UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Keutamaan Penyelidikan
usat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan (PPSKTM), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan lima program akademik pada peringkat prasiswazah dan siswazah, iaitu Kimia, Teknologi Kimia, Oleokimia, Sains Makanan dan Sains Makanan dengan Pengurusan. Program prasiswazah telah disusun sedemikian rupa bagi menyediakan pelajar dengan ilmu asas yang diperlukan dalam industri berteraskan kimia, oleokimia dan sains makanan disamping mendalami bidang asas sains kimia dan sains makanan. Pusat menawarkan program pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Pada masa ini, Pusat mempunyai 11profesor, 19 profesor madya dan 15 pensyarah yang melibatkan diri secara aktif baik dalam pengajaran, mahupun penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah dikenalpasti sebagai sebuah universiti penyelidikan oleh Kerajaan Malaysia. Justeru, PPSKTM komited untuk gigih menjalankan penyelidikan dalam beberapa bidang berkaitan dengan kimia dan sains makanan.

P

UKM
PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA & TEKNOLOGI MAKANAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

KEUTAMAAN PENYELIDIKAN

Umumnya penyelidikan di Pusat merangkumi bidang keutamaan berikut: • • • • • • • • Analisis dan Persekitaran Hasilan Semulajadi Ingredien Makanan Mutu dan Keselamatan Makanan Pemangkinan Polimer dan Komposit Sensor Kimia dan Biokimia Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam

Analisis dan Persekitaran Tujahan utama penyelidikan dalam kimia analisis dan persekitaran termasuklah pembangunan dan penentusahan teknik analisis untuk menganalisis bahan pencemar logam berat dan mikroorganik dalam persekitaran akuatik, matrik bahan biologi dan minyak, analisis dan pencirian sebatian organik mudah meruap (VOC), sebatian organik separameruap (SVOC) dan logam berat dalam sumber air minuman di Malaysia, air laut dan sedimen; kajian sintesis dan potensi penggunaan terbitan baru kitosan dalam rawatan air dan air buangan dan aplikasi komersial yang lain; penspesiesan dan pemodelan ketoksikan logam dalam persekitaran akuatik; dan permodelan kualiti air dan kajian kesihatan ekosistem. Hasilan Semulajadi Aktiviti utama kumpulan penyelidik hasilan semulajadi adalah tertumpu kepada pemisahan dan penentuan struktur sebatian bioaktif daripada tumbuhan tinggi dan tumbuhan rendah. Pengekstrakan serta pemisahan dilakukan menggunakan berbagai kaedah kromatografi untuk memencilkan komponen-komponen kimia bioaktif dan sebatian penting untuk sintesis selanjutnya. Penentuan struktur kimia hasilan semulajadi adalah secara spektroskopi ultralembayung, spektrometri jisim, 1H- dan 13C-NMR serta

kristalografi sinar-X. Beberapa kelas metabolit sekunder yang memang menjadi minat kumpulan adalah alkaloid, flavonoid, terpena, kuinon, antrakuinon dan hidrokarbon aromatik. Penyelidikan terhadap sebatian yang mempunyai keaktifan biologi seperti anti-alergi, anti-inflamatori, antikanser dan anti-malaria paling diutamakan. Di samping itu, penyelidikan berhubung kimia liken yang melibatkan sintesis sebatian-sebatian baru daripada komponen bioaktif yang dipencilkan juga giat dijalankan. Ingredien Makanan Penyelidikan dalam bidang ingredien makanan tertumpu kepada penghasilan makanan berfungsi berasaskan lemak/minyak, karbohidrat dan protein. Projek yang dijalankan termasuklah penghasilan pengemulsi makanan daripada lemak koko dan distilat asid lemak sawit (monoasilgliserol/diasilgliserol, ester gula) dan lemak istimewa, enzim CGTase dan siklodekstrin daripada isolat dan sumber kanji tempatan, dan perisa makanan daripada hidrolisat protein melalui tindak balas plastein. Kajian penggunaan minyak sawit merah (carotino) dan ekstrak herba sebagai agen antioksida dalam produk berasaskan daging juga giat dijalankan. Kajian terhadap sumber kanji tempatan terutamanya sago juga melibatkan pengubahsuaian untuk mempertingkatkan kefungsiannya di samping membangun formulasi bahan salutan makanan. Mutu dan Keselamatan Makanan Keselamatan makanan telah semakin mendapat perhatian di kalangan pengusaha industri makanan, kerajaan dan para pengguna. Pendekatan yang diambil untuk menjamin keselamatam makanan di setiap peringkat rantai makanan memerlukan pemahaman mendalam terhadap berbagai bahaya yang terlibat. Di pusat pengajian, kumpulan penyelidik sedang mengkaji perbagai jenis patogen makanan, terutamanya dari segi ekologi dan kemandirian mereka apabila mengalami pemprosesan, di samping mengenalpasti patogen baru muncul akibat daripada penggunaan proses baru atau perubahan gaya hidup. Kumpulan penyelidik kawalan mutu menumpukan kajian mereka kepada ciri-ciri fizikal dan sensori makanan.

Spektrometer FT RMN

Pemangkinan Kajian bidang ini difokuskan kepada pembangunan mangkin petrokimia untuk tindak balas metatesis dan reformasi, sistem mangkin penukar dan pemangkinan untuk mempelbagaikan kegunaan minyak sawit dan gas asli. Kumpulan ini telah bekerjasama dengan badan luar seperti PETRONAS dan Johnson Matthey, The Fritz Haber Institute of Max Planck Society, Berlin, Jerman; Avantium Technology, Belanda dan Institute Technology Quimica, Valencia, Sepanyol. Polimer dan Komposit Bidang penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan polimer sintetik dan semulajadi. Kajian semasa termasuk modifikasi kimia polimer, pengadunan polimer sintetik dan getah asli, komposit berasaskan getah asli termoplastik, getah asli termoplastik selular, pengserasi berasaskan getah asli, pengkitaran semula termoplastik, polimer terbio-urai berasaskan kanji, produk berasaskan kitin-kitosan, polimer elektroaktif, pengesan dan penderia berasaskan kompleks tak organik dan polimer. Sensor Kimia dan Biokimia Penyelidikan sensor kimia/biokimia meneroka kegunaan reagen kimia berwarna dan molekul biologi (enzim, sel organisma, DNA, ionofor) sebagai unsur penderiaan. Penyelidikan sensor ditumpukan kepada rekabentuk sensor untuk penilaian pencemaran/ ketoksikan udara, air dan juga analisis kimia makanan. Gandingan antara unsur penderiaan ini dengan membran sensor (polimer dan biopolimer) dan juga transduser elektrokimia dan optik/gentian optik, serta integrasi jaringan neural tiruan dalam analisis data untuk sensor merupakan fokus utama penyelidikan.

Sintesis Sebatian Tak Organik dan Organologam Kajian dalam bidang ini difokuskan kepada sintesis kompleks logam (Kumpulan 14 & 15, logam peralihan) yang baru menggunakan ligan atom penderma daripada Kumpulan 16 (ditiokarbamat, karboksilat, fenolat, tiosemikarbazon); sintesis sebatian terbitan ferosena dan organotimah yang baru. Pencirian sebatian baharu yang disintesis dijalan menggunakan kaedah spektroskopi (FTIR, RMN 1H, 13C & 119Sn), manakala penentuan struktur menggunakan kristalografi sinar-X hablur tunggal. Kajian lain termasuklah aktiviti biologi kompleks logam, aktiviti antioksidaan polimer; hubung kait struktur-aktiviti.

Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal

PROGRAM SISWAZAH Empat jenis program di peringkat siswazah ditawarkan dalam bidang berikut:(a) Sarjana Sains (Kimia) (b) Sarjana Sains (Sains Makanan) (c) Doktor Falsafah (Kimia) (d) Doktor Falsafah (Sains Makanan) Pelajar boleh mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. Tempoh pengajian adalah seperti berikut: Sarjana (Semester) Sepenuh Masa Separuh Masa 2-6 4 - 10 Doktor Falsafah (Semseter) 6 - 12 8 - 14

KEMUDAHAN PENYELIDIKAN Pusat mempunyai makmal penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Spektrometer FT RMN (Joel - ECP 400), Spektrometer FTIR (Perkin Elmer - Spectrum GX), Difraktometer Sinar-X Hablur Tunggal (Bruker – Smart Apex), Spektrometer Pancaran Plasma Gandingan Aruhan (Perkin Elmer – Optima 4300 DV), Kromatografi Gas – Spektrometer Jisim (Shimadzu – GP-5050A), Penganalisis CHNS-O (Thermofinnigan – EA 1112), Spektrofotometer Serapan Atom Perkin Elmer – Analyst 800), Kalorimeter Pengimbasan Kebezaan (Mettler Toledo – DSC 822), Penganalisis RMN Denyutan (Bruker – MQ 20), Penganalisis Inframerah Dekat Transformasi Fourier (Perkin Elmer – Spectrometer One NTS), Sistem Penganalisis Tekstur (Steven – QTS 25), Mesen Ujian Universal (Instron – 5567, Penganalisis Mekanikal Dinamik (TA Instruments – DMA 2980, 2010C), Penganalisis Asid Amino (Waters – l 1525), dan beberapa sistem Kromatografi Gas dan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi.

Ijazah yang ditawarkan untuk Doktor Falsafah adalah hanya melalui Tesis. Untuk Program Sarjana dalam Kimia atau Sains Makanan dua pilihan ditawarkan, iaitu Tesis atau Secara Kerja Kursus. Pelajar dikehendaki membentangkan penemuan penyelidikan mereka dalam kolokium siswazah yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi dua kali setahun.

PERTANYAAN Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM-Bangi Selangor MALAYSIA Tel: (603)-89215412 Faks: (603)-89215410 Mel-E : kpsktm@pkrisc.cc.ukm.my Laman Sesawang : www.ukm.my/kimia

Seminar Siswazah