You are on page 1of 9

PENDAHULUAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa


yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan
bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang
tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca
dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif
seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca


memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza
daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi
secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak
kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu
kepada pemikiran. Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi
kompleks. Ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta,
kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika
seseorang itu membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan
sedar dengan bahan bacaanya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba
disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran
membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha
besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya
(Zulkifley Hamid, 1994). Konsep membaca. Pumfrey (1977) berpendapat membaca
bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak
dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih
jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang membina. Maksud
beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat membina kebolehan menilai,
mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi
dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita- cita serta fikiran yang
terbuka dan positif.

Matlamat Pelaksanaan Program Bacaan Pagi adalah untuk membantu murid


pemulihan mengenali abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup. Kedua adalah membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka
dan tertutup dan ketiga adalah membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan
ayat majmuk yang mudah.

Justeru itu, program bacaan pagi bagi murid-murid pemulihan tahap 1 turut
digabungjalinkan sebagai salah satu projek guru-guru pelatih IPG Kampus Raja
Melewar untuk memenuhi syarat pelaksanaan Internship untuk semester 1 (sesi 2017).
Maka, Program Bacaan Pagi berhasrat untuk memastikan semua murid membantu
menguasai kemahiran asas-asas dan juga dapat menguasai sistem bahasa.

3.0OBJEKTIF

Melalui projek ini kami dapat :-

4.1 Membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas dan juga sistem bahasa.

4.2 Membantu guru bahasa tamil untuk memulihkan murid pemulihan dengan

pengaplikasian Program Bacaan Pagi.

4.3 Melahirkan generasi murid yang berpendidikan.

4.4 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran BahasaTamil.

4.5 Memupuk nilai kerajinan dikalangan murid dalam menguasai kemahiran

membaca.
STRATEGI PERLAKSANAAN

Sebagai guru pelatih, saya telah menyediakan modul bacaan pagi bagi murid

tahun 1,2, 3 dan 4.

TENTATIF POJEK PENYEDIAAN MODUL

Minggu Aktiviti

Perbincangan dengan guru pembimbing.

a. Berjumpa dan berbincang dengan guru


1 pembimbing untuk mendapatkan cadangan
dan idea. Beliau mengemukakan cadangan
menyediakan Modul Bacaan Pagi.

Membuat perancangan dan persediaan.

Saya dan rakan internship membuat kertas


kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar SK
2
Rahang. Selepas kertas kerja disahkan, kami
mengadihkan tugasan tersebut dengan
mencari beberapa bahan untuk menyediakan
kandungan dalam modul tersebut.

3
Menyediakan modul dengan bantuan guru panitia
bahasa tamil dan buku panduan bahasa tamil.
Kami menyediakan bahan- bahan modul
bacaan pagi.
Kami telah menyerahkan beberapa draf untuk
bagi guru pemulihan membuat pembetulan
dan semakan.

Pengaplikasian dan Penyerahan Modul Bacaan


Pagi Guru Besar.
Kami telah mengaplikasikan Modul yang kami
4 sediakan dalam kalangan murid pemulihan.
Setelah itu, kami telah menyerahkan modul itu
kepada Guru Panitia Bahasa Tamil sebagai
sumbangan.

REFLEKSI

KEKUATAN PROJEK:

Dalam penyediaan modul program bacaan pagi saya mengambil matapelajaran

Bahasa Tami murid-murid Tahun 1 , 2, 3, dan 4 SK Rahang mempunyai masalah besar

dalam kemahiran membaca.

Modul Tahun 1 , 2, 3, dan 4 mempunyai 4 bab dan bagi 2 bab kemahiran untuk

menulis dan membaca. Penyediaan modul ini mengambil masa selama tiga minggu

untuk menyiapkannya mengikut kriteria yang ditetapkan.

Sebelum menyediakan modul program bacaan pagi saya telah berbincang

dengan guru panitia bahasa tamil Puan.Dhanam untuk mengenali tahap murid, jenis

latihan yang diperlukan dan tahap kesukaran latihan. Maklumat yang kami memperoleh

dari guru pemulihan membantu saya menyediakan modul program bacaan pagi

mengikut keperluan dan kehendak murid.

Selain daripada merujuk guru pembimbing, saya juga membuat analisis dalam

beberapa buku latihan Bahasa Tamil, modul bacaan yang lepas untuk mengenali cara-
cara penyediaan latihan yang berkualiti dan mencapai kriteria yang ditetapkan dalam

penyediaan sesebuah modul. Tambahan lagi, saya uga mencari gambar-gambar yang

menarik dan mudah difahami oleh murid-murid.

Ini merupakan pengalaman yang pertama saya terlibat dalam program

penyediaan modul modul program bacaan pagi. Pelbagai pengalaman, maklumat,

kebaikan yang kami telah memperolehi menerusi penyediaan modul bagi murid-murid

pemulihan SK Rahang. Kekuatan yang pertama adalah melalui penyediaan modul ini

saya dapat melaksanakan satu program daripada tiga program yang ditetapkan oleh

Unit Praktikum IPG Kampus Raja Melewar.

Seterusnya, saya dapat menyediakan bahan pembelajaran yang tambahan

melalui penyediaan modul ini kepada murid-murid. Apabila murid-murid buat banyak

latihan tambahan mereka dapat meningkatkan kemahiran menulis dan membaca dalam

matapelajaran Bahasa Tamil. Secara tidak langsung, ia membantu mereka untuk

memasuki aliran perdana. Tamabahan lagi, saya juga berazam untuk meningkatkan

pencapaian murid dalam kemahiran membaca.

Melalui projek ini, saya dapat memperolehi beberapa kebaikan. Antaranya ialah

saya dapat meningkatkan semangat kerjasama antara rakan Internship saya. Melalui

projek ini, saya dapat menjalin hubungan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan

tersebut. Saya juga dapat berasa bangga kerana saya juga dapat memberi sumbangan

yang sedikit untuk warga SK Rahang melalui penyediaan modul tersebut.

Oleh itu, saya tidak tertinggal usaha saya untuk menyediakan bahan-bahan

membaca untuk murid-murid pemulihan. Rasional saya menyediakan modul membaca


adalah murid-murid perlu menunjukkan prestasi mereka sejajar dengan kemahiran

membaca dan menulis. Lebih-lebih lagi, penyediaan modul program bacaan pagi

membantu guru pemulihan untuk rujuk jenis latihan yang disediakan ataupun memberi

sebagai latihan tambahan kepada murid-murid pemulihan. Selain itu, saya dapat

mempelajari cara-cara menyediakan sebuah modul yang berkualiti dan standard bagi

membantu murid-murid pemulihan. Akhir sekali, projek yang kami laksanakan dapat

memberi puas hati yang secukupnya kerana kami dapat membantu murid dalam bidang

akademik.

KELEMAHAN PROJEK:
a) Kekurangan Masa

Kelemahan projek ini adalah kekangn masa. saya terpaksa menyiapkan modul ini

dalam masa yang agak singkat. Ini kerana, saya bukan hanya buat projek ini sahaja

tetapi ada beberapa projek yang lain dan disamping saya hendak menyiapkan kerja-

kerja kajian tindakan seperti pengumpulan data daripada responden. Saya perlu

mengaplikasikan kaedah, mengambil video, temubual guru, temubual

responden,analisis data. Selain itu, kami perlu menyiapkan tugasan ini dalam masa tiga

minggu kerana kami perlu mengaplikasikan modul ini kepada murid pemulihan supaya

mengenali bahawa modul yang kami menyediakan ini adakah, dapat membantu murid

pemulihan SK Rahang. Walaubagaimanapun, kami dapat menyiapkan modul program

bacaan pagi bagi murid dalam masa yang singkat ini serta dapat mengaplikasikan

modul ini kepada murid pemulihan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

a) Kekurangan Masa

Cadangan penambahbaikan daripada pandangan kami adalah masa Internship perlu

dipanjangkan supaya dapat melaksanakan projek yang dirancang dengan teratur dan

berkualiti. Kami juga boleh mengurus masa yang diberikan secara baik untuk

menyiapkan semua tugasan yang diperlukan sepanjang Internship.


KESIMPULAN

Modul yang saya hasilkan dapat membantu murid-murid meningkatkan prestasi mereka

dalam kemahiran menulis dan membaca. Selain itu, pelaksanaan projek ini membari

satu pengalaman baru kepada saya dan dapat diaplikasikan di sekolah yang kami

ditempatkan nanti pada tahun hadapan. Saya berharap modul yang saya hasilkan

dapat digunakan secara menyeluruh oleh guru-guru bagi membantu murid-murid dalam

meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran Bahasa Tamil.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

.. .

CIK.P.Santhiya PN.R.Dhanalakshmi

GURU PELATIH INTERNSHIP GURU PEMBIMBING

You might also like