You are on page 1of 1

Yang dihormati pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,barisan guru dan rakan-rakan

sekalian,selamat sejahtera saya ucapkan.Saya bersasa bangga kerana mendapat peluang berdiri di
sini untuk membentangkan syarahan saya yang bertajuk Faedah bersukanpada hari yang mulia
ini.
Pada hadirin yang dikasihi,
Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan
masyarakat negara ini.Antara jenis sukan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia ialah bola
sepak,badminton,bola tampar,terjun,squash dan sebagainya. Media massa di negara ini juga sering
menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk
ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan
negara secara tersirat.
Hadirin yang dihormati,
Melalui aktiviti sukan,seseorang dapat mengisi masa lapangnya dengan cara yang
berfaedah.Lazimnya,aktiviti sukan dijalankan pada masa lapang,terutamanya pada waktu petang
atau pada masa cuti.Sehubungan itu,mereka yang bersukan sudah tentu tidak mempunyai masa
yang banyak untuk melepak di kompleks beli-belah tanpa sebarang faedah.Di samping melatih
mereka menghargai masa ,individu yang bersukan juga kurang mempunyai masa untuk bergaul
dengan kumpulan penagih dadah atau kumpulan kongsi gelap.
Selain itu,kesihatan individu yang mengamalkan aktiviti sukan juga lebih terjamin.Jika
bersuka ,tubuh badan kita akan sentiasa cergas ,minda pula menjadi cerdas.Dengan ini,kita akan
menghindari daripada penyakit dan bersukan akan melahitkan generasi yang sihat dan
aktif.Keadaan fizikal yang sihat akan menepati kata orang bijak pandai,otak yang cerdas datangnya
daripada badan yang sihat.
Saudara dan saudari sekalian,
Sukan juga membantu dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.Di
Malaysia,permainan tersebut misalnya olahraga,boling,hoki dan badminton disertai oleh permain
daripada pelbagai kaum.Walaupun mereka berlainan kaum dan berbeza budaya,namun mereka
saling bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama,iaitu kejayaan.Perpaduan bukan sahaja
diwujudkan dalam kalangan permain,bahkan juga terbentuk dalam kalangan
penonton.Buktinya,baru-baru ini,sukan olimpik dan sukan paralimpik telah berjaya
menyatapadukan semua rakyat untuk memberi sokongan dan sorakan kepada atlet-atlet dan
akhirnya pasukan Malaysia mencapai kejayaan dan keputusan yang cemerlang sekali .
Tuntasnya,jelaslah bahawa sukan mempunyai banyak faedah kepada kita.Semua pihak
perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memajukan sukan negara supaya nama negara
dapat diharumkan lagi dan Jalur Gemilang dapat dinaikan serta laguNegarakudapat dinyanyikan
di pentas dunia.Langkah kerajaa dan pihak swasta pula boleh menganajurkan kempen tentang
bersukan untuk menggalakan rakyat bersukan perlu disokong demi masyarakat yang sihat dan dapat
bersama-sama membangunkan negara bak cogan kataMajulah sukan untuk negara kita.
Akhirnya ,saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Sekian terima kasih.