You are on page 1of 7

UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Nama: Tingkatan:

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

Soalan 1: Karangan
(30 markah)
(Masa yang dicadangkan : 45 minit)

Soalan 2: Rumusan
(30 markah)
1
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

2
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Soalan 3: Pemahaman Petikan Umum


(10 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 2 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemahiran berkomunikasi. (2 markah)

(ii) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penguasaan terhadap bahasa asing bukan sesuatu
yang mustahil untuk dilakukan. (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tidak ramai rakyat Malaysia
yang menguasai pelbagai bahasa? (5 markah)

Soalan 4 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


(30 markah)
Jawab semua soalan
a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

i. mengubah
ii. menggubah
iii. pedalaman
iv. pendalaman
v. melagakan
vi. melegakan
(6 markah)

b) Kenal pasti jenit ayat perintah sama ada ayat perintah silaan, ayat perintah larangan, ayat
perintah suruhan atau ayat perintah permintaan
i. Jangan buang sampah di sini
ii. Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru
iii. Awak siapkan tugasan yang diberikan itu sekarang.
iv. Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi, kata Azura kepaada Zainal
v. Tolong hantarkan bekalan makanan ini kepada ayah yang sedang berehat itu, pinta
Zeety
vi. Jemputlah makan makanan yang terhidang itu,kata Farid kepada tetamu yang hadir.
3
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

(6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam


matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan
yang timbul.
ii. Jabatan Pengangkutan Jalan akan kuat kuasa kuasa undang-undang dari semasa ke
semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
iii. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisma.
(6 markah)

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata aatau
istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.

i. Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak dalm hotel itu? Tanya para peserta
perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
ii. Bapa saudaranya memperoleh pendapat supaya agak lumayan hasil jualan pisang goreng
yang dibuat olehnya.
iii. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan
memalapkan syarikat wang tersebut.
(6 markah)

e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang
akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai
___________(i)__________.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi
kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam
akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana
________(iii)__________. (6 markah)

4
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

....

(Nur Izati bt Ismail) ( )

5
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

i. Gambarkan keadaan penyajak semasa mengaabdikan dirinya kepada Ilahi. (2 markah)


ii. Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan keinsafan diri seseorang? (3 markah)
iii. Huraikan dua perwatakan penyajak berdasarkan sajak tersebut. (4 markah)

Soalan 5 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


(30 markah)
Jawab semua soalan

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
1. mengorak langkah
2. memupuk perpaduan
3. meniupkan semangat
4. menumpukan perhatian
5. menyelesaikan masalah
6. memikul tanggungjawab (6 markah)
b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama +Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama +Frasa Adjektif
(FN+FA) atau Frasa Nama +Frasa Sendi Nama (FN+FS)
1. Program motivasi itu untuk pelajar lemah.
2. Pinggang model itu macam kerengga.
3. Alisyah sedang berbincang dengan rakannya.
4. Gelang emas yang dibelinya sangat mahal.
5. Ibu sedang memasak di dapur.
6. Ke Seremban Ahmad petang semalam. (6 markah)

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i Isu rumah setinggan yang di duduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu
telah saya lapurkan kepada pihak berkuasa.

ii. Timbalan Menteri Pertanian telah diberi penghormatan untuk melepasi anak-anak
ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek Desa Maju di
kampung kami.

iii. Sawah yang kering-kuntang di daerah itu digenang air kerana hujan lebat sejak
seminggu yang lalu.
[6 markah]
6
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana gulungan, terutamanya rakyat yang
kurang berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia.

(ii) Ladang milik Pak Deraman sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis
buahan.

(iii) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk
menangkap ikan di Sungai Serdang.
[6 markah ]

e) Baca maksud peribahasa di bawaah ini dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

i. Pasangan yang sepadan.


ii. Sesuatu yang tindakkan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.
iii. Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal. (6 markah)

You might also like