidak bebas dan

terkurung.menjadi kepompong memang memalukan!...Cuba lihat aku bebas ke

mana sahaja.

Semut mengejek pada kepompong. Semut berkata begitu pada setiap haiwan

yang ditemui.

Semut: hai tupai dan kancil, kamu berdua tahu alangkah malangnya Si

Kepompong kerana tidak dapat bebas seperti kita.

Kancil: Semut tak baik berkata begitu. Setiap makhluk Allah ada kelebihan

masing-masing.

Tupai: Betul tu.

Semut: Ala kamu berdua nisudahlah.

Beberapa hari kemudian, si semut berjalan di kawasan yang berlumpur. Tanpa

disedari lumpur yang dipijaknya telah membenamkan dirinya semakin dalam.

Semut:Aduh, susahlah aku kalau macam ni,

keluh semut. Semakin lama, si semut semakin tenggelam dalam lumpur.


Semut :Tolong! tolong, teriak si semut.

Rama- rama :Wahai semut kamu ada masalah ya?

Si semut berasa hairan mendengar suara itu. Dia memandang sekelilingnya

untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut. Si semut melihat seekor

rama-rama yang cantik terbang mendekatinya.

Rama- rama:Hai, semut aku adalah kepompong yang dahulu engkau ejek.

Sekarang aku sudah menjadi kupu-kupu. Aku sudah boleh pergi ke mana saja

dengan sayapku. Tengok sekarang kau tidakboleh bergerak di dalam lumpur itu

kan?

kata si Rama-rama.

Semut : Ya, aku sedar sekarang. Aku mohon maaf karena telah mengejek kau.

bolehkah kau menolong aku membebaskan diri dari lumpur ini sekarang?kata si

semut pada kupu-kupu.

Akhirnya kupu-kupu menolong semut. Akhirnya Semut pun terselamat dari

lumpur. Setelah terbebas, semut mengucapkan terima kasih pada kupu-kupu.

Semut : terima kasih Rama-rama

Rama-rama:Tidak ada apa-apa, memang sudah menjadi kewajiban kita untuk

menolong oaring yang sedang ditimpa kesusahan?, tetapi aku berharap mulai

saat ini kau janganlah mengejek haiwan yang lain lagi ya? kerana setiap

makhluk Allah ada kelebihan dan kekurangan, tiada yang sempurna disisi Allah.

Semut : Baiklah Rama-ramaaku tidak akan mengejek haiwan lain lagi.


Sejak saat itu, semut dan kepompong menjadi sahabat karib.

Tamat

---------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------

nilai cerita ini: kita mestilah tolong menolong

Kita mestilah hormat menghormati

You might also like