You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB LESTARI ALAM
IPG KAMPUS PERLIS

SUBJEK : KOKURIKULUM (KELAB)


KOD : WAJ 3113
KURSUS : PISMP TESL B SEMESTER
6
1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini dibentangkan untuk mendapat persetujuan dan


perbincangan bagi menubuhkan Kelab Lestari Alam IPG Kampus Perlis.

Penubuhan kelab merupakan tugasan kepada guru pelatih dalam


subjek Kokurikulum (WAJ 3113) Semester 6. Ia bertujuan untuk
mendedahkan guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesionalisme keguruan dalam kokurikulum persatuan. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk
meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan
pengurusan kokurikulum persatuan di samping melahirkan guru pelatih
yang mampu menjadi penasihat persatuan yang berkesan semasa di
sekolah kelak.

Oleh yang demikian, setelah mengadakan perbincangan bersama


pensyarah penasihat, kami bercadang untuk menubuhkan Kelab Lestari
Alam . Cadangan penubuhan adalah bertujuan untuk menjadi badan
persatuan yang menjadi contoh dan role model kepada masyarakat
amnya untuk menyemai rasa cinta akan alam sekitar dan menghayati
keunikannya dengan bertindak memelihara dan memuliharanya. Selain
itu, cadangan penubuhan kelab ini antara lainnya untuk melahirkan
individu yang menghargai alam ciptaan Tuhan.

Segala ilmu yang diperolehi sepanjang mengikuti pertubuhan ini


diharap dapat memberi faedah kepada semua ahli dan dapat membantu
ahli kelab untuk memperoleh pengetahuan baru tentang alam sekitar dan
menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti masa lapang.
2.0 ORGANISASI BERTINDAK

PENAUNG : EN. TAN YING KEE

PENASIHAT : PUAN MARIANI BINTI ALI

PENGERUSI : MUHAMMAD HANIF BIN MOHD HASNI

NAIB PENGERUSI : SITI KHAIRUNNISAQ BINTI MOHAMAD FAUDZI

SETIAUSAHA : NUR FATIN BINTI MAHAMAD IDRIS

NAIB SETIAUSAHA : KHAIRIL HUDA BINTI AZMI

BENDAHARI : NUR SYAZA BINTI TOUFID

AHLI JAWATANKUASA:

CENDERAMATA:

1. SITI ANIS ATHIRAH BUX BINTI SHEIKH MUNIR BUX

2. MUHAMMAD NUR AFIFI BIN AHMAD NAZARI

3. AIN FARHANA BINTI ZAINAL

AKTIVITI :

1. MOHAMAD KAMEL HAFIZ BIN SALIM

2. AZNI ZULAIKHA BINTI YAHAYA

3. MOHD ZIKRI BIN ABU BAKAR

TUGAS-TUGAS KHAS:
1. ANIS SUZANNA BINTI MAT REJAB

2. INTAN SYAMIMI BINTI DARWIS

3. AWATIF BINTI ABD AZIZ

DOKUMENTASI:

1. NUR AIMI BINTI REMLI

2. ZAHIRAH BINTI DZANIMI

3. AHMAD ARIF ZAKI BIN TURIN

PERALATAN:

1. MUHAMMAD SYUKRI BIN HARUDDIN

2. MOHAMAD AZMAN BIN SHIDIK

3. MUHAMMAD FAQIH BIN MOKHTAR

PERHUBUNGAN :

1. MOHAMAD HAZWAN BIN MOHAMAD HASHIM

2. SITI NURHUDA BINTI SARMAN

MAKANAN :

1. RUZAIRI BIN RAZALI

2. ATHIRAH BINTI MD YUNUS

3. NABILAH BINTI MANSOR


3.0 MISI DAN VISI
MISI

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar


yang baik dalam proses pembangunan negara.

VISI

Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan


bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan
hidup rakyat masa kini dan akan datang.

4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB

Beberapa objektif utama penubuhan kelab yang telah digariskan setelah


difikirkan perlu untuk memajukan Kelab LestariLestari Alam IPG Kampus
Perlis:

Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian


dalam alam semula jadi.
Membolehkan guru pelatih belajar menghargai hidupan dan alam
semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.
Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber
alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam.
Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

5.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Kelab Lestari Alam IPG Perlis

6.0 MOTO PERSATUAN


Membudayakan Kelestarian Alam

7.0 SASARAN PENUBUHAN PERSATUAN

Keahlian terbuka kepada semua guru pelatih yang bernaung di bawah


Jabatan Bahasa IPG Perlis.

8.0 SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN

8.1 Keahlian terbuka kepada semua guru pelatih yang bernaung di


bawah

Jabatan Bahasa IPG Perlis.

8.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada

perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif


bagi menjayakan

tujuan kelab ini.

9.0 YURAN TAHUNAN

- Wang sebanyak RM 10 setiap semester akan dikutip untuk pendaftaran


ahli.

10.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini dibentangkan dengan harapan agar Kelab


Lestari Alam IPG Perlis mendapat perhatian yang serius daripada semua
pihak. Di samping itu, dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk
memupuk kesedaran bahawa alam sekitar penting kepada kewujudan
semua kehidupan dan melahirkan modal insan yang berkualiti secara
holistik termasuk mengamalkan budaya cinta akan alam sekitar.

s.k Ketua Unit Kokurikulum

Disediakan Oleh:

........................................................
SETIAUSAHA
KELAB LESTARI ALAM IPG KAMPUS PERLIS

Disokong Oleh:

........................................................
PUAN MARIANI BINTI ALI
PENASIHAT KELAB LESTARI ALAM IPG KAMPUS PERLIS

Diluluskan Oleh:
........................................................
PUAN NORYATI BINTI ISMAIL
KETUA UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PERLIS

You might also like