You are on page 1of 3

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

AJK AKTIVITI DAN RONDAAN

Saya, Amirul Anwar Bin Abdull Azis, telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dalam AJK
Aktiviti dalam bahagian rondaan untuk tugasan "Kejohanan Merentas Desa" yang telah
diadakan pada 20 Julai 2016, bersamaan dengan hari Rabu, pada jam 5.00 petang bermula di
Astaka IPG Perlis. Dalam biro saya juga, saya telah dilantik sebagai ketua bahagiaan rondaan
dan juga dibantu oleh beberapa rakan yang lain untuk melakukan penyediaan sebelum
berlangsungnya kejohanan tersebut tersebut. Segala proses penyediaan dan juga pelaksanaan
telah berjalan dengan lancar serta sempurnanya. Secara keseluruhan melalui kejohanan ini,
kesemua data dan juga maklumat telah diserahkan kepada setiausaha serta dilampirkan
bersama lampiran olehnya.

Saya, sebagai ketua bahagian rondaan telah ditugaskan untuk menjalankan beberapa
tugasan seperti melakukan rondaan sepanjang trek merentas desa, membuat laporan dari
semasa ke semasa dengan urusetia-urusetia yang lain, dan membantu AJK Keselamatan
membawa peserta yang tercedera. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk membantu AJK
Peralatan seperti meletakkan kon di setiap check-point sebelum permulaan, membawa first-aid
dan juga membawa bekal air kepada peserta dan juga urusetia di setiap check-point . Segala
keperluan peralatan sebagai bukti bahawa kami telah melaksanakannya. Antaranya ialah
lampiran senarai peralatan untuk keperluan peronda-peronda yang dipinjam daripada Unit
Kokurikulum IPG Perlis, senarai peralatan yang diperlukan oleh biro peralatan dan juga bahan-
bahan daripada biro lain. Kesemua data-data berikut telah direkodkan dan diberikan kepada
setiausaha untuk disimpan dalam fail.

Selain itu, semasa melaksanakan proses penyediaan, saya dan juga penolong saya
telah melakukan beberapa penyediaan. Antaranya ialah dengan meminjam peralatan seperti
beberapa buah basikal, topi keledar, jaket keselamatan, dan walkie-talkie daripada Unit
Kokurikulum IPG Kampus Perlis seminggu sebelum kejohanan itu dijalankan. Segala surat
menyurat berkaitan dengan permohonan untuk pinjaman telah diberikan kepada setiausaha
untuk disimpan ke dalam failnya.
Seterusnya, pada tarikh 20 Julai 2015, kami meneruskan tugasan dengan melaksanakan
tugasan semasa projek sedang berlangsung. Kami telah diberikan kebenaran oleh pihak atasan
untuk hadir ke tapak permulaan di Astaka IPG Perlis pada jam 4.00 petang. Hal ini demikian
kerana kami perlu melakukan beberapa persediaan sebelum bermulanya program tersebut.
Antaranya ialah kami telah menyusun meja dan kerusi untuk pendaftaran, memasang PA
Sistem, dan membantu rakan yang lain. Penyambungan kabel-kabel PA Sistem serta
perletakkan bahan atau peralatan tersebut mengambil masa sebanyak 30 minitTepat pada jam
5.00 petang, tetamu kehormat telah hadir iaitu Pengarah IPG Perlis, Tuan Haji Idris bersama
dengan pensyarah dari Jabatan PJK serta Unit Kokurikulum. Pada jam 5.30 pagi program telah
dimulakan dengan perasmian daripada Tuan Pengarah sendiri. Kesemua peserta perempuan
dilepaskan terlebih dahulu dan kemudiannya peserta lelaki dilepaskan untuk membuat larian.

Saya telah menunggang motosikal saya sendiri untuk melakukan rondaan ini. Beberapa
rakan yang lain mebantu saya membuat rondaan dengan berbasikal. Sebanyak 4 buah basikal
digunakan untuk lakukan rondaan, 2 di trek lelaki dan 2 di trek perempuan. Manakala saya
bertugas sebagai peronda yang akan meronda ke semua trek laluan peserta lelaki dan
perempuan. Pada awal permulaan , saya terlebih dahulu telah meronda ke setiap bahagian
check-point untuk memastikan segala peralatan yang diperlukan oleh urusetia di situ lengkap
dan tidak mempunyai sebarang masalah. Kemudian saya telah meronda di sepanjang trek
lelaki dan perempuan untuk memastikan tiada ancaman bahaya seperti binatang liar, laluan trek
yang selamat, dan tidak ada pengganggu. Seterusnya rondaan turut dilakukan ke bahagian
jalan besar. Hal ini demikian kerana saya perlu memastikan tiada sebarang kemalangan
berlaku. Rondaan turut dilakukan bagi setiap masa di sepanjang trek lelaki dan perempuan
untuk memastikan peserta yang tercedera dibantu dengan secepat mungkin. Berdasarkan
laporan, terdapat 3 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan telah tercedera dan
dibawa dengan menaiki motosikal ke tapak penamat larian untuk menerima rawatan. Pada jam
7.00 malam, kesemua peserta telah selamat sampai ke tapak Astaka IPG Perlis dengan
selamat. Rondaan kali terakhir dilakukan bagi memastikan tiada peserta yang tertinggal.
Pada tarikh keesokkan harinya, saya telah memulangkan semula kesemua bahan yang
telah dipinjam daripada Unit Kokurikulum dengan selamatnya Secara keseluruhannya, melalui
tugasan ini, saya telah berjaya memainkan peranan dan tugasan secara berjayanya dengan
sempurna. Segala bahan dan juga data telah direkodkan ke dalam maklumat yang akan
disimpan oleh setiausaha. Kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sesama kami semua
adalah amat baik sekali. Harapan kami ialah segala kelemahan yang kami alami akan dapat
dikurangkan pada masa akan datang manakala sebarang kekuatan yang ada perlu kami
tingkatkan kepada program akan datang.

Yang menjalankan tugas,

(AMIRUL ANWAR BIN ABDULL AZIS)


Ketua Bahagian Rondaan,
Kejohanan Merentas Desa,
Kelas Pendidikan Muzik (Semeseter 5),
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.