1.0 PENDAHULUAN Negara Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang mengagumkan penduduk dari seluruh dunia.

Malah warga Malaysia juga mengamalkan budaya dari kepelbagaian kumpulan etnik yang bersesuaian dengan mereka. Kebudayaan penting untuk memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan bagi menjamin kestabilan negara, keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Pembelajaran di dalam bilik darjah juga mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Murid juga berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai latar budaya. 1.1 DEFINISI DAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Ramai pakar, ahli sosiologi dan antropologi memberikan pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat. Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004). Rohana Yusof (2006) menjelaskan bahawa budaya dalam bahasa Inggeris disebut 'culture' iaitu berasal daripada bahasa Latin iaitu 'cultura''. Dalam bahasa Mandarin disebut 'Wen Hua' dan dalam bahasa Arab disebut 'Thaqafah'. Perkataan
1

budaya adalah berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan ini merangkumkan menjadi budaya. Ba membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan sebagainya. Prof. Dr. Koentjaraningrat di dalam buku Pengantar Antropoloji menyatakanbahawa kata kebudayaan berasal daripada kata Sanskrit buddhayah iaitu bentuk Jamak dari buddhi yang bererti "budi" atau "akal"' Dengan demikian kebudayaan dapat diertikan sebagai "hal-hal bersangkutan dengan akal" (Rahim Syam, 1988). Mengikut Bronislaw Malinowski (1983) pula budaya merupakan alat pengubah yang besar, yang mana menerusi latihan, pengajaran kemahiran, pengajaran norma dan pembentukan cita rasa, menyatukan pendidikan dengan tabiat dan menghasilkan manusia yang perlakuannya tidak boleh ditentukan kajian anatomi dan fisiologi sahaja. Semua ini bererti bahawa manusia. tidak seperti binatang, memuaskan kehendak jasmaninya secara tidak langsung. Selain itu, Prof. Dr. C. A. van Peursen (1988) dalam bukunya nyatakan bahawa budaya meliputi segala perbuatan manusia, seperti misalnya cara ia menghayati kematian dan membuat upacara-upacara untuk menyambut peristiwa itu; demikian juga mengenai kelahiran, seksualitas, cara-cara mengolah makanan, sopan santun waktu makan, pertanian, perburuan, cara ia membuat alat-alat, bala pecah, pakaian, cara-cara untuk menghiasi rumah dan badannya. Itu semua termasuk kebudayaan, seperti juga kesenian, ilmu pengetahuan dan agama.

2

Pensyarah IPIK, Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010) di dalam bukunya mendefinisikan bahawa budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) : kecergasan firikal dan akal dan Daya (Melayu) :kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Selain itu, budaya juga merupakan sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Contohnya adat resam dan pantang larang masyarakat Malaysia diturunkan secara lisan turun kemurun. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya adalah sesuatu yang boleh diwarisi. Fakta ini disentuh oleh Bronislaw Malinowski dan Rahim Syam. ³Oleh kerana budaya ialah pencapaian yang bertimbuntambah bagi generasi manusia, mestilah ada caranya warisan bersama ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain´ (Bronislaw Malinowski, 1983). ³Ciri yang paling penting ialah kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan generasi ke generasi' Kebudayaan itu hidup bersama hidupnya masyarakat´ (Rahim Syam, 1988). Seterusnya, budaya adalah sesuatu yang mengalami perubahan seiring dengan pengedaran masa. Perubahan itu hendaklah diterima oleh masyarakat sebelum menjadi budaya masyarakat. Contohnya, terdapat pantang larang telah dilupakan oleh masyarakat disebabkan peredaran masa. Secara amnya, budaya adalah dinamik dimana berubah dengan masa dan kesesuaian masyarakat. Fakta ini dinyatakan oleh Prof. Dr. C. A. van Peursen, Rahim Syam dan Syed Ismail bin Syed Mustapa.

3

³kebudayaan biasanya merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi dan yang bersifat dinamik. Di samping itu ada unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan, di dalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat itu´ (Rahim Syam, 1988). Disamping itu, kepelbagaiaan budaya ini meliputi hasil-hasil kehidupan kelompak yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Contoh budaya kebendaan adalah bahan artifik seperti kraf tangan, alat muzik dan tarian, makanan, pakaian dan hiasan. Contoh budaya bukan kebendaan adalah aspek yang mencerminkan falsafah, idea, adat resam dan pantang larang. Ini dibicangkan oleh Rahim Syam dan Prof. Dr. C. A. van Peursen dalam buku masing-masing ³Dulu kata "Kebudayaan" diartikan sebagai sebuah kata benda, kini lebih sebagai sebuah kata kerja. Kebudayaan bukan lagi pertama-tama sebuah koreksi barang-barang kebudayaan, seperti misalnya karya-karya kesenian, buku-buku, alaralat, apalagi jumlah museum, gedung-gedung universitas, ruang-ruang konperensi, kantor-kantot pajak dan sebagainya. Bukan, kini kebudayaan rerurama dihubungkan dengan kegiatan manusia yang membuat alat-alat dan senjata-senjata, dengan tata upacara tari-tarian dan mantera-mantera yang menentramkan roh-roh jahat, dengan cara anak-anak dididik dan orang-orang yang bercacat mental diperlakukan, dengan aneka pola kelakuan yang bertautan dengan erotik, perburuan, sidang-sidang parlemen, resepsi perkawinan, dan sebagainya´ (Prof. Dr. C. A. van Peursen, 1988).

4

Secara kesimpulannya, kepelbagaian budaya adalah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat dan bangsa. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, kesusasteraan, politik, muzik, lukisan, seni bina, falsafah, idea, tabiat dan nilai kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. Budaya juga boleh dikaikan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah lambang kejayaan sesuatu masyarakat atau bangsa.

5

1.2 KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini jelas menunjukkan wujudnya corak sosio budaya yang berbeza. Perbezaan corak sosio budaya akan

mewujudkan pelbagai jurang dalam masyarakat di negara kita. Terutamanya muridmurid sekolah hendaklah didedahkan kepada kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat. Ini memastikan mereka belajar dalam suasana yang lebih kondusif walaupun belajar murid dari kaum yang berlainan. Sebagai guru saya haruslah memiliki kesedaran kepelbagaian budaya. Kesedaran kepelbagaian budaya membantu saya untuk mewujudkan bilik darjah kondusif kepada murid saya walaupun mereka ditempatkan bersama-sama murid yang berkepelbagaian sosio budaya. Saya juga boleh menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif. 1.2.1 JANTINA Perkara yang perlu diberi perhatian adalah jantina. Guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi jantina. Guru mesti merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan jantina. Ini kerana kedua-dua jantina mempunyai perbezaan yang ketara. Faktor jantina merupakan salah satu faktor yang mempengarui budaya bilik darjah. Dalam kelas campuran guru hendaklah bijak merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang boleh melibatkan kedua-dua jantina. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian akan menentukan motivasi murid ketika menjalani proses pembelajaran mereka. Contohnya, semasa guru menjalankan pendidikan jasmani, guru hendaklah memastikan murid

6

lelaki dan murid perempuan menjalankan aktiviti asing. Guru juga menggunakan nama lelaki dan perempuan dalam kertas latihan dan dalam contoh yang dikemukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Guru hendaklah kesedaran kepelbagaian budaya dari segi jantina untuk memberi peluang kepada murid lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih sopan, bertanggungjawab, menghormati sesama sendiri. 1.2.2 BANGSA Dari segi bangsa, Kesedaran kepelbagaian budaya amat penting. Ini kerana guru hendaklah mengetahui bahasa, adat resam, kebudayaan, dan sosiol yang memiliki identiti yang tersendiri. Ini untuk memastikan semua murid dalam kelas toleransi,

berkerja sama dan hormat- menghormati sesama sendiri. Aspek-aspek seperi bahasa, adat resam, kebudayaan, dan sosiol mesti diberi perhatian sebelum melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Proses pembelajaran dan pengajaran mestilah berfokus kepada pelbagai komposisi etnik campuran atau berbilang kaum. Untuk elakkan sebarang masalah guru hendak member sama perhatian kepada setiap kaum. Sebagai contoh, apabila seorang guru ini mengajar tentang makanan di Malaysia, guru hendaklah memberi contoh makanan dari semua kaum. Guru juga tidak harus memberi makanan tidak halal kepada sesuatu kaum. Guru tidak harus bersikap µegnosentrik¶ semasa mengajar. Ini mungkin memangkinkan rasa tidak puas hati di kalangan murid. guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya kerana agar guru tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh isi-isu sensitif yang melibatkan isu perkauaman. Jika guru menyentuh isi-isu sensitif ini

7

wujudkan permusuhan kaum dalam sekolah. Guru patut mengetahui sensitiviti, pantang larang dan kepercayaan kaum yang lain supaya berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Guru harusnya memastikan murid-murid sentiasa bertoleransi, berkerja sama dan hormat- menghormati sesama sendiri. 1.2.3 BAHASA Guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi bahasa. Bahasa membantu kita dalam komunikasi. Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan menggunakan bahasa masing-masing. Guru hendaklah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib digunakan dalam kelas. Semua rakyat Malaysia tahu tentang bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Oleh kerana bahasa adalah alat komunikasi guru hendaklah menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin. Bahasa yang digunakan mesti difahami oleh semua murid dalam kelas. Isi pengajaran akan diserap oleh pelajar hanya jika dia faham bahasa yang digunakan. Bahasa penting untuk pengajaran. Murid-murid kaum lain kurang faham bahasa melayu. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memastikan murid kaum lain faham apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, guru juga mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi bahasa untuk mengadakan aktiviti dalam kumpulan untuk mewujudkan interaksi antara murid berlaku. Semas aktiviti kumpulan berlaku semua murid mesti memberi

pandangan dalam satu bahasa. Ini akan membantu murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.

8

1.2.4 KELAS SOSIAL Guru hendaklah mempunyai kesedaran kepelbagaian budaya dari segi kelas sosial. Status sosio ekonomi adalah salah satu aspek penting yang diberi perhatian oleh guru. Semua murid sesuatu bilik darjah datang dari pelbagai kelas sosial. Sebagai seorang guru, penting untuk memahami setiap kelas sosial para pelajarnya. Ada pelajar yang datang dari tahap SSE yang tinggi dan ada pelajar yang berasal dari SSE yang sederhana ataupun rendah. Semasa memberi aktiviti guru hendaklah memberi

perhatian kepada semua kelas sosial. Biasanya murid dari kelas sosial yang tinggi lebih lebih pandai dan mahir dalam pembelajaran. Oleh itu, guru hendak mengetahui kelas sosial semua murid sebelum mengajar. Guru hendaklah menyediakan cara pengajaran yang sesuai kepada murid dalam kelas tersebut. Selain itu, jika murid menghadapi masalah guru dapat menyelesaikan masalah tersebut hanya jika dia mengetahui kelas sosial murid tersebut. Selalunya murid dari kelas sosial rendah mempunyai masalah. Dengan adanya pelbagai kaum di Malaysia maka SSE setiap kaum turut berupa. Jika guru tidak mengajar dengan efektif maka wujudlah perbezaan SSE dikalangan murid dan wujudkan masalah perkauman. Oleh itu, guru mestilah peka kepada setiap pelajarnya dan mesti mengambil tahu latarbelakang pelajar dan juga keluarganya.

9

1.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebelum kita mengenali sistem pendidikan sekarang, adalah wajar kita mengetahui sistem pendidikan dari masa prakemerdekaan. Sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum merdeka memperlihatkan mana-mana falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang jelas. Hal ini demikian, pihak British tidak berusaha untuk mewujudkan satu pendidikan sebaliknya mengamalkan dasar laissezfaire supaya mengurangkan interaksi antara kaum. Keadaan ini telah melahirkan lima alliran pendidikan iaitu pendidikan Melayu, pendidikan Cina, pendidikan Tamil, pendidikan Inggeris dan pendidikan Agama. Kedaaan ini membolehkan pihak British menjaga kepentingan ekonominya, iaitu memonopoli perdagangan timah, emas, rempah dan kegiatan pertanian di ladangladang getah dan kopi malah menguasai jalan perdagangan antara Timur dengan Barat dalam mewujudkan ekonomi komersil. 1.3.1 RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan pada tahun 1984 oleh Menteri pendidikan pada masa itu Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi. Terdapat pelbagai aktivit yang berunsurkan perpaduan dijalankan oleh beberapa sekolah dalam suatu kawasan. Contoh seperti jamuan untuk perayaan, pretandingan dan pelawanan-pelawanan sukan persahabatan. Dengan adanya RIMUP, murid pelbagai kaum dapat berinteraksi dengan murid kaum lain. Selain bahasa,

budaya turut dikongsi oleh murid-murid. Banyak sekolah di Malaysia menjalankan
10

pelbagai aktiviti di bawah program RIMUP. Tetapi kini, pelaksanaannya dijalankan secara tidak serius dan tidak berstruktur. 1.3.2 SEKOLAH WAWASAN Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Programprogram integrasi antara ketiga-tiga sekolah itu dijalankan di dalam kawasan persekitaran sekolah. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Walaupun memakai nama sekolah yang berlainan dan di bawah pentadbiran tiga guru besar berlainan, pelajar dan guru sekolah berkongsi kemudahan asas seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin.Perhimpunan pelajar melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah iaitu SK, SJKC dan SJKT dilakukan setiap hari. Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid

daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. 1.3.3 SEKOLAH SATU ALIRAN Sekolah satu aliran diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang sama dari segi isi dan pembelajaran. Sekolah satu aliran adalah sekolah kebangsaan akan mengajar bahasa tamil dan bahasa cina dalam jadual

11

sekolah. Pengajaran ini berjalan apabila murid islam belajar agama. Rancangan ini diterima tentangan dari pihak pelbagai kaum yang menafikan tradisi turun temurun akan lenyap. Oleh itu, kerajaan menukarkan rancangan dengan mengenalkan pengajaran Bahasa tamil dan cina sebagai matapelajaran kedua kepada murid-murid india dan cina dalam sekolah kebangsaan. Walaupun ini diterima tentangan tetapi kerajaan masih meneruskan rancangan ini. Dengan ini bilangan murid kaum lain dalam sekolah kebangsaan akan meningkat. 1.3.4 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, (RMK9) 2006-2010 i) AKADEMIK Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

12

ii) KO-KURIKULUM Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak

menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. 1.3.5 PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diperkenalkan pada tahun 2005 kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Mata pelajaran ini diajar dua kali seminggu dalam kelas Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu sekolah menengah; dijadikan mata pelajaran teras untuk semua murid; dan mata pelajaran ini akan terns diajar sehingga Tingkatan Lima. Dahulu, pendidikan sivik tertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini ia dikemaskinikan dan member tumpuan kepada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. Pendidikan sivik ini membantu murid untuk menjalinkan hubungan yang

13

mesra dengan masyarakat di sekelilingnya. Malah pendidikan sivik ini juga membantu murid untuk menguasai nilai-nilai yang baik kewarganegaraan supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Dengan mengambil kira keadaan sekarang, kerajaan mengubal mata pelajaran Pendidikan Sivik dengan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Dengan adanya matapelajaran pendidikan sivik, guru boleh melahirkan murid atau pemimpin masa depan negara yang bertanggungjawab, hormat menghormati dan berdedikasi. Pembelajaran ini memberi peluang kepada setiap murid untuk berinteraksi dan mernaharni pandangan dan perasaan murid lain daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan rnengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya kaum lain.

14