AKTIVIS

Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus Townsville Jilid III, 2003 ISSN NO : 0219-7022

REDAKSI
Ketua Penasihat Md Ambri Famli Penasihat Othman bin Salam Md Ali Hanifiah Editor Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Aziz Jawatankuasa Penerbitan Ruhaidah Binte Rahmat Nor Adilah Bte Abdul Hamid Ummikalthum Bt Mohd Basheer Mohamed Naguib Bin Ngadnan Aktivis merupakan gabungan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Aktif merujuk kepada kegigihan dalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu merevolusi pemikiran Melayu. Tirus merujuk kepada pemikiran luas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi. Visi jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu merupakan satu usaha unit bahasa Melayu kampus Townsville untuk merubah tanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat. Pelatih diperkenalkan kepada variasi yang terdapat dalam dunia linguistik, tatabahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan atau difokuskan agar terhasilnya karya yang mengerakkan minda pembaca.

PENGISIAN
Kata Editor ....................................................................... Tokoh Aktivis .................................................................... Pendidik Aktivis I .............................................................. Pendidik Aktivis II ............................................................. 2 4 6 7

Bahasa dan Bangsa Tajamnya Lidah yang Menjuih ........................................... 8 Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia ................ 10 Mempertahankan Jati Diri Melayu ................................... 12 Psikologi Melayu : Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa .... 15 Sumpah Hang Tuah .............................................................. 18 Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu ........................... 21 Susur Galur Peribahasa Melayu ........................................... 24 Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa .......................... 30 Proses Mendalami : Ke Arah Pengeksploitasian Minda ..... 33 Polemik Pragmatik Bahasa Melayu Singapura : Antara Dinamik dan Cemar ................................................. 38 Esei Sastera Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinan dalam Novel ‘Tok Guru’ ....................................................... 43 Suara Hati Penulis Kreatif ................................................... 48 Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002 Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura .......... 50 Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis .......... 58 Karya Sastera Menyusur Sejarah ......................................... 66 Sastera Kreatif Cerpen: ‘Pak Dalang’ ........................................................... Cerpen : ‘Hukum’ ................................................................. Dialog : ‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ ...................... Skrip : Sepintas .................................................................... Komentar : ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ ........................... Komentar : ‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ ........................ Sisipan Sajak ‘Kerelevanan’.............................................................. Sajak ‘Takkan Melayu’........................................................ Sajak ‘Anta-beranta’........................................................... Sajak ‘Amaran Buatmu’ ..................................................... 72 75 78 79 83 84 14 20 74 77

Jurnal AKTIVIS merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan kajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville @ Hak cipta PERBUYU (NIE). Mana-mana bahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi PERBUYU (NIE). Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha ini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

1

KATA EDITOR
Aktivis jilid ketiga ini merupakan satu evolusi ke arah penulisan yang lebih kontemporari dan pragmatik. Ia dirangkumkan kepada tiga bahagian utama iaitu ‘Bahasa dan Bangsa’, ‘Pengajaran dan Pembelajaran’, dan ‘Kesusasteraan’. Isu-isu yang diketengahkan oleh para penyumbang menyingkap perihal kewujudan bahasa dan bangsa Melayu di bandar kosmopolitan ini khususnya dan sarwajagat umumnya. Gerakan ke arah merealisasikan desakan-desakan yang lahir daripada proses penimbaan ilmu pengajian Melayu setempat telah menghasilkan karya yang bersifat mengerakkan minda pembaca ke arah penaakulan hakikat kewujudannya yang sebenar. Bahan penulisan seumpama itu dapat dilihat dalam bahagian ‘Bahasa dan Bangsa’. Karya ‘Tajamnya Lidah yang Menjuih’ cuba menyingkap kemampuan retorik bahasa Ibunda yang mewujudkan perasaan patriotik di kalangan masyarakat barat dan timur sehingga lahirnya tokoh-tokoh terkemuka seperti Mark Anthony, Mahatma Gandhi, Hitler dan Hamka. Kemampuan ini juga lahir dalam bentuk karya seperti yang direncanakan oleh Masuri S.N dan Pak Sako. Peranan utama bahasa Ibunda dalam abad globalisasi ini semakin penting. Bahasa Ibunda merupakan mangkin kepada pemupukan nilai etika manusia. Karya ‘Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia’ membuktikan bahawa setiap bahasa Ibunda di dunia ini mempunyai kemampuan membentuk pemikiran penganutnya melalui sistem adat dan kepercayaan yang sekaligus mengawal gerak laku dan pemikiran masyarakat tersebut. Isu masalah sosial yang mencengkam jati diri bangsa Melayu di Nusantara mendapat perhatian penulis karya ‘Mempertahankan Jati Diri Melayu.’ Penulis amat prihatin dengan peningkatan kes-kes salah laku sosial di kalangan remaja Melayu hingga masalah tersebut menjadi agenda dalam sesi MABIMS. Inti yang diketengahkan penulis ialah pentingnya meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Melayu untuk menangani masalah ini sekaligus mengukuhkan jati diri Melayu. Satu percubaan yang baik dalam penulisan kritikal dapat dilihat dalam karya ‘Psikologi Melayu:Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa’. Penulis cuba menggunakan konsep paksi Melayu sebagai landasan hujahannya. Penuli telah menyusurgalur dasar yang membentuk pemikiran Melayu yang tidak proaktif sehingga menyebabkan kedudukan mereka yang terkebelakang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Semangat bangsa Melayu harus berpaksikan bahasa Melayu jika kemajuan seimbang ingin dicapai oleh masyarakat Melayu. Satu lagi rencana yang bersifat metahistografi ialah ‘Sumpah Hang Tuah’. Penulis cuba mentafsir kembali ungkapan klise iaitu ‘takkan Melayu hilang di dunia’ dengan melihatnya dari perspektif cabaran terhadap bangsa Melayu untuk berusaha memastikan bangsanya terus wujud di bumi ini. Ia juga merupakan satu peringatan bahawa bangsa Melayu bakal pupus sekiranya bangsa itu tidak berusaha merelevankan kewujudannya. Aktivis kali ini menyertakan bahagian ‘Pengajaran dan Pembelajaran’ memandangkan ia merupakan jurnal para guru pelatih. Maka bahagian ini diisi dengan maklumat mengenai pedagogi bahasa seperti dalam karya ‘Proses Mendalami : Ke Arah pengeksploitasian minda’, nahu dalam karya ‘Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa’, etimologi dalam karya ‘Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu’ dan ‘Susur Galur Peribahasa Melayu’ serta perkembangan terkini dalam dunia kebahasaan dalam karya ‘Polemik Pragmatik Bahasa Melayu Singapura : Antara Dinamik dan Cemar’.Karya ini membincangkan isu salah tanggap mengenai konsep dinamik dalam bahasa Melayu.

2

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Bahagian esei sastera memaparkan dua jenis penulisan yang unik. Karya ‘Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinan dalam Novel Tok Guru’ merupakan satu percubaan menerapkan pendekatan mengupas motif perwatakan dalam manipulasi agama demi kepentingan diri atau kaum Adam. Penulisan ini unik kerana ia mampu menjejak strategi penulis novel ‘Tok Guru’ yang mensejajarkan perihal emansipasi wanita dan kepimpinan. Sebaliknya, hasil Karya ‘Suara Hati Penulis Kreatif.’ cuba mencari strategi dalam percubaan penulis untuk menghasilkan sebuah karya ‘agung’ yang mampu memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan. Penulis ingin meneruskan tradisi intelektualisme dalam berkarya. Perkembangan sastera Melayu Singapura merupakan satu bahagian yang mempamerkan gabungan penilaian bahan-bahan sastera yang diterbitkan sejak tahun 1965 hingga 2002 dan perkembangan isu-isu semasa ketika itu. Ia merupakan satu usaha pendokumentasian yang baik dan bermanfaat kepada pengkaji sastera dan pembaca yang prihatin terhadap perkembangan isu-isu semasa. Bahagian ini mengandungi tiga bahan penulisan iaitu ‘TahunTahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura’, ‘Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis’ dan ‘Karya Sastera Menyusur Sejarah.’ Bahagian kreatif sastera memantulkan empat genre iaitu cerpen, dialog, skrip dan komentar. Cerpen ‘Pak Dalang’ merupakan satu eksperimen dalam merealisasikan masalah dunia yang didalangi barat ke dalam konteks timur. Karya satira ini memaparkan isu kontemporari dalam latar tradisional yang berkisar sekitar permainan gasing. Dunia penulisan metafiksyen semakin mendapat perhatian dalam Cerpen ‘Hukum’ yang merealisasikan watak legenda Singapura dalam membantu menyedarkan watak zaman ini. Penulis merupakan golongan yang prihatin terdapat kesekitaran dan sejarah bangsanya. Dialog ‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ merupakan satu usaha menyedarkan pembaca akan kelebihan yang terdapat dalam karya agung ‘Sejarah Melayu’ yang mengetengahkan konflik dua watak pendekar Melayu. Konflik tersebut berjaya dikupas dengan bijak dalam sebuah dialog mudah tetapi mampu menjelaskan fenomena sikap yang patut bangsa Melayu anuti untuk berjaya dan maju terutama sekali sebagai golongan minoriti di Singapura. Ia juga merupakan satu usaha ke arah penakatan bangsa. Keperihatinan penulis semakin ketara dalam skrip ‘Sepintas’ yang cuba menyedarkan manusia akan kewujudan sejalur antara manusia, bumi, api dan angin. Masalah yang dihadapi masyarakat Melayu Singapura dewasa ini dikupas dan dikritik secara santai dan bersahaja dalam Komentar ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ dan ‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ Penulisan yang segar ini menyediakan bacaan yang mudah dan bersahaja bagi pembaca. Kesannya, pembaca dapat memahami isu yang cuba diketengahkan dalam suasana dan nada santai. Kegentingan sesuatu masalah itu tidak begitu ketara namun demikian mencukupi untuk membuat pembaca berfikir sejenak. Penerbitan Jurnal yang mengisi bahan penulisan progresif ini dan menggerakkan minda masyarakat agar berfikir secara kritikal dalam menilai kepentingan serta erti kewujudan bangsa Melayu itu telah ditaja oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dan Syarikat Guru Melayu (SGM). Pihak penerbit mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada para penaja yang memberikan komitmen dalam usaha melestarikan dunia penyelidikan dan penulisan. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

3

TOKOH AKTIVIS
“Seorang guru itu lebih daripada seorang yang gagah…Kalau kita lihat dalam filem, orang yang gagah itu lebih dari segi fizikal. Guru-guru lebih daripada itu, kerana mereka mempunyai kekuatan semangat dan kekuatan mental. Guru-guru bukan sahaja setakat mengajar di sekolah atau di bilik darjah, tetapi juga berperanan sebagai pemimpin yang diharapkan masyarakat…” Encik Mohd Ma’mun HMF Suheimi merupakan seorang mantan guru Bahasa Melayu yang tidak asing lagi dalam dunia perguruan tanahair. Beliau juga merupakan mantan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dari tahun 1985 hingga tahun 2002. Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Ma’mun di kalangan para pelajar beliau dan mereka yang akrab dengan diri beliau, dilahirkan pada 22 Disember 1942. Cikgu Ma’mun mula mengajar Bahasa Melayu, Latihan Jasmani, dan Seni Lukisan di Sekolah Rendah Gabungan Kaki Bukit pada tahun 1962. Pengalaman beliau mengajar di sekolah dwi aliran ini telah membuka mata beliau kepada pergaulan dan keharmonian yang dapat wujud di kalangan masyarakat plural. Pengalaman mengajar beliau bertambah apabila beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan berikutnya di Sekolah Menengah Maju. Cikgu Ma’mun kemudian diberi peluang untuk berkongsi pengalaman beliau yang luas ini dengan pihak Jabatan Pendidikan Brunei. Selama 6 tahun beliau di sana, Cikgu Ma’mun telah memperhatikan dan mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Melayu di sana. Setelah pulang ke tanah air, Cikgu Ma’mun melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Nasional Singapura walaupun sudah berumahtangga. Beliau berpendirian bahawa seorang guru khususnya, dan setiap individu umumnya, perlu sentiasa meneruskan proses pembelajaran dan mempertingkatkan ilmu selagi mempunyai peluang. Beliau kemudian dilantik menjadi guru Bahasa Melayu di Maktab Rendah St. Andrew’s. Pada masa yang sama, beliau juga mengajar guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) secara sambilan. Semangat dan jiwa kemasyarakatan Cikgu Ma’mun telah memperlihatkan diri beliau menganggotai beberapa badan kemasyarakatan tanah air. Antara jawatan yang didukung beliau ialah sebagai Naib Pengerusi Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, Pengerusi Malay-Muslim Community Development Fund, dan Penasihat Motivasi Youth Association. Selain itu, beliau turut aktif sebagai seorang ahli jawatankuasa di badan-badan seperti Mendaki, Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Madrasah-MUIS-Pergas-MENDAKI, Tabung Amal Aidil Fitri, dan Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Families, Juvenile Delinquency & Drug Abuse. Pada tahun 1996, usaha, sumbangan dan penglibatan Cikgu Ma’mun dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan telah diiktiraf oleh pemerintah apabila beliau dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat dan juga Pingat Bakti Setia. Pada tahun 2000 pula, beliau telah menerima Anugerah Jasa Bakti dari Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM). Cikgu Ma’mun percaya bahawa cabaran bagi masyarakat Melayu bergantung kepada guruguru khususnya; guru-guru merupakan golongan yang memikul tanggungjawab dan amanah untuk melestarikan budaya dan bahasa Melayu. Harapan beliau ialah melihat guru-guru pelapis sebagai satu golongan yang komited, berwibawa dan berani menampilkan diri untuk memimpin masyarakat. Guru-guru juga harus menjadi contoh yang positif bagi masyarakat dalam mempertingkatkan diri serta memperluaskan ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Cikgu Ma’mun berharap agar masyarakat Melayu dapat ‘mengambil yang jernih dan membuang yang keruh’ dalam setiap aspek kehidupan sebagai pengajaran agar masyarakat Melayu dapat
4

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

bersaing dengan masyarakat bukan Melayu untuk mendapatkan satu taraf yang agak selesa untuk hidup di Singapura. Selain ini, Cikgu Ma’mun ingin melihat masyarakat mengambil initiatif meluangkan sedikit masa untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan; beliau ingin melihat masyarakat tampil ke muka untuk menjalankan kerja-kerja sukarela. Cikgu Ma’mun suka mencontohi watak-watak wira dan pejuang dari kisah-kisah klasik Sastera Melayu yang memiliki sikap suka menolong masyarakat. Pengaruh ini dimanifestasikan dalam sumbangan beliau melalui kerja-kerja kemasyarakatan. Selain menjadi seorang pendidik yang berwibawa, beliau turut meluangkan masa untuk menyumbangkan harta, ilmu, dan tenaga kepada golongan yang kurang bernasib baik. Beliau berpendirian bahawa kelebihan dan kesenangan seseorang itu adalah amanah dari Ilahi dan harus dikongsi bersama masyarakat – baik masyarakat Melayu, mahupun yang bukan Melayu. Dalam setiap langkap dan detik kerjaya dan kehidupan beliau, Cikgu Ma’mun, sama seperti wira-wira dan pejuang-pejuang kisah-kisah klasik Sastera Melayu yang mempengaruhi beliau, telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dan kemenangan perlu disuntikkan usaha gigih, niat luhur dan keinginan untuk sentiasa berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Beliau merupakan seorang pendidik yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya, dan masyarakat tanah air umumnya, menjadi lebih progresif dan lebih gemilang dalam melungsuri alaf baru ini. Mohamed Naguib bin Ngadnan Ruhaidah binte Rahmat
Biodata Haji Mohd Ma’mun F Suheimi Dilahirkan pada 22 Disember 1942 Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Melayu Mengaji agama di Madrasah Al Maarif Al Islamiah Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Siglap Pendidikan perguruan di Maktab Perguruan (TTC) Ijazah Sarjana Muda di Universiti Singapura Pengalaman mengajar Sekolah Rendah Kaki Bukit Sekolah Menengah Tun Seri Lanang Sekolah Menengah Maju Badan Pendidikan Brunei (Brunei Education Dept.) Maktab Rendah St. Andrew’s Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) Kerja-kerja kemasyarakatan Council Member MUIS (1995 – ) Singapore Broadcasting Authority (1998 – 2002) MCDS Home Visitors Board (2003 – 2004) Presiden KGMS (1985 – 2002) Madrasah AL-Maarif Al-Islamiah (1990 – ) LBKM (1992 – ) MENDAKI (1989 – ) Pengerusi Malay – Muslim Community Development Fund (1996 – 2000) Anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura (1993 – ) Tabung Amal Aidilfitri (1994 – 1995) Penasihat, Motivasi Youth Association (1996 – 2002) Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Familes, Juvenile Delinquency & Drug Abuse (1995) KBE Convention: Member of Panel of Advisors (1999) Steering Committee on Madrasah Education (2000) IRCC (Geylang Serai) (2002 – ) Pingat dan Penghargaan Pingat Bakti Masyarakat (1996) Pingat Bakti Setia (1996) Anugerah Jasa Bakti (dari LBKM, 2000)
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

5

PENDIDIK AKTIVIS I
“Harapan Cikgu Ambri kini ialah melihat kejayaan di kalangan guru-guru Melayu pendidik generasi masa depan dalam memupuk minat dan perasaan cinta di dalam hati generasi pelapis kepada Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama, dan perasaan hormat kepada ibu dan ayah, guru-guru dan pemerintah.” Cikgu Mohd. Ambri bin Famli merupakan seorang pendidik yang sudah banyak menyumbang kepada sistem pendidikan di Singapura. Genap 40 tahun dahulu, beliau mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia perguruan dengan berbekalkan harapan dan impian murni. Perjalanan Cikgu Mohd. Ambri bin Famli sebagai seorang guru bermula pada bulan Ogos tahun 1962, apabila beliau baru tamat pendidikan di Sekolah Menengah Tanjong Katong. Sedang beliau menunggu keputusan peperiksaan Sijil Am Pendidikan (GCE) Peringkat ‘O’, Cikgu Ambri mengambil keputusan untuk memohon menjadi seorang guru pelatih. Beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Tanglin Tinggi, sebuah sekolah ulung di Singapura, untuk mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada bulan Januari tahun 1963, beliau secara rasmi dilantik sebagai guru pelatih bahasa Melayu. Pada tahun yang sama, beliau ke Maktab Latihan Guru (TTC) untuk mempelajari ilmu pedagogi, perkaedahan mengajar dan prinsip-prinsip pendidikan secara intensif. Beliau turut mengambil kursus Sijil Am Pendidikan (GCE) peringkat ‘A’ secara sambilan. Usaha gigih beliau berhasil apabila beliau berjaya meraih Diploma dalam Pendidikan pada tahun 1966 dan Sijil Am Pendidikan (GCE) peringkat ‘A’ pada tahun 1969. Selepas mendapat Diploma dalam Pendidikan, Cikgu Ambri mengajar di Sekolah Menengah Jalan Teck Whye hingga tahun 1967. Kemudian, beliau mengajar di Sekolah Menengah Buona Vista. Pada tahun 70an, dasar pemerintah menekankan pendidikan teknikal – kejuruan dan kejuruteraan. Cikgu Ambri telah menjalani kursus aliran teknikal sebelum mengajar mata pelajaran Teknikal – pandai besi dan pandai kayu – di Pusat Bengkel Upper Seranggon (Upper Seranggon Centralized Workshop) dari tahun 1972 hingga 1976, apabila mata pelajaran ini digabungkan ke dalam kurikulum sekolah menengah. Cikgu Ambri telah mempertingkatkan ilmu beliau dengan mengambil kursus Bahasa Melayu dan Sastera peringkat Sarjana muda Sastera dari Universitas Indonesia. Beliau berjaya mendapat ijazah pada tahun 1980. Selepas mengajar di Sekolah Menengah Serangoon dari tahun 1976 hingga 1984, Cikgu Ambri telah dipilih ke Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) untuk membantu dalam penulisan dan penerbitan buku khusus bagi para pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu di sekolah menengah. Pada tahun 1985 pula, pengalaman luas beliau dalam perancangan dan penulisan buku-buku teks diperlukan oleh Institut Perkembangan Kurikulum Sngapura (CDIS). Pada tahun 1990, beliau telah menggunakan pengalaman dan pengetahuan beliau ini setelah dilantik pengarah projek pendidikan Moral dan Sivik, ‘Rakyat Yang Baik’. Beliau kemudian membantu menjayakan konsep pendidikan nilai moral secara berperingkat, dengan menerbitkan buku-buku teks, buku-buku latihan dan juga buku-buku panduan guru pada tahun berikutnya. Pada tahun 1997, beliau kembali mengajar Bahasa Melayu, kali ini di Sekolah Menengah Northland selama setahun. Pada tahun berikutnya, Cikgu Ambri telah dilantik sebagai penyelaras Unit Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville. Mohamed Naguib bin Ngadnan Ummikalthum Bte Mohd Basheer

6

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

PENDIDIK AKTIVIS II
“Cikgu Othman percaya bahawa guru-guru pelatih pada masa kini memiliki banyak kemudahan dalam penimbaan ilmu dan pembelajaran untuk menjadi pendidik-pendidik yang berilmu, bertauliah dan berpengaruh untuk menyumbang kepada masyarakat.” Cikgu Othman bin Salam merupakan seorang pendidik yang sudah memiliki 40 tahun pengalaman dalam dunia perguruan di Singapura. Pengalaman beliau sebagai seorang guru yang disegani meliputi pelbagai peringkat pengajaran; beliau telah mengajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat Institut Pendidikan Nasional (NIE). Sejak Cikgu Othman di bangku sekolah rendah lagi, beliau mula meminati hasil-hasil karya Sastera Melayu seperti ‘Hikayat Sri Rama’, ‘Laksamana Hang Tuah’ dan novel penulisan HAMKA ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Minat beliau ini ternyata memberi kesan yang mendalam dalam kerjaya beliau sebagai seorang guru. Cikgu Othman mula berkecimpung dalam dunia pendidikan pada tahun 1963 apabila beliau menjadi seorang guru Matematik dan Sains di Sekolah Melayu Teluk Belanga. Di sana, beliau mula memerhatikan bagaimana penggunaan Bahasa Melayu di kalangan penuntut-penuntut mencerminkan nilai-nilai, keindahan dan juga jatidiri budaya dan bangsa Melayu. Pemerhatian begini mengukuhkan lagi pendirian beliau mengenai keindahan dan falsafah yang terkandung dalam hasil-hasil karya Sastera Melayu. Pendirian beliau ini tidak berubah meskipun beliau menjadi guru Matematik di Sekolah Kejuruan Baharudin dari tahun 1968 hingga 1971. Berbekalkan Sijil Am Pengajaran (GCE) peringkat ‘O’, Cikgu Othman bertekad dan berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuan beliau dalam bidang perguruan. Pada tahun 1965, beliau berjaya mendapat Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ dan pada tahun 1980, ijazah dalam bidang Bahasa Melayu dan Sastera dari UNAS (Universitas Nasional Indonesia). Pengalaman Cikgu Othman mengajar di Maktab Rendah Yishun pada tahun 1986 hingga 1992 dan di Maktab Rendah Raffles pada tahun 1992 hingga 1998, menyedarkan beliau bahawa penuntut-penuntut Melayu kurang gemar membaca. Sikap ini, menurut beliau, merupakan kelemahan utama bagi penuntut-penuntut Melayu yang seharusnya mempunyai penguasaan dalam pengetahuan am dan isu-isu semasa. Pada tahun 1998, Cikgu Othman dilantik sebagai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville dalam bidang pengajian Melayu. Perjalanan hidup Cikgu Othman yang bermangkinkan kecenderungan, penguasaan, perasaan cinta dan minat beliau dalam lapangan perkembangan sastera dan dunia persuratan Melayu serta keprihatinan beliau dalam melihat masyarakat Melayu alaf baru yang lebih berpengetahuan akhirnya bertembung dan sekaligus mewujudkan satu peluang bagi diri beliau berkongsi pengalaman dengan guru-guru pelatih di Singapura khususnya, dan kepada generasi akan datang umumnya. Beliau berpendapat bahawa Kursus Latihan Khas Bahasa Ibunda di Insititut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 amat berguna buat bekalan guru-guru Bahasa Melayu generasi akan datang. Mohamed Naguib bin Ngadnan Ummikalthum Bte Mohd Basheer

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

7

BAHASA DAN BANGSA

TAJAMNYA LIDAH YANG MENJUIH
Mohamed Naguib bin Ngadnan ‘Kerana pulut, santan binasa; kerana mulut, badan binasa.’ Peribahasa kepunyaan masyarakat Melayu yang tidak asing ini jelas membayangkan bagaimana mulut – dengan berdalangkan lidah – bagaikan mempunyai kuasa yang dapat memusnahkan sesuatu keadaan yang indah. Selain itu, sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pula menyifatkan lidah sebagai anggota yang ‘tidak bertulang di antara dua’ yang perlu ‘dipelihara’. Melalui kedua-dua gambaran ini, kita boleh sama-sama mempelajari bagaimana kita perlu ‘memelihara’ setiap patah perkataan yang dilafazkan supaya tidak mencetuskan keburukan, baik bagi diri kita sendiri, juga bagi orangorang yang berada di sekeliling kita. Walaupun pengajaran dan peringatan mengenai bahayanya lidah ini sudah diketahui ramai, wujud juga sesetengah golongan manusia di sepanjang tamadun kewujudan yang telah menggunakan pengetahuan ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka telah berjaya menggunakan kuasa oratori (percakapan dan penghujahan) yang bersifat didaktik dan berpengaruh untuk menyentuh sentimen dan benak perasaan masyarakat pendengar supaya bersetuju dengan pandangan mereka. Pemidato-pemidato seumpama ini boleh diungkapkan daripada setiap tamadun tinggi dari sejarah dunia. Salah sebuah tamadun dunia moden terawal, iaitu tamadun Yunani. Ahli filasuf unggul, Socrates, berjaya menggunakan bahasa untuk mempengaruhi masyarakat beliau supaya berfikiran terbuka. Empayar Roman juga telah menghasilkan seorang pemidato yang berkarisma, dan mampu mempesonakan khalayak pendengar pada setiap sesi pidato beliau. Penulis ulung, William Shakespeare, turut melukis dengan berkesan bagaimana Mark Anthony menggunakan penguasaan beliau dalam Bahasa Ibunda – bahasa Latin – untuk membujuk khalayak bahawa tindakan Brutus membunuh Julius Caesar adalah salah. Sikap nasionalisme, atau sikap ingin memperjuangkan sesuatu bangsa begini yang selalu dipantulkan dan dicetuskan menerusi bahasa Ibunda wujud di hampir setiap negara yang ingin menjajah atau yang pernah dijajah. Di negara India, Mahatma Gandhi, seorang saujana tanahair yang memperolehi pendidikan di England, telah menyalakan semangat dan perasaan bangsa beliau untuk menentang kuasa penjajah Inggeris melalui pidato-pidato beliau yang disampaikan dalam bahasa Ibunda masyarakat beliau. Pada zaman sebelum perang juga, negara Indonesia telah menampilkan beberapa anak-anak bangsa yang berani tampil ke hadapan untuk memimpin masyarakat negara menentang kuasa penjajah Belanda. Pemidato-pemidato prolifik ini telah sempat disebut dan dimuatkan dalam sebuah hasil karya penulisan HAMKA, atau Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, yang bertajuk ‘Kenang-kenangan Hidup’. Antara pemuda-pemuda yang berjaya meragut perhatian, dan perasaan, masyarakat mereka pada era genting sejarah negara tersebut ialah Bung Karno (yang kemudian dilantik menjadi Presiden negara tersebut). HAMKA sendiri merupakan seorang yang mahir dalam bidang oratori, dan dikenali ramai kerana penggunaan bahasa yang berkesan dalam menyusun pantun, lenggok daerah, dan nada halus yang disulami nasihat dan kritikan produktif dalam pidato-pidato beliau. Selain golongan yang dijajah, sikap nasionalisme menerusi bahasa Ibunda juga boleh dilihat daripada pihak-pihak yang ingin menjajah. Contohnya, untuk mewujudkan suatu aura kekebalan dan kesucian yang sekaligus mempersiapkan secara mental dan psikologikal askar-askar Jerman berjuang di medan peperangan, Fuhrer Hitler dengan bijak menyifatkan kaum Arayyah sebagai

8

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

kaum kudus dan terpelihara. Selain itu, Bahasa Ibunda Teutonic (Jerman) sering dititikberatkan untuk memantulkan kemegahan setiap warganegara negara tersebut terhadap bangsa dan budaya mereka yang dianggap unik dan mulia. Askar-askar Jepun (Nippon) turut mempunyai pendirian nasionalisme yang serupa; mereka percaya bahawa mereka merupakan kaum terpilih dan Raja (Emperor) mereka pula merupakan manifestasi percikan tuhan, atau ‘semi-god’. Kemegahan ini turut dapat dilihat menerusi laungan ‘Banzai!’ mereka yang bermaksud ‘menuju kejayaan’. Bahasa Ibunda, selain disampaikan melalui ungkapan dan lafaz untuk mewujudkan semangat nasionalisme, turut digunakan dalam bentuk penulisan untuk tujuan yang sama. Contohnya, zaman perang di Tanah Melayu telah menyaksikan beberapa hasil karya penulisan berbahasa Melayu yang berbaur nasionalistik, dan bersentimen kebangsaan. Antara hasil-hasil karya yang berbentuk sedemikian adalah sajak-sajak oleh Masuri S.N. berjudul ‘Ros Kupuja’ dan ‘Bunga Sakura’. Kedua-dua kuntum sajak ini bagaikan memberi satu teguran mengenai kekurangan yang terdapat dalam diri masyarakat Melayu tanahair, yang lemah dan begitu mudah terpedaya. Penulis mapan ini berhasrat untuk menimbulkan pemikiran berani dan semangat jitu di kalangan masyarakat supaya terdaya menentang kuasa penjajah Jepun. Selain hasil-hasil karya Masuri S.N. tadi, dua buah novel hasil tarian jejari atas kekunci mesin taip Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) juga telah diisi dengan jalan cerita yang berbaur semangat kebangsaan. Novel-novel ‘Anak Mat Lela Gila’ dan ‘Putera Gunung Tahan’ turut mengkritik sikap penjajah-penjajah dan proses penjajahan itu sendiri. Pak Sako juga berjaya melakarkan sikap dan jatidiri seorang anak Melayu yang berwawasan dan berani melalui watak-watak utama dalam kedua-dua buah novel. Sepanjang peredaran masa, telah kita lihat banyak bahasa Ibunda yang kian lenyap dan kemudian pupus ditelan kabus kemodenan. Bahasa-bahasa yang pada suatu tika dahulu biasa kedengaran di padang-padang pasir Mesir, di hutan rimba Venezuela, dan dataran luas Mongolia kini hanya wujud, bisu, di pemuka-pemuka artifakartifak bersifat arkaelogikal – di dinding-dinding piramid dan di tangga-tangga tempat kedewaan kuno, antaranya. Pada zaman yang berteraskan Teknologi Maklumat dan proses pensejagatan ini, banyak unsur budaya dan adat terutama sekali bahasa Ibunda sesebuah masyarakat yang terhakis lantaran asimilasi budaya asing. Jikalau masalah ini tidak diubati dalam konteks bahasa Melayu, maka akan rapuhlah bukan sahaja semangat dan jatidiri kebangsaan masyarakat kita, malah juga akan pincang identiti dan nilai-nilai murni yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu. Masalah kritikal ini perlu diambil kira dengan serius, dan dihuraikan sebelum Tamadun Dunia Melayu juga lenyap ditelan pasir kemodenan. Dan sebelum tumpul lidah yang menjuih…

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

“Belajarlah daripada masyarakat dan kemudian didiklah mereka” Mao Tse Tung “Ketika membicara sesuatu yang serius, jangan dicampurkan dengan senda gurau supaya tidak hilang harganya.” Hamka

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

9

BAHASA DAN BANGSA

BAHASA IBUNDA PENGAWAL KEMORALAN MANUSIA
Nur Adawiyah Bte Rosli Setiap bangsa pasti mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bangsa India terkenal akan bahasa Tamilnya, bangsa Jepun bangga akan bahasa Jepunnya, bahasa Melayu dipandang tinggi akan bahasa Melayunya dan pelbagai lagi. Kepentingan dan keindahan bahasa ibunda amat terserlah dan ini dapat disampaikan menerusi sajak Aliman Hassan iaitu ‘Bicara Seloka, Bahasa Ibunda’. Kini, globalisasi telah berjaya menakluki dunia sehingga berlakunya penghakisan bahasa-bahasa ibunda. Semua ini berlaku kerana pengaruh bahasa Inggeris yang dianggap sebagai bahasa lingua franca atau bahasa perantaraan. Kebanyakan negara di merata dunia sedang sibuk menerima bahasa Inggeris demi kemajuan ekonomi, politik dan sosial. Tanpa disedari bahasa Inggeris telah menjajah minda ramai manusia di dunia sehingga mereka sanggup meninggalkan bahasa ibunda yang menjadi warisan nenek moyang mereka. Ramai kanak-kanak masa kini sudah bijak berbahasa Inggeris dan sukar pula berbahasa ibunda. Ada pula tidak memahami langsung bahasa ibunda mereka yang kaya dengan budi bahasa dan sopan santun. Masalah pengaruh barat ini semakin berleluasa di seluruh dunia dan telah menyebabkan pelbagai masalah sosial. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan bahawa bahasa ibunda sememangnya boleh disifatkan sebagai pengawal kemoralan manusia sedunia. Bahasa merupakan alat perhubungan sesama manusia. Lantas, setiap bangsa yang mempunyai bahasanya yang tersendiri sepatutnya bangga akan jati diri mereka sendiri. Mereka merupakan segolongan manusia yang mempunyai warisan dan kekayaan mereka tersendiri menerusi bahasa ibunda dan budaya mereka. Bahasa juga yang dapat menyatukan manusia sebangsa mara ke hadapan dan meraih kemajuan. Bahasa juga menyedarkan dan mengajar manusia tentang peri pentingnya budaya mereka kerana setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan budaya yang berbeza. Bangsa Melayu amat terkenal akan budi bahasa dan sopan santun mereka. Budi bahasa dan sopan santun telah dipupuk di dalam diri setiap anak Melayu menerusi bahasa mereka. Terdapat pelbagai cabang bahasa Melayu yang dapat mengajar manusia tentang sifat-sifat mulia yang perlu diperolehi setiap manusia di dunia. Peribahasa, madah, pantun, sajak dan pelbagai genre sastera lain berperanan sebagai alat mendidik anak bangsanya. Setiap genre ini mengajar tabiattabiat yang baik yang perlu dicontohi dan dipatuhi sementara tabiat-tabiat yang buruk perlu dijauhi. Tanpa mengetahui bahasa ibunda, sudah pasti seseorang itu sukar memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi genre-genre ini apatah lagi memberi kesan ke dalam dirinya. Bahasa Jepun pula mendidik bangsanya agar sentiasa berdisiplin. Lantas, kita dapat melihat betapa rajin rakyat Jepun cuba memajukan ekonomi mereka sehingga mereka berjaya meraih keuntungan setelah jatuh akibat perang dunia kedua. Seperti yang diketahui, rakyat Jepun masih menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa negara kerana mereka sedar betapa pentingnya bahasa mereka dalam mendidik rakyat. Bahasa ibunda rakyat Jepun boleh dianggap sebagai mangkin sifat nasionalisme mereka selain mengawal kemoralan rakyat mengikut budaya mereka. Malahan, bahasa Jepun telah diangkat sebagai salah satu bahasa yang penting dan semakin dipelajari bangsa-bangsa lain. Bahasa Jepun amat kaya dengan keunikan mereka sendiri kerana tiada bahasa lain yang dapat menggantikan bahasa Jepun. Makanan-makanan Jepun sendiri masih kekal dengan nama-nama Jepunnya kerana nama-nama ini mempunyai makna yang tertentu. Selain itu, nama-nama rakyat Jepun pula amat panjang dan sesiapa yang ingin memanggil nama mereka perlu menyebut keseluruhan nama mereka dan bukan nama singkatan kerana bagi masyarakat Jepun nama mereka itu penting dan perlu dihormati. Seperti bangsa Cina, bangsa Jepun juga mementingkan nama keluarga kerana nama keluarga dapat menunjukkan susur galur keluarga tersebut.
10 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Masyarakat Cina pula terkenal akan bahasa Cinanya yang mempunyai pelbagai dialek. Setiap dialek bahasa ibunda bangsa Cina ini mempunyai perayaan dan kepercayaan mereka tersendiri. Perayaan-perayaan masyarakat Cina berbeza daripada masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu. Perayaan-perayaan masyarakat Cina mempunyai sejarah mereka tersendiri yang dapat mengajar masyarakatnya tentang nilai-nilai murni yang dipentingkan oleh mereka. Perayaanperayaan yang mereka raikan mempunyai makna-makna tersendiri yang boleh dijadikan panduan untuk diri mereka. Misalnya, masyarakat Cina terkenal akan amalan ‘fengshui’ mereka. Amalan ini hanya akan dapat difahami dengan lebih terperinci menerusi bahasa Cina itu sendiri. Walaupun terdapat penerangan ‘fengshui’ ini dalam bahasa-bahasa lain, ia tidak dapat menjelaskan dengan lebih mendalam tentang amalan ini. Kesukaran ini mungkin kerana istilahistilah Cina yang mengetengahkan makna sebenar yang ingin disampaikan menerusi pengamalan ‘fengshui’ ini. Amalan ini telah mengajar masyarakat Cina tentang kaitan manusia dengan alam sekeliling. Manusia sememengnya amat rapat dengan alam sekeliling dan memerlukan alam sekeliling dalam kehidupan mereka. Oleh itu, bahasa ibunda bangsa Cina telah dapat membantu mereka mengetahui amalan ‘fengshui’ yang dianggap dapat menyerikan hidup mereka dengan kekayaan, kebahagiaan dan keharmonian. Lantas, ramai di kalangan masyarakat Cina cuba memiliki ikan koi dan memasang cermin di dinding rumah mereka supaya dapat membantu mereka mengelakkan daripada kecelakaan dan membawa kebahagiaan yang diingini. Hanya masyarakat Cina sahaja yang dapat mengamalkan ‘fengshui’ ini dengan lebih berkesan kerana mereka dapat menghayati dan memahami setiap ajaran ‘fengshui’ ini menerusi bahasa mereka. Bahasa ibunda juga dapat mempengaruhi pembelajaran sesuatu budaya itu. Sekiranya budaya ini diajar di dalam bahasa lain kemungkinan besar budaya asli itu tidak dapat disampaikan. Sebaliknya keasliaan sesuatu budaya itu akan semakin hilang dan terhakis dek penerangan dalam bahasa lain. Keindahan dan keunikan budaya itu juga akan tercemar dan boleh merosakkan sesuatu budaya itu. Misalnya, masyarakat India amat dikenali dengan tarian India mereka. Rentak lagu dan bahasanya perlu menggunakan irama dan lagu India kerana setiap lagu India itu mempunyai makna mereka tersendiri. Biasanya lagu tarian India merupakan cerita perihal tuhan-tuhan mereka dan juga tokoh-tokoh atau pahlawan yang terkenal menurut sejarah. Irama tarian mereka juga menggunakan alat-alat muzik bangsa mereka tersendiri seperti tablagh. Setiap gerak-geri tarian India pula mempunyai makna mereka tersendiri yang akan membawa penonton ke dalam sebuah epik masyarakat mereka tersendiri. Oleh itu, keunikan tarian ini yang berlandaskan bahasa ibunda mereka mungkin tidak dapat difahami masyarakat lain jikalau mereka tidak memahami bahasa tersebut. Pakaian dan perhiasan yang digunakan setiap penari mereka juga mempunyai makna dan perlambangan bangsa mereka. Perlambanganperlambangan ini akan membuat masyarakat bangsa itu berasa bangga akan warisan dan budaya mereka. Secara keseluruhan, semua bahasa ibunda dapat mendidik setiap masyarakat sesebuah bangsa bangga akan budaya dan adat mereka. Masyarakat sesuatu bangsa itu akan dipupuk dan ditanam nilai-nilai murni yang berlainan berasaskan bangsa mereka. Orang yang memahami bahasa ibunda mereka dapat mematuhi, menghayati dan menjiwai budaya, tarian, nyanyian dan genregenre sastera mereka dengan lebih mendalam berbanding dengan orang yang tidak memahami bahasa ibunda mereka. Mereka juga dapat menjalankan dan menghadapi kehidupan mereka dengan lebih harmonis, bahagia dan keyakinan berlandaskan budaya bangsa mereka sendiri. Budi bahasa, sopan santun, taat akan ibu bapa dan hormat-menghormati merupakan sebahagian daripada nilai-nilai yang dapat dimiliki setiap individu yang mengamalkan dan bangga akan bahasa ibundanya. Oleh itu, bahasa ibunda sememangnya pengawal kemoralan manusia, seperti di dalam setiap filem, hanya gadis asli bangsa India, Melayu mahupun Cina yang menjadi kegilaan ramai pemuda kerana kemoralannya yang baik dan kaya akan budaya bangsanya sendiri.
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 11

BAHASA DAN BANGSA

MEMPERTAHANKAN JATI DIRI MELAYU
Nafisah Nurraudhah bte Sa’Dollah Kata keramat Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang di dunia”, tidak pernah luput dimakan zaman. Ungkapan ini menjadi semangat kekuatan dan inspirasi bangsa Melayu. Malangnya, kini, ungkapan ini tidak lagi diambil berat. Tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Melayu tidak akan hilang dari muka bumi ini tetapi peradaban, semangat dan kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan akan mula hilang. Sedikit demi sedikit ketiga-tiga aspek ini dikikis dari diri orang-orang Melayu tidak kira di Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam ataupun Indonesia. Orang-orang Melayu kini semakin sibuk dengan arus globalisasi dan pemodenan yang membawa perubahan pesat dan mendadak. Lama-kelamaan kita hanya akan dipanggil orang atau bangsa Melayu tetapi jati diri sebagai seorang Melayu sudah pupus dalam diri kita. Namun demikian, bolehkah kita membangkitkan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ yang bermaksud bahawa bangsa Melayu bersama jati dirinya seperti peradaban, semangat dan kehalusan bahasa Melayu tidak akan hilang, semula? Peradaban Melayu Orang Melayu dikenali dengan kesopanan, tatatertib dan hemahnya yang tinggi. Kini, sikapsikap yang murni ini semakin tidak dihiraukan oleh masyarakat Melayu. Kita dapat lihat dari perwatakan dan kelakuan para remaja yang dipengaruhi budaya barat yang negatif. Menurut buku ‘Melayu Singapura dalam kritikan’, di Singapura, terdapat sebilangan pelajar wanita Melayu yang telah ditangkap oleh pihak sekolah kerana mewarnakan rambut mereka dan memakai anting-anting secara berlebihan sehingga di hidung. Selain itu, terdapat sebilangan anak-anak muda Singapura yang suka berlepak di pusat-pusat membeli-belah dan disko. Malaysia juga mempunyai masalah-masalah yang sama dan terdapat laporan-laporan mengenai gejala bohsia. Satu pertemuan yang telah dianjurkan oleh Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Repulik Indonesia, Malaysia dan Repulik Singapura (MABIMS) yang ke sepuluh telah menyentuh tentang masalah sosial yang besar dan serius yang dihadapi setiap negara iaitu penagihan dadah, pergaulan bebas, perkosaan, jenayah dan ponteng sekolah yang dicetuskan oleh arus globalisasi dan permodenan yang tidak dapat dikawal. Semua contoh ini telah membuktikan bahawa sikap kesopanan, tatatertib dan hemah tinggi orang Melayu telah dicemari budaya barat, globalisasi dan seumpamanya. Justeru, untuk mengekalkan atau memupuk semula sikap-sikap murni ini di dalam diri orang Melayu, ibu bapa, para guru dan lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu harus berganding bahu untuk mengatasi masalah-masalah sosial ini. Pertama, ibu bapa perlu menasihati anakanak dari segi perawakan dan pergaulan mereka bersama rakan-rakan. Ibu bapa juga perlu menimbulkan kemesraan di antara mereka dengan anak-anak sendiri agar anak-anak tersebut dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan terbuka. Tukilan dari majalah ‘Pelita Bahasa Brunei’ mengatakan bahawa para guru bukan sahaja perlu berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam pelajaran, malah mereka juga harus memulihkan keadaan disiplin atau akhlak pelajar-pelajar. Di Singapura, pendidikan moral dan seks telah diperkenalkan untuk mengajar dan melentur pelajar-pelajar. Lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu pula perlu mengadakan kursus-kursus untuk membimbing anak-anak dan ibubapa. Walaupun terdapat perkhidmatan kaunseling di Singapura yang dianjurkan oleh pihak MENDAKI dan badan-badan lain, aktiviti-aktiviti atau acara-acara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan perlu diadakan. Pihak MABIMS pula bersetuju untuk mengklasifikasikan para belia dan remaja sebagai aset negara yang perlu dijaga

12 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

dan dibangunkan dengan sempurna. Negara-negara yang terlibat telah bekerjasama dan berusaha untuk menjadikan MABIMS sebagai wadah memantapkan keharmonian dan toleransi hidup bersama. Oleh itu, peradaban masyarakat Melayu dapat dipupuk semula dalam diri mereka. Seterusnya, semangat orang Melayu berjuang dalam pelajaran untuk memperolehi keputusan yang baik. Sejak kerajaan Melayu lama, pahlawan-pahlawan Melayu akan merantau ke manamana untuk memperolehi ilmu yang dikehendaki mereka. Mereka akan berguru dengan pakar dan ada yang bertapa di dalam gua. Malangnya, semangat belajar bersungguh-sungguh tidak ketara dalam diri masyarakat Melayu kini. Negara Brunei dan Indonesia mempunyai taraf kecermelangan dalam pendidikan yang rendah dan lemah. Menurut Prof. Datuk Dr. Ishak Harun dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, purata pelajar Melayu di Malaysia yang mendapat gred A1 dan A2 dalam tiga mata pelajaran iaitu Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, hanya 1010 daripada 2898 calon. Di Singapura, kohort pelajar-pelajar Melayu darjah 1 yang melanjutkan pendidikan mereka ke Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) pada tahun 1999 adalah sebanyak 46.2%. Purata ini amat banyak jika dibandingkan dengan kaum India yang hanya 32%. Ini membuktikan bahawa semangat orang Melayu untuk berusaha dalam pendidikan semakin berkurangan kerana jumlah pelajar ke politeknik dan maktab rendah amat berkurangan. Sebaliknya semangat ‘ala kadar’ pula yang tersemat di dalam diri kita. Namun demikian, semangat ini dapat diterapkan semula dengan kerjasama pelajar-pelajar dan guru-guru. Para guru perlu memerhatikan prestasi anak-anak muridnya dalam bidang yang mereka lemah dan cuba mengubah cara mengajar subjek-subjek itu agar lebih kreatif dan menarik lagi. Pendekatan yang baru dapat menarik perhatian pelajar-pelajar. Pendidikan yang asas perlu diulangkaji semula supaya pelajar-pelajar mengingatinya. Selain itu, para guru perlu menimbulkan suasana yang kondusif. Di Malaysia, perasaan segan untuk bertanya dan malu mendekati pensyarah-pensyarah perlu dibasmi dalam jiwa pelajar-pelajar agar mereka dapat berkongsi pengetahuan dan masalah-masalah dalam subjek-subjek yang mereka tidak faham. Di Indonesia pula, ramai rakyat miskin dan tidak berpendidikan. Justeru, dengan pertolongan pemerintah, pihak sekolah boleh menganjurkan bengkel-bengkel untuk mendidik rakyat Indonesia itu sendiri. Sesi kaunseling yang terdapat di sekolah-sekolah di Singapura diadakan supaya para guru dapat mendekati pelajar-pelajar untuk memupuk semangat belajar dan terus berjuang hingga ke menara gading. Contoh-contoh ini dapat membuang semangat ‘ala kadar’ yang terdapat dalam diri pelajar-pelajar Melayu agar mereka akan terus berjaya dalam hidup. Akhir sekali, kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan semakin terhakis. Ungkapan ‘Tiada kata secantik bahasa’ mempunyai pengertian yang dalam iaitu bahasa akan sentiasa diucapkan dan dilestarikan agar ia tidak luput dimakan zaman. Orang Melayu dikenali dengan kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturannya yang penuh dengan kiasan dan beralas seperti peribahasa. Namun demikian, hari ini, pencemaran bahasa Melayu semakin terserlah. Di Singapura, masyarakat Melayu telah memanfaatkan bahasa asing seperti bahasa Inggeris untuk melestarikan budaya asing yang negatif dalam budaya Melayu sendiri. Struktur kata-kata Melayu disusun semasa perbualan tidak teratur dan ada kegunaan bahasa Inggeris yang kasar seperti ‘goddamit’ dan sebagainya. Di Malaysia pula, bahasa Melayu lisan sering diselangselikan dengan kata-kata Inggeris manakala penggunaan bahasa Melayu di Brunei terdapat campuran bahasa lain di dalamnya untuk menekankan sesuatu perkara. Oleh itu, jelas kelihatan bahawa bahasa Melayu telah dicemari dengan bahasa-bahasa asing dalam arus globalisasi. Namun demikian, bahasa Melayu ini dapat diperbaiki dengan mendapatkan kerjasama ibu bapa, para guru dan pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu. Mereka perlu mengajar dan menjadi contoh kepada anak-anak Melayu agar mereka dapat berbual dalam bahasa Melayu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 13

dengan baik dan sopan. Mereka juga harus elakkan penggunaan istilah-istilah Inggeris semasa mengajar anak-anak tersebut. Selain itu, peranan para bahasawan dan sasterawan, seniman dan media massa turut memainkan peranan yang besar. Para bahasawan dan sasterawan perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Melayu yang betul semasa mengarang karya mereka agar para pembaca dapat bertutur bahasa Melayu dengan betul. Seniman-seniman perlu menjaga tata penyebutan bahasa Melayu semasa mendendangkan lagu-lagu mereka agar tidak merosakkan bahasa Melayu manakala pihak media massa seperti rancangan-rancangan Melayu saluran Suria di Singapura dan penyiaran RTB di Brunei perlu memperbaiki mutu penggunaan bahasa Melayu di kalangan penyiar-penyiar atau pelakon-pelakon mereka. Justeru, kerjasama daripada pihak-pihak yang berkuasa dapat menyelamatkan bahasa Melayu daripada luput dimakan zaman. Kesimpulannya, setiap individu yang berbangsa Melayu di Nusantara memainkan peranan yang penting untuk menjamin kedudukan masyarakat Melayu di muka bumi ini. Orang Melayu perlu mengekalkan peradaban, semangat dan kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan agar jati diri masyarakat Melayu tidak terhakis. Walaupun kita perlu mengikuti arus globalisasi dan permodenan, kita perlu menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa bangsa Melayu masih utuh berdiri di bumi ini. Gandingan bahu di antara anak-anak atau pelajar-pelajar, ibu bapa, para guru dan pihak-pihak yang berkuasa dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul dan membuktikan bahawa orang Melayu tidak akan hilang di dunia ini.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

KERELEVANAN
Sekelip mata menjeling sekeliling Mengharapkan lontaran sorakan AllahuAkhbar - AllahuAkhbar Namun semua diam membeku Aku sendiri ! Bentaknya Mana mungkin sedangkan Tuhan tetap bersamamu Aku ketandusan hak Aku kehilangan hak Proses peleburan hak nampaknya berterusan Siapa bisa menyatukan ? Itu pendirianmu Demi kebaikan kita maju Demi masa depan kita meleburkan tradisi Mampukah tradisi menghasilkan kerelevanan Atau terus mengelirukan dengan asal yang ada Ekonomi baru - Manusia baru - Minda baru Sedangkan semua itu telah tertulis di kitab suci Al Quran tetap relevan Adakah umatNya relevan ? Menghentak segala usulan Demi kebaikan atau kepentingan sendiri ? Mengumpul segenap penyokong Mengagungkan tradisi Jangan salahkan siapa Kita diberi masa berabad lamanya Namun tetap beku sebeku Sanskrit dan Latin Sehingga Inggeris mengatasi segalanya Sekularisme menatang segala pundak Sedangkan kita dibelakang jauh ketinggalan Umat terbaik firmanNya Malang sekali hayat Dibuai khayalan semalam Sehingga tak mampu membuka mata Takut menghadapi kenyataan Kerelevanan. Mohamed Pitchay Gani BMAA

14 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

BAHASA DAN BANGSA

PSIKOLOGI MELAYU: SEMANGAT BANGSA BERPAKSI BAHASA
Ruhaidah Binte Rahmat Masyarakat Melayu Singapura berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa dan budaya Melayu kepada bangsa asing. Mengikut Perlembagaan Republik Singapura, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Negara. Bahasa Melayu juga menjadi satu daripada empat bahasa rasmi negara di samping bahasa-bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris. Kini, sebagai salah satu bahasa rasmi negara, bahasa Melayu boleh digunakan dalam Parlimen, mahkamah, persidangan-persidangan penting seperti Konvensyen Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), majlis-majlis forum dan seminar-seminar yang para pesertanya terdiri daripada berbagai kaum. Selain itu bahasa Melayu juga boleh digunakan dalam surat-menyurat kepada kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan pemerintah apabila membuat aduan, mengundang pegawai tinggi pemerintah untuk menghadiri sesuatu majlis, memberi laporan dan sebagainya. Di bawah sistem pendidikan negara, bahasa Melayu menjadi satu daripada bahasa ibunda yang wajib dipelajari setiap pelajar Melayu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat prauniversiti. Rata-rata para pelajar Melayu mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka yang dikenali juga dengan istilah bahasa kedua di sekolah. Bahasa Inggeris pula dipelajari sebagai bahasa pertama. Matlamat utama pemerintah mewajibkan setiap pelajar mempelajari bahasanya sendiri ialah agar mereka mengenal dan memahami budaya, adat resam dan nilai-nilai murni bangsanya yang diwarisi turun-temurun. Menurut Timbalan Perdana Menteri Singapura, Ybh BG (NS) Lee Hsien Loong dalam Amanat Bulan Bahasa 1998: ‘Penguasaan Bahasa ibunda yang baik akan membantu kita mengekalkan jalinan dengan warisan bahasa dan budaya nenek-moyang kita sendiri. Ia akan membantu kita mengekalkan ciri-ciri, nilai-nilai dan identiti setiap kumpulan kaum yang membentuk perwajahan berbilang bangsa Singapura.’ Mengenai pembelajaran bahasa Melayu pula beliau menambah: ‘Bahasa Melayu juga membantu rakyat Singapura mengekalkan saluran perhubungan dalam bahasa itu dengan para penduduk di negara-negara jiran kita. Selain aspek budaya, manfaatnya juga boleh menjangkau ke bidang perniagaan dan perdagangan.’ Hakikatnya pada suatu masa dahulu walaupun pengguna bahasa Melayu di Singapura terdiri daripada golongan minoriti, Singapura telah menjadi pusat perkembangan bahasa dan persuratan Melayu bagi Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Selain menjadi tempat pertemuan dan persidangan para pencinta dan ahli bahasa dan sastera Melayu di rantau ini, Singapura menjadi pusat penerbitan awal akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh antara akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura ialah ‘Jawi Peranakan’, ‘Al Imam’, ‘Utusan Melayu’, ‘Melayu Raya’, ‘Mustika’, ‘Qalam’, ‘Hiburan’, ‘Gelanggang Filem’ dan lain-lain lagi. Kebanyakan majalah dan akhbar pada masa itu diterbitkan dalam tulisan jawi. Maka, jelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan yang cukup penting.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 15

Masyarakat Melayu juga berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan pemikiran orang Melayu. Psikologi bahasa Melayu adalah mirip kepada psikologi orang Melayu kerana orang Melayu merupakan penutur asal bahasa Melayu. Cara orang Melayu berfikir banyak diungkapkan dalam pepatah dan pantun Melayu. Hamilton dalam bukunya, Malay Proverbs, telah menghuraikan peranan pepatah dalam kehidupan masyarakat Melayu, menurutnya: ‘Dalam sebuah masyarakat di mana budaya tulisan datang lewat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja, undang-undang ada bagi kawasan itu dan pengumpulan ajaran-ajaran moral bersama-sama dengan pelbagai lakuan tunjuk ajar untuk kehidupan harian, dengan didasarkan kepada pemerhatian terhadap fenomena semula jadi, disampaikan kepada generasi kemudian dalam bentuk pepatah yang masih kerap digunakan.’ Pemikiran orang Melayu yang terungkap dalam pantun dan pepatah Melayu secara jelas menggambarkan bahawa orang Melayu adalah sekelompok bangsa yang amat mementingkan nilai budi dan kesetiakawanan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sejak dahulu merupakan sebuah masyarakat yang terbina atas dasar perhubungan yang intim yang saling bantu membantu, iaitu berbudi dan bersetia. Hal ini mungkin didorong oleh faktor persekitaran dan sistem nilai yang menjadi pegangan hidup masyarakat ini. Kehidupan sebagai petani dan nelayan telah mewujudkan sistem hidup yang saling memerlukan, misalnya bersawah merupakan satu kerja yang berat dan sukar untuk dilaksanakan secara bersendirian, khususnya semasa musim menanam dan menuai padi. Keadaan ini telah mewujudkan konsep ‘berderau’ dalam kehidupan masyarakat. Nilai murni yang ditanam oleh agama Islam telah menyuburkan lagi konsep berbudi dan bersetia ini. Khazanah keilmuan Melayu, sama ada yang berbentuk lisan atau tulisan, banyak mengandungi pantun dan pepatah yang membicarakan konsep berbudi dan bersetia ini. Sebagai contoh, dalam khazanah pepatah Melayu kita akan dapati banyak pepatah yang mengungkapkan konsep berbudi dan bersetia secara jelas. Kita sering mendengar orang mengungkapkan pepatah, ‘ Yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa ’, ‘ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa ’, ‘ Biar miskin emas jangan miskin budi bahasa ’, ‘Jauh di mata dekat di hati ’ dan berbagai-bagai pepatah lain yang menggambarkan bahawa masyarakat Melayu mementingkan budi dan kesetiaan semasa terjalinnya hubungan di antara dua orang manusia atau dua kumpulan manusia. Budi menjadi teras paradigma untuk membentuk hubungan di antara individu atau semasa berkomunikasi. Selain pepatah, pantun Melayu juga merupakan cara menyampaikan hasrat yang penting dalam masyarakat Melayu, khususnya masyarakat Melayu lama. Pantun diungkapkan untuk menyampaikan rasa kasih dan benci. Hal ini turut dinyatakan oleh Wilkinson dan Winstetd: ‘Sebenarnya tidak mungkin bagi sesiapa pun untuk mencuba memeri akal-budi orang Inggeris tanpa mengkaji sasteranya atau mengkaji akal budi orang Scotland tanpa mengkaji Burns dan seterusnya tidak seorang pun dapat meramal akan ruang lingkup akal-budi orang Melayu tanpa mengetahui pantunnya yang menjadi pengungkap cumbuan bersajak dan cercaan bagi bangsanya.’ Pantun Melayu juga banyak menyerlahkan konsep berbudi dan bersetia dalam kehidupan bermasyarakat. Pantun Melayu khususnya pantun Melayu lama secara jelas mengungkapkan

16 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

kepentingan konsep ini. Sebagai contoh, pantun yang sering kita dengar ini secara jelas menggambarkan betapa masyarakat Melayu amat mementingkan konsep berbudi dan bersetiakawan dalam membina hubungan sesama individu; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pantun di atas jelas menggambarkan betapa masyarakat Melayu begitu mengagungkan budi. Budi bukanlah benda, nilainya juga tidak dapat kita ukur dengan nilai emas atau perak. Orang yang berbudi tidak minta dibalas tetapi yang termakan budi akan mengenangnya hingga ke akhir hayat. Gambaran di atas jelas menunjukkan bahawa dalam sistem kognitif atau minda orang Melayu, budi bahasa merupakan komponen yang penting dalam membentuk hubungan sesama anggota masyarakat. Konsep berbudi bahasa bukan sahaja dipegang semasa berinteraksi dalam situasi biasa, bahkan juga dipegang semasa memarahi atau mencerca anggota atau kumpulan lain. Biasanya orang Melayu memilih cara menyindir untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang terbuku di hati, iaitu menyatakan sesuatu secara tersirat, tidak secara terus tetapi amat berkesan di hati penerima. Walaupun bahasa Melayu kaya dengan pantun, pepatah dan kiasan, ia masih mampu menyampaikan konsep-konsep yang sukar atau abstrak secara tepat dan padat. Sejak zaman kerajaan Sriwijaya, Langkasuka, Kedah Tua dan Melaka, bahasa telah membuktikan kemampuannya menjadi lingua franca yang berkesan, tepat dan indah. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang seimbang, iaitu mampu mengungkapkan pemikiran secara tepat dan indah. Kita hendaklah sentiasa peka kepada hakikat bahawa penutur asal bahasa Melayu adalah sekelompok manusia yang amat mementingkan budi semasa membentuk hubungan sesama insan. Budi dan bahasa adalah dua entiti yang bersepadu bagi orang Melayu. Masyarakat Melayu berprinsipkan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa dan budaya orang Melayu. Hakikatnya bahasa Melayu juga memperlihatkan pemikiran masyakat Melayu itu sendiri yang kaya dengan budi dan bahasa.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

“Setiap manusia berhak berkembang menjadi manusia yang lengkap menurut pembawanya. Hak berkembang itu memaksa wujudnya institusi perguruan dan pendidikan untuk menolong dan membimbing serta membentuk jiwa raga manusia yang sedar akan kewajibannya.” Khonstamm

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 17

BAHASA DAN BANGSA

SUMPAH HANG TUAH
Shahidah Bte Mahfodz Setiap kali kita membicarakan orang Melayu di zaman ini, pelbagai keluhan yang kita dengar. Ada yang mengatakan orang Melayu malas, bodoh, suka meminta serta mudah terpengaruh dengan budaya tidak sihat. Mungkinkah kata-kata ini masih relevan di sebalik globalisasi yang dialami seluruh dunia termasuk negara-negara Nusantara yang kebanyakan penduduknya merupakan orang Melayu? Adakah memadai sekiranya kita mengatakan bahawa kemalasan itu datangnya daripada moyang kita? Menurut Dr Siddiq Fadzil menerusi artikel ‘Takkan Melayu hilang di dunia? Entahlah’ yang disiarkan dalam majalah Tamadun (Mac 2001), sumpah pahlawan Hang Tuah iaitu Takkan Melayu hilang di dunia lebih tertumpu sebagai perjuangan demi memastikan Melayu akan hadir dan terus hadir di pentas sejarah. Sebagaimana riwayat Hang Tuah yang berakhir dengan keghaiban beliau, mungkinkah beliau akan muncul semula? Namun demikian, tidak mustahil sekiranya kemunculan beliau diiringi kekecewaan terhadap bangsa beliau yang tetap ada di arena dunia tetapi ciri-ciri mereka sebagai Melayu tiada lagi. Melalui sejarah, kita telah mempelajari bahawa pembukaan minda Melayu seiring dengan perluasan daerah pelayaran dan pengembaraan mereka hampir ke seluruh dunia. Pelayaran mereka bertujuan meluaskan keilmuan mereka dan sekaligus memperkembangkan lagi kebudayaan Melayu di pelosok dunia. Akibat tindakan mereka itu, bangsa Melayu hadir sebagai sebahagian warga besar dunia. Pengaruh Islam juga jelas meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan bangsa Melayu kerana sehingga kini, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Biarpun pelbagai tamadun seperti India, Cina serta Barat pernah hadir di rantau ini untuk menyebarkan nilai dan agama masing-masing, Islam merupakan agama yang diterima baik oleh bangsa Melayu. Keadaan sedemikian menunjukkan keterbukaan minda bangsa Melayu pada waktu itu. Jarang kita dengar kerajaan atau orang Melayu menentang nilai dan agama tamadun bangsa lain. Malah bangsa Melayu pada waktu itu menerima segala perubahan dengan baik selagi perubahan itu tidak menjejas bangsa dan agama mereka. Selagi perubahan itu membawa manfaat serta perkembangan terhadap sosial, politik, budaya serta nilai Melayu, bangsa Melayu tidak akan menidakkan perubahan tersebut. Akibatnya tamadun Melayu mencapai kemajuan yang tinggi. Biarpun Nusantara pernah dijajah Portugis, Belanda serta British, orang Melayu tidak hilang di muka dunia ditelan oleh kuasa penjajah. Malah mereka kekal sehingga hari ini. Tidak mustahil sekiranya sumpahan Hang Tuah dapat direalisasikan sebagaimana perkara itu terbukti menjadi kenyataan walaupun kita pernah dijajah. Kini sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Singapura, mereka dapati kursus Teknologi Maklumat (IT) semakin diceburi pelajar Melayu khususnya di politeknik. Begitu juga kursus berkaitan dengan sains seperti Bioteknologi. Keadaan ini menunjukkan bahawa bangsa kita semakin sedar bahawa sekiranya mereka ingin terus bersaing dengan bangsa lain, mereka harus memastikan bahawa ilmu dan kemahiran yang dimiliki relevan dengan ekonomi baru. Selain itu, ramai anak muda Melayu membuka syarikat sendiri terutama sekali yang berkaitan dengan IT. Melalui kemahiran serta semangat keusahawanan yang dimiliki, mereka berupaya mencipta pelbagai program terutama sekali yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Kini semakin banyak CD-Rom berbentuk pendidikan dalam bahasa Melayu boleh didapati di pasaran. Hasil kreativiti serta kemahiran mereka mencipta perisian untuk memperkenalkan budaya serta bahasa Melayu

18 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

kepada generasi muda serta bangsa bukan Melayu. Keprihatinan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka ingin memastikan bahawa budaya dan bahasa Melayu tidak pupus dek zaman malah terus berkembang seiring dengan globalisasi. Kita juga harus berbangga dengan pencapaian beberapa orang Melayu dalam bidang sains. Antaranya ialah Dr Azlinah yang kini bekerja di institut sains terulung iaitu John Hopkins serta Dr Jailani yang mendapat kepujian dalam fizik. Namum demikian, pencapaian sedemikian masih belum mencukupi dan kita perlu menambah bilangannya menerusi pembelajaran sepanjang hayat. Di sebalik keterbukaan kita dalam menerima kemajuan, kita perlu memastikan bahawa kemajuan itu tidak melanggar nilai agama kita. Agama telah menjadi tiang kepada kejayaan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang hasil petunjuk Tuhan. Islam tidak pernah melarang umatnya meneroka bidang-bidang baru tetapi mereka sendiri harus memastikan bidang tersebut tidak melanggar hukum agama. Sebagai contoh, di Singapura umat Islam sentiasa merujuk kepada fatwa MUIS sekiranya terdapat keraguan. Kes pendermaan organ di kalangan umat Islam telah mendapat kebenaran MUIS selepas mereka mendapati pendermaan organ tidak melanggar hukum agama kerana tindakan tersebut lebih bermaksud untuk membantu orang lain. Walau bagaimanapun, agama seolah-olah tidak dipandang tinggi oleh bangsa kita. Kini sudah tampak tanda-tanda jelas bahawa sebahagian orang Melayu sudah hilang kesedaran tentang dosa. Melayu dahulu berpegang kukuh kepada prinsip kerajinan supaya dapat mencari rezeki bagi menampung keluarga mereka. Namun demikian, keadaan ini berbeza di Malaysia. Dasar keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada bumiputera tidak dimanfaatkan dengan baik. Hak istimewa diberi agar Melayu di Malaysia dapat meningkatkan diri mereka dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan. Walaubagaimanapun, tidak ramai orang Melayu yang berjaya memanfaatkannya. Sebaliknya, mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri iaitu sama ada menganggur ataupun membuka perniagaan yang hanya dapat bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Kini, kejayaan bangsa Cina dan India lebih terserlah daripada bangsa Melayu walaupun mereka tidak mendapat hak keistimewaan. Jutawan di Malaysia kebanyakannya pula merupakan orang Cina. Kerajinan di kalangan orang Melayu masih dipertikaikan sehingga kini kerana sikap meminta mereka lebih terserlah daripada berusaha. Justeru kerajaan Malaysia terpaksa menilai semula hak istimewa itu. Sikap meminta belas kasihan dari segi wang tidak harus digalakkan. Sebaliknya seseorang itu perlu diajar kemahiran baru supaya mereka dapat bertahan di dalam ekonomi baru yang berteraskan kemahiran dan ilmu. Hanya melalui pendidikan, bangsa Melayu dapat maju walaupun setapak dan bukan lagi wang yang memainkan peranan. Pemerintah memainkan peranan penting tetapi bangsa Melayu sendiri yang harus mendisiplinkan diri mereka. Bantuan boleh diberikan tetapi haruslah memadai dengan keadaannya. Kini bukan lagi zaman meminta sebaliknya usaha yang hanya dapat menentukan masa depan bangsa Melayu. Bahasa dan budaya Melayu tidak dapat dipisahkan daripada alam Melayu. Walaupun kita menghadapi saingan utama iaitu bahasa Inggeris, hanya bangsa Melayu yang dapat memastikan bahasa kita tidak pupus. Berbanding zaman awal, kini semakin banyak karya sastera dihasilkan dan ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu masih menyayangi bahasanya. Namun demikian, kita harus memastikan bahawa kemurnian bahasa Melayu tidak terjejas dengan pelbagai istilah yang telah diinggeriskan. Pelbagai aktiviti serta kempen perlu diadakan untuk memastikan bahawa bahasa Melayu masih menjadi lingua franca dalam perkembangan sastera, adat, pakaian, makanan dan kesenian Melayu.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 19

Budaya Melayu juga kini menghadapi pembaharuan. Pembaharuan ini bukan sesuatu yang negatif sebaliknya boleh dikatakan sebagai mangkin kepada pelestarian budaya Melayu. Kini terdapat fusion atau gandingan budaya Melayu dengan budaya bangsa lain terutama sekali di Singapura. Bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya kita lihat kebaya Melayu kini mempunyai unsur-unsur cheongsam Cina. Gandingan sedemikian menunjukkan bahawa bangsa Melayu kita bersikap terbuka sambil memastikan bahawa keaslian budaya Melayu terpelihara. Begitu juga dari segi pemakanan. Memandangkan makanan ala Cina mendapat perhatian bangsa Melayu, masyarakat kita telah mendapat pelbagai ilham untuk menghasilkan makanan gabungan Melayu dan Cina yang halal. Hasil idea mereka bukan sahaja dapat dinikmati masyarakat Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Hal-Ehwal Masyarakat Melayu/Islam, Profesor Madya Yaacob Ibrahim, masyarakat Melayu harus mendalami jiwa Melayu, memahami faktor-faktor yang membanggakan masyarakat kita dan menggunakannya untuk mendorong diri mereka. Beliau menerangkan bahawa Melayu Baru perlu membentuk identiti sendiri iaitu kreatif, berkeyakinan dan boleh berdikari. Walaubagaimanapun, istilah Melayu cemerlang lebih tepat kerana menunjukkan bahawa orang Melayu bukan ingin pembaharuan tetapi ingin menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudah dimiliki mereka. Mereka ingin cemerlang dalam apa jua bidang dan tidak sesekali mengetepikan agama mereka. Justeru Takkan Melayu hilang di dunia harus menjadi pegangan kita. Tiada gunanya kita digelar Melayu tetapi tidak sedikitpun memperlihatkan ciri-ciri sebagai orang Melayu. Keluhan bahawa kita bodoh, malas serta suka meminta haruslah dihakis untuk membuktikan bahawa kita mampu menjadi orang Melayu cemerlang. Tiada siapa yang dapat mempertahankan bangsa Melayu kecuali kita. Bak pepatah, ‘Biar mati anak, jangan mati adat.’

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

TAKKAN MELAYU...
Takkan Melayu... Takkan Melayu hilang di dunia Akhir kata dari Hang Tuah Budi bahasa cerminan bangsa Bangsa Melayu kelam kini Takkan Melayu hilang di dunia Melayu yang penuh kelekaan Hanyut terus dalam kealpaan Mencari hiburan tiada batasan Takkan Melayu hilang di dunia Melayu yang cetek keagamaan Halal haram tidak dihiraukan Minda dijajah pengaruh Barat Takkan Melayu hilang di dunia Melayu yang masih terus lupa Lupa pada akar keturunan Penjajah jua yang diagungkan Takkan Melayu hilang di dunia Anak Melayu bersorak riang Terkinja-kinja separuh bogel Menyambut tiba Tahun Baru Takkan Melayu hilang di dunia Hanya tersungkur rebah menyembam bumi. Khairunnisah Bte Md Isa

20 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN DALAM PERIBAHASA MELAYU
Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah Peribahasa merupakan salah satu cabang tertua puisi lama yang memaparkan pancaran pemikiran masyarakat lama yang masih terikat dengan adat istiadat. Struktur, sikap, serta falsafah yang dianuti dan tasawwur masyarakat juga turut dicerminkan. Peribahasa dianggap sebagai warisan masyarakat, peninggalan tamadun, rakaman pengalaman manusia, serta rumusan daya keintelektualan dan kewajaran yang terhasil daripada cetusan hati nurani yang isinya penuh dengan pengajaran, nasihat, teguran, hikmah dan kebenaran. Menurut takrifan yang diberikan oleh Mohd Ghani Ahmad dalam buku ‘Peribahasa Menjana Minda’, peribahasa merupakan ikatan yang dipilih oleh penciptanya dengan gaya bahasa indah, teratur, padat, ringkas dan tepat; yang mengandungi pula pengertian yang khusus; yang boleh dijadikan pegangan dan pengajaran kepada setiap lapisan masyarakat dari zaman ke zaman. Wan Rafaei Abdul Rahman dalam buku ‘Psikologi Melayu’, mendefinisikan peribahasa Melayu itu sebagai ‘jejak selut, kaki terbenam’ yang merupakan sindiran kepada masyarakat Melayu. Peribahasa Melayu juga banyak menunjukkan dan memberi nasihat supaya orang Melayu membuat sesuatu pekerjaan atau keputusan dengan berhati-hati dan teliti. Za’ba pula mendefinisikan peribahasa sebagai ‘susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama yang sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakai dijadikan sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran’. Peribahasa juga merupakan ikatan bahasa yang dituturkan dengan kalimat-kalimat pendek yang mengandungi pengertian daripada sesuatu maksud yang sebenarnya dengan membayangkan maksud asal dengan bayangan sindiran atau kiasan. Buku ‘Ensiklopedia’ pula mendefinisikan peribahasa sebagai ‘frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus’. Peribahasa juga boleh digolongkan sebagai istilah umum kepada jenis-jenis lain yang dikenali sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan. Kertas kerja ‘Peribahasa Cerminan Akal Budi Melayu’ oleh Hj Tenas Effendy, di dalam seminar ‘Peribahasa Menjana Minda’ pada 18hb Mac 2003 di Hotel Pan Pacific, Singapura, mendefinisikan peribahasa itu sebagai ‘cerminan kehalusan budi pekerti Melayu, yang selalu mengatakan sesuatu dengan bahasa yang singkat tetapi mengandungi makna yang dalam.’ Cerminan akal budi Melayu yang santun dan berusaha untuk mengatakan sesuatu melalui kata-kata yang sopan, halus dan terpuji juga terserlah melalui peribahasa. Kearifan budaya Melayu turut ditonjolkan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Buku ‘Langgam Sastera Lama’ oleh Gazali Dunia menghuraikan peribahasa sebagai ‘satu bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama dan sebagai wakil cara berfikir bangsa kita pada zaman lama itu. Perhubungan mereka yang rapat dengan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutamanya ahli-ahli fikir waktu itu.’ ‘Rangkaian Mustika Adat Basandi Syarak di Minangkabau’ oleh H. Idrus Hakimy Dt. Rajo Penghulu menganggap peribahasa ialah ‘kato pusako iaitu kata-kata mutiara yang diterima secara turun-temurun di Minangkabau semenjak dari nenek moyang yang menciptakan adat Minangkabau sampai sekarang’. Kato pusako itu disusun dengan kalimat-kalimat yang terdiri daripada ketentuan-ketentuan alam takambang jadi guru, yang seharusnya segala sesuatu hendaklah menurut kebenaran sesuai dengan alam takambang, untuk jadi pedoman dalam

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 21

menyusun masyarakat, dalam mencapai tujuan, baik secara perseorangan mahupun bersama dalam segala segi. Peribahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: • peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan • peribahasa berlapis iaitu perumpamaan • lidah pendeta. Pepatah Pepatah merupakan kalimah-kalimah yang mengkiaskan sesuatu keadaan dalam masyarakat. Pepatah bermaksud ‘patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata orang lain dan bersifat menerangkan sesuatu yang benar dan sukar untuk disangkal kebenaran itu’. Menerusi pepatah, ajaran dan petua hidup diucapkan dengan ayat yang padat, tetapi mempunyai makna yang dalam. Ayatnya pendek dan kata-katanya dipatah-patahkan misalnya, “Takut kerana salah, berani kerana benar”. Maksudnya: Seseorang yang bersalah akan berasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai tetapi jika dia benar, dia akan berani berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk menegakkan kebenarannya. Pendengar pula harus cekap dan bijak ketika menyusun dan menghuraikan maknanya. Contoh-contoh lain seperti “Tak Lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” dan “Bapa borek anak rintik”. Bidalan Bidalan dan pepatah tidak jauh bezanya cuma bidalan lebih kerap digunakan dan lebih dekat kepada masyarakat dan terdapat bandingan serta teladan. Bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah kerana mengandungi nilai, ilmu dan pengajaran. Misalnya, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” dan “Alah bisa, tegal biasa”. Perbilangan Struktur perbilangan hampir sama dengan bidalan dan pepatah tetapi perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti puisi. Setiap rangkap perbilangan boleh terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkiraan. Isinya menyamai undang-undang tetapi yang membincangkan tentang adat istiadat atau peraturan masyarakat. Misalnya, “Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah” “Siapa menjala siapa terjun, Siapa bersalah siapa bertimbang, Siapa membunuh siapa kena bunuh”. Perumpamaan Perumpamaan digolongkan dalam peribahasa berlapis kerana mengandungi makna tersirat dan tersurat. Perumpamaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu golongan yang menyatakan perbandingan makna secara terang yang dimulakan dengan perkataan seperti, umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat. Misalnya “Bagai limau masam sekerat, bagai perahu karam sebelah” dan “Seperti katak bawah tempurung”. Jenis kedua pula ialah golongan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan, tetapi mempunyai makna yang tersirat. Misalnya, “Siapa makan cili terasa pedasnya” dan “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.

22 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Lidah Pendeta Lidah Pendeta merujuk kepada kekata pujangga, ulama atau cendekiawan yang dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Walaupun bentuknya ringkas, tetapi mempunyai maksud yang benar dan mendalam. Misalnya, “Padang perahu di laut, padang fikiran di hati” dan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”. Kiasan Kiasan ialah sesuatu perkara yang diperkatakan sementara bahasa pula memperkatakan sesuatu perkara dengan mengkiaskan kepada perkara lain. Ia boleh disebut dengan bandingan ataupun tanpa bandingan. Tujuannya untuk memperjelaskan sesuatu. Terdapat tiga pecahan: • • • kiasan halus kiasan sedang kiasan kasar.

Adapun ‘kiasan halus’ ini lazimnya dimulakan dengan perkataan “laksana” terutama dalam hal kebaikan atau kelebihan keadaan. Manakala, ‘kiasan sedang’ lazimnya dimulakan dengan perkataan “bagai” maksudnya membandingkan keadaan sesuatu dengan seperihal cakap supaya jadi ingatan atau pengetahuan yang terang dalam sebarang keadaan, yang demikian kiasan ini lebih menjurus kepada yang tidak baik. ‘Kiasan kasar’ pula biasanya dimulakan dengan perkataan “seperti” dan kiasan itu tepat dan pedas maka kebanyakan tujuannya keras. Justeru, cerca yang demikian keadaannya lebih luas daripada ‘kiasan sedang’. Ibarat Ibarat adalah ikatan bahasa yang memperkatakan sesuatu maksud dengan perkataan yang berkias, bentuk literalnya tidak menggambarkan makna yang sedang didukungi. Lazimnya ibarat juga ditulis dengan keadaan rencana. Kadangkala ibarat boleh bersatu dengan kias dan disebutkan “kias ibarat” dan ada juga disatukan dengan tamsil dan disebut “tamsil ibarat”. Selain tu, ibarat boleh juga disyairkan atau dibicarakan dalam ragam bahasa. Tamsil Tamsil pula bermaksud memberikan misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan. Misalnya, “Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk”, “Bagai lalang ditiup angin”, “Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung” dan “Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama”. Simpulan Bahasa Akhir sekali, simpulan bahasa merupakan ungkapan atau rangkaian perkataan yang tersusun khas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti kekata asalnya. Peribahasa mungkin berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan dalam sesuatu tempat atau pada masa tertentu dan kemudian terkenal kepada umum. Simpulan bahasa juga berkemungkinan berasal daripada cerita-cerita yang masyhur atau kejadian yang luar biasa. Oleh yang demikian, kita dapat menyimpulkan bahawa simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang bentuknya ringkas, iaitu mempunyai dua patah perkataan sahaja dan mempunyai makna berlapis, iaitu makna tersurat dan tersirat. Misalnya, “Ada Hati”, “Kutu Embun”, “Bodoh Sombong” dan lain-lain lagi.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 23

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SUSUR GALUR PERIBAHASA MELAYU
Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah Peribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca. Peribahasa dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang menyatakan peribahasa ini berasal daripada orang Riau Sumatera. Sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca, mereka telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasa yang tersusun dengan perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihat dan petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik. Selain berfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkan keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan pendalaman dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada ketika itu pula berfahaman animisme, yang mempercayai bahawa segala benda yang wujud mempunyai roh atau semangat. Lantas, untuk mententeramkan roh dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangat tersebut. Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi memberikan mereka ilham untuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakan jalan mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudah didengar dan diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang terkandung di dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan mereka pada zaman lampau. Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita dicipta oleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga sesebuah masyarakat. Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, ini mungkin secara kebetulan sahaja. Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itu mestilah seorang yang dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya. Orang-orang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan, mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh dipercayai. Kewibawaan mereka dari segi penuturan telah menghasilkan banyak kata-kata mutiara. Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat. Ia kemudiannya diubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Akhirnya, tercipta peribahasa yang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik, terindah dan berkesan. Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula berkembang daripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang dapat memperkatakan soalsoal yang berhubung dengan falsafah. Bahkan, peribahasa merupakan antara salah satu aspek bahasa yang turut berkembang. Walau bagaimanapun, bahasa Minangkabau berbeza daripada bahasa Melayu. Namun demikian, proses evolusi yang memakan beberapa ratus tahun telah sedikit sebanyak menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Antara contoh yang dipetik daripada ‘1000 Pepatah-Pepitih, Mamang-Bidal Pantun-Gurindam’ oleh H. Idrus Hakimy Dt. Rajo Penghulu ialah: Barakik-rakik ka hulu baranang-ranang ka tapian, basugi timbakau jaho. Basakik-sakik dahulu, basanang-sanang kamudian, marugi mangko balabo.

24 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Peribahasa dalam bahasa Minangkabau jika kita perhatikan sama dengan peribahasa Melayu iaitu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Terdapat banyak lagi contoh peribahasa Minangkabau yang hampir serupa dengan peribahasa Melayu, yang berbeza dari segi sebutan serta ejaannya sahaja. Fungsi Peribahasa Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk masyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yang terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut: • • • Menghiasi karangan dan percakapan. Menguatkan tujuan karangan atau percakapan. Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.

Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya. Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu peribahasa itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti dalam contoh-contoh berikut: a) Berbudi dan berjasa Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul peribahasa: i ii iii Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga. Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Muka berpandangan Budi kedapatan Kasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 25

kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia. i ii iii Hidup kayu berubah Hidup manusia biar berjasa. Kayu mati berpunggur Manusia mati biar bernama. Harimau mati tinggal belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan nama.

b) Merendah diri Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji. i Bawa resmi padi; Makin berisi makin merunduk Jangan bawa resmi lalang Makin berisi makin jegang. Berfikir sebelum berkata Berunding sebelum dibuat.

ii

c) Menuntut pelajaran Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabarkhabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta. i ii iii Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis bicara. Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja. Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi

d) Bekerja kuat dan berjimat-cermat Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut: i ii Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain. Ditangkap buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda.

26 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

iii iv v

Berhemat sebelum habis Sediakan payung sebelum hujan. Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar. Sekali merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura Dua tiga hutang langsai

e) Taat setia dan menghormati undang-undang Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah jelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu ‘waad’ dengan yang diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Seperti dalam contoh berikut: i ii iii iv v Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah. Biar mati anak Jangan mati adat. Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah. Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung. Bagai pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak. Hujan emas di negeri orang Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di negeri sendiri. Penohok kawan seiring Penggunting dalam lipatan.

vi

vii

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayu yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata sebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan seharihari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral. Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan. Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 27

mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya. Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan keberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan: i ii iii Ingat-ingat yang di atas Kelak di bawah akan menimpa. Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pula Ibarat kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah: i ii Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna. Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup. Perkembangan Peribahasa Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratusratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasa akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat dan berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan dan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak. Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga ke abad ini.

28 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik, menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini. Di antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-unsur kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam sesebuah peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek yang mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak peribahasa Melayu yang menyentuh aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial (seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi) dan juga aspek politik (seperti konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran). Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang ‘pidata dan pidana’ seperti sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa. Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada peribahasa yang dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi mempunyai makna yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat”. Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa kini kerana mengapa seorang anak yang merupakan cahaya mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat peribahasa ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawa ‘adat’ di sini digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah melanggar undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut daripada kesalahan yang telah dilakukannya. ‘Mati’ pula tidak bermaksud anak itu harus dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah ataupun akibat atas apa yang telah dilakukannya. Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat pada zamanzaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan. Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik perhatian dan menghiburkan masyarakatnya. Kesimpulan Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan ataupun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah, bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan lambang jatidiri orang Melayu.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 29

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEWAHAN MENCEMAR KEINDAHAN BERBAHASA
Othman bin Salam Cuba kita nikmati ilham pujangga lama yang mengatakan : “Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.” dan “Sudah terang lagi bersuluh.” Nada, irama, konotasi dan falsafah kedua-dua madah tersebut menggambarkan ejekan pujangga lama terhadap seseorang individu yang mempunyai sifat sering was-was dan tidak yakin kepada kebolehan diri. Pencipta madah telah mempamerkan rasa sinisnya kepada individu berkenaan kerana kelahiran rasa berangsang atau marahnya(irritate) terhadap sikap was-was dan tidak yakin seseorang yang mengulangi pertanyaan yang sama tentang sesuatu perkara. Sedangkan hal yang ditanyakan sudah diketahui. Pemberangsangan yang dibangkitkan secara sengaja atau tidak sengaja memang tidak digemari. Rasa benci sedemikian akan terus mencemari rasa seni dan estetik penerima pertanyaan lantas menimbulkan rasa marah. Rasa marah ini pula menimbulkan rasa benci. Tatkala sudah benci maka segala perkara yang dipaparkan akan menjadi hodoh lalu tidak tergalak untuk mendengar atau membacanya dan ingin tahu selanjutnya. Begitulah halnya dengan perihal mengarang wacana atau ayat. Seandainya pemberansangan sedemikian berlaku minat pembaca akan layu dan gugur. Sesebuah karangan yang tidak dibaca atau dibaca secara sambil lewa tidak dapat menyemai ilmu yang terkandung. Natijahnya, kecelaan yang terdapat dalam ayat-ayat yang menggambarkan sesuatu idea akan menggugat penerimaan pembaca. Seandainya pengarang atau pembentang ilmu berhajat hendak memastikan bahawa pembaca dan pendengar tidak jemu lantas sentiasa memberi perhatian, maka wacana dan ayat yang boleh membangkitkan rasa berangsang mesti ditiadakan. Salah satu perkara yang boleh membangkitkan rasa berangsang ketika membina wacana atau ayat ialah masalah kelewahan. Kelewahan yang sering dilakukan para pembentang dan penulis merupakan penggunaan dua atau lebih perkataan yang membawa seerti dalam sesebuah wacana atau ayat. 1. Penggunaan perkataan ‘Lagi’

Perkataan ‘lagi’ bermaksud a. tambah kepada yang sedia ada b. masih, sedang c. dan, serta, tambahan pula d. semula, pula e. lebih f. kata yang digunakan untuk menguatkan atau mengeraskan katakata sebelumnya seperti; bila ‘lagi’, bilal khatib ‘lagi’ berdosa, ‘lagi’pun. Berikut adalah senarai contoh penggunaan kata ‘lagi’ secara melewah yang dikumpul daripada tugasan para pelajar: i. ii. semenjak zaman pemerintahan Jepun lagi. semenjak kecil lagi.

30 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

iii. iv. v. vi. sepatutnya i. ii. iii. iv. v. vi. 2.

lebih unggul dan agung lagi. malangnya anak-anak masih lagi tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. masih berada di bangku sekolah lagi. masih belum lagi dapat meyakinkan hatinya.

semenjak zaman pemerintahan Jepun. semenjak kecil. lebih unggul dan agung. Malangnya anak-anak masih tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. masih berada di bangku sekolah. masih belum dapat meyakinkan hatinya. Penggunaan perkataan ‘sendiri’ Kata ‘sendiri’ bermaksud a. tubuh diri yang sebenarnya b. tidak dengan bantuan/tidak berhubung dengan orang lain. c. seorang diri. d. tidak termasuk yang lain e. terpisah daripada yang lain f. yang terkebelakang / terhadapan.

Berikut adalah contoh-contoh kata ‘sendiri’ yang digunakan secara melewah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Budak itu menyembunyikan dirinya sendiri. Pemerintah Singapura sendiri akan berusaha menyelesaikan masalah ekonomi yang meruncing pada masa kini. Kita sendiri sedar bahawa hingga masa kini pencapaian anak-anak kita masih terkebelakang. Perompak ingin melarikan dirinya sendiri daripada pihak polis. Remaja-remaja sendiri yang menyumbang kepada masalahmasalah sosial yang kurang sihat. Masyarakat Melayu kita sendiri amat memerlukan golongan remaja yang berhemah tinggi. Menjual buku di kedai ayahnya sendiri. Kemungkinan penulis sendiri ingin menyindir

sepatutnya i. ii. iii. iv. v. vi. Budak itu bersembunyi. Pemerintah Singapura akan berusaha menyelesaikan masalah ekonomi yang meruncing pada masa kini. Kita sedar bahawa anak-anak kita masih terkebelakang pada masa kini. Perompak ingin lari daripada pihak polis. Remaja-remaja yang banyak menimbulkan masalah sosial. Masyarakat Melayu amat memerlukan para remaja yang berhemah tinggi.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 31

vii. viii

Menjual buku di kedai ayahnya. Kemungkinan penulis ingin menyindir

Contoh-contoh lain yang perlu diberi perhatian adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Si Tompok tidur sampai ke petang. Blok rumah pangsa yang paling terdekat sekali. Sewaktu dia sedang belajar di England. Masalah itu boleh dikongsi sama bersama-sama anak-anaknya. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan masih juga kurang bermutu. Karya-karya yang bermutu mesti ada mempunyai mesej yang boleh membangkitkan semangat berjuang.

sepatutnya i. ii. iii. iv. v. vi. Si Tompok tidur sampai petang. Blok rumah pangsa yang terdekat. Sewaktu dia belajar di England. Masalah itu boleh dikongsi bersama anak-anaknya. Kebanyakan karya yang dihasilkan masih kurang bermutu. Karya-karya yang bermutu mesti mempunyai mesej yang boleh membangkitkan semangat berjuang.

Kelewahan juga boleh mengakibatkan sesebuah wacana atau ayat tidak gramatis, selain membangkitkan rasa berangsang pendengar atau pembaca. Pemerhatian yang wajar terhadap masalah ini akan memastikan keindahan bahasa Melayu. Sesebuah karangan yang diolah dengan menggunakan ayat-ayat berseni serta indah akan membangkit rasa keinginan pembaca untuk terus membaca. Ayat-ayat sedemikian juga menggambarkan keperibadian penulis atau pembentang makalah kerana insan yang berbudi merupakan insan yang pandai berbahasa.

Bibliografi Teo Kok Seong 2002. Kertas kerja Seminar Antara Bangsa Ke Arah Keseimbangan Insan II Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Safiiah et.al 1996.Tatabahasa Dewan – Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Tugasan harian Pelajar NIE Kampus Townsville.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

32 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PROSES MENDALAMI: KE ARAH PENGEKSPLOITASIAN MINDA1
Mohamed Ambri Famli Kita sering mendengar para pelajar mendombakan kata-kata ironis, rasa kurang senang, seperti “…tak boleh ingat. Macam mana nak ingat…terlalu banyak…Bukan saya tak belajar, tapi saya tak dapat mengeluarkan semula apa yang dah dipelajari…tak boleh nak ingat?” Salah satu taktik belajar, taktik berfikir atau cara mengingati apa yang sudah dipelajari ialah dengan ‘proses secara mendalami’. ‘Proses mendalami’ sesuatu pelajaran atau menyimpan/ mengingati sesuatu informasi itu, merupakan satu taktik menjana gambaran mental, secara meluahkan emosi & sensasi kemudian meresapinya sebagai informasi linguistik tentang apaapa hal yang difikirkan/diingati/dipelajarinya itu. A Objektif Dengan kaedah proses mendalami ini para pelajar boleh : (1) menerangkan keempat-empat daerah pemikiran; (2) digunakan untuk (a) menjana gambaran mental, (b) menjana sensasi lahiriah, (c) menjana perasaan (emosi), dan (d) menjana gerak-laku (verbal); (3) menerangkan pemikiran seseorang; (4) mengeluarkan informasi yang telah diproses; (5) mengukur tindakan seseorang . B Latar belakang Salah satu keistimewaan seseorang pelajar itu ialah mempunyai kebolehan berfikir mental yang ampuh. Cara memahami pemikiran dan berfikir, perlu dimulakan dengan contoh berfikir. Biasanya, apabila kita memikirkan sesuatu kita melibatkan kombinasi pengamatan dan pengalaman, seperti berikut : (1) (2) (3) (4) kita gambarkan sesuatu kejadian, seseorang atau apa sahaja yang terlintas dalam fikiran (gambaran minda); kita alami sensasi yang berkaitan kejadian itu, mengenai orang, tempat atau perkara yang berlaku itu (rasa gerak); kita alami emosi berthabit kejadian, orang, tempat atau perkara itu (rasa emosi); kita bincangkan (fikirkan) kejadian, orang, tempat atau perkara itu (informasi linguistik atau penghayatan).

Cuba kita ambil contoh tentang bagaimana pemikiran kita pada pagi ini. Mungkin kita membayangkan (menggambarkan secara mental) sewaktu kita bangun daripada katil, mandi, memberus gigi, memakai pakaian, berdandan dan sebagainya. Jika kita mendalami pemikiran kita, kita dapat mengamati sensasi (contohnya, bau kopi segar, terasa asam bantal peluk dan sebagainya…) selari dengan pelbagai ingatan itu. Kita mungkin ada mendengar suara naratif menerangkan senario pagi itu. Suara itu mungkin berkata, “Sekarang saya bangun daripada tidur- sekarang saya duduk di atas katil bersedia untuk terus bangun mandi, berwuduk dan solat Subuh. Tentu anda masih ingat bagaimana marahnya anda - betapa cepatnya jarum jam bergerak membangunkan tidur anda (emosi). Benar kita tidak akan mengingati apalagi mengamati segala gerak laku yang disandari setiap pemikiran. Namun demikian, unsur-unsur ini merupakan sebahagian (set) pengalaman yang kita gelar pemikiran.
1 Disesuaikan daripada buku Robert J Marzano & Daisy E. Arredondo. “Tactics for Thinking”. 1986. ASCD 611-86058 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 33

Jika kita rumuskan pemikiran itu, kita dapat menyaksikan pelbagai hubungan unsur-unsur yang bertindan (overlapping interrelationships), seperti berikut:

gambaran mental

Informasi Linguistik

sensasi laku

emosi

Menjana, secara sedar, bahagian-bahagian pemikiran begini : gambaran mental, informasi linguistik, sensasi gerak-laku dan emosi digelar mendalami proses pemikiran (proses mendalami). Ini merupakan secara aktif, pembentukan berbagai aspek dalam satu pemikiran. Semasa kita mem‘proses mendalami’, kita sebenarnya, memikirkan dan mengembangkan proses pemikiran itu supaya bahagian-bahagian pemikiran itu tersenarai sebagaimana aluran yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu dikehendaki mem‘proses mendalami’ informasi mengenai Leftenan Adnan, dia akan memulakan dengan membentuk gambaran mental seorang soldadu berpakaian seragam askar Melayu. Dia akan membaukan suasana kering di Bukit Candu (sensasi hidu) kemudian pula akan mengatakan kepada gelombang telinganya, “Leftenan Adnan Saidi merupakan anak Melayu pertama yang dianugerahi kepegawaian oleh Angkatan Tentera British” (Informasi Lingusitik). Akhirnya, pelajar itu akan cuba menimbulkan semangat patriotisma -perjuangan mempertahankan tanah air (emosi). Satu perkara penting yang perlu diberi tekanan di sini, bahawa penjelmaan gambaran mental boleh terjadi dalam 2 bentuk : (1) serupa gambar bergerak yang realistis dan / atau (2) menyerupai grafik atau simbol-simbol, dan pelajar itu akan memikirkan, Leftenan Adnan sebagai gambaran atau symbol-simbol yang bergerak dan hidup. Simbol-simbol itu menggambarkan Leftenan Adnan sebagai pegawai pertama askar Melayu yang dikelilingi teman-teman seperjuangan seperti gambaran (arca) berikut …

34 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Selagi pelajar ini dapat membentuk gambaran mental sebagai menerima informasi, dia harus digalak supaya gambaran-gambaran itu lebih simbolik mungkin untuk mengaitkan ingatan dan pemikirannya. ‘Proses mendalami’ sesuai digunakan dalam pelbagai ketrampilan berfikir. Bagaimanapun, di peringkat pengenalannya harus dilakukan secara spontan dan tidak terlalu akademik. Seseorang pelajar itu apabila disuruh mem‘proses mendalami’ sesuatu, dia perlu benar-benar memahami apa yang disuruh dan dikehendaki. ‘Proses mendalami’ boleh diuruti sebagai berikut : (1) (2) (3) (4) membentuk gambaran mental yang kukuh mengenai informasi yang perlu diproses; terjemahkan informasi itu kepada kata-kata. Bercakap mengenai informasi tersebut dan mendengarkan ‘bunyi’ suara kita sendiri; timbulkan rasa sensasi mengenai informasi itu. Adakah sesuatu dalam gambaran ini yang boleh dirasai, dicium bau atau dirasakan kehangatannya?; janakan emosi yang mengaitkan informasi tersebut. Dapatkah ianya membuat kita marah, sedih atau menakutkan?

C

Mengapa menggunakan ‘proses mendalami’ ? • Mengaitkan gambaran mental, emosi dan sensasi rasa kepada pemahaman linguistik mengenai sesuatu informasi merupakan kaedah mengingat yang berkesan; • ‘Proses memdalami’membantu pelajar mengembangkan informasi; • ‘Proses mendalami’ menggalakkan berfikir kreatif. Bila • • • gunakan ‘proses mendalami’ ? untuk mengingati informasi yang baru dipelajari untuk memberi informasi secara cepat untuk melatih pemikiran berfikir secara non-verbal

D

E

Contoh menggunakan strategi ‘proses mendalami’ 1 Beri peluang pelajar mengingati suatu kejadian yang baru berlaku (contohnya, sewaktu solat subuh bersama keluarga sebelum sarapan pagi tadi). Galakkan pelajar agar mengingati pengalaman itu secara terperinci. Boleh berkongsi (sumbang saran kekumpulan) supaya menarik perhatian dan menggalak kepelbagaian. 2 Berbincang bersama kelas, untuk mendapatkan 4 komponen berfikir – gambaran mental, rasa sensasi, emosi & informasi linguistik. Pelajar disuruh membentuk arca ingatan (mental image) yang mengetengahkan setiap komponen pemikiran. • Gambaran mental - pelajar mengingati bilik solat dan warna sejadah yang digunakan; • Rasa sensasi - pelajar mengingati keenakan rasa roti yang dicecah lauk tumis sewaktu sarapan; • Emosi - pelajar mengingati sensasi rasa gembira sewaktu waktu makan besar Hari Jadi; • Informasi Linguistik - pelajar disuruh mengingati kata-kata perangsang sewaktu memberi ucapan Hari Jadi.

3

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 35

4 5 6 F

Pelajar membuat persembahan ke-4 langkah proses mendalami. Terangkan akan keperluan proses mendalami sewaktu belajar dalam kelas. Latihan proses mendalami dengan pelbagai informasi dalam situasi lain.

Contoh Dalam Kelas • Sesudah proses mendalami sesuatu informasi diadakan di dalam kelas pelajar digalak supaya mengongsi simbol-simbol (gambaran mental) yang digunakan; • Sebagai permulaan, pelajar digalak mencipta symbol-simbol. Sebagai contoh, mengingati, “bola biru” yang kemudian ditukar kepada berbagai warna lain. Gambarkan bola biru yang bertukar warna itu dalam minda, ingat putaran bola itu dan diikuti dengan memperkenalkan (ingatan) simbol-simbol lain yang berkaitan dengan “bola” tadi. Satu cara lain dalam proses mendalami ialah dengan kaedah mengadakan “amalan di minda” – membuat satu amalan uji cuba sains, misalnya, di gambaran minda sebelum amalan sains sebenarnya dilakukan : menyiasat, menguji, mencuba dan membuat kesimpulan (analisis). Ini membolehkan pelajar membuat kepastian dengan cara membandingkan apa yang terjadi dalam “amalan sebenar” berbanding “amalan di minda” dan kemudian, mengesahkan kesimpulannya sendiri. Kenalkan proses mendalami dengan kaedah mengingati pengalaman sendiri secara pribadi atau secara bersama kelas, sebagai contoh pengalaman sewaktu mengikuti lawatan ke ROMM. Kemudian, bincangkan komponen-komponen pengalaman ini. Terangkan, gambaran bas perjalanan, kata-kata yang dapat dikaitkan, gerak rasa yang disensasikan (berjabat tangan dengan pendaftar, bau-bauan dekat pelaminan yang diadakan, hiasan lampu-lampu yang berwarna-warni, bunyi genderangan kompang) dan emosi (keghairan, kesyahduan dan khayalan pelajar sebagai raja dan ratu sehari). Terangkan bagaimana “kata-kata” menjadi alat komponen-komponen proses mendalami. Bacakan sepotong ayat atau petikan pendek, dan tanya pelajar “hubung kait”nya dengan komponen-komponen proses mendalami itu. Mulakan daripada yang mudah atau yang bersifat pribadi yang menghiburkan kepada topik pelajaran pada hari itu. Mulakan dengan petikan yang pendekpendek tetapi sesuai (berisi) dengan perincian emosi dan sensasi. Pelajar digalak agar menambah dan melengkapi komponen. • Adakan pengenalan mengarang dengan menggalak pelajar membayangkan “titik-titik air hujan”. Suruh pelajar memejamkan mata dan bayangkan (emosi & sensasi) ketikanya hujan turun. Suruh pelajar menceritakan apa yang mereka lihat (dengan mata hati sebelum dengan mata kasar) titisan air hujan yang jatuh dari langit (awan). “Apa yang anda dengar?” “Bagaimana rasa anda?” Bagaimana perasaan anda ketika mengalami titik air hujan yang jatuh membasahi tubuh anda? Pelajar kemudian memulakan menulis cerita / kisah sebutir air yang jatuh ke bumi sebagai air hujan, pelajar diberi peluang meluahkan rasa dan mengembangkan daya kreativiti mereka.”

36 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Pelajar juga boleh disuruh membayangkan rasa sebagai seorang penyelam di lautan dalam. Bayangkan (sensasi) rasa sejuk air laut di luar baju selam, rasa tekanan di tubuh yang didesak tekanan air laut, melihat rumpai-rumpai air di sekeliling…dan bayangkan hidup-hidupan laut yang mengerumuninya (seperti ikan-ikan, agar-agar laut, anemone dan batu-batu karang), melihat kekelaman warna air dalam, kelembutan bahan-bahan licin dan pergerakan hidup-hidupan laut yang lain. Pada waktu itu, pelajar digalak supaya membincangkan informasi lain yang relevan dengan lautan dalam. Timbulkan rasa (emosi) mengenai suasana dalam laut ini kemudian, buat ulasan-ulasan secara kekumpulan – dengan demikian pelajar dapat membetulkan salah tanggapan yang ada setakad itu. Pelajar akhirnya, disuruh menuliskan apa-apa yang mereka pelajari dari pengalaman (sains kelautan) tadi itu.

G Kesimpulan Proses mendalami merupakan satu strategi pembelajaran yang dapat membantu pelajar dalam mengingat, berfikir dan meluaskan pemikiran kepada berfikir secara kreatif. Taktik proses mendalami ini sesuai dalam menjana gambaran mental, merasa sensasi & emosi sebelum membentuk informasi linguistik mengenai apa yang dipelajari atau apa yang difikirkan. Informasi Linguistik = gambaran mental + rasa sensasi + emosi

Bibliografi
Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu & Susur Galur Peribahasa Melayu Abbas Mohd Shariff, 2002. Budaya Dan Falsafah Orang Melayu. Singapore. EDN Media. Abdullah Hassan dan Ainon Ahmad, 1995. Peribahasa Nilai-Nilai Murni KBSR. Malaysia.Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd. A. Samad Idris, 1989. Buat baik Berpada-pada ... Bahagian Pertama A.Samad Idris Dengan 300 Pepatah. Malaysia. Pustaka Budiman. Ghazali Dunia,1992. Sastera Melayu Lama Prosa dan Puisi. Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Haji Md. Said Haji Suleiman, 1991. Siri Koleksi Warisan Perian Basa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,. Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Aisah Murad, 1996. Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Ab. Kadir Wan Yusoff, 1996. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Malaysia. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 42 Bil. 11, November 1998.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 37

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

POLEMIK PRAGMATIK BAHASA MELAYU SINGAPURA : ANTARA DINAMIK DAN CEMAR
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Definisi bahasa yang klise ialah bahasa merupakan lambang-lambang arbitrari yang diterima konvensi. Namun demikian, ia tidak harus disalahtafsir sebagai penerimaan yang sewenangwenangnya memandangkan bahasa juga mempunyai peraturan dan sistem. Peraturan ini pula terbahagi kepada alamiah dan akademia. Alamiah merujuk kepada penghasilan atau pertumbuhan bahasa yang dipengaruhi kesekitaran. Akademia pula merujuk kepada pertumbuhan bahasa yang dipengaruhi kajian saintifik. Gabungan kedua-dua unsur ini menghasilkan sistem bahasa yang unggul iaitu seimbang untuk kegunaan manusia dalam merealisasikan keperluan mereka. Sekiranya salah satu daripada komponen tadi gagal diseimbangkan akan timbul kegenjotan ke atas sistem dan sekaligus menimbulkan pencemaran bahasa. Maka proses pertumbuhan dan perkembangan bahasa atau dinamisme bahasa perlu ditafsir setepat mungkin agar tidak timbul pencemaran.

Dinamisme Bahasa Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), konsep istilah ‘dinamik’ boleh diselidiki daripada komponen-komponen yang terdapat di dalam makna istilah ‘dinamik’ seperti berikut : i ‘Dinamik’ bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. ‘Penyesuaian’ daripada kata dasar ‘sesuai’ bermaksud padan benar, selaras, berpatutan dan serasi. ‘Menerbitkan’ daripada kata dasar ‘terbit’ bermaksud keluar dari permukaan, berbangkit, keluar memancar, tumbuh atau keluar daripada dan berpunca atau bermula daripada.

ii

iii

Dapat dirumuskan bahawa konsep ‘dinamik’ ialah penyesuaian yang dilakukan terhadap sesuatu yang ada tanpa merubah intinya agar ia akan kekal relevan ketika pembaharuan itu dilakukan. Setiap pembaharuan pula mesti berdasarkan bentuk asalnya ke arah bentuk hibrid. Konsep ini bermaksud bahawa sesuatu yang sedia ada perlu terus dikekalkan dan digunakan sehingga ia tidak lagi berfungsi seperti beberapa istilah klasik yang tidak digunakan lagi. Namun demikian ada istilah kuno yang masih digunakan sehingga hari ini kerana ia masih relevan. Kerelevanan ini disebabkan oleh pengguna yang terus menggunakannya. Misalnya : “aku”, “ini”, “kayu”, “curi”, “jadi”, “sana”, “lagi”, “ratus”, “mata”, “naik”, “dua”. Manakala yang lain dianggap sudah mati kerana tidak digunakan lagi. Misalnya : “tuwi”(dengan), “inan”(itu), “tlu” (tiga), “halap”(cantik), “hulun”/ “ulun” (orang gaji), “sarak” (memisahkan diri) dan “langit” (dalam “makalangit” yang bermaksud memperdaya).

38 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Bahasa Melayu (BM) dinamik bukan kerana ia terus menyerap istilah asing dan membuang istilah Melayu. Ia dinamik kerana ia mampu menerima dan menyesuaikan istilah asing agar selaras dengan bahasa Melayu. Maka kosakata Melayu semakin bertambah. Berikut merupakan perkembangannya : Zaman Abad 7 Abad 14 Abad 15 Abad 16 Abad 19 Abad 20 Jenis Bahasa BM Kuno BM Klasik BM Moden BM Moden BM Moden BM Kontemporari Pengaruh Sanskrit Arab Portugis Belanda Inggeris Hibrid

Kedinamikan bahasa Melayu berlaku bukan dengan membuang kosakata yang ada tetapi dengan menambah kepada yang ada melalui proses penyesuaian kata asing ke dalam bahasa Melayu. Biasanya istilah yang diambil itu terpaksa dilakukan kerana tidak terdapat dalam bahasa Melayu memandangkan segala ilmu dan ciptaan itu bukan dari dunia Melayu. Misalnya; Sanskrit Tamil Dravida Hindi Arab Farsi Cina Portugis Belanda Inggeris agama, sederhana, puasa, suasana, puteri, permaisuri apam, kolam, nilam, logam, ragam, kuli, kedai, keldai, mempelai kuda, loji, belanja cuti, curi, culi, lucah, sundal ajal, awal, akhir, akhbar, hukum, rukun, sabar, makna, kiamat daftar, nakhoda, maulana, syahbandar, kahwin, temasya, kenduri loteng, tekoh, cawan, kuntau, anglo, mi, dacing, tocang, tongkang bendera, kemeja, biola, jendela, mentega, soldadu, padri duit, ransum, taksir, toples, pekan, organisasi, revolusi enjin, stesen, tiket, motokar, mesin, telefon.

Kesimpulannya ialah setiap kata dalam bahasa Melayu yang sedia ada harus digunakan dan didahulukan daripada yang Inggeris (BI). Maka istilah-istilah seperti berikut harus diperhatikan dan dielakkan bentuk Inggerisnya : Bind Trafik Kru Produk Informasi BM lalulintas kakitangan barangan maklumat

Sekiranya konsep ‘dinamik’itu dianggap sebagai membuang yang Melayu dan menggantikan dengan yang Inggeris secara sewenang-wenangnya, ia adalah pencemaran bahasa bukan dinamisme. Penyatuan dalam Perbezaan Sering terdapat kesilapan dalam mentafsir perkembangan bahasa di kawasan lain terutama sekali di Indonesia. Pengguna bahasa di Singapura khususnya media massa menggunakan perkembangan bahasa Melayu di Indonesia sebagai kayu ukur yang membolehkah perubahan sedemikian dilakukan di Singapura. Ini merupakan satu kesilapan kerana kurang faham tentang konsep kedinamikan bahasa dan hak-hak negara dalam berbahasa. Hak ini telahpun dirasmikan oleh MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia- Malaysia) sejak penubuhannya pada tahun 1972. Sidang MABBIM 1972 telah membuat persetujuan mengenai istilah dari beberapa bidang ilmu pengetahuan. Hasil daripada sidang ini, beberapa istilah dipersetujui seperti berikut :
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 39

i ii

Setuju untuk sama keseluruhannya, iaitu kedua-dua pihak bersetuju dengan istilah yang dikemukakan baik dari segi ejaannya mahupun dari segi imbuhannya. Setuju sama tetapi berbeza sebahagiannya, iaitu kedua-dua negara bersetuju untuk menggunakan ejaan morfologi (imbuhan) atau salah satu unsur rangkai kata yang berbeza. Setuju menggunakan istilah yang berbeza keseluruhannya, iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk menggunakan istilah yang berbeza walaupun pada dasarnya konsepnya sama. Istilah yang sama setuju untuk ditangguhkan, iaitu istilah yang dipersetujui untuk ditangguhkan disebabkan beberapa hal tertentu. Istilah yang setuju untuk digugurkan, iaitu kedua-dua negara bersetuju tidak akan menggunakan istilah tersebut.

iii

iv v

Persetujuan di atas jelas memperlihatkan bahawa semua negara anggota akur akan adanya hak berbahasa dalam negara masing-masing termasuk negara Singapura selaku pemerhati dalam sidang MABBIM. Sidang MABBIM ke 42 pada 2003 telah menekankan hak ini melalui keputusan yang dibuat mengenai pedoman peristilahan seperti berikut : “Pihak Malaysia menekankan pentingnya diberikan kelonggaran kepada setiap negara untuk membentuk istilah masing-masing tanpa bergantung kepada MABBIM. Pedoman yang disediakan wajib diikuti kerana ia merupakan satu garispandu bagi peristilahan. Maka ia memadai untuk membantu menghasilkan istilah-istilah baru. Namun demikian, istilah yang dihasilkan perlu dilaporkan kepada MABBIM setelah dilaksanakan agar dapat didokumentasikan dan dikemaskini kamus MABBIM. Pihak Malaysia menjelaskan bahawa perkembangan teknologi pesat akan melemahkan kemampuan BM sekiranya kita masih mahu bersifat preskriptif. Maka bahasawan perlu bersikap diskriptif dalam konteks pengembangan bahasa. Keadaan yang berbeza di negara-negara lain akan memaksa penghasilan istilah-istilah yang berlainan. Contoh terbaik adalah negara Singapura yang sering mempunyai istilah-istilah berlainan yang tidak terdapat dalam MABBIM kerana tidak berlaku dalam negara-negara anggota MABBIM dek perkembangan pesat Singapura.” Keputusan seumpama ini dimeterai kerana perkembangan bahasa yang berbeza di negaranegara Melayu di Nusantara, terutama sekali bahasa Indonesia yang sangat berbeza dari segi perkembangan leksikonnya. Walaupun bahasa Indonesia (Bind) adalah bahasa Melayu namun ia berbeza kerana faktor sejarah iaitu Indonesia jatuh di bawah jajahan Belanda manakala Semenanjung Tanah Melayu jatuh di bawah jajahan Inggeris. Keadaan ini membawa kepada perkembangan bahasa Melayu yang berbeza seperti dalam contoh berikut : Bind Perbezaan kata apel listrik musik otomatik telepon BM epal elektrik muzik automatik telefon

40 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Perbezaan imbuhan fiksi konvensi televisi fakultas kualitas universitas

fiksyen konvensyen televisyen fakulti kualiti universiti

(dipetik daripada H. Ahmad Samin Siregar dalam Dewan Bahasa Disember 2000:1336) Selain itu terdapat juga faktor dialek yang merenggangkan kedua-dua bahasa tersebut. Di Indonesia terdapat lebih kurang 300 bahasa dan dialek. Maka bahasa Indonesia yang mempunyai pengaruh Belanda dan dialek Indonesia pastinya akan menghasilkan perkembangan bahasa yang semakin jauh dari bahasa Melayu. Ini merupakan satu sebab direalisasikan bahasa Melayu Baku. Mediamassa Singapura juga tidak akan mampu mengikuti perbezaan dan kepesatan penghasilan istilah baru Indonesia berdasarkan faktor tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh pragmatik bahasa Indonesia di sebuah stesen radio di Indonesia : Bind monday morning hilir-mudik kasus cewek cowok mengontrol libur nasional diari infeksi tablet bakteri lemari ais BM snin pagi ulang-alik kes perempuan lelaki mengawal cuti umum cirit birit jangkitan biji kuman peti ais

Sekiranya, ada pihak yang ingin menyesuaikan bahasa Melayu di Singapura agar dapat menyerantau ke Indonesia dan dapat difahami pendengar Indonesia, ia merupakan satu usaha yang tidak produktif kerana pendengar Indonesia sebenarnya lebih memahami bahasa Melayu Singapura daripada bahasa Melayu Malaysia. Menurut Drs Abdul Gaffar Ruskhan daripada Pusat Bahasa Indonesia dan seorang sasterawan mapan Indonesia, sdr Slamet Sukirnanto semasa dalam sesi persidangan MABBIM ke 42, bahasa Melayu Singapura lebih mudah difahami daripada bahasa Melayu Malaysia kerana di Malaysia itu terdapat banyak dialek sedangkan Singapura hanya menggunakan bahasa Melayu baku tanpa pengaruh dialek. Secara tidak langsung, mereka menganggap negara Singapura sebagai sebuah negara yang menghasilkan dan memantau penggunaan bahasa Melayu secara konsisten. Selain itu, usaha menyelaraskan bahasa Melayu dengan Indonesia tidak selaras dengan keputusan MABBIM mahupun dasar bahasa Melayu Baku. Keputusan MABBIM telah menetapkan bahawa masing-masing negara berkembang dengan bahasa mereka sendiri. Prinsip bahasa Baku sendiri menetapkan penggunaan bahasa Melayu yang standard bagi semua negara. Maka sesebuah negara itu tidak perlu bersusah payah menyesuaikan bahasa demi kepentingan pendengar negara lain. Sebaliknya kita perlu mementingkan pendengar di negara kita dahulu dengan memberikan maklumat dalam bahasa yang terbaik mungkin agar menjadi ikutan mereka.
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 41

Pencipta Berdaya Cipta Mencorak dan menentukan perkembangan bahasa Melayu merupakan tanggungjawap yang besar dan memerlukan kepakaran serta ilmu bahasa yang tinggi. Biasanya keputusan yang diambil mengenai satu-satu aspek bahasa memerlukan kajian yang menyeluruh dan mendalam sebelum keputusan diambil. Proses peristilahan yang dilakukan sewenang-wenangnya bakal menghasilkan satu komuniti penutur yang terasing daripada sekelilingnya dan akhirnya bahasa akan terasing. Bahasa yang terasing bakal pupus kerana tidak digunakan secara meluasnya. Sebaliknya, bahasa yang disebarluaskan melalui media elektronik mampu mempengaruhi pendengar yang mula meniru dan menggunakannya secara meluas tanpa menyedari implikasi jangka panjang perbuatan mereka. Ketua pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Datuk Haji Hassan Ahmad merumuskan : “Yang penting bagi saya, apakah pencipta istilah dapat memahami bukan sahaja peraturan yang bertulis dalam pedoman itu, tetapi juga semangat yang terdapat di sebalik pedoman itu, yang hanya dapat diterapkan dengan baik berdasarkan pengalaman yang amat luas, pengalaman yang berdasarkan pertimbangan praktis, pertimbangan sosiolinguistik. Pendek kata, pencipta istilah harus mempunyai kebolehan menguasai BM dengan sedalam-dalamnya, di samping mempunyai daya kreativiti yang tajam.” (Mior Hamzah Mior Hashim 1992:15)

Bibliografi Omar Amin Husin 1962. Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur Pustaka Antara 1992. Ke arah Pembentukan Istilah Yang Sempurna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Laporan Perwakilan Mabbim/Mastera 2003 Sempena Sambutan 30 Tahun Mabbim 09 Mac 2003 – 14 Mac 2003 di Brunei Darussalam. Singapura. Majlis Bahasa Melayu Singapura. Muhammad Ariff Ahmad. Bahasa Melayu : Penggunaan, Tatabahasa dan Sebutan dalam jurnal SEKATA Jilid 8 Bil. 1 Jun 1990 terbitan Jawatankuasa Bahasa Melayu,Singapura Muhammad Ariff Ahmad 1991. Bahasa Melayu Pada Hari Ini : Satu Pandangan Peribadi. Kertas kerja Seminar National University of Singapore. Soetrisno. R. Bahasa Indonesia dan Kemajuan Teknologi dlm jurnal SEKATA Jilid 7 Bil. 2 Dis. 1989 terbitan Jawatankuasa Bahasa Melayu, Singapura

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

42 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

ESEI SASTERA

KONSEP EMANSIPASI WANITA DAN KEPIMPINAN DALAM NOVEL ‘TOK GURU’
Nur Khairiah Binte Mohd Amin & Noorlin Binte Haron Menurut sarjana sastera seperti Hashim Awang dan Safiah Hussain, konsep emansipasi wanita di dalam dunia persuratan Melayu telah wujud sejak akhir tahun 1920’an lagi. Novel-novel seperti ‘Hikayat Faridah Hanum’ (1927) karya Syed Sheikh Al-Hadi dan ‘Iakah Salmah’ (1927) tulisan Ahmad Rashid Talu mendukung tema-tema dan watak-watak berasaskan konsep emansipasi wanita. Wanita merupakan salah satu kelompok manusia ciptaan Allah S.W.T. Golongan ini diberikan kedudukan yang istimewa di dalam menjalani kehidupan seharian. Novel ‘Tok Guru’ karya Shahnon Ahmad mempunyai jalan cerita yang berlegar di sekitar konsep kehidupan yang berunsurkan keislaman. Oleh itu, konsep emansipasi wanita dalam penelitian ini akan dibincangkan dari kaca mata Islam. Perkataan ‘emansipasi’, menurut Kamus Dewan, membawa maksud ‘pemberian hak yang sama dalam hukum; wanita mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki dan perjuangan kaum wanita demi memperoleh hak memilih dan menentukan nasib sendiri’. Hak wanita bukanlah untuk menandingi kaum lelaki dalam bidang yang diceburi mereka tetapi Islam telah menggariskan dan memberikan hak umum kepada kaum wanita, bersesuaian dengan hak semulajadinya. Agama Islam tidak pernah menghalang wanita melibatkan diri di dalam pelbagai bidang pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal. Begitu juga kaum lelaki, sememangnya mereka perlu keluar bekerja untuk mencari rezeki dan nafkah. Prinsip Islam membenarkan wanita menjadi doktor atau jururawat kerana yang paling munasabah merawat pesakit-pesakit wanita ialah doktor wanita sendiri. Persamaan juga wujud di antara kaum Hawa dan Adam dari segi keimanan dan ketaqwaan. Malahan, ada ketikanya, undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita, khususnya ibu-ibu, lebih mulia daripada kaum lelaki jika mereka lebih bertaqwa. Poligami sudahpun menjadi tradisi hidup sejak zaman jahiliah dahulu. Manusia zaman ini mengamalkan perkara tersebut sewenang-wenangnya. Islam menyedari hakikat ini lantas memperbaiki keadaan dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, bertujuan untuk menyekat penularan poligami yang berleluasa pada zaman jahiliah. Islam membataskan bilangan isteri kepada empat orang sahaja. Syarat bagi poligami juga ialah kesanggupan menjalankan keadilan di antara isteri-isteri. Di dalam novel ini, poligami diperlihatkan di dalam dua buah keluarga, iaitu keluarga Mamak dan Tok Guru. Tok Guru pada awalnya mempunyai tiga orang isteri, akhirnya, diijabkabulkan dengan Cumbi, anak Mamak. Mamak pula dinikahkan dengan Rabiatun, Zeenab Bibi dan Chum Chum setelah mempelajari ilmu agama daripada Tok Guru. Sebagai seorang tokoh agama yang dianggap mulia oleh keluarga Mamak, Tok Guru sepatutnya menunjukkan contoh yang baik tanpa mempunyai niat yang tersembunyi. Lebih-lebih lagi, Mamak sekeluarga sebelum ini tiada pegangan agama yang kuat. Kelakuan dan ajaran Tok Guru menyebabkan Mamak mengikut caranya secara melulu tanpa berfikir dua kali kerana terlalu menyanjung gurunya. Hak Wanita Jika kaum lelaki berpeluang berkahwin sebanyak empat kali, wanita pula berhak menerima keadilan daripada kaum lelaki, terutama sekali dari segi pengagihan hari. Inilah emansipasi wanita yang perlu diterima oleh mereka. Ketidakadilan yang diamalkan oleh Tok Guru dan Mamak menunjukkan hak wanita telah dicalari. Bab terakhir novel ini menggambarkan satu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 43

masalah yang serius. Pada awalnya, keadilan diberikan kepada keempat-empat isteri Mamak dan Tok Guru. Namun demikian, semakin lama, sesetengah isteri seperti dipinggirkan hingga isteri yang termuda diutamakan. Sebagai contoh, pada mulanya, Cumbi dan madu-madunya mendapat giliran yang setara tetapi lama-kelamaan, Cumbi diberi layanan yang utama. Tok Guru, yang dianggap pendidik dalam bidang agama sewajarnya menunjukkan nilai-nilai baik seorang suami terhadap isteri-isterinya yang lain. Jumlah keseluruhan hari-hari yang diterima para isteri pada sebulan pertama sahaja, sepertimana yang digambarkan pada akhir bab:Isteri-isteri Tok Guru Mamiyam ( 2 ) Rabiatun ( 3 ) Zeenab Bibi ( 10 ) Chumchum ( 13 ) Isteri-isteri Mamak Musalmah ( 3 ) Mamiyam ( 3 ) omlah ( 7 ) Cumbi ( 15 )

Rajah di atas membuktikan ketidakadilan yang diamalkan oleh kedua-dua orang pemimpin keluarga ini. Sepatutnya hak bersama isteri wajiblah diagihkan sama rata di antara isteri-isteri yang ada. Di dalam Islam, seorang lelaki yang khuatir tidak dapat berlaku adil hanya perlu berkahwin dengan seorang perempuan sahaja. Namun demikian, novel ini tidak menunjukkan para suami melaksanakan tanggungjawab mereka. Islam juga memberi peluang kepada wanita memilih jodoh mereka sendiri. Secara umum, perempuan yang sudah ‘baligh’ berhak ke atas dirinya dalam segala hal sivil. Pemilihan pasangan hidupnya juga adalah menurut kemahuannya. Cumbi yang sudah akil baligh sepatutnya diberi pilihan untuk menentukan pasangannya dengan seorang lelaki yang sekufu dengannya. Mubarak, lelaki yang dicintai Cumbi, jika diteliti memang sesuai. Namun demikian, hanya kerana dia tidak belajar dengan Tok Guru, keluarga Mamak menilainya sebagai seorang lelaki yang kurang baik hingga sanggup menjodohkan Cumbi dengan Tok Guru yang jauh lebih tua daripadanya. Cumbi langsung tidak diberikan hak memilih calon suami yang sesuai. Masalah ini menyebabkan Cumbi marah dan bermonolog sendirian untuk lari dari rumah dan membunuh diri. Mamak menindas anaknya sendiri dengan tidak memberi hak dan kebebasan untuk membuat pilihan sendiri. Hakikatnya, emansipasi wanita tergugat sekali lagi kerana wanita akil baligh tidak dibenarkan menurut keinginannya sendiri di dalam mencari pasangan hidup. Seorang isteri boleh menyuarakan pendapatnya jika sesuatu perkara dianggap tidak sesuai dalam sesebuah keluarga. Namun demikian, Mamiyam, isteri Mamak, tidak mendapat hak yang secukupnya untuk meluahkan pendapat tentang perhubungan Cumbi dengan Mubarak. Sebaliknya, Mamiyam takut kepada Mamak kerana suaminya merupakan seorang yang cepat marah. Mamiyam hanya setia kepada Mamak dan mengikut telunjuknya tanpa mampu meluahkan pendapat yang secukupnya untuk memperbaiki keadaan dan melegakan hati Cumbi yang mendambakan kasih sayang daripada Mubarak. Eksploitasi Wanita Walaupun kewujudan emansipasi wanita bersifat negatif, ada juga sebaliknya. Mamiyam menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri yang baik dan taat kepada suaminya. Maruahnya dijaga dan melakukan tanggungjawab menjaga anak-anak dan kerja rumah. Cumbi juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik kerana mengikut perintah ibu dan bapanya mengemas rumah dan menyediakan makan untuk tetamu seperti Tok Guru. Namun demikian, tanggungjawab mereka seperti diambil peluang oleh Mamak untuk kepentingan dirinya sendiri. Mamak menyuruh Mami mencarikan isteri-isteri baru untuknya. Mami hanya menuruti perintah Mamak dan sanggup keluar mencarikan isteri seperti yang diinginkan oleh Mamak, sedangkan Mamak hanya duduk menunggu, tidak bekerja dan hanya melakukan ibadah seperti yang diajarkan oleh Tok Guru sahaja.

44 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Kesimpulannya, konsep emansipasi wanita dalam novel ini seperti eksploitasi oleh kaum lelaki untuk mencapai matlamat dan kepentingan diri mereka sedangkan dalam perundangan Islam, wanita juga patut mendapat hak dalam pelbagai bidang berdasarkan sifat semulajadi mereka. Hak yang sepatutnya diperolehi tidak diterima oleh kaum wanita dalam sebuah keluarga yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kaum wanita tiada tempat untuk menentukan nasib mereka yang hakiki. Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Kedua-duanya adalah sama nilainya di hadapan Allah dan pandangan manusia umumnya. Justeru, emansipasi wanita perlu sesuai dengan tempat dan keadaan untuk memenuhi kehendak masing-masing, tidak seperti novel ‘Tok Guru’ yang mengeksploitasi kaum Hawa tanpa diberikan emansipasi wanita yang setimpal. “Ketahuilah, tiap-tiap kamu itu pengembala dan tiap-tiap kamu bertanggungjawab tentang rakyat yang digembalakannya.” (Hadis shahih daripada Bukari dan Muslim) Kepimpinan Menurut Kamus Dewan, ‘kepimpinan’ membawa erti “... berkaitan dengan pemimpin, membimbing menjadi ketua kepada sesuatu pasukan atau pergerakan..” Seorang pemimpin harus memiliki sifat-sifat yang luar biasa, cekap dan bijaksana yang dapat menanamkan keyakinan dalam diri orang-orang serta menimbulkan kesediaan yang lain bekerjasama. Konsep kepimpinan ini akan dibicarakan melalui dua watak utama dalam novel ‘Tok Guru’ ini, iaitu Tok Guru dan Mamak Merican. Tok Guru telah digambarkan sebagai seorang yang berperanan besar kerana telah berdakwah kepada keluarga Mamak Merican yang sebelumnya jahil dalam ajaran Islam. Beliau telah menjadi pemimpin kepada keluarga Mamak Merican untuk mendalami agama Islam sehinggalah pada akhirnya keluarga itu dapat memahami ajaran Islam dengan jelas Contohnya, “... kita baca kitab mulai malam Jumaat ini. Tok Guru alim akan datang ke rumah kita tiap-tiap malam Jumaat...Kita semua dengar Tok Guru. Kita semua jemaah dengan Tok Guru...” Malah, dia juga telah banyak mengikuti tindak-tanduk Tok Guru, seperti” ...Tok Guru jilat jarinya macam Tambi jilat piring susu. Mamak pun ikut..” ; “...Tok Guru ada janggut. Mamak pun...” Percakapan Tok Guru juga “... berlapik dengan ayat suci atau Hadis atau contoh teladan para sahabat...”. Kedatangan Tok Guru ke rumah Mamak Merican pada setiap malam Jumaat meninggalkan kesan yang mendalam di dalam keluarga Mamak Merican. Mamak Merican sendiri sudah memakai serban dan jubah seperti Tok Guru. Hal ini terbukti dengan aktifnya Mamak Merican mengerjakan sembahyang fardhu secara berjemaah pada setiap ketika, “..berjemaah setiap waktu dan Mamak sendiri mengimamnya..” Sebelum kedatangan Tok Guru, keluarga Mamak Merican tidak mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar, kurang beribadat dan sering terkeluar daripada landasan Islam. Jelasnya, terdapat peningkatan dan kefahaman terhadap Islam yang kabur difahami keluarga Mamak Merican ke arah tingkat yang diredai Allah, “... berkat Tok Guru tentu berlipat ganda ke atas keluarga...berkat Tok Guru, tak adalah cahaya yang sebegini terang...”. Ajaran Tok Guru meliputi pengajaran ilmu tauhid, tasawuf, usuluddin dan aspek-aspek kekeluargaan dan perkahwinan menurut ajaran Islam yang sebenar. Tok Guru juga telah menjelaskan kecantikan hidup berpoligami menurut syariat Islam dengan menjadikan dirinya sebagai contoh. Keberkesanan ajaran Tok Guru terpancar jelas pada Mamak Merican dan Mami tentang konsep poligami ini. Mami dan Cumbi tidak lagi mengutuk-ngutuk amalan poligami seperti yang telah dilakukan kaum wanita hari ini. Bukan sahaja Mami telah mengizinkan suaminya itu untuk berkahwin lagi untuk mendapatkan pahala, malah mencarikan madumadunya juga.
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 45

Novel ini memaparkan amalan poligami yang diamalkan oleh segolongan umat Islam dalam kehidupan berkeluarga mereka. Sebenarnya, keluarga Mamak Merican terutamanya Mamak sendiri tidak begitu memahami Islam secara lebih teliti. Berpoligami ini adalah cara Islam menjaga kemurnian masyarakat. Oleh sebab itu, Islam membenarkan umatnya berpoligami tetapi amalan ini haruslah dilakukan secara adil. Wujudnya poligami ini dapat melindungi manusia daripada pelbagai jenis penyakit sosial. Namun demikian, berpoligami bukanlah menjadi tunggak utama bagi seorang Muslim untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Di sini jelas bahawa Tok Guru yang sepatutnya mengajar cabang-cabang ilmu agama yang lain, kerana “..mauduk pengajaran Tok Guru semenjak kebelakangan ini nampaknya asyik tertumpu ke bab kelamin saja...” dan menekankan hanya bab nikmat perkahwinan dan hidup berpoligami sehinggakan Mirasa yang “..tak berapa cukup orangnya..” ingin berkahwin tanpa mengetahui tanggungjawab sebenar seorang suami. Justeru pemimpin keluarga. Kepimpinan Tok Guru sebagai seorang pengembala yang membimbing gembalaannya itu juga meragukan. Menurut Iman Ghazali dalam kitabnya, IHYA ULUMUDDIN, jilid 2 “..Islam berkehendaki suami bertanggungjawab terhadap isteri yang tidak boleh diabaikan hingga membuatkannya merasa ia seolah-olah tidak mempunyai suami langsung...” Pada akhir novel ini, kita dapat melihat bahawa keadilan yang digembar-gemburkan oleh Tok Guru tidak terlaksana kerana apabila diteliti jadual giliran isteri-isterinya, terbukti isteri mudanya, Cumbi dan Romlah mendapat giliran yang paling kerap. Minggu yang keempat menunjukkan ketidakadilan Tok Guru apabila Cumbi mendapat 6 hari bersama Tok Guru jika dibandingkan dengan. “..pakaian yang lama..” seperti Mariyah dan Musalmah yang telah banyak berjasa kepadanya.. Darjat Wanita Tok Guru telah meletakkan darjat wanita sebagai “ ..kerjanya cuma melahirkan anak sahaja...” sedangkan Islam memandang mulia peranan wanita. Sebagai seorang bapa kepada anakanaknya, Tok Guru gagal mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin yang bertanggungjawab kerana dia sendiri mengatakan “..masih ada lagi di rumah, entah berapa, ana pun tak ingat..dan entah anak siapa pula..sudah kehilangan hitungan..” tanpa menyedari bahawa tanggungjawab berat yang dipikulnya sebagai seorang bapa. Jadi bagaimana. “..yang penting ialah anak...yang banyak dan yang salih akan menjadi seperti benih yang baik..”. yang diucapkannya itu dapat direalisasikan jikalau dia tidak tahu secara dekat mengenai anak-anaknya. Berbalik kepada watak Mamak Merican, seorang keturunan Keling yang sudah berusia 50 tahun. Seorang suami kepada Mamiyam Muhammad Latiff dan bapa kepada tiga orang anaknya; iaitu Mirasa, Cumbi dan juga Mumdas. Dia menyara kehidupan keluarganya itu sebagai seorang peniaga kain. Sebagai seorang yang beragama Islam, dia memikul tugas yang penting iaitu sebagai seorang pemimpin dan peneraju dalam keluarganya untuk membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai. Amanah yang diberikan kepada lelaki sebagai seorang pemimpin jelas digambarkan melalui Surah Al-Nisa’, 4:34, yang bermaksud; “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan.” Mamak sedar bahawa dia tidak mampu mengajar ahli keluarganya mengenai Islam secara terperinci, “..aku sendiri pun sebenarnya tak tahu apa-apa tentang bahagian-bahagian fardhu ain...” Oleh sebab itu, dia telah mengambil langkah memanggil Tok Guru ke rumahnya untuk membawa mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Setelah itu, dia sendiri telah berubah untuk memberi contoh kepada ahli keluarganya selaras dengan sikap seorang pemimpin yang baik. Dia tidak lagi “..cepat marah..cepat hayun tangan kalau naik berang...” tetapi “... lembut bila bercakap..tak kasar lagi...”. Atas dorongannya mahu “..ikut jejak nabi..ikut jejak orang

46 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

alim ulama..”, Mamak telah bercadang untuk menikah lagi “..supaya cukup empat...” , “..berkat Tok Guru, berkat contoh teladannya...bermadu itu satu ibadat besar...” Mamak Merican juga menyimpan hasrat untuk “..anak-anak..jadi macam satu pasukan..akan tolong..” Mamak dan isteri-isterinya “..dengan mudah..dibenarkan masuk syurga..” Namun demikian, dia tidak memahami dengan betul ibadah-ibadah lain yang boleh mendekatkan dirinya lagi kepada Tuhan. Dia hanya “..nak beribadat..nak beramal apa yang Nana belajar..nak ikut sunnah...” Dari sudut yang lain, keinginan Mamak yang “..mahukan anak dan cucu yang banyak...” kerana “..kahwin banyak..semuanya satu ibadat..” lagi-lagi jikalau “..dapat membela seorang janda dan anak yatim...”. Namun jika diteliti, Mamak tidak menghalusi konsep berumahtangga kerana dia menganggap bahawa “..tugas utama isteri pendakwah, menundukkan nafsu suami. Kalau isteri tak boleh tunduk seorang diri, dia kena cari orang lain..sebabnya Islam membolehkan lelaki kahwin empat..” Namun demikian, hadis Nabi Muhammad S.A.W. sepertimana yang telah dirawikan oleh Al-Bukhari dan Muslim, bermaksud; “.. Barangsiapa mempunyai dua orang isteri, lalu ia condong kepada seorang, tidak kepada yang lain” - dan menurut bunyi yang lain dari hadiths,” ia tidak berlaku adil di antara kedua isteri itu, niscaya datanglah ia pada hari kiamat dan satu dari dua balahan badannya itu condong (mereng..)” Dari sudut pandangan Mumdas, Mamak telah kelihatan “..bercakap sambil tersenyum..sekalisekali menyebut nama Mami, nama Rabiatun, nama Zeenab Bibi dan Chumchum..” dan “..senyum gelak...melompat macam anak kambing...” apabila mengetahui bahawa dia akan bernikah dengan dua wanita sekaligus. Ia jelas amat bertentangan dengan niat mulanya iaitu “..bukan nak seronok-seronok saja tapi..nak anak supaya..jadi orang alim. Sama seperti Tok Guru, Mamak juga gagal mengotakan janjinya kepada Mami untuk bersikap adil. Dahulu, dia telah berjanji dia tidak akan “..melanggar syariat pun..akan jaga giliran malamnya kerana keadilan mesti wujud..” jikalau tidak “..Mamak akan dikutuk..” Ternyata akuannya mengenai “..iman Nana sudah kuat...” menjadi goyah apabila jadual giliran untuk isteri-isterinya tidak dibahagikan secara saksama. Chumchum dan Zeenab Bibi telah mendapat giliran yang paling kerap kerana mereka adalah isteri yang baru. Kesimpulannya, Tok Guru tidak dapat mempamerkan kriteria seorang pemimpin yang berwibawa. Walaupun dia menggunakan agama sebagai landasan kehidupannya namun dia belum lagi dapat menghalusi dan memahami konsep kepimpinan yang sebenar dalam Islam. Bagaimanakah seorang pemimpin dapat membimbing pengikutnya jikalau dia sendiri menyeleweng? Agama Islam telah dicipta oleh Allah S.W.T. untuk menjadi asas moral yang sebenar serta membentuk satu tamadun yang sihat dan menjadi asas perhubungan antara manusia dengan Khaliq. Oleh yang demikian, kita memerlukan seorang pemimpin yang jujur, mampu menahan hawa nafsu yang keterlaluan dan tidak membuat keputusan yang tidak berasaskan ilmu dan kefahaman. Seorang pemimpin itu sedar akan pengalamannya yang tidak sempurna dan tidak menggunakan keinginannya untuk mendapat keuntungan peribadi dan akhir sekali dia haruslah bersedia untuk memperbetulkan kesilapannya itu berdasarkan perintah Allah S.W.T.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 47

ESEI SASTERA

SUARA HATI PENULIS KREATIF
Mohamed Naguib bin Ngadnan 9hb Ogos 2002. Tarikh bersejarah ini menandakan ulang tahun negara Singapura ke-37. Tarikh ini juga dapat dijadikan peringatan buat rakyat Singapura tentang bagaimana lama dan payahnya pemimpin-pemimpin negara ini telah berusaha untuk memastikan kecemerlangan negara ini dalam alaf baru yang kian mencabar. Pemimpin-pemimpin negara – baik dahulu, mahupun sekarang – telah jelas membuktikan keberkesanan satu cara pentadbiran yang harus dicontohi sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan dalam hidupnya. Cara pentadbiran yang dimaksudkan melibatkan daya tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam lagi berwawasan (visi) untuk menyelesaikan satu tugas khusus (misi). Pegangan ‘satu visi menuju satu misi’ merupakan satu prinsip yang universal dan sering dijadikan cogan bagi banyak golongan manusia yang pernah hidup di sepanjang kewujudan dunia bertamadun. Pada era kegemilangan Islam, misalnya, dakwah Rasulullah s.a.w. yang meliputi hampir satu per empat muka bumi merupakan manifestasi daripada visi Baginda dalam misi penyebarluasan ajaran agama Islam ke setiap pelosok dunia. Pada zaman pemerintahan Napolean Bonaparte di Perancis pula, sikap dan mentaliti beliau yang eka tujuan merupakan faktor utama yang menyebabkan beliau berjaya dalam hampir kesemua peperangan beliau. Sikap yang serupa juga dapat dilihat dari propaganda Fuhrer Adolf Hitler dalam misi beliau mencapai dominasi dan monopoli kaum Arrayyan. Prinsip atau falsafah hidup ‘satu visi menuju satu misi’ juga boleh dilihat dalam suasana penghidupan masakini. Antaranya, di lapangan ketenteraan; keberkesanan konsep ‘satu visi menuju satu misi’ telah diubahkan kepada ‘one shoot, one kill’ atau ‘satu cuba, satu kena’. Di dalam konteks kehidupan hari ini pula, ramai pemimpin negara yang masih berpegang teguh kepada prinsip ‘satu visi, satu misi’. Ini boleh dibuktikan dengan adanya pelbagai matlamat berperingkat nasional yang dikuatkuasakan beberapa negara. Negara jiran, Malaysia, misalnya, mempunyai matlamat Wawasan 2020 manakala negara Singapura sendiri mempunyai destinasi keunggulan dalam sukan bola sepak, iaitu ‘Goal 2010’. Contoh-contoh tadi dapat dijadikan bukti kukuh bahawa setiap misi harus dimulakan dengan satu visi, atau setiap matlamat harus dimulakan dengan satu perancangan teliti. Hanya dengan adanya perancangan teliti dan menyeluruh dapat seseorang mengecapi cita-cita yang diimpikannya. Salah satu daripada matlamat saya dalam kehidupan fana ini ialah untuk menghasilkan sebuah karya yang berbentuk satira masyarakat. Cita ini tercetus selepas saya berpeluang membaca dan menelaah beberapa karya sastera yang dapat dijudulkan sebagai karya berbentuk satira. Antara buku-buku yang sempat saya kaji dan hayati termasuklah buku ‘The Adventures of Gulliver’s Travel’ hasil penulisan Jonathan Swift, ‘Animal Farm’ hasil penulisan George Orwell, dan sebuah buku dunia Melayu ‘Anak Mat Lela Gila’ hasil penulisan Pak Sako. Ketiga-tiga buku ini mengandungi suntikan nasihat dan pelajaran yang amat mendalam pengertiannya setelah dikaji – ‘Gulliver’s Travel’ menyentuh sikap pentadbiran sajagat pada era kolonialisme, ‘Animal Farm’ menyentuh tentang sistem dan fahaman sosialisme dan komunisme, manakala buku penulisan Pak Sako merupakan sebuah karya yang mencerminkan sikap masyarakat Melayu. Maksud saya berhasrat untuk menghasilkan karya sastera berbentuk satira ialah untuk mengingatkan masyarakat – dan diri saya juga – di manakah kami, manusia, berdiri dalam detik kemajuan ini; adakah kami masih manusia yang berperikemanusian (‘a human human being’) atau hanyalah mesin yang bermangkinkan ‘takhta, harta dan wanita’. Tujuan saya ialah untuk membentangkan keadaan realiti dunia di sebalik sebuah jalan cerita yang boleh dianggap remeh dan simplistik.
48 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Sebagai permulaan usaha ini, saya harus dahulu hidup dengan maksud ‘hidup’ yang sebenar. Seorang pujangga Barat pernah berkata satu tika dahulu, “How vain it is for one to sit and write when he had not stood up to live.” (Alangkah angkuhnya seseorang yang duduk dan menulis sebelum dia berdiri dan hidup). Saya perlu hidup bersama masyarakat – baik dengan kaum majoriti, mahupun dengan kaum minoriti – supaya lebih peka dan prihatin akan keadaan mereka, perasaan mereka dan luahan hati mereka. Hanya dengan cara ini dapat saya bersikap adil dan saksama tentang apa yang perlu disampaikan di dalam penulisan saya. Selain dari input dan cetusan idea dari pengamatan begini, saya juga perlu lebih membaca dan menghayati karya-karya penulis-penulis lain untuk mengembangkan lagi idea dan isi penulisan supaya karya saya tidak dipandang terlalu eka dimensi atau ‘one-dimensional’. Cara ini juga akan mendedahkan saya kepada struktur-struktur yang mungkin harus diambil kira dalam penulisan sesebuah karya satira. Antara struktur yang boleh dianggap berkesan ialah dengan melakarkan jalan cerita yang berunsur buku cerita kanak-kanak seperti buku ‘The Little Prince’ penulisan Antoine Saint Exupery dan ‘The Adventures of Alice in Wonderland’. Pendedahan kepada selok-belok penulisan dan pandangan kritis juga boleh ditimba apabila saya mengambil peluang-peluang yang diberi untuk menghadiri pelbagai seminar, perbahasan, simposium atau ceramah yang berkaitan dengan hal-hal dan perkara-perkara penulisan dan kemasyarakatan. Kegiatan-kegiatan begini dapat mencelikkan mata buta saya kepada senario atau kejadian sekeliling yang mungkin belum saya sedari Dalam penghasilan dan penerbitan sesebuah buku, penulis perlu dahulu mendapatkan penerbit dan pencetak yang sudi dan sedia membantunya. Ini selalunya merupakan masalah utama bagi mereka yang berminat menghasilkan buku. Jawapan bagi rintangan ini sebenarnya tidaklah sukar. Tambahan pula, jawapannya akan membenarkan penulis ‘menyelam sambil berminum air’; dengan menganggotai persatuan sastera seperti ASAS’50, penulis akan dapat peluang untuk meluaskan lagi ilmu penulisan sambil mendapat bantuan dan sokongan dalam penerbitan dan pencetakan karyanya. Selain pengamatan dan pengalaman, saya juga perlu memastikan saya genggam bara api sampai jadi arang dan bukan hanya setakat genggam tahi ayam yang hangat-hangat seketika. Kesungguhan dan dedikasi amat penting dalam usaha pembukuan idea-idea yang banyak dan tidak teratur. Saya harus pandai membahagi-bahagikan masa dan tenaga dalam perkara yang agak mencabar ini – ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Satu usaha yang amat besar taraf komitmennya sudah tentu memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang yang saya sayangi dan segani. Saya akan harapkan sokongan dan dorongan mereka – keluarga, guru-guru dan rakan-rakan – untuk menjayakan usaha ini. Setiap kegagalan yang akan saya hadapi dalam percubaan mencapai cita ini akan saya jadikan sebagai satu pelajaran dan peringatan bahawa manusia hanya berusaha, dan Tuhan yang menentukan. Saya akan sedia menghasilkan sebuah buku kumpulan coretan dan cetusan hati jikalau saya tidak termampu untuk membukukan sebuah novel berbentuk satira. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya dengan masyarakat, supaya dapat kita menggembleng tenaga dan fikiran untuk mengubah cara dan sikap masyarakat yang dipandang kurang sesuai. Pada masa ini, saya sedang mengumpul bahan dan ilmu untuk melestarikan cita saya. Saya harap dengan usaha, sokongan, dorongan, dan tidak lupa dengan izin-Nya juga, dapat saya menyentuh kejora cita yang selama ini tergantung nun jauh di sana. Insya-Allah.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 49

SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

TAHUN-TAHUN PANCAROBA SASTERA MELAYU SINGAPURA
Siti Maryam Mohd Amin, Fazlina Mohd. Ibrahim, Noraisah Ahmad, Norsriwani Bakar Karya-karya sastera sering memaparkan kehidupan pada sesuatu masa. Penulis-penulis sering menjadikan realiti kehidupan sebagai ilham untuk menulis. Lantas, karya-karya sastera sering membincangkan kehidupan masyarakat pada ketika itu serta memberi pengajaran kepada pembaca agar sentiasa memperbaiki hidup. Gaya hidup masyarakat Melayu berubah mengikut peredaran zaman. Pada tahun-tahun 1970an, masyarakat Melayu mula menyesuaikan diri dengan kehidupan mereka di rumah-rumah pangsa. Pada tahun-tahun 1980an pula, ramai wanita yang keluar bekerja lantas mengubah gaya hidup berkeluarga. Cerpen-Cerpen 70’an Cerpen-cerpen pada tahun-tahun 1970an memaparkan pembugaran rumah-rumah kampung, pembangunan kilang-kilang industri kecil dan sederhana, perkembangan sains, masalah sosial seperti penagihan dadah, pengaruh budaya kuning dari Barat dan sebagainya. Pada tahun itu Singapura sedang mengalami Revolusi Perindustrian Pertama. Manakala tekanan terhadap masyarakat pada tahun-tahun 1970an merupakan pembugaran rumah-rumah kampung, perpindahan serta masalah sosial yang kian meningkat di kalangan remaja. Cerpen-cerpen tahun 1970an banyak mengisahkan pembugaran rumah-rumah kampung. Cerpenis Mohd. Fuad Salim telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul, ‘Ke Mana Hati Hendak Kubawa’ mengisahkan masyarakat kampung yang baru dipindahkan ke rumah-rumah pangsa cuba menyesuaikan diri di tempat baru. Mereka telah mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan penghidupan di rumah pangsa kerana sudah terbiasa dengan penghidupan kampung sehingga pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan seperti kegemaran memelihara burung. Cinta terhadap cara hidup lama terpaksa mereka kuburkan demi pembangunan negara pada masa hadapan. Cerpen ‘Kayu’ pula mengisahkan keluarga Mak Piah yang tinggal di rumah setinggan yang diperbuat daripada kayu dan tanpa kemudahan asas seperti tandas serta bekalan air. Selain menggambarkan keadaan rumah-rumah tersebut, penulis juga memaparkan tentang pembangunan Singapura pada ketika itu. Persoalan-persoalan seperti perubahan, pembangunan kilang-kilang elektronik, pembinaan lebuh raya dan rumah-rumah pangsa ditimbulkan oleh penulis. Kepekaan penulis terhadap perkembangan masyarakat juga telah membuat penulis menonjolkan isu-isu seperti pendidikan masyarakat Melayu yang masih berada ditahap rendah jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat Cina dan India. Cerpen ‘Kayu’ juga memaparkan tentang ramainya wanita yang bekerja di kilang-kilang elektronik sehingga mendapat gelaran ‘Minah Karen’. Walaupun pada tahun 1970an rumah-rumah pangsa telah dibina, ramai yang enggan meninggalkan rumah-rumah kampung dan setinggan terutama generasi lama. Mungkin rasa nostalgik menyebabkan mereka berat hendak merubah cara hidup. Sebenarnya, deria keenam mereka telah menjangkakan pelbagai masalah telah menunggu semasa berpindah ke rumah-rumah pangsa. Cerpen. ‘Engage Take Thai,’ pula menceritakan tentang wanita-wanita yang sudah mula bekerja sebagai ‘Minah Parking.’ Selain menjadi ‘minah parking’, ramai juga yang bekerja di kilang-kilang. Cerpen “Mosaic” karya Ahmad Affandi Jamari yang diterbitkan pada 28 September 1974 pula menggambarkan kehidupan segolongan orang Melayu pada tahun 1970an yang telah menerima seruan pemerintah untuk berpindah ke rumah pangsa. Menerusi cerpen ini, penulis memaparkan tentang masyarakat Melayu yang lemah dalam bidang pendidikan. Anak Pak Kudus, Ismail tidak tahu memahami isi surat yang diterima oleh Pak Kudus kerana surat itu ditulis dalam

50 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

bahasa Inggeris walaupun Ismail telah lapan tahun bersekolah. Ismail menuntut di darjah lapan aliran Mono kerana lemah dalam pelajaran. Oleh itu, dia terpaksa duduk di sekolah rendah sedangkan rakan-rakannya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah. Pada tahun 1970an, ramai anak Melayu yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah malahan ada juga yang tidak layak menduduki peperiksaan PSLE. Cerpen “Mosaic” juga memaparkan perasaan dan perubahan sikap masyarakat Melayu yang mula berpindah ke rumah-rumah pangsa binaan HDB. Pak Kudus yang baru mendapat sebuah rumah pangsa tiga bilik di Kallang Baru. Harga unit rumah beliau enam ribu dolar sahaja. Hal ini menggambarkan bahawa kos hidup pada ketika itu tidak begitu mahal. Sememangnya pada tahun 1970an, rumah-rumah pangsa pesat dibina pemerintah. Malahan pada tahun 1975, hampir empat puluh lima peratus rakyat Singapura tinggal di rumah-rumah pangsa HDB. “Dia selesaikan wang CPF itu kesemuanya untuk membayar harga rumah.” Petikan dari cerpen “Mosaic” ini menggambarkan kehidupan segolongan rakyat Singapura pada ketika itu yang sudah mula menggunakan wang CPF untuk membeli rumah pangsa. Walaupun rumah tiga bilik pada ketika itu hanyalah berharga enam ribu dolar, tanpa wang CPF masyarakat tidak mampu memiliki rumah HDB kerana gaji mereka tidak mencukupi. Pada tahun 1970an, wang berjumlah ratusan dolar sudah dianggap satu jumlah yang besar apatah lagi nilai wang ribuan dolar. Sajak-Sajak 70’an Izmas pula melukiskan keadaan rumah pangsanya berbanding dengan pondok kayu yang ditinggalkan menanti masa akan dirobohkan lantas berdiri pula estet perumahan baru. Semenjak tahun 1970an rakyat Singapura mula menerima kenyataan bahawa mereka perlu merubah cara berfikir dan lupakan cara hidup di rumah-rumah kampung atau setinggan. Penyesuaian yang perlu Izmas alami merupakan satu gambaran yang tidak boleh diketepikan oleh 80 hingga 90 peratus rakyat Singapura. Izmas memperkatakan tentang “Ini Rumah Baruku”. Rangkap kedua sajak ini menjelaskan : Aku dulu tinggal di pondok kayu di keliling oleh pokok-pokok ubi dan daun-daun kayu... ...Tidak seperti rumah baru ini yang berdiri angkuh tegak berjalan sendiri dengan wajah kaku tidak menoleh ke arahku atau mahu memperduli hatiku. (15 Januari 1978) Walaupun banyak rumah pangsa didirikan namun pada penghujung tahun 1970an masih terdapat beberapa buah kampung di pinggiran laut sekitar Singapura. Kampung-kampung ini akan menjadi catatan sejarah pada hari ini iaitu pada tahun 2003. Sebuah sajak yang menjadi ilham M Amin pada tahun 1978 berjudul “Ranjau Hidup” telah menggambarkan kehidupan orang-orang Melayu yang masih tinggal di dalam sebuah kampung terletak di sebuah pulau di selatan Singapura. Kehidupan di Pulau Seraya yang terletak di selatan perairan Singapura menjadi bahan karya penulis.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 51

Kebanyakan penduduk-penduduknya merupakan orang-orang Melayu. Keadaan rumah kediaman penduduk-penduduk di situ cukup daif kerana rumah-rumah mereka merupakan rumah-rumah yang usang. Mereka terpaksa tinggal di situ kerana mereka kurang berkemampuan. Mereka menghadapi pelbagai masalah dan kesusahan kerana hidup mereka serba kekurangan. Hidup mereka hanya bergantung kepada ikan-ikan yang mereka tangkap dari laut yang berdekatan. Sebahagian mereka mencari sumber rezeki sebagai nelayan. Disebabkan kehidupan yang serba kekurangan dan tiada berkemampuan, mereka menghadapi pelbagai kesusahan. Mereka terpaksa menimba air perigi setiap hari untuk keperluan harian. Lampu-lampu colok dan lampu pam digunakan untuk menerangkan rumah mereka pada waktu malam. Mereka tidak dapat bekalan elektrik. Rumah mereka yang usang itu kelihatan terlalu menyedihkan kerana mereka tidak membaiki kerosakan yang ada. Sebenarnya mereka serba salah untuk membuat keputusan sama ada rumah-rumah itu diperbaiki atau tidak kerana pulau berkenaan termaktub di dalam senarai rancangan pembangunan. Rumah mereka menjadi sasaran apabila hujan lebat dan berangin kerana mereka tidak berdaya menahan kuasa alam. Mereka terpaksa mengharungi laut dengan menggunakan sampan layar atau bot untuk pergi ke bandar untuk mendapatkan keperluan harian. Melalui sajak ini kita dapat menggambarkan keperitan yang dialami masyarakat di Pulau Seraya ini serta keadaan perumahan mereka. Orang-orang kampung berkenaan merupakan saki baki orang-orang Melayu yang pernah menghuni pulau-pulau kecil yang terletak di sekitar laut Singapura. Pada tahun 1970an kampung-kampung di pulau-pulau kecil seperti Pulau Seraya, Pulau Sudung dan di pinggir-pinggir pantai Singapura sudah mulai hilang ditelan pembangunan yang bertambah pesat. Sajak ini boleh dianggap sebagai satu rakaman yang menggambarkan keadaan masyarakat Melayu di Singapura pada satu ketika dahulu. Penulis prihatin terhadap kemiskinan masyarakat. Sajak seterusnya ialah “Negaraku” oleh M.Amin. Sajak patriotik yang dihasilkan pada tahun 1970an ini memaparkan keadaan Singapura pada zaman tersebut. Sajak yang bertemakan kehidupan di Singapura ini mengetengahkan beberapa isu iaitu kawasan kediaman, pemerintahan, keindahan bandar raya, masyarakatnya, corak pemerintahan serta kemajuan Singapura. Setelah mencapai kemerdekaan selama lebih sedekad, Singapura telah bertambah maju dan makmur. Sebuah bandar raya yang indah serta jalan raya sering sibuk dan sesak dengan kenderaan-kenderaan pada waktu bekerja. Bangunan-bangunan tinggi serta kilangkilang juga didirikan di seluruh negara. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapalkapal besar dari negara-negara di seluruh dunia. Masyarakatnya pula digambarkan sebagai hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa. Mereka saling menghormati budaya masing-masing serta bersatu hati mempertahahankan negara. Sistem demokrasi yang diamalkan negara Singapura juga disentuh penyajak. Pada tahun 1970an pemerintahan Singapura semakin mantap dengan adanya sistem demokrasi ini. Istilah “negara taman” juga telah digunakan dalam sajak ini. Singapura yang indah lagi bersih digelar “Garden City” sejak zaman itu. Selain itu sajak ini juga memaparkan seorang pelopor yang memperjuangkan nasib rakyat sehingga berjaya mengubah corak pemerintahan Singapura. Pelopor tersebut ialah SM Lee Kuan Yew. Sajak ini telah dapat menggambarkan keadaan hidup masyarakat di Singapura yang sedang membangun selepas mendapat kemerdekaan. Karya seterusnya ialah sebuah sajak M. Amin yang bertajuk “Situasi Baru”. Sajak ini mengutarakan tentang kawasan perumahan baru. Pada zaman 1970an, pemerintah mengatur langkah untuk memperbaiki sistem perumahan di Singapura. Dalam sajak ini penulis memaparkan Estet Perumahan Ghim Moh yang pada satu waktu dahulu hanyalah satu kawasan

52 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

tanah kosong yang penuh dengan semak-samun. Kehidupan masyarakat yang baru berpindah di kawasan itu jelas digambarkan. Pada tahun 1976, 21 buah blok yang didiami beratus orang telah dibina. Rumah pangsa itu dijual kepada orang ramai dengan skim pemilikan rumahrumah sendiri. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk di kawasan itu menghadapi kesusahan. Mereka merintih serta menyesal kerana berpindah dari kampung ke kawasan itu walaupun keadaan rumah lebih baik serta dilengkapi bekalan elektrik dan air bersih. Mereka menghadapi kesukaran kerana ketiadaan kedai, pasar dan perkhidmatan bas. Pada tahun 1977, keadaan itu berubah. Pasar, pusat penjaja, kedai, klinik, balai rakyat, pejabat pos dan perkhidmatan bas telah disediakan. Penduduk-penduduk di sana berpuas hati dengan keadaan baru itu. Kawasan perumahan itu mempunyai ramai penghuni Melayu yang sering bekerjasama dalam berbagai-bagai hal. Sajak ini ternyata memaparkan kehidupan masyarakat pada suatu masa iaitu ketika mereka baru berpindah dari kampung ke rumah-rumah pangsa. Rene Wellek dan Austin Warren telah menyatakan bahawa sastera ‘menggambarkan kehidupan’. Frasa ‘menggambarkan kehidupan’ membawa konotasi bahawa kehidupan yang dipaparkan dalam sesuatu karya tidak seratus peratus daripadanya realiti kehidupan masyarakat. Karyakarya sastera hanya menggambarkan cerminan sesuatu masyarakat melalui pembacaan dan penghayatan prosa-prosa ini dan kita mengetahui perkara yang berlaku pada sesuatu masa; termasuk masalah sosial di kalangan masyarakat tersebut. Selain masalah sosial, isu-isu semasa juga dapat diketahui daripada pembacaan karya-karya sastera tempatan. Terdapat banyak lagi karya yang menggambarkan kehidupan manusia yang bermasalah pada sesuatu masa. Karya sastera seringkali menceritakan masalah sosial. Sajak “Gelagat Si Liar” dari M Amin telah membayangkan keruntuhan akhlak kaum lelaki pada tahun 1970an kerana terdapat golongan lelaki yang memelihara rambut panjang seperti perempuan. Pada zaman itu ramai lelaki yang terpengaruh dengan dadah. Mereka tidak mementingkan soal agama, pelajaran, kemajuan dan kesempurnaan diri untuk menjadi rakyat yang sihat dan berguna. Lelaki-lelaki yang mempunyai masalah sosial itu bergaul dengan teman-teman yang telah rosak akhlaknya dan melepak serta mengusik-usik wanita-wanita yang melintas di hadapan mereka Cerpen-Cerpen 80’an Norzehan Awang pula telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul “Keputusan Ayah”. Ia merupakan sebuah cerpen yang mencerminkan masalah orang-orang tua pada tahun 1980an. Cerpen ini menceritakan tentang sikap anak-anak yang mengeksploitasi orang tua mereka dan anak-anak berkenaan sanggup bergaduh sesama adik beradik kerana berebut untuk mengambil orang tua mereka tinggal bersama. Tujuan untuk mengambil Cik Senah dan Haji Zul bukanlah dengan niat yang baik sebaliknya, ibu bapa diperlukan untuk menjaga cucu-cucu. Anak-anak Cik Senah dan Haji Zul memerlukan ibu dan bapa mereka hanya untuk memudahkan kehidupan mereka sahaja. Sebenarnya Haji Zul dan Cik Senah merupakan orang-orang tua yang sering diabaikan dan mereka hanya diperlukan apabila anak-anak berada di dalam kesusahan. Orangorang tua selalunya menjaga hati anak-anak, malangnya, anak-anak tidak pernah menjaga hati dan perasaan ibu bapa mereka. Masalah sedemikian sering terjadi terutama pada tahun 1980an. Norzehan Awang telah menghasilkan cerpen “Keputusan Ayah” ini untuk mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku supaya ia menjadi satu gambaran tentang kehidupan segolongan masyarakat di Singapura. Sebuah cerpen daripada tarian pena Suradi Parjo berjudul “Pencen” bertarikh 17hb September 1988 juga memaparkan kisah kehidupan orang-orang tua yang sudah bersara atau penerima pencen. Pada tahun yang sama, Ahmad Awang pula menghasilkan sebuah cerpen berjudul “Persiapan” yang mengisahkan tentang orang-orang tua yang mendapat wang CPF setelah bersara.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 53

Cerpen ‘Duniaku, Duniamu,’ karya Norulashikin mengisahkan seorang ayah yang sudah nyanyuk tinggal bersama anak perempuannya. Penulis menceritakan kesabaran yang ditunjukkan seorang anak perempuan ketika menjaga dan melayan ayahnya yang sudah nyanyuk. Cerpen ini menggambarkan sikap sabar yang perlu dimiliki anak-anak pada hari ini. Penulis sememangnya menuntut agar pembaca sedar bahawa menjaga orang tua sendiri tidak boleh diambil mudah kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan rasa hormat. Disebabkan ramai anak muda yang tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa mereka yang telah tua, mereka mengambil jalan penyelesaian yang termudah dengan menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah orang tua. Cerpen ‘Kopi Dangdut IV’ pula mengisahkan seorang pesara yang gemar mengisi hari-hari Minggunya bersama kawan-kawan sebaya di pusat makanan Geylang Serai. Sementara si suami sibuk bersiap untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan lain si isteri sibuk memasak untuk anak cucu yang akan datang menziarahi mereka pada hujung minggu. Penulis cuba memberi gambaran bahawa ibu bapa masih bersusah payah memasak dan menghidangkan makanan beraneka jenis untuk menyambut kedatangan anak cucu walaupun mereka sudah tua. Sepatutnya anak cucu membuat persiapan dan mengundang datuk nenek mereka ke rumah. Penulis menggambarkan erti kasih sayang, cara hidup dan pemikiran golongan tua. Cerpen ‘Terminal Terakhir’ oleh Nazirah Matunus mengetengahkan pembangunan dan menggambarkan kehidupan pada tahun 1980an. Penulis menceritakan mengenai seorang kelasi yang terlalu lama belayar meninggalkan Singapura. Setelah pulang, dia dapati keluarganya sudah pindah rumah, isterinya telah meninggal dan kehidupan anak-anaknya tidak diketahui. “....tanah tempat berdiri rumahnya dulu telah tiada. Yang ada hanyalah sebuah bangunan lima tingkat yang sedang dalam peringkat pembinaan. Berita terakhir yang dia ketahui: ....”Anak-anak bapak semua bagai sudah hilang moral...” Penulis telah menggambarkan kehidupan masyarakat yang berdeza daripada zaman dia tinggalkan Singapura. Akibat pembangunan yang terlalu pesat pada tahun 1980an kehidupan masyarakat terlalu mementingkan kemewahan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang keji. Sesetengah orang tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk. Kemajuan ekonomi yang pesat telah membenarkan ramai orang menunaikan fardhu haji di Tanah Suci ‘Mekah’. Suratman Markasan merupakan seorang penulis yang telah menggunakan pengalamanya di Tanah Suci sebagai ilham penulisan beliau.Cerpen ‘Perempuan Berkerudung Hitam’ mengisahkan tentang seorang pencuri wanita dalam masjid. Sajak-Sajak 80’an Kita juga berpeluang melihat kehidupan sesetengah manusia bermasalah akibat perbuatan sendiri. Masalah sosial meliar bak membakar hutan kering sehingga penulis-penulis karya sastera terpaksa menggunakan karya sastera mereka untuk menyindir orang-orang yang lupa diri. Sajak “Kota Adalah Batu-Batu dan Manusia” hasil Sapiee Ahmad Razaly tidak ketinggalan mengisahkan tentang kehidupan manusia yang berlumba-lumba untuk hidup. Sajak ini menarik kerana ia menyentuh tentang sikap manusia yang sanggup menghancurkan kehidupan orang lain demi kesenangan hidupnya sendiri. Sajak ini dihasilkan pada tahun 80an, lantas sajak ini membuktikan Sapiee Ahmad Razaly menggunakan karya sasteranya untuk menggambarkan kehidupan pada tahun-tahun 1980an. Pada tahun-tahun 1980an, manusia sibuk dan berlumbalumba mengejar kemewahan hidup.

54 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Cerpen-Cerpen 90’an Pada tahun 1990an, kisah anak-anak yang memperbodoh-bodohkan ibu bapa untuk kepentingan diri sendiri semakin meningkat. Cerpen ‘Parasit’ karya Mohd Pitchay Gani, mengisahkan seorang ibu yang didesak oleh anak serta menantunya untuk menjual rumahnya dengan alasan rumahnya kecil dan sempit. Setelah didesak , si ibu akhirnya bersetuju menjual rumahnya demi kebahagian anak serta menantunya. Malangnya si ibu berkesudahan hidup merana tanpa berharta. Kes-kes sedemikian semakin hari kian meningkat. Pemerintahpun mengambil keputusan untuk membina ‘Studio Apartment’ untuk warga tua yang dihalau setelah anak mereka mengambil harta mereka. Cerpen ‘Batam Lagi’ mengisahkan segelintir warga tua khususnya warga tua lelaki yang ingin menongkat langit. Penulis menceritakan tentang pesara lelaki yang menghabiskan wang persaraan mereka di Batam. Mereka mencari hiburan serta layanan kerana isteri-isteri mereka di rumah sibuk menjaga cucu-cucu mereka dan mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap suami. Ramai datuk pergi ke Batam kerana berasa kesunyian lantaran diabai isteri dan anakanak. Di Batam mereka terpengaruh akan wanita-wanita pisau cukur. Perkara sedemikian sememangnya berlaku di kalangan masyarakat kita. Penulis menceritakannya supaya datukdatuk insaf bahawa aktiviti sedemikian tidak menyelesaikan masalah mereka. Penulis juga ingin menyedarkan warga tua supaya tidak menghabiskan wang persaraan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Tuhan, supaya mereka tidak menyesal pada hari muka. Cerpen yang bertajuk “Penunggu Waktu”oleh Iswardy yang disiarkan melalui akhbar Berita Minggu bertarikh 22 Disembar 1996 menggambarkan tentang kehidupan orang yang jauh tersingkir dari landasan agama. Watak yang digunakan bagi menggambarkan masalah ini tidak ditujukan lagi kepada remaja tetapi kepada orang tua. Penulis menceritakan tentang segelintir orang tua yang langsung lupakan agama, seperti berikut: “Dollah labuh, 61 tahun mati diserang darah tinggi ketika bersama seorang pelacur dalam bilik hotel...... Jenal Botol yang seusia dengannya itu mati serta-merta selepas terlalu banyak minum air syaitan di kedai kopi.” Ayat ini jelas menunjukkan tentang kehidupan sesetengah warga tua pada tahun 1990an dan secara tidak langsung ia menggambarkan kehidupan pada zaman itu. Cerpenis Ismail Wardi pula mengarang sebuah cerpen bertajuk “Penunggu Waktu” pada tahun 1990an. Cerpen ini menarik kerana penulis mengutarakan masalah orang-orang tua akibat sikap negatif mereka. Pada tahun 1990an masih ramai orang tua yang sudah bersara mengamalkan cara hidup yang mengerikan. Masih ramai orang-orang tua yang kaki botol, melepak di kedai kopi, berfoya-foya dengan wanita-wanita muda dan hal yang sangat mengerikan ialah tentang orang-orang yang lupa agama. Sepatutnya pada usia yang tua, mereka melakukan seberapa banyak amal ibadah sebagai bekalan hari akhirat nanti. Ismail Wardi juga menghasilkan sebuah cerpen bertajuk “Di Bawah Kolong” mengenai masalah orang-orang tua yang terpaksa keluar berkerja untuk menampung hidup mereka walaupun sudah terlalu tua untuk keluar mencari rezeki. Cerpen-cerpen ‘Keputusan Ayah’, ‘Pencen’. ‘Persiapan’, ‘Penunggu Waktu’ dan ‘Di Bawah Kolong’ telah menggambarkan kehidupan orang-orang tua pada tahun-tahun 1980an dan 1990an kerana penulis-penulis prihatin terhadap kehidupan orang-orang tua pada zaman itu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 55

yang kerap menghadapi masalah. Selain sajak, cerpen-cerpen seperti “Percikan Sinar Ramadan” dari Sulaiman Jeem dan “Lesen Asmara” dari Ismail Wardi menyentuh tentang kehidupan manusia yang bermasalah. Kedua-dua cerpen ini dihasilkan pada tahun 1990an. Pada tahun-tahun 1990an masalah sosial masih meliar sehinggakan beberapa penulis terdorong untuk menyentuh masalah ini melalui karya-karya mereka. Walaupun banyak karya sastera yang menonjolkan tentang kehidupan manusia yang dilanda masalah sosial namun, ada banyak juga cerpen yang mengakhiri cereka dengan kesedaran. Cerpen-cerpen “Percikan Sinar Ramadan” dan “Lesen Asmara” diakhiri dengan watak-watak yang bermasalah sosial kembali ke pangkal jalan. Cerpen-Cerpen 2002 Karya seterusnya ialah cerpen “Bantal Peluk Emak Batam” oleh Sulaimi Warno. Cerpen yang dihasilkan pada tahun 2002 ini bertemakan masalah sosial. Antara isu-isu yang dimuatkan dalam cerpen ini ternyata menggambarkan sedikit sebanyak tentang kehidupan pada masa itu. Masalah sosial serta masalah pengangguran berlegar di sekitar masyarakat pada tahun itu. Masalah-masalah ini jelas kelihatan tertumpu di masyarakat Melayu. Cerpen ini memaparkan kisah kehidupan sepasang suami isteri. Atan yang sudah dibuang kerja sering ke Batam untuk melawat rumah-rumah urut di sana. Dia sering memberi helah bahawa dia hendak membawa pesanan langsir ke Batam. Secara senyap-senyap dia telah berlaku curang terhadap isterinya. Wangnya habis dikikis seorang tukang urut yang digelar “Emak Batam”. Pada tahun 2002, ekonomi Singapura terjejas akibat keganasan yang melanda seluruh dunia. Ramai pekerja terutama sekali pekerja Melayu diberhentikan kerja. Pemerintah telah mengusahakan berbagai-bagai cara untuk membantu orang-orang yang diberhentikan kerja. Namun demikian, sesetengah daripada mereka memilih pekerjaan yang telah diberikan. Mereka mahukan gaji yang lumayan, kerja yang mudah dan berbagai-bagai syarat lain. Pertubuhanpertubuhan Melayu/Islam juga turut membantu orang-orang ini. Kelas-kelas peningkatan diri dianjurkan dengan bayaran yang murah dan ada juga kelas-kelas percuma. Namun demikian, tidak ramai pekerja yang mahu meningkatkan diri mereka. Mereka malas mempelajari sesuatu ilmu yang bakal membawa faedah kepada mereka. Perkara ini dapat dilihat melalui tingkah laku Atan yang enggan mendengar nasihat Ali serta isterinya. Persoalan seterusnya ialah mengenai suami-suami yang curang. Ada di kalangan mereka berlaku curang terhadap isteri apabila pergi ke Batam. Tanggungjawab kepada anak dan isteri diabaikan manakala mereka sibuk berfoya-foya dengan gadis-gadis muda atau janda-janda di Batam yang berkeliaran di kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut. Gadis-gadis dan janda-janda ini kebanyakannya berasal dari kepulauan Indonesia. Mereka berhijrah ke Batam untuk mencari rezeki. Namun demikian, mereka mengambil kesempatan melakukan apa sahaja dengan tidak mengira halal atau haram semata-mata untuk mendapat kesenangan material. Persoalanpersoalan ini ternyata mirip kepada realiti yang sering kita ketahui pada waktu itu. Karya ini ternyata menggambarkan seditkit sebanyak tentang kehidupan pada masa itu. Kesimpulannya kita boleh katakan bahawa karya-karya sastera merupakan cerminan masyarakat. Melalui karya-karya di atas dengan huraian-huraiannya, ternyata kita dapat menggambarkan kehidupan sesuatu masa atau kehidupan yang dijalani anggota masyarakat pada zaman karya itu dihasilkan.

56 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Senarai Karya Yang Dikaji Untuk Mencerminkan Kehidupan Masyarakat
Genre Sajak Tahun 60an Tahun 70an Ini Rumah Baruku Ranjau Hidup Gelagat Si Liar Negaraku Situasi Baru Sungai Mengalir Lesu Salina Ranjau Sepanjang Jalan Kemana Hati Hendak Kubawa Engage Take Thai Kayu Mosaic Kota Adalah Batu-batu Dan Manusia Keputusan Ayah Pencen Duniaku, Duniamu Terminal Terakhir Persiapan Perempuan Kerudung Hitam Percikan Sinar Ramadan Kopi Dangdut IV Parasit Penunggu Waktu Di Bawah Kolong Persiapan Percikan Sinar Ramadan Bantal Peluk Emak Batam Tahun 80an Kota Adalah Batu-batu dan Manusia Tahun 90an Tahun 2000

Sajak Sajak Sajak Sajak Novel

Novel Novel

Cerpen

Cerpen Cerpen Cerpen Cerpen Sajak Cerpen

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 57

SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

SASTERA MELAYU PENGUNGKAP KEPRIHATINAN PENULIS
Norhidah Md. Yusuf Shah dan Rahimah Madan Ramai penulis prihatin terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka melahirkan pelbagai pendapat serta pandangan terhadap peristiwa-peristiwa tersebut melalui penulisan cerpen, novel, sajak dan sebagainya. Beberapa peristiwa yang telah diungkap oleh penulis melalui karya sastera yang mereka hasilkan sering menjadi catatan sejarah yang sangat penting. Singapura berpisah daripada Malaysia Pada 9hb. Ogos 1965, peristiwa Singapura berpisah daripada Malaysia lantas menjadi Sebuah negara yang merdeka telah menimbulkan kesan mendalam di jiwa rakyat Singapura terutama di kalangan masyarakat Melayu yang menganggap perpisahan ini sebagai satu kehilangan besar. Mereka berasa amat tercabar kerana tersentak mendengar berita itu. Justeru, masyarakat Melayu Singapura perlu merubah cara hidup dan bertekad akan mempertingkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang semata-mata untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Perkembangan sastera di Singapura pada awal 70-an tidak begitu menggalakkan disebabkan peristiwa Singapura keluar dari Malaysia. Pemerintah Singapura pula sangat menekankan halhal penakatan terutama perkara-perkara yang berhubung dengan pembangunan ekonomi dan politik berbanding dengan kebudayaan serta seni khususnya dalam bidang sastera. Pada awal tahun 1970an, pemerintah sedang sibuk membangunkan ekonomi negara lantas hal ini menjadi satu pengaruh besar kepada masyarakat. Nor Yusman Abdul Majid telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya tentang keadaan masyarakat Melayu yang semacam tertekan akibat peristiwa berkenaan kerana kedudukan mereka sebagai watan Singapura telah terhimpit. Sajak berjudul ‘Soneta Anak Buangan’ merupakan manifestasi penulis terhadap isu yang timbul itu: engkau serupa anjing lapar membaham bangkai seluas benua bicaramu menyingkirku jadi anak buangan berhati neraka sebisik sesal setitis darah taruhan kesetiaan cinta biar dendamku melumur tangan dan kami sejauh zaman bumi bermerah padam berasing cakerawala berbalam pusam di celah alisku kau pudarkan sebaris nama di catatan hari ini akulah anak buangan tanpa selembar kerelaan (Dewan Sastera, Jun 1974) Sajak ‘Keroncong Penyair’, karya Rohman Munasip pula menyingkap rasa bimbang penulis tentang perkembangan penulisan karya-karya kreatif di Singapura yang semakin tergugat : aku semakin bimbang hari-hari mendatang kerana kita yang cintakan perdamaian dan pencari yang mengejar kedewasaan tiba-tiba jadi keanak-anakan main pistol-pistolan dalam saat-saat sebegini aku bertanya pada diri apakah nilai seorang penyair yang lupakan kepenyairannya? (Berita Minggu, 24 Sept 1978)

58 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Semenjak peristiwa Singapura berpisah daripada Malaysia, ramai penyajak menggubah sajak yang mempamerkan rasa prihatin mereka terhadap perjuangan masyarakat Melayu untuk membangunkan pencapaian bangsa dan negara yang muda ini. Sajak ‘Pendakian’ karya Mohd Taha Jamil, menyeru masyarakat agar terus berusaha untuk mencapai satu kehidupan yang lebih baik tanpa mengenal rasa putus asa. Penyajak memberi peringatan bahawa perjalanan yang akan dilalui tidak semudah yang dijangkakan kerana sejarah hidup penyajak telah membuktikan kebenarannya ‘kerana aku bukan tidak pernah, mengalami kegetiran dan kepayahan’. ‘bukit yang tinggi dan tegak, begitu kaku dan kejam memandangku, kadangkala kurasa mau saja menyerah dan membiarkan, angin kertas menolak semaunya, kerana aku bukan tidak pernah, mengalami kegetiran dan kepayahan, tapi pendakian ini belum berhenti.’ (Berita Minggu, 14 Disember 1975) Ramai penyajak turut menekankan tentang peri pentingnya pendidikan ekoran daripada galakan pemerintah terhadap usaha-usaha mencari ilmu. Beberapa karya yang menekankan betapa pentingnya pelajaran ialah ‘Cabaran’ karya Basiran H.Hamzah, ‘Ke Mana’ oleh Amat Md Amin dan ‘Dari Bumi Ke Langit Tinggi’ oleh Osman Jantan. Penubuhan Yayasan Mendaki Peristiwa-peristiwa Kongres Pendidikan anjuran Mendaki pada 28hb-30hb Mei 1982 dan penubuhan Yayasan Mendaki pada 10hb. Oktober 1982 telah menarik perhatian para penyajak untuk menulis sajak yang dapat memupuk minat mahu berusaha demi memajukan diri. Penyairpenyair mencipta sajak yang membawa tema pendidikan dengan mesej agar orang Melayu terus maju setanding dengan kaum lain. Contoh beberapa sajak yang menyentuh tentang hal ini ialah, ‘Aku Adalah Aku’ karya Seruling Mas, ‘Perlukah Menjilat Masa’ karya A.Wahab Haji Hamzah dan ‘Di Tengah Alam’ karya Hadijah Rahmat. Hadijah Rahmat dalam sajaknya ingin menunjukkan bahawa pendidikan tiada penghujungnya dan banyak cabaran yang menduga ketabahan individu. Beliau turut menyelitkan pengajaran tentang cara-cara hendak meneroka ilmu Tuhan yang luas dan tiada sempadan ini : Aku mesti susur semua pantai, teluk & lembah, meredah rimba Afrika dan Sahara, memanjat Everest & Himalaya, menerjuni Niagara, lalu merenangi sungai Nil dan Lautan Pasifik, menyelam ke dasar laut Filipina, kemudian terbang ke angkasa melingkari cakerawala, untuk melihat dunia dan isinya. (Berita Minggu 8 Mei 1983) Pencapaian Anak-Anak Melayu Penulis sebagai seorang pemerhati masyarakat, sebenarnya sudah lebih awal terasa bimbang akan perkembangan pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan. Buktinya boleh dilihat daripada mesej-mesej karya sastera pada tahun 1970an. Salah satu daripadanya ialah

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 59

cerpen berjudul ‘Berteduh di Rumpun Layu’ karya Ahmad Affandi Jamari yang dihasilkan pada tahun 1972. Prestasi pelajar-pelajar Melayu telah digambarkan melalui satu kajian pemerintah Singapura pada hujung tahun 1999. Peratusan pelajar Melayu merupakan yang terendah bilangannya di peringkat universiti, jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. iaitu 4.2% sahaja berbanding dengan 25% bagi cina dan 10% bagi India, Selain kemiskinan, salah satu punca kemunduran anak-anak Melayu dalam pelajaran ialah keadaan keluarga yang kucar-kacir akibat ibu bapa yang tersalah tanggap akan erti pemodenan. Golongan ibu bapa ini mendewa-dewakan unsur-unsur kebaratan seperti meminum arak, berfesyen ala barat, berjoli, berjudi dan hiburan. Ternyatalah bahawa masyarakat Melayu masih terpengaruh dengan kesan penjajah justeru tidak tahu menimbang antara kemodenan dan kebaratan. Erti sebenar kebebasan telah di salah tafsir. Cerpen ini menggambarkan ibu kepada Siti Hana dan Yusuf seorang kaki joli, perokok dan sering bertukar fesyen. Manakala bapa mereka seorang kaki judi dan terlalu taksub kepada kemewahan. Barangan mewah yang tidak perlu dimiliki menjadi idaman; “Beg mana satu pak?”“Beg kulit buaya lah.” Dia ingin cepat kaya lantas sering membeli tiket-tiket loteri. “Hari ini aku jadi orang kaya. Pergi, pergi carikan tiket loteri aku. Aku kena hadiah pertama sejuta dolar. Manan menang.” Ibu bapa Siti Hana dan Yusuf sering “mencari kepuasan sendiri di luar rumah” apabila mereka pulang mereka sering bertengkar. Keadaan rumah tangga yang kucar-kacir menjejas penumpuan Siti Hana dan Yusuf terhadap pelajaran mereka. Kepincangan ini, menyebabkan Yusuf melakukan jenayah kecil dengan “menjual tikit wayang secara haram di pasar gelap” dan “dimasukkan ke rumah pasung balai polis.” Yusuf yang tidak serik ditangkap menunjukkan bahawa dia terdesak bukan disebabkan kemiskinan tetapi merupakan kesan keruntuhan akhlak ibu bapanya. Ibu bapa merupakan model yang menjadi contoh kepada anak-anak dan menjadi pemimpin dalam institusi kekeluargaan justeru tabiat yang negatif akan menjadi ikutan anak-anak. Masyarakat Melayu Masyarakat Hiburan Selain itu, mesej yang disampaikan penulis ialah mengenai masyarakat Melayu yang masih menggemari hiburan; “waktu itu belum ada televisyen atau perakam video; panggungpanggung menjadi pilihan utama tempat mencari hiburan.” Yusuf menjual tiket pasar gelap untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu terpengaruh dengan hiburan termasuk muzik melalui budaya negatif penjajah British. Setelah merdeka, kesan ajaran budaya negatif dari barat masih berleluasa lebih-lebih lagi munculnya pengaruh kumpulan-kumpulan pop dan ‘rock’ Inggeris seperti Cliff Richard, The Beatles, Elvis Presley dan lain-lain lagi. Orang Melayu terutama golongan muda, amat meminati hiburan barat sehingga mengolahnya melahirkan pop ‘yeh yeh’. Pop ‘yeh yeh’ sungguh popular terutama pada tahun-tahun 1960an dan 1970an. Akibatnya, pergaulan bebas dan pengaruh pelbagai fesyen ala barat yang menggiurkan sudah tiada batasan lagi. Keadaan tersebut telah disentuh melalui cerpen ‘Berteduh di Rumpun Layu’ melalui watak-watak ibu bapa Yusuf “mencari kepuasan sendiri di luar” Pada akhir cerpen, ibu Yusuf mati kerana dicekik oleh bapanya. Bapa Yusuf berbuat demikian kerana ibu Yusuf menghilangkan kertas loteri. Lantas bapa Yusuf lari daripada tangkapan polis. Yusuf dan Siti Hana terpaksa hidup tanpa tempat bergantung. Cerpen ini telah memenangi hadiah pertama dalam peraduan menulis Buku Antarabangsa 1972 kerana penulis Ahmad Affandi Jamari telah berjaya mengetengahkan mesej-mesej tentang kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sebenarnya kestabilan sesebuah keluarga menjadi punca kemajuan generasi muda terutama dalam bidang pendidikan. Generasi muda merupakan generasi yang akan memenuhi rangkaian masyarakat pada masa akan datang. Keluarga yang stabil juga menjadi tunggak kemajuan sesuatu masyarakat.

60 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Perihal Pendidikan & Meritokrasi Cerpen-cerpen pada tahun 1980an sering menyentuh hal-hal yang berhubung dengan pendidikan untuk menyahut matlamat Mendaki ditubuhkan pada tahun 1982. Semasa perasmian pembukaan Mendaki Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew telah mencabar masyarakat Melayu supaya meningkatkan peratusan para pelajar Melayu ke universiti hingga 10 peratus. Beliau inginkan pencapaian tersebut memandangkan bahawa kurang daripada 1 peratus yang ke universiti. Tujuan utama beliau ialah mencelikkan orang Melayu agar bangkit dan melahirkan lebih ramai graduan yang diharapkan menjadi pemimpin kelak. Selain penyajak-penyajak seperti Hadijah Rahmat, Aliman Hassan, Suratman Markasan, dan penulis lain-lain cerpenis Ahmad Affandi Jamari juga prihatin tentang inti sari ucapan Perdana Menteri Singapura lantas mengetengahkan mesej berkenaan dalam cerpen beliau yang bertajuk ‘Kecil Dunia Kecil Hatinya’ bertarikh 9 Julai 1989. Cerpen ini memaparkan pekerjaan watakwatak utamanya Saripah dan suaminya, Marniah dan ibunya adalah pekerja pembersih di estet perumahan HDB. Mereka sudah berumur dan merupakan pekerja kontrak yang tidak mendapat CPF; “Kerja begini tiada CPF. Ada kerja ada gaji.” Golongan ini tidak berupaya berjawatan tinggi kerana kurang berpelajaran. Generasi berkenaan berkedudukan sedemikian kerana pada tahun 1950an orang Melayu ditakut-takutkan lantas tidak berani pergi ke sekolah Inggeris. Akibatnya, mereka kurang maju terutama dalam bidang pendidikan. Cerpen berkenaan menunjukkan bahawa golongan ini terpaksa menjadi buruh kasar kerana mereka tidak berkemahiran lalu berpendapatan rendah. “Merata-rata tempat pekerja pembersihan terdiri daripada orang-orang tua bangsa kita.” Kebanyakan orang Melayu yang berpendidikan rendah kurang peka terhadap perancangan pendidikan anak-anak mereka jika dibandingkan dengan kaum lain. Cerpen ini menyentuh perihal tersebut; “Dia berasa cemburu atau iri hati melihat anak-anak jirannya mendapat 3* Star atau 4* Star dalam peperiksaan PSLE ... Cuma bezanya, mereka menggunakan wang pencarian untuk menanamkan modal terhadap pelajaran anak-anak mereka.” Orang Melayu lebih mementingkan dan bangga dengan perhiasan diri atau rumah daripada pelajaran justeru, tidak mahu melabur dalam pendidikan walaupun pelbagai peluang telah diberi seperti kelas tuisyen Mendaki; “Bagi setengah orang, untuk membayar tuisyen hujung minggu MENDAKI yang dipungut sekali gus pun tak mampu. Kalau membeli perhiasan atau perkakas lain lebih dari kemampuan.” Penulis ingin mengingatkan masyarakat agar tidak membazir dengan perkara-perkara yang tidak penting tetapi lebih mementingkan perkara yang lebih berfaedah dan memanfaatkan seperti pendidikan anak-anak. “Walau bagaimanapun tujuan Mak Piah kerja ini, untuk menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak kami.” Salah satu dasar pemerintah Singapura ialah mengamalkan sistem meritokrasi. Oleh itu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 61

masyarakat Melayu perlu berpendidikan dan berkemahiran agar setanding dengan bangsabangsa lain. Oleh sebab, kebanyakan ibu bapa Melayu kurang bijak merancang pembangunan pendidikan anak-anak, generasi muda Melayu sering ketinggalan. Watak Saripah amat menyesal kerana kurang mengambil tahu terhadap pentingnya pendidikan; “Keinsafannya terhadap kemajuan pelajarannya telah terlambat. Ibarat nasi telah menjadi bubur.” “Mak Piah tak fahamlah, kelas apa namanya. Katanya, kalau periksa tidak lulus duduk dalam kelas tersebut.” Kesannya ialah, anak-anak Saripah bersekolah dalam aliran ekabahasa atau monolingual dan juga sering “mundar-mandir di bawah kolong flat tanpa tujuan.” Dilema Moral & Ekonomi Sehubungan itu, ibu bapa perlu lebih tegas menangani masalah sosial anak-anak. Saripah sudah tidak berupaya menasihati anak-anaknya itu kerana mereka sering memberi pelbagai alasan jika ditanya; “Dia tiada kuasa lagi untuk menguasai mereka.” Oleh sebab itu, para remaja berani mencuba lantas terjerumus dalam gejala sosial seperti mengambil dadah dan menghidu gam. Pada tahun 1980an, mereka mula mengambil dadah heroin, jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya pengambilan ganja dan MX pills menjadi aktiviti penagih dadah. Menerusi cerpen ini, anak-anak Saripah sering mengantuk dan mata mereka kuyu seperti kurang tidur. Suami Saripah pula memanjakan anak-anak mereka dan menuduh pihak sekolah tidak membenarkan anak-anaknya bersekolah apabila beg sekolah Mail ditinggalkan di pejabat pengetua. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka lantas anak-anak lebih berani melakukan perbuatan yang negatif dan tidak berfaedah. Justeru, penulis mahu menyedarkan masyarakat agar tidak terus leka tetapi bangkit untuk maju. Oleh yang demikian, pendidikan penting untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa lebihlebih lagi ketika tahap kehidupan di Singapura semakin tinggi. Golongan yang berpendapatan rendah seperti Saripah dan suaminya menghadapi kesukaran menampung kehidupan seharian; “Lagipun hidup di Singapura ini terlalu banyak benda yang perlu dibayar dan menggunakan wang...Kalau hendak mengharapkan pak cik kau, manalah mencukupi. Kerja menembak air itu cukup untuk beli beras dan duit pasar saja.” Penulis ingin mengutarakan bahawa kesedaran dan pengorbanan masyarakat berupaya meningkatkan kecemerlangan generasi akan datang. “Taraf ekonomi kita terlalu rendah untuk bersaing dan kita ketinggalan dalam segala bidang. Sepatutnya kita berkorban dalam beberapa tahun ini, untuk jenerasi kita akan datang.” Pengorbanan dan usaha boleh meningkatkan prestasi dalam pendidikan. Menurut statistik, peratusan pelajar-pelajar Melayu yang berjaya ke universiti telah meningkat secara beransuransur daripada 0.6% (1980) kepada 2.90% (1990) dan 4.2% pada tahun 1999. Walaupun cabaran Encik Lee Kuan Yew yang mahukan pencapaian 10 peratus gagal ditunaikan, namun orang Melayu mula sedar terhadap pentingnya mengecapi kejayaan hingga ke menara gading. Pada tahun 1990an para siswazah wanita bertambah dan jumlah mereka yang masih membujang juga meningkat. Semenjak tahun 1983 lagi masalah tersebut telah hangat diperdebatkan di parlimen. Pelbagai kegiatan melalui pertubuhan-pertubuhan seperti SDU diadakan untuk

62 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

menggalakkan para graduan wanita bergaul dengan graduan-graduan lelaki untuk membibitkan kemesraan hingga ke jenjang pelamin. Namun demikian, terdapat juga para siswazah wanita yang berkahwin dengan kaum lelaki yang berkelulusan lebih rendah daripada mereka. Cerpen ‘Hancurnya Sebuah Harapan’ karya A. Wahab Hj Hamzah menceritakan mengenai Idah seorang graduan tetapi bakal suaminya Hamdi tidak memperolehi sijil peringkat ‘O’. Ibu bapa Idah tidak merestui keputusannya kerana menganggap Hamdi tidak dapat memberi kehidupan yang selesa kepada Idah. “Kami hanya mahukan seorang lelaki yang terbaik untuk engkau jadikan suami. Ibu dan ayah akan kecewa kalau suami kau kelak tidak dapat memberikan kehidupan yang sebaik yang telah kami berikan kepada engkau.” Ibu bapa Idah cuba memandang jauh dan prihatin terhadap kehidupan anak mereka. Pada tahun 1990an taraf kehidupan di Singapura semakin tinggi jika dibandingkan pada tahuntahun sebelumnya. Justeru, sesebuah keluarga perlu mempunyai sumber pencarian yang kukuh kerana tanpa punca ekonomi yang baik boleh menyebabkan perceraian. Mahkamah syariah mengakui bahawa salah satu punca perceraian di kalangan masyarakat Melayu ialah faktor ekonomi. Selain itu, pada tahun 1997 Singapura menghadapi kegawatan ekonomi dek kejatuhan mata wang Asia yang bermula di Thailand pada tahun 1996. Akibatnya, ramai orang diberhentikan kerja dan syarikat-syarikat merombak struktur pengurusan mereka. Para majikan mula menukar strategi dengan mendapatkan hanya para pekerja yang mahir, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, golongan seperti Hamdi yang tidak mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ akan menghadapi kesukaran untuk bersaing akibat perubahan dasar ekonomi ini. “Setiap kerja yang dilamarnya menolaknya dengan alasan kelulusannya yang tidak sesuai untuk kerja yang dilamarnya”. Manakala isterinya, Idah tidak dibenarkan bekerja kerana menjaga anak-anak. Idah mula sedar akan nasihat ibu dan bapanya yang mementingkan kelulusan yang baik demi menjamin kehidupan yang selesa. “Tiba-tiba kata-kata ayahku sepuluh tahun yang lalu bermain di ingatankutanpa kelulusan yang baik kehidupan masa depan yang baik tidak akan terjamin.” Sebelum Hamdi menganggur, dia pernah bekerja di sebuah syarikat. Oleh sebab dia rajin, dia telah dinaikkan pangkat malangnya dia dibuang kerja kerana terlibat dalam skandal kewangan. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa sesetengah orang Melayu ingin cepat kaya sebagai contoh skim cepat kaya ‘Far Wills’ pada tahun 1990an telah didalangi Faisal, seorang pemuda Cina/Islam. Dia telah menggelapkan wang para pelabur berjumlah jutaan dolar. Selain itu, baru-baru ini pengurus agensi pelancongan Al-Tawakal telah menipu wang para jemaah sejumlah seratus ribu dolar. Amanah yang telah diberikan kepada mereka telah disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri. Pemerintah Singapura amat tegas apabila menangani jenayah ini. Sebagai contoh, presiden MCA, Tan Koon Suan telah dipenjarakan kerana bersubahat dalam pasaran gelap dan mengakibatkan syarikat Pan-El lingkup.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 63

Kegiatan Dadah Sehubungan itu, jenayah yang berhubung dengan dadah juga dianggap serius; contohnya pengedar dadah akan dihukum mati. Dalam cerpen ini, Hamdi terjerumus dalam kegiatan mengedar dadah dan menerima hukuman gantung. Keadaan ini menunjukkan perubahan orang Melayu yang dahulunya mengambil dadah dan menghidu gam tetapi kini mengedar dadah pula. Keadaan ini menggambarkan bahawa orang Melayu mahu meraih kekayaan dalam sekelip mata dan dengan jalan mudah. Melalui cerpen ini, Idah sangsi dengan wang lumayan yang dibawa pulang oleh suaminya. “Setiap hujung minggu dia membawa pulang wang yang agak lumayan.” Jika diteliti, golongan yang terlibat dalam kegiatan mengedar dadah merupakan penganggur dan dari golongan susah. Situasi tersebut dapat dilihat melalui kehidupan Hamdi dan Idah. Mendambakan Kedamaian Beberapa peristiwa yang berlaku di luar negara juga telah menarik minat penyair untuk menulis sajak. Rata-rata sajak-sajak yang dikarang membawa mesej tentang peri pentingnya kedamaian dan kesedaran tentang nasib mangsa yang tertindas. Satu contoh sajak yang berlatarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara ialah ‘Nyanyian Puisi.’ di utara Tel Aviv ada pesta berdarah, buminya masih sendiri, badai api membakar hangus, meragut rakus tubuh-tubuh kerdil, dan di antara runtuhan tembok-tembok mati, ada anak kecil bersama mesiu, bersiul lagu kedamaian penuh rindu,’ (Berita Minggu, 14 November 1978) Penyajak Suraidi Sipan pula menggambarkan penderitaan rakyat Palestin di negara mereka sendiri sedangkan para pemimpin Amerika dan negara-negara Arab masih sibuk berunding untuk mencipta nama. Peristiwa-peristiwa luar negara lain juga dijadikan ilham para penyajak untuk berkarya. Kebuluran di Afrika, peperangan di Palestin, Bosnia, Kosovo dan beberapa pergolakan di dunia telah menjadi ilham penyajak-penyajak tanah air, seperti sajak ‘Pergolakan’ karya Sutera Putih yang ditulis pada 18.07.1999. Sajak yang menceritakan khusus tentang pergolakan di Palestin berjudul ‘Palestina’ oleh Mohd Ali Bajuri. Sajak ini mempunyai persamaannya dengan sajak tulisan Norulashikin Jamain yang bertajuk ‘Pelarian’ iaitu tentang nasib pelarian-pelarian Kosova. Sampai bila kau harus tidur Berselimutkan penderitaan Kesengsaraan yang melemaskan Dan terus khayal Dalam mimpi yang tak kekal! Bangun dan pandanglah (Sajak Palestina : Berita Minggu, 16 Mei 1999) Para penyair juga amat prihatin terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti Peristiwa nahas kapal terbang Silk Air di Palembang pada tahun 1997 dan masalah jerebu di Singapura yang telah menjejas ekonomi negara Singapura menjadi tema karya-karya penulis. Beberapa kuntum sajak dicipta untuk menceritakan tentang jerebu yang melanda Singapura dan kesedihan yang dialami keluarga mangsa-mangsa nahas kapal terbang itu.

64 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Dasar Pemerintah Pemerintah Singapura sentiasa mahukan rakyat dan negaranya maju. Pelbagai polisi yang diketengahkan pada tahun 90an. Penyajak-penyajak telah menggunakan isu semasa untuk menghasilkan sajak-sajak mereka. Di antaranya ialah seruan KBE iaitu Pembelajaran Berteraskan Ilmu, keperihatinan tentang Sains Hayat, Visi Singapura 21 dan sebagainya. Tema ekonomi juga digunakan oleh penyair-penyair tanah air yang berada di dalam suasana kegawatan khususnya pada tahun-tahun 1997 dan 1999. Selain membangun, Singapura juga dapat melestarikan tradisi yang telah menjadi sanjungan rakyat turun-temurun. Setiap kaum masih mengekalkan dan menjunjung tinggi budaya masing-masing walaupun menjalani kehidupan serba moden dalam Bandar metropolitan ini. Penyajak Aripin Said telah menyuarakan sokongannya terhadap anjakan pemerintah Singapura melalui sajaknya yang berjudul ‘Melangkah Jauh’ pada 05.09.1999. Penyajak juga bersuara semasa kawasan-kawasan kampung dirobohkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan mencakar langit dan lebuh-lebuh raya. Walaupun, rumahrumah pangsa diibaratkan sebagai rumah-rumah merpati, rakyat Singapura tidak kira bangsa atau agama perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup baharu yang berbentuk perbandaran. Beberapa masalah timbul akibat pembangunan ini. Para penyair mula tampil ke hadapan lantas menghasilkan karya sastera yang bersangkutan dengan hal ini. Contoh-contoh sajak yang memperkatakan tentang pembugaran adalah karya dari Samsidah Sulaiman bertajuk ‘Bedok’, ‘Ufuk’ karya Masuri S.N dan ‘Ingat Dulu’ oleh Mohd Hatta Sum. Suratman pula mengilhamkan sebuah sajak berjudul ‘Cerita Peribumi Singapura’, seperti berikut: di flat 5 bilik di bakar ‘Mendaki’ dan angin waja anak cucuku lulus uji PSLE dengan bintang pujian bertambah kurang lulusan O & A boleh dihitung masuk universiti banyak mencari tempat di luar negeri. (29 Disember 1985) Pemerintah turut mengamalkan dasar ‘Stop at Two’ yang bermakna sebuah keluarga tidak digalakkan mempunyai lebih daripada dua orang anak. Mereka yang mempunyai lebih daripada dua orang anak terpaksa membayar denda kepada pemerintah. Pemerintah melakukan demikian kerana bimbang bilangan penduduk semakin bertambah. Walau bagaimanapun, dasar ini telah membangkitkan kemarahan sesetengah orang terutama sekali orang Islam. Sajak ‘STOP at TWO’ yang ditulis pada Julai 1973 menunjukkan bahawa ada orang yang tidak senang dengan dasar yang ditetapkan oleh pemerintah: Poster dan slogan Stop at Two di muka pintu tidak cocok untuk bangsa kamu kalau mampu apa salahnya tiga, lima atau sepuluh? Tidakkah nabi anda pernah bersabda : Baginda berasa bangga melihat umatnya ribuan juta. (Macpherson Julai 1973) Kesimpulannya, setiap peristiwa yang berlaku tidak akan terlepas daripada pandangan mata hati para penulis untuk menarikan pena masing-masing dari pelbagai sudut. Rakaman-rakaman mereka akan menjadi pusaka yang tidak ternilai harganya.
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 65

SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

KARYA SASTERA MENYUSUR SEJARAH
Syafridah Binte Mohd. Ali & Nuradilah binte Abdul Hamid Dunia sastera semakin berkembang pesat. Kebanyakan karya sastera dipengaruhi perkembangan sejarah pada satu-satu zaman. Karya sastera yang menganuti konsep “literature in history” berfalsafah sesuatu karya sastera akan menggambarkan zaman-zaman tertentu akan mementingkan konteks sejarah untuk menilai mutu karya sastera itu. Sastera dibentuk untuk mengembalikan sejarah di mata masyarakat. Memang banyak karya sastera terbukti mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan sejarah sesebuah negara dan masyarakat. Karyakarya sastera yang dihasilkan sepanjang zaman selalunya dijadikan alat yang mencerminkan kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Melalui karya-karya sastera, pembaca dapat mengetahui kejadian-kejadian tertentu yang berlaku di sekeliling kerana para penulis sering menggunakan keadaan sekeliling sebagai tema dalam karya-karya. Oleh yang demikian karyakarya sastera seringkali mempunyai hubungan erat dengan perkembangan sejarah dan pembaca boleh mengikuti perkembangan sejarah dari kaca mata rakyat biasa yang melihat segala perubahan dan tindakan setelah membaca karya-karya yang dihasilkan pada tahun-tahun tertentu. Novel ‘Batas Langit’ hasil ilham Mohamed Latiff Mohamed berkisar kepada kemiskinan dan masalah sosial penduduk yang mendiami sebuah kampung di Singapura. Penumpuan watak diberikan kepada Adi, seorang kanak-kanak yang lahir dalam sebuah keluarga yang dilanda kemiskinan dan dihimpit pelbagai masalah kehidupan pada zaman Singapura baru mengecap kemerdekaannya. Bapanya, seorang kaki judi, yang mengabaikan rumah tangga dan akhirnya menemui ajal akibat penyakit kencing manis. Hidup Adi bergantung kepada ibunya tetapi Adi bijak berdikari untuk mendapatkan wang demi menampung kehidupan mereka dua beranak. Adi juga mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan pelajarannya dan mendapat dorongan daripada Abang Dolah iaitu, jiran yang amat karib dengan keluarganya. Konfrontasi Malaysia-Indonesia ‘Batas Langit’ menggambarkan suasana ketika konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia. Konfrontasi telah menimbulkan keadaan huru-hara di kampung tersebut. Kekhuatiran masyarakat terhadap kesan konfrontasi tersebut digambarkan melalui cerpen ini ekoran beberapa kejadian yang berkaitan dengan dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963. Indonesia melancarkan konfrantasinya terhadap Malaysia ekoran daripada persetujuan Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri Inggeris, MacMillan untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Indonesia menganggap penubuhan negara Malaysia sebagai satu helah kuasa barat untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia. Justeru, penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi dilancarkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah negara Filipina, iaitu rakan sekutu dalam ASA. Namun demikian, kebijaksanaan barisan pemimpin negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyelamatkan negara daripada bencana perang di kalangan bangsa serumpun, hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie yang mewakili Malaysia dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo yang mewakili Indonesia di Bangkok dan Jakarta. Hasilnya konfrontasi Malaysia-Indonesia ditamatkan pada tahun 1965. Perkembangan Pendidikan Bahasa Ibunda Dua kuntum sajak hasil ciptaan Aliman Hassan yang bertajuk “Kian Terasa Bahangnya” terbitan Berita Minggu tahun 1974 dan “Seloka Warisan Ibunda” pula diterbitkan Berita Minggu pada tahun 2001 iaitu 27 tahun setelah terbitnya sajak pertama tadi. Kedua-dua sajak ini saling melengkapi dan merupakan rentetan peristiwa bersejarah dalam dunia pembelajaran dan pengajaran bahasa Ibunda di Singapura.

66 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Bait pertama sajak “Kian Terasa Bahangnya” memaparkan harapan empat bahasa rasmi di Singapura iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina yang diwakili perkataan tugu empat. Ia menggabungkan kewujudan serentak penduduk tempatan dan kolonial seperti di dalam baitbait berikut: Segaris sinar di tugu empat Halus melulus celahan batu rapat Menerang lambang Warisan moyang Yang pernah tiba Di muara kembara Yang pernah meneroka Suasana mesra Pada tahun 1959, PAP (Parti Tindakan Rakyat) mula berkuasa. Semenjak itu, pendidikan di Singapura amat dititikberatkan dan penekanan terhadap pencapaian negara dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang ekonomi menjadi dasar pemerintah. Maka satu pelan 5 tahun untuk sistem pendidikan telah diperkenalkan. Sistem itu menekankan layanan yang sama rata kepada keempat-empat aliran pendidikan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Pemerintah juga menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa Singapura serta penekanan terhadap pentingnya pembelajaran mata-mata pelajaran matematik, sains dan teknikal. Ibu bapa berhak memilih sekolah mengikut media bahasa yang diingini. Ramai orang mengharap agar bahasa ibunda akan berkembang lantas akan menjadi bahasa perantaraan. Namun demikian keadaan mula berubah apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965. Pada tahun 1966, dasar pembelajaran dwibahasa diwajibkan untuk semua pelajar demi memastikan kesatuan rakyat yang berbilang kaum bertambah kukuh. Maka pelajar darjah satu dalam sekolah bukan aliran Inggeris dikehendaki mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Pengajaran sejarah dalam bahasa ibunda telah dimansuhkan pada tahun 1971. Pengaruh dan penggunaan bahasa ibunda semakin mengecil. Pada tahun 1970, pendidikan bahasa Ibunda sebagai bahasa kedua diperhebatkan. Sekolahsekolah Inggeris mula mengambil tempat sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil di Singapura. Akhbar dan majalah Inggeris berkembang luas sementara akhbar dan majalah Melayu tidak berkembang luas. Universiti Nanyang mula memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris. Pada tahun 1971, pemerintah telah membelanjakan 1/3 daripada belanjawan negara untuk pendidikan khusus untuk menyiapkan pekerja menghadapi persaingan teknologi. Pada tahun 1972, pendidikan teknikal diutamakan dan peratusan pembelajaran bahasa Ibunda dan bahasa Inggeris dari segi waktu sama banyaknya. Kesan yang dapat dilihat daripada peningkatan terhadap jumlah murid yang belajar di sekolah-sekolah aliran Inggeris berbanding dengan bahasa Ibunda iaitu 47% pada tahun 1959 kepada 77.9% pada tahun 1974. Kini bahasa ibunda ketandusan penuntut. 27 tahun kemudian, bahasa Melayu mula bernafas kembali dengan adanya sinaran harapan apabila pemerintah mengumumkan rombakan terhadap sistem pendidikan bahasa ibunda. Harapan ini boleh dilihat melalui sajak “Seloka Warisan Ibunda” dalam bait berikut : Hampir empat dekad berlalu Anak-anak kerdil yang lesu Menatap ukiran ikrar yang terbelenggu, Kini berupaya menghela nafas lega Melihat cahaya Di salah sebuah tugu nan dua Medan mereka berseloka
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 67

Usaha merealisasikan semakan ini mengambil masa yang agak lama setelah beberapa perbincangan diadakan di antara masyarakat Melayu dengan anggota parlimen Melayu. Akhirnya persetujuan dicapai. Program bahasa Melayu hingga peringkat ijazah kepujian dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) telah dimulakan pada tahun 2001. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Laksamana Pertama (kerahan) Teo Chee Hean dalam satu sidang media di Kementerian Pendidikan pada 30 Januari 2000. Anjakan ini terjadi berikutan ucapan Perdana Menteri, Encik Goh Chok Tong di rapat Hari Kebangsaan 1997. Hasrat Aliman Hassan untuk memperlihatkan bahasa ibunda di kemuncak menjadi realiti setelah 27 tahun menanti. Semua kekecewaan yang pernah dirasai akibat perubahan polisi pendidikan akhirnya berubah menjadi satu sinar yang membawa seribu harapan. Sajak-sajak ciptaan Aliman Hassan bergerak sejajar dengan perkembangan sejarah pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda di Singapura. SANA Masalah sosial juga semakin berleluasa pada tahun 70an. Masyarakat Melayu merangkumi masyarakat yang tertinggi dalam jumlah penagihan dadah. Kaum wanita pula merupakan peratusan yang lebih tinggi dari kaum lelaki. Perkhidmatan Penasihat Muslim (SANA) pula tidak begitu berkesan memberi khidmat kaunseling. Begitu juga dengan Pusat DRC (Drug Rehabilitation Centre). Keluarga juga memainkan peranan untuk bekerjasama dengan pemerintah menolong golongan penagih yang terlibat. Masalah penagih ini semakin rumit kerana penagih-penagih tersebut yang telah dibebaskan terjerumus pula dalam jenayah-jenayah lain seperti mencuri, mencabul kehormatan dan lain-lain lagi. Mereka dipinggirkan masyarakat dan tidak dapat mencari pekerjaan. Pada akhir tahun 1979, hukuman yang lebih berat telah dikenakan kepada penagih-penagih dadah. Cara memberkas penagih diubah dan pendidikan agama mula diperkenalkan sewaktu penagih-penagih menjalani hukuman pemulihan. Sajak “Madat” yang dihasilkan oleh Zaihar merupakan sajak yang bertepatan dengan luahan perasaannya mengenai penagih-penagih pada ketika itu. PopYeh-Yeh dan Rock Belia-belia Melayu pada ketika itu juga amat ketara terpengaruh dengan budaya-budaya Barat. Muzik pop yeh-yeh dan rock menjadi perhatian mereka. Mereka telah dipengaruhi budaya kuning lantas mereka mula berpakaian seperti penyanyi-penyanyi yang diminati dan seringkali dianggap sebagai idola mereka. Pengaruh muzik barat juga telah mengakibatkan pergaulan bebas yang secara tidak langsung mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Sajak “Bogel” yang ditulis oleh Ismail Mahmud mencerminkan keadaan golongan belia pada waktu itu. Minah Karen Ramai wanita Melayu pada ketika itu bekerja di kilang-kilang lantas mendapat gelaran minah kilang. Akibatnya ramai kaum lelaki atau pemimpin di dalam sesebuah rumah tangga tidak keluar bekerja. Karya-karya sastera seperti “Minah Kilang” yang dihasilkan oleh Saniah Rahmat dan “Gadis Kilang” yang dihasilkan oleh S.Yamin memperkatakan mengenai kaum wanita berkenaan. Penempatan Semula Banyak karya sastera pada waktu itu juga mencerna mengenai perkembangan pesat yang dialami negara Singapura khususnya dalam hal perumahan. Rakyat Singapura mula berpindah ke rumah-rumah pangsa. Masyarakat Singapura menghadapi satu pergolakan yang telah

68 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

merubah cara hidup mereka. Perubahan ini telah menimbulkan pelbagai masalah lantas menjadi tapak permulaan yang membentuk masyarakat Singapura baru. Karya sastera seperti “Rumah Kampung Rumah Pangsa” yang dihasilkan oleh Fuad Salim dan “Penghulu yang hilang segala-galanya” oleh Suratman Markasan merupakan diantara karya sastera yang membincangkan mengenai masalah pembangunan. Mereka terpaksa berpindah ke rumahrumah pangsa. Ramai dikalangan masyarakat Melayu setempat tidak mempunyai pendidikan tinggi. Keadaan pembangunan ini telah mengakibatkan rakyat terpaksa bekerja keras dan sesetengah daripada mereka sering bekerja lembur sehingga tidak punya masa untuk berada di rumah. Masalah keluarga mula tercetus ekoran perpindahan tersebut. Keluarga seolaholah berpecah belah kerana ramai kurang mampu menanggung perbelanjaan keluarga di samping membawa ibu bapa mereka bersama. Rumah Tumpangan Orang-Orang Tua Pemerintah terpaksa mendirikan beberapa buah rumah tumpangan untuk orang-orang tua yang terbiar. Langkah yang diambil pemerintah juga secara tidak langsung menangani masalah orang-orang tua yang mengemis di tepi-tepi jalan demi penakatan. Pelbagai masalah timbul demi penakatan. Anak-anak sanggup menyingkir ibu bapa mereka. Ibu bapa yang sibuk keluar bekerja pula terpaksa berdepan dengan masalah anak-anak remaja mereka terjebak dalam pelbagai jenayah. Golongan ibu bapa ini kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka lantas ada dikalangan anak-anak tersebut telah keluar bekerja sebagai pelayan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Melayu dan Agama Ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak mereka terhadap pembelajaran agama. Oleh itu, banyak masalah yang timbul kerana masyarakat pada masa itu masih jahil tentang pengetahuan agama. Pada tahun 1970an, masyarakat Melayu setempat telah mula mendirikan masjid. Kursuskursus agama pula telah diperkenalkan di masjid-masjid. Anak-anak di kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai pendidikan tinggi, lantas, mereka susah mendapatkan pekerjaan yang mantap. Mereka yang menganggur ini mempunyai banyak masa lapang, oleh itu, ada di kalangan mereka yang terpengaruh lalu mengambil dadah. Ada juga yang terlibat dalam jenayah lain seperti mencuri. Kadar kes pencurian pada waktu itu bertambah. Mendaki Berdasarkan perangkaaan tahun 1980, hanya 5.3% orang Melayu yang mempunyai pendidikan peringkat menengah. Bilangan besar orang-orang Melayu menjawat jawatan rendah. Masyarakat Melayu dikatakan masih mundur pada ketika itu. Sajak “Jelaga Sebatang Rokok” yang dikarang oleh Noor S.I mengetengahkan isu pemodenan yang dialami masyarakat setempat. Masalah sosial masih berleluasa. Bilangan penagih meningkat, budi bahasa di kalangan remaja merosot, bilangan perceraian bertambah meningkat. Wanita yang bekerja di kilang mula hilang harga diri dan bermain kayu tiga. Mendaki telah ditubuhkan untuk menangani masalah pendidikan. Tanggungjawab Mendaki ialah untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Melayu. Banyak usaha telah dijalankan untuk mempersiapkan penuntut-penuntut Melayu mengikuti pelajaran universiti. Karya sastera yang dihasilkan oleh Ahmad Affandi Jumari banyak membincangkan perihal yang terjadi pada tahun tersebut.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 69

KBE Pemimpin-pemimpin menggalakkan ibu bapa agar peka akan pendidikan anak-anak mereka. Masyarakat sering diingatkan agar pentingnya pendidikan ukhrawi dan duniawi. Mereka juga digalakkan agar menuntut ilmu sepanjang hayat. Ilmu mencerminkan identiti seseorang. Dasar KBE (Pendidikan berteraskan ilmu) yang dilahirkan pada tahun 1990an, menjadi obor galakan masyarakat untuk senantiasa menuntut ilmu sepanjang hayat. Agama Islam yang memberatkan idea sedemikian ke atas umatnya menyeru agar “Menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad”. Malangnya masih banyak yang kurang faham akan ungkapan tersebut. Karya yang dihasilkan oleh Ida Susila Suandi yang bertajuk “Harta” membicarakan mengenai keadaan masyarakat yang masih jahil. Penulis menerangkan bahawa harta bukan penentu bagi semua masalah. Harta yang boleh diperolehi di dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Harta yang dimaksudkan akan berpisah daripada manusia apabila mereka meninggalkan dunia kelak. Tiada guna harta benda yang banyak jika tidak melengkapkan diri dengan pengetahuan agama. Sesal kenudian hari tiada gunanya. Penyajak juga menegaskan bahawa harta dunia hanyalah buat sementara; Hartaku juga ialah si ilmu yang telah dan akan dipikul di bahu tiada apa yang dapat menghakisnya selagi ia tetap di dada Hartaku juga adalah agama yang membendung tekad dan usahaku untuk mencintai apa yang ada di depan mata di dalam jiwa Sajak “Kalau Gagal” yang ditulis oleh Abdul Ghani Hamid pada 16 Mei 1999 memberi sokongan moral kepada masyarakat Melayu/Islam. Ketika menghadapi kegagalan jangan menyerah jangan melutut mohon rahim jangan tangis diruntun kecewa Kalau memang satu kegagalan itu adalah satu kekurangan itu adalah satu kegelapan belum pasti perjalanan hayat Sajak ini bermaksud tidak ada kegagalan kecuali akan kehendaknya. Kita tidak harus mengalah jika gagal malah menjadi dorongan untuk lebih berjaya. Usaha yang gigih pasti akan memperolehkan kejayaan. Di samping itu, kita sebagai seorang Melayu/Islam wajib mematuhi perintahNya agar kehidupan ini lebih diberkati. Globalisasi Masalah sosial masih berleluasa hingga ke tahun 2000. Malah, masalah sosial yang dihadapi masyarakat Melayu setempat semakin rumit. Trend ini tidak pernah susut malahan bertambah dengan kecanggihan teknologi. Berdasarkan sajak yang dicetak dalam akhbar bertarikh 9 haribulan Julai tahun 2000, penulis ingin menggambarkan sikap dan masalah remaja. Haji Djauhar menulis sajak yang bertajuk “Seekor Penyu dan Seorang Manusia”. Penulis

70 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

menggambarkan seekor penyu seperti seorang manusia. Perjalanan hidup penyu disamakan seperti perjalanan seorang gadis remaja yang telah terlanjur. Saat-saat akhir dia akan pulang ke laut dia mencurahkan banyak air mata apakah nanti dia bakal bertemu kembali dengan anak-anaknya? Si gadis seolah-olah kesal seperti peribahasa “malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.” Sesal di kemudian hari juga tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur. Kesimpulannya, karya-karya sastera amat berhubung kait dengan perkembangan sejarah. Segala perkara yang baik dijadikan batu loncatan agar akan memperolehi sesuatu yang lebih berjaya kelak sementara perkara yang kurang disenangi dapat dijadikan iktibar dan tidak akan diulangi pada hari muka. Objektif untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat setempat dapat tercapai jika masyarakat mengganding bahu untuk bekerjasama serta sejarah memainkan peranan sebagai pengajaran agar generasi akan datang tidak merasakan keadaan yang sama. Suratman Markasan pernah menghasilkan kumpulan cerpen bertajuk “Matahari Kota” pada tahun 1979 yang mengandungi 16 buah cerpen. Semua cerpen Matahari Kota berlatarbelakangkan masyarakat Melayu 1950an yang serba kekurangan dan dilanda kemiskinan. Dihadirkan Melayu jadi hamba abdi di tangan penjajah. Cerpen-cerpennya menyedarkan masyarakat Melayu untuk bangun merdeka. Tidak syak lagi pandangan menghadirkan sikap anti kolonialisme. Kini, kita sudah merdeka lantas cerpen-cerpen itu menjadi wahana perjuangan penulis dan sastera menjadi agen pembebasan.

Bibliografi
Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002 i Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura

Ahmad Affandi Jamari 1999. Hidup Seribu Tahun. Singapura.Angkatan Sasterawan 50 Ahmad Awang 1999. Detik-Detik Masa.Singapura. Angkatan Sasterawan 50 Suratman Markasan 1981. Puisi Temasik. Singapura. Angkatan Sasterawan 50 Suratman Markasan 1991. Perempuan Kerudung Hitam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Suratman Markasan 1992. Terminal Terakhir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Jeem & Muhd. Salihin Sulaiman 1999.Dari Dua Dunia. Singapura. Angkatan Sasterawan 50 Akhbar Berita Harian dan Berita Minggu ii Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis

Megadona 2002. Zuriat. Singapura. Pustaka Nasional Pte Ltd. Suratman Markasan 1989. Tiga Warna Bertemu – Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Berita Harian dan Berita Minggu www.mendaki.org.sg iii Karya Sastera Menyusur Sejarah

Mohamed Pitchay Gani BMAA. Sastera Sebagai Alat Memantau Kepentingan Sejarah dan Perkembangan Masa kini. Dlm Majalah Sekata terbitan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Tahun 3, September 2002 Mana Sikana. Sastera Singapura Mutakhir : Satu Pengamatan Awal. Kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu, Plaza Hotel, Singapura pada 1-3 September 2002 anjuran NIE. Berita Harian dan Berita Minggu. http://search.yahoo.com/bin/search?p=konfrontasi+malaysia-indonesia

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 71

SASTERA KREATIF

Cerpen

PAK LANG DALANG
Mohamed Hizammuddin Bin Mohamed Yusof Pak Lang sangat digeruni pemain-pemain gasing daerah Gurun Pasir. Gurun Pasir ini mempunyai satu gelanggang permainan gasing. Pak Lang juga membela seekor burung helang berkepala botak yang sentiasa menyerbu pemain-pemain gasing apabila sesuatu peraduan gasing sedang diadakan. Pak Lang telah mengikut jejak ayahnya dengan menjadi seorang ketua kampung di Kampung Pusara. Tuk Lang, ayah Pak Lang, juga merupakan jaguh bermain gasing di daerah Gurun Pasir itu. 12 tahun lepas, Tuk Lang mengarahkan orang-orang kampungnya untuk bertarung main gasing bersama ketua kampung Desa Daun Qari. Desa Daun Qari terletak berdekatan gelanggang gasing yang berpasir. Pertarungan itu terlalu hebat sehingga mengakibatkan orang-orang kampung kedua-dua belah pihak tercedera ataupun mati disebabkan bertempur. Namun demikian, Rombongan Tuk Lang tetap menang kerana diberi bantuan oleh adikberadiknya seramai empat orang. Mereka adalah Rusdi, Rancis, Manchi dan Mat Geris. Kelimalima beradik ini diibaratkan seperti hulubalang lima beradik. Mereka akan sama-sama menyokong di antara satu sama lain sekiranya terdapat kampung-kampung lain yang ingin menguasai arena bermain gasing. Jika terdapat satu kampung yang dilanda keganasan oleh kampung lain semasa bermain gasing, kelima-lima beradik ini akan campur tangan dan berusaha meredakan keadaan. Malangnya, campur tangan itu bukan secara percuma. Kampung-kampung yang diselamatkan atau diberi perlindungan terpaksa akur dengan memberi keutamaan berurusan jual beli barang-barang keperluan kepada kelima-lima beradik ini. Kali ini, Pak Lang ingin bertarung dengan ketua dan penduduk-penduduk Kampung Desa Qari kerana mereka dikatakan mempunyai cara rahsia untuk menundukkan pihak lawan. Pak Lang berpidato di seluruh daerah Gurun Pasir demi mendapatkan sokongan. Malangnya, keempatempat pakciknya yang lain enggan turut serta dalam pertarungan kali ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada sebarang hasil yang boleh diperoleh. Lagipun, mereka sendiri sedang bersusah payah untuk mencari nafkah demi sesuap nasi untuk ahli-ahli keluarga dan penduduk-penduduk di kampung masing-masing. Pak Lang merupakan saudagar minyak pelincir di kampungnya tetapi perniagaannya itu tidak membuahkan hasil. Pendapatan keluarga dan penduduk-penduduk kampungnya semakin berkurangan semenjak dua menara yang diperbuat daripada konkrit di pertengahan kampungnya roboh akibat bedilan meriam buluh oleh kumpulan Mas Den, yang tidak diketahui di mana kelibatnya sekarang. Menara kembar itu sebenarnya lambang kemakmuran di Kampung Pusara. Pak Lang mendapat tahu bahawa, Kampung Daun Qari banyak menyimpan hasil-hasil minyak pelincir. Oleh itu, penduduk Kampung Daun Qari semakin digeruni penduduk-penduduk kampung lain kerana gasing-gasing mereka ligat berpusing disebabkan dibubuhi minyak pelincir di bahagian paksi. Maka, Pak Lang menjadi iri hati lalu mengarahkan orang-orang kampungnya mengepung kawasan Kampung Daun Qari. Pak Lang kini berhati-hati kerana dia mendapat khabar bahawa ketua Kampung Daun Qari iaitu Pak Dam, ada membuat sejenis cecair yang boleh menghakis logam pada gasing-gasing pihak lawan. Pak Lang bertekad untuk menyerang Pak Dam dengan menggunakan cecair itu sebagai alasan. Pak lang berpidato kepada penetap-penatap Gurun Pasir bahawa kaedah itu berbahaya dan melanggar undang-undang permainan gasing yang telah mereka lakarkan bersama selepas pertarungan 12 tahun yang lalu. Undang-undang ini melarang mana-mana kampung mengusahakan dan menyimpan bahan-bahan perosak yang boleh menjahanamkan gasinggasing pihak lawan secara besar-besaran. Pak Dam memberitahu kesemua yang bermastautin

72 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

di Gurun Pasir bahawa kampung halamannya tidak menyimpan bahan-bahan perosak seperti mana yang dikatakan Pak Lang. Tambahan pula, dia tidak bersubahat apatah lagi mempunyai hubungan dengan Mas Den yang lenyap entah ke mana. Ramai penduduk kampung lain di Gurun Pasir itu membantah cadangan Pak Lang untuk menyerang Pak Dam kerana mengasihani anak-anak kecil tidak bersalah yang pasti akan turut terkorban jika tercetus serangan. Mereka juga mempercayai bahawa Pak Dam tulus orangnya. Pak Dam tidak sekali berdecit pun selepas tamat serangan ke atas kampungnya 12 tahun yang lepas. Pak Dam bermain gasing secara biasa tetapi kemahirannya bermain gasing begitu terserlah dengan adanya minyak pelincir yang sentiasa dibubuh bahagian paksi setiap gasing supaya ia boleh berputar lama dengan ligat. Kampung Pusara akan menjalani undian untuk memilih ketua baru pada tahun depan. Maka, sekiranya Pak Lang berjaya menakluki dan menguasai perusahaan minyak pelincir di Desa Daun Qari, ia akan memulihkan keadaan ekonomi di kampungnya. Pak Lang pasti akan meraih undian yang banyak disebabkan itu. Tambahan pula, perniagaan minyak pelincirnya akan bertambah maju kerana dia akan menguasai pemasaran minyak pelincir gasing sepenuhnya. Walaupun pakcik-pakcik Pak Lang menasihatkannya supaya jangan berdegil untuk beradu kemahiran bermain gasing dengan Pak Dam, Pak Lang tetap berdegil. Dia berhujah bahawa kemahiran Pak Dam perlu dikekang untuk kebaikan rakyat Gurun Pasir secara sejagat. Lagipun cecair perusahaan Pak Dam akan membinasakan gasing-gasing mereka. Sepatutnya, Persatuan Barang Bagus akan menentukan sama ada tindakan perlu diambil ke atas Pak Dam. Persatuan Barang Bagus mengarahkan Pak Lang supaya bersabar kerana pihaknya akan memeriksa jika khabar bahawa Pak Dam mempunyai perusahaan cecair perosak itu dapat disahihkan. Persatuan Barang Bagus adalah persatuan yang menetapkan sebarang undang-undang di Gurun Pasir. Arahan itu tetap tidak diambil peduli oleh Pak Lang. Semakin ramai rakyat Gurun Pasir berpendapat bahawa rancangan Pak Lang persis ada udang di sebalik batu. Semakin ramai membantah termasuk penduduk-penduduk Kampung Pusara sendiri. Mereka lebih rela menumpukan perhatian untuk menyelamatkan ekonomi kampung daripada membazir tenaga dan wang belanja untuk menentang Pak Dam. Pak Lang telah menempatkan orang-orangnya di gelanggang gasing yang terletak di timur tengah Gurun Pasir. Pasti Pak Lang akan menyerang kerana telah membelanjakan banyak wang untuk persediaan itu. Nampaknya, Pak Lang masih berdegil seperti Tuk Lang. Bapak borek anak rintik. Sama ada tujuan Pak Lang betul-betul demi memberi perlindungan keselamatan pemain-pemain gasing lain mahupun keterangan Pak Dam bahawa dia tidak mempunyai bahan cecair perosak, satu persoalan sangat ketara iaitu siapakah pengganas yang sebenar. Jika dahulunya, gerakgeri Pak Dam dikhuatiri dan disyaki mata rakyat Gurun Pasir, kini mereka merubah haluan ke arah Pak Lang. Semakin Pak Lang mendesak konco-konconya untuk menyerang semakin itulah dia dilihat sebagai pengganas manakala Pak Dam terkerisin melihat telatah Pak Lang yang tak ubah seperti seorang kanak-kanak yang mati-mati mahukan kemahuannya dituruti. Bahang krisis ini tetap merecik ke halaman kampung lain yang menjadi semakin berhati-hati. Pak Lang sudah memberi amaran demi amaran supaya Pak Dam menghapuskan simpanan cecair perosak besi itu tetapi Pak Dam tidak mengendahkan amaran itu. Pak Dam berkali-kali mengatakan bahawa dia tak pernah mengusahakan dan menyimpan cecair seperti apa yang dituduh oleh Pak Lang. Lagipun, Persatuan Barang Bagus telah menghantar lima orang untuk memeriksa kampung halaman Pak Dam. Mereka juga bersetuju bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Pak Lang hanya melulu tanpa asal usul periksa. Pak Lang mengambil keputusan bahawa dia akan tetap menyerang Desa Daun Qari walaupun tanpa kebenaran Persatuan

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 73

Barang Bagus mahupun sokongan daripada kampung-kampung lain kecuali ketua Kampung Barat. Sedang orang-orang Kampung Pusara dikerahkan ke sana, ketua gempur Pak Lang berbalah dengan ketua gempur Kampung Barat kerana orang-orang Kampung Barat tercedera sebelum bertarung gasing pun. Mat Geris, ketua Kampung Barat, Mat Geris yang sebulat suara mahu menyertai pertempuran itu dikutuk pula oleh penduduk-penduduknya. Mat Geris bagai dipanggang apabila para penduduknya menyoal bertubi-tubi tentang motif sokongannya itu. Sementara Pak Lang sibuk mengaturkan serangan ke atas Pak Dam, dia gagal melindungi Kampung Selat Tin daripada ditunjal oleh Pak Ron, ketua Kampung Selari. Sungguh ironi sikap Pak Lang yang menabalkan dirinya sebagai tunggak keamanan Gurun Pasir. Rupa-rupanya, orang-orang Pak Ron giat menyumbang kepada dana perniagaan Kampung Pusara. Dalam suasana hiruk piruk itu, Manchi menabalkan salah seorang anak buah pilihannya sebagai ketua baru Kampung Agan. Nakchi menyokong arahan Persatuan Barang Bagus supaya serangan ke atas Desa Daun Qari dibatalkan. Nakchi juga berjanji bahawa dia akan menaikkan ekonomi kampungnya dan juga menjadikan ia sebuah kampung yang giat berniaga di samping menjadi kampung yang termasyhur di seluruh daerah Gurun Pasir. Nakchi berpendapat walaupun mereka golongan bermata sepet dan berkulit kuning, kekurangan itu harus diatasi demi penakatan mereka di hari muka. Tidak seperti Pak Lang yang gilakan kuasa dan mementingkan diri sendiri sementara asyik ketawa terbahak-bahak dan terbatuk-batuk oleh asap cerut yang dihisapnya. Seorang dalang petualang.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~ ANTA-BERANTA Usahlah Dicaci,dikeji Kiranya silam bernoktah hitam Selaput noda membuai rasa Alpa dalam fantasi dunia. Usahlah Dihina, dinista Tatkala langkah ke depan Kecundang di tengah Naluri dan visi tiada mencegah Bila hasrat disekat Bila jiwa tergugat Anta-beranta menunjuk rasa Laku dahulu baru minda Inikah waad fitrah? Resan mereka menjawab apa? Tuding-menuding tanpa usaha Yang tersepit adalah kita Lemah dalam menilai segala... Dewi Nurazlin Binte Aziz

74 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Cerpen

SASTERA KREATIF

HUKUMAN
Ummikalthum Basheer Perasaannya tidak menentu. Fikirannya bercelaru. Di saat itu, Azman bagaikan dalam dilema. Tidak pasti akan apa yang patut dia lakukan. Dia tidak berdaya untuk lepas tangan mengenai perkara itu. Dia mesti bertanggungjawap. Hari itu Azman tidak terus pulang ke rumah. Dia singgah di sebuah kedai minuman untuk menghirup secangkir kopi panas. Dia ingin bersendirian kerana jiwanya harus ditenangkan. Tanpa disedari, seorang tua berjanggut putih yang terbongkok-bongkok datang lalu duduk semeja dengannya. Lelaki tua itu menegurnya dengan menjemput dia minum. Azman memberikan senyuman ikhlas lalu memandang keadaan sekeliling. Dia dapati, banyak meja lain yang kosong tetapi orang tua itu memilih untuk duduk bersamanya. Mungkin orang tua ini tidak mahu duduk sendirian, bisik hati Azman. Azman tidak menghiraukan orang tua itu malah fikirannya melayang lagi, mengingat kembali peristiwa yang berlaku di sekolah siang tadi. Dia tidak pasti apakah masalah yang menimpa anak muridnya, Zaidi. Kelmarin, Azman telah merotan murid itu kerana didapati mencuri wang rakan-rakan. Hari ini, dia terjumpa pula sekotak rokok di dalam beg murid itu apabila pengetua sekolah menyuruhnya memeriksa beg-beg sekolah anak muridnya kerana sepuntung rokok telah dijumpai di tandas murid lelaki. Azman tidak memberitahu pengetua sekolah bahawa terdapat sekotak rokok di dalam beg Zaidi. Sebaliknya, Azman ingin bertanya sendiri muridnya mengenai perkara itu. Namun kini, Azman tidak tahu sama ada dia patut menyerahkan murid itu kepada guru besar untuk dihukum atau dia sendiri harus menghukum murid itu. Azman tidak mahu nama baik murid itu terjejas kerana Zaidi merupakan seorang yang sangat cemerlang dalam pelajaran. Dia terang hati. Bukan sahaja dia pintar dalam mata pelajaran bahasa Melayu, malah dia juga selalu memperoleh markah yang tinggi dalam mata pelajaran yang lain seperti bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Apakah murid ini tidak serik dengan hukuman tempoh hari sehingga dia melakukan kesalahan lagi? Mengapa murid ini masih menafikan kesalahannya sedangkan bukti-bukti jelas di depan mata? Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh murid berumur sebelas tahun ini? Soalansoalan itu bermain di benak Azman lalu dia mengeluh. ‘Jadi pendidik itu bukan satu tugas yang mudah, Cu,’ tiba-tiba orang tua itu bersuara. ‘Apa dia, pakcik?’ Azman bertanya kerana kurang dengar lantaran dia baru tersentak dari lamunannya. ‘Dalam apa tugas sekalipun, kalau ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku, kita harus selidik dahulu. Tidak patut menghukum atau menuduh membabi buta. Inilah kelemahan orang kita. Tak mahu siasat dahulu jika suatu perkara berlaku tetapi lebih suka mendengar cerita orang lalu membuat andaian dan kemudian menghukum. Zaidi itu baik dan pintar budaknya. Berilah dia dorongan dan bimbingan. Dia boleh menaikkan nama bangsa kita. Janganlah terus percaya akan apa yang kamu lihat dan dengar. Siasatlah dahulu, baru buat keputusan. Sudah banyak masa berlalu meninggalkan kita tetapi anak bangsa kita yang naik belum juga ramai,’ orang tua itu berhenti bercakap lalu menghirup lagi tehnya.’ Dia terbatuk-batuk lalu menyambung kata-katanya lagi. Azman terdiam mendengar percakapannya.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 75

‘Bangsa kita susah nak naik bukan kerana orang lain tetapi angkara bangsa sendiri. Orang Melayu lebih suka memijak sesama sendiri untuk naik daripada berusaha lebih kuat demi majukan diri. Perkara ini sudah terjadi sejak dahulu lagi. Bukan baru sekarang, Cu. Jika hal ini tak berlaku, mungkin Hang Nadim tidak dihumban ke laut oleh raja. Mungkin Singapura masih menjadi hak Melayu hari ini. Kerana raja enggan menyiasat akan duduk perkara sebenar ,akibat terlalu yakin dengan hasutan orang kepercayaannya yang tamakkan pangkat dan harta, mereka tergamak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa yang boleh menaikkan martabat bangsa Melayu. Kebijaksanaan yang dikurniakan kepada Hang Nadim menyelamatkan rakyat dari serangan ikan todak telah terkubur bersama jasadnya di dasar laut Temasek angkara hasad dengki dan iri hati orang kanan istana’ Orang tua itu berhenti lalu menghabiskan tehnya. Azman tidak dapat mengucapkan apa-apa. Walau bagaimanapun, dia tahu, kata-kata orang tua itu benar belaka. Dia berasakan nasihat pemberian orang tua itu sangat berguna. Dia mahu berjumpa dan bercakap dengan orang tua itu lagi di lain hari.Orang tua itu meletakkan cawannya di atas meja lalu memandang ke langit. ‘Hari sudah makin larut, Cu. Pergilah pulang.’ Orang tua itu berkata sambil terketar-ketar ingin berdiri. ‘Pakcik, boleh kita bertemu lagi? Saya ingin berbual-bual lagi dengan pakcik jika saya ada masa. Siapa nama pakcik?’ tanya Azman ‘Nadim,’ jawap orang tua itu dengan ringkas. ‘Pak Nadim tunggu sekejap, saya nak ambil alamat Pak Nadim. Nanti, bolehlah saya ke rumah Pak Nadim bila senang.’ Azman menunduk, mencapai begnya lalu mengeluarkan sebatang pen dan kertas untuk menulis alamat Pak Nadim tadi tetapi orang tua itu sudah hilang dari pandangan sebaik sahaja Azman kembali ke posisi duduknya. Azman menoleh kiri dan kanan tetapi tidak berjaya mencari orang tua itu. Cawan bekas minuman orang tua itu juga turut ghaib. Azman pergi ke kedai yang menjual air lalu menanyakan jika penjual itu tahu ke mana arah orang tua itu pergi tetapi penjual itu mengatakan bahawa dia tidak melihat sesiapa menyinggah di kedainya melainkan Azman sendiri. Esok harinya, ketika Azman berjalan menuju ke bilik air, dia terdengar perbualan dua murid lelakinya di tandas murid. Dia bersembunyi di sebalik daun pintu untuk mencuri dengar perbualan mereka. ‘Hei, kali ni, aku nak ambil buku si Zaidi, dan koyakkan kerja rumah yang mesti dibuat semalam. Nanti, kalau Cikgu Azman periksa, dan dapat tahu kerja rumah itu tak ada, Cikgu Azman tentu akan marah Zaidi sebab tak buat kerja rumah,’ Ismail memberitahu Riduan tentang cadangannya. ‘Sudahlah tu, kalau nak bergurau pun, agak-agaklah. Nasib baik semalam Cikgu Azman tak cakap dengan pengetua yang dia jumpa rokok dalam beg Zaidi. Kalau tidak, mesti Zaidi kena hukum. Itu hari pun, kerana kau, dia kena rotan dengan Cikgu Azman. Kau ambil duit kawankawan semua semasa mereka pergi buat latihan jasmani, dan kau taruk duit-duit tu dalam beg Zaidi. Lepas tu Cikgu rotan tangan Zaidi kerana menyangkakan dia yang curi duit-duit tu.

76 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Kesian dia.’ Riduan cuba sedaya upaya untuk menasihatkan Ismail supaya kawannya itu berhenti menganiayai Zaidi. Ismail, dengan muka yang geram, berkata kepada Riduan, ‘ Aku memang sakit hati dengan si Zaidi tu. Aku hendak sampai dia kena buang sekolah. Selagi dia ada kat sini, aku tak boleh jadi murid terbaik. Macam mana aku nak jadi murid terbaik kalau dalam semua mata pelajaran, Zaidi yang angkat? Aku takkan berhenti selagi dia tak dibuang sekolah!’ ‘Mail! Tak baik kau buat macam tu. Zaidi tak pernah susahkan kau.!’ Riduan seakan memarahi Ismail. ‘Ismail! Riduan!’ teriak Azman. ‘Cikgu!’ sahut Ismail dan Riduan yang terkejut melihat guru mereka. ‘Jumpa saya lepas sekolah.Saya perlu bercakap dengan awak berdua!’ Azman beredar dari tandas itu dengan langkah yang keras. Di dalam hatinya, dia berbisik, ‘Aku akan mendidik mereka agar mereka berusaha sendiri jika mereka mahu maju dan bukan dengan memijak orang lain. Inilah janjiku. Aku berjanji, Pak Nadim.’ Wajah Hang Nadim terbayang.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

AMARAN BUATMU
Ghaib dari mata tapi hadirmu tak sepi Alim membisu tapi tangkas langkahmu untuk menumpaskan dunia Rintangan kau gagahi tak kenal siapa, tak kira bangsa ataupun di mana Bertemankan bayu kau mengorak langkah, tak pernah lesu Menyusup ke dalam jiwa mengalun irama... merdu? Bersama kuncu-kuncumu teguh, terus menjadi seteru Berpesta di singgahsana Apakah kau tak punya rasa meragut jiwa yang mendambakan bahagia? menoreh pilu di sukma mereka yang cinta? Kembaramu, bilakah hentinya? adakah sampai bila-bila? Nanti kau kan tahu bahawa kau takkan terus bermaharajalela Kini kau bertakhta, nanti kau kan merasa! Kuncuku akan meruntunmu hingga nestapa Kini kau menusuk senjatamu sewenang-wenangnya, tanpa nista berbayang di mata Tapi nanti kau kan tahu, yang mana kaca, dan yang mana permata! Sedepa kuncuku mara Nyahlah!! Hilang kau entah ke mana...

Karmila Bte Hussin

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 77

SASTERA KREATIF

Dialog

MELAYUKU: HANG MANAKAH KITA?
Shahrudin Salleh Sebaik sahaja Hang Jebat ingin menamatkan pencarian Hang Tuah, untuk menyelesaikan hutang lama! Jebat tiba-tiba tersentak. Matanya seakan-akan tidak mahu percaya. Tuah sedang berjalan di hadapannya sambil menekan-nekan telepon bimbitnya. Hang Jebat : Hei Tuah! Ewah, ewah, dah pandai bergaya kau ni ya? Dah lama kau ku cari... Hang Tuah : Eh Jebat, mana kau tahu aku ada di sini? Eh, mestilah bergaya. Zaman moden ni kan penuh dengan perubahan! Hang Jebat : Zaman yang berubah! Kita tidak sepatutnya berubah Tuah! Hang Tuah : Eh Jebat! Apa masalah kau ni hah? Aku tahu ramai orang yang bencikan kau! Kau jangan nak mengamuk tak tentu pasal lagi! Hang Jebat Biar aku dibenci orang, asalkan aku dapat perjuangkan Melayuku.

Hang Tuah : Hei Jebat! Kau dengar sini baik-baik. Tak ada gunanya kau mempertahankan orang Melayu. Tiga puluh tahun Hang Mah dah cuba, tapi tak berjaya-berjaya. Kita ikut saja cakap dorang. Hidup senang!! Hang Jebat : Itulah kau Tuah! Dulu, sebelum kau punya takhta, punya nama, semangat kau sebahang Krakatoa. Tapi setelah punyai sedikit, kau tak mahu menyumbang! Kau lupa pada janjimu, tekadmu. Kau memang mudah lupa Tuah! Kaumemang mudah lupa! Siapa yang berikan kau biasiswa itu, hah? Hang Tuah : Cis! Jangan jadi bodoh Jebat! Kalau kau mahu hidup senang, jangan susahkan orang. Jangan kau menganiaya orang yang tidak berdosa. Semuanya boleh dibawa berunding. Bukan dengan amarah yang dipandu nafsu. Terlajak perahu, boleh ditarik! Terlajak kata? Terlajak laku? Hang Jebat : Kau tak perasan ke Tuah, berapa punya susah orang kita nak pindah ke kampung kita ini? Kalau orang dia, fuh! Dahsyat! Kau sanggup melihat bangsamu dibayangbayangkan. Sedikit demi sedikit terpinggir, terkeluar, dan akhirnya pupus dari kampung kita. Hang Tuah : Apa puncanya Jebat? Hang Jebat : Sikap, Tuah! Sikap orang Melayu kita, Tuah! Hanya apabila kau dan aku bergabung... ‘berJebat di hati, berTuah landasan diikuti’. Kiambang Melayuku akan kembang selamanya. Hang Tuah : Dengan siapa kita mulakan Jebat? Hang Jebat : Guru! Perutusan Dialog ini dituturkan oleh dua watak terkenal hikayat klasik orang-orang Melayu; Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Tuah seperti yang telah termaktub di dalam Hikayat Hang Tuah, beliau merupakan seorang yang taat kepada pemerintah. Si Jebat pula merupakan seorang pemikir rasional, tetapi menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat sendiri. Setelah bertukar pandangan masing-masing, Si Jebat menghuraikan sekiranya Melayuku ingin hidup secara Halal, berfikirlah seperti Jebat, dan ikutilah corak perjalanan Tuah!
78 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Skrip

SASTERA KREATIF

SEPINTAS1
Farhana Binte Mohamed, Nor Hazurah Binte Mohamed Azhar, Nur Ain Binte Juma’at, Ruhaidah Binte Rahmat Babak 1 (Lampu dinyalakan. Persembahan tradisional, wayang orang serentak dengan permainan silat. Mantera dibacakan ala hip hop) Bumi: Bismillahi Sir, nafsu, kalbu Bismillahi, seteru, gagu pada waktu Hu, ya yangsiu Ya ya, yusiyangya : ada! Ha-na-ca-ra-ka Da-ta-sa-wa-la Nya-ya-ja-dha-pa Ma-ga-ba-tha-nga Bahasa! : karacanaha : walatasada : padajayanya : ngathabagama

Sir, nafsu, kalbu, nukat gaib, hu Allah, hu Ya, ya, ha, ha, ha, yusiyangya, ha Hidup, hu Ya, yangsiu yusiyangya: Manusia! Adam-Hawa, bahasa, hidup, raksasa-raksasa, ada! Lewat sajak, aku berkelana di rantau bahasa Hujan dan petir, banjir, sejarah darah dan bau hanyir Waktu meruangkan padaku Takhta, kekuasaan, wang dan syahwat Syurga-neraka! Babak 2 (Lampu dinyalakan. Api dan Manusia sedang duduk berpandangan) Manusia : Cantikkan... Tiada bandingannya. Banyak yang datang meredah hutan berbatu. Tak secantik yang ini satu. (Mengeluh) Saya memerlukan dia! : Dia akan membunuh kau. : Dia melindungi saya. Tidak kira penat lelahnya. Saya tidak mahu berpisah dengannya walau sedetikpun. : (Sinis) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. : Dia banyak berjasa kepada saya. Saya..saya…saya terhutang budi kepadanya. : Benar! Pernahkah kau terfikir dia itu pemusnah, pendengki, pengkhianat! Dia itulah punca pertelingkahan!

Api Manusia Api Manusia Api

1

Dipersembahkan dalam Pesta Peti Putih 2002 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 79

Manusia

: Dia tidak pernah berkasar dengan saya. Dia memberi saya ketenangan. Dia berada di samping saya bila-bila masa saya memerlukannya. Mereka yang malang sahaja tidak dapat menjamah kenikmatannya. : Kau ini bodoh! Hei... bukan satu, bukan dua…dia meragut ramai nyawa. : Mengapa terlalu cepat membuat kepastian? Kamu tidak pernah berkenalan dengannya….Walau jasadnya lebur binasa, baktinya kekal terkenang. : (Ketawa kecil) Hahahahaha, itu satu tanggapan yang salah. Aku cukup kenal dan sudah muak dengan perangainya. Bukan aku cemburu tetapi aku kurang senang.

Api Manusia Api

Babak 3 (Lampu dinyalakan. Api, Angin, Manusia dan Bumi sedang duduk berbincang. Angin bergerak seperti di dalam buih dan Bumi sedang merapikan sebuah pohon kecil di dalam pasu) Api : (Marah) Dia menghancurkan impian aku. Mengapa dia datang ke mari mengganggu tempat aku, menyekat keinginan aku, menghambat cita-cita aku..... Baru setahun jagung sudah pandai mengeruh caruh melangkah jurang. : (Bersetuju) Mengeruh caruh melangkah jurang... dia pendusta berbaju cantik. Semua fikirkan kerana dia sebagai pelindung, dia patut disanjung. Kerana selalu dipuja, selalu disembah dia tidak patut disanggah! : Mengapa kamu mencaci dan mengeji? Dia sumber kehidupan saya. Berjuta telah hidup tanpa cinta, tanpa tempat pelindung tetapi tidak satu pun yang pasti hidup tanpanya. : Kamu memuja-muja tanpa membuka mata. Sedarkah kamu dia memerlukan saya untuk memberi kamu ketenangan? Sudah terang lagi bersuluh saya yang harus mendapat tempat di hati kamu. : (Menyampuk) Angin bertiup memberi nyaman tidak harus lalu tanpa diberi penghargaan... kan! : Kamu memahami hati kecil saya. Saya sudah penat melayan karenahnya. Saya sudah tidak sanggup berhempas pulas, meniup bayu bak nyanyian senandung sutera kepada lautnya sedangkan... elok balut pengebat kurang! Dadaku berombak, jiwaku memberontak kerana tiada kebebasan. Saya ingin bebas!! : Mengapa? Kamu dan dia bak badan dan nyawa... bekerjasama membuahkan rasa. Lagipun, bukankah kebebasan itu akan merosakkan diri kamu sendiri? : (bernyanyi) Berbicara tetapi bisu Merasa tapi kosong dada Didengar tetapi tiada suara Aku wujud kau tak kisah Aku pasrah Membara Hati hiba Tiada cara Tiada kira

Angin

Manusia

Angin

Api Angin

Manusia Angin

80 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Api

: (Marah) Nasib kau bukan nasib aku! Aku akan merubah takdir yang bakal datang. Yang pasti, kuasa, kita ada. Aku akan menyemarakkan api kemarahan dan dia akan tahu siapa yang akan meraih takhta. : Saya harap biarlah siang terus memanjang, matahari tidak akan terbenam dan malam tidak akan datang. : Masakan kau dapat menentang perjalanan alam? Mengganggu dakapan awan dan bintang? Kamu tidak berdaya! : (Berpaling kepada Bumi) Mengapa selama ini Bumi membisu seribu bahasa? : Membisu seribu bahasa tidak bererti hati tidak berkata. Saya sudah bosan menyaksikan pancaroba kehidupan yang penuh dengan kepalsuan. Adakah mata kamu kekaburan diselindungi awan gemawan hinggakan matahari memancar terang tetapi kamu masih dalam kegelapan? Lupakah kamu akan erti kehidupan? Erti penghargaan? Kamu semua, ibarat kuman di seberang laut nampak tetapi pendusta di depan mata yang bertopengkan manusia, kamu tidak sedar! : Adakah Bumi yang di dalam kekaburan hinggakan manusia diibaratkan pendusta? Apakah manusia yang tersalah langkah? : (Tegas) Memang manusia yang tersalah langkah! Hinggakan jasadku terseksa dan batinku merana. Manusia membakar pohon meragut nyawa, mencabuli kesucian yang tersedia ada. Hinggakan atap pelindunganku semakin menipis dan tiada yang mengendahkannya. Itu yang kamu kata kamu memerlukan kita? Apa lagi yang kamu mahu? : Bumi berbicara seolah-olah manusia yang bersalah. Bukankah manusia dijadikan Tuhan untuk menikmati keindahan alam? Manusia hidup mesti meneroka! Itu yang nyata! Tidakkah jelas itu? : Kerana ego... manusia tidak habis memberi alasan untuk menyelindungi kelemahannya. Sedangkan kamu tahu kamu adalah punca segala-galanya. Nafsu kamu yang dilayari takhta, mencuba untuk berkuasa lantas kurniaan Tuhan dipergunakan untuk meraih keuntungan. Adakah patut rakus disamakan dengan nikmat? Apa yang kamu selindungkan?

Manusia Api Angin Bumi

Manusia Bumi

Manusia

Bumi

Babak 4 (Lampu dinyalakan. Bumi, Api dan Angin bergaduh) Bumi : (Tegas) Mereka tidak akan pernah puas!! Sedarkah kamu, kami ini diperalatkan tanpa ganjaran? Mengapa air yang suci dan luhur dipertikaikan? Sedangkan air menabur jasa memberi kehidupan tidak kira pangkat, nama mahupun harta. : Kau tidak pernah rasa kerana kau melindunginya! Dia itu pembunuh! : Apa kurangnya kamu? Hei.... kematian itu pasti akan datang cuma caranya sahaja yang berlainan. Saya bersifat adil. Saya bukan sekadar melindunginya tetapi saya diamanahkan untuk melindungi setiap kehidupan yang ada. Termasuk kamu! : (Sinis) Hmph! Menabur jasa atau Pak Turut? Tidak ada pendirian! Apa pula kita yang diperalatkan?

Api Bumi

Angin

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 81

Bumi

: Kamu berdua.... cubalah buka mata. Gunakan otak yang tersedia ada! (Menunjuk kepada Api) Kamu diamanahkan untuk memberi cahaya kepada kehidupan. Tetapi mereka menindas kamu untuk memuaskan nafsu mereka. Lalu mereka buang begitu sahaja tanpa menghiraukan masih ada yang kelaparan. : (Seperti tidak percaya) Saya diperalatkan? Jangan kau memandai-mandai! : Dan kamu (menunjuk kepada Angin), mereka menggunakan sahabat karib kamu ini (menunjuk kepada Api) untuk mencemarkan kamu. Bukankah kamu pernah berkata, kepulan asap hitam itu melemaskan kamu? Mereka kerana ingin tubuh mereka harum mewangi sanggup menggadaikan tempat perlindungan mereka sendiri!! Mengapa kita harus melindungi mereka jikalau mereka tidak melindungi kita? : Ya... Mengapa begitu sempit pemikiran saya, sehinggakan yang nyata menjadi kabur. Setelah sekian lama saya berbakti. Akhirnya saya yang dimusnahkan. Baru saya sedar mereka juga menggunakan saya untuk kerja-kerja permodenan. Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Tidak terlintas, saya dinodai. : Bukan itu sahaja, kau diperalatkan untuk meracuni kehidupan dan kebahagiaan orang lain. Dan aku.... aku diselindung di sebalik perjuangan! Mereka menggunakan aku untuk membunuh... memusnahkan.... penderitaan! (Menyesal, marah) Argh!!! Manusia! Manusia! Kau pengkhianat! Kita membanting tulang, mereka langkah goyah, hidup senang lenang, mereka mengaup keuntungan. (Seperti berfikir) Tetapi akhirnya mereka akan mati! Dilaknat! Kita yang rugi! Awas mereka!!

Api Bumi

Angin

Api

Babak 5 (Lampu dinyalakan. Manusia duduk di tengah dengan tembakau, kertas dan pemetik api) Manusia : Bumi... Api.... api.... api... (menghisap dan menghembus asap rokok) Angin...

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

82 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Komentar

SASTERA KREATIF

WAK CANTUK SALAH SIAPA?
Nurain Bte Mohd Salleh Isu kemunduran masyarakat Melayu ini sering kedengaran. Wak sedih benar kerana daripada dulu sampailah sekarang, isu ini seperti tidak terlerai. Asyik-asyik diperkatakan. Kadang-kadang naik bosan. Wak bukan apa…. sekadar hendak menyedarkan masyarakat. Mereka perlu tahu hakikatnya. Sebab kemunduran masyarakat Melayu kita ini bukanlah seperti apa yang ramai sangkakan. Ada yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu sengaja dipinggirkan oleh pemerintah yang majoritinya berbangsa Cina. Macam mana maju pun anak-anak Melayu kita, ganjaran atau pengiktirafan yang diberi tidak pernah setimpal. Peluang dan kesempatan yang ada pula, selalu terlepas daripada genggaman. Macam-macam tuduhan, macam-macam alasan… tetapi benarkah? Wak rasa kita tidak harus serkap jarang. Sememangnya, manusia mempunyai banyak kelemahan. Wak yakin benar salah satu daripadanya ialah sikap suka mengkritik dan menuding jari ke arah orang lain; sedangkan diri sendiri belum tentu terurus. Inilah dia…, kata dulang paku serpih, kata orang, dia yang lebih. Hmmm, Wak berpendapat bahawa kemunduran kita berpunca daripada kesalahan kita sendiri. Wak bukan suka-suka menuduh. Cuba fikirkan. Bagaimana seluruh masyarakat hendak maju kalau masyarakat itu sendiri tidak mahu menyokong dan menghormati sesama sendiri? Kebanyakan orang kita sendiri memandang rendah terhadap kebolehan masyarakat Melayu. Melayu bodoh? Melayu layu? Melayu kayu? Astaghfirullah… Wak dapat tahu yang kebanyakan ibu bapa memandang rendah terhadap guru-guru bahasa Melayu. Ini bukan cubaan, ini betul-betul! Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi menurut salah satu daripada makalah-makalah yang telah dibukukan, hal ini amat benar. Haa, Wak dapat tahu daripada buku “Melayu Singapura dalam kritikan”, ada yang menganggap guru-guru bahasa Melayu tidak setanding atau sehebat guru-guru lain, apatah lagi guru bahasa Inggeris. Bahkan, ada yang sanggup mengatakan bahawa guru-guru bahasa Melayu ‘bengis’, ‘garang’, ‘tak boleh sikit lebih kurang’ dan ‘suka jaga tepi kain atau bawah ketiak orang’. Takkanlah sampai jaga bawah ketiak… Aduh… masam! Tanggapan dan perasaan negatif ini perlu dihakis agar tidak menular menjadi satu stigma atau penyakit sosial. Kita harus cuba memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru. Mereka pun berkaliber juga. Mereka yang mampu memahami hati, nilai dan budaya orang Melayu. Sepatutnya kita harus bekerjasama dan memberi sokongan kepada mereka demi menghasilkan pelajar-pelajar Melayu yang baik; bukannya mengutuk. Wah! Bukan main lagi Wak membela guru-guru bahasa Melayu kita….Bukan itu sahaja, sikap ‘endah tak endah’ jangan sekali-kali diamalkan. Apa-apa yang berhubung rapat dengan perkembangan masyarakat Melayu harus diambil peduli. Jangan buat bodoh sahaja. Secara tidak langsung, apa yang berlaku itu memberikan kesan kepada kita. Akhir sekali, sentiasalah menyokong bakat-bakat Melayu tempatan. Bukan dari segi hiburan sahaja, malah dalam apa-apa segi pun seperti dalam bidang sastera, pendidikan dan budaya. Wak harap, pada suatu hari nanti kita akan mula bercerita tentang kemajuan Melayu. Bukan sekadar sekali dua atau kemajuan yang kecil, tetapi kemajuan cemerlang yang sering dikecapi sehinggakan kita naik bosan mendengarnya. Tak apa, ini bosan positif......

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 83

SASTERA KREATIF

Komentar

NONA MANIS APA NAK JADI ?
Mardalina Bte Mohd Nossi Nampak gaya para remaja kita pada zaman ini semakin hari semakin berani. Bukan berani dari segi mempertahankan diri ataupun apa, tapi mereka kini lebih berani dalam tidak mendengar nasihat ibu bapa mereka. Ada juga yang pula berani membantah cakap ibu bapa mereka. Nona dengar-dengar ada juga yang sekarang ini bukan main berani lagi melemparkan katakata lucah terhadap orang tua mereka. Sedih juga Nona mendengarnya. Mereka semua itu tak sedarkah, tanpa ibu dan bapa mereka, mereka tak akan hidup dalam dunia ini. Apalah nasib agaknya ibu bapa yang ada anak remaja seperti mereka itu ya? Remaja zaman ini juga diibaratkan seperti tida bermoral lagi. Apa nak jadi agaknya kepada mereka semua ini. Adakah ini generasi muda yang bakal mengganti generasi lama seperti kita? Sesungguhnya kalau benar, nampak gaya teruklah dunia pada masa akan datang nanti. Selain dari maki hamun, Nona ada dengar-dengar kononnya remaja-remaja sudah tidak tahu menghargai maruah mereka. Apa yang Nona maksudkan, mereka itu semua dah pandai melakukan seks bebas. Kalau tidak silap Nona, dalam laporan akhbar beberapa hari yang lalu, terdapat sekumpulan remaja di Kuala Lumpur yang menggelarkan diri mereka sebagai “punk.” Katanya, kumpulan tersebut mengamalkan seks bebas sesama anggota mereka. Ish..Ish…Berani betul ya remaja zaman sekarang. Mereka tidak takut dosa agaknya. Sekiranya perkara ini berlanjutan, nampak gaya semakin ramailah anak luar nikah di kalangan masyarakat kita. Astaghfirullah. Seks dan sikap remaja telah pun Nona sentuh. Sekarang, Nona ingin sentuh sedikit mengenai cara pemakaian para remaja kita hari ini. Sebenarnya, Nona tengok seram juga cara mereka meragakan pakaian mereka. Ada di kalangan mereka itu yang memakai bukan main ketat lagi sehinggakan nampak bentuk badan mereka. Ada pula yang seperti tidak cukup kain. Kalau di tanya mereka mengapa pakai seperti itu, jawapan yang akan diberi kononnya ikut trend. Kalaulah apa yang dijawab oleh mereka itu kerana mengikut trend, ianya tidak mustahil sekiranya pada masa akan datang, remaja kita merambu di luar dengan tidak berpakaian langsung. Peliknya, pakaian yang seperti tidak cukup kain itu, mereka sanggup membelinya walaupun mahal. Tidak silap Nona, ada baju yang digayakan mereka itu berharga semahal $100 sedangkan Nona boleh beli di pasar malam dengan harga hanya $10. Menurut remaja kita, kononnya baju yang dipakai mereka itu ada stail dan berjenama. Selain pakaian mereka, seram Nona tengok remaja zaman sekarang. Apakan tidak, yalah cucuk tang sana, cucuk tang sini. Eeee….Geli Nona tengokkan. Mereka seolah-olah telah merosakkan anggota tubuh mereka. Maklumlah, mereka tebuk tang lidah, berlubang sampai 4-5 di kuping mereka. Ada pula yang seperti lembu, tebuk tang lidah. Ish…ish…hairan Nona tengok mereka semua. Tak sakit ke? Kalaulah, sedang mereka makan satu hari….ha, tertelan subang yang dicucuk di lidah, tidakkan membawa maut itu namanya. Bingung dan hairan Nona dibuatnya bila tengok remaja zaman sekarang. Apalah nak jadi pada mereka pada masa akan datang agaknya ya. Kepada anak-anak remaja lain, Nona berharaplah tersangat, tolong jangan lakukan perkara-perkara yang Nona katakan tadi.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

84 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful