You are on page 1of 4

SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN HAFAZAN

1.1 Kategori
Pandu Puteri Tunas

1.2 Peraturan Pertandingan

1.2.1 Peserta mesti lah ahli Pandu Puteri Tunas yang telah berdaftar di mana-
mana pasukan Pandu Puteri Tunas di negeri Selangor.
1.2.2 Peserta dikehendaki hadir ke tempat pertandingan selewat-lewatnya 15
minit sebelum masa pertandingan dijalankan.
1.2.3 Peserta hendaklah menghadirkan diri apabila tiba gilirannya dipanggil oleh
Pengerusi Majlis. Peserta yang gagal menghadirkan diri setelah 3 kali
panggilan dilakukan tanpa sebab yang munasabah dianggap telah
menarik diri.
1.2.4 Peserta hendaklah bertanding dengan mematuhi semua syarat dan
peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pengerusi atas nasihat
pegawai teknikal hafazan berhak untuk membatalkan penyertaan mana-
mana peserta yang gagal berbuat demikian.
1.2.5 Peserta yang telah selesai gilirannya, tidak dibenarkan untuk
meninggalkan tempat/dewan pertandingan sehingga pertandingan selesai
dijalankan.
1.2.6 Keputusan pertandingan akan diumumkan pada waktu yang telah
Ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

1.3 Pengundian Peserta

1.3.1 Peserta dikehendaki mendaftar diri 30 minit sebelum pertandingan


dijalankan.
1.3.2 Undian bagi menentukan angka giliran untuk membaca akan diadakan
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.
1.3.3 Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran nombor
undian tidak dibenarkan.
1.3.3 Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
Cabutan undi boleh dilakukan oleh peserta sendiri atau Ketua Kontingen.
1.3.4 Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk mengundi bagi pihak peserta
sekiranya keadaan memerlukan.
1.4 Surah-Surah Bacaan

1.4.1 Peserta akan mengundi surah yang akan dibaca dari 3 pilihan surah di
bawah
i) Surah ke 39 : Ad-Duha
ii) Surah ke 98 : Al-Bayyinah
iii) Surah ke 100 : Al-Adiyat

1.5 Bentuk Pertandingan / Ujian

1.5.1 Setiap peserta diuji bacaan Al-Quran secara Hafaz dengan lisan melalui
beberapa ayat dari surah yang ditetapkan dengan lancar serta mengambil
kira hukum-hukum seperti berikut :
- tajwid
- hafaz dan lancar
- fasohah
- suara
Contoh : Peserta diminta menjawab dengan mengulang atau
menyambung ayat

1.5.2 Sekiranya peserta gagal meneruskan ayat hafazan, maka ujian akan
ditamatkan.
1.5.3 Sekiranya peserta terhenti dengan sebab tidak mengingat ayat
seterusnya,hakim hendaklah memberitahu dengan mengingatkan
beberapa potongan ayat sahaja.
1.5.4 Peserta yang tersilap membaca hendaklah diingat dengan membuat
ketukan dahulu.
1.5.5 Hakim pada bila-bila masa boleh menamatkan bacaan peserta setiap
ayat/surah yang telah ditetapkan atau bacaan pada keseluruhannya
jika difikirkan perlu.
1.5.6 Hakim akan membantu 2 kali sahaja dan menamatkan ujian bacaan
peserta yang gagal meneruskan bacaan soalan tersebut.
1.5.7 Peserta hanya boleh meminta hakim mengulang soalan sekali sahaja.
1.5.8 Sekiranya berulang kesalahan tersebut,hakim munabbih hendaklah
memberitahu kesalahan tersebut.

1.6 Masa Bacaan

1.61 Setiap peserta akan membaca selama 2 minit atau 10 baris ayat bagi
setiap soalan
1.6.2 Setiap peserta akan menjawab 3 soalan yang disediakan.
1.6.3 Bacaan yang melebihi masa tidak akan dikira.

1.7 Bentuk Bacaan


1.7.1 Peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan Hafs An Ashim toriq
As-syatibi
1.7.2 Peserta dikehendaki membaca dengan bacaan(tadwir) sahaja.
1.7.3 Peserta hendaklah membaca dengan menggunakan 2 lagu.
1.7.4 Bentuk soalan adalah seperti berikut :
- Bacaan awal surah.
- Menyambung bacaan ayat.
- Mengulang dan menyambung bacaan ayat.

1.8 Pakaian Peserta

1.8.1 Peserta hendaklah berpakaian uniform lengkap pandu puteri tunas dan
bertudung sempurna.

1.9 Cara Penghakiman.

1.9.1 Penghakiman hafazan dibahagikan kepada empat bahagian.

Tajwid - 20 markah
Hafaz dan lancer - 55 markah
Fasohah - 15 markah
Suara - 10 markah

1.9.2 Bahagian yang dihakimi adalah:

a) Bahagian Hafaz dan lancar - 55 markah.


Perkara yang akan dihakimi adalah seperti berikut:
Bacaan berulang-ulang dipotong 1 markah.
Bacaan terhenti-henti dipotong 1 markah.
Bacaan teragak-agak dipotong 1 markah.
Bacaan tertinggal atau tertambah satu huruf atau salah baris dipotong 1
markah.
Bacaan tertinggal atau tertambah satu kalimah dipotong 2 markah.
Bacaan tersalah sambung dipotong 2 markah..
Bacaan melangkau atau tersasul dipotong 2 markah.
Bukan bacaan tadwir dipotong 1 markah.
Gagal menghabiskan ayat atau surah yang ditentukan hendaklah
diperingatkan, setiap 1 baris dipotong 1 bahagian.
Gagal membaca setiap soalan dipotong semua bahagian.
Bacaan tidak mengikut lahjah Arab dipotong 1 markah.

b) Bahagian Tajwid - 20 markah.


Perkara perkara yang akan di hakimi adalah seperti berikut ;
Markah akan dikira bagi peserta yang dapat membaca secara hafaz
ayat-ayat dari surah yang dipilih secara undian.
Setiap kesalahan tajwid dan fasohah dipotong 1 markah.
Setiap soalan yang gagal dibaca dipotong 8 markah.

c) Bahagian Suara - 10 markah.


Markah akan diberikan kepada peserta-peserta yang mempunyai
kemerduan suara, bersih dan licin, tenang dan lantang.
Markah akan diberi lebih kepada peserta yang dapat membaca dengan
suara yang amat merdu dan dapat menghidupkan rentak-rentak suara.

1.9.3 Jika terdapat persamaan markah,Pengerusi Jemaah Hakim akan merujuk


kepada:
- Markah Hafaz dan Lancar kemudian,
- Markah Tajwid dan Fasohah kemudian,
- Markah Suara dan Gaya Bacaan.

1.9.4 Sekiranya masih terdapat persamaan, Jemaah Hakim akan bersidang


dan berbincang bagi membuat keputusan pemenang.

1.9.5 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

1.10 Penentuan Pemenang

1.10.1 Penentuan pemenang adalah berdasarkan pengiraan markah.

1.10.2 Peserta yang mendapat markah tertinggi setiap kategori akan dikira
sebagai johan, manakala markah kedua dan ketiga tertinggi akan dikira
sebagai naib johan dan pemenang tempat ketiga.

1.10.3 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan dirujuk


kepada markah hafaz dan lancar. Markah tertinggi dalam hafaz dan
lancar akan dikira pemenang. Jika masih sama juga, maka akan dirujuk
kepada markah tajwid dan fasohah dan taranum sekiranya masih ada
persamaan. Jika markah masih sama lagi di keempat bahagian
pemarkahan maka keputusan akan dirujuk kepada jemaah hakim.

1.10.4 Keputusan pertandingan adalah muktamad.