You are on page 1of 256

Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Akademi Impiana
Oleh Nizam Zakaria

1 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Sekali lagi, untuk Dia

2 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Biodata Peserta-peserta Akademi Impiana

Mohd Zaidi Badaruddin ZAIDI 23, Kuala Lumpur

Peminat lagu-lagu "hip hop" yang bermula dengan kompang dan marhaban. Satu-satunya
anak lelaki dalam keluarga 5 adik beradik. Seorang yang suka berbual, dan mudah
berkawan dengan sesiapa sahaja. Suka bermain bola dan hadiah harijadinya yang paling
ideal adalah seekor arnab...

Ahmad Azam b Mohd Seman AZAM 21, Kota Kinabalu, Sabah

Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai lelaki lembut yang “kekwat” atau
sombong. Realitinya beliau seorang yang penyayang, emosi dan berjiwa sentimental.
Seorang peminat setia KRU dan mempunyai kumpulan sendiri yang diberi nama "Po n
EN", dan beliau bercita-cita besar untuk berjaya dalam bidang hiburan. Anak Bajau ini
adalah anak sulung dari 3 adik-beradik. Dia gemar memakai pakaian yang ranggi
mengikut fesyen semasa.

Yusri Yusof BOBOY 23, Limbang, Sarawak

Anak pertama dari 3 adik beradik ini sangat manja dengan ibunya. Suka senyum, beliau
juga suka bergurau dengan bertepuk tampar. Pandai menulis lirik lagu. Fobianya dengan
lipas dan labah-labah dan boleh menjerit-jerit macam perempuan gila jika bertemu
dengan kedua-dua serangga ini. Berhasrat untuk menguruskan badan, serta melenyapkan
imej lelaki lembutnya ketika dalam Akademi Impian.

Mohd Fyrul Din FYRUL 25, Kuala Lumpur

Seorang yang suka berceloteh serta mencari kenalan melalui Internet. Agak cerewet
ketika membeli belah terutamanya ketika membeli kain untuk dibuat baju. Anak ketiga
daripada 4 orang adik-beradik ini mempunyai bakat semula jadi dalam hal jahit menjahit,
lantas meneruskan minatnya ini dengan mereka pakaian. Pernah mewakili Malaysia
sehingga ke Paris, Perancis untuk mengikuti kursus rekaan fesyen 2000. Walaupun
lembut, beliau suka menonton acara renang dan ragbi dan gimnastik lelaki.

Nik Khir Nik Hazami KHIR 19, Petaling Jaya, Selangor

Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang kejuruteraan. Beliau seorang yang


sopan ketika makan dan suka ditemani teddy bear atau abang angkatnya ketika tidur.
Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau adalah seorang yang manja dan pemalu
terutama kepada orang yang lebih tua darinya. Pernah menjadi johan dalam peraduan
melukis di sekolahnya dahulu.

3 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Badin Indrawani Zaidi INDRA 21, Kuching, Sarawak

Anak bongsu dalam keluarga 4 orang ini sangat manja kepada ibunya dan seorang kawan
lelakinya, seorang model dan penari sambilan yang dikenalinya melalui chatting. Seorang
yang kadang-kala kelihatan tergedik-gedik ini mudah didekati tetapi amat sensitif serta
emosi. Sukakan glamer, Indra bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal.

Dara Zain DARA 19, Kuala Lumpur

Seorang yang peramah dan pandai mengambil hati. Seperti Fyrul, Dara juga seorang
peminat setia Pasukan Ragbi Lelaki Kebangsaan. Penulis kegemarannya adalah Huzz.
Seorang yang tegas dan berpemikiran terbuka. Anak kedua dari 4 adik beradik. Beliau
gemar berkaraoke.
.
Adlina Abdul Rahman ADLINA 21, Melaka

Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Seorang panas baran walaupun kelihatan ayu.
Cepat emosi, terutamanya jika ada sesiapa yang bertanyakan kepadanya mengapa
wajahnya kelihatan putih terkupas dek terlalu kerap memakai krim pemutih. Berasa
bangga kerana satu-satunya pelajar AI yang pernah menuntut di luar negeri. Sangat
sensitif dan mudah menangis.

Nur Abd Hamidi NUR 22, Kuching, Sarawak

Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Terlalu manja sehingga nampak
mengada-ngada. Pakar memasak telur goreng dan mee segera. Menyimpan impian
menjadi seorang diva. Anak sulung dari 6 adik beradik.

Isma Sazali SIA 23, Tawau, Sabah

Walaupun bekerja sepenuh masa membakar sate untuk membantu keluarganya, beliau
tetap mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pelakon. Seorang yang mesra dan manja,
beliau teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem.

Zurina Zainudin ZURINA 20, Johor Bahru

Pandai menyanyi dan menari lagu-lagu tradisional. Seorang yang keras kepala dan panas
baran walaupun kelihatan lemah lembut. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira
jantina dan usia. Jika ada masa lapang, beliau suka menonton wayang dan bermain
snooker.

Lina Nawawi LINA 21, Ranau, Sabah

4 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Anak kelapan dari 7 orang adik beradik ini menetap di kampung Tudanang, sebuah
kawasan pendalaman di Ranau, Sabah. Beliau pandai bermain gitar. Berperwatakan
selamba, beliau seorang yang suka bergaul, berkawan dan peramah.

5 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 1

“Vencissss!” Dilalaknya kuat-kuat. Si Gundutz masih marah. Matanya merah


seperti mahu menangis. Pada bulan lepas, dia menunggu-nunggu adiknya, kawan baiknya
Timah, guru vokalnya di Cheras dan Mei Lin, tuan punya salon di tempat dia selalu pergi
mewarnai rambutnya agar datang kepadanya dan memberitahunya bahawa dia telahpun di
pilih sebagai peserta Akademi Impiana.

Selewat tiga minggu yang lepas, apabila Timah menemuinya untuk meminjam duit,
Gundutz masih beria-ia menunggu Timah menyerahkan sampul surat yang memberitahu
bahawa dia dipilih sebagai peserta Akademi Impiana. Sebelum pergi menemui Timah,
Gundutz awal-awal lagi sudah menanguk ke salon Mei Lin untuk memastikan agar warna
rambutnya tetap perang dan nampak seperti telah dibuat mengikut teknik rebonding.
Apabila dia pergi menemui Timah di warung Pak Hassan yang letaknya berdekatan
dengan flatnya di Pandan Indah, matanya melihat-lihat jika ada kamera yang tersembunyi
yang akan merakamkan aksi lakonan terkejutnya apabila si Timah memberitahunya
bahawa dia ada membawakan berita baik yang bakal merubah hidupnya.

Tetapi, Timah datang dengan tangan kosong pada hari itu. Tak ada kamera tersembunyi.
Tidak ada sampul surat misteri. Tidak ada harapan untuknya menjadi glamer. Tidak ada
“Jika anda meminati saya, sila SMS, AINDI GUNDUTZ”. Tidak ada. Tidak Ada.

Rupa-rupanya, si Timah sememangnya mahu berjumpa dengannya sebab dia nak pinjam
duit darinya untuk beri kepada boyfriendnya, Rahmat - mat rempit dari Gombak yang
sedang kesempitan wang itu.

Gundutz kecewa. Sudah entah berapa banyak audition rancangan TV yang disertainya.
Mula-mula dia cuba masuk rancangan Bintang RTM. Tetapi tidak berjaya, sebab orang-
orang RTM takut melihat dia menyanyi sebijik macam suara Siti Nurhaliza. Kemudian,
rancangan Who Will Win pula dicubanya. Tak boleh juga, kerana ada orang Dalam
NTV7 kata muka dia ada iras-iras Zaini Ahmad "on a bad hair day and when he's 50
kilograms heavier". Rancangan Audition pula menolaknya mentah-mentah, sebab kuota
untuk peserta "lelaki lembut" sudah dipenuhkan (dan mereka masih lagi mencari peserta-
peserta lelaki keras yang tidak kunjung tiba). Malaysian Idol tidak mahu menerimanya,
tetapi hampir-hampir mahu menjadikannya William Hung versi Malaysia, tetapi tak jadi,
kerana takut dituduh meniru konsep Amerika, jadi perkara ini dilupakan sahaja, walaupun
Gundutz tak kisah dikenali sebagai "William Hung Malaysia", kerana yang penting
baginya, dia boleh jadi terkenal!

“Vencisssss! Hanjengs sangat tau!” Gundutz menjerit-jerit setiap kali promo


peserta baru Akademi Impiana ditayangkan di kaca TV...

**

6 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: Azmil, jangan lupa beritahu kepada penonton bahawa peserta lelaki dan
perempuan gunakan pintu berbeza... Tak nak pulak nanti akaq wartawan hiburan kita tu
kata peserta lelaki perempuan bercampur gaul tidur sekatil dan sebagainya. Kau tahulah
diorang ni kan tak ada kerja lain. Suka saja buat kontroversi tak perlu tu semua. Suka
sangat tabur fitnah!

Kakak Besar: Oh ya, Azmil. Boleh tak kalau you jangan pakai your tinted glasses tu on
today's show. I dah bagitahu make-up artist suruh touch up your eye bags and use
industrial strength foundation on you. Tak nampak lah eye bags you tu nanti. Lepas make-
up mampan tu, I'm sure you will look like budak baru keluar U. Kalau tergedik-gedik pun
tak kisah. Boleh ya, Azmil!

**

Selepas makan sarapan, Zaidi masuk ke dalam tempat berkumpul. Beberapa peserta lain
sudah mencari tempat untuk duduk di ruang tamu. Mereka menunggu masa untuk
pengetua Akademi Impiana, Ramlee OS menyerahkan tajuk lagu yang akan dibawa
mereka dalam konsert Akademi Impiana yang pertama.

Buat kali pertama, Zaidi melihat pengetuanya melakukan kerjanya pada hari pertama
pengajiannya. Pada mulanya, dia memikirkan bahawa pengetuanya yang berasal dari
Singapura itu adalah seorang yang garang, tetapi sebaliknya. Rasa hormatnya kepada
pengetuanya itu semakin bertambah, walaupun sudah lama dia mengagumi keikhlasan
pengetuanya itu ketika memberikan pendapat. Bagi Zaidi, dia lebih suka menerima
teguran yang ikhlas dan membina dari pengetuanya itu, dari mendengar komen Pengkritik
Tetap Akademi Impiana, Kamsiah Bahar yang hanya tahu memuji memanjang, walaupun
pelajar banyak melakukan kesilapan ketika menyanyi.

Kini, satu persatu, nama-nama pelajar dipanggil untuk menerima fail yang terkandung
lirik, nota dan CD lagu yang diberikan kepada mereka. Zaidi berdoa agar dia menerima
lagu yang senang dibawanya.

Fyrul: Jerat, Harvey Malaiholo


Indra: Jika Kau Bercinta Lagi, Alleycats
Khir: Januari, Glenn
Boboy: Wajah Kesayangan Hamba, Hail Amir
Zaidi: Percayakan Siti, Exists
Azam: Jangan Lafazkan, KRU
Dara: Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Nurfaezah
Zurina: Mencintaimu, Kris Dayanti
Edlina: Bintang Hati, Amy Mastura

7 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Nur: Sejahku Bertemu Padamu, Sanisah Huri


Sia: Permata Biru, Ella
Lina: Tak Tahan Lagi, Melly Goeslow

Zaidi diberi lagu hits Percayakan Siti oleh Exists. Dia tersenyum menerima lagu ini
walaupun lagu ini bukanlah lagu kegemarannya. Zaidi berkali-kali memberitahu kepada
dirinya bahawa dia akan cuba sedaya mampu untuk membuktikan kepada semua bahawa
dia sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

“Boboy, boleh terai nyanyi lagu you dapat tu? Kita semua nak dengar.” Ujar
Ramlee OS kepada Boboy nampak terkejut. Dia tersenyum manja sambil membuka
failnya. Dia berdiri di hadapan Ramlee, lantas menyanyikan lagunya.

Boboy tidak dapat menyanyikan lagunya dengan betul. Suaranya, walaupun lunak, masih
kurang yakin membawakan lagu lama nyanyian Hail Amir itu.

“Zaidi, cuba you nyanyi pulak.” Ujar Ramlee dengan nada yang tenang. Zaidi
mengangguk perlahan walaupun jiwanya gemuruh.

Zaidi cuba menyanyi, tetapi banyak rasanya kesilapan yang dilakukannya ketika
menyanyi. Wajahnya sedikit pucat. Dia takut dimarahi, tetapi Ramlee hanya duduk diam
sambil mendengar dengan khusyuk. Zaidi rasa serba salah. Setelah selesai menyanyi, dia
kembali duduk. Dia tidak berani menatap wajah pelajar-pelajar lain. Lebih-lebih lagi
kepada Azam yang dengan penuh yakin menyanyikan lagu KRU yang telah lama
dihafalnya itu.

Dalam kelas Puan Ogy Nawawi pula, para pelajar ditanya jika mereka mempunyai apa-
apa masalah dengan lagu yang diberikan kepada mereka. Pelajar-pelajar nampaknya
banyak mendiamkan diri mereka. Mereka kelihatan penat. Zaidi tidak mahu menampilkan
dirinya seperti pelajar-pelajar lain. Pada pagi itu, Indra sebagai contoh, duduk di tengah-
tengah dalam kelas vokal yang dikendalikan oleh Puan Siti Hawa. Dari awal lagi Zaidi
sudah dapat melihat bahawa Indra dan Azam seboleh-bolehnya mahu diri mereka
menonjol. Zaidi seboleh-bolehnya tidak mahu mempunyai sikap seperti itu. Dia tidak
mahu gila glamour. Itu bukan satu perkara yang dicarinya atau tujuan utamanya untuk
menjadi pelajar Akademi Impiana.

Di dalam kelas Puan Siti Hawa pagi tadi, banyak juga perkara baru yang Zaidi pelajari.
Sebagai contoh, dia dapat melihat bahawa beberapa orang rakannya memang pandai
penyanyi, tetapi dari segi teknik, mereka masih mentah lagi. Zaidi suka ke kelas Puan Siti
Hawa, walaupun beliau mempunyai reputasi seorang tenaga pengajar yang garang, tetapi
tidaklah segarang Puan Ogy yang sedang mengajar kelasnya sekarang...

“Saya tak faham...” Ujar Sia perlahan. Hanya dia sahaja yang berani bertayakan

8 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

soalan kepada Puan Ogy.

“Apa yang kamu tak faham?” Tanya Puan Ogy tanpa senyum.

“Liriknya... Saya tak faham langsung. Saya takut tak boleh bawak.”

“Apa yang kamu tak fahamkan lagi?” tanya Puan Ogy dengan nada marah.
Kemudian dia menyuruh Sia membaca lirik Permata Biru.

Permata biru usah biarkan dirimu


Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

“Apa lagi kamu tak faham? Benda ni kan senang nak faham!” Mata Puan Ogy
terbeliak seketika.

“Saya tidak faham tentang kehidupan kota besar. Saya tak tahu kehidupan di
sana.” Jelas Sia dengan ikhlas. Tatkala mendengarkan penjelasan Sia, Zaidi berfikir jauh
buat seketika. Sebagai anak kota, dia sendiri tidak pernah mengalami kehidupan jauh di
pendalaman. Adakah dia mampu membayangkan dirinya sebagai seorang anak kampung
ketika menyanyikan lagu-lagu yang memerlukan penghayatan seorang anak desa? Adakah
penghayatan lagu itu penting ketika menyanyi? Perkara ini ingin benar ditanyakan kepada
Puan Ogy, tetapi dia segan. Jadi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja pada waktu itu.

“Tapi tak kan lah kamu tak tahu makna lumpur... debu tu semua!” Suara Puan
Ogy menyengat. Kemudian dia meneruskan lagi dengan berleter tentang nasihat ibu dan
bapa dari kampung kepada anak-anak mereka yang berhijrah ke kota. Sia menangis,
walaupun dia bukan peserta pertama yang menangis. Zurina sudah siang-siang lagi sudah
menangis sejak pagi tadi dalam kelas Cikgu Fahmah. Adlina pula terkebil-kebil. Dia tidak
tahu jika kamera sedang memfokus kepadanya pada ketika itu. Jika dia dapat tahu ada
kamera yang sedang memfokus kepadanya, haruslah dia mengeluarkan air mata juga
gamaknya.

**

“Eh nok, hem meluatz lah tengok pompuan-pompuan ni asyik-asyik menangis.


Takde kerja lain ke nok? Takde teknik lain ke yang harus diorang gunakan untuk pancing
undi?” tanya Gundutz marah-marah kepada Timah. Tangannya meramas-ramas bantal
busuknya dengan perasaan benci.

“Eh rilek lah beb! Diorang nak nangis ke, nak apa ke... tu hak diorang.” Ujar

9 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Timah sambil menjeling ke arah jam di dinding. Sekejap lagi dia terpaksa keluar dari
rumah Gundutz untuk memulakan shift kerjanya di kilang. Nampaknya, hari-hari dia
terpaksa mendengar keluhan si Gundutz semata-mata untuk mengikuti rancangan
Akademi Impiana ini.

“Eleh, peserta-peserta Akademi Impiana ni bukannya ada bakatpun. Harapkan


muka jer. Hem dinch taste pulak tu!”

“Eh, ramai yang hensem apa?”

“Hello, kalau hensem, kau hengat diorang minat pompuan ke? Nak nak pompuan
kilang macam kau!”

"Hek elleh! Aku dah ada bf lah beb!"

"Alah, diorang ni kebanyakkannya adik-adik lah, nok!"

“Aku tak nak dengar ler cakap kau ni, Mengarut jer! Pandai jer nak fitnah orang
yang bukan-bukan. Apa-apapun, aku minat kat Fyrul dan Indra. Cute kan diorang!”

“Choiiii lesbian lah kau ni, Timah!” Gundutz menjeling benci. Timah pula buat-
buat tak dengar.

10 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 2

Gundutz ketawa sendiri di hadapan komputernya. Kak Leha kerani yang sedang duduk di
hadapannya jeling-jeling. Dia tak paham kenapa Gundutz mengilai seperti kucing yang
dipijak ekornya, sedangkan kerjanya sebagai kerani pentadbiran bukannya kelakar sangat.

Di tempat kerjanya, Gundutz masuk ke dalam sebuah forum dalam Internet yang terkenal
sebagai tempat untuk mencari gosip-gosip terbaru para artis. Dalam forum-forum seperti
ini lah, tempat yang terbaik untuk mengumpat, tabur fitnah, melepaskan geram,
meluahkan perasaan tidak puas hati dan pusat terapi Internet bagi mereka yang tak cukup
wang untuk mendapatkan perkhidmatan pakar sakit jiwa profesional.

Dalam Forum ini, Gundutz terkekeh-kekeh membaca tajuk gosip terbaru: “Siapa Peserta
AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?” Kini timbul pula kontroversi mengenai Indra – satu
perkara yang sudah lama diketahui Gundutz melalui pengamatan sendiri, tetapi sibuk
diperkatakan dalam forum ini seolah-olah ia adalah penemuan terbesar manusia selepas
manusia mula-mula memijak kaki mereka di atas permukaan bulan :

Siapa Peserta AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?

Ni.. sebelum nenek nak menggosip ni... nenek nak terangkan sikit... Tajuk gossip ni
"Peserta AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?. Tu korang nampak tak tanda soal tu?
(?????). Hah, kalau korang pass SPM dulu korang tau kan maknanya??? Maknanya,
kesahihan gossip ini masih boleh dipertikaikan.

Nenek pun masih ragu-ragu lagi samada nak gossip atau tak.. apa kata kalau nenek buat
teka teki jerr? (Hah.. mesti ramai yang mengamuk tuu).. Teka teki lagi!!!!!

Apa-apa pun (kata Aizizi AI), nenek nak cerita juga. Ni pasal sorang peserta AI2 la.
Jantan ni nampak macho kalau tengok luar tu... Tapi menurut "ahli nujum" nenek
(Macam Zubir pulak nenek ni ye?), jantan ni mempunyai 'boyfriend"!!!!

Hari tu, adalah sumber-sumber nenek ni pi audition sekali dengan budak AI ni, katonya
dier nampak budak AI ni pi audition ditemani sorang jantan dengan "kemesraan yang
melampau"... Errkk.. Tak berani nenek nak gossip lebih-lebih.

Betui atau tak tu..tak pastilah pulak......

Nenek permisi dulu...

Nenek Kebayan

Gundutz mengamati pula gambar Indra yang dikatakan mesra bersama “teman lelaki”nya

11 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

yang ada disertakan di dalam forum yang sama. Gundutz mencebik benci. Gundutz benci,
tetapi gambar itu ditatapnya lama-lama.

**

Abang Besar: Azmil, hari ini ada assignment baru untuk you. Kita ada strategi baru untuk
damage control si Indra tu. You saw the memo we sent you this morning, kan? Jadi, kita
akan cuba ambil footage dia dengan mana-mana peserta wanita, kita akan cuba jadikan
mereka couple. You cakap jer “Bunga Bunga Cinta” mula berputik or something like that.
Alah, you know lah Malaysian viewers will go for this kind of crap. You feed them with
nonsense also they will think it's for real. Boleh yer Azmil!

Err... What do you mean you want that boy's phone number?

Kakak Besar: Azmil, hari ini kitaorang nak bagi surprise kat para pelajar. Kita orang nak
hadiahkan mereka alat timbang berat. Ye lah, bukan semua orang dilahirkan ala-ala
“figuah” macam you. Bukannya apa nok, kalau chubby sangat nanti, macam mana orang
nak minat. Lagipun, kuota chubs kita dan penuh, si Boboy tu pun dah cukup. Ye lah,
tahun lepas si Normah yang berisi sikit tu pun orang dah jadikan isu! Pelajar-pelajar
perempuan semua kena kurus-kurus, macam si Fyrul tu. Oh dear! I selalu terlupa si Fyrul
tu pelajar Lelaki. Ye lah, with all that fashion design thingee and him going to the
audition half drag pakai kimono, I keep on forgetting. Thanks for reminding me, Azmil!

**

Zurina terasa penat setelah melakukan latihan menari dengan Guru Seni Koreografi,
Carey. Langkah-langkah tarian yang diajar oleh Carey terlalu pantas dan rumit baginya,
walaupun beliau adalah seorang pandai menari tarian tradisional. Zurina walau
bagaimanapun, mampu mengingati langkah-langkah tarian yang telah diajar dengan
pantas, jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.

Dara sebagai contoh, mengalami masalah yang besar untuk mengikuti kelas tarian.
Staminanya rendah. Belum sampai sepuluh minit menari, dia sudah tercungap-cungap.
Tetapi dia terus gigih untuk berlatih. Langsung dia tidak mengadu kepada sesiapapun
tentang masalahnya ini, kecuali kepada Indra sewaktu mereka sedang sibuk mencuci
pinggan bersama.

“You pandai menari lah.” Puji Dara dengan perlahan kepada Indra. Kalau boleh,
dia tidak mahu sesiapapun tahu akan perbualannya ini dengan Indra.

“I biasa aja.” Ujar Indra. Dia menjeling ke arah cermin untuk memastikan
rambutnya yang tercacak-cacak dan yang perlu digel serta didandan selama 15 minit itu
tetap “maintain” rapi. “I cuba belajar mana yang patut. Tapi badan I sakit-sakit lah.”

12 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Samalah macam I!” Kening Dara terkerut manja. “Lelaki macam you pun sakit-
sakit jugak ke? Lembutlah you ni” Seloroh Dara sengaja mahu berjenaka.

“Memanglah I lembut!” Jawab Indra dengan spontan dan bersahaja.

“Ermm...” Dara tidak dapat menyambung lagi. Dia tersenyum tawar. Dia tidak
menyangka akan menerima jawapan tersebut dari Indra. Dara kemudian hanya mampu
terus berdiam sambil memerhatikan Indra yang terus membasuh pinggan dengan tekun.

Selepas selesai membasuh pinggan, Indra terus pergi ke ruang rehat. Dia ingin berlatih
menyanyi lagi. Dia mempunyai masalah dengan alat pemain cekera padatnya. Ada sahaja
yang tidak kena.

“Kenapa tu?” Tanya Zurina sewaktu melihat Indra menggaru-garu dahinya (dia
tak boleh garu kepalanya kerana set rambutnya kena sentiasa “maintain”).

“Entah... something wrong dengan CD player ni.” Jawab Indra sambil memandang
tepat kepada Zurina.

Zurina mengambil alat pemain cekera padat itu dari Indra. Dia memerhatikannya betul-
betul. Dia mendapati Indra tidak memprogramkan alatnya dengan betul. “Begini caranya.
You tekan butang ini, nanti bassnya akan kuat sikit. Kalau you set kat sini pula, dengan
tekan butang ni, lagu yang you pilih ini akan repeat sendiri.”

Indra senyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Zurina. Zurina pula membalas
senyumannya dengan ikhlas.

Pada waktu itu, entah mengapa, Zurina teringatkan pula kepada bekas kekasihnya, Khairi,
bekas pelajar Akademi Impiana pada musim lepas. Khairi telah meninggalkannya setelah
beliau keluar dari Akademi Impiana sebagai pemenang tempat kedua dan mencapai
impiannya menjadi seorang artis yang glamor.

Zurina ditinggalkannya begitu sahaja.

Zurina ditinggalkannya begitu sahaja selepas beliau mendapatkan kontrak membuat


album. Zurina terus ditinggalkannya apabila beliau dapat dilihat di dalam iklan TV
telefon bimbit yang meniru bulat-bulat iklan telekomunikasi yang kedua-duanya menjadi
penaja utama Akademi Impiana musim terbaru ini.

Zurina ingat lagi kepedihan hari demi hari yang terpaksa dilaluinya menangis seorang diri
mengenangkan nasib yang menimpanya. Zurina merasakan dirinya seperti ditipu. Setelah
setia menunggu kepulangan Khairi kepangkuannya, tiba-tiba beliau ditinggalkan begitu

13 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

sahaja.

Tuhan sahaja dapat merasakan apa yang terpaksa dilaluinya pada Akademi Impiana
musim yang lepas ketika Khairi “dijodohkan” dengan Normah, peserta Akademi Impiana
yang telah menimbulkan kontroversi yang hebat di seluruh negara setelah beliau
disingkirkan dahulu.

Hatinya terasa seperti dihiris-hiris. Jiwanya seperti disiat-siat apabila dia melihat
hubungan Khairi yang semakin rapat dengan Normah di kaca TV. Lebih teruk lagi
apabila pihak media seolah sengaja membesar-besarkan kisah hubungan kedua pelajar ini.

Banyak kali Zurina tertanya-tanya mengapa Khairi tidak pernah memberitahu kepada
penonton dan kepada pihak media bahawa dia sudah berpunya, sedangkan, mereka telah
bersama-sama pergi ke sesi uji bakat Akademi Impiana musim pertama (tetapi sayangnya,
Zurina tidak terpilih di atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak penganjur).
Mereka telah bersama-sama bertungkus lumus untuk memastikan bahawa cita-cita
mereka untuk menjadi pasangan glamor bahagia seperti Nurul dan Ajai akan terlaksana
kelak.

Tetapi janji hanya tinggal janji. Impian hanya tinggal mimpi. Zurina ditinggalkan Khairi
pergi apabila impiannya sendiri dapat dicapainya.

Sejak ditinggalkan, Zurina berjanji kepada dirinya bahawa dia akan melakukan segala-
gala yang termampu olehnya untuk memberitahu kepada Khairi bahawa dia juga mampu
terkenal tanpanya. Apabila Zurina menerima berita bahawa beliau telah dipilih sebagai
pelajar Akademi Impiana yang terbaru, beliau terus yakin bahawa ini adalah satu alamat
yang jelas bahawa, saat-saat Khairi merangkak kembali untuk menagih cinta darinya akan
tiba juga akhirnya.

Pagi tadi, Zurina telah diberitahu oleh Abang Besar dan Kakak Besar agar merapati Indra.
Mereka perlu dilihat kelihatan bersama untuk tujuan promosi rancangan Akademi
Impiana. “Penonton suka benda-benda macam ni.” Kata Kakak Besar kepadanya. Zurina
akhirnya bersetuju, itu pun setelah berfikir panjang – beliau hanya dapat membuat kata
putus setelah Abang Besar menyatakan kepadanya bahawa peluangnya ke peringkat
Separuh Akhir akan lebih cerah jika beliau digandingkan dengan Indra.

Zurina terpaksa mengambil sedikit masa untuk berfikir, kerana beliau tahu Indra
mempunyai seorang “sahabat” yang rapat dengannya. Zurina sendiri pernah melihat
mereka bersama. Kalau boleh, Zurina tidak mahu apa yang pernah dilaluinya ketika
beliau bersama dengan Khairi dahulu dilalui oleh “sahabat” Indra. Tetapi Zurina terpaksa
melakukannya juga. Kerana Zurina mahu menang.

Zurina ingin buktikan kepada Khairi bahawa beliau juga mampu menjadi terkenal. Beliau

14 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

juga mampu menjadi lebih glamor dari Normah yang dikatakan digilai oleh Khairi yang
“taste”nya berubah meminati gadis-gadis yang montok setelah dia menjadi semakin
terkenal...

**

“Eh nok... ko perasan tak? Kalau nak tahu mana satu bukan gayah antara peponen
yang ada ni. Kita tengok jer mana satu yang tak pandai joget.” Getus Gundutz sambil
menepuk bahu Timah dengan lembut.

“Macam-macam lah kau ni pondan! Ada jer tak kena tau!” Timah mengomel
sambil menjeling.

“Eh, betul apa kata hem ni! You tengok si Fyrul tu, joget tak hengats. Dia ingat
BB ke? Siap dengan goyang kepala segala!”

“Kau jeles dengan dia sebab kau sendiri joget berterabur, kan?”

“Hello, hem kalau nak jadi ratu kebaya merangkap ratu joget bila-bila masa jer
tau! Kau nak tengok hem joget ke? Hem boleh buktikan sekarang!” Gundutz mula
menggerak-gerakkan tangannya dengan penuh longlai seolah sedang memulakan tarian
Inang.

“Kuruskan badan kau tu sikit, okay! Baru aku boleh percaya!” bentak Timah.
“Tengok macam aku ni... kurus jer!”

“Kau kurus sebab selalu makan hati dengan laki kau mat rempit tu! Dok pinjam
duit memanjang! Mesti dia guna nak spedo betina lain, kan?”

“Molot kau memang lahanat kan? Langsung takde insurans!”

“Biasserrrlehhhh! Molot Ratu!”

“Apa-apapun... Perut kau tu kempiskan sikit dulu. Diorang tak nak ambik kau jadi
peserta AI sebab diorang takut ada wartawan buat cerita AI ambil peserta lelaki bunting.
Perut kau kan ala-ala perut pompuan mengandung empat bulan!”

“Choiiii!” Gundutz menepuk bahu Timah dengan manja. “You ingat senang ke
nak kuruskan badan? Tengok jer berat Si Boboy tu dulu. Dulu paling ringan berat dia 86.
Sekarang terus naik 96. I rasa, bila habis Akademi Impiana ni, mesti berat dia makin naik
kan? Ye lah, hari-hari makan jer. Makan sponsor pulak tu!” ujar Gundutz. Dia terus
mengunyah-ngunyah keropok ubi Makcik Rahmah yang duduk di tingkat bawah flatnya.

15 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Di dalam kepalanya, Gundutz bercita-cita untuk kuruskan badan. Ye lah, mana tahu jika
Akademi Impiana ketiga nanti dia akan dipilih kerana bertubuh kurus seperti Azam dan
Fyrul. Tak apa, dia yakin dia boleh melakukannya. Mulai esok, dia akan mula berjogging
selepas pulang ke pejabat dan sebelum bermulanya rancangan Akademi Impiana...

**

Kakak Besar: You rasa si John okay ke sebagai Penasihat Residen Lelaki? Bagaimana
pula dengan Rosnani?

Abang Besar: They don't have charisma... We have to admit that. Si John tu, asyik-asyik
tersasul speaking London. But one thing for sure, dia tak lah se-”motherly” macam Cik
Tahar kita tu.

Kakak Besar: And... takdelah diorang nak panggil si John tu “Cik John” pulak lepas ni,
kan? He's too damn stiff to be called a “Cik”. I think, lebih-lebih pun dia akan dipanggil:
“Encik John”.

Abang Besar: Damn! Now I really miss Cik Tahar. I really like listening to him
membebel. So campy one! Macam Richard Simmons on a bad day, kan?

Kakak Besar: I'm sure si John tu tak akan membebel macam Cik Tahar kita. I think we
can leave that to Rosnani.

Abang Besar: You think so? I tengok dia pun kaku jer.

Kakak Besar: Tu lah, I dah cakap siang-siang suruh cari candidate yang sewaktu dengan
Cik Tahar tu! You tak nak dengar kan? Sekarang apa dah jadi? You know these people
are good at what they are doing!

Abang Besar: Hmmm....

16 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 3

"Segala yang dipaparkan dan dikisahkan di sini adalah cerita rekaan semata-
mata. Tiada yang kena mengena dengan sesiapa jua, samada yang masih hidup, ataupun
yang telah mati ataupun yang glamor."

“Eiii gelinya hemmmmmm!” Gundutz mencemikkan mukanya. Lidahnya sengaja


dijelirkan. Timah rasa seperti mahu gunting sahaja lidah Gundutz yang panjang itu.

“Eh nyah, kalau tak diam tak boleh ke? Orang dah lah sebak.” Ujar Timah.
Matanya seperti mula berkaca-kaca. Matanya kini terus ke kaca TV.

“Hem menyampah tengok budak-budak ni takde kerja lain, menangis, menangis,


menangis!” Gundutz membuat aksi-aksi perempuan menangis seperti dalam filem-filem
lama zaman P. Ramlee. Siap dengan aksi mengesat air mata dengan sapu tangan yang
berenda.

“Alah, kan sedih masa belajar tu!” Suara Timah sedikit sedih.

“Hello! Macam ni ke keadaannya budak Melayu kita bila belajar? Hem rasa kalau
anak Cina atau anak India belajar, takdelah nak menangis. Kalau cikgu marah, diorang
dengar dengan tekun. Diorang ambik nota cepat-cepat. Biar apa yang ditegur dan
diturunkan akan cepat masuk otak. Ini tidak! Menangis jer pandai!”

“Kau dulu, bila kau belajar menyanyi dengan Mei Lin cikgu vokal ko kat Cheras
tu pon kau menangis kan?”

“Eh, hem menangis bukan sebab kena tegur suara hem pecah. Dia marah hem
sebab hem lupa nak bayar duit yuran hem masa tu. Hem mintak tangguh, terus dia marah
hem dengan suara tahap soprano dia tu. Boleh pecah gelas segala kalau dia dah start
menjerits tau!” Gundutz menggaru-garu telinganya. “Ye lah, hem takde duit masa tu pun
pasal kau kan? Beria-ia kau nak pinjam duit hem sebab nak bayar hutang bill handphone
kau yang tak terbayar berbulan-bulan tu... Dek SMS AIUNDI si Khairi yang kau gila-
gilakan tu, bill handphone kau naik RM 700. Tu pon hem jugak yang tolong kau untuk
melangsaikan hutang kau tu! Kalau bukan hem, siapa lagi nak tolong?” Gundutz
membebel panjang.

“Eh, aku dah lama bayar hutang ko tu tau! Sorry sikit.”

“Tak koserlah... Bayar hutang hem dengan duit spedo Haji Samsuri yang gilakan
kau tu. Ntah-ntah hasil lendir. Choiii!”

“Lahanat molot pondan ni tau!” Timah mencubit betis Gundutz yang berlemak itu

17 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dengan kuat sehingga menjerit si Gundutz dibuatnya. Kemudian tumpuannya beralih ke


kaca TV.

“Eiiii! Dah si Adlina ni pulak menangis! Overnyerrr! Tadi dia jadi tukang pujuk.
Ni dia pulak dok melalak. Apa ni nok? Peraduan menangis ke?”

“Alah, kau mana paham? Kau pernah ke berada dalam situasi macam diorang?
Berada jauh dari keluarga dan kawan-kawan?”

“Eh pompuan! Mak pon ada kawan study overseas tau! Diorang lagik berada jauh
dari keluarga. Ada yang tak balik 2-3 tahun kat overseas. Tak kan masa study diorang nak
melalak dalam kelas? Apa yang diorang study lagik susah, lagik very der susah sampai
nak terberak pun ada. Cikgu-cikgu kat overseas tu lagik molot takde insurans, sundels!
Kalau dah marah main sembur jer.” Kata Gundutz sambil bercekak pinggal ketika sedang
duduk bersimpuh. “Kalau macam ni ler gayanya student-student kita belajar... Cikgu
tegur jer menangis, cikgu cakap sikit jer air mata dah meleleh... Sampai kiamat pon
belum tentu boleh dapat degree, occay!”

“Eh, mana aku tahu hal ni semua! Aku mana ada pernah pergi overseas. SPM aku
tu pon gred 3.” Timah berpeluk tubuh. Matanya tetap kepada kaca TV. Dia menyuruh
Gundutz diam. Dia kini bersama-sama menyanyikan lagu Bintang Hati seperti mana yang
dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Impiana untuk memujuk Adlina supaya
berhenti menangis.

**

Abang Besar: Rosnani, you sendiri tahu kan, antara penaja utama kita adalah pembekal
kertas tisu terulung di Malaysia, Prime. Jadi product placement tu penting! I nak you
beritahu kat student-student perempuan suruh menangis banyak-banyak. Kalau boleh,
kena marah jer menangis. Kena tegur sikit jer menangis. Kalau tak boleh menangis, kita
boleh sediakan pati bawang merah untuk diorang hidu. Kalau tak, you beritahu kat
diorang, peserta mana yang paling banyak menangis, sure boleh pancing vote penonton.
You know lah our audience, mereka kan suka drama-drama over macam ni. Nak-nak
audience Melayu kita kan? Bila you beritahu our girls pasal ni, sure diorang boleh
menangis lepas tu. Bila diorang menangis, cepat-cepat you bagi kertas tisu Prime, ya!

Oh ya, you nak beritahu the guys to menangis pun boleh jugak. I dengar, si Azam tu
menjerit dan nak menangis bila dia kena check darah kat medical centre hari tu. And
some of them so der manja I think, you provoke sikit jer dah meleleh air mata. You terai
lah ya!

Kakak Besar: The same goes to you also, John. We all dah suruh si Azam tu buat-buat
cute bila dia tumpahkan air dalam kelas Ogy Nawawi. Dia akan lap air yang tumpah

18 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dengan kertas tisu Prime. Kalau tak cukup, you bagi dia satu kotak lagi. Don't forget to
show the kotak prominently ya! Sebagai balasan, we all dah janji dengan Azam tu we all
akan benarkan dia menyanyi sambil mengelap lantai dan “showcase”kan suara dia tu
kepada penonton. Ye lah, bila lagi kan nak pancing undi?

**

Kelas Puan Ogy Nawawi pada pagi itu telah dimulakan dengan permainan bisik-bisik
yang lebih dikenali dengan nama “Chinese whispers”. Dalam permainan ini, seorang
pelajar dikehendaki mengingati beberapa perkataan yang pelik, dibisikkan kepada
seorang pelajar lagi di sebelahnya dan seterusnya sehingga ke pelajar yang terakhir.

“Zaidi!” Puan Ogy memanggil nama pelajar lelaki yang suka bermain di dalam
kelas ini. Zaidi bangun dari duduknya lantas berjalan ke arah Puan Ogy.

“Awak kena hafal ayat-ayat ini.” Ujar Puan Ogy sambil memegang kertas yang
terkandung ayat-ayat yang perlu dihafal oleh Zaidi.

Dengan tekun Zaidi membaca ayat yang diberikan kepadanya di dalam hati: “Kolam
nenek kecil dekat Chow Kit.”

“Dah hafal?” Tanya puan Ogy dengan matanya tepat kepada Zaidi.

“Dah.” Angguk Zaidi dengan yakin. “Kolam nenek kecil dekat Chow Kit.”
Kalimah-kalimah ini terbuku di dalam hatinya.

“Pergi bisik dekat si Khir apa yang awak kena hafal tadi.” Perintah Puan Ogy.

Zaidi pergi menemui Khir. Terus dia membisikkan apa yang dihafalnya tadi kepada Khir.
Khir cuba mendengar dengan tekun.

“Alahai! Satu kelas boleh dengar! Pelan sikit lah kalau ye pon!” Puan Ogy
menegur. Zaidi berhenti sebentar. Dia mahu ketawa. Tetapi Zaidi terus berbisik. Kali ini
diperlahankan lagi bisikannya.

Kini Khir dapat menghafal apa yang cuba diperkatakan oleh Zaidi kepadanya. Kini giliran
Khir pula untuk berbisik kepada Lina yang duduk di sebelahnya.

Setelah beberapa lama, akhirnya kesemua pelajar selesai melakukan tugasan mereka ini.
Pelajar terakhir yang perlu menghafal apa yang telah dibisikkan kepadanya adalah Nur.

“Nur... Beritahu kepada kelas apa yang dibisikkan kepada awak tadi!” perintah
Puan Ogy.

19 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Lolo cek nek cik cil dekat cik sit...” Ujar Nur dengan serius. Boboy ketawa besar.
Diikuti dengan Indra dan Fyrul. Khir pula cuba mengawal dirinya dari ketawa. Yang lain
hanya ikut ketawa walaupun mereka sebenarnya tidak faham apa yang telah membuatkan
Boboy, Indra, Fyrul dan Khir ketawa macam tak ingat dunia.

**

“Eh seswatuhnya!” Gundutz mendekatkan dirinya ke kaca TV.

“Apa lagi ni nyah? Apa lagi yang tak kena?” tanya Timah marah-marah.

“Sia dengan Adlina ni seswatuh kan?”

“Tak paham lah. Kau ni ada jer!”

“Diorang berpeluk ala-ala berlezzi gituh kan? Mak tengok hubungan diorang ni
very der seswatuh one!”

“Alah... Apa salah pompuan peluk-peluk. Biasa lah tu! Diorang kawan baik lah.
Kau ni, tahu mengaibkan orang jer!”

“Ohh... diorang peluk-peluk ko tak kisah. Kalau hem manja-manja dengan


Rahmat mat rempit laki kau tu sikit ko dah melenting! Hanjs betul!” Mulut Gundutz
terkumat-kamit. Dia menjeling ke arah Timah dengan perasaan tidak puas hati.

**

Gundutz sedang memerhatikan rakaman para pelajar yang sedang belajar dalam kelas
Ogy Nawawi. Gundutz dapat melihat bahawa sekali lagi para pelajar diberikan tugasan
dalam bentuk permainan untuk latihan vokal dan sebutan. Para pelajar Akademi Impiana
diberi beberapa perkataan yang berbunyi seperti: “Kok kuku kaki kakakku”. Dengan
perkataan-perkataan ini, mereka diminta untuk berlakon.

Apa yang jelas, para pelajar nampaknya memang pandai berlakon. Mereka dengan
bersungguh-sungguh melakonkan sketsa dengan menggunakan perkataan yang diberi.

“Hem memang pandai bab berlakon ni nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-
sungguh kepada Timah.

“Ko memang pandai berlakon!” sambut Timah dengan nada yang sinis. “Ye lah,
walaupun pecah lobang, walaupun dari satu batu lagi orang dah tahu kau pondan.. Tu pon
ko masih mahu berlakon ala-ala jantan kat opis kau tu kan? Lepas tu bagitahu satu dunia

20 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

aku ni awek kau kan, semata-mata untuk cover line! Ingat orang tak tahu ke?”

“Alah nok, sekali-sekala. Apa salahnya? Kau kan sesssuaiizzz jadi bini hem.”

“CHOIII!”

“Ni... tengok mak berlakon ala-ala Kok kuku kaki kakak ku, ni yer--”

Timah mengejek. Dia buat-buat tak dengar. Dalam jelingannya, dia dapat melihat
Gundutz seolah-olah melakonkan sketsa seorang wanita yang baru sahaja ditinggalkan
suami.

“Kok kuku kaka kakak kek--”

“Eh bingitlah!”

“KOK KAKAK KU TIMAH KEK KAKI KONGKEK... KUI KUI KUI!”

“Lahanat tau molot pondan ni! Tak habis-habis mencarut jer!” Timah menjerit-
jerit sambil mengambil bantal baldu kecil kepunyaan Gundutz, lalu dilemparkan ke
arahnya. Gundutz mengelak sambil ketawa sehingga satu flat boleh dengar dia ketawa.

21 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 4

“Mak, mak kat rumah, jangan makan hati! Diorang ni semua anak saya!” Kata
Puan Ogy Nawawi ke arah kamera yang baru dipasang di dalam Akademi Impiana. Para
pelajar Akademi Impiana memeluk guru mereka ini dengan erat. Walaupun zaman
sekolah dulu, mereka ini bila berhadapan dengan guru mereka sendiri muka satu-satu
macam ayam berak kapur...

“Mak? Dia cakap pasal hem ke? Hem nak makan hati buat apa?” Ujar Gundutz
tak puas hati seperti merungut-rungut kepada Timah.

“Eh, dia bukan cakap pasal kau lah pondan!” herdik Timah. “Dia cakap pasal
wanita tulin yang digelar ibu, khususnya kepada ibu para peserta.”

“Eleh... Hem bergurau pun tak boleh. Tak koser lah ko Timah. Berapa haribulan
ni? Ermmm, pompuan ni tengah datang bulan ler ni!”

“Molot ko tu jaga sikit yer!” Timah menjeling. Kalau boleh dia mahu menutup
telinga agar dia tidak perlu mendengar Gundutz membebel, tetapi kalau ditutup nanti tak
dengar pula apa yang berlaku di kaca TV. Dia hanya menutup telinga ketika rancangan
Akademi Impiana ini berehat seketika untuk menyiarkan pesanan penaja. Ketika montaj
Gastro dimainkan, tiba-tiba volum TV menjadi kuat sampai nak pecah speaker TV
dibuatnya. Banyak kali Timah melatah-latah ketika perkara ini berlaku.

**

Perbualan Kakak Besar dan Abang Besar tentang kriteria pemilihan pelajar Akademi
Impiana pada awal tahun ini:

Abang Besar: You dah tengok laporan kajian yang kita terima mengapa para penonton
pilih Terence sebagai pemenang pertama, Khairi pemenang kedua dan Aizizi pemenang
ketiga?

Kakak Besar: Dah, but very funny kan? I mean, we never expected that Aizizi will go that
far. You know, he's not good looking, in fact he looks like Seal minus the hunky body
and with a jinjang haircut. He's a lelaki lembut when lelaki lembut is such a big issue
back then. Tapi dia boleh kalahkan pelajar-pelajar lain! This is amazing kan?

Abang Besar: Mungkin penonton pilih pemenang according to their talents. This is
unexpected, I know. But I've seen weirder things happened.

Kakak Besar: Sejak bila pulak these students are talented? I thought we chose them
because they are neither here nor there. Ye lah, kalau talented sangat, sure dah masuk

22 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bintang RTM or they already got a recording contract, kan? But you know lah, the
contestants are chosen based on their looks or lack of it. Jenis yang senang emosi,
sentimental, can cry on cue, can easily crack under-pressure, manja, and the last person
on earth you think can become a singer. Ye lah, just look at Nini and Fatie, if they can
sing, then I must be Mariah Carey!

Abang Besar: Well, remember we thought that in the beginning, Aizizi will be voted out?
Kita pilih dia pun sebab itu, kan? So what's left in the end are people who can really jual
SMS. Tapi dia masih boleh dapat tempat ketiga without the cat, the “bunga-bunga cinta”
with pelajar perempuan and “I'm the token non-Malay, so please cote for me” factor. I
think it's amazing that he had lasted that long!

Kakak Besar: That's not amazing. What's more amazing are the number of votes we are
getting from East Malaysia, especially Sabahans. You tentu perasan teks SMS dalam
saluran 15 tu semua penuh dengan bahasa Sabah dan Sarawak that nobody understand but
them.

Abang Besar: You know what? Maybe it's a good idea kalau kita dapatkan separuh dari
pelajar AI dari Sabah dan Sarawak. Just think about it! Lagik banyak SMS yang boleh
kita jual nanti. I can already picture the winners... Peserta pertama Sabahan, kedua
Sabahan...

Kakak Besar: Idea yang bagus tu. Might as well, lah kan? Lagi banyak SMS kita jual, lagi
banyak bonus kita tahun ni. I can't wait to go to Paris again this year!

**

Kelas Puan Siti Hawa dimulakan seperti biasa dengan latihan vokal. Para pelajar
mengikut segala arahannya dengan tekun. Beliau memberitahu para pelajar tentang fungsi
anatomi kotak suara dan bagaimana pergerakan tubuh dapat menghasilkan suara yang
dikehendaki.

Selepas selesai penjelasan diberi, para pelajar di suruh menyanyi satu persatu. Diharapkan
mereka dapat menggunakan tunjuk ajar yang diberi untuk menyanyi dengan lebih baik
lagi.

Dara diminta untuk menyanyikan lagunya, “Seandainya Masih Ada Cinta oleh Dayang
Nurfaezah”. Dara nampaknya boleh menyanyikan lagu ini dengan baik dan khusyuk.

Fyrul dan Boboy memerhatikan Dara dengan satu pandangan yang kosong. Tumpuan
mereka lebih kepada lagu yang dinyanyikan Dara. Boboy dan Fyrul masing-masing
merasakan bahawa sepatutnya, lagu seperti ini harus diberikan kepada mereka, bukan
lagu-lagu nyanyian Harvey Malaiholo dan Hail Amir yang dirasakan terlalu janggal untuk

23 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dinyanyikan mereka.

“Macam mana nak nyanyi ni? Selalunya kalau aku pergi karaoke dengan budak-
budak fashion designer ni kitaorang nyanyi lagu Siti, kalau tak pun lagu Dayang atau lagu
Misha. Bagi aku lagu Siti atau Dayang kan best? Baru boleh feeling sikit!” Cetus Fyrul
dalam hati. Dia menguraikan rambutnya yang ikal mayang itu ke belakang.

“Bestnya kalau dapat nyanyi lagu Dayang. Ini tidak, disuruhnya aku nyanyi lagu
Hail Amir. Tak adil betul!” Boboy mendengus di dalam hati. “Lepas tu si Lina Yasmin
pulak macam sengaja nak pekenakan aku suruh bukak step menari pecah lobang ala-ala
Citrawarna gituh. Eh bencilah! Ni mesti ada konspirasi nak jatuhkan aku. Tak boleh jadi
ni!”

Bibir Boboy dan Fyrul bergerak-gerak ketika Dara sedang berlatih. Kini mereka bersama-
sama menyanyikan lagu Dayang Nurfaezah yang sering dinyanyikan mereka dengan
sepenuh jiwa raga di masa-masa kelapangan mereka sendiri dengan penuh perasaan, jiwa
dan raga...

**

“Jangan suka mendongak bila menyanyi... mendongak itu tandanya bongkak!”


Kata Puan Siti Hawa tanpa menujukan kata-katanya itu kepada sesiapa. Gundutz dapat
melihat wajah Indra yang jelas terkebil-kebil ketika Puan Siti Hawa meluahkan kalimah-
kalimah ini.

“Sessuatuh sangat kalau nyanyi dongak-dongak ni.” Gundutz mencebikkan


mulutnya ke kiri. “Dah biaassseer lah tu! Ala-ala karaoke der dongak dalam gelap gituh.”
Ujar Gundutz kepada Timah. Dilihatnya Timah sekadar berdecit. Entah dia dengar entah
tidak kata-katanya ini.

Gundutz tidak banyak bercakap buat beberapa detik, sehinggalah dia melihat Dara
menyanyikan lagu kegemarannya. Dia menilik wajah Fyrul dan Boboy. Gundutz paling
benci dengan kedua-dua pelajar ini. Lebih-lebih lagi kepada Boboy yang boleh berkongsi
saiz seluar dan baju dengannya itu.

“Ko tengok muka ponen dua ekor ni... Over kan?” Ujar Gundutz sambil berpeluk
tubuh.

“Apa yang over? Biasa jer aku tengok.” Sambut Timah dengan nada yang garang.

“Tuh... Tengok muka Fyrul dengan Boboy. Macam nak terliur kan? Very der
peponen over nak nyanyi lagu betina. Ala-ala meronta-ronta jiwa nak nyanyi lagu
Dayang.”

24 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Isk ko ni. Gila lah. Kalau dah jantan tu nyanyi lagu jantan lah. Bukan macam
kau, pergi audition nyanyi lagu Siti. Lepas tu satu dewan audition terdiam macam ada
malaikat lalu. Buat malu aku jer masa tu. Nyesal aku ikut kau pergi audition!”

“Hello, suara hem vassst tau! Tak macam suara diorang!” Gundutz melawan
balik.

“Yezzzasssk... Suara kau memang vasst teramatz kan?” Timah bersuara seperti
mahu memerli.

“Tahu pon. Lagik nak tanya-tanya!”

“Badan macam tong minyak... Bila nyanyi suara kepit kau tu sebijik macam Siti.
Macam mana tu? Siapa nak jawab? Nasib baik hari tu takde orang yang sakit jantung tau!
Kalau tak, tentu ada yang mati sebab ingatkan Siti dah disumpah jadi Shrek!”

“Vavis kau Timah! Pandai-pandai jer panggil orang Shrek. Kau tu apa? Ratu
Minah Rempit Daerah Pandan Indah ke?”

“Apa-apa aja lah pondanz. Nak panggil aku Ratu Minah Rempit ke, Ratu Sundal
lorong belakang mati versi Edisi Siasat ke. Suka kau. Asalkan kau bahagia dan asalkan
aku dapat tengok AI ni hari-hari kat rumah kau!” Ujar Timah, kemudian dia
menggunakan isyarat tangan menyuruh Gundutz diam kerana kini giliran Puan Ogy Nawi
pula mengajar para pelajar.

Di kaca TV, Fatimah dapat melihat Puan Ogy sedang mengajar para pelajar menyebutkan
beberapa ayat yang mengelirukan. Di antaranya adalah kalimah: “Ular Lari Lurus”.

“Sebut betul-betul! Ular Lari Lurus. Bukan Ularre Larrie Lurrusse!” Puan Ogy
menjerit-jerit. “Bukan mataharie, bukan merrah!”

“Haiyoh, very der style adik-adik sebut ayat kan?” Ucap Gundutz. Kemudian dia
ketawa berdekah-dekah mendengar beberapa orang peserta yang tidak dapat menyebut
ayat yang diberikan kepada mereka dengan betul.

“Kan hem dah cakap. Kalau adik-adik tu, tetap adik-adik kan? Walau nak cover
macam mana pun, harus pecah lobangs bila kena sebut ayat-ayat ada huruf “r” ni. Molot
kalau dah biasa melolo, harus sebut huruf “r” berterabur!” Gundutz mencuit bahu Timah.
Tetapi Timah tidak menjawab. Dia lebih tekun membuat latihan sebutan ayat yang
diberikan oleh Puan Ogy. Mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca mentera...

**

25 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Indra dapat melihat bahawa Adlina sedang menangis. Adlina duduk di tempat yang
strategik - betul-betul di hadapan cermin di mana terdapat kamera untuk merakamkan
tangisannya itu. Indra memandang ke kanan dan ke kiri. Nampaknya, rakan-rakan yang
lain sibuk dengan hal masing-masing. Mereka semua nampaknya dah muak dengan
perangai Adlina yang kuat menangis.

“Indra pun emosional jugak.” Kata Indra dengan jujur kepada Adlina. “Serius I
akan menangis, I will cry!” Ujar Indra apabila ditanya Adlina jika beliau akan menangis
apabila rakannya akan disingkirkan kelak.

“Tapi kita akan berpisah selepas itu!” Adlina merengek lagi. Kalau boleh dia
mahu Indra mencari tisu Prime lantas mengesat air matanya, tetapi Indra hanya duduk
sambil memeluk lututnya sendiri. “This is not fair. We are so close to each other now!”
ujar Adlina, walaupun beliau cukup mengerti bahawa sebaik sahaja beliau telah dipilih
menjadi pelajar Akademi Impiana, beliau perlu menandatangani kontrak selama 3 tahun
bersama Gastro. Dalam masa 3 tahun ini, beliau akan terus bersama rakan-rakan pelajar
dengan mengadakan konsert Hari Merdeka, konsert pertunjukan amal, konsert Menuju
Angkasa AII2 (Akademi Impiana Indonesia 2) bersama AI2, konsert Reunion dan entah
berapa ratus lagi konsert yang telah dirancangkan untuk mereka dari awal. Adlina cukup
sedar tentang hal ini. Adlina juga sedar tentang beberapa taktik yang digunakan
sebilangan pelajar AI1 mendapatkan undi dari penonton. Di antaranya, para pelajar
perempuan hanya perlu banyak menitiskan air mata. Dengan cara ini, penonton akan
bersimpati dan akan terus mengundi mereka.

“Alah, kenapa you sedih. Nanti lepas konsert finale kita semua akan diketemukan
kembali!” Ujar Indra. Kemudian buat seketika, dia berfikir tentang segala-galanya yang
terpaksa dilaluinya selepas konsert terakhir AI2, seperti menyertai rancangan TV yang tak
masuk akal 'Celoteh Bersama Izwan Ali' yang memerlukannya dia menjawab soalan-
soalan kontroversi seperti: “Betul ke you dengan Adlina ada skandal?” Atau setidak-
tidaknya, menjawab soalan-soalan dari wartawan-wartawan hiburan tempatan yang akan
menanyakan soalan yang sama beribu-ribu kali: “Bila lagi Indra nak kahwin?” Fikir Indra
di dalam benak fikirannya; mungkin awal-awal lagi dia perlu berlatih menjawab soalan-
soalan bodoh yang bakal diterimanya dengan sebaik mungkin agar dia tidak membuat
kesilapan menjawab soalan wartawan ala Ning.

“Tapi kita semua dah rapat sangat!” ujar Adlina beria-ia. Sebelum ini, anak jiran
sebelah rumahnya yang dikenali sejak kecil dan bersekolah di sekolah rendah yang sama
dengannya pun tidak pernah mahu dirapatinya. Tiba-tiba kini, mahu pula dia beritahu
kepada penonton bahawa dia tak sanggup berpisah dengan para pelajar Akademi Impiana
yang baru dikenalinya tidak sampai seminggu itu. “I tak sanggup berpisah dengan you
all!”

26 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Adlina terus menangis. Air matanya meleleh-leleh. Dia mahu menang. Kalau untuk
menang dia terpaksa menangis air mata darah pun dia sanggup.

**

“Haiyoh adik-adik buat koreografi sendiri!” ujar Gundutz apabila dia dapat
melihat pelajar-pelajar lelaki sedang berlatih menari. Dia nampak seronok. Lebih-lebih
lagi apabila dia dapat melihat bahawa Boboy tidak dapat mengikuti langkah tarian. Boboy
berdiri kaku dan jelas dari wajahnya, beliau nampak seperti tidak puas hati dengan
sesuatu.

“Dah apa kena dengan ponen chub ni nok?” Ujar Gundutz dengan keningnya
terkerut seribu.

“Dia tak tahu ikut step kot.” Timah membuat spekulasi sendiri. Tetapi lebih lama
dia menonton lebih jelaslah kepadanya situasi sebenar yang sedang berlaku.

Rupa-rupanya, Boboy tidak puas hati tentang kedudukan ketika beliau sedang menari.
Didapatinya, kedudukannya tidak selari dengan pelajar-pelajar yang lain. Dia cuba
mengarahkan pelajar-pelajar lain agar mendengar pendapatnya.

“Haiyoh si gemuk ni. Dia hengat dia ratu ke boleh arah-arah orang!” Gunduz
menempik kuat. “Dia hengat dia Lina Yasmin ke, nok?”

“Tu lah kan?” Timah bersetuju dengan pendapat Gundutz, kerana dia sendiri tidak
suka dengan boboy. “Kalau si Boboy ni jadi peserta Survivor, haruslah ramai-ramai dah
lama pakat nak buang dia siang-siang!”

“Nok, haruslah masa dia tercegat tadi dia cakap dalam hati: 'kau hengat semata-
mata aku gemuk korang boleh letak aku mana-mana ke?'”

“Kau memang suka tukar-tukar skrip orang kan? Dulu kau bukak VCD Cinta
Berlemak, kau tutup volume TV lepas tu kau buat dubbing kau buat sendiri, kan? Kau
feeling-feeling kau Ferra Farizah gituh!” Timah sengaja mengusik.

“Eh betul lah nok! Macam dalam filem Cinta Berlemak tu lah. Kalau gemuk jer
harus disisihkan gituh. Hem kesian jugak dengan si Boboy ni. Ala-ala dapat position tak
perlu der letak belakang-belakang der jauh dari kamera gituh. Yang lain semua nak joget
depan kamera! Very der konspirasi kan? Harus lah peponen ni semua dah pakat siang-
siang!”

“Eh, Azam dengan Boboy berbisik lah. Apa yang diorang bisikkan tu agaknya
ya?” Ujar Timah. Matanya tekun ke kaca TV.

27 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Hem rasa, Azam suruh Boboy tu diam. Dia tentu kata, 'sabar ler sikit, nanti
ponen tu melenting, satu sen pon tak guna occay!'” ujar Gundutz tanpa sedikitpun
matanya terkerlip. “Tak kosser lah diorang ni nok. Setahu hem, ponen jer yang bisik-bisik
macam ni tau! Lagik sessuatuh kalau diorang dok bisik-bisik masa belajar menari. Tak
perlu sangat tau! Dia hengat apa... Diorang ni semua adik-adik dok belajar menari untuk
buat show kat Blue Bar ke?”

“Jangan berbisik depan orang. Sensitif tau!” sergah Fyrul sambil cuba sedaya
mungkin untuk mengawal dirinya agar tidak bercekak pinggang ataupun kelihatan dengan
pergelangan tangannya terkulai lembut sepertimana yang biasa dilakukannya sebelum
menjadi pelajar Akademi Impiana.

“Hah tengok... kan Fyrul dah marah-marah!” Getus Timah nampak risau.

Fyrul menjeling tajam ke arah Boboy. Dan Boboy pula masih tidak mahu berganjak dari
kedudukan yang dirasakan sesuai untuknya. Keadaan menjadi semakin tegang.

Gundutz menoleh ke arah Timah. Dia mendapati Timah sedang menggigit kuku. Timah
hanya berhenti menggigit kuku apabila Azam menjernihkan keadaan dengan menjelaskan
mengapa dia perlu berbisik-bisik kepada Boboy tadi...

28 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 5

“HAIYOHHHH APA DAH JADI NOK!” Gundutz menjerit resah. Dia mengipas-
ngipas dadanya. “Hem rasa nak pengsan ni!”

“Eh overlah kau, nyah!” Timah menjeling benci. Dia tidak marahkan Gundutz, dia
cuma marahkan kepada saluran Gastro ke atas rancangan konsert pertama Akademi
Impiana yang tergendala buat beberapa lama.

“Nok ada minyak angin tak? Mak trauma ni!” Gundutz memicit-micit kepalanya.
Dia menjadi tidak tentu arah. Kalau konsert Akademi Impiana tidak bermula jam 9
malam, dia akan betul-betul pengsan. Itulah yang dirasakannya sekarang.

**

Kakak Besar: Azmil... For today's concert, jangan pecah lobang yer. I think you have to
tone down your “lelaki lembut” image tu sikit. I don't expect you to be like that stud,
Eddie Nugoroho from Akademi Impiana Indonesia, but at least, jangan jadi macam kakak
okay? Nanti keliru pulak sesetengah penonton bila para pelajar panggil you “abang
Azmil”...

Abang Besar: And more importantly, no sexual innuendos dengan pelajar lelaki yang you
minat macam tahun lepas. No flirting on stage, ya! Tahun lepas, I think satu Malaya tahu
you have this special preferences dengan Hadi.

Kakak Besar: Like AI1, I nak you terus usik-usik para pelajar perempuan. Gossipkan
mereka dengan mana-mana pelajar lelaki, although you know some of them satu species
dengan you. Don't worry lah... Most of our audiences are stupid like nobody's business...
So, pandai-pandailah you buat novel romantik, especially between Indra and Adlina,
okay! I think Adlina really need to ride on Indra's Sarawakian votes and that boy really
needs a good cover up for all those rumours about him spreading over the Internet.

Abang Besar: And another thing... John and Rosnani, beritahu dengan para pelajar, bila
pelajar yang disingkirkan terpaksa pergi, jangan peluk-peluk--

Kakak Besar: Tell them to control themselves. Tak nak pulak jadi macam tahun lepas.
Nanti ramai pulak penonton yang akan tulis surat di dalam akbar untuk mengatakan
pelajar lelaki dan perempuan tidak seharusnya berpeluk-peluk bila sedih. Jadi, no hugging
and commolots amongst students the yer!

Abang Besar: Apa-apa pun, first concert tak ada pelajar yang akan kena voted out. Ye lah,
kalau cepat sangat macam mana nak jual SMS, kan? Just make sure this thing won't
happen next week, ya!

29 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

**

Kedudukan Sebelum Konsert

Lina 17%

Azam 13%

Khir 13%

Sia 9%

Zurina 8%

Indra 7%

Zaidi 7%

Fyrul 6%

Nur 6%

Dara 5%

Adlina 5%

Boboy 5%

Kakak Besar: Let's face it, budak-budak ni vote based on looks. Bukan sebab bakat.
Tengok sahaja kedudukan para pelajar at the beginning of the concert.

Abang Besar: Well, you tahu lah budak-budak ni. Bakat is not important to them. With
their raging hormons, the don't vote with their brains, but with their *bleep*. Just look at
Fyrul... He can't sing for shit! You know that and I know that. Tapi kita ambil dia sebab
his hair alone can jual SMS...

Kakak Besar: Lina dapat tempat pertama sebab dia cute and Sabahan. Azam tempat
kedua sebab dia cute and Sabahan. Khir tempat ketiga sebab dia cute and an honorary
Sabahan. Hahahaha!

Abang Besar: The last two, Adlina dan Boboy dapat undian rendah. You tahu kenapa?

30 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: Alah, the answer is simple... Adlina is too pretty and irritating to the
majority of voters who are girls of her age. The idea of an educated, well to do girl is too
much for them to handle.

Abang Besar: And boboy is fat... enuf said. And since it's a sport in Malaysia to insult fat
people, I already told Azmil and our judges to make fun of his size... How about that?

**

“Zawie nampaknya badan bertambah sasa ahhh!” Kata Azmil kepada Zawie,
seorang penyanyi rock dan pelakon yang pernah terkenal satu ketika dahulu sebagai
seorang rockers. Sekarang, mungkin beliau akan lebih dikenali sebagai seorang lelaki
yang akan masuk umur setengah abad dengan rambut panjang dan bersubang...

“Nok... Ramainya penonton ponens!” Ujar Gundutz tatkala melihat sebilangan


penonton yang datang menyaksikan. “Ponen jer yang akan pergi tengok benda alah
macam ni kan? Jantan mana ada! Satu-satu dressing over macam nak pergi annual dinner.
Koser tau!”

“Jantan seteret lah tu semua! Kau tu jer yang bengong!”

“Kalau macam tu, kenapa laki ko si Rahmat tu kenapa tak tengok Konsert
Akademi Impiana ni?” tanya Gundutz menjeling.

“Dia tak minat--”

“Dia minat tengok bola. Hem tahu occay!” Gundutz menyepetkan matanya. “Lusa
dia nak datang rumah hem dengan kawan-kawan mat rempit dia tau! Diorang nak tengok
Euro 2004. Jangan marrah!”

“Tahu... Tapi jangan lelebih tau! Kau tu over! Aku dah warning ko siang-siang ni
tau. Kalau aku dapat tahu kau over aku lesing kang! Jangan main-main!”

“Alah, apa salahnya kalau hem ala-ala mewomankan diri hem ni sekejap. Harus
lah hem drag kan? Ye lah, dia kan nak bawak kenkawan mat mat rempit dia yang taste-
taste tu!”

“Ko mesti rasa bila ko drag ko macam Normah AI kan?” Kata Timah perlahan-
lahan seolah mengaturkan kalimahnya betul-betul. “Tapi Normah sekarang dah kurus. Ko
bila lagi?”

“Haiyoh jahatnya molot!” Kata Gundutz. Dia betul-betul sensitif bila Timah
mengungkit soal berat badannya yang nampaknya semakin bertambah saban hari.

31 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Sindiran Timah telah membuatnya terdiam sebentar. Keadaan dirinya semakin sepi
apabila berat badan dan bentuk tubuh Boboy dijadikan isu di kalangan Juri Profesional.

Menurut Rashidi Sibir: “Boboy, kamu adalah seorang Born entertainer, tapi demi
menjaga imej, saya rasa kamu perlu kuruskan badan kamu tu.” Zawie juga mempunyai
pendapat yang sama. Kamsiar Bahar pula, Juri Tetap yang selalu sahaja tergedik-gedik
kalau ada pelajar kacak yang menyanyi di atas pentas berpendapat: “You kena slim down
sikit for your stamina.”

“Hanjengslah... Si Fyrul yang kurus macam pelarian kelaparan dari Afrika, dia tak
suruh pulak fitkan badan!” Dengus Gundutz perlahan. Suaranya itu hampir-hampir tidak
dapat di dengar oleh Timah.

Tatkala menonton konsert pertama ini, Gundutz cukup-cukup meluat melihatkan si Fyrul.
Baginya, Fyrul melambangkan segala-galanya yang tidak betul mengenai Akademi
Impiana ini.

Gundutz tidak faham mengapa seorang yang tidak mempunyai bakat untuk menyanyi
diberikan tempat untuk menjadi seorang pelajar di Akademi Impiana. Seingatnya,
sewaktu dia pergi ke audition Akademi Impiana dahulu, terdapat lebih ramai lagi pelajar-
pelajar yang lebih berbakat. Dia sendiri, mampu membuat suaranya menyerupai suara Siti
Nurhaliza. Jadi mengapa dia tidak di pilih?

“Isk, kenapa lagu si Fyrul nyanyi ni macam tak nak berhenti-henti ni? Bila ponen
ni nak berambus? Bingit telinga hem dengar dia nyanyi!”jerit Gundutz dengan nada yang
geram.

“Eh, lagu dia susah nak bawak lah! Apa lah kau ni! Bagi lah dia can. Ni baru
konsert pertama!”

“HELLO! Lagu yang Fantasia Barrino bawak untuk American Idol, Summertime
tu pon susah jugak. Boleh jugak mak itam kita tu bawak. Si Terence tu ko tengok, lagu P.
Ramlee, Bunyi Gitar pon anak Cina tu boleh bawak. Kenapa? Because he's good.”

“Wah, wah, wahhhhh! Mentang-mentang lah dia peminat setia Fantasia dengan
Terence. Puji memanjang lah tu!”

“Hem hanya minat yang the best sahaja tau!” Ujar Gundutz dengan wajah yang
puas. Dia puas kerana kedua-dua penyanyi yang diminatinya itu masing-masing menjadi
juara American Idol dan Akademi Impiana...

Sewaktu Indra membawakan lagunya, sekali lagi Gundutz merungut. Dia mendapati
sekali lagi terdapat pelajar yang tidak boleh menyanyi. Dia berhenti merungut lantas

32 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

ketawa berdekah-dekah apabila Kamsiah Bahar menegur Indra sewaktu dia menyanyikan
lagu Jika Kau Bercinta Lagi nyanyian Alleycats: “lagu tu lagu sedih... Tapi awak macam
suka semacam... Macam suka pulak nak tendang awek tu.”

“Eh Biasserlah tu. Macam tak paham-paham pulak kan?” sebut Gundutz sambil
menjeling ke arah Timah. Si Timah tidak menjawab. Tangannya sibuk mengundi Khir
walaupun Khir belum keluar lagi untuk menyanyi.

“Noks... Apasal pelajar AI dari Malaysia Timur ni suka gerak-gerak jari ah? Ala-
ala MJ lah... Pakai bandana kat tangan lah. Seswatuh lah nok. Tadi si Indra. Lepas tu si
Lina. La ni si Azam pulak! Benda ni ala-ala macam penyakit berjangkit ker?”

“Alah, macam kau lah, bila nyanyi tangan patah macam Saloma!” sambut Timah
sambil mengejek.

Timah menjadi histeria sebaik sahaja Khir mula menyanyi. Kalau boleh, mahu sahaja dia
mencium kaca TV. Timah dapat membayangkan betapa baiknya jika dia menjadi awek si
Khai ini. Ye lah, anak orang kaya, berpendidikan tinggi, pandai nyanyi pulak tu!

**

Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang
selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Tumpukan kepada vokal anda...

(Maksud Sebenar): Face it, your vocal sucks!

(JP): Anda perlu ada lebihkan latihan vokal

(Maksud Sebenar): Suara anda memang tak boleh pakai dan tidak boleh dibantu lagi

(JP): Awak hensem/cantik dan mempunyai stage presence

(Maksud Sebenar): Harapkan muka jer hensem/cantik, tapi langsung tak boleh nyanyi

(JP): Anda boleh pergi jauh sebagai penyanyi

(Maksud Sebenar): Anda memang akan jadi penyanyi walaupun tak ada bakat kerana
anda sudah dipilih sebagai peserta Akademi Impiana

(JP): Rata-ratanya semua peserta membawakan persembahan yang baik hari ini

33 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

(Maksud Sebenar): Ada peserta yang baik dan ada pula memang tak boleh diharapkan
langsung

(JP): Anda mempunyai pakej sebagai seorang penyanyi

(Maksud Sebenar): Anda mempunyai segala-galanya kecuali bakat untuk menjadi seorang
penyanyi

(JP): Lain kali, pitch awak tu kena betulkan sikit

(Maksud Sebenar): Lain kali sedar-sedarlah sikit, awak tu memang tak boleh jadi
penyanyi

(JP): Awak perlu turunkan berat badan...

(Maksud Sebenar): Awak MEMANG kena turunkan berat badan!

34 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 6

“Haiyoh, kenapa bila Azmil pakai snow cap terus macam mak cik Leha jual nasi
lemak kat depan pondok guard, nok?” Ujar Gundutz sambil mengunyah keropok
kegemarannya yang digorengnya sendiri.

“Alah, dah fesyen lah. Kau ni banyak soal lah!” sambut Timah sambil berpeluk
tubuh.

“Nok, sejak bila pulak Malaysia Malaysia ni ada musim sejuk sampai nak pakai
snow cap bagai ni?” Gundutz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hello... Dulu kau sibuk pakai baju turtle neck tengahari buta tu apa? Aku tengok
ko pon aku dah panas, okay!” Timah mengambil alat kawalan jauh, lantas menguatkan
lagi volum TV.

“Alah, masa tu hem tak pandai dressing sangat. Ye lah, baru berhijrah dari
kampung. Segala-gala jenis baju hem nak terai.”

“Tahu pon! Dah tu lain kali jangan dok komplen pasal cara orang lain nak
berpakaian!” Timah menjeling. Tumpuannya kini kembali ke kaca TV.

**

Kakak Besar: Well, Kamsiah Bahar told Azmil that our students are faking it!

Abang Besar: Where?

Kakak Besar: Dalam rancangan Akademi Rewind semalam. I thought I've sent you a
memo about this?

Abang Besar: Sorry, I tak baca. I busy kira berapa kutipan keuntungan SMS yang kita
dapat... But how could she do this! Ini rahsia kita. Don't we have anything stipulated in
the contract that says she cannot blurt out any of our trade secret?

Kakak Besar: Well... What's done is done.

Abang Besar: We can still fix this. We can get the help of Dr. Cher. Dr. Cher can fix
anything. He even fixed your addiction dengan kasut Manolo Blahnik... You have
stopped buying expensive shoes, just to look good in front of Kamsiah Bahar, kan?

Kakak Besar: Yes, I'm totally cured, thank you for asking!

35 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Okay macam ni... Kita suruh Dr. Cher motivate pelajar untuk menangis. Ye
lah, tambahkan drama sikit. Tell them to be real and convince the audience that the next
time they see them, they will be their real self. No more acting.

Abang Besar: No more acting... Hahaha!

Kakak Besar: Eh, I forgot semalam father's day lah!

Abang Besar: So you lupa belikan sugar daddy you hadiah ke?

Kakak Besar: Eh, you ni... Sejak-sejak selalu keluar lunch dengan Azmil, makin over
pulak ya? Eh, back to father's day... Don't you think we can leverage this?

Abang Besar: Boleh... In fact, this is a good chance for us untuk tambah drama. We can
ask the students to act sad. As if kita orang Melayu perlu ada hari khas untuk menyambut
hari bapa ni.

Kakak Besar: Zaman I remaja dulu, I can't remember celebrating Father's day. Wah... the
glory of globalisasi!

Abang Besar: Itulah! Anyway, kita akan suruh mereka melalak-lalak depan kamera. The
more they cry, the more votes they will get. They know this is a competition... And some
of them will stop at nothing to win!

**

Dr Cher Nawi telah diarahkan oleh Kakak Besar dan Abang Besar agar menambahkan
lagi unsur drama dalam Akademi Impiana. Inilah tugasannya sekarang. Sebelum kelasnya
bermula, Abang Besar telah menemui Dr Cher, lantas menunjukkan kepadanya sesuatu
yang telah ditemuinya di dalam sebuah laman di Internet.

DR. SEX JADI MOTIVATOR???

Assalamualaikum

Saudara dan saudari sekian, baru-baru ini ada seorang Dr. yang kononnya seorang
motivator tapi perangainya sungguh ganjil. Kata-katanya sungguh lucah seperti katanya
"Sex Maniac", “have you ever have sex a woman?" dan “You raped a women" dan lain-
lain terhadap penonton dan di hadapan orang ramai semasa di acara pameran produk
sebuah syarikat minyak yang terkenal di Malaysia.

36 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Nama Dr tersebut ialah Dr Cher Nawi Yaakob. Mungkin webmaster kenal orang ini.
Masa tu pulak hari Jumaat. Semasa dia muncul keluar untuk persembahan dia terloncat-
loncat macam monyet serta berteriak dan memanggil semua penonton mengikut rentak
beliau...

Semasa persembahan tersebut dia langsung tidak menghormati perasaan orang Islam
dengan kata-kata lucahnya... Menyanyi, mengajak orang ramai melakukan maksiat
seperti berpegang tangan antara isteri orang dengan suami orang... Itu saja yang dapat
saya ceritakan untuk saudara-saudari. Sekian.

Pemerhati bebas

Dr. Cher merenung nota yang diberikan kepadanya itu. Dia nampak sedih. “I didn't know
that there are people who hate me so much.”

“Alah, biasa lah tu... Internet.” Ujar Abang Besar. “There are many sickos out there over
the Internet.”

“I feel bad lah.” Kata Dr. Cher. “I feel so depressed!”

Abang Besar hanya mampu tersenyum. Kelas akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Dia
menepuk bahu Dr. Cher. Itu sahaja yang mampu dibuatnya kepada pakar motivasi yang
sedang dalam kesedihan ini, yang kerjanya kini adalah untuk membuat para pelajar
menangis.

**

“Haiyoh Dr. Pecah Lobangs dah mulakan kelas motivasi!” Gundutz terkekek-
kekek ketawa. Timah langsung tidak mengendahkan kata-kata Gundutz tadi. Dia sedang
mengambil nota. Timah merasakan banyak yang boleh dipelajari dari Dr. Cher.

Timah merasakan bahawa dia perlukan motivasi. Dia perlukan semangat untuk bekerja di
kilangnya, di mana kerjanya adalah untuk membuat komponen semikonduktor yang
digunakan di dalam perkakasan komputer.

“You rrasssa rendah dirriiii. Sebab tu lah you tak berani untuk tonjolkan dirri you
yang sebenarrre!” Kata Dr. Cher bersungguh-sungguh sambil duduk bersimpuh di atas
sebuah kusyen putih. “You have to be yourself. Tak payah nak tirru orreng lain!”

Para pelajar Akademi Impiana terkebil-kebil tatkala kata-kata ini disebutkan oleh Dr.
Cher. Kemudian Dr. Cher meminta agar semua pelajar berdiri dan memegang tangan
masing-masing dalam sebuah bulatan.

37 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Kita punya beauty dalam jiwa kita!” sebut Dr. Cher. Kata-katanya itu sengaja
dilontarkan kepada Boboy. “Apa yang kita buat... Mesti ikhlessss!” katanya kemudian.

“Mak chanteks, mak chanteks, mak tetap chanteks!” Gundutz mengajuk-ajuk si


Boboy, seolah-olah kata-kata ini terpacul dari mulut Boboy sendiri.

Boboy nampaknya kelihatan sedih. Bila-bila masa sahaja air matanya akan berderai jatuh.

“Haiyoh, boboy pon dah pandai jual air mata ke nok? Tak kosernyer! Mentang-
mentang lah dah ramai orang mula vote dia!” kata Gundutz seperti tidak puas hati.

Gundutz nampak geram. Dia cukup benci melihat para pelajar Akademi Impiana
menangis hampir setiap hari. Dia mula tertanya-tanya jika pelajar dipilih mengikut bakat
yang mereka ada ataupun bakat untuk mereka menangis?

Gundutz kemudian teringatkan kepada majlis pengebumian Taukeh Teo di kampungnya


dahulu. Ketika itu, dia dapat melihat beberapa orang tukang menangis profesional yang
telah dibayar untuk menangis. Mungkin para pelajar Akademi Impiana boleh mengadakan
perkhidmatan yang sama satu hari nanti, selain dari menyanyi dan menghiburkan mereka
yang masih hidup, fikir Gundutz.

“Sentapsnya... Semua adik-adik menangis hari ni! Perlu ke? So der fake, one!”

“Alah, Father's day lah! Diorang sedihlah sebab tak jumpa bapak diorang untuk
menyambut hari istimewa ini.”

“Sejak bila kau celebrate hari bapa ni, Timah? Kira-kiranya, orang Tapah
semuanya celebrate father's day lah ni?”

“Aku orang kampung... Mana lah tahu benda ni semua. Lain lah diorang ni
semua!”

“Eh, baru seminggu dua tak jumpa. Tak kan lah over!” Gungutz rasa semakin
meluat. Dia menjeling benci ke kaca TV. “Sejak bila pulak budak-budak Melayu kita ni
dah pandai nak sambut Father's day? Bukan budaya kita ke untuk mengingati mak bapak
kita tak kira hari?”

“Isk... Suka hari diorang ler!” Kata Timah dengan wajah yang monyok. Beberapa
detik kemudian, Gundutz dapat melihat mata Timah berair setelah dia melihat Khir
mengucapkan selamat hari bapa kepada bapanya.

“Eh kesiannya baby comel kita ni.” Ucap Timah sambil tersedu-sedu. “Kenapalah

38 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

bapak dia tak nak balik. Kesian tau!”

Timah menoleh ke arah Gundutz. Dia mendapati Gundutz terdiam seketika. Terukir raut
sedih di wajahnya itu.

“Kenapa nok? Kenapa kau diam ni? Takutlah aku kalau kau diam macam ni!”
Ujar Timah kepada Gundutz. Dia mendapati air mata Gundutz mengalir bercucuran.
Timah memberikan sekotak tisu Prime kepada Gundutz agar menyapu air matanya itu.

“Entah nok... Hem sedih.”

“Kenapa kau sedih, nyah?”

“Ye lah, kalau hem jadi pelajar Akademi Impiana... Apa yang hem nak cakap
kepada bapak hem?”

Timah menarik nafasnya panjang-panjang. Dia mendekatkan dirinya kepada Gundutz.


Dia tahu akan kisah Gundutz yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan bapanya itu.
Sekali sekala dia akan mengerling ke kaca TV. Sekali sekala dia dapat melihat interaksi
di antara para pelajar dengan tenaga pengajar yang lucu - seperti ketika Ramlee OS
menegur Fyrul agar jangan menggunakan suara kepitnya untuk menyanyikan lagu
barunya, atau apabila Boboy kelihatan tergedik-gedik tatkala diberikan peluang untuk
menyanyikan lagu dari idolanya, Anuar Zain.

Di dalam masa-masa seperti ini, pasti Gundutz akan memberikan komen-komen yang
pedas, tetapi nampaknya, Gundutz terus mendiamkan dirinya. Dia terus diam, walaupun
ketika dalam sesi mengambil berat badan Fyrul, beliau telah meluahkan kalimah: “Hah,
Miss World!” Fyrul nampanya senang dengan tahap berat badannya yang dapat “maintain
ayu” kekal di tahap 51 kilogram.

“Bapak hem tak pernah sayang hem.” Gundutz akhirnya bersuara setelah tamat
rancangan Diari Akademi Impiana. “Dulu bapak hem selalu kata yang dia malu dengan
hem sebab hem gemuk... Hem lembut. Dia panggil hem pondan depan adik-adik hem.
Dia pernah pukul hem sebab hem nak masuk kelab kebudayaan di sekolah hem. Dia kata,
hem anak jantan... Anak jantan tak boleh menari, tak boleh menyanyi. Kalau hem buat
salah sikit, teruk hem dipukulnya. Sebab tu lah, lepas dapat sijil dari Pusat Kemahiran
Mara, hem terus datang ke KL. Hem benci dengan dia.”

“Sabar nok... Sejahat-jahat dia. Dia tetap bapak kau.” Timah menasihati. Timah
nampak serba salah. Dia tahu dia tidak mungkin dapat benar-benar memahami perasaan
Gundutz terhadap bapanya. Timah sendiri sedar dia tidak mempunyai hubungan yang
rapat dengan bapanya yang mempunyai tiga orang isteri dengan dua puluh empat orang
anak kesemuanya di kampungnya di Tapah...

39 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Gundutz terus diam. Dia terus menyapu air matanya yang turun semakin deras
membasahi pipinya yang tembam itu.

40 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 7

Kakak Besar: See I told you so!

Abang Besar: Told me so... Apa? Tak paham lah!

Kakak Besar: Kan I dah cakap, kalau you letak harga tiket RM 20 pun orang akan beli.
Dulu mati-mati you cakap harga tiket terlalu mahal... Takut orang tak pergi konsert.
Takut dewan kosong!

Abang Besar: Ye lah, peminat-peminat Akademi Impiana pun kebanyakannya budak-


budak.

Kakak Besar: Budak-budak sekarang banyak duit dalam poket mereka tu. Jadi kita kena
pandai eksploit!

Abang Besar: How should I know budak-budak kita sekarang dah banyak duit. Dulu,
zaman I kat UKM, nak keluarkan 20 ringgit untuk beli tiket bas untuk balik kampung pun
berkira.

Kakak Besar: Budak-budak zaman sekarang lain dengan budak-budak zaman kita dulu.
Sekarang, yang jenis belum habis sekolah menengah tapi dah ada handphone sendiri pun
dah ramai. Kalau sekadar nak keluarkan RM 20 untuk beli tiket konsert, takde hal untuk
mereka.

Abang Besar. So, macam mana dengan penjualan tikat sekarang?

Kakak Besar: I am pleased to inform you that the tikets had been sold out!

Abang Besar: Eh yer ke?

Kakak Besar: Apa tidaknya, mak ayam besar jadi tukang jual tiket!

Abang Besar: Siapa?

Kakak Besar: Azmil lah! You ni, dah tahu lagik nak tanya! Tapi tak apa, hari ini I nak si
Azmil tu jual jugak tiket kepada para penonton... Lepas tu dia beritahu kepada penonton
tiket dah sold-out. Surprise!

Abang Besar: Nakal lah you ni!

Kakak Besar: Alah, apa salahnya. SMS jual. Merchandise jual. Tiket konsert jual. Makin
bertambah lah bonus kita tahun ini!

41 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

**

Di pejabat, Gundutz duduk di hadapan seorang kakak bertudung labuh yang bekerja
sebagai seorang kerani Am di tempatnya bekerja. Kakak ini dikenali sebagai Kak Zaidah
di kalangan kawan-kawannya. Kak Zaidah mempunyai anak-anak yang meningkat ke usia
remaja. Mereka semua peminat Akademi Impiana. Kak Zaidah cukup risau dengan
keadaan anak-anaknya yang terus mengikuti rancangan ini, walaupun telah ditegah
sekeras-kerasnya olehnya. Kalau boleh, mahu sahaja dia menukar ke saluran lain setiap
kali anak-anaknya menonton rancangan Diari Akademi Impiana ini, tetapi, entah
mengapa, dia sendiri suka menonton rancangan ini.

“Saya tengok awak suka sangat bukak website Gastro? Awak suka mengikuti
rancangan Akademi Impiana?” tanya Kak Zaidah dari tempat duduknya. Gundutz
mengangguk perlahan. Dia jarang-jarang mahu berbual dengan Kak Zaidah. Lebih-lebih
lagi apabila tahun lepas dia telah mendapat tahu bahawa Kak Zaidah lah telah memulakan
cerita bahawa si Kamsiah dari jabatan HR adalah aweknya, sedangkan Gundutz rapat
dengan Kamsiah kerana abang Kamsiah bekerja di Gastro dan Kamsiah boleh
mendapatkan tiket percuma untuknya menonton konsert Akademi Impiana secara
langsung. Sebagai balasan, Gundutz akan membuat kek blueberry cheese yang sedapnya
tidak terhingga itu untuk Kamsiah, yang sememangnya suka memakan kek...

“Saya memang minat tonton Akademi Impiana.” Sebut Gundutz dengan ringkas.
Dia menoleh sekejap ke belakang sebelum dia cepat-cepat merenung kosong ke dalam
monitor komputernya.

“Akak rasa, Akademi Impiana yang selama ni orang dok heboh-heboh... Boleh
tahan. Tapi tak sesuai dengan jiwa dan budaya Islam... Lelaki dan perempuan bukan
muhrim ditempatkan dalam satu tempat. Hmm... Tak tau lah akak. Kita yang tengok ni
pun dok sokong!” Kak Zaidah mengeluh. Seolah-olah dia sedang mengeluhkan masalah
negara yang bakal membawa segala bencana dan kemusnahan.

“Entah lah kak. Dah orang nak tonton. Dah minat.” Gundutz menggaru-garu
kepalanya. Tak tahu apa yang perlu dijawabnya lagi.

“Sebenarnya Akak rasa meluat tengok Akademi Impiana... Akak benar-benar


terkejut dengan sikap dan tingkah laku setiap ahli AI ni. Macam takde maruah! Yang
pompuan lagik satu hal. Memang takde maruah langsung!” Suara Kak Zaidah marah-
marah. “Tergedik-gedik macam pompuan takda agama. Kalau kat Negara Barat tu akak
tak kisah sangat! Memang dah menjadi 'stail' orang kafir yang suka mendedah sana sini
dan sikap lepas laku.”

42 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Gundutz menelan air liurnya tatkala mendengar kata-kata Kak Zaidah yang dirasanya
pedas.

“Kebanyakan ahli AI ni orang melayu... Pompuan pulak tu. Mana nilai kesopanan
gadis timur yang selama ini kita pegang? Lain ler kalau Terence yang memang bukan
agama Islam. Akak tak kisah jikalau dia nak buat perangai yang kurang senonoh. Lagipun
tempat dia memang sudah dijanjikan di neraka jahanam.”

Terkejut Gundutz mendengar kalimah-kalimah yang terpacul dari mulut Kak Zaidah.
Terutamanya mengenai Terence, penyanyi kegemarannya dari Akademi Impiana. Mahu
sahaja dia bersuara untuk membantah, tapi dia tidak berani. Dia hanya mampu mengurut-
ngurut dadanya dengan tangan kanannya, sambil berkipas dengan tangan kirinya.

“Tapi nie... Hish!!! Rasa malu pulak akak nak mengaku yang mereka ni semua,
terutama yang pompuan beragama Islam! Pegang sana... Pegang sini... Peluk sana... Peluk
sini... Cium pipi sana... Cium pipi sini. Macam takde agama dan takde batasan langsung.
Malu ler sikit! Kita Pompuan Melayu. Penuh dengan adat ketimuran dan kesopanan. Ada
Agama yang membataskan antara yang halal dan yang haram. Dah ler mereka tu semua
membuat dosa dengan memperdengarkan suara mereka kat khalayak ramai. Jangan ler
tambahkan dosa lagik dengan membuat kelakuan tak senonoh di depan orang lain pulak!”

“Tapi Kak--”

“Akak tahu, kubur kita lain-lain, tapi tak salah kalau kita yang diciptakan oleh
Allah ni diutuskan sebagai 'khalifah' mengingati antara satu sama lain. Betul Tak?”
Gundutz tidak berani untuk memandang tepat ke dalam mata Kak Zaidah. Dia ingin
menjawab, tetapi dia perlu mengaturkan kata-katanya dengan sebaik-baiknya.

“Akak kalau tak suka... Kenapa akak tonton? Kan bagus akak jauhkan dari dosa
mendengar orang menyanyi dan berhibur dalam Akademi Impiana ni dengan mengaji
ke... Melakukan amal jariah ke... Atau setidak-tidaknya melayan suami akak tu. Tak suka,
jangan tonton. Banyak lagi rancangan yang berfaedah dalam saluran Gastro tu!” Gundutz
berkata dengan teragak-agak. Kemudian dia menambah lagi. “Kita ni hidup
bermasyarakat. Masing-masing dengan nilai dan cara hidup masing-masing. Kalau orang
lain boleh hormat dengan cara hidup akak. Kenapa susah sangat akak menghormati cara
hidup dan pilihan orang lain?”

Gundutz menarik nafasnya panjang-panjang. Tangannya terasa terketar-ketar. Dia berdiri


dari duduknya, lantas terus berjalan ke arah pantry. Langsung dia tidak menoleh untuk
melihat Kak Zaidah yang terkejut kerana Gundutz yang bersifat pendiam di dalam pejabat
berani menegurnya.

**

43 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Sia mendapati Zurina telah mengadu sakit kaki kepadanya. Wajah Zurina terkerut-kerut
menahan sakit. Mungkin kerana banyak berlatih menari. Lebih-lebih lagi apabila beliau
terpaksa berlatih menari dari dua orang guru penari, Carey dan Lina Yasmin.

Pada pagi tadi. Carey telah mengamuk kepada para pelajar kerana pelajar menari sambil
lewa.

“Saya tak dapat feel! Sebab itu saya cepat naik hangin! Sebab itu saya cepat
bengang!” Jerit Carey kepada para pelajarnya. Kemudian dia menambah lagi: “I don't
want you to like the song. I want you to love the song!”

Selepas dimarahi oleh Carey. Giliran Lina Yasmin pula naik angin. Dalam kelas menari
Lina Yasmin, para pelajar disuruh melakukan senaman aerobik. Ramai di antara pelajar
yang tidak dapat melakukan senaman dengan betul. Terkerut-kerut muka mereka ketika
sedang melakukan senaman.

“Kalau kau sakit aku boleh urut.” Kata Sia dengan jujur kepada Zurina.

Sia mengambil minyak cap kapak yang sentiasa ada di dalam simpanannya. Yang
digunakannya ketika pening dan sakit-sakit badan. Sia menyuruh Zurina menyelak
seluarnya agar senang diurut kakinya nanti. Zurina menurut sahaja.

Sia mengurut selama beberapa minit. Zurina kadang-kala akan mengeluh kesakitan.
Tetapi dalam rasa sakitnya itu, dia telah berkata:

“Sedaplah kau urut!”

Ketika itu, datang pula Dara. Dia mengusik-usik si Zurina dan Sia. “Setengah jam berapa
kau charge?” Tanya Dara kepada Sia.

“Seminit 15 ringgit!” sambut Sia dengan nada bergurau. Mata Zurina terbeliak
besar. Lantas ketiga-tiga mereka ketawa bersama...

Di sebalik cermin, di dalam bilik rahsia, juru kamera nampaknya tersenyum sesama
mereka. “Shot baik ni!” Kata jurukamera Rizal kepada kawan pembantunya Wong.
“Malam ni mesti masuk diari...”

“Kalau ada pelajar lelaki... Katakanlah si Khir urut kaki Zaidi, lu rasa Kakak
Besar dan Abang Besar bagi lepas keluar TV tak?” Wong menanyai kepada Rizal dengan
suara yang perlahan.

“Tak kot...” Rizal ketawa kecil, diikuti oleh senyuman nakal dari Wong.

44 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

**

Kakak Besar dan Abang besar sedang membaca tulisan yang telah diterbitkan di dalam
forum Utusan. Setelah mereka membaca, mereka senyum sesama sendiri. Seperti ada
sesuatu yang membuatkan mereka rasa puas...

Saudara Pengarang,

SEMAKIN hari semakin banyak rancangan hiburan yang menampilkan persembahan


peserta secara langsung. Ini termasuklah Akademi Fantasia 2, Audition, Who Will Win
dan terbaru muncul, Malaysian Idol.

Apa yang menuntut saya menulis di ruangan ini adalah gelagat para pesertanya. Mereka
tidak segan silu berpelukan di antara lelaki perempuan, terjerit-jerit dan menangis untuk
sesuatu yang tidak wajar.

Hendak dikatakan suara sedap, maaflah... terus-terang saya katakan setakat jaguh
kampung bolehlah! Yang membuatkan saya bertambah sayu, kehadiran emak, ayah dan
saudara-mara yang memberikan sokongan. Masya-Allah, apakah semua ini?

Di mana ketegasan sebagai orang tua yang hanya tersenyum (dan mungkin hanya marah
dalam hati) melihat anak gadis terkinja-kinja memeluk lelaki yang bukan muhrim?

Bagi peserta lelaki pula, mungkin merasa bangga, anak terunanya dipeluk atau mungkin
nampak `macho' berani memeluk anak dara orang sesuka hati.

Saya memang tidak berkenan langsung dengan rancangan-rancangan sedemikian.


Belum jadi `top star', `star' pun belum, sudah ditatang sedemikian rupa. Siapa mereka?

Masyarakat kawasan Shah Alam bimbang dan mengeluh perihal maksiat yang semakin
berleluasa di sana, tetapi perkara ini yang terang-terangan di depan mata dibiarkan
sahaja. Tambah menyedihkan, majoriti pesertanya anak Melayu kita. Orang lain
berebut-rebut ke IPTA/IPTS, mereka ini berebut-rebut untuk sesuatu yang tidak pasti.
Hanya mencari glamor, duit tak seberapa.

Sedarlah dunia semakin tua, perang sana sini, maksiat merata-rata (dengan skandal
seks, video lucah, haruan makan anak, sumbang mahram, bersekedudukan tidak mengira
bangsa dan seribu satu macam lagi). Bilakah ia akan berakhir?

- DANA ISMAL, Seksyen 8, Shah Alam.

**

45 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Lagu khas buat para akademia...dan sponsor rasmi kertas tisu Akademi Impiana, Prime.
Terimalah lagu "Kertas Kertas Tisu" Nyanyian Tisha Omar, lirik oleh Dom Junior

KERTAS KERTAS TISU

Di kala ku kesedihan,
mengenangkan ibu bapak,
air mata ku berlinangan.

Di kala ku di marahi,
diherdik pengajar garang,
kertas tisulah yang d'perlukan,

Kini t'lah masuk musim kedua,


banyak barangan telah disponsor,
tak ketinggalan kertas tisu,
kertas oh tisuuu...

Lelehkan air matamu,


Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,
Nangislah penuh emosi,
Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Di kala air tertumpah,


entah sengaja 'tau tidak,
kan ku lap dengan kertas tisu,

Di kala meng-kukukaki,
ku capai tisu seponser,
untuk mengesat air mata,

kini segalanya lebih mudah,


usah gundah dan usah gulana,
tisu sponsor sering tersedia,
tisu merata,

Lelehkan air matamu,


Gunakanlah tisu ini yang disponsor,
Gunakan sebanyak mungkin,

46 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Nangislah penuh emosi,


Belailah muka nan basah dengan tisu,
inilah masa ke'masan untuk memancing undi,
kertas kertas tisu laku di 'kademi.

Hanya satu jenama yang kupinta,


ianya lembut serta gebu. oh...o...o...o.
walau setebal mana maskara,
berlinang meleleh,
tisu sponsor tetap adaaaa.......aaaaaaa.....aaaa....

47 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 8

Gundutz mendapati dia tidak mempunyai banyak duit untuk bulan ini. Kalau nak dekat-
dekat hari raya, bolehlah dia mendapatkan pendapatan lebih dengan menjual kek dan kuih
muih yang dimasaknya sendiri. Tetapi bulan ini, rezekinya agak kurang. Jadi, dia tidak
dapat menambahkan kredit kad prepaid untuk telefon bimbitnya.

“Susahlah hem nak AIUNDI macam ni!” keluh Gundutz ketika rancangan Diari
Akademi Impiana disiarkan.

“Kalau macam tu, jangan undi, kan bagus!” saran Timah sambil membetulkan
ikatan tudungnya.

“Itu macam ke? Ko memang tak nak hem undi Lina dan Sia kan? Ko memang tak
suka kalau si Lina dan si Sia tu menang!”

“Aku tak kira! Aku nak Khir jugak yang menang tempat pertama.” Timah
melepaskan nafasnya seolah melepaskan nafas cinta. “Lepas tu aku nak tengok Fyrul
pulak menang tempat kedua.”

“Tak kosernyer ko. Tapi tak apa... Kalau hem boleh undi pelajar yang sesama
muhrim. Kau pun boleh kan? Barulah adil!”

Timah merapatkan mulutnya menahan geram. Dia ingin menjerit dan menampar bahu
Gundutz, tapi dia tak jadi apabila dia dapat melihat Fyrul sedang menyanyi.

“Ponen ni memang tak boleh nyanyi lah nok. Rambut jer lebih. Kenapa tak potong
jer. Tak pon buat style rambut kena seterika macam Khairi, kan bagus?”

“Eh, dia dah improve apa! Kau memang tak boleh tengok dia maju!”

Gundutz berdecit. Dia dapat melihat bahawa Fyrul semahu-mahunya menyanyikan lagu
yang telah diberikan kepadanya, tetapi ada sahaja yang tidak kena. Gundutz tahu bahawa
jika Fyrul menyanyi dengan suaranya tidak keluar dan terjatuh tergolek di atas pentas
sekalipun, penonton-penonton seperti Timah akan tetap mengundinya agar mereka terus
dapat menyaksikan Fyrul beraksi di Akademi Impiana...

**

Kakak Besar: You perasan tak... Diari Akademi Impiana ni makin boring. Nothing
happens! I think I rather watch paint dry than watching them on TV.

Abang Besar: Kalau kita biarkan perkara ini berlaku, nanti rating kita boleh jatuh. Salah

48 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

haribulan... I have this feeling people will appreciate Malaysian Idol more than Akademi
Impiana.

Kakak Besar: Now... That's scary.

Abang Besar: I know! So how? Makan roti lor...

Kakak Besar: We have to reposition a few actors... I mean, pelajar. I think it's about time
we bring forward Fyrul. Some of the girls I know are so totally into him!

Abang Besar: But why? This I don't understand.

Kakak Besar: You don't have to understand dear... I think some girls are into sissy boys
with hairs longer than them who can cook and sew clothes for them.

Abang Besar: Alah macam you lah kan... Falling for Latif the interior designer yang buat
rumah you tu lima tahun yang lepas.

Kakak Besar: Sorrylah... Mana I tahu boyfriend dia kawan di ofis lama you tu. My
mistake okay. I thought I could get a massive discount kalau dia jadi boyfriend I.

Abang Besar: Tu lah, nak sangat carik yang hensem-hensem--

Kakak Besar: Whatever lah. Now back tu business!

Abang Besar: Apa kata kita tonjolkan sikit si Fyrul tu? Mana tahu dia memang boleh
menyanyi...

Kakak Besar: By doing that, he's get more fans and his die-hard fans will SMS him like
there's no tomorrow if he is about to get himself voted out.

Abang Besar: And you know what? AI2 ni tak macam AI1 dulu... There's just not enough
romance lah. These students are so fake, sampai nak fake them liking each other pun
susah.

Kakak Besar: Apa kata kita buat skandal?

Abang Besar: Scandal is always a good idea. You tahu lah kita orang Melayu kan suka
dengan skandal--

Kakak Besar: Apa kata kita buat cinta tiga segi. Zaidi suka kepada Adlina dan agak
cemburu dengan hubungannya dengan Indra. Dan Lina pula kita skandalkan dengan
Fyrul... Yang penting, kita jadikan the “The Ambiguously Adik-adik Duo”, Fyrul dengan

49 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Indra jadi love interest of these girls!

Abang Besar: Euwwwwwwww... Tapi pandai you buat novel kan?

Kakak Besar: I kan dulu peminat setia buku-buku Mills & Boons.

Abang Besar: Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin...

Kakak Besar: Jahat lah you ni. Asyik-asyik nak kenakan I!

Abang Besar: Kalau macam tu, kita suruh mereka break the house rules. Kita suruh
Zurina dan Lina write notes. Zaidi dan Adlina pula speak to each other in sign language.
Make sure they do all this depan kamera. Susah pulak kalau dah disuruh berlakon tapi
nak berlakon kat all the blind spots in house! Macam mana kamera nak rakam!

Kakak Besar: Kita suruh they all berlakon convincingly lah this time around. Si Adlina tu
pandai berlakon. And since she has acid bleached face, I'm quite sure it'll be easy for her
to make herself blush bila malu-malu ada orang nak gossipkan dia dengan Indra.

Kakak Besar: Nanti kita kena suruh our post-production guys edit their confession sampai
nampak macam ada skandal besar.

Kakak Besar: Alah, biasa lah... budak-budak post-prod ni, kalau diorang nak buat video
recording of nyonya-nyonya jual sayur sounds like they are gossiping about the new Prada
sales pun boleh.

Abang Besar: When the time comes, kita suruh si Azmil kenen-kenen kan couple-couple
ni semua like they are in love with each other! Especially in the coming concert. Well, I'll
get our post-prod guys to prepare a few video footage for that too if needed...

**

Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?

SEBENARNYA Sang Ketam tidak pernah menyuruh dan mengajar anaknya berjalan
betul kerana Sang Ketam cukup yakin bahawa caranya berjalan, sebagaimana cara
nenek moyang kepada nenek moyangnya, dan cucu cicit kepada cucu cicitnya berjalan,
telah betul dan sempurna.

Sebaliknya bangsa Ketam pulalah yang merasa hairan dan takjub melihat manusia itu
sendiri yang tidak habis-habis, malah bertambah-tambah dengan ajaran dan peraturan
yang pelbagai macam, dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa sampailah kepada
akta-akta, pekeliling-pekeliling dan memo-memo. Manusia telah menghabiskan

50 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksanaan


peraturan-peraturan; dari peraturan lalulintas jalan raya; peraturan datang ke pejabat
dan peraturan berpakaian, sampailah kepada peraturan-peraturan bercakap di Parlimen
dan di Mahkamah, peraturan menyekatkan air dan menggunakan elektrik, serta
peraturan menyimpan rambut di kepala bagi kepala yang berambut.

Kehairanan Sang Ketam itu kian bertambah bila melihat manusia yang tidak pernah
berjalan betul itu menghabiskan waktunya dengan mendandan mukanya, memelihara
rambutnya, mengenakan pakaiannya, malah lebih aneh menahan makan dan minum
untuk menguruskan badan, menelan kapsul dan jamu-makjun untuk memperkuatkan
bahagian-bahagian anggota tubuhnya, mengumpulkan harta dan ringgit, menentukan
jenis darah dan keturunan serta status dan gelaran, malah sangat teliti mencukur
bulunya di samping berkelahi dan berbunuhan, menindas dan menipu sesamanya.
Soalnya di sini, siapakah sebenarnya yang mengajar dan menyuruh anaknya berjalan
betul, Ketam atau Manusia?

Usman Awang
1979

Para pelajar kini dibacakan sajak “Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?”
oleh Puan Ogy Nawawi. Sajak yang dibacanya telah dipotong, ditapis dan dikerat-kerat
oleh Abang Besar dan Kakak Besar, agar hilang maknanya yang tajam dan yang bersifat
agak subversif.

Setelah membaca, Puan Ogy meminta pelajar-pelajarnya agar cuba memahami apa
maksud sajak tersebut dan meminta mereka meluahkan pendapat serta pandangan mereka
tentang sajak yang baru dibacanya.

“Fyrul, apa yang awak rasa maksud sebenar sajak ini?” tanya Puan Ogy dengan
nada yang tinggi.

“Saya rasa... Seperti dalam pertunjukan fesyen, kita di ajar untuk berjalan lurus di
atas runaway. Tetapi jika ada model yang berjalan tak betul, saya fashion designer perlu
tegur agar model berjalan betul ketika memperagakan pakaian mereka.” Jawab Fyrul
bersungguh-sungguh dengan memastikan dia tidak menggunakan suara kepitnya. Puan
Ogy pula hanya sekadar mendengar. Baginya, pelajar berhak melihat sesuatu karya itu
mengikut pandangan jiwa dan hati mereka sendiri.

“Kamu pula, Boboy!”

“Bagi saya, sang ketam hairan dengan sikap manusia yang sentiasa mahu
mengubah keadaan diri mereka. Yang gemuk sanggup makan pill untuk kurus. Bila nak
jadi penyanyi, bakat semulajadi tak penting... Kalau suara macam katak puru pun tak

51 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

apa!Yang penting muka kena cantik, kena hensem.”

“Apa pula pendapat kamu Adlina?”

“Saya rasa ketam takjub melihat manusia yang pandai menggunakan air mata dan
lakonan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.”

“Apa pendapat kamu Azam?”

“Ketam perlu joget ala breakdance walaupun tak sesuai dengan lagu. Untuk
berjalan betul, si ketam kena ikut style KRU.”

“Apa pendapat kami Sia?”

“Saya tak tahu lah... saya blur!”

“Apa pendapat kamu Indra?”

“Ketam tu dari Sarawak...”

**

“Haiyoh! So der fake one!” Kata Gundutz kuat-kuat sewaktu melihat adegan
kamera menangkap beberapa orang pelajar melanggar peraturan di Akademi Impiana.
Gundutz terasa seperti menyaksikan sesuatu yang bersifat dejavu, kerana perkara yang
sama pernah pun berlaku di Akademi Impiana musim yang lalu. “Ala, ini semua gimik!”
kata Gundutz kemudian.

“Apa pulak gimik? Apa yang keluar dari TV semuanya betul lah!” kata Timah
dengan bersungguh-sungguh.

“Ye ker???” Gundutz menyoal kembali dalam nada mengejek.

“Kenapa pulak tak betul? Ini kan rancangan realiti?”

“Kalau rancangan realiti... Semuanya kena realiti?”

“Ye lah! Lepas tu?”

“Ikut suka hati kau lah Timah!” Gundutz malas nak melawan lagi. Baginya, apa
yang sedang berlaku di depan kaca TV lebih menarik, kerana para pelajar yang bersalah
kini mahu dihukum. Lina dan Zurina perlu memberitahu kepada semua tentang
kesalahannya. Sewaktu para belajar berkata-kata, beberapa patah ayat mereka ditapis.

52 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Ceritanya begini... Zurina telah menanyai Lina jika Lina sudah berboyfriend dengan si
Fyrul. Tetapi Lina menegaskan bahawa Fyrul sekepala dan sehaluan dengannya tetapi
“he's not my taste!” tegasnya.

“Haiyoh! Memang lah dinch taste... Lina bukan lesbo occay! Dia wanita tulens
yang seteret!” Gundutz berkata sambil bercekak pinggang, “Tak kan nak kawan-kawan
pon orang dah saspek nak bercinta-cinta? Ntah-ntah diorang bertukar pendapat tentang
fesyen ke... Pasal baju organza mana yang sesuai diguna untuk malam konsert ke... Pasal
macam mana nak jahit labuci ke... Terus kena gossip der tak perlu!”

“Eh best nyer kalau dapat belajar jahit labuci dari Fyrul!” Timah menyambut
seronok.

“Apa nak jadi dengan diorang ni semua nok? Nak belajar ke nak berendut?”

“Alah biarlah. Apa salah? Kau yang jeles kan?”

“Hem serius ni nok. Macam mana pulak diorang boleh senang-senang nak jatuh
cinta. Sesama kawan pulak tu. Very der salah one! Tak profesional langsung!”

“Alah, kan best tengok diorang bercinta!”

“Apa yang seronoknya? Bukan kau yang bercinta! Tak koser betul ko ni!”

Kini giliran Adlina pula menjelaskan mengapa beliau menggunakan bahasa isyarat ketika
berbual dengan Zaidi. Adlina menjelaskan bahawa beliau tak ada apa-apa hubungan
istimewa dengan Indra.

Gundutz tidak berpuas hati dengan apa yang ditontonnya pada malam itu. Lebih-lebih lagi
dengan segala tapisan yang ada yang hanya akan menimbulkan lebih banyak pertanyaan
dan andaian. Kini dia mula merasakan bahawa Akademi Impiana sudah menyerupai
sebuah rancangan TV Amerika Latin, “Secreto de Amor” dan “Rosalinda” dari sebuah
rancangan “reality TV” yang sebenar.

53 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 9

“Nok, mak tak suka lah diorang kena kumpul reramai pastu ala-ala ucapkan
terima kasih macam anak-anak yatim. Macam kesian pulak mak tengok.” Kata Gundutz
sewaktu dia melihat para pelajar Akademi Impiana, diketuai oleh Khir berdiri di hadapan
kamera dan mengucapkan terima kasih kepada Restoran Putera Sulong yang telah menaja
makanan mereka selama ini. Menurut Khir, mereka suka kepada makanan yang telah
disajikan, tetapi merungut kerana makanan terlalu pedas.

“Alah apa salahnya. Kita orang Melayu. Kena selalu berterima kasih. Itu dah
budaya kita!” tegas Timah.

“Tapi nok, hem buatkan ko kek... Bagi ko tengok TV hem ni. Jarang-jarang ko
nak ucapkan terima kasih.”

Timah mengambil sedikit masa untuk menjawab. Dia mula sedar akan sifatnya sendiri
yang jarang-jarang mengucapkan terima kasih kepada Gundutz walaupun Gundutz
banyak membantunya dalam kehidupan sehariannya. Ketika dia mengalami masalah
kewangan, Gundutz lah yang telah menolongnya apabila kawan-kawannya yang lain
cabut lari. Gundutz lah yang telah mendapatkannya di tengah-tengah malam apabila
bekas kekasihnya Razi menempeleng mukanya dan meninggalkannya di tengah-tengah
Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur apabila Timah bertengkar dengannya
setelah dia mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu telah curang kepadanya. Gundutz
juga lah satu-satunya kawan yang dia ada yang sanggup mendengar segala masalah dan
suka-dukanya mencari nafkah di Kuala Lumpur apabila keluarganya berada di Tapah.
Timah cukup sedar tentang hal ini. Dia rasa bersalah kerana ada kalanya dia akan
berkasar dengan Gundutz tanpa sebab...

“Alah, restoran tu kan dah taja, jadi kenalah ucapkan terima kasih!” Timah
mendegus. Kemudian dia tidak meneruskan lagi. Dia ingin menoleh ke arah Gundutz,
tetapi dia membatalkan sahaja niatnya itu. Dia terus diam. Di datapinya Gundutz juga
terus diam sehinggalah Azmil memberitahu tentang Fyrul yang telah mengajar pelajar-
pelajar Akademi cara yang betul untuk berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen.

“Haiyoh pecah lobangs! Hem dah agak dah!” Ujar Gundutz dengan seronok.

“Dah agak apa ni?” tanya Timah dengan wajah yang terganggu. Timah cukup
benci jika Gundutz memberi komen yang bukan-bukan terhadap Fyrul yang diminatinya
itu.

“Alah, dia kan bagus dalam hal-hal ni semua. Adik-adik kan selalu verengens nak
jadi model der fashion designer bagai. Harus ler pandai jalan lenggangs der atas runaway!
Patutlah badan dia nak ala-ala slim macam Kate Moss!”

54 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Alah kau ni? Apa salah? Yang jadi model kan macho-macho.”

“Eh, koser ler! Model lelaki ramai adik-adik okay! Kawan hem ramai yang ala-ala
part-time model gituh!”

“Hek elleh!”

“Eh perlu ke nak iklankan kotak tisu dengan minuman ringan tu? Motif teramatz!”
Getus Gundutz yang cepat sahaja menangkap apa yang dia lihat di kaca TV.

“Mana ada iklan! Kau ni over lah!” kata Timah, kemudian dia meneguk air Koka
Kola. Bibirnya terasa basah, terus dia mengambil kertas tisu Prime untuk mengelap
mulutnya itu.

Timah dan Gundutz kini nampaknya seronok menonton segmen “Asyik Aku aku aku” di
dalam kelas kelolaan Puan Ogy Nawawi. Dalam kelas ini, para pelajar di minta
melakonkan lima buah sketsa berlainan dengan hanya menggunakan perkataan “Asyik
Aku aku aku” dengan emosi yang berbeza-beza.

Keadaan rumah Gundutz menjadi gegak gempita apabila Fyrul di suruh berlakon. “Kan
mak dah cakap, dia pecah lobangs!”

“Pecah lobang apa ni?”

“Ko kan tengok dia berlakon ala-ala patah! Tiga lakonan dia pulak tu ala-ala
patah!”

“Mana ada!” Timah menegaskan. Dia tidak paham apa yang dimaksudkan oleh
Gundutz. Dia tidak mampu nampak apa yang dapat dilihat oleh Gundutz melalui kaca
matanya itu...

**

Indra duduk di posisi yang sesuai untuk dirinya. Sebelum pergi berjumpa dengan Adlina,
dia telah memastikan agar rambutnya kelihatan kemas dan tetap tercacak. Dia sengaja
mencari tempat duduk yang strategik agak pencahayaan yang menarik akan jatuh ke
wajahnya.

“I sebenarnya nak mintak maaf!” ujar Adlina dengan suara yang manja.

“You datang sini untuk apa? Untuk jadi penyanyi kan?” tanya Indra. Meremang
bulu tengkuknya apabila Adlina kemudian menjelaskan bahawa beliau ada menyimpan

55 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

perasaan terhadap dirinya.

“Focus on your goal, lah!” pinta Indra bersungguh-sungguh.

“Indra I nak minta maaf jika I menyinggung perasaan sesiapa.” Ujar Adline
tersenyum-senyum.

Indra menunggu masa sahaja untuk Adlina melelehkan air matanya. Tetapi Adlina hanya
tersenyum dan nampak manja. Indra keliru...

**

Abang Besar: Kreatif sungguh you ni!

Kakak Besar: Kreatif apa? I tak paham...

Abang Besar: Product placement kita lah. You pandai suruh budak-budak tu buat free
advert... Ala-ala fashion show pulak tu!

Kakak Besar: Dah budak-budak tu suka... Diorang buat je lah. Macam you lah, suruh
budak-budak tu kumpul depan kamera lepas tu suruh advertise Restoran Putera Sulong--

Abang Besar: Well... I thought it would be fun until they start asking for demands.
Makanan tak nak pedas ler. Nak low carbs meal lah. Nak makanan vegitarian lah...

Kakak Besar: Eh... By the way, do you know how to attract the waning interest amongst
the boys to watch AI? Yang tengok this show nowadays... ramai perempuan dan adik-
adik jer. Tak ramai penonton lelaki!

Abang Besar: I know when you ask me question like this... You dah ada jawapannya!

Kakak Besar: You ni memang ler. Semua benda dalam kepala otak I you dah paham.
Creepy lah!

Abang Besar: Creepy, meepy... So apa idea you?

Kakak Besar: You know how guys are so into lesbian chick cat fights and all that?

Abang Besar: Do I have to answer that?

Kakak Besar: Ye lah... I tahu you baik. Tapi ramai lelaki are into this kan? So apa kata
kita buat some of our girls to peluk-peluk. Main kejar-kejar. Main tarik-tarik rambut. Sure
you all seronok kan?

56 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: ...

**

“Comelnya Khir!” Mata Timah bulat memandang ke kaca TV. Dia betul-betul
meminati Khir walaupun dia sendiri sudah berboyfriend. Padanya, Khir adalah lelaki
yang diidamkan walaupun Rahmat boyfriendnya sekarang mempunyai wajah yang agak
kacak dan bertubuh agak tegap. Susah untuk kita meramal jika Timah akan memandang
Khir dua kali jika Khir bukan seorang pelajar Akademi Fantasia.

“Haiyoh suara dia... Sesuatu one!” tempelak Gundutz.

Pada waktu itu, Khir menggunakan suara falsettonya. Bukan calang-calang orang yang
boleh buat suara falsetto. Pada satu masa dahulu di Eropah, suara-suara falsetto ini
selalunya datang dari lelaki-lelaki yang telah dikasi sejak kecil yang dikenali dengan
nama “castrato”. Mereka telah dikasi agar suara mereka tetap halus dan tinggi ketika
menyanyi. Antara penyanyi castrato yang paling terkenal adalah Farinelli.

“Nok... Hazami pon boleh buat suara ala-ala falsetto kan?” tanya Gundutz.

“Anuar Zain pon--”

“Ye lah... Dan penyanyi-penyanyi yang sewaktu dengannya.”

“Ish ko ni!”

“Hem punya suara pon falsetto apa!” ujar Gundutz bersungguh-sungguh.

“Ye lah...” Timah menjeling benci. Malas dia mahu melayan Gundutz yang
mempunyai suara seakan Situ Nurhaliza itu. Timah terus melihat gelagat Khir yang
membantu kawan-kawannya yang lain menyanyi. Dia terus meminta beberapa orang
rakannya agar menyanyi menggunakan suara falsetto yang mampu dilakukannya dengan
mudah. Timah kini pasti bahawa Khir mempunyai peluang besar untuk menjadi juara
Akademi Impiana kali ini. Tanpa banyak soal, Timah terus mengSMS AUIDI untuk
mengundi Khai, agar peratusannya naik ke tahap yang lebih tinggi...

57 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 10

“Eh, Kak Nita atas stage ke?” jerit Gundutz ketika Konsert Akademi Impiana
disiarkan.

“Kak Nita mana ni? Dia mana ada!” sambut Timah. Dia merenung ke dalam kaca
TV untuk memastikan agar Anita Sarawak sememangnya tidak menghoskan rancangan
konsert Akademi Impiana ini.

“Eh sorry. Bukak Kak Nita, Tapi Akaq Azmil der atas stage.” Gundutz ketawa
sendiri sebelum dia menambah lagi. “Ye lah, diva-diva veteren ni makin tua makin
serupa plak rupa mereka, ye tak? Dengan rambut blond bagai...”

Timah tidak menjawab. Lebih-lebih lagi apabila para Akademia menyanyikan lagu tema
Akademi Impiana sambil memperkenalkan diri mereka.

Timah menjadi resah apabila mikrofon yang digunakan oleh pelajar kesayangannya, Fyrul
rosak. Bukan sekali, tetapi dua kali.

“Konspirasi ke nok?” tanya Gundutz sengaja mahu mencucuk jarum. “Ye lah, ala-
ala takut suara kepitz dia yang telah dijantankan tu takleh maintain. Baik off kan jer
mikrofon dia tu!”

“Pandailah kau!” itu sahaja yang dijawab oleh Timah. Mereka kemudian terus
menumpukan perhatian mereka kepada konsert ini. Timah seperti tidak sabar lagi untuk
menyaksikan persembahan dari dua pelajar yang paling diminatinya, Khir dan Fyrul.

Ketika Boboy mempersembahkan lagunya, nampaknya Gundutz tidak senang duduk.


Meremang bulu tengkuknya apabila Boboy meluahkan kalimah “Mesraaaaaaa!” seraya
mengimbaskan tangannya ketika bersalaman dengan Azmil.

Gundutz seboleh-bolehnya mahu mencari kesilapan dari Boboy, tetapi sukar rasanya.
Lebih-lebih lagi apabila Boboy memberikan persembahan yang baik.

“Nok... kesiannya Nur. Ala-ala mak ayam besar tu nak couplekan dia dengan
Boboy! Kejis teramatz!” ujar Gundutz dengan wajah yang sengaja dibuatnya bimbang
apabila melihat Azmil mengusik-usik Boboy.

“Alah, apa salah? Kan romantik!” ujar Timah. Timah menganggap perkara ini
romantik, walaupun kita dapat melihat wajah Nur berubah sama sekali. Terkejut. Sukar
menerima.

“Hello nok! Sejak bila pulak Nur ni chub chaser? Azmil ni sengaja tau nak

58 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

nayakan anak dara orang!”

“Eh, suka hati dia lah nak couplekan Nur dengan Boboy! Tahun lepas kesian si
Sahrul tak dapat couple dengan sesiapa. At least tahun ni, Boboy ada pasangannya!”

“Choiii lah kau ni. Very der salah one!”

“Apa choii, choii???”

“Ye lah... Kalau ko, nak ke dicouplekan dengan Boboy, ke?”

“Takmoh lah!”

“Apasal tak nak?”

“Boboy bukan taste I”

“Kenapa bukan taste ko?”

“Dia... Gemuk lah. I suka lelaki yang badan tough... Yang macho... Macam
Rahmat.”

“Hah, tahu pon! Sah-sah lah Nur tu ada taste dia sendiri. Lagipun nyehhhhhh,
Boboy tu kan kawan seperjuangan dia yang ala-ala sekaum gituh. Ko hengat ala-ala
sitcom Friends ke? Last-last kawan couple sesama kawan! Very der recycle gituh. Koser
lah!” Gundutz menjeling. Timah pula tidak menjawab. Malas agaknya dia melayan
kerenah Gundutz yang suka meleter itu.

**

Kakak Besar: I think it's about time kita introducekan sedikit element of drama and
surprises ke dalam konsert Akademi impiana.

Abang Besar: Betul tu. Tapi you nak introducekan drama macam mana?

Kakak Besar: Well, first we will try to inject the element of romance in the show?

Abang Besar: Tak cukup-cukup lagi ke?

Kakak Besar: The more the merrier.

Abang Besar: Siapa akan jadi mangsa rancangan you kali ini?

59 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: You know what? Boboy has been so irritating lately. Nur pula... I don't
know lah. She reminds me so much of Ramlah Ram. And you know lah, I mana ada
minat dengan Ramlah Ram. Apa kelas Ramlah Ram! So, lets pair them together!

Abang Besar: Damn! You are sooooo cruel!

Kakak Besar: Apa salah? This is what you call, a strategic positioning. Lagipun, people
are saying that Boboy is so akaq! Well, we all know that he's a “lelaki lembut”, but we
have to create this illusion that he's not. Come on lah, even Azmil was married once and
all are forgiven!

Abang Besar: Lagi, apa strategic positioning yang you ada...

Kakak Besar: You know how Dara is so talented, yet with very few SMS votes?

Abang Besar: So... Apa you nak buat?

Kakak Besar: We give her a pet.

Abang Besar: Don't tell me you going to give her another cat!

Kakak Besar: No lah... Lets give her a pair of goldfish. Ye lah, good feng shui and all
that. She needs that. Let's assume dua-dua ekor ikan tu jantan dan betina lah. Kalau dua-
dua ikan jantan atau dua-dua ikan betina... Lain pulak jadinya kan?

Abang Besar: In that case... Lets name the fish, Said and Minah. Kalau ada Said dan
minah ni... Banyak SMS yang boleh si Dara ni jual.

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Now... You look like you have something else you are keeping from me.
Spill it out!

Kakak Besar: Remember the biggest secret we have about Sia?

Abang Besar: Oh, that... What about that? I thought we want to keep it a secret?

Kakak Besar: I don't think we can keep this a secret any longer. People will talk. Lagipun,
people are not stupid. You ada perasan tak? Bila dia nak nyanyi kat Konsert Akademi
Impiana, cara dia betul-betul macam Fantasi Berrino. Mesti nak nangis!

Abang Besar: Mungkin sebab diorang tu single mothers kot.

60 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: Mungkin lah kot. That's my first guess.

Abang Besar: Jadi apa you nak buat sekarang? Nak expose kan dia ke?

Kakak Besar: I think we have to... Baik kita exposekan sahaja, before it blew out of
propotion.

Abang Besar: And the consequences are?

Kakak Besar: Well... I think people in Malaysia can accept single mothers. They won't
question anything if we pakage it well. It is all about pakaging afterall.

Abang Besar: Betul tu... Kalau kita buat drama, people will not question a thing.
Walaupun in real life, macam-macam stigma yang terpaksa single mothers lalui. You
tahu lah mulut-mulut orang kita.

Kakak Besar: So... To shut them off, we will orchestrate something sad and teary. Apa
kata kita jemput her children to the concert. Lepas dia perform kita bawak anak-anak dia
on stage together with her mother. Sure sedih kan? I bila pikirkan idea ni pun I sebak.

Abang Besar: Wah, sejak bila you ada perasaan? I ingat you ni winter queen.

Kakak Besar: Eh, jahat lah you ni. You ingat I takde perasaan ke?

Abang Besar: Eh... While we are on the subject of strategic positioning... I dah dapatkan
footage “girl loving” budak-budak tu--

Kakak Besar: Now, what did you ask them to do???

Abang Besar: Nothing much... I suruh Dara dan Adlina gunakan rambut untuk korek
telinga. Very erotic kan? I mean, girls doing that to themselves with no obvious purpose
but pleasure. I can get a hard on just thinking about it!

Kakak Besar: And then, we can get Azmil to say silly things like: “Korang berdua ni...
Apa lagi korang korek agaknya!”

Abang Besar: Isk... One of these days, I think I should put a soap into your dirty mouth
lah!

Kakak Besar: Sex sells dear! And you should know this better than me...

**

61 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Azam dengan sedaya mungkin cuba membawa lagu ala padang pasir yang telah diberikan
kepadanya. Dia merasakan apa yang telah dipersembahkan agak baik. Lagipun, ramai
yang menjerit-jerit dan bertepuk tangan di kalangan penonton.

Kini Azam hanya perlu mendengar pendapat Juri Profesional. Juri Profesional pertama,
Jusoh Hafsham adalah pengarah kegemaran Azam. Beliau cukup-cukup meminati filem-
filem arahan Jusoh. Banyak kali agaknya Azam menyimpan angan-angan untuk berlakon
dalam filem Jusoh di samping anggota-anggota kumpulan KRU. Mungkin satu hari nanti,
dia akan menjadi lebih baik dan lebih popular dari kumpulan KRU... Itu juga telah
diangankan sekali.

“Saya rasa persembahan awak hari ini menarik...” Ujar Jusoh dengan tenang. “
Tapi saya nak awak bawa kan style lebih lelaki.”Jusoh seperti biasa akan berhenti
sebentar dengan mengangguk perlahan sebelum menambah lagi: “Lebihkan kelakian!”

Azam terkedu sebentar. Wajahnya jelas berubah. Dia tidak faham mengapa peserta-
peserta lain yang jelas lembut tidak diberi komen begitu. Dia tidak tahu apa salah dan
silapnya.

Wajah Azam pucat. Kini jelaslah kepadanya mungkin beliau mempunyai wajah yang
lembut yang layak dipanggil jambu. Mungkin sebab itulah agaknya abang-abang senior di
sekolahnya dahulu sering mahu berkawan rapat dengannya...

**

Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang
selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

(JP): Awak mesti tambahkan feel!

(Maksud Sebenar): Bila awak nyanyi, awak macam baca berita

(JP): Penampilan anda perlu dijaga. Penampilan perlu menarik

(Maksud Sebenar): Face it! Kat Malaysia ni mana nak pentingkan bakat. Sini rupa sahaja
yang penting.

(JP): Dah lama menyanyi ke!

(Maksud Sebenar): Dan lama menyanyi pun masih tak boleh menyanyi dengan betul

(JP): Dengan bakat yang awak ada... Dengan sokongan peminat yang dapat kita lihat

62 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

menyokong awak di dewan. Saya rasa awak akan memenangi Akademi Impiana

(Maksud Sebenar): Awak hanya boleh menang jika pengundi dari Sabah hendak awak
menang

(JP): Awak keliru di antara hidung dan tekak awak

(Maksud Sebenar): Suara awak memang sengau dan tidak patut menjadi peserta Akademi
impiana

(JP): Anda beliau terlalu profesional untuk berada di Akademi Fantasia.

(Maksud Sebenar): Akademi Impiana ini telah diadakan untuk budak-budak yang tak ada
bakat tapi ada rupa...

(JP): Bawakan style lebih lelaki lagi. Lebihkan kelakian!

(Maksud Sebenar): Minggu lepas awak macam KRU, minggu ni kenapa bila awak bawak
lagu irama padang pasir, saya tengok awak macam Waheeda versi tak bertudung pulak?

63 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 11

Lagu Baru dan cetusan hati para akademia apabila mereka menerima tugasan baru
mereka ini:

Khir – Kenanganku oleh Jeffrydin


“Siapa Jeffydin? Tak pernah dengar pun nama penyanyi ni!”

Zaidi – Bila Resah oleh Anuar Zain


“Kenapa aku kena nyanyi lagu adik-adik ni?”

Fyrul Kupetik Bintang Bintang oleh Kenny Remy Martin


“Kenapa aku kena nyanyi lagu ala-ala jantan ni?”

Adlina – Kau Dan Aku oleh Ning Baizura


“Wah, boleh lah nanti aku bergedik-gedik dengan Indra lagi untuk lebihkan lagi undian
SMS!”

Lina – Living On The Jet Plane oleh Chantal Kreviazuk


“Wooowww... Hooooo! Arrrrr!”

Sia – Seksis oleh Anita Sarawak


“Sessuaiiiizzzz!”

Azam – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta oleh Flybaits


“Siapa Fly-bites?”

Zurina – My Immortal oleh Evanescence


“Lagu omputeh... Mampus aku! Masalah aku sekarang... Pro-naun-zayshen!”

Indra – Slumber oleh OAG


“Lagu ni slamber, tapi aku tak slamber... Rambut tetap kena set.”

Boboy – Tanya Sama Itu Hud Hud oleh M. Nasir


“Takper... Janji messraaaaaaa!”

Nur – Seri Dewi Malam oleh Dato Sharifah Aini


“Lepas aku nyanyi lagu ni kat konsert nanti, mak ayam lahanat tu mesti kata aku ni Seri
Dewi Malam si Boboy! Bencinyerrrrr!”

Dara – Janji Manismu oleh Aishah


“Hemmm... Nama Said dengan Minah tak sedap lah. Kena tukar nama ikan tu bagi

64 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

glamer sikit. Baru senang orang nak undi aku nanti.”

65 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 12

Akademi Impiana – Dah Sakit?

Gundutz kebosanan di dalam pejabat. Tugasannya telah selesai. Kadang-kala dia akan
menguap sendiri. Kadang-kala pula dia akan menoleh ke belakang untuk melihat wajah
Kak Zaidah yang sudah seminggu tidak menegurnya itu. Dia tidak kisah jika Kak Zaidah
tidak menegurnya lagi sampai bila-bila. Lagi dia suka, kerana dia tidak suka berbual
kosong dengan Kak Zaidah yang suka sahaja mengumpat...

Gundutz lantas mengambil keputusan untuk membuka laman Gastro yang ada
menampilkan laman khas untuk Akademi Impiana. Di sana, beliau membaca sinopsis
Diari Akademi Impiana untuk hari ini:

Hari ini, INDRA telah memberitahu satu 'rahasia' kepada ADLINA. Rahsia apa yer?
Tapi kenapa pulak kena beritahu kat ADLINA saja? Kenapa tidak boleh beritahu rakan-
rakan Akademi IMPIANA yang lain? Kalau nak tahu apa 'rahsia' tersebut, jangan lupa
untuk menonton Diari Akademi Impiana 8.30 malam ini hanya di Gastro Warna.

Gundutz terkekek-kekek sendiri. Dia terus menggunakan telefon pejabatnya, lantas


menelefon kawan baiknya Linus Lim, seorang peguam di sebuah syarikat guaman
terkenal di Kuala Lumpur.

“Nyah, ko bz ke?” Tanya Gundutz.

“Ada lah sikit, tapi cakap jer lah nok.” Ujar Linus dengan petah dan fasih.
Gundutz telah mengenali Linus sejak dari tingkatan tiga lagi apabila mereka bersekolah
di sekolah menengah yang sama. Mungkin kerena mereka sama-sama lembut, maka
dengan sendirinya mereka berkawan rapat sehinggalah Linus melanjutkan pelajarannya ke
UK. Mereka kembali berkawan apabila Gundutz terserempak dengannya di sebuah kelab
malam yang terletak berdekatan dengan Jalan Bukit Bintang. Walaupun Linus kini
bergelar seorang peguam dan Gundutz pula sekadar seorang kerani biasa, Linus tetap
berkawan rapat dengannya. Bagi Linus, Gundutz merupakan satu-satu sahaja rakannya
yang memahami perasaan dan jiwa raganya...

“Alah, ko bukak website Gastro.” Saran Gundutz. Linus mengepitkan ganggang


telefon ke telinganya lalu menaipkan sesuatu ke dalam laptopnya.

“Jadi kenapa?”

“Ko baca ler nok... Pasal Diari Akademi Impiana hari ni. Very der salah one!”

Linus membaca apa yang telah disuruh baca oleh Gundutz dengan sekali lalu.

66 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tak perlu nyerrr!”

“Very kan?”

“Kenapa ah nok... Mak tak paham dengan diorang ni. What sick pleasure they get
from match making people?”

“Entah nok. Mana hem tahu. Ko tanya hem buat apa, sundels!”

“But they really seemed to enjoy it. Entahlah. I tak paham you all orang Melayu
ni.”

“Koser statementz!”

“Whatever it is... Mak rasa kan, si Indra punya rahsia tu berkenaan dengan diri
dia--”

“Ye lah. Hem pun rasa jugak!” Gundutz kemudian menambah lagi. “Hem rasa,
mesti si Indra cakap kat si gedik tu: 'I nak bagitahu you satu benda pasal diri I. I ni
sebenarnya adik-adik... Sebab tu kekadang I pecah lobang. Jadi I tak nak you tergedik-
gedik dengan I lagi. I bukan lesbian macam you tau!'”

“Haiyoh! Very der!” Linus ketawa buat beberapa saat. “Mak kesian ler tengok couple
dia. Tiap-tiap minggu datang konsert. Very der setia one ala-ala bagi sokongan.”

“Very kan, nok! Kalau hem... Tak sanggup lah! Nak-nak kalau ada pompuan
gedik dok kacau laki hem.”

“Alah, it's all acting lah.” Linus membuat spekulasinya sendiri. “Semuanya
dilakukan untuk dapatkan ratings. As if you don't know.”

“Alah, hem tahu...” ujar Gundutz perlahan, kemudian dia bersuara lagi. “Nok, kat
dalam forum AI ada lahanatz-lahanatz ni yang jadikan isu agama si Lina. Diorang tak
boleh terima Lina tu Kristian.”

“Haiyoh so salah one!”

“Itulah! Sampai topik sensitif tu terpaksa dikeluarkan bila ramai yang protes!”

“Mak heranlah nok. Just because she's berlainan agama, it becomes an issue.”

“Hem takde isu dengan kau pon nok!”

67 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Alah, kita kan sekaum! Koser lah ko ni!”

68 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 13

Kakak Besar: I think some people think that we should stop talking about Zurina's
relationship with Khairi. They don't like it.

Abang Besar: Aku pun tak suka... Bukan aku dah cakap siang-siang ke?

Kakak Besar: Manalah I tahu... It was suppose to be a joke, remember?

Abang Besar: It's no joke to our sponsors! They think that it's bad press for Khairi. They
don't want Khairi to look like a heartbreaker. He's supposed to be a sweetie remember???

Kakak Besar: Ye lah, the innocent one. The one yang kena dump by his girlfriend who is
actually a slut. The one whose heart has been broken many times.

Abang Besar: So what are we going to do now?

Kakak Besar: I guess, I will talk to Zurina...

Abang Besar: You nak suruh dia buat apa?

Kakak Besar: I suruh dia buat confession depan one of the boys.

Abang Besar: Okay... You can get Fyrul to listen to her. Macam sister to sister talk lah.

Kakak Besar: Well... I dah plan pun untuk buat macam tu. Kita boleh suruh Zurina untuk
buat confession kat tempat biasa. Biar satu Malaya tahu dia dah ada boyfriend baru.
Lagipun the joke dah basilah...

**

“Nok... si Azam ni tak serik-serik ke?” Tanya Gundutz. Dia mengusap-usap


rambutnya yaang pendek itu.

“Kenapa dengan dia?” tanya Timah sambil mengupas biji kuaci dengan giginya.

“Ko tengok lah dia tu... Tak serik-serik ke nok? Datuk Jusoh Hafsham kan dah
tegur suruh nampak lebih lelaki. Ala-ala jangan nampak woman sangat. Ni tidak! Dia
makin over plak!”

“Over apa pulak ni! Aku heran lah. Aku dah tengok betul-betul si Azam ni... Aku
tak nampak langsung apa yang Jusof Hafsham dan kau nampak. Dia okay aja, apa!”

69 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Alah nok, pondan pecah lobangs macam si Kitchy Rashomon tu pon ko hengat
jantan. Koser ler ko. Very der mata potek one!”

“Alah... Macam ko lah, semua lelaki dalam dunia ni adik-adik kan?”

“Eh mana ada!” Gundutz menafikan sekeras-kerasnya. “Rahmat tu seteret apa. Dia
kan very der abangggggggsss! Taste hem okay! Vecaks mak tengok dia!”

“Eh gelilah kau ni!”

“Nok... Mak serius ni. Kenapa dia bertocang ni? Very der salah one lah nok.”

“Alah, biarlah dia nak tocang ke... Nak pakai riben ke. Dia punya pasal lah. Janji
cute.” Ujar Timah bersungguh-sungguh.

“Zaman sekarang mak tengok... Ramai lelaki yang very der salah one. Pakai ala-
ala skaf lah, pakai cekak lah. Koser tau! Mak yang woman ni pon ala-ala rambut pendeks.
Macam mana tu? Terbalik kan dunia ni?” Gundutz merungut-rungut.

Timah terus makan kuaci. Perutnya rasa lapar, tetapi memandang sekarang waktu hujung
bulan, dia terpaksa mengikat perutnya. Nasib baiklah si Gundutz akan memasak selepas
selesainya rancangan Diari Akademi Impiana ini selesai, jika tidak, mungkin dia terpaksa
makan maggie di rumahnya sahaja.

“Haiyoh... Semua pompuans menari sama-sama!” ujar Gundutz dengan ghairah.


Dia sedang menyaksikan para pelajar diajar oleh guru tarian Lina Yasmin menari. Lina
nampaknya sedang mengajar pelajar-pelajar wanita menari mengikut langkah tarian yang
harus diikut oleh pelajar-pelajar perempuan.

“Apa pulak semua perempuan? Kan Fyrul ada menari sama!” bantah Timah.

“Woman lah tu nok. Dia kan very der woman gituh! Sampai tarian untuk
femfuans pon dia nak ikut sama. Feeling-feeling woman lah tu!” Gundutz tersengih
sendiri sambil mengambil beberapa biji kuaci kepunyaan Timah.

**

“Saya memang kecewa masa clash dulu. Siapa tak kecewa...” Ujar Zurina kepada
Fyrul. Dia tidak mengharapkan Fyrul agar bersimpati kepadanya. Dia sekadar mahu
mendengar ceritanya.

“Apa jadi sebenarnya?” tanya Fyrul dengan wajah prihatin.

70 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dia tinggalkan saya. Bila dah terkenal, saya ditinggalkannya macam itu sahaja.”
Zurina memandang ke lantai. Dia teringat kembali saat-saat sedihnya apabila ditinggalkan
Khairi.

“You kena sabar. You tumpukan dengan yang satu tu--”

“Awak dah tengok boyfriend baru saya ke?”

“Dah... Kan awak dah tunjuk masa concert tu...” Katanya dengan laju, kemudian
dia menambah lagi: “Ok lah dia tuh...hens... ermm... Not bad."

“Boyfriend saya muka dia macam awak, Fyrul. Tapi dia macho lah. Badan dia tak
kurus macam awak...”

“Macam mana tu?” tanya Fyrul ingin tahu.

“Versi jantan you lah! Tak lembut.” Jawab Zurina dengan tegas dan jujur.

Fyrul hanya mampu tersenyum tawar...

**

Kelas Umi Fauziah... Pada peringkat awal beliau mengadakan sesi meluahkan
perasaannya dengan para pelajar. Beliau meminta para pelajar untuk melahirkan apa yang
terbuku di dalam hati mereka; Apa yang mereka tidak berpuas hati tentang cara beliau
mengajar. Menurutnya, beliau tidak pernah bersekolah dalam bidang lakonan, hanya
memperolehi ilmu berdasarkan ilmu-ilmu yang dikutip dari sahabat-sahabat sewaktu
sama-sama bekerja dalam bidang lakonan. Mereka itulah guru-guru beliau. - SM

Berikut merupakan di antara jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh para pelajar
Akademi Impiana apabila mereka disuruh oleh Guru Seni Persembahan, Puan Ogy
Nawawi agar memberi komen serta kritikan tentang cara beliau mengajar.

Adlina: Umi adalah cikgu saya yang paling baik dan paling cute sekali. Saya sayang Umi!

Indra: Walaupun saya pernah diajar oleh Nora Noordin, umi tetap yang terbaik dari yang
terbaik

Sia: Saya cukup memahami perasaan seorang ibu yang akan memarahi anaknya di atas
nama sayang...

Fyrul: Umi memang baik. Satu hari nanti saya akan cipta rekaan fesyen tudung kepala

71 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

yang lagik vouge untuk umi.

Dara: kaku ku kaki ke Lulu kok Brip-Brip.

Azam: Umi lebih baik dari KRU. Saya nak ikut style umi pula lepas ni. Saya nak ikat
rambut saya macam umi buat masa umi muda-muda dulu.

72 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 14

Pada hari ini Gundutz pergi keluar makan tengahari dengan Linus. Seperti biasa, mereka
akan pergi ke Shroom KLCC. Linus yang mengambilnya dari pejabat dan Linus juga yang
akan belanja.

Mereka duduk di Shroom. Beberapa saat kemudian, pelayan datang untuk mengambil
pesanan. Linus menghidupkan putung rokoknya. Kemudian, seperti seorang ratu, dia
merokok. Matanya kini liar memandang seorang pakcik Melayu yang nampak bergaya
yang sedang duduk di hadapannya.

“Nok, mak nak story kau ni...” Ujar Linus. Matanya masih tepat kepada pakcik
tersebut yang kini telah berpaling ke arahnya sambil tersenyum. Linus membalas
senyumannya sambil menghembuskan asap rokoknya ke arah Gundutz.

“Story apa nyah? Client ko ala-ala sexual harrasment kat ko lagik ke?” Gundutz
memerli.

“Haiyoh, kau memang kak nam, kan? Ala-ala doakan mak kena sexually harrass
dengan client mak yang tak perlu tu semua!”

“Okaylah... Hem tak nak kacau ko lagi. Ceritalah!”

“Alah... Semalam mak jumpa dengan kawan mak si Rama tu--”

“Rama mana ni nok? Rama-rama ke?”

“Hanjengs tau kau ni! Main-main pulak... Rama Balakrishnan lah. Make-up artis
kawan mak tu.”

“Oh si Bala tu... Kenapa dengan dia nok?”

“Dia kan ala-ala make-up artist kepada Terence, pemenang Akademi Impiana
musim lepas.”

“Oh, video baru Terence dia buat ke nok?”

“Ye lah, siapa lagik. Diorang kan kawan baik--”

“Jadi apa ceritanya, nok?” tanya Gundutz dengan penuh minat.

“Alah, dia kan rapat dengan Terence, jadi Terence banyaklah mengadu domba kat
dia.”

73 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Pasal apa nok?”

“Pasal karier dia. Pasal Gastro.”

“Kenapa nok? Gastro nak tambah yuran lagi ke?”

“Bukan pasal tu lah sundels! Suka sangat ko merepek!” Linus menjeleng dalam-
dalam. “Pasal dia tak puas hati dengan Gastro.”

“Alah, dah jadi penyanyi bagai... Perlu ke tak puas hati?”

“Dia bosan... Orang asyik tanya dia: 'You dengan Leeza bila lagi nak kawin?'”

“Tak perlunya soalans!”

“Memang lah nok... Dia dengan Leeza mana ada apa-apa.. Kawan jer kan. Macam
mak dengan ko ler. Tak nak mak kawan-kawan dengan ko, terus orang tanya kita, bila
lagi nak kahwin, kan?”

“Choiii! Molot jahanams!” Jerit Gundutz. Suaranya kuat. Beberapa orang


pengunjung menoleh ke arahnya. Linus ketawa sendiri sebelum dia merapatkan dirinya
kepada Gundutz seraya berbisik kepadanya:

“Terence kata, dia jadi pelajar Akademi Impiana dengan tujuan nak belajar. Bukan
nak bercinta. Tapi bila masuk sana... Semuanya tak macam yang dia bayangkan.”

“Kenapa?”

“Dia kena paksa buat itu dan inilah... Ala-ala AI tu ala-ala semi realiti show, sebab
para pelajar akan disuruh buat itu ini. Suruh menangis lah... Suruh bercinta lah--”

“Dia ala-ala dicouplekan dengan Leeza lepas Normah disingkirkan, kan?”


Gundutz mencari kepastian.

“Tu lah nok. Ada ke ko pergi sekolah tiba-tiba ada cikgu cucuk jarum suruh ko
bercinta dengan si anu. Kan very der salah one!” Linus menjeling sambil menghisap
rokoknya dalam-dalam. “Nok... Sebenarnya ada 'puppet master' yang suruh dia buat itu
lah, buat ini lah. Bercinta lah. Main dengan emosi lah...”

“Last-last dia ikut jugak kan?”

“Dia terpaksa... Dain sain kontrak bagai...”

74 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Siapa 'puppet master' ni nok?”

“Entah... Mak tak tanya pulak.”

“Hemm... Ko ni buat hem saspen plak, kan?”

“Tapi semuanya ala-ala dirancang. Kalau tak dirancang, tak kan lah semalam kita
nampak budak-budak AI pakai bandana Shotlink? Macam walking advertisement tak
perlu pulak, kan?”

“Very der tak perlu lah. Semuanya ala-ala komersil! Budak-budak ni kena jual air
dalam tin lah... Jual kertas tisu lah. Jual baju cap buaya lah... Macam-macam lah nok!
Hem sekarang konfius. Hem dah tak tahu apa hem tengok dah. Hem tengok rancangan
Akademi Impiana atau hem tengok iklan?”

“Sekurang-kurangnya kau tahu nyah... Budak-budak bodoh bawah umur ni semua


mana tahu. Diorang tahu tengok jer. Lepas tu beriya-ia percaya.” Ujar Linus perlahan.
Caesar salad yang dipesannya telah pun sampai.Begitu juga club sandwich yang dipesan
Gundutz.

**

Berikut adalah lagu hits “Kau Dan Aku” nyanyian Neng Bairuza, lirik oleh Dom Junior
versi yang tidak akan dinyanyikan oleh Adlina dalam konsert ketiga Akademi Impiana
nanti...

Kau Dan Aku

Rambut dye keemasan


Sinar menyilau TV
Dipadan spek warna
Kalah kak Nita...a....a...a....

Komen tergedik-gedik
menjadi host dia~ri
turut mengacari
imbasan 'kademi

Engkau dan aku


Ada punya persamaan
Bagai Indra dan Adlina

75 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Sering digosipkan
Berputik cinta asmara
Hanya rekaan semata
Memenuhi citarasa penonton GAstro.
( Kau dan aku... )

ikan emas percuma


Warnanya kemerahan
Siapa pulak sponsor
Makanan ikan.

Ikan berenang lesu


di temani sang ketam,
Jangan tak bagi makan,
Tak lama 'kan terapung-apung

Quote of the day: "Cola ada 9 sudu gula" by Mas.

76 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 15

Abang Besar: I think you're a genius!

Kakak Besar: Eh, kenapa pulak ni tiba-tiba?

Abang Besar: First, you made an unthinkable move to out Sia as a single mother. Now
look at her. Dapat undian yang tertinggi. Kali ini, apa pula rancangan you?

Kakak Besar: We have to retain Fyrul. You know lah... We still need votes from silly
girls who are so into pretty boys.

Abang Besar: Penting tu! Dioranglah yang paling ramai undi SMS.

Kakak Besar: And that's why it's about time we get rid of Adline.

Abang Besar: Tapi kenapa? She's good! I see potential in her. I think she has improved
tremendously!

Kakak Besar: Hello... Ini Akademi Impiana, Bukan Malaysian Idol where we have to find
contestants yang bertaraf dunia. Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan ratings
yang tinggi dan jual SMS. Remember our main mission! Part cari bakat tu... Kalau ada
pun, is only secondary. If we really actually found ourselves a talented singer, consider
that a bonus!

Abang Besar: But it's not fair to her...

Kakak Besar: Tough luck. She has to face the fact that she's not cut to be a singer because
people say so. Kalau dia ada album pun, ada orang nak beli ke? This is Malaysia, okay! In
this country... Like I've said sampai mulut I berbuih, talent is not important. What is more
important is good looks and gossip kisah-kisah cinta. Orang-orang Melayu, especially
those K.G. dot com suka benda alah ni semua.

Abang Besar: They are into things they cannot obtain in real life -- like fame, fortune,
good looks and love.

Kakak Besar: Face it, most of these losers can never find real romance, good looks, fame
and fortune in their own lifetime. They look into these students as a form of escapism. So,
they expect the students to be good looking, to fall in love with each other, and of course
they should be made famous and be rewarded with fortune to boot! These students
represent what they are not.

Abang Besar: So, We supply them with fantasies...

77 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: Sebab itulah rancangan asal “La Academia” kita tambahkan elemen
“Impiana” di belakangnya. Akademi Impiana... Sebuah akademi menyanyi yang di
tayangkan di laca TV di mana penontonnya boleh bermimpi dan terus bermimpi!

Abang Besar: Okaylah... I got it. Jadi apa yang you nak buat untuk pastikan Adlina akan
terkeluar?

Kakak Besar: Well... You tentu dah tahu yang si Dara punya peratus undian konsisten
rendah. Sebab itulah I arahkan agar kita berikan dia ikan emas. You tahulah, ikan emas ni
bukan senang nak jaga. Kalau boleh hidup lebih 2 hari dalam akuarium besar tu dah kira
bagus.

Abang Besar: Ikan tu dah mati--

Kakak Besar: That's the idea... Lepas tu dia akan menangis macam budak 12 tahun.
Kemudian ramai yang pada mulanya mahu undi Adlina akan undi dia instead...

Abang Besar: Walaupun Adlina may be far better than Dara?

Kakak Besar: She has to go lah dear. You know, I personally don't like her.

Abang Besar: Alah, you don't like her because she reminds you of you when you were of
her age, kan?

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Kalau Adlina tak ada nanti... Indra kita nak kenenkan dengan siapa?

Kakak Besar: Fyrul kan ada... Hahahahaha!

Abang Besar: Kuang, kuang, kuaaaaaaggggggg!

**

“Rambut Fyrul macam rambut Aizizi geetoh!” Azmil mengusik si Fyrul. Dan si
Fyrul ini pula mengibas-ngibaskan rambutnya seperti seorang ratu cantik.

“Rambut jer cantik?” Fyrul bertanya kembali, mengharapkan Azmil akan


memujinya lagi.

“HAIYOHHHHH JAWAPANS!” jerit Gundutz kuat-kuat. Timah terkejut sambil

78 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

mengusap-usap dadanya. Linus tersengih sambil matanya sesekali akan mengerling ke


arah Rahmat yang ada bersama pada ketika itu. Rahmat sedang berada di rumah Gundutz,
kerana beliau ingin menonton perlawanan bola Euro 2004 di antara Belanda dan Sweden
yang akan diadakan pada malam itu.

“Rambut very der teknik rebonding ala-ala buat kat Afrika... Cantik ke nok?”
tanya Linus. Gundutz ketawa sambil memegang perutsnya.

“Lain kali cubalah pakai tudung.” Azmil mengusik lagi. Linus ketawa sambil
menampar dahinya sendiri.

“Nok. Koserlah Akaq Azmil kita ni... Apa motif dia nak pecahkan lobang si Fyrul
yang dah pecah lobangs ni?” tanya Gundutz kepada Linus.

“Biasalah nok. Dia tak suka lah tu--”

“Apalah you all ni! Suka sangat buat fitnah.” Getus Timah sambil bercekak
pinggang. Dia duduk di sebelah Rahmat sambil memegang lengannya dengan erat.

“Haiyohh... Akaq Timah sudah bersuara.” Linus menjawab nakal.

Fyrul mula menyanyi. Linus mengeluh panjang.

“Nok, dia kata dia nak luahkan suara dia... Tapi kepit jer nok mak dengar!” Keluh
Linus dengan nada yang kecewa. “Mak yang woman ni pon suara very der jantan!”

“Alah nok... Bukan suara dia jer yang kepit...”

“Molot ko memang kak nam, kan?” Linus menjeling sambil membuat wajah yang
dibuat-buat serius.

**

Neng Bairuza – Selagi Ado (Lirik oleh Dom Junior)

Selagi Ado... (kredit)

Telah ku tangisi penuh perasaan


Ker'na kukorbankan ikan emas
Namun undiku masih tak pernah tambah
Azmil akan pasti perli / *Apa yang harus lakukan
Pada malam konsert nanti / *Penyingkiran malam ini...

79 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Ku tahu ku tak boleh menyanyi (lagu) /*Ku tahu ku tak boleh lari diperli
Kau tahu diriku tak berbakat / *Oleh azmil pada malam konsert
Lagu yang diberi bukan pilihan ku / *Ikan emas mati pasti jadi topik
Apa yang engkau fikirkan
ingat bakat yang dinilai / *Ingat senang pancing undi

Selagi ada kredit di handphonemu


Selagi itulah kau kan afundi
Selagi air mata ini mengalir
undimu tetap di beri
Ku takkan tercorot lagi,

Selagi kutak ter~keluar minggu nie


Biar budak lain ti~a~da lagi
tapi jika bakat yang dinilai pengundi
Pastiku akan sendiri...
Tersingkir pada minggu nie...

Selagi ada cinta yang digosipkan


Mereka pasti takkan terkeluar
Ku pasti ku antara yang tercorot
Ku terima segalanya
Walau hatiku merana...

*2nd version

**

Ada banyak perkara yang membuatkan perasaan Gundutz dan Linus runsing pada hari itu.
Pada mulanya persembahan Fyrul yang menyakitkan hati mereka. Kemudian, kalimah
“breep-breep” yang terpacul dari mulut Dara (dan mereka sama-sama dapati, kalimah
“mesraaaaa!” yang digunakan oleh Boboy sudah boleh mereka terima, walaupun masih
meloyakan). Kini, mereka menjadi semakin resah apabila Fyrul tidak diundi keluar dari
Akademi impiana, tetapi Adlina.

“Haiyoh! Perlu ke Indra sedih sampai nampak macam berlakon, nok?” tanya
Linus dengan mulutnya ternganga tidak mempercayai “drama” yang sedang
disaksikannya.

“Siapa tak sedih nok... Fag hag dia dah takde lagi. Kalau si Timah ni nak pindah
balik kampung dia pon, hem boleh nangis nok.”

80 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Timah mencebik benci. Dia tidak menjawab kata-kata Gundutz. Air matanya bercucuran
sedih pada ketika itu memerhatikan perpisahan di antara Indra dengan Adlina.

“Nok, ponen ni malukan kaum lelaki jer lah... OVER!” kata Linus dengan nada
tidak puas hati.

“Tu lah nok... Perlu ke nak berlakon ala-ala nak pengsan bagai? Setahu mak,
pondan macam ko jer yang buat macam tu. Ala-ala nak pengsan sampai hem kena kipas-
kipas dada ko.” Perli Gundutz. Dia dan Linus tidak berpuas hati dengan apa yang sedang
mereka saksikan. Mereka cukup meluat melihat keadaan Indra yang lagaknya seperti
seorang makcik yang baru kehilangan suami apabila Adlina diumumkan akan keluar dari
Akademi Impiana.

“Sejak bila pulak mak nak pengsan-pengsan ni. Over lah ko nok!”

“Alah, masa konsert Mariah Carey tu apa? Akaq Mariah keluar jer ko ala-ala
tercungap-cungap gituh. Ye lah, ratu dah depan mana, kan?”

“Kejis lah ko, nyah. Segala-gala info tak relevan ko boleh ingat balik. Tak koser
tau!”

Linus dan Gundutz kemudian asyik tertanya-tanya dari mana datangnya anting-anting
yang dipegang Indra dan mengapa dalam banyak-banyak barang, anting-anting yang
diberikan olehnya oleh Adlina. Gundutz menyatakan teorinya kepada Linus bahawa
selama ini, Indra suka melihat anting-anting Adlina dan beliau mempunyai keinginan
untuk memakai anting-anting tersebut di telinganya...

“Tak adil!” getus Linus kepada Gundutz.

“Memang nok.” Gundutz menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ko tengok Azmil...


Hem rasa dia pon tak suka dengan keputusan yang terpaksa dibacanya. Macam ala-ala
bila dia baca keputusan Normah kena keluar dulu... Sama kan reaksi dia? Ala-ala motif
kan? Memang keputusan kali ini tak adil!”

“Adil apa! I suka tengok Fyrul masih ada lagi di AI... Dia hensem!” sambut
Timah. Rahmat kemudian.

“Tak koserlah. Gayah macam tu pon ko kata hensem!” Linus memeluk tubuhnya.
Sesekali matanya akan menjeling ke arah Rahmat yang berseluar pendek. Linus cukup
suka melihat bahagian betis Rahmat yang berbulu serta nampak kekar itu.

Linus tidak dapat memahami mengapa Timah boleh menyukai Fyrul, sedangkan Rahmat
adalah seorang lelaki yang menarik baginya. Rahmat mempunyai segala ciri untuk

81 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

menjadikannya tergolong dalam kategori seorang lelaki kacak. Mungkin beliau tidak
mempunyai wajah lembut persis seorang model kebanyakan, tetapi Rahmat mempunyai
wajah tampan yang nampak keras - lebih tepat lagi, Rahmat mempunyai perwatakan serta
raut wajah yang “macho”.

“Alah, dah minat. Dia kan ada pakej untuk menjadi penyanyi!” kata Timah tanpa
berselindung. Rahmat tidak berkata apa-apa. Dia kemudian memberitahu kepada Timah
bahawa dia rasa mengantuk. Timah masuk ke dalam dapur Gundutz untuk menyediakan
kopi untuk Rahmat.

“Pakej apa jadah kalau nyanyi suara kepitz!” kata Linus dengan perlahan.

“Tapi jumlah undian si ponen tu vote tinggi, nok! Sapa nak jawab?” tanya
Gundutz.

“Ramai femfuan-femfuan macam Timah ni ala-ala undi dia sebab dia takde
girlfriend.” Linus meluahkan pendapatnya. “Alah, ko tengok ler Zaidi. Ada bakat....
Boleh nyanyi. Tapi peratusan undi dia rendah. Sebab apa? Because he's taken! Si Zaidi
dah ada girlfriend,” jelas Linus sebelum menambah lagi. “Si ponen lahanatz tu kan ala-ala
single, so femfuan-femfuan ni nak feeling-feeling lah dengan dia!”

“Hello nok! Very der lesbo. Perlu ke? Hem rasa nak muntah pulak ni!”

“Alah nyeh, latent lesbian tendencies lah ni! Ala-ala femfuan-femfuan tak perlu ni
suka betina sebenarnya, tapi ala-ala blur. Sebab tu lah diorang suka tengok lelaki lembut
half-drag bagai dengan kimono segala. Sebenarnya diorang tak boleh terima hakikat yang
diorang tu suka sesama pompuans. Ala-ala in denial, gituh!”

“Macam si Timah ni lah nok!” Gundutz sengaja menguatkan suaranya agar dapat
di dengar oleh Timah yang sedang berada di dapur.

“Apa korang gossipkan pasal aku ni?” tanya Timah. Dia menjerit dari arah dapur.

“Takde apa-apa lah nok. Hem kata ko chanteks!” ujar Gundutz sambil tersenyum
manja ke arah Rahmat yang nampaknya kelihatan mengantuk tatkala sedang menonton
TV.

**

Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) yang
selalunya tidak jujur ketika mengkritik para peserta Akademi Impiana:

82 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

(JP): Vokal anda masih boleh diperbaiki lagi


(Maksud Sebenar): Nyah, don't quit your day job as a fashion designer!

(JP): Komen saya semuanya sama macam Jeannie


(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): Lagu itu sangat susah...


(Maksud Sebenar): I tak boleh nyanyi lagu you nyanyi masa I berkaraoke dengan kawan-
kawan I

(JP): Kawalan suara/pitch you perlu dijaga...


(Maksud Sebenar): I takde modal lain nak komen you

(JP): You was awesome


(Maksud Sebenar): Aku komen ke tak, duit tetap masuk bank

(JP): A very retrosexual show


(Maksud Sebenar): I don't really know what the word means, whatever it is aku komen...
Duit tetap masuk bank!

(JP): P.E.R.F.E.C.T... Perfect!


(Maksud Sebenar): Perfect ke? Apa-apa pun... Duit tetap masuk bank!

(JP): If you don't like the song, fake it!


(Maksud Sebenar): Macam lah tak you tak biasa “fake it” semasa berlakon dalam
Akademi Impiana!

83 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 16

Timah baru selesai kerja shif malam. Dia keluar dari kawasan kilang tempat dia bekerja.
Di luar kilang, dia mendapati Rahmat telah lama menunggu. Rahmat bekerja di kilang
bersebelahan sebagai penjaga stor. Kerjanya membawa barang-barang keluar masuk ke
dalam stor. Kerja Timah pula sebagai operator pengeluaran.

Timah dan Rahmat sebenarnya telah bersama sebagai sepasang kekasih sejak enam bulan
yang lepas. Mereka telah diketemukan ketika Timah sedang berlari-lari anak ke arah
perhentian bas untuk berlindung dari hujan lebat. Kebetulan pada ketika itu Rahmat, yang
berusia dua puluh empat tahun, dua tahun lebih tua dari Timah, sedang menaiki motor
kapcainya untuk pulang ke rumah sewanya.

Keadaan jalan raya yang becak telah membuatkan air dan lumpur terpercik membasahi
pakaian yang dipakai Timah sewaktu Rahmat sedang membawa motornya di sisi Timah.
Timah menjerit sekuat hati sambil memaki hamun apabila pakaiannya yang sedia basah
itu kini dikotori lumpur. Rahmat berhenti untuk meminta maaf. Timah bermasam muka,
tetapi Rahmat hanya mampu tersengih. Dalam keadaan hujan semakin lebat, Rahmat
menjemput Timah agar menaiki motor kapcainya. Timah bersetuju, maka bermulalah
persahabatan mereka yang nampaknya berkekalan sehingga ke hari ini...

“Semalam Akademi Impiana best ke?” tanya Rahmat. Dia menggaru-garu


jambangnya yang baru hendak tumbuh itu. Matanya kuyu.

“Ada segment bila budak-budak tu hantarkan pesanan video kepada Adlina...”


Beritahu Timah. Timah memakai topi keledar yang diberikan Rahmat sebelum dia
menaiki motornya.

“Mesti diorang menangis lagi, kan?” tanya Rahmat, dia membawa motornya ke
arah sebuah warung berdekatan untuk makan pagi.

“Biasalah.” Jerit Timah untuk memastikan agar suaranya dapat didengar Rahmat.

“Siapa yang paling kuat menangis?” tanya Rahmat bersungguh-sungguh.

“Farah dan Indra... Romantik kan?” tanya Timah kembali. Rahmat tidak
menjawab. Dia terus membawa motornya laju-laju sehingga mereka tiba di warung.

Di warung di tepi kegemaran Timah dan Rahmat nampaknya dipenuhi dengan pelanggan-
pelanggan yang datang untuk bersarapan. Seperti biasa, Rahmat memesan teh tarik dan
Timah pula Milo panas. Mereka sama-sama memakan nasi lemak bungkus yang tersedia
di atas meja.

84 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tak sukalah tengok Akademi Impiana ni... Banyak kali tengok diorang menangis.
Ntah apa-apa jer. Poyo!” tiba-tiba Rahmat bersuara.

“Alah, dalam keadaan diorang tu... Hidup tanpa hubungan dengan dunia luar. Tak
ada TV, tak ada radio. Tak boleh berhubung dengan keluarga. Mestilah emosi!” bantah
Timah.

“Tak kan lah lelaki pun nak emosi lebih-lebih?” tanya Rahmat.

“Awak tak kan tak pernah emosi?”

“Kalau sekadar nak berpisah sekejap, tak payah nak emosi lebih-lebih. Macho lah
sikit!”ujar Rahmat bersungguh-sungguh. “Awak ada nampak saya menangis melalak-
lalak ke bila saya hantar awak balik kampung kat Pudu bulan lepas? Tak ada kan?”

“Sebab awak tak sedih!”

“Siapa kata saya tak sedih?” Wajah Rahmat nampak serius. “Tu lah, kita dah
bersama dah nak dekat enam tujuh bulan... Tu pun awak tak tahu perasaan saya.”

“Kalau awak sayangkan saya, awak dah menangis macam Indra.”

“Eh mengarutlah. Melalukan kaum lelaki jer. Awak ingat saya ni apa? Tak ada
maruah ke?” Rahmat membantah. Nafasnya turun naik.

“Alah, kita nak gaduh-gaduh ni pun buat apa?”

“Takdelah nak gaduh.”Rahmat menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Dia


mengunyah semahu-mahunya.

Timah berdecit. Dia suka melawan. Tetapi kali ini dia mendiamkan dirinya sahaja. Dia
mendapati Rahmat tidak banyak bercakap seperti biasa yang dilakukannya. Rahmat terus
makan tanpa sedikitpun memandang ke dalam wajahnya.

“Katakanlah saya mati... Awak menangis tak?” tanya Timah dengan perlahan.

“Menangis lah. Tapi tak kan nak menangis macam orang gila pulak macam si
Indra tu.”

“Dia ada asma lah.”

“Dah tahu ada asma, cool lah sikit. Ini tidak!”

85 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dia kan sayang kat Adlina! Sebab tu lah dia menangis!”

Rahmat menggaru-garu kepalanya dengan perasaan geram. Balik-balik itu juga yang
diulang-ulang oleh Timah. Rahmat mahu menukar haluan perbualan.

“Saya tengok, ramai perempuan macam awak pakai tudung--”

“Jadi kenapa? Awak tak suka saya pakai tudung ke?”

“Bukan itu maksud saya... Tapi awak tengok lah budak-budak perempuan dalam
Akademi Impiana. Ada yang pakai tudung ke? Tak ada kan?”

“Alah, hak masing-masing--”

“Tapi saya tengok kat rumah Gundutz hari tu... Ada ditayangkan sedutan mereka
yang pergi audition. Saya tengok, ada dua tiga pelajar yang bertudung pergi audition.
Suara mereka sedap, tapi kenapa tidak dipilih?”

“Tak cukup bagus lah tu. Dah diorang tak ada pakej!”

“Tak cukup bagus atau memang tak mahu ambil perempuan bertudung?
Perempuan bertudung ni kira-kiranya tak ada pakej lah ni?”

“Eh tiba-tiba ke sana pulak kenapa ni?”

“Takdelah, saya nak tahu juga kenapa. Saya bertanya sekadar mahu mencari
jawapan.” Rahmat melipat bungkusan nasi lemaknya. “Awak tengok diri awak tu. Tengok
kawan-kawan awak. Alah, tengok aja lah akak-akak pergi pejabat yang beli kuih muih kat
sini. Ramai yang bertudung. Tapi kenapa peserta-peserta Akademi Impiana dari musim
pertama sampai sekarang tak ada walau seorang pun yang bertudung?”

“Saya tak tahu kenapa awak bangkitkan isu bertudung ni. Tapi awak sendiri suka
tengok saya bila saya tak bertudung. Bila saya bukak tudung saya ni sikit jer awak dah...
Stim. Ingat saya tak tahu ke?”

“Isk! Apa plak ni?” Rahmat tersipu-sipu malu. Timah merapatkan bibirnya sambil
buat-buat senyum.

Timah memikirkan kembali kata-kata Rahmat tadi. Dia sendiri memakai tudung dan
hampir kesemua rakan-rakannya juga bertudung. Tetapi dilihatnya, para pelajar wanita di
Akademi Impiana kesemuanya tidak bertudung. Mungkin, artis-artis di Malaysia jika
bertudung akan dilabelkan penyanyi lagu-lagu nasyid ataupun menyanyi dalam irama
padang pasir. Mungkin itu sahaja layaknya penyanyi wanita yang bertudung di Malaysia,

86 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

fikir Timah di dalam hati.

“Jadi apa lagi yang berlaku semalam? Ada pemilihan lagu baru, kan?” tanya
Rahmat. Dia mula menghidupkan putung rokoknya.

“Sejak bila pulak awak berminat dengan Akademi Impiana ni?”

“Saja jer. Tak boleh ke?” jawab Rahmat dengan selamba.

“Boleh.” Jawab Timah sambil mengesat bibirnya dengan kertas tisu.

“Jadi... Fyrul yang awak minat sangat tu akan nyanyi lagu apa?”

“Lagu kumpulan Carefree... Kumpulan ni rasa-rasanya dari era 70-an.”

“Ye lah. Tak kan lah dari era 90-an pulak. Tak kan lah awak tak kenal dengan
kumpulan Carefree.”

“Tak kenal lah. Mana saya ada dengar lagu-lagu lama ni semua...”

“Alah, kalau dia nyanyi lagu Carefree ni pon, nanti yang keluar suara kepit dia
jugak.”

“Apa suara kepit?” Terbeliak mata Timah dibuatnya. “Ni mesti awak belajar
cakap benda ni semua dari Gundutz kan? Bencilah awak ni!”

“Alah, sekali-sekala, apa salah. Dia kan kawan baik awak.” Rahmat ketawa kecil.
Didapatinya wajah Timah berubah masam. “Sia dapat lagu apa?”

“Dapat lagu Tegar oleh Rossa... Dia kata lagu ni bermakna buat dirinya, sebab
anak dia suka lagu ni.” Jawab Timah dengan cepat.

“Anak dia yang kecik-kecik tu pun dah minat lagu Tegar?”

“Lagu popular... Minat lah diorang.”

“Budak-budak zaman sekarang... Belum disuruh belajar membaca dan mengira


dah pandai hafal lagu, kan?”

“Dah minat diorang ke situ...”

“Kalau saya ada anak... Saya nak ajar anak saya membaca dan mengira sebelum
mereka nak habiskan masa diorang belajar menyanyi. Saya nak mereka rajin. Saya nak

87 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

pentingkan pelajaran. Saya tak nak diorang jadi macam saya. Kena kerja berat angkat
barang masuk keluar stor. Dapat duit tak seberapa.” Ujar Rahmat dengan nada perlahan.
Dia menarik nafasnya panjang-panjang.

“Alah, kalau diorang nak jadi penyanyi pun apa salah! Penyanyi sekarang boleh
jadi kaya. Boleh jadi glamor!”

“Tak salah. Tapi kalau boleh saya tak nak anak-anak saya jadi penyanyi. Carilah
kerja-kerja biasa. Saya tak kisah. Asalkan jangan jadi penyanyi!”

“Awak anti sangat dengan penyanyi ni kenapa?” tanya Timah sambil bercekak
pinggang.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Rahmat pantas. Dia tertunduk ke bawah. Dia menarik
nafas resah sebelum dia menyambung: “Timah... Awak tak pernah minat nak masuk
Akademi Impiana ke?”

“Eh tak nak lah. Cukup lah si Gundutz tu berangan sensorang nak jadi artis! Saya
tak mahulah. Saya segan.”

“Tapi awak ada bakat. Saya suka dengar awak menyanyi berduet dengan Gundutz.
Suara awak memang sedap. Muka awak pun cantik. Awak tahu saya syok kat awak sebab
awak cantik, kan?”

Timah tergamam. Rahmat tidak pernah memujinya begini. Malah, setahunya Rahmat
tidak pernah memberitahunya mengapa dia mahu berkawan rapat dengannya sehinggalah
mereka menjadi sepasang kekasih.

“Awak ingat tak, masa kita pertama kali jumpa? Masa tu keadaan awak basah
kuyup. Saya tak pernah tengok wajah secantik awak. Terus saya suruh awak naik motor
saya dan hantar awak pulang--”

“Eh, awak demam ke?” tanya Timah yang tidak percaya dengan apa yang
didengarnya. “Awak ambik ganja lagi ke? Kan saya cakap jangan isap benda tu semua!”

“Eh takdelah. Saya dah lama berhenti!” Rahmat berdiri lantas menggerakkan
kerusinya agar dia dapat duduk dekat kepada Timah. “Saya serius ni. Saya kenal dengan
ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik--”

“Tahulah awak tu hensem. Budak-budak kat kilang saya pun ramai yang minat kat
awak...” Timah memerli, walaupun dia tahu apa yang dikatakan itu benar.

“Awak tak bagi saya sambung... Apa yang nak saya katakan adalah, walaupun

88 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

ramai budak-budak perempuan yang cantik-cantik yang saya kenal, bagi saya awak lagi
cantik dari mereka semua. Awak sendiri pun tahu kan?”

Timah tersipu-sipu malu. “Adlina lagi cantik tau!”

“Entahlah... Saya tak minat dengan diorang tu semua. Saya tak suka dengan
penyanyi tu semua.” Nada Rahmat berubah tegas. Dia memberi isyarat tangan kepada
pelayan warung bahawa dia ingin membayar harga makanannya.

Timah menggaru-garu keningnya. Dia tidak faham mengapa Rahmat cukup benci dengan
para penyanyi... Timah rasa, mungkin Rahmat ada menyimpan rasa benci yang amat
sangat terhadap penyanyi-penyanyi Akademi Impiana tanpa pengetahuannya sendiri.

89 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 17

Linus telah mendapatkan tiket tayangan khas untuk menonton filem Spiderman 2. Pada
mulanya dia telah menjemput Gundutz agar menonton dengannya. Tetapi Gundutz tak
mahu. Gundutz bersungguh-sungguh tidak mahu ketinggalan menonton rancangan
Akademi Impiana.

“Kau bawak jer si Rahmat tu. Dia cuti nyah!” saran si Gundutz.

“Nak ke dia ikut mak?” tanya Linus kembali.

“Apa pulak dia tak nak ikut? Ko ingat dia kekwats ke?”

“Entah nok. Mak macam tak konfiden jer dengan dia tu.”

“Kenapa? Sebab dia mat rempit ke?”

“Bukan, sebab dia kan ala-ala jantan taste mak gituh. Mak malu-malu lah sikit.
Mak kan anak dara pengitan!”

“Hanjengs punya statementz!” Gundutz berkata kuat, sehingga bingit telinga


Linus dibuatnya ketika mereka sedang berbual di telefon pada pagi itu. “Ko tanya jer lah.
Kalau ko tak tanya, ko nak hem tanyakan ke? Hem kan mak ayam besar ala-ala akaq
Azmil--”

Maka Linus bersetuju lantas meminta Gundutz bertanyakan kepada Rahmat tentang
niatnya untuk memintanya menemaninya menonton wayang dengannya. Rahmat tidak
keberatan, malah cukup teruja dengan pelawaan dari Linus ini.

Maka mereka pun berjumpa di MidValley seperti yang dijanjikan. Tepat pada pukul 7
malam, Linus pergi menemui Rahmat di hadapan toko pakaian Zara. Ketika Linus
menemuinya, Rahmat nampaknya sedang memandang-mandang ke dalam toko pakaian
Zara, tetapi takut-takut untuk masuk. Rahmat merasakan apa yang dijual di dalam toko
pakaian tersebut terlalu mahal dan terlalu eksklusif. Nak masuk pun segan, dengan
melihatkan pakaian yang dipakainya lusuh dan keadaan dirinya yang berserabut.

“Kau dah lama tunggu ke?” tanya Linus sambil tersenyum.

“Tak lama sangat lah, bang.” Jawab Rahmat.

“Eh, jangan panggil aku abang lah. Umur aku dua tahun lebih tua dari kau jer.”
Linus tersipu-sipu malu. “Kau lapar tak?”

90 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Lapar jugak.” Jawab Rahmat. Sememangnya dia belum makan lagi sejak pagi
tadi.

“Jom makan!” jemput Linus. Dia kemudian berjalan di sisi Rahmat untuk ke
foodcourt yang letaknya di tingkat paling atas. Dia memerhatikan Rahmat, kemudian ke
arah pengunjung-pengunjung yang ada. Mereka nampaknya sedang membawa hal
masing-masing. Mereka langsung tidak mengendahkan dirinya yang nampaknya
berpakaian pejabat yang serba kemas berjalan di samping Rahmat yang berpakaian serba
sempoi.

“Tak banyak yang aku tahu pasal kau...” Jelas Linus ketika mereka berdua sedang
makan nasi ayam yang telah mereka pesan.

“Alah, saya ni biasa je lah bang.” Jawab Rahmat. Linus masih rasa sedikit janggal
apabila beliau dipanggil “abang” oleh Rahmat.

“Bukannya apa... Selalunya bila aku pergi ke rumah Gundutz dan bila kau pulak
ada, kita tak banyak berbual.”

“Alah, abang yang sombong”

“Aku tak sombong. Cuma aku segan nak berbual dengan kau.” Jelas Linus.

“Ni kita berbual lah ni...” Ujar Rahmat dengan selamba.

“Kau asal mana sebenarnya ni?”

“Dari Muar.”

“Oh, orang Johor rupa-rupanya.”

“Tapi dah lama saya tak balik Muor.” Kata Rahmat dengan nada kecewa.

“Kenapa?”

“Tak ada apa yang boleh saya cari di sana.” Jelasnya dengan ikhlas.

“Bila Rahmat berhijrah ke KL?”

“Lama dah... Sejak empat tahun yang lepas.”

“Kenapa?”

91 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Nak cari makan di sini.” Jawabnya, setelah beberapa saat dia mendiamkan
dirinya. “Saya orang susah, bang. Saya kena carik duit sendiri--”

“Keluarga Rahmat di sana macam mana?”

“Tinggal bapak saya sahaja. Saya seorang saja anaknya.”

“Tentu dia sayangkan Rahmat...”

“Dia memang sayangkan saya.”

“Emak pula?”

Rahmat memandang sekali ke arah Linus sebelum dia tertunduk menghadap makanannya.
Agak lama juga dia diam sebelum dia menjawab:

“Dia tak ada lagi.”

“I'm sorry to hear that.” Ujar Linus serba salah. Dia memandang wajah sayu
Rahmat. Linus mengeluh, lalu terus menjamah makanannya.

Setelah makan, mereka berdua terus berjalan di sekitar MidValley. Mereka tidak membeli
apa-apa, sekadar berjalan sambil melihat barang-barangan yang ada di jual di sana.
Apabila jam menunjukkan pukul 8.40 malam, Linus dan Rahmat terus bergegas ke arah
panggung wayang.

Linus mengeluarkan tiketnya, yang kelihatan seperti sekeping poskad dengan gambar
Spiderman di atasnya. Keadaan di bahagian lobi panggung sesak dengan pengunjung.
Lantas Linus menyerahkan sekeping tiket kepada Rahmat agar senang nanti untuk mereka
bertemu di dalam panggung jika mereka terpisah.

“Linus! What are you doing here?” tanya seorang gadis berbangsa Cina yang
nampaknya berpasangan dengan seorang lelaki berkulit putih yang sudah agak berumur.

“Watching movies lah, Janet. Then what? Make movies, izzit? Randy and you are
watching Spiderman also, I see...” ujar Linus dengan nada memerli. “Oh, by the way.
This is my friend Rahmat.”

Mereka bersalaman. Rahmat kelihatan tersenyum segan. Kalau boleh dia mahu meminta
beredar dari situ. Linus dapat merasakan keadaan Rahmat yang merasakan dirinya kekok
berhadapan dengan rakan-rakan Linus yang kelihatan ranggi dan bergaya.

Rahmat merasa semakin kekok apabila teman lelaki Janet, Randy memandang ke arah

92 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Rahmat kemudian dia membisikan sesuatu ke telinga Janet. Dan Janet kemudian
kelihatan seperti mengangguk setuju.

“Rahmat, kamu ingin duit lebih?” tanya Janet dengan tiba-tiba. Dahi Rahmat
terkerut seribu.

“Saya tak faham.” Ujar Rahmat dengan jujur.

“Well, I think I should properly introduce myself. My name is Randy Cowan, I'm
an Art Director at--”

Rahmat memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sesekali dia akan
memandang ke arah Linus yang sedang mendengar penjelasan dari Randy dengan
teliti.Mereka nampaknya sedang berbual selama beberapa minit sambil beratur dan
berasak-asak untuk masuk ke dalam kawasan panggung. Rahmat tidak tahu apa yang
dikatakan Randy kepadanya dan kepada Linus, kerana loghat Australianya terlalu pekat
untuk difahami.

Linus tersenyum. Kemudian dia memandang ke arah Rahmat. Linus tahu bahawa Rahmat
tidak memahami kata-kata Randy kepadanya tadi. “Kita masuk ke panggung dulu. Nanti
aku jelaskan segala-galanya di dalam.”

Rahmat mengangguk. Beliau bersalaman dengan Janet dan Randy yang nampaknya
sedang berjalan ke arah panggung yang bertentangan. Mereka tersenyum lebar ke arah
Rahmat sebelum mereka masuk ke dalam panggung tersebut...

**

Nampaknya, dalam musim yang baru ini, beberapa muka-muka baru telah diperkenalkan
sebagai tenaga pengajar Akademi Impiana, sebagai contoh guru tari Carey, guru seni
persembahan Puan Ogy Nawawi dan pakar motivasi, Dr. Cher. Persoalannya kini, apa
akan terjadi jika pakar Feng Shui, Puan Vivian Foo diminta untuk menjadi penasihat
serta tenaga pengajar Akademi Impiana?

Pelajar: Boboy
Nasihat: Bila you mahu menari beramai-ramai, you kena menari depan-depan sebab
badan you ni seperti sebuah big mountain yang akan menyerap tenaga para pelajar lain.
Banyak ong lah!

Pelajar: Indra
Nasihat: Rambut you kena dibuat tajam-tajam macam itu “poison arrow” biar you punya
negative energy keluar dan kena pelajar lain.

93 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Pelajar: Zaidi
Nasihat: You punya rambut bikin merah sikit, warna merah ni banyak ong bagi you.

Pelajar: Dara
Nasihat: You punya bibir bentuknya tak sesuai dengan wajah you. Jadi I cadangkan you
cakap breep-breep saja biar bagi itu chi balance sikit.

Pelajar: Azam
Nasihat: I dapat tengok you punya tangan banyak keluarkan itu bad energies lah. You
kena cover dengan handkerchief.

Pelajar: Fyrul
Nasihat: You punya badan ni simbolik macam papan lapis yang lembut dan rapuh. Tak
banyak ong lah. Jadi you kena pakai baju kimono bagi cantik dan lebih in touch with your
inner feminine self.

Pelajar: Sia
Nasihat: You punya muka ni nampak garang dan macam itu independent woman. Jadi,
you kena nampak blur sikit biar orang boleh accept you senang sikit.

Pelajar: Khir
Nasihat: Rambut you mahu botak, tapi biarkan saja. Banyak ong lor. Bagi kilat-kilat lagi
bagus macam cermin pa kua.

Pelajar: Linda
Nasihat: You punya Yang energy kuat sangat. Kena soften kan sikit dengan pasangan
lelaki yang lebih lembut, macam Fyrul... Biar dia serap energy you itu nanti dan bagi
stable itu negative energies.

94 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 18

“Masuklah yang...” kata Linus dengan manja apabila Gundutz masuk ke dalam
keretanya.

“Geli lah hem! Lesbo sangat, tau!” getus Gundutz. Dia memandang ke arah lobi di
bangunan pejabatnya. Tidak ada siapa yang dikenalinya keluar masuk bangunan.
Kebanyakan mereka nampaknya sedang bergegas mahu pulang ke rumah.

“Semalam macam mana nok?”

“Kenapa dengan semalam?”

“Ye lah, ko kan tengok filem Spiderman 2 dengan Rahmat.”

“Okay jer. Best giler cerita tu. Alah, ko tahu kan aku minat dengan Spiderman
sejak dulu lagi. Mak kan suka kumpul komik Marvel.”

“Ko kumpul komik dapat apa nok? Ko hengat ko boleh jadi Wonder Woman ke?
Ko tengok hem... Kumpul resepi. Sampai sekarang hem pandai masak.” Gundutz
meletakkan beg pejabatnya ke bahagian belakang kereta Toyota Vios hitam yang dibawa
Linus.

“Pandai-pandai masak pon tak berlaki, kan?” sempat Linus mengusik.

“Alah, macam lah kau tu ala-ala berlaki, kan?”

“Tak koserlah nak berlaki-laki ni. Mak wanita korporat!”

Gundutz membuat muka meluat. “Eh nok, ko tak jawab lagi soalan hem. Semalam ko
dengan Rahmat buat apa?”

“Tengok wayang ler.”

“Tu jer ker?”

“Yessszzaakkk! Itu saja lah!”

“Lepas tu... Kenapa dia call hem tengahari tadi mintak pendapat hem--”

“Pendapat pasal apa nyah?” pintas Linus cepat-cepat.

“Dia tanya kalau dia patut potong rambut dia...” Gundutz menguis jerawat di

95 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

pipinya yang sedang menunggu masa untuk masak dan meletup. “Apa kena dengan dia
nok? Siap nak potong rambut bagai ni semua!”

“Oh... Itu. Mak suruh dia potong rambut jangan bagi serabai. Trim sikit jer. Ala-
ala bagi nampak texture. Mak ingat nak bawak dia pergi potong rambut kat Bangsar
Shopping Center hujung minggu ni.”

“Haiyoh! Seswatuhnya ko! Ko jadikan Rahmat anak ikan peliharaan ko ke? Siap
nak spedo bagai ni!”

“Lahanatznya molot adik-adik! Mak tak makan kawan sendiri lah! Kejis tau!”

“Dah tu... Apa motif kau nok? Boleh sexplain kat hem?”

“Semalam mak jumpa kawan-kawan mak Randy dengan Janet. Kerja diorang buat
iklan. They are looking for new talents. And then, they saw Rahmat.”

“Zaaassst!” Terlopong mulut Gundutz dibuatnya.

“Diorang kata Rahmat have that look diorang dok cari untuk kempen iklan kad
kredit BKL.”

“Apa?”

“Bank Kumpulan Lestari... Bank dari Indonesia. Iklan untuk client dari Indonesia
lah nok.”

“Sentap nyer!”

“Very lah nok. Diorang kata Rahmat punya muka sesuai untuk target group
diorang... Youths with disposible income, gituh.”

“Ermm... Rahmat kerja kilang lah nok. Nak beli maggie hujung-hujung bulan pon
pinjam duit hem. Nak disposible income apa jadahnya?”

“Alah nok, dah muka dia sesuai! Muka dia kan ala-ala eksotik, gituh.”

“Apa kawan ko cakap?”

“Diorang suka dengan penampilan dia. He has the height, the body and he is good
looking, if we look at him beyond the pakaian serabai dan rambut dia yang tak terurus tu.
They are professionals nok, they are fully capable of recognizing talent when they see
one.”

96 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Hem betul-betul tak sangka, nok. Hem tahu dia tu meletops. Badan zaasst! Tapi
tak sangka pulak dia akan jadi model iklan.”

“Si Randy kata si Rahmat ni set-set Travis Fimmel.”

“Siapa nok?”

“Alah, model CK dari Australia tu.”

“Haiyoh khelesss!” ujar Gundutz walaupun dia tidak kenal dengan model yang
dimaksudkan Linus.

“Jadi... Minggu depan Randy nak jumpa dia kat agency dia. Nak shoot gambar
Rahmat untuk present kat client dia. So, esok aku nak bawak dia pi salon. Bagi cantikkan
sikit rambut dia yang panjang tak terurus tu.”

“Ko jangan pondankan dia sudah nok. Ye lah, sekarang dah baik-baik jantan!”

“Vencis lah ko ni! Ko hengat mak apa nyeh?” Linus menjeling. “Mak akan
uruskan hal dia tu nanti. Mak ikhlas nak tolong dia. Kekadang kesian jugak mak tengok
dia. Macam ada jer tak kena dengan hidup dia tu. Mak rasa dia ada simpan sesuatu dari
kita.”

“Wah! Adik-adik dah verengen nak jadi Nancy Drew pulak ke?” tanya Gundutz
sambil memandang ke arah sebuah bas yang bergerak semakin hampir ke kereta Linus.
“Tapi betul lah nok. Rahmat ni macam ada yang dia nak sembunyikan dari kita. Ala-ala
International Man of Mystery kan nok?”

Linus mengangguk setuju. Terus dia memandu ke arah Pandan Indah ke rumah Gundutz
untuk menonton rancangan Akademi Impiana bersamanya pada malam itu.

**

“Haiyohhhhh! He has totally lost it!” Linus mengurut dadanya. Nafasnya turun
naik tercungap-cungap. Dia menoleh ke arah Gundutz. Didapatinya Gundutz tercengang.
Mulutnya ternganga besar. Dia tidak menjadi mengunyah kek keju yang telah dibuatnya
sendiri. Apabila Linus menoleh ke arah Timah pula, dia nampak Timah keseronokan.

“Nok, mak tak percaya apa mak tengok ni. Mak bermimpi ke?” tanya Gundutz.
Tekaknya terasa loya.

97 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Mimpi ngeri, sundels!” Linus menggigit bibirnya.

“Apalah korang ni! Mengomel mengalahkan makcik Bedah yang jual karipap kat
bawah flat ni!” tegur Timah sambil menjeling. Dia memegang bantal kusyen dengan erat.
Wajah Timah masam.

“Kenapa dia drag on TV ni nok? Dengan pakai skirt labuh, cardigan der tocang
rambut macam Mak Enon... Dia hengat dia chanteks ke?” tanya Linus. Dia membuka
ikatan tali leher Hermesnya.

“Eh betul lah nok. Muka dia iras-iras Mak Enon kan?”

“Siapa Mak Enon?” tanya Timah. Gundutz tak mahu menjawab. Linus pula
menaikkan kening kirinya.

“Nok, apa nak jadi ni? Tetiba ponen drag muncul kat TV?” Tanya Gundutz
kepada Linus.

“Eh, I thought akaq-akaq drag tak dibenarkan keluar TV kan?”

“Tu lah!”

“Koser Jantayu ni kan? Verani matis!”

“Apa Jantayu? Tak paham lah bahasa korang guna ni.” pintas Timah.

“Jantan Ayu lah. Koser betul tau. Ala-ala blur macam Sia. Dia hengat cute lah tu!”
Gundutz menjelaskan sambil mencebikkan bibirnya. Dia mengunggis kacang goreng yang
baru sahaja dibuka dari paketnya.

“Eh, bukan ke tu nama butik si Fyrul?” Timah ternyata tahu segala-gala hal
tentang Fyrul. Apa tidaknya, dia peminat fanatik Fyrul.

“Khelesssss adik-adik!” Linus ketawa kecil. “Butik Jantan Ayu. Sesswooaiizz lah
kan?”

“Alah nok, dia tahu dia dah nyawa-nyawa ikan. Ala-ala nak tunggu masa keluar
dari AI. Terus AI ni nak dijadikannya ala-ala Ghazal Party Queen. Sapa nak jawab?”

“No wonder dia ala-ala adik-adik ting tong dah gian nak drag. Alah nok, mak
harap-harap dia keluar lah minggu ni. Dah penat mak dengar suara kepit dia tu!”

“Korang berdua ni kalau tak mencaci orang tak boleh ke? Salah ke? Kenapa suka

98 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

sangat nak tambahkan dosa?” Timah marah-marah. Dia langsung tidak memandang ke
arah Linus dan Gundutz. Matanya terus ke kaca TV.

“Haiyoh, kosernyer ko Timah. Perlu ke hem nak melayan statement-statement ko


tuh? Nah ambik kek.” Gundutz memberi sepotong lagi kek keju kepada Timah. Dia tahu
Timah suka kepada keknya. Timah mengambil kek tersebut, lantas terus makan tanpa
mahu terus mengomel.

Mereka bertiga diam sehinggalah masanya kelas Puan Siti Hawa dimulakan.

“Ko perasan tak muka Khir macam elf?” tanya Linus yang meminati filem serta
buku Lord of the Rings.

“Haiyoh! Betullah sundels!”setuju Gundutz. “Nak-nak bila dia disuruh buat suara
UUU... UUUHHH... UUUUUHHHHH!”

“Nok, bila ko buat nampak macam Smeagol pulak.”

“Kak nam betul lah ko!” Gundutz berdecit. Dia kemudian menumpukan perhatian
kepada apa yang diajar oleh Puan Siti Hawa. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyuruh
pelajar-pelajar perempuan menyanyi.

Gundutz sekadar tersenyum sendiri apabila dia dapat melihat Fyrul yang bertocang sakan
macam Mak Enon itu menyanyi sekali dengan pelajar-pelajar perempuan, seolah-olah dia
adalah sebahagian dari mereka...

**

Lima sebab utama mengapa anda perlu jadikan fesyen sarung dan bertocang sebagai
fesyen pilihan teman lelaki/suami/kawan baik anda...

1. Anda tak ada pakaian lain untuk Halloween. Jadi anda boleh mengamalkan fesyen
pakaian ini untuk menakutkan orang lain.
2. Anda sengaja mahu membalas dendam dengan menganiaya teman lelaki/suami/kawan
baik anda yang terlupa untuk meraikan hari jadi anda pada tahun lepas
3. Anda mempunyai keinginan untuk melihatnya mempunyai imej seorang lelaki lembut
(atau jantayu)
4. Anda seorang peminat fanatik Fyrul dan anda akan melakukan apa sahaja untuknya,
termasuklah membeli busana yang menepati imej jantayu dari Butik Jantayu.
5. Anda mahu teman lelaki/suami/kawan baik anda merasakan apa yang perlu dilalui dan
dipakai oleh perempuan baru lepas bersalin yang sedang dalam tempoh berpantang.

99 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 19

Dah Sakit? Ubatnya, SMS lah!

“Kenapa muka awak nampak ngantuk jer ni?” Tanya Timah kepada Rahmat.
Mereka sedang duduk di warung kegemaran mereka untuk makan sarapan pagi.

“Semalam ada stok baru masuk. Banyak barang perlu dipunggah masuk ke dalam
stor. Saya kena buat sorang.” Beritahu Rahmat sambil memicit-micit bahu kanannya.

“Kawan-kawan awak yang lain, mana?” tanya Timah. Dia memandang ke arah
tubuh Rahmat yang tegap itu. Dia tahu bahawa Rahmat mampu melakukan kerja-kerja
berat, lagipun di kampungnya dahulu, setahu Timah, Rahmat sering membantu bapanya
dengan kerja-kerja di ladang kelapa sawit. Tetapi mungkin kerja yang terpaksa
dilakukannya semalam terlalu membebankan buat dirinya.

“Diorang ambil cuti tengok bola... Semalam Greece lawan Czech.”

“Siapa menang?”

“Greece lah. Siapa lagi!” Wajah Rahmat nampak seronok.

“Kawan-kawan awak tu memang tak patut lah. Kesian saya tengok awak.”

“Tak apa lah. Saya tak kisah sangat.”

“Tak kisah apanya? Ni saya tengok awak penat semacam jer.”

“Petang semalam ada lawan bola... Tu lah agaknya penat gila pagi ni.”

“Awak ni pun satu. Pergi main bola tu semua buat apa?”

“Dah minat saya ke situ.” Rahmat tersenyum kelat. Tanpa disedari oleh Timah,
dia meraba-raba lututnya yang tercedera semalam.

“Carik lah benda lain untuk awak minat... Macam si Fyrul tu... Reka fesyen. Kan
bagus! Boleh jugak awak buat baju untuk saya. Ini tidak!” keluh Timah.

“Minat dia macam perempuan. Saya mana ada minat tu semua.” bantah Rahmat
dengan nada hormat. “Awak pakai tudung dari kain yang saya berikan dua minggu lepas,
kan?”

“Awak baru perasan ke?”

100 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tak, saya dah lama perasan. Cuma baru nak tanya jer ni.”

“Oh... Ingat awak tak perasan.” Sempat sahaja si Timah memerli.

“Cantik awak pakai.” puji Rahmat dengan jujur. Matanya terpaku memandang
raut wajah Timah yang halus. Wajah Timah mengingatkannya kepada pelakon lama
Latifah Omar yang digemarinya sejak kecil lagi.

“Puji-puji ni kenapa? Lain macam jer bunyinya! Kan awak baru dapat gaji. Tak
kan nak pinjam duit lagi?”

“Sabar jelah!” Rahmat menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya sebelum


menyambung. Dia kemudian mengeluarkan dompetnya dari kocek seluarnya.

“Ini seratus ringgit yang saya pinjam dari awak... Duit Gundutz kan? Beritahu
kepada dia yang saya ucapkan terima kasih. Saya tak cukup duit dan perlu pinjam sebab
bapak saya sakit kat kampung. Jadi saya kena hantar duit lebih untuk pastikan dia dapat
jumpa doktor.” Rahmat mengingatkan.

“Saya tahu... Gundutz pun tahu. Saya dah explain kat dia.” Ujar Timah perlahan.
Dia mengambil duit yang diberikan oleh Rahmat.

“Ini seratus ringgit lagi untuk awak. Ikhlas dari saya.” Rahmat menyerahkan wang
nota seratus ringgit dengan menyelitkannya ke dalam genggaman tangan Timah.

“Eh apa ni?” tanya Timah. Dia meneliti wang yang diberikan kepadanya.

“Saya tahu awak perlukan duit nak SMS peserta-peserta kegemaran awak, kan?
Siapa nama diorang tu... Fyrul dengan Kaer kan?”

Timah rasa serba salah untuk menjawab. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dia
memberanikan dirinya untuk mengangguk.

“Saya tak kisah apa awak nak buat dengan duit ni. Awak buat lah apa yang patut.
Tapi kita kena ingat... Gaji kita tak besar. Kalau ada duit lebih, baik kita simpan dari
membazir.”

Timah memandang ke arah lain. Tidak berani rasanya untuk dia merenung ke dalam mata
Rahmat.

“Mana awak dapat duit ni semua?” tanya Timah, kerana setahunya, Rahmat
selalunya kesempitan wang, walaupun pada awal bulan, kerana sebahagian besar

101 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

wangnya dihantar ke kampung untuk diberikan kepada bapanya yang terlalu uzur untuk
bekerja.

“Sebenarnya... Saya nak beritahu awak satu benda. Saya dah berhenti kerja kat
kilang tu. Semalam kira malam terakhir saya kat sana.”

Timah nampak terkejut. Matanya terbeliak sedikit.

“Jadi awak nak buat apa?”

“Saya kerja kat tempat lain. Kat pejabat Linus jadi budak despatch. Kebetulan ada
kerja kosong kat tempat dia. Saya mula Isnin ini.”

“Gaji pulak, macam mana?”

“Lebih dari apa yang saya dapat kerja angkat barang-barang berat kat kilang tu.”
Jelas Rahmat. Matanya melirik memandang ke arah bangunan kilang tempatnya bekerja
yang letaknya tidak jauh dari situ dengan wajah yang hampa. “Dah dekat empat tahun
saya kerja kat situ, gaji tak naik-naik juga. Kerja baru ni senang sikit. Jadi mat despatch
bukannya susah sangat!”

“Kalau macam tu... Bagus lah.” ujar Timah. “Tapi jangan bawak motor awak tu
laju-laju. Awak tu suka sangat bawak motor dengan laju.”

“Baik puan!” sambut Rahmat sambil bertabik. “Tapi saya kena kerja siang. Tak
payah kena kerja malam lagi.”

“Jadi kita tak boleh sarapan macam selalu?”tanya Timah meminta kepastian.

“Tak, kot. Saya kena pergi ke pejabat awal-awal pagi.”

Timah mengeluh. Matanya pudar memandang ke arah Rahmat.

“Tapi awak tak perlu gusar. Kita masih boleh makan malam sama-sama. Tak pun,
masa awak tukar ke shif siang, kita boleh keluar jalan-jalan waktu malam macam orang
lain.”

Timah mengangguk optimis. Sekali lagi dia memerhatikan wang yang diberikan oleh
Rahmat kepadanya. Wang tersebut dimasukkan ke dalam dompet wangnya.

“Semalam dalam Akademi Impiana ada kezutan ke?” tanya Rahmat. Dia mula
membuka kotak rokok yang baru sahaja dibelinya semalam.

102 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Ada, Tan Sri S.M. Salim datang--”

“Bapak saya minat dengan S.M. Salim.” Rahmat tersenyum sendiri. “Lepas tu apa
dia buat?”

“Dia nasihatkan pelajar bahawa jika mahu menjadi seorang artis, perlu ada
disiplin. Seorang artis perlu tahu menepati masa.” Timah menceritakan dengan
bersungguh-sungguh.

“Bukan artis sahaja. Orang macam kita ni pun perlu belajar untuk menepati
masa.” Kata Rahmat yang mempunyai kebiasaan untuk datang ke tempat yang dijanjikan
lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. “Jadi apa lagi yang dia buat?”

“Dia hadiahkan CD dari album terbarunya kepada para pelajar” Timah


menjelaskan dengan suara yang manja. “Dia puji Khir. Dia kata Khir pandai nyanyi. Dia
tanya Lina berasal dari mana--”

“Kat penyanyi kesayangan awak si Fyrul tu dia tak cakap apa ke?”

“Tak. Dia buat derk jer.” kata Timah dengan nada kecewa.

“Awak rasa dia akan keluar ke minggu ini?”

“Siapa? Boboy ke?”

“Eh Boboy pulak. Dia kan bagus... Tak patut dia keluar awal!”

“Lepas tu awak maksudkan siapa?”

“Fyrul lah... Siapa lagi.”

“Eh tak nak dia keluar lah. Dia kan hensem!”

Rahmat menarik nafasnya. Wajahnya jelas terukir garis-garis cemburu. “Awak rasa saya
ni hensem tak?”

Timah tidak menjawab soalan Rahmat tadi. Dia sekadar memeluk tubuhnya sambil
tersenyum...

**

Siti Nurhazila - Bukan Impian Biasa (Lirik oleh Dom Junior)

103 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Begitu banyak style rambut


Ada lurus ada k'rinting
Minggu lepas di rebonding
Minggu nie ditoncang pula

Jumlah undi yang membeza


Peratusan undi sama
Ku tak ingin keluar awal
Mengapa rambutku jadi isu?

( korus )
Bakatku bukan di atas pentas
Melakar, bersolek, mendandan
Tak perlu di soal
Tak perlu pertikai
Kerna kuyakin ku yang paling vogue oh ...
Andai ku bisa memilih lagu
Hingga keluar suara divaku...
Tapi ku tetap
Harus maintain ayu
Hanya mampu bertoncang, bersarung

Rambut ikal di rebonding


Tampak nya lebih anggun
Azmil pun puji ku cantik
Ku tak mahu tersingkir minggu nie
Diriku hanya pereka fesyen
Miliki naluri feminin
Tak ingin tercorot
Tak ingin tersingkir
Gelaran ratu tetap milliku

Andai ku diberikan pe-lu-ang


ku pasti minta meja solek
Kosmetik percuma takkan tertinggal
Hanya yakin menunggu tajaan

104 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 20

Kakak Besar: Who do you think will be voted out this time around?

Abang Besar: Whatever it is, I hope it's not Boboy. Dia bagus...

Kakak Besar: I have to admit... Dia memang bagus. Tapi you tentu tahu siapa yang selalu
habiskan duit untuk beli SMS yang kita jual kan?

Abang Besar: Teenage girls.

Kakak Besar: Jadi kenapa you tanya?

Abang Besar: Ye lah, teenage girls or men and women who are trapped in a body of a 16
year old girl will always vote for boys with pretty face.

Kakak Besar: Dah minat diorang...

Abang Besar: I wish they'll vote students yang ada bakat--

Kakak Besar: Katakanlah, you ni orang luar. You nak undi tak?

Abang Besar: Are you kidding? Buat apa? Banyak lagi benda I boleh buat dengan duit I
tu.

Kakak Besar: So how do we make people like you to start voting?

Abang Besar: Entahlah... We are just spectators. We know the value of money. But to
some, that's their problem. It's their money that will translate to more bonus to us.

Kakak Besar: Whatever it is... Fyrul just have to go.

Abang Besar: Yes. But I'll miss him. He's just to painful to watch and listen to, but that's
what you call entertainment.

Kakak Besar: Kalau dia tak ada, macam dah tak ada kontroversi pulak. It's like, we have
to work even harder to create drama and tension amongst our viewers...

**

“Haiyoh, Boboy boleh nyanyi kan nok?” tanya Gundutz kepada Linus.

“Eh, bukan kau tak suka dia ker?” tanya Linus kembali. Linus memerhatikan

105 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Timah. Di dapatinya Timah sedang sibuk mengundi dengan menggunakan handphonenya.


“Dulu bukan main anti sangat ko kat dia!”

“Dulu lah nok... Tapi sekarang hem tengok dia memang ada bakat.”

“Wah, wah, wahhhh! Khelesssss statementz adik-adik.”

“Hem serius lah nok. He's good.”

“Tapi Akademi Impiana is not about being good. It's about how good looking you
are.”

“Kalau camtu, susah lah nok. Boboy ni bila-bila boleh keluar.”

“Itulah nok. I want to hear more from him.” Ujar Gundutz dengan nada serius.
Kemudian dia terus menonton konsert keempat Akademi Impiana dengan penuh khusyuk.

“Rambut makin panjang atau awak makin panjang?” ujar Azmil ketika bergurau
dengan Fyrul sebelum Fyrul menyanyikan lagunya.

“Haiyoh statementz! Sentapnya nok!”jerit Linus. Beliau menjerit sekali lagi


apabila Azmil sekali lagi mengeluarkan kalimah-kalimah yang lebih memeranjatkan
kepada Dara pula mengenai ikannya yang telah mati:

“Lepas ini bela anak ikan pula...”

“Haiyoh! Dia hengat Dara ni macam dia ke nok? Nak bela anak ikan bagai!” ujar
Gundutz membalas kata-kata Azmil.

Azmil kemudian menimbulkan kontroversi lagi (tak cukup dengan buat-buat pelat macam
budak terencat akal apabila menyebut perkataan “piano” sebagai “pinano”), apabila beliau
memberitahu kepada Zurina tentang haiwan peliharaan yang beliau mahukan. Maka
Zurina memberitahu bahawa beliau meminati kucing, tetapi berubah memilih buaya,
(mungkin kerana Zurina tak mahu Azmil mengusik, kerana kucing adalah haiwan
peliharaan yang telah diberikan kepada bekas kekasihnya dahulu sebagai hadiah dari
Gastro). Kata Azmil kepada Zurina: “Awak lupa yang buaya buat awak terluka?”

“Tak baiknya abang Azmil cakap macam tu!” Teriak Timah. Beliau sedia maklum
bahawa buaya yang dimaksudkan Azmil adalah Khairi dan Timah adalah peminat
nombor satu Khairi.

“Dah ala-ala ponen veteren molot jahat... Nak buat macam mana?” Ujar Gundutz
dengan suaranya yang cukup pedas memerli.

106 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Nampaknya pada malam itu, Gundutz dan Linus cukup tidak puas hati dengan Azmil.
Banyak rasanya kesilapan yang dilakukan oleh Azmil. Banyak daripada lawak-lawak
yang cuba dilakukannya tidak bertempat dan langsung tidak kelakar. Lebih ketara lagi
apabila beliau tersilap menyebutkan nama pelajar yang terkeluar pada malam itu. Nama
yang disebutnya adalah Zaidi.

“Oh tidak!” getus gundutz sambil menggigit hujung kusyennya.

“Apa nak jadi ni nok!” Jerit Linus pula. Wajah mereka pucat. Timah pula nampak
puas dan seronok.

Keadaan berubah apabila Azmil meminta maaf, lantas memberitahu bahawa peserta yang
keluar sebenarnya Fyrul. Beliau telah melakukan kesilapan membaca nama pelajar:

"Anggaplah ianya sebagai realiti bahawa kesilapan boleh berlaku."

“Koser statement spedo tak perlu!” Gundutz mengurut dadanya. Mungkin kerana
terkejut. Gundutz berpaling ke arah Timah. Didapatinya Timah sedang menangis seperti
perempuan kematian suami.

“Eh perlu ke menangis macam ni?” tanya Linus, sengaja dia mahu mengacau
Timah.

“Aku dah undi dia... Habis sampai habis credit aku!” tersekat-sekat suara Timah
menerangkan. “Macam mana dia boleh terkeluar! Tak adil! Suara dia sedap. Dia ada
pakej!”

Timah terus menangis. Dia sedih kerana pelajar kesayangannya Fyrul terpaksa keluar dari
Akademi Impiana.

“Eh mana kau dapat duit nak tambah prepaid ko tu? Bukan ke ko dah guna sampai
habis minggu lepas?” tanya Gundutz ingin tahu.

“Rahmat bagi duit--”

“Hem tak tahu apa nak cakap kat kau, Timah.” Gundutz menggeleng-gelengkan
kepalanya. Dia nampak kecewa. “Laki ko bagi duit, ko habiskan macam tu jer! Pompuan
apa ko ni?”

“Sabar jelah!” Linus memegang bahu Gundutz.

“Aku tak mahu si Fyrul keluar!” jelas Timah bersungguh-sungguh.

107 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Hello nok. Kalau ponen tu masuk ke, keluar ke, jadi Miss World wakil Malaysia
ke... Apa ko dapat nok?”

Timah tidak menjawab. Dia tidak mahu mendengar teguran dari Gundutz. Lagipun dia
terlalu sedih memikirkan tentang pemergian Fyrul. Jiwanya rentum. Dia tidak kisah
kehabisan wang dan harta, asalkan pelajar kesayangannya itu dapat terus ditatap wajahnya
di kaca TV...

**

Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) ketika
memberikan pendapat mereka di malam konsert Akademi Impiana:

(JP): Stage presense memang kurang. Tapi ada potensi untuk pergi jauh.
(Maksud Sebenar): Anda kaku di atas pentas

(JP): Dalam dunia hiburan bukan imej dan pakej sahaja. Bakat dalam vokal juga penting.
I wish you the best.
(Maksud Sebenar): Nyah, kalau nak harapkan chantek jer tak cukup. Lepas hari ini, you
boleh balik kepada dunia jahit menjahit you tu.

(JP): Mula-mula tu macam Aramugam, lepas tu macam mama Juwie


(Maksud Sebenar): Mula-mula tu macam Aramugam, lepas tu macam mama Juwie

(JP): You must have a soft heart then!


(Maksud Sebenar): Bila lupa lirik, pandai you nak cover line yer!

(JP): Baju tu sebenarnya Azmil pun mahu pakai


(Maksud Sebenar): Perlu ke komen baju pelajar yang kau sendiri dah tempah dua tiga
pasang?

(JP): Dia dah tahu rahsia awak.


(Maksud Sebenar): Satu Malaya tahu rahsia awak mendrag, Azmil...

108 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 21

“Awak boleh letak helmet awak tu di sana.” Ujar seorang wanita yang sedang
mendekati Rahmat dan Linus. Rahmat meletakkan topi keledarnya di tempat yang
dinyatakan oleh wanita tersebut.

Rahmat seperti terpegun melihatkan kejelitaan wanita tersebut. Wanita tersebut bertubuh
menarik dengan memakai baju dalam yang ketat dengan sehelai cardigan di luarnya. Dia
nampak cukup ranggi.

“Model ke?” bisik Rahmat kepada Linus.

“Entah.” Jawab Linus pendek. “Tapi macam ada potongan model...”

“Awek ni cun giler. Memang macam model.” Mata Rahmat tepat kepada wanita
yang kelihatan berusia di sekitar pertengahan umur 20-an itu. “Muka dia familar pulak
tu!”

“Nama saya Salina.” Ujarnya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman


dengan Rahmat dan kemudian dengan Linus.

Rahmat bersalaman dengan Salina. Dia berpaling ke arah Linus yang sedang tersenyum.

“Saya Accounts Manager di sini.” Jelas Salina kepada Linus dan kepada Rahmat
tentang tugasnya di dalam agensi pengiklanan ini. “Tugas saya menjaga akaun Bank
BKL.”

“Randy yang menyuruh kami ke sini.” Linus memberitahu. Mata Rahmat kadang-
kala akan melilau melihat keadaan pejabat agensi pengiklanan yang terletak di Millenium
Tower, Bukit Damansara ini. Pejabat ini kelihatan menarik dan canggih. Hiasan
dalamannya juga nampak cantik dengan warna merah menjadi warna utama di sini.

“Ya saya tahu. Untuk photoshoot Rahmat, kan?”

“Ya.” Jawab Linus dan Rahmat serentak.

“I thought Randy was exaggerating when he said he found a talent that will suit
the ads that we're doing.” Kata Salina dengan loghat Inggeris yang pekat. Dia tersenyum
ke arah Rahmat.

“So where's Randy?” tanya Linus kepada Salina.

“Dia sibuk. Ada presentation dengan client kami sejak pagi tadi. Lagipun apa yang

109 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

saya kena buat ni memang kerja saya.” Salina menjelaskan. Kemudian dia meminta agar
Rahmat dan Linus ikut dia berjalan ke arah sebuah studio kecil yang terdapat di agensi
pengiklanan tersebut.

Di dalam studio tersebut, kamera dan lampu semuanya telah tersedia. Yang tidak ada
cuma jurufoto sahaja.

“Where's Krisnan? I thought he should be here on the dot?” tanya Salina dengan
tegas kepada pembantu jurufoto yang ada di situ.

“He's going to be slightly late. There are some photos he has to develop
immediately.” Jelas pembantu Krisnan.

“How long is this going to take?” tanya Linus. Dia memandang ke arah jam
tangannya. Pembantu jurufoto menaikkan kedua belah bahunya.

“I think I have to go. I have a meeting at 11.” Jelas Linus kepada Salina.

“You don't have to worry about that... I can take care of Rahmat myself.” Kata
Salina dengan suara nakal.

“Rahmat, kau stay sini sampai kerja ambil gambar ni habis ye?” pinta Linus
kepada Rahmat. Rahmat mengangguk setuju.

Linus mengucapkan selamat tinggal, lantas berjalan keluar dari pejabat untuk pulang ke
pejabatnya yang letaknya di Bukit Damansara juga.

Rahmat memandang ke arah Salina. Beliau nampaknya sedang bercakap menggunakan


telefon bimbitnya. Salina nampak tenang walaupun seperti ada sesuatu yang penting yang
sedang dibincangkannya.

“Krisnan akan sampai ke sini dalam masa 30 minit lagi.” Jelas Salina kemudian,
setelah beliau selesai menggunakan telefon bimbitnya.

“Tak apalah... Saya tunggu.” Ujar Rahmat sambil tersenyum.

“Apa kata kita turun minum kopi?” Salina menyarankan. Rahmat mengangguk
setuju. Salina memberitahu kepada pembantu jurufoto bahawa mereka akan datang
kembali ke studio selepas mereka selesai minum.

Salina membawa Rahmat keluar dari Millenium Tower lantas menyeberang jalan ke
Pusat Bandar Damansara. Mereka singgah ke Starbucks.

110 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“You nak minum apa?” tanya Salina kepada Rahmat. “I belanja...”

“Apa-apa yang you nak minum, I minum sekali.”

“I nak minum cappuccino. Is cappuccino okay?”

Rahmat mengangguk. Dia mencari tempat untuk duduk. Dari jauh dia memerhatikan
Salina. Didapatinya Salina seorang wanita yang yakin pada diri sendiri dan tidak
memerlukan bantuan orang lain. Jarang sekali Rahmat dapat menemui wanita sepertinya.

Salina membawa minuman yang dipesannya, lantas diletakkan di atas meja. Dia
mendapati Rahmat seperti masih segan kepadanya.

“Randy kata dia jumpa you kat MidValley. You pergi tonton tayangan khas
Spiderman 2...” Salina memulakan perbualan.

“Ya, abang Linus yang bawa saya ke sana.”

“Randy is really good at finding raw talents.” Jelas Salina seperti berbisik kepada
dirinya sendiri sambil menghirup minuman cappuccinonya. “Umur you berapa?”

“Dua puluh empat tahun... Dah tua dah.” jawab Rahmat sambil tersenyum.

“I lagi tua dari you--”

“Berapa umur you?”

“Dua puluh enam...”

“Tak lah tua sangat... Muka you nampak muda.”

“Pandai you ambil hati I.” Salina tersenyum malu.

“Serius... You memang nampak muda. I ingatkan tadi umur you baru masuk awal
20-an.”

“I pulak ingat you sama umur dengan I... Muka you nampak matang.” Ujar Salina
dengan jujur.

“Salina... You berasal dari mana?” Rahmat memberanikan dirinya untuk bertanya.

“Dari JB... Tapi... I telah dilahirkan di Singapura... Panjang ceritanya.”

111 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Ceritalah... I nak dengar.” Kata Rahmat dengan penuh minat. Segala tumpuannya
diberikan kepada Salina.

“Well... My dad sebenarnya orang Itali. Dia telah ke Singapura untuk bekerja di
sebuah syarikat semikonduktor di sana. Dia jumpa mak I di sana dan mereka berkahwin.
Kami berpindah ke JB pada awal tahun 80-an dulu.”

“Patutlah muka you ni... Cantik semacam jer. Anak mat saleh rupa-rupanya!”
Rahmat memuji. Rahmat dapat melihat wajah Salina yang putih melepak itu merona
merah kerana menahan malu.

“Jadi you orang Singapura ke... Orang Malaysia?” tanya Rahmat lagi.

“Technically speaking, I orang Singapura. Tapi I pegang IC Malaysia.” Jawab


Salina dengan selamba. “Mak I orang JB... Masa bapak I kenal dia dulu, Mak I kerja kat
kilang tempat bapak I bekerja di Singapura.” Salina berterus terang tentang sejarah
hidupnya. Rasa-rasanya, tidak ada apa yang harus dimalukannya tentang latar belakang
keluarganya sendiri. Malah dia berbangga bahawa ibunya pernah bekerja keras di kilang
untuk mencari nafkah untuk keluarganya di JB satu ketika dahulu.

“You ni model ke?”

“Tak...”

“Bohong lah! I rasa macam pernah nampak muka you kat TV.”

“Okay, pernah.” Salina akhirnya mengakui. “Iklan shampoo. Diorang nak carik
talent, terus I diambil. Nak jimat kos kononnya.”

“Masa tu you punya rambut panjang...”

“Alah tu dulu. Sekarang pendek. I suka rambut pendek macam ni. Kemas sikit.”

“Jadi you tak jadi model lagi ke?”

“I tak minatlah Rahmat.” Salina menggeliat manja.

“Apa yang you minat?”

“I minat banyak benda sebenarnya... Dulu masa kat universiti, dua kali I tukar
course sebab banyak sangat benda I minat nak belajar.”

“You study kat mana dulu... Apa yang you belajar?”

112 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“I study di School of Oriental and African Studies di London dalam bidang Art
History... Sepatutnya I kerja di Sotheby's atau di Christie's, tapi entahlah, tiba-tiba I
terjebak dalam bidang pengiklanan pula.”

“You suka buat kerja you ni?”

“Minat tu minat juga. Kadang-kala seronok juga ikut Art Director pergi shooting.”
Salina menjelaskan. “You pula kerja apa?”

“I kerja kilang. Pekerja am...”

“No kidding?” tanya Salina. Dia fikir Rahmat sedang berjenaka dengannya.

“I memang kerja kilang...” Suara Rahmat perlahan. “Baju ni I pinjam dari abang
Linus. Dia suruh I pakai smart sikit. Rambut I ni pun dia yang suruh potong.”

“Maaf kalau I tanya pasal pekerjaan you tu tadi--”

“Tak apa. I tak kisah.”

“Mak I pun kerja kilang satu ketika dahulu.” Beritahu Salina dengan bangga.

“Tapi you dah berjaya sekarang... Tentu orang tua you bangga dengan you, kan?”

“Ya...” ujar Salina sambil tersenyum.

“Kenapa you tak percaya I kerja kilang.”

“Entahlah... You just don't strike me as a mat kilang.” Jelas Salina sambil
memerhatikan wajah Rahmat dengan teliti. “Not like I know what a mat kilang suppose
to look like. It's like... Muka you nampak macam you are extreamly intelligent. I can even
see it in your eyes.” Salina berhenti seketika sebelum dia menambah lagi. “I jarang salah
bila I perhatikan seseorang tu. Jadi I pelik, macam mana you boleh kerja kilang?”

“I kena berhenti sekolah sebab I terpaksa bekerja untuk sara bapak I yang
tercedera dalam satu kemalangan di tempat kerjanya. Dia lumpuh. Masa tu I baru jer
dapat tawaran untuk buat matrik di UM. I tak boleh sambung belajar walaupun bapak I
suruh I belajar lagi. Tapi kalau bukan I yang jaga dia siapa, lagi?”

Salina nampak serba salah. Dia mula memikirkan dia telah menyakiti hati Rahmat.

“I mintak maaf kalau I tanya you soalan yang terlalu peribadi tadi.” Kata Salina

113 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dengan nada perlahan.

“I tak marah.” Rahmat cuba menjelaskan keadaan dirinya yang sebenar. “I cuma
beritahu tentang keadaan diri I sekarang... Mengapa I terpaksa kerja kilang. I memang nak
kerja yang senang, tapi dengan SPM dan keadaan ekonomi sekarang, I tak ada banyak
pilihan.” Rahmat menjelaskan. “Kalau you nak tahu sangat, bapak I dah okay. Tak
macam dulu. Dulu dia lumpuh teruk. Tak boleh jalan langsung. Sekarang dia dah boleh
jaga diri dia sendiri. Sebab tu I datang ke KL untuk kerja di sini. Yang penting sekarang, I
hantar duit kat dia tiap-tiap bulan. Mak cik I di kampung tolong jagakan dia.”

Salina tidak tahu apa yang perlu dinyatakan lagi kepada Rahmat. Rasa bersalahnya masih
menebal. Dia terus mendiamkan dirinya.

“You ada tengok Akademi Impiana?” tanya Rahmat yang mula sedar tentang
keadaan Salina yang hanya duduk membisu pada ketika itu.

“Tak... I jarang tonton TV.”

Rahmat ketawa kecil. Salina terasa pelik dirinya ditertawakan.

“Kenapa... Kelakar ke?”

“You serius ke tak suka tonton rancangan di TV?”

“Ye lah. Tapi kenapa?”

“You kan kerja dengan agensi pengiklanan... Jadi, kelakar jugak kalau you tak
suka tonton TV.”

“I lebih suka membaca, dengar radio. Menulis. Surf the net. There are so many
things I could do besides watching TV.”

“Betul tu...” Rahmat puas mendengar penjelasan Salina.

“So... Kenapa you tanya I jika I suka tonton Akademi Impiana?”

“Semua orang yang saya kenal suka tonton rancangan tu--”

“Yeah... I've heard about it. In fact, kalau you nak tiket pergi ke konsert Akademi
Impiana, I boleh bagi. I boleh dapatkan tiket free. I'm handling one of the major sponsor's
account.”

“Tak apalah. Banyak lagi benda yang I boleh buat pada malam Sabtu...”

114 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Like what?”

“Ronda-ronda KL. Lepak-lepak...”

“You suka melepak lah ni?”

Rahmat tidak menjawab. Dia tersenyum.

“So what do you do this Saturday?”

“Tak buat apa... Kenapa?”

“Kalau you tak busy sangat dengan lepak-melepak you tu, I ingat nak ajak you
pergi makan malam. My treat!”

Rahmat tersentak buat seketika. Nadinya bergerak cepat. Teruja. Dia memandang ke
wajah ayu Salina. Dia tidak dapat mempercayai kalimah-kalimah yang baru diucapkan
olehnya tadi.

“You selalu ke ajak orang keluar macam ni?”

“Only if he's a model and he's gorgeous.” Kata Salina dengan manja, sengaja dia
mahu mengusik. Rahmat tersengih sendiri. “Rahmat... You orang pertama yang I ajak
keluar macam ni.” Kata Salina kemudian malu-malu.

“Kalau macam tu... Boleh jugak. I tak kisah.” Ujar Rahmat. Kemudian dia
memandang ke cawan cappuccino di hadapannya. Dia baru sedar dia belum sempat
minum air yang telah dipesan Salina sejak tadi. “I boleh keluar dengan you, dengan
syarat, kita keluar dengan motor I.”

“I thought you'll never ask.”

“I bawak motor kapcai!” Rahmat sengaja menguji.

“Masa I di London dulu, I ada skuter Piaggio I sendiri. Hari-hari I bawak skuter tu
dari rumah I ke universiti.” Jelas Salina. “Kalau you nak, I boleh bawak motor kapcai
you, dan you duduk belakang!” ujar Salina dengan wajah yang dibuat-buat serius. Rahmat
mendapati bahawa Salina suka mengusiknya dan berjenaka.

Rahmat menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal itu sambil tersenyum.

“Okay sekarang, I nak tahu... Kenapa you nak ajak I keluar?”

115 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Entahlah. You seemed like a nice guy to me.”

“Tapi you tak kenal I lagi...”

“Sebab itulah I nak ajak you keluar makan malam!” Salina senyum sambil
menggigit bibirnya yang merah itu. Rahmat tersipu-sipu malu. Dia tidak pernah bertemu
dengan seorang wanita seperti Salina yang berani menyuarakan pendapat serta
kemahuannya. Sifat-sifat yang ada di dalam diri Salina membuatkan Rahmat sendiri
mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi...

116 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 22

“Zaast! Satu-satu kena marah dengan Ramlee OS” Ujar Gundutz. Wajahnya
nampak puas.

“Baguslah tu nok. Memang performance konsert diorang yang lepas macam hanjs.
Yang bagus si Zaidi, si Zurina dan si Boboy.” Sambut Linus dengan selamba. Kadang-
kala dia akan melemparkan pandangannya ke arah Timah, peminat setia Fyrul yang
belum hilang rasa sedihnya lagi. Kini Timah kelihatan terkebil-kebil apabila melihat Khir
dimarahi.

“Si Khir pon satu nyeh... takde improvement langsung. Kalau hem bagi lagu
dangdut pon dia nak R&B kan. Perlu ker?”

“Tak perlu sundels. Adik-adik jer yang nak R&B kan segala--”

“Alah, dia nak bagi nafas baru kat lagu-lagu yang dia terima lah!” sampuk Timah.

Linus dan Gundutz buat-buat tak dengar. Mereka menumpukan perhatian mereka ke kaca
TV.

“Hem suka betul dengan style Ramlee OS ni. Straight forward dia marah si Sia
dengan yang lain-lain tu. Tapi betul lah. Si Sia tu takde improvement langsung. Slow
pulak tu.”

“Mak suka cara dia jadikan Zaidi sebagai pelajar contoh.” Linus menggigit kuku
jari telunjuk kanannya. “Macam itulah caranya. Pelajar yang baik dijadikan contoh!”

Kemudian mereka bertiga melihat Zaidi memberitahu kepada pelajar-pelajar lain bahawa
walaupun dia kelihatan sering berjenaka dan bermain-main, tujuan utamanya ke Akademi
Impiana adalah untuk belajar dan untuk mendapatkan ilmu.

“Baguslah tu nok, mak pon berkenan tengok dia menang... Lagipun dia masuk AI
ni bukan untuk bercinta ke apa. Dia serius nak belajar.” Ucap Linus kepada Gundutz. Si
Gundutz mengangguk setuju walaupun Timah seperti tidak puas hati. Menurut pendapat
Timah, tidak adil bagi Ramlee OS mengetepikan pelajar-pelajar yang beliau anggap
lemah (terutamanya Khir yang sangat-sangat diminatinya) dan menjadikan pelajar yang
dianggapnya baik sebagai contoh. Timah teringatkan kembali zaman persekolahannya
apabila perkara yang sama berlaku...

Si Leha anak pak imam di kampungnya yang selalu sahaja dijadikan pelajar contoh di
kampungnya kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di Ireland.
Di sekolah dahulu, si Leha hanya menumpukan perhatiannya kepada pelajaran dan

117 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

langsung tak ada masa untuk berkasih mesra dengan pelajar-pelajar lelaki sepertinya -
yang boleh dianggap popular di kalangan pelajar-pelajar lelaki...

**

“Apa dah jadi kat awak ni?” tanya Timah. Matanya tepat kepada rambut Rahmat
yang kini kelihatan kemas itu dan lebih pendek dari sebelumnya.

“Potong rambut lah.” Jelas Rahmat.

“Awak warnakan sekali ke?”

“Alah, highlight jer sikit.” Rahmat menaikkan suaranya.

“Isk!”

“Eh, budak lembut awak minat sangat tu... Siapa nama dia... Fyrul. Dengan
kalerkan rambut dan tocang macam janda tua awak tak kisah!”

“Fyrul tu artis... Awak tu apa?” Timah bernada sinis.

“Saya apa? Mat rempit kerja kilang?”

“Dah lah saya tak nak gaduh.” Kata Timah sambil menjeling. Dia mengambil roti
canai bungkus yang dipesannya tadi. Perutnya rasa lapar. Kalau boleh dia mahu makan di
gerai mamak itu juga. Tetapi memandangkan dia lebih senang makan di kantin kilang
dengan rakan-rakannya sambil berbincang mengenai Akademi Impiana, Timah lebih suka
jika roti canainya itu dibungkus.

“Tak... Awak kena jawab soalan saya tadi. Hina sangat ke saya ni bawak motor
kapcai... Kerja pun tak seberapa.” Rahmat meminta penjelasan.

“Kan saya kata saya tak nak gaduh-gaduh!” Timah menempelak. Cepat-cepat dia
bergerak ke arah motor Rahmat lantas meminta Rahmat membawanya ke kilang. Dia
tidak mahu lambat masuk ke shif malamnya.

Rahmat terdiam. Dia tiba-tiba memikirkan kembali pengalamannya pada hari Sabtu yang
baru lepas bersama Salina...

**

Salina telah memberi Rahmat alamatnya melalui SMS. Beliau telah meminta Rahmat
agar pergi ke apartmentnya yang terletak di Bukit Kiara. Rahmat hampir-hampir tersesat

118 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

kerana beliau tidak biasa dengan kawasan tersebut.

“Maaflah, saya lambat.” Ucap Rahmat tersipu-sipu. “Tak pernah datang ke sini.
Awak suruh saya cari Starbucks pun saya tak tahu kat mana.”

“Tak apa...” Salina tersenyum. Dia mula sedar bahawa Rahmat tidak lagi ber “I
dan you” dengannya. Salina kini berpaling ke arah sebuah apartment mewah di
belakangnya. “Saya duduk di tingkat 14. Di sebelah sana... Yang banyak pokok gantung
tu.”

“Awak duduk dengan siapa? Dengan keluarga ke?” tanya Rahmat kembali.

“Tak... Dulu saya duduk di sini dengan adik perempuan saya. Dia belajar di HELP
Institute. Sekarang dia dah sambung belajar ke UK. Jadi saya duduk sorang jer.” Salina
menjelaskan. Dia merapatkan dirinya kepada motor yang dibawa Rahmat.

“Tak takut ke?”

“Nak takut apa?”

“Entah... Takut hantu ke... Buaya ke.” Rahmat sengaja berseloroh. Salina ketawa
mendengarkan kata-kata Rahmat tadi.

“Hantu saya tak takut. Buaya saya takut.” Kata Salina sambil bercekak pinggang.

Rahmat berhenti ketawa. Dia menyerahkan topi keledarnya kepada Salina.

“Wah! Wangi helmet ni... Siapa punya? Awek awak punya ke?” tanya Salina
sebelum menyarungkan topi keledar tersebut dengan tangkas ke kepalanya.

Rahmat serba salah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Salina. Beliau mengambil
sedikit masa untuk menjawab soalan dari Salina itu.

“Ya... Awek saya.” Ujar Rahmat perlahan. Dia menghidupkan enjin motornya.
Dia memastikan Salina selesa di atas motornya sebelum dia mula bergerak. “Kita nak ke
mana ni?” tanya Rahmat sambil melihat ke wajah Salina melalui cermin motornya.

“Awak nak makan apa?” tanya Salina kembali.

“Apa sahaja pun boleh. Saya tak kisah.”

“Kita pergi ke Bangsar boleh ke? Lagipun Bangsar bukannya jauh sangat.” Saran
Salina. Rahmat bersetuju.

119 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Mereka tiba di Bangsar. Kawasan di Jalan Maarof seperti biasa sibuk dengan
pengunjung-pengunjungnya. Rahmat meletakkan motornya berdekatan dengan Devi's
Corner.

“Malam ini saya belanja, ya!” Salina mengingatkan. Rahmat sekadar


mengangguk. “Sebelum tu, boleh kita ke Silverfish Books dahulu?”

“Untuk apa?”

“Saya nak beli buku.” Ujar Salina. “Kawan saya kata... Ada beberapa judul buku
Indonesia di sana.”

Rahmat mengangguk setuju, lantas mereka berjalan ke arah kedai buku Silverfish yang
letaknya agak bersebelahan dengan Devi's Corner. Untuk ke Silverfish, mereka terpaksa
menaiki tangga ke tingkat dua, lantas masuk ke dalam sebuah kedai buku kecil yang
dalamnya dipenuhi buku berbagai jenis dan bentuk. Kedai tersebut nampak seperti sebuah
perpustakaan kecil yang pastinya akan menarik minat sesiapa sahaja yang minat
membaca.

“Irman... Mana buku-buku dari Indonesia yang kau kata ada stok tu?” tanya Salina kepada
Irman yang bertugas menjaga kedai buku tersebut. Sememangnya Salina kenal benar
dengan Irman kerana Salina sering menghabiskan masanya di kedai buku ini.

Irman membetulkan cermin matanya lantas menjuihkan bibirnya ke arah rak buku di
hadapannya. Dia tersenyum sebelum kembali membaca sebuah buku tebal mengenai
falsafah dekonstruksi Derrida.

“Hari ini Mr. K tak kerja?” tanya Salina sambil memandang ke arah koleksi buku
yang ada.

“Hari ini dia ikut Raman pergi ke pelabuhan ambil stok buku-buku baru... ”
Beritahu Irman, kemudian dia kembali kepada bukunya.

“Awak memang minat membaca ke?” Tanya Rahmat kepadanya dengan suara
berbisik. Sesekali dia akan memandang ke arah Irman, seolah Irman adalah seorang
pengawas perpustakaan.

“Memang minat saya membaca.” Sambut Salina. “Kalau tak membaca... Saya rasa
macam ada saja benda yang tak kena. Macam awak lah, kalau tak merokok, tak boleh,
kan?”

Rahmat tersengih sambil tersenyum. “Buku Sjuman Djaya... 'Aku' pun ada?” katanya

120 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

kemudian sambil mengambil buku tersebut dari rak buku.

“Macam pernah dengar jer tajuk buku ni...”

“Awak pernah tonton filem Ada Apa Dengan Cinta?”

“Oh baru saya ingat... Buku mengenai Chairil Anwar, kan?”

“Betul... Sjuman menulis buku ini dalam bentuk layar perak berdasarkan kepada
kisah hidup penyair besar Indonesia itu. Tetapi filem tentang Chairil Anwar yang hendak
dibuatnya, tak sempat dibuatnya kerana dia meninggal dunia. Tetapi karya tulisannya ini
telah membuatkan dia dianggap sebagai salah seorang penulis besar Indonesia. ” Jelas
Rahmat dengan panjang lebar kepada Salina.

“Awak pasti dah baca buku ini...”

“Sudah... Ketika masih belajar dulu, Pak Usu saya yang minat membaca galakkan
saya baca buku-buku seperti ini.”

“Jadi awak memang minat membaca?”

“Memang saya minat... Tapi tak berkesempatan. Lagipun sekarang, saya tak
mampu nak beli buku-buku baru--”

“Saya ada banyak buku di rumah... Awak boleh pinjam buku-buku saya.”

Rahmat mengangguk perlahan. Dia tidak menjawab. Dia dapat melihat bahawa Salina
mengambil buku “Aku” tulisan Sjuman Djaya yang dinyatakan Rahmat tadi, lantas
meletakkan buku tersebut di atas kaunter. Irman meneliti buku tersebut lalu menerima
wang dari Salina, sebelum dia memasukkan buku tersebut ke dalam beg kertas Silverfish.

“Kita ke La Bodega, ya? Kita makan sahaja di sana.” Saran Salina. Dia
melambaikan tangannya kepada Irman dengan manja. Irman tersenyum nakal sambil terus
menelaah bukunya.

“Macam tempat mahal jer.”

“Alah, kan saya cakap saya belanja... Kita lepak-lepak kat sana dan berbual. Tak
apa kan? Kalau awak tak selesa, kita makan tempat lain. Kat Lotus atau di warung. Saya
tak kisah jika kita makan di sana--”

“Tak apa. Saya boleh makan di mana-mana.” Suara Rahmat jelas tegas. Dia
melihat pakaian yang dipakai Salina yang nampak agak ranggi dan bergaya. Agak pelik

121 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

juga jika Salina kelihatan makan bersamanya di warung, fikirnya di dalam hati.

Mereka berdua kini duduk di La Bodega. Di tingkat atas berdekatan dengan rak-rak buku
yang ada di sana. Rahmat nampak selesa duduk bersama Salina, walaupun dia terpaksa
mengambil beberapa ketika untuk membiasakan dirinya berada di sebuah tempat
eksklusif seperti itu. Nasib baiklah dia mendengar kata-kata Linus agar meminjam dan
memakai pakaiannya agar dia nampak lebih kemas dan bergaya ketika keluar makan
malam dengan Salina - jika tidak, pasti dia akan merasa kekok berada di dalam restoran
ini.

“Awek awak tu tentu cantik...” kata Salina dengan tiba-tiba.

Tercengang Rahmat apabila dia ditanya soalan begini oleh Salina. “Boleh tahan lah.
Cantik jugak.” jawab Rahmat tersekat-sekat.

“Dia di mana sekarang?”

“Di rumah kawan... Gundutz namanya.”

“Buat apa?”

“Petang tadi dia belajar buat kek dengan Gundutz. Kemudian mereka tonton
rancangan Akademi Impiana bersama-sama... Abang Linus pun ada sekali.”

“Awak nak tahu apa?”

“Apa dia?”

“I thought you and Linus are lovers!” Salina tersenyum malu.”Ye lah, the first
time I saw you guys, that's what I thought... Sehinggalah you kata helmet yang you bagi I
pakai tu helmet awek you--”

“Eh takdelah. Kita kawan jer.” Beritahu Rahmat membalas senyuman Salina.
“Tapi kenapa awak fikir begitu?”

“You are so... Goodlooking that I thought you are either taken or you're gay... So
you're taken. Untung girlfriend you tu.”

Rahmat menarik nafasnya. Kemudian dilepaskan dengan perlahan. Dia sedang


memikirkan tentang Timah. Pastinya Timah sedang berada di rumah Gundutz pada waktu
ini sambil menonton rancangan Akademi Impiana.

“Kenapa awak tak ikut tonton rancangan tu dengan dia?”

122 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dengan siapa?”

“Awek awak tu... Siapa nama dia?”

“Fatimah binti Faisal... Panggil saja Timah.”

“Timah...” Salina senyum sambil menongkat dagunya dan mendengar penjelasan


Rahmat dengan penuh minat. “Kan lebih baik awak temankan Timah menonton
rancangan Akademi Impiana dengannya.”

“Dah saya janji nak keluar makan dengan awak... Lagipun saya tak suka sangat
nak tonton rancangan tu. Tak ada faedah langsung!”

“Kalau awak cakap siang-siang kat saya pasal Timah kan bagus. Boleh saya
jemput Timah makan sekali.” Kata Salina dengan jujur.

“Dia tak minat nak keluar sejak kebelakangan ini. Dia nak tonton TV sahaja.”

“Rancangan Akademi Impiana tu ke?”

“Ye lah, rancangan apa lagi...”

“Tak apalah... Dah minat dia. Awak layan je lah.” Ujar Salina. Dia tersenyum
melirik. Rahmat memandang ke dalam wajahnya dalam-dalam. Ada sesuatu tentang diri
Salina yang cukup-cukup disenanginya. Dan ada sesuatu tentang diri Salina yang
membuatkannya mahu merapatinya dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

123 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 23

“Hem tak koser lah dengan Khir tu. Suka ubah-ubah lagu. Perlu ke?” tanya
Gundutz kepada Linus sewaktu dia sedang melipat lantas memasukkan beberapa helai
baju Rahmat lantas dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

“Itu lah nok, lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Mior Hassan tu dah
baik-baik klasik, dia nak rosakkan! Segala-gala lagu dia nak ponenkan! Dia hengat dia
buat show kat Blue Bar ke?” Ujar Linus sambil bercekak pinggang. Dia memandang ke
arah Rahmat yang nampak sedih meninggalkan bilik flat yang selama ini disewanya sejak
dia sampai ke Kuala Lumpur.

Bilik yang disewa oleh Rahmat ini kecil. Biliknya ini tidak berkatil, yang ada cuma
sebuah tilam yang telah dilipat. Terdapat beberapa peralatan angkat berat yang
nampaknya biasa digunakan. Sebuah TV kecil dan sebuah almari plastik dengan beberapa
pakaian lusuh.

“Nok, kalau lagu tu dah bagus, tak payah nak ubah just because you want to sing it
like a retard.” Kata Linus sambil meniup habuk yang terkumpul di atas kaca TV
kepunyaan Rahmat.

“Dia tu satu.. si Sia ni pon satu. Ko tengok dia, tak ada improvement langsung!”

“Dia memang slow ler. Koser lah kalau nak jadi penyanyi tapi blur macam sotong
ni.”

“Eh bukan dulu ko minat kat dia?”

“Dulu minat ler... Sekarang tak koserlah dengan Sia tu. Kalau dia rajin belajar,
nak pertingkatkan diri dia, mak tak kisah. Ini tidak!”

“Nok. Ko perasan tak pasal Sia?”

“Kenapa dengan dia nyah?”

“Dia ni, keras kepada sikit kan? Orang suruh belajar, macam susah sangat nak
belajar.”

“Very der lah nok. Tak koser lah mak dengan dia. Macam mak cakap tadi... Dulu
mak suka lah. Sekarang, sorry. Mak nak vote Zaidi dengan Zurina jer.”

“Wah, sama lah kita, kan? Tak macam si Timah tu nok... Mati-mati nak vote si
Khir tu.” Gundutz memberitahu kepada Linus sesuatu yang susah lama diketahuinya.

124 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Very der!”

“Jantan seteret punya rumah memang tak perlu kan? Rimas hem tengok. Lepas ni
harus kena mandi bunga bagai!” keluh Gundutz, langsung menukar topik perbualan. Dia
dapat melihat Rahmat ketawa sendiri sambil mengangkat TV kecilnya, lalu dibawanya
keluar ke ruang tamu lalu turun ke tingkat bawah untuk dimasukkan ke dalam kereta
Linus.

“Nok, banyaknya buku omputeh dia ni.” Ujar Gundutz sambil memandang koleksi
buku yang disimpan oleh Rahmat. Buku-buku tersebut sedang dimasukkan ke dalam
sebuah kotak plastik oleh Linus.

“Dia curi buku-buku ni.” Jelas Linus dengan selamba. “Kalau dia pergi kedai
buku, dia masukkan buku dia suka dalam jaket, lepas tu dia keluar selamba jer. Depan
aku pun dia pernah nak buat. Tapi aku kata jangan... Terus aku spedo dia buku. Boleh?”

“Haiyoh! Betul ke?”

“Dia yang bagitahu aku masa kitaorang bincang pasal novel-novel yang pernah
kita baca.”

“Eh perlu ke?”

“Perlu apa?”

“Dia curi buku ni semua? Lepas tu bincang dengan ko pasal novel bagai.”

“Dia nak membaca, katanya... Nak tambah pengetahuan. Lagipun dia minat
membaca...” Jelas Linus. “Koser ler ko, dia nak bincang dengan mak pasal buku ke, pasal
femfuan ke, dia punya pasal ler. Ko jeles ke, nyah?”

“Koser lah hem nak jeles-jeles ni!” Gundutz berkata lagi sambil menjeling. “Dia
boleh speaking London ke?”

“Bolehlah sundels! Lebih baik dari kau agaknya.” Linus berdecit.

“Tak sangka pulak, kan?”

“Ko mana kenal dia sangat. Mesti ko hengat dia tu ala-ala mat rempit tak perlu,
kan? Cuba lah ko selidik sikit pasal diri dia tu betul-betul. Ini tak, gossip budak-budak AI
tak perlu tu jugak ko nak tahu.” Leter Linus.

125 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Eh, bercakap pasal gosip... Hem nak cakap satu benda ni. Tadi ko tengok Diari
AI, tak? Si Lina tu ala-ala rapat dengan Carey. Kawan pompuan seopis dengan hem terus
SMS kat hem kata dah mula bibit-bibit cinta di antara mereka--”

“Choiiiii!”

“Very der kan? Perlu ke?”

“Tak perlu ler. Dia nak belajar tu. Yang penonton ni buat spekulasi hanjengs buat
apa?”

“Entah nok... Seronok agaknya. Ye lah, kalau dah gatal mengenyam tu, segala-
galanya nak dijadikan ala-ala adegan romantik.”

“Haiyoh, gambar abang askar!” jerit Gundutz sewaktu dia sedang mengemaskan
baju-baju Rahmat. Dijumpai gambar ini di bahagian paling bawah almari plastik Rahmat.

“Tastenyerrrr! Very der meletops one!” Linus memerhatikan gambar tersebut. Dia
dapat melihat bahawa gambar tersebut adalah gambar lama seorang anggota tentera muda
yang sedang menerima sebentuk pingat dari seorang Jeneral. Mungkin gambar ini telah
diambil pada awal tahun 70-an.

“Itu gambar bapak saya.” Ujar Rahmat. Dia berdiri di muka pintu. Gundutz
menyerahkan gambar tersebut kepada Rahmat. Gundutz dan Linus tersipu-sipu malu.
“Gambar ini telah diambil beberapa bulan sebelum dia berkahwin.” Beritahu Rahmat
sebelum menyerahkan gambar tersebut kembali kepada Gundutz.

“Gambar mak kau tak ada ke?” tanya Gundutz ingin tahu.

Rahmat menggelengkan kepalanya dengan cepat. Dia mengambil peralatan angkat


beratnya lalu keluar dari biliknya sekali lagi.

Linus dan Gundutz diam. Gambar lama bapa Rahmat masih dipegang Gundutz. Dia
menyerahkan gambar tersebut kepada Linus agar menyimpannya di dalam kotak yang
berisi buku-buku kepunyaan Rahmat.

“Kawan aku si Janet kata... Kawan seopis dengan dia... Salina suka kat Rahmat.
They actually spent the whole night together. Macam mana tu nok?” Bisik Linus kepada
Gundutz.

“Eh, yer ke? Very der gossip hangat ni!”

“Betul nok...”

126 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Macam mana kawan kau tahu ni?”

“Kawan mak si Janet went for a surprise visit ke apartment si Salina. Tujuannya
nak pinjam DVD. And then she saw Rahmat in her apartment.”

“Apa diorang buat?”

“Eh perlu ke ko nak tahu?”

“Eh nak tahu ler. Salah ke kalau hem tahu?”

“Tak salah... Tapi jangan sampai si Timah tu tahu ler!”

“Hem tak nak masuk campur lah.”

“Macam ni ceritanya. Kawan mak si Janet tu paksa si Salina ceritakan apa yang
berlaku.”

“Jadi apa yang berlaku?”

“Macam ni... Mereka makan malam di La Bodega. Makan spaghetti bolognese. Di


pendek kan cerita, masa si Rahmat makan, bebola daging jatuh kat baju yang mak bagi
pinjam.”

“Ko bagi Rahmat pinjam baju apa nok?”

“Baju Paul Smith warna putih yang mak beli kat London tu ler... Rahmat ala-ala
takut kena marah dengan mak. Ye lah, baju tu kan mahal!”

“Haiyoh... Sah-sah baju tu ko beli masa Harrods tengah sale!” Gundutz


mengingatkan Linus. “ Tapi ko kan ratu. Harus ler si Rahmat tu takut, kan?”

“Vavis ko... Main-main plak! Ko nak dengar cerita ni ke tak nak?”

“Nak! Hehehehe!” Gundutz tersengih-sengih.

Linus berjalan ke muka pintu bilik Rahmat untuk memastikan Rahmat tidak masuk ke
dalam bilik lantas mendengar apa yang ingin diberitahunya kepada Gundutz.

“Menurut cerita si Janet, si Salina beritahu kat Rahmat yang dia boleh bersihkan
baju mak tu kat apartment dia... Rahmat mula-mula tak nak. Ye lah, pergi rumah anak
dara malam-malam buta. Tapi Rahmat akhirnya setuju. Sebab si Salina ni kan sweet.”

127 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Khelesssss!” Gundutz memeluk tubuhnya sendiri. “Sweet ke slut, nok!”

“Sweet lah sundels! Ko nih, tak kenal budak tu ko dah panggil slut. Hanjs betul ko
ni!”

“Ok lah... sorry. Pi sambung cerita!”

“Jadi Rahmat pergi ke apartment Salina nak bersihkan baju yang dia pinjam dari
mak...”

“Basuh baju sampai pagi ke nok?”

“Nak bagi kering agaknya...”

“Seswatuh lah nok!”

“Mak tak nak buat spekulasi lah nok.” Linus berterus-terang. “Mak tak nak
menambahkan dosa, boleh?”

“Alah... Dia bohjan lah nok!”

“Molots ko memang tak ada insurans kan?” Ujar Linus sambil membuat isyarat
tangan kepada Gundutz agar diam. Rahmat masuk ke dalam rumah flat sewanya dalam
keadaan lencun berpeluh. Penat dia mengangkat barang-barang kepunyaannya untuk
dibawa pindah ke apartment Linus yang terletak di Pantai Hill Park itu.

“Kenapa tiba-tiba diam ni?” tanya Rahmat. Dia mengangkat kotak yang berisi
bajunya di hadapan Gundutz.

“Tak ada apa-apa.” Gundutz tersenyum kelat sambil mencuri pandang ke arah
Linus...

128 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 24

“Nok, kenapa dengan muka Sia ni?” tanya Gundutz kepada Timah. Timah
menoleh ke belakang ke arahnya. Dia nampak keliru. Dia mungkin tidak faham dengan
pertanyaan dari Gundutz.

“Kenapa? Muka dia elok jer.”

“Dulu kita ada ponen verangan pakai kimono Jepun bagai. La ni pulak ada
pelakon kabuki. Sapa nak jawab?”

“Ko membebel apa ni?”

“Sia lah nok! Foundation kat muka dia dua tiga lapis.”

“Ye tak ya, kan? Foundation kat muka Sia tak sama dengan warna kulit dia yang
lain.” Ujar Timah. Dia tidak kisah si Gundutz mengata tentang Sia, asalkan dia tak
mengata tentang Khir penyanyi yang paling disayanginya.

“Muka dia pink, nok!”

“Dia tak pandai make-up kot...”

“Entah-entah memang cara orang Sabah ala-ala make up sampai muka pink tak,
nok?”

“Eh takdelah. Pandai je kau ni! Kau pernah pergi Sabah ke nak cakap benda-
benda ni semua?” herdik Timah. “Hantu bodoh dah masuk kat kau ni? Hantu nyanyuk?”
Timah meniru cara Puan Ogy memarahi anak-anak muridnya untuk memarahi Gundutz.

“Haiyoh! Kak nam betul panggil hem bodoh!”

“Pernah pergi Sabah ke tak?” Timah mengulangi soalannya sekali lagi, Kali ini
dengan nada yang lebih lembut.

“Tak pernah bah!” Gundutz kemudian ketawa. Lebih-lebih lagi apabila dia
melihat Boboy mula menari apabila di suruh oleh Guru Tari Lina Yasmin untuk menari.

“Kenapa ketawa sampai keluar air mata ni?” tanya Timah kehairanan.

“Boboy bukak step vouge ala-ala Madonna, sundels!”

“Jadi kenapa? Smart apa dia joget camtu!”

129 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Very der adik-adik retro. Perlu ke?” Gundutz seboleh-boleh membuka langkah
tarian seperti yang dilakukan oleh Boboy tadi.

“Eh, kalau kau buat nampak macam ikan paus terdampar tepi pantai tau!”

“Kejis ko Timah! Hanjs sangat!” Gundutz berhenti menari. Dia menarik baju-
Tnya yang nampaknya seperti terlalu kecil untuk dipakainya ke bawah kerana baju-T itu
mula menampakkan pusatnya ketika dia sedang sakan menari.

“Eh, baju ni macam pernah nampak jer... Kenapa ko pakai baju kecik ketat ni?”
tanya Timah kemudian.

“Ni baju lama Rahmat. Dia bagi kat hem. Cantik kan? Baju pasukan bolasepak
sekolah lama dia. Hem feeling-feeling der jantan top pakai baju ni, bley?”

“Isk! Kenapa dia bagi ko baju dia ni?”

“Hem tolong dia pindah semalam... Dia nak buang baju ni. Dia bagi kat hem ler.
Tak kan ko tak tahu laki ko sendiri pindah semalam!”

Wajah Timah tiba-tiba pucat.

“Mana dia pindah? Kenapa dia tak bagitahu aku?”

“Haiyoh! Hem takmoh masuk campur hal rumahtangga korang!” Gundutz


membuat isyarat tangan seolah-oleh menzip mulutnya sendiri.

Wajah Timah nampak terganggu. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Mahu
sahaja dia mendail nombor telefon Rahmat untuk bertanyakan kepada Rahmat mengapa
perkara ini tidak diberitahu kepadanya sejak awal-awal lagi. Tetapi creditnya dah habis
dek mengundi si Khir penyanyi kesayangannya itu.

“Rahmat pindah ke mana?” tanya Timah dengan suara perlahan.

“Kat rumah Kak Linus kita ler.”

“Kenapa dia tak nak bagitahu aku dia nak pindah?”

“Eh ko tanya hem buat apa? Ko tanya dia lah!” Kata Gundutz sambil memeluk
tubuhnya sendiri dengan erat.

**

130 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

1. Gadis berambut pendek itu merenung ke dalam mata jejaka berbaju putih yang sedang
duduk di hadapannya. Mereka sedang makan malam bersama. Tatkala sedang makan,
mereka berbual tentang hal diri mereka sendiri. Si gadis bercerita tentang kerja
sehariannya di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di ibukota. Kemudian si jejaka
pula sibuk mahu bercerita tentang pasukan bolasepak yang dianggotainya. Ketika si
jejaka sedang sakan bercerita tentang aksinya di padang bolasepak pada petang itu -
sambil menyuapkan makanan ke mulutnya, cebisan makanan si jejaka jatuh ke bajunya
secara tidak sengaja.

2. Wajah si jejaka berubah pucat. Katanya seraya cuba membersihkan tanda makanan di
kemeja putihnya:

“Baju ni baju saya pinjam dari abang Linus. Mahal baju ni.”

6. Si gadis tersenyum. Dia memberitahu kepada si jejaka agar jangan gelisah. Ada cara
untuk membersihkan tanda sos spaghetti yang mengotorkan baju yang telah
dipinjamnya itu. Si gadis menawarkan agar dia sahaja yang membersihkan baju si
jejaka di rumahnya.

7. Si jejaka pada mulanya menolak pelawaan si gadis. Segan katanya. Si gadis tidak
mendesak. Beliau sekadar tersenyum lalu berkata:

“Baju linen... Kalau nak dibersihkan, cuba hantar sahaja ke dobi. Kalau awak cuba basuh
sendiri takut rosak pula nanti.”

4. Si jejaka akhirnya mengalah. Dia bersetuju untuk ikut si gadis pulang ke


kondominiumnya setelah mereka selesai makan malam.

5. Si jejaka membawa si gadis pulang ke kondominiumnya dengan menaiki motor


kapcainya. Itupun setelah lama mereka duduk makan dan berbual di restoran La
Bodega yang terletak di Bangsar itu. Si gadis mempelawa si jejaka masuk ke
kondominiumnya dan seterusnya ke rumahnya.

6. Si jejaka dalam melihat keadaan dalam rumah si gadis yang cantik dihias dengan
hiasan dalaman kontemporari. Yang lebih menarik perhatian si jejaka adalah koleksi
buku yang memenuhi rak buku di dalam ruang tamunya. Kemudian dia memandang
kepada koleksi DVD yang dipunyai oleh si Gadis:

“Awak suka tonton filem?”

“Suka juga... Awak pun suka juga, kan?”

131 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Suka... Tapi saya suka menonton di panggung.”

7. Si gadis menyatakan bahawa beliau juga suka menonton wayang di panggung. Untuk
beberapa lama, mereka berbual tentang filem-filem yang mereka tonton sehinggalah si
jejaka lupa bahawa tujuan utamanya ke rumah si gadis adalah untuk si gadis
membantunya membersihkan tanda kotoran di bajunya – sehinggalah si gadis sendiri
mengingatkan tentang hal ini kepadanya:

“Baju awak... Saya nak cuci sekarang... Boleh?”

8. Si jejaka tersenyum malu, lantas dia membuka bajunya. Kemudian si jejaka


menyerahkan baju tersebut agar dapat dibasuh oleh si gadis.

9. Si gadis menjeling ke arah sekujur tubuh yang kelihatan kekar indah di hadapannya. Si
gadis tergamam buat beberapa ketika sebelum menyerahkan kain tuala kepada si jejaka
tanpa memandang terus ke arahnya.

“Kalau awak nak mandi, bilik mandi di sana. Sementara awak tunggu saya basuh baju ni
dan baju awak tu kering dalam dryer... Kita tonton DVD ya! Kita tonton filem Pedro
Almodovar. Nanti saya sediakan baju untuk awak pakai.”

“Awak ada ke baju lelaki saiz saya?”

“Ada... Baju ex saya yang masih saya simpan.”

“Oo...”

10. Si jejaka mengangguk setuju. Si jejaka sempat memandang ke arah si gadis yang
nampaknya sedang berjalan ke arah dapur untuk mencari cecair pencuci yang sesuai
untuk membasuh bajunya. Si jejaka menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sedang
memikirkan tentang kekasihnya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya. Dia cuba
menghilangkan perasaan rasa bersalah yang mula menjerat dirinya. Dia cuba
memberitahu kepada dirinya bahawa dia ke rumah si gadis tanpa sebarang niat yang
bukan-bukan...

**

Abang Besar: Ada kontroversi baru mengenai lagu yang dipilih untuk Zaidi.

Kakak Besar: Kontroversi apa ni?

Abang Besar: Lagu “Where Is The Love" dari Black Eyed Peas...

132 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: Apa yang kontroversinya?

Abang Besar: Ada orang cakap dalam forum, akidah orang Islam boleh terpesong kalau
dengar lagu ni.

Kakak Besar: Oh that...

Abang Besar: ...

Kakak Besar: A song is just a song lah sayang. You can interprete the song in many ways.

Abang Besar: But they don't like it. Some people think that they might loose their faith
and convictions or worse still, they are afraid that some people might even want to
consider to convert when they listen to this song.

Kakak Besar: Eh, don't be stupid lah. You think ada ke orang as stupid as that?

Abang Besar: In Malaysia ada kot. You know lah, over here, some people even think
women who wears lipstick and wear sexy clothes should be blame if they are raped--

Kakak Besar: Ermm... Alahai!

**

Sajak Aku Sedar oleh Usman Awang, seperti mana yang dicernakan kembali oleh murid-
murid Akademi Impiana mengikut pendapat masing-masing:

Khir: Sekarang aku mula sedar aku suka rosakkan lagu orang dengan menyanyikan lagu
mereka dengan rentak R&B walaupun tak sesuai.

Sia: Sekarang aku mula sedar aku selalu sahaja blur, malas nak belajar dan degil. Aku
juga sedar ramai yang akan tetap undi aku atas nama kasihan atau kerana aku dari Sabah
bah...

Dara: Sekarang aku mula sedar... erkk.. BREEEP BREEEPPP

Azam: Sekarang aku mula sedar aku klon KRU yang sukakan cermin

Boboy: Sekarang aku mula sedar aku tak payah cute-cutekan muka aku untuk dapatkan
perhatian

133 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 25

“Kenapa ni? Macam lain macam je. Apasal masam-masam muka ni?” tanya
Rahmat kepada Timah sewaktu hendak makan malam bersamanya. Rahmat sedang duduk
di atas pelana motornya di bawah flat yang diduduki Timah. Timah berdiri di hadapannya
sambil berpeluk tubuh.

Timah diam. Rahmat mengambil beg galas yang diangkat Timah. Beg tersebut di pegang
Rahmat dengan erat. Rahmat tahu, di dalam beg galas tersebut pasti Timah penuhi dengan
majalah Hai, URTV, novel Creative Enterprise yang telah dibelinya dahulu tapi masih
belum dibaca Timah, bekalan roti kaya yang telah disediakan oleh Gundutz untuk Timah
dan beberapa keperluan menghias diri.

“Hari ini saya naik bas je lah.” Ujar Timah dengan perlahan.

“Eh, apasal pulak ni?” tanya Rahmat kehairanan melihat kerenah si Timah.
“Malam-malam buta macam ni mana ada bas lagi?”

“Kalau macam tu, saya naik teksi.”

“Boleh cakap, apa masalah awak?”

“Tak ada apa-apa.”

“Wei... Cakap lah terus terang!”

“Ni nak tengking-tengking orang ni kenapa?”

“Takde lah nak tengking. Okay, kalau saya nampak macam tengking awak tadi,
saya mintak maaf.” Rahmat memegang lembut tangan Timah. Tetapi Timah menarik
tangannya kembali dengan pantas.

“YAALAH! Apahal ni?” rungut Rahmat. Dia mematikan enjin motornya, lalu
membuka topi keledarnya.

“Awak dah banyak berubah.” Suara Timah perlahan kedengarannya.

“Berubah apa ni pulak?”

“Kenapa awak pindah tak beritahu kepada saya?”

“Awak kan sibuk? Awak kata nak tengok ulangan siaran Akademi Impiana malam
tu kat rumah Gundutz. Saya tak nak kacau. Lagipun awak cuti. Awak nak berehat kan?”

134 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Kalau saya tahu pasal awak nak pindah, tak boleh ke?”

“Boleh... Cuma saya terlupa.”

“Eh, macam mana pulak benda-benda besar macam ni boleh terlupa?”

“Saya ambil keputusan nak pindah pun... Hari Selasa lepas. Itu pun setelah abang
Linus pujuk saya. Dia ada bilik kosong... Dia suruh saya guna bilik kosong tu--”

“Awak pindah ke kondo dia kat Pantai Hill Park tu?”

“Ya... Awak pernah pergi sana?”

“Pernah, dengan Gundutz.” Timah mengeluh. “Cantik kondo dia tu. Memang ada
bilik kosong yang dia tak guna. Dia pulak duduk sorang. Awak tahu kan, rumah tu bapak
dia beli untuk dia?”

“Tak tahu pulak pasal tu semua...”

“Bapak dia taukeh getah. Sekampung dengan Gundutz.”

“Entahlah... Tak jaga pulak pasal benda ni semua.” ujar Rahmat dengan selamba.

“Saya memang tak suka awak tinggal kat flat lama awak dulu. Kawan-kawan
serumah dengan awak tu semua bukannya betul. Bawak bohsia balik. Rumah
berselerak...”

“Itu sebab saya tak kisah bila dijemput pindah.”

“Lain kali, kalau awak nak buat apa-apa keputusan, boleh awak bagitahu saya
awal-awal?”

“Boleh--”

“Saya bukan tunggul tau?”

“Saya tahu lah.”

“Saya ni siapa menurut pandangan awak? Kawan? Kawan biasa je ke?” Timah
mula membebel. “Kalau awak anggap saya ni macam kawan biasa awak, saya paham.
Saya tak kisah.”

135 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Awak kan special...”

“Kalau special awak tak patut buat macam ni!”

“Okaylah. Saya mintak maaf.” Ujar Rahmat dengan nada yang cukup jujur.
Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi wajahnya itu. Timah pula diam tidak
menjawab. “Awak nak saya buat apa lagi? Cakap...”

“Tak suruh awak buat apa.” Timah mengambil topi keledar yang diserahkan oleh
Rahmat kepadanya. “Tapi macam saya kata... Saya suka awak pindah. Kalau rumah Linus
tu, okay jugak lah. Sekurang-kurangnya saya tahu mana awak tinggal sekarang dan
tempat tinggal awak tu terjaga.”

Timah naik motor Rahmat. Rahmat mengenakan kembali topi keledarnya. Seketika
kemudian, terus dia membawa motornya laju-laju ke gerai makan yang letaknya
berdekatan dengan kilang tempat Timah bekerja. Sewaktu berhenti di sana, dia
memberitahu Timah bahawa dia mahu makan dengannya. Dia tidak membenarkan Timah
membungkus makanannya lalu makan di dalam kantin kilang. Timah bersetuju.

“Apa jadi dalam Akademi Impiana kali ini? Siapa tu... Khir yang awak minat tu
macam mana nyanyiannya?” tanya Rahmat setelah dia memesan makanannya untuk
dirinya dan untuk Timah.

“Dia kan nyanyi lagu Sohaimi Mior Hassan... Jadi Sohaimi Mior Hassan buat
kezutan untuk melawat Akademi Impiana! Hensem lah Sohaimi Mior Hassan tu!”

“Saya minat dengan Sohaimi Mior Hassan... Saya suka nyanyi lagu dia.”

“Saya tahu... Awak pernah bawak lagu Episod Cinta Dari Bromley dengan gitar
awak tu dan awak nyanyi lagu tu depan saya masa kita mula-mula kenal dulu... Sedap
suara awak tu, tau!”

“Awak tak pernah puji saya. Awat tiba-tiba nak memuji ni?”

“Saya tak puji. Tapi dah kenyataan...” Timah menyedut air Milo ais yang
dipesannya. “Suara awak rendah dan lunak macam Sohaimi Mior Hassan. Suara Khir
pula tinggi. Mungkin sebab tu Khir kena ubah-ubah lagu tu.”

“Dia ubah macam mana?”

“Ikut style dia lah... Style R&B kata orang.”

“Hemm...” Rahmat memandang ke arah beberapa pengunjung yang sedang sibuk

136 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

berbual tentang perlumbaan motor haram yang telah diadakan pada minggu lepas.
Sesekali mereka akan menoleh ke arah Rahmat. Mereka kenal benar dengan Rahmat,
kerana Rahmat selalu berlumba motor dan selalu juga menang.

“Awak nak tahu... semalam Sia kena marah dengan Puan Ogy.” Jelas Timah. Dia
cukup tidak senang melihat mat-mat rempit memandang ke arah Rahmat seolah mahu
mengajaknya berlumba dengan mereka.

“Kenapa?” seboleh-boleh Rahmat ingin menunjukkan minat.

“Sebab orang mula anggap dia tak serius nak belajar. Ramai yang komen. Sia ni
dikatakan pandai menagih simpati.”

“Bukan dia ni lembab sikit ke?”

“Dia memang lembab... Tapi dia malu nak bertanya.” Timah menjelaskan. Dia
menongkat dagunya sebelum menyambung: “bila awak dah duduk rumah Linus ni... Jaga
sikit kebersihan awak tu. Jangan suka serakkan rumah orang. Bila awak gunakan pinggan
mangkuk dia, jangan lupa bersihkan. Hormat tuan rumah--”

“Saya tahu ler... isk!”

“Bukannya apa, saya sekadar mengingatkan. Kita ni orang kampung datang ke


kota. Nanti kalau kita buat salah dan silap, orang kata kita orang kampung ni banyak
kerenahnya.”

“Saya tahu.” Kata Rahmat sambil meraba-raba janggutnya. Dia merenung ke


dalam wajah Timah lama-lama. Dia menarik nafasnya panjang-panjang kemudian dia
memegang tangan Timah yang kecil dan lembut itu. Dia mengucup tangan Timah sambil
berkata dengan perlahan kalimah: “Saya sayang awak.”

**

11. Si gadis memasukkan baju si jejaka yang hendak dibasuhnya ke dalam mesin
basuh. Dia menoleh ke arah ruang tamu. Didapatinya si jejaka sudah selesai mandi. Si
jejaka duduk di kerusi sofa ruang tamu sambil menonton TV dengan memakai baju-T
yang telah diserahkan kepadanya tadi.

“Sekejap nanti keringlah baju tu nanti.”

12. Si jejaka tersenyum. Si gadis mencari cekera DVD yang bertajuk All About My
Mother yang terdapat di dalam koleksi DVDnya. Justeru apabila terjumpa cekera
tersebut, si gadis memainkan filem Sepanyol itu melalui alat permainan DVDnya.

137 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Tanya si jejaka:

“Awak suka tonton filem antarabangsa seperti ini?”

“Suka jugak.”

“Awak pernah ke sana?”

“Maksud awak ke Sepanyol?”

“Ya.”

“Ke Sepanyol... Pernah. Kotak itu saya beli di Barcelona.”

13. Si jejaka mengambil kotak kecil yang diperbuat dari kayu yang berukir cantik yang
terletak di sebelah kaca TV. Dia mengamati kotak tersebut. Dia membuka kotak
tersebut sambil memerhatikan isi kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak tersebut
sambil berkata:

“Siapa punya ni?”

“Kawan saya punya... Dia bawak semasa saya buat parti di sini.”

“Awak buat parti apa?”

“Parti hari jadi saya.”

“Bila?”

“Dua bulan yang lepas... Dia bawak kononnya nak memeriahkan keadaan. Awak nak rasa
ke?”

“Boleh jugak... Dah lama tak isap benda alah ni semua.”

“Kenapa, awek tak bagi ke?”

“Dia tak bagi...”

14. Si gadis tersenyum. Dia mengambil kotak tersebut. Dia mengeluarkan isi kotak itu
lantas diletakkan di atas meja. Dia meletakkan cebisan dedaun kering ke atas sekeping
kertas halus lantas dengan teliti dia membuat gulungan agar kelihatan seperti sebatang
rokok gulung. Dia membuat dua puntung lagi sehingga habis cebisan-cebisan dedaun
kering yang ada di dalam kotak. Beberapa detik kemudian si gadis menghidupkan

138 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

putung rokok pertamanya. Dia menghisap dahulu sebelum menyerahkan puntung


rokok tersebut kepada si jejaka.

15. Si jejaka menghisap puntung rokoknya dalam-dalam. Dia menonton filem di kaca
TV berskrin besar di hadapannya. Sukar untuk dia memberi tumpuan. Sememangnya
dia lebih minat menonton filem di panggung. Matanya merayap-rayap melihat hiasan
dalaman milik si gadis. Matanya terpaku kepada sekeping gambar berbingkai besar
yang diletakkan si gadis di atas dinding bilik tamunya. Dia bertanya kepada si gadis:

“Gambar mat saleh ni... Bapak awak ke?”

“Itu bapak saya. Sebelahnya ibu saya dan adik perempuan saya. Kami ambil gambar ini
ketika kami ke Rome. Dia berasal dari sana. Kami ke sana pun untuk melawat datuk dan
nenek saya--”

“Awak nampak bahagia dengan mereka.”

“Memang hubungan kami rapat... Hubungan awak dengan keluarga awak macam mana?”

“Saya rapat dengan bapa sana.”

“Dengan ibu pula?”

16. Si jejaka diam. Dia menyedut lagi puntung rokok yang ada di tangannya sebelum
dia menyerahkan kepada si gadis. Dia merenung ke dalam kaca TV dengan renungan
yang kosong selama lebih sepuluh minit sambil merokok sehinggalah si gadis
bersuara:

“Cerita All About My Mother ini adalah mengenai kisah seorang ibu yang kematian anak
lelakinya. Si ibu kemudian ke Barcelona untuk mencari si bapa yang selama ini tidak tahu
bahawa dia mempunyai seorang anak remaja yang kini telah mati akibat kemalangan
jalan raya--”

“Saya ada seorang ibu, seperti orang lain juga. Tapi dia tinggalkan saya dan bapa saya
ketika saya berumur 2 tahun.”

17.Si gadis nampak bersalah seolah dia telah menyinggung perasaan si jejaka. Si jejaka
pula terus menghisap puntung rokoknya. Dia nampaknya seperti berfikir panjang,
sebelum dia berkata:

“Entah mengapa, saya rasa rapat dengan awak. Saya tak tahu kenapa, tapi rasa-rasanya
saya nak beritahu kepada awak tentang hal ini. Tentang hal diri saya.”

139 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya sedia mendengar...”

“Saya telah berhijrah ke KL semata-mata kerana saya mahu menemui ibu saya. Saya tahu
dia berada di sini. Selepas dia meninggalkan saya dan bapa saya, dia telah berpindah ke
sini.”

“Mengapa awak nak berjumpa dengan dia?”

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tinggalkan saya dan bapa saya. Itu sahaja yang saya
mahu darinya.”

18.Si gadis menarik nafasnya panjang-panjang. Dia sudah lama berhenti dari terus
menghisap puntung rokok yang telah dibuatnya tadi, tetapi dilihatnya si jejaka terus
merokok sehingga ke puntung rokok terakhir. Mata si jejaka kini berubah merah dan
kuyu. Dia nampak mengantuk. Si gadis berkata kepada si jejaka dengan suara yang
jelas jujur:

“Saya mahu tolong awak jumpa mak awak tu. Itu pun kalau awak tak keberatan.”

19.Si jejaka tidak menjawab. Dia sekadar mengangguk sekali. Dia menutup matanya. Si
gadis mendapati air mata mengalir dari matanya yang tertutup itu.

20.Buat beberapa lama mereka diam. Si gadis mendapati si jejaka sudah tertidur lena
dalam keadaan terduduk di kerusi sofanya. Si gadis mengambil bantal dan kain selimut
dari biliknya lantas ke ruang tamu. Si gadis memastikan si jejaka dapat tidur dengan
selesa di kerusi sofanya. Si gadis menyelimuti si jejaka kemudian menutup suis TV
dan lampu. Si gadis masuk ke dalam bilik tidurnya dengan hati yang tenang...

140 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 26

Kakak Besar: You tahu kan?

Abang Besar: Tahu pasal apa?

Kakak Besar: Pasal hantu kat Akademi Impiana

Abang Besar: Oh tu... I tahu. Mula-mula nampak hantu, si Azam. Lepas tu dia demam
sekejap. Lepas tu si Dara pulak histeria. Minggu ni tak tahu lah jadi apa.

Kakak Besar: Hantu tu... Hantu perempuan!

Abang Besar: You sure ke? Entah-entah they actually saw Sia when she is putting on her
make-up comot dia tu?

Kakak Besar: Eh, jangan main-main lah! You tahu bangunan AI tu sebenarnya tadika
lama yang tak digunakan lagi, sebab berhantu...

Abang Besar: No wonder lah we got ourselves a dirt cheap rent!

Kakak Besar: Listen to this... That hantu actually asked the students supaya diam!

Abang Besar: Mungkin hantu pun tahu siapa yang berbakat siapa yang tidak. Hanya
penonton-penonton Malaysia sahaja kurang arif.

Kakak Besar: Hahahaha!

Abang Besar: No, it was not meant to be funny!

Kakak Besar: Okay now... Next issue!

Abang Besar: Ni mesti sebab lagu Black Eyed Pea, kan?

Kakak Besar: Ye lah... Apa lagi!

Abang Besar: You tukar macam mana pulak?

Kakak Besar: I changed the lyrics into something unrecognisable but sounds English –
like: “All the reel kindly help us” instead of “Father, Father, Father help us”.

Abang Besar: What reel? What are you talking about?

141 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Alah, you pun tahu pro-naun-zhey-shen budak-budak tu macam mana, kan? Yang
penonton pon satu, diorang bukannya pandai speaking London sangat pun! You letak lirik
apa jadah pun bukan mereka paham.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Konsert kali ini you rasa siapa akan keluar?

Abang Besar: I rasa... Nur akan keluar!

Kakak Besar: I dah bet dengan budak-budak production crew yang Zurina akan keluar.

Abang Besar: Eh yer ke?

Kakak Besar: I have a hunch, lah dear. Anyways, sebab I tak mahu kalah, kan... I akan
buatkan kezutan untuk Nur.

Abang Besar: Kezutan apa pulak ni?

Kakak Besar: Hadiahkan dia dengan teddy bear. I rasa tak ramai budak perempuan minat
dia. Tapi kalau I bagi dia teddy bear, mesti vote dia akan naik melonjak. Dan I dah
arrange suruh artis popular yang cute bagi teddy bear tu kat dia.

Abang Besar: Artis mana pulak ni?

Kakak Besar: Alah, ni lah kezutan yang you sendiri perlu lihat sendiri...

**

“Haiyoh, perlu ke Akaq Azmil kita setiap kali nak bagitahu pelajar mana nak
keluar ala-ala-ala buat suara nak nangis bagai?” tanya Linus kepada Gundutz yang sedang
menonton rancangan Konsert Akademi Impiana dengan penuh khusyuk.

“Alah biasa lah nok. Akaq-akaq drama queen ni!”

“Very der fake one!”

“Haiyoh, sejak bila pulak dia ala-ala real sundels! Segala-galanya plastik! Buat
joke pon, haram orang tak ketawa.”

“Tu lah nok... Mak tengok penonton sekarang dengan penonton dulu lain lah!
Penonton sekarang very der kaku... Ni tak kira penonton-penonton lahanatz yang “boo”

142 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

kan Kak Hetty masa dia beri kritikan yang membina tadi. Tak hanjengs namanya ke
penonton macam ni?”

“Kalau dah diminta untuk beli tiket dapat lah penonton-penonton yang tak perlu
macam ni! Dulu kan masuk free, jadi dulu penonton were purely die-heart fans, nok!
Sekarang tidak!”

“Eh, Zurina terkeluar!” jerit Timah memintas kata-kata Gundutz.

“Haiyoh! Minggu lepas Indra. Minggu ni Zurina pulak jadi mangsa!” ujar Linus
dengan suara tidak puas hati. Wajahnya seperti seorang ahli sukan yang kecundang.

“Yeah, Yeah! Zurina terkeluar!” Timah mengangkat senyum meleret seperti


seorang pemenang ratu cantik.

“Eh kenapa suka sangat ni?” tanya Linus ingin tahu.

“Dia bet dengan kenkawan satu kilang dengan dia nok. Ala-ala teka siapa
terkeluar hari ni.”

“Haiyoh! Tak kosernyer! Very der berjudi, one! Dosa tau!” Linus merenung ke
arah Timah, kemudian dia bertanya: “So berapa ko menang, Timah?”

“Lima ratus ringgit.” Timah bercongak-congak di dalam kepalanya. Wajahnya


jelas gembira.

“Wah, dapatlah ko buat tambah credit SMS kau kan?” perli Gundutz. Timah tidak
menjawab.

**

"I'm wasting my time at akademi fantasia...." Getus Ramlee OS di belakang pentas


tatkala membawa Zurina keluar dari dewan. Dia nampak tidak puas. Wajahnya penuh
dengan rasa kesal. "Komando aku dah kene tembak sorang."

Ramai yang ada tertoleh ke arahnya. Ada di antara mereka yang cukup sedar bahawa
Ramlee OS lebih rapat kepada tiga orang pelajar yang dianggapnya benar-benar berbakat;
Zurina, Zaidi dan Khir.

Kini hanya tinggal dua sahaja komandonya...

**

143 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bagaimana untuk penonton memahami maksud sebenar Juri Profesional (JP) ketika
memberikan pendapat mereka di malam konsert Akademi Impiana:

(JP): Gambar itu mengganggu awak sebenarnya


(Maksud Sebenar): Kalau saya dapat gambar mak ayam besar tu, saya tak boleh menyanyi
selama dua minggu berturut-turut agaknya

(JP): Cuba nyanyikan lagu itu dari mula... (selang beberapa detik selepas kritikan
membina diberi, juri yang sama terpaksa berhenti setelah mendengar suara-suara yang
tidak menyenangkan dari beberapa orang penonton).
(Maksud Sebenar): Saya mahu komen dan memberi nasihat dengan lebih lanjut, tetapi
saya terlupa di Malaysia mereka lebih bisa dipuji dari bersedia untuk mendengar komen
yang ikhlas dari saya...

(JP): You are the best when you sing that “pop yeh-yeh song”.
(Maksud Sebenar): You are only good when you do not attempt to destroy other people's
song

(JP): Diorang letak kertas tisu sebab saya menangis...


(Maksud Sebenar): Diorang ni bab product placement memang cepat nak carik
kesempatan

144 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 27

“Nok... perlu ke nak dapatkan Penasihat Imej bagai ni?” tanya Gundutz dengan
wajah penuh geram.

“Eh perlu ke? Ala-ala Queer Eyes for Straight Guy--”

“Mana pulak? Kaedahnya straight guy satu jer.” Gundutz kemudian ketawa
sendiri. “Tapi memang tak perlu ler noks.”

“Tu lah, sundels! Ko tengok Dr. Cher tuh. What a waste of time. Ala-ala you hire
him for what? Untuk pegang-pegang tangan dalam satu bulatan pastu jerit-jerit. What is
that all about.”

“Ko kena pikir nok. Artis-artis ni kan cepat ting tong. Jadi, guru motivasi ni
penting. Kalau tak, budak-budak ni jadi ala-ala Micheal Jackson nanti macam mana?
Siapa nak jawab!”

“Tapi kalau fikirkan betul-betul... Image consultant ni penting jugak. Just look at
them, sometimes so salah one. I'm talking of the girls lah, especially si Sia. The boys, ko
tahu lah adik-adik... Bab bergaya kan dah darah daging diorang--”

“Betul jugak kan?” Linus bersetuju sebelum menambah lagi. “Nok, ambik guru
bahasa Inggeris kan bagus. Ko tengok Bahasa Inggeris diorang... Very der tak perlu. Bila
dapat lagu Inggeris macam dapat lagu Perancis, tak pun lagu Mongolia. Takut semacam
ala-ala dapat lagu bahasa asing yang diorang tak boleh sebut...”

“Tu lah. Tak koser kan?”

“Nak-nak si Sia tu nok. Kat Sabah tak belajar B.I. Ke?”

“Tak kot... Kat sekolah Sabah belajar buat satay jer, agaknya--”

“Korang ni berdua kan... Kalau tak kutuk si Sia tu tak boleh ke?” tempelak si
Timah. “Kesian aku tengok dia tau! Ada anak dua orang, lepas tu dah lama tak jumpa.”

“Koser lah ko Timah!” Gundutz menjawab. “Si Sia tu asyik-asyik nak menangis.
Perlu ke?”

“Alah, korang mana paham hal pompuan? Yang korang tahu, mengutuk,
menambahkan dosa. Tu je lah!”

“Wah, wah wahhhhh! Ustazah kita ni. Kheles gituh nasihatkan orang.” Gundutz

145 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

menjeling benci. Mahu sahaja dia menyebut tentang hukum berjudi ketika Timah
bertaruh siapa yang akan keluar dari AI seperti mana yang telah dilakukan olehnya
bersama rakan-rakan sekerjanya. Tetapi dia diam sahaja.

“Eh, dah dapat ke duit betting dari kawan-kawan you?” Linus bertanya kepada
Timah, seolah membaca fikiran Gundutz.

“Dah ler. Sejak hari Ahad dah buat collection, ok!”

“Wah kaya kau!”

“Dia dah habis belanja duit dia tu nok!” Gundutz memberitahu.

“Beli apa?”

“Adalah!” Timah tidak menjawab. Dia senyum-senyum malu...

**

“Baju baru ke?” Tanya Rahmat kepada Timah. Dia melihat baju yang dipakai
Timah yang dipakainya sebelum masuk kerja dalam cahaya samar-samar warung tempat
mereka selalu makan malam.

“Baru beli. Semalam beli.” Jawab Timah dengan selamba.

“Banyak duit awak.”

“Dah rezeki orang--”

“Selalunya hujung-hujung bulan awak takde duit.”

“Alah awak ni. Banyak soal pulak!” Timah mengeluarkan sebuah kotak kecil dari
beg galasnya. “Ini untuk awak.”

“Eh apa ni?” tanya Rahmat. Dia mencapai kotak tersebut dari tangan Timah.

“Hadiah untuk awak. Saya beli kat CM semalam.”

“Lah... Buat susah-susah jer!”

“Bukaklah!” saran Timah. Rahmat menurut sahaja. Dia membuka kotak yang
telah dibungkus dengan rapi oleh Timah. Didapatinya di dalam kotak terdapat seutas
rantai tangan perak yang selalu dipakai oleh mat-mat motor sepertinya.

146 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Eh mahal ni!” ujar Rahmat dengan dahinya terkerut. Dia seperti tidak dapat
menerima pemberian dari Timah ini.

“Hadiah ini ikhlas dari saya.” Timah mengeluarkan rantai tangan tersebut lalu
dipakaikannya ke lengan kanan Rahmat.

Rahmat terkedu buat seketika. Dia tidak mampu untuk berkata apa. Kepalanya kosong
buat seketika.

“Hadiah ni mahal... Dari mana awak dapat duit nak belikan hadiah ni kepada
saya.”

“Saya main kutu kat tempat kerja.” Timah berbohong.

“Terima kasih.” Kata Rahmat dengan suara yang perlahan. Dia memerhatikan
rantai tangan perak pemberian Timah. Matanya menjadi redup. Dia menarik nafasnya
panjang-panjang. Banyak perkara yang sedang difikirkannya sekarang...

**

Apakah yang telah dinasihatkan dan diperkatakan oleh Penasihat Imej, Puan Rohani
ketika menemui pelajar-pelajar Akademi Impiana tetapi tidak disiarkan oleh Gastro

Zaidi: Rambut awak tu patut dihitamkan kembali. I think we have to move on from the
Malay jinjang look.

Lina: Kalau awak nak rupa pesona bintang, plastikkan sikit diri awak tu seperti Erra
Fariza.

Dara: Loose that breep-breep nonsense, dahhling!

Boboy: Loose 20 more kilos and then, I get back to you.

Khir: Rambut awak tu nak botak. Pergi treatment untuk elakkan dari terus botak.

Nur: You nak I buat makeover kepada teddy bear you yang besar ni sekali ke?

Sia: (sambil melatah kerana terkejut) Opocot hantu... Eh, hantu kuat menangis untuk
tagih simpati... Eh hantu takde bakat tapi masih malas nak belajar untuk tingkatkan diri...
Eh hantu Sabah... Isk! You ni takutkan I je lah! I ingatkan terserempak dengan hantu
residen AI ni!

147 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

148 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 28

Gundutz cukup-cukup tidak berpuas hati dengan Sia. Bila diajar menyanyi, suaranya tidak
pernah boleh dikeluarkan dengan betul. Yang dikeluarkannya adalah suara yang
menyerupai kambing mengembek. Dia tidak pernah mahu mencuba untuk memperbaiki
dirinya. Yang dia tahu hanya menangis, menangis dan menangis lagi untuk menagih undi
penonton. Lagipun, itu yang dimahukan, agar dirinya terus kekal dan pelajar-pelajar yang
lebih baik dikeluarkan.

Rasa marah Gundutz yang semakin membuak-buak marah itu tenang seketika apabila dia
memerhatikan Sia dimarahi oleh Puan Siti Hawa.

Puan Siti Hawa cukup tidak berpuas hati dengan Sia kerana Sia tidak melakukan latihan
vokal sehingga tidak menampakkan sebarang kemajuan di dalam dirinya. Kata Puan Siti
Hawa:

“Kenapa tak buat? Suara dah bagus? Awak berlatih tak malam-malam?”

“Tak,” jawab Sia terkebil-kebil. Terus Puan Siti Hawa menjeling dan
menumpukan perhatiannya untuk mengajar pelajar lain. Ternyata, Puan Siti Hawa cukup
benci melihatkan perangai pelajar yang malas sepertinya.

“Koser nok! Vencis hem dengan perangai si Sia ni!” getus Gundutz marah-marah
kepada Linus.

“Alah, salah cikgu vokal lah. Cikgu vokal langsung tak hormat murid!” sampuk
Timah.

“Haiyohhhhhh! Sejak bila pula cikgu kena melayan kerenah murid yang malas?”
balas Gundutz dengan nada marah. “Sesuatuh sangat statement minah sorang ni.”

“Tu lah... Perlu ke cikgu sembah kat si Sia tu suruh dia belajar?” sokong Linus.
“Perlu ke sebab dia lembab, cikgu kena bagi tumpuan lebih ala-ala mengajar pelajar
istimewa.”

“Dia memang insan istimewa nok... Ala-ala kena masuk kelas khas gituh!”

"Sia tu seorang yang jujur, kejujuran penting... Dia tidak berpura pura!" Timah
memberi alasan.

“Perlu ke nak propa si Sia tu lagi?” marah Gundutz. Hidungnya kembang kempis.

149 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dia berbakat okay! Kalau tak macam mana dia boleh jadi finalis Akademi
Impiana?” Timah berani melawan.

“Itu hem pun tak paham... Ala-ala Misteri Nusantara gituh. Macam mana ntah
penyanyi macam dia boleh masuk final 12. Seswatuh sangat!”

“Alah, taktik Gastro letak underdog tak perlu nyah--”

“Tapi ramai yang undi dia nok! Penyokong dia ramai!”

“Ko kena paham nok. Yang undi dia semua macam dia jugak. Ye lah, ala-ala
boleh relate dengan dia gituh – jenis lembab dah tu malas nak belajar. Ye lah, you are
who you vote, kan?”

“Itu lah nok. Hem setuju dengan pendapat kau. Yang jadi pengikut fanatik Sia tu
sebenarnya perangai dua kali lima macam dia nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-
sungguh. “Perlu ke kita anggap dia antara yang terbaik kat Malaysia ni? Buat malu
Malaysia je. Bayangkanlah kalau dia disuruh buat konsert dengan budak-budak Akademi
Impiana Indonesia 2 yang meletop tu!”

“Korang ni kalau dibiarkan makin menjadi-jadi pulak!” Timah merenung tajam ke


dalam mata Gundutz.

“Terasa lah tu!” Gundutz tersenyum puas. Dia memandang ke arah Timah buat
beberapa detik sebelum dia kembali memberi tumpuan ke kaca TV.

**

Si Khir cukup benci membawa lagu-lagu yang tidak dikenalinya. Yang dia mahu hanya
menyanyikan lagu-lagu R&B, R&B dan lagi lagu R&B yang berjiwa BB*. Pada minggu
ini, dia telah menerima lagu Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah untuk dinyanyikan di
dalam konsert Akademi Impiana nanti. Sebuah lagu yang dikatakan tidak pernah
didengarinya sebelum ini (seperti lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Meor
Hassan, sebuah lagu popular yang sudah mencapai tahap klasik tetapi dia masih tidak
mengenali lagu ini).

Jadi, jika dia tidak meminati sesebuah lagu (lebih-lebih lagu yang tidak dikenalinya),
dirasakannya dia perlu mengubah lagu tersebut agar mengikut citarasanya (baca: lagu
R&B yang berjiwa BB*).

Di dalam kelas Puan Siti Hawa, Khir telah diminta untuk menyanyikan lagunya. Apabila
dia menyanyi, melodinya sumbang. Seboleh-bolehnya si Khir ini mahu mengubah lagu
Bunga Pujaan kepada acuan irama R&B.

150 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Awak kena paham melodi lagu tu dulu sebelum nak tukar-tukar lagu tu!” tegur
Puan Siti Hajar. Dia cuba mengawal marahnya. Dia sudah merasa cukup muak dan mual
dengan tabiat degil Khir yang suka merosakkan melodi lagu yang sudah cukup baik
disusun oleh komposer asalnya.

“Bila saya nyanyi saya tak boleh ikut melodi!” bantah Khir dengan nada degil.

“That's not an excuse!” balas Puan Siti Hawa dengan selamba kerana malas
hendak melayan kerenah seorang pelajar yang belum apa-apa sudah mahu menunjukkan
belang seorang diva...

**

Baru-baru ini, Guru Penasihat Perundingan Imej Puan Rohani telah dibawa masuk
untuk mengajar para pelajar Akademi Impiana tentang cara-cara ketrampilan imej yang
baik sebagai seorang artis. Berikut pula merupakan beberapa senarai Guru Penasihat
yang telah dicadangkan oleh Gastro tetapi masih dalam pertimbangan.

(Cadangan): Guru Kaunseling Bercinta Sesama Pelajar


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pelajar dah arif sangat tentang hal ini,
malah pandai menggunakan situasi bercinta sesama pelajar untuk menagih undi dari
penonton yang berjiwa sentimental (baca: mentel).

(Cadangan): Guru Penasihat Imbasan Wajah Sedih


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Para pelajar didapati sudah cukup arif
menggunakan wajah sedih dan tangisan untuk meraih undi simpati dari peminat-peminat
mereka.

(Cadangan): Guru Penasihat Interframe


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Terdapat beberapa pelajar yang sudah
cukup arif dalam bidang ini untuk memastikan agar aksi-aksi mereka dapat disaksikan
oleh penonton. Lagipun, ratu segala interframe, Azmil (ketika pelajar sedang menyanyi
dan juri mahu memberi pendapat dia memang suka interframe), telah menurunkan
ilmunya kepada para pelajar secara tak langsung.

(Cadangan): Guru Penasihat Ubahsuai Ketrampilan Agar Lebih 'Woman'


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Guru Penasihat ini pada mulanya
dianggap penting untuk memastikan pelajar-pelajar wanita kelihatan lebih ayu dan
feminin. Tetapi ditolak ketepi idea ini memandangkan pelajar-pelajar wanita yang
nampak “gagah”, “perkasa” dan “kasar” boleh belajar untuk menjadi lebih lembut dari
pelajar-pelajar lelaki yang lembut (baca: jantayu atau jantan ayu).

151 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

(Cadangan): Guru Penasihat Lakonan Iklan


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, para penaja mahu guru
penasihat ini diperkenalkan agar para pelajar tahu bagaimana untuk mengiklankan produk
mereka dengan lebih berkesan, tetapi akhirnya dianggap tidak relevan memandangkan
para pelajar sudah cukup arif dalam bidang lakonan spontan untuk memperkenalkan
produk jenama mereka (contoh, tangkai cawan dipecahkan secara misteri agar jenama
penaja cawan dan pinggan mangkuk dapat disebutkan secara langsung).

(Cadangan): Guru Penasihat Agar Pelajar Tidak Pecah Lobang


(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, guru penasihat dalam
bidang ini dianggap penting, memandangkan hosnya sendiri, Azmil dah pecah lubang
sejak azali dengan aksi lembut, bermake-up tebal dan berbaju ketat – tetapi akhirnya
diketepikan, kerana jika terdapat pelajar Akademi Impiana yang pecah lobang dengan
memakai kimono dan bertocang sekalipun, peminat-peminat fanatiknya tetap akan
menganggapnya “macho”. Bak kata Pak Abu: Kalau Pak Abu nak ajar pelajar tu agar tak
pecah lobang, Pak Abu kena tengok baju pengantin dulu sebelum Pak Abu boleh design
pelamin... Eh sorry, mak... Errk, Pak Abu salah konsep lagi!

*Blue Bar

152 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 29

Kakak Besar: You dah panggil bomoh tu datang ke?

Abang Besar: Dah...

Kakak Besar: Banyak kerenah betul kampus baru ni. Macam-macam hal!

Abang Besar: Salah you jugak nak tempat yang diberi percuma.

Kakak Besar: Dah ada orang sponsor... Ambik je lah!

Abang Besar: Tapi sekarang, tengok lah apa dah jadi? Kesian I tengok si Nur tu. Selalu
saja histeria. Semalam you tahu apa dia cakap masa bomoh datang cuba redakan
keadaan?

Kakak Besar: Apa?

Abang Besar: Dia kata dia dari Banting. Macam mana tu?

Kakak Besar: Lagi?

Abang Besar: Dia kata umur dia 12 tahun...

Kakak Besar: Now, that's scary! Macam The Ring pulak, kan?

Abang Besar: Tapi kesian si Nur tu. You tengok lah keadaan dia sekarang... Lemah jer.
Have you seen the dark circle around her eyes, lately?

Kakak Besar: Alah, make-up artiste boleh cover.

**

Selain dari Sia, Gundutz juga telah hilang tahap kesabarannya dengan Khir. Gundutz juga
dapat merasakan bahawa guru vokal Zainal Abu Hassan sudah hilang tahap kesabarannya
dengan si Khir yang suka sahaja merosakkan lagu-lagu ciptaan orang lain semata-mata
untuk menutupi kelemahannya menyanyi.

Ketika menyanyikan lagu Jay Jay & Dayangku Intan, Kita Insan Biasa para pelajar lelaki
yang lain nampaknya berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik. Khir pula, apabila tiba
gilirannya untuk menyanyi, telah mengubah melodi lagu sesuka hatinya.

“Ada CD lagu originalnya tak?” tanya Zainal tanpa ditujukan kepada sesiapa. Para

153 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

pelajar mengangguk. Mereka faham bahawa soalan ini telah ditujukan kepada Khir.

Boboy memikirkan dia harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Dia
cukup mengerti jika dia melakukan perkara ini, orang akan menganggapnya cuba besar
kepala atau cuba berlagak pandai, lebih-lebih lagi peminat fanatik Khir yang kurang
rasional itu (sebenarnya, peminat-peminat fanatik mana-mana pelajar boleh dikatakan
kurang rasional atau bersifat keterlaluan memuja pelajar yang mereka minati). Tetapi,
demi persembahan yang cemerlang, fikirnya dia perlu membetulkan nyanyian Khir yang
cenderung mahu merosakkan lagu yang dinyanyikan mereka secara berkumpulan.

Khir buat-buat mendengar pembetulan yang cuba dilakukan oleh Boboy. Dia cuba
berlakon dengan sebaik mungkin agar Boboy tidak mengganggunya lagi. Apa yang
penting baginya sekarang, dia perlu mengubah lagu ini mengikut citarasanya sendiri.

“Vencislah nok perangai ponen ni. Hem dah bosan teramatz ni.” adu Gundutz
kepada Linus dengan berbisik kepadanya. Dia memastikan agar Timah tidak mendengar
apa yang diperkatakannya tadi.

“Inilah jadinya kalau range suara terlalu limited nok. Dah tu degil tak hengat!”
Linus membalas. “Tu pon Timah nak vote. Perlu ke?”

“Tolonglaaa Sikit!” Bentak Timah tiba-tiba. “Khir ada cara dia menyanyi
tersendiri. Dia tak cuba nak jadi klon. Korang nak tengok ke satu lagi Ferhad, satu lagi
Glenn? Satu lagi Marcell? Ada satu sahaja Khir and he's the original. Yang lain dari
penyanyi yang lain. So pleazzeelah korang nak cakap yang dia takde bakat, suara takde
range dan merosakkan lagu... HE IS DEFINITELY NOT DOING THAT!!! Apa yang dia
buat kepada lagu-lagu yang dia dapat adalah untuk fit kebolehan vokal yang dia ada! Khir
ada bakat besar! So pleazeee lah, bukak mata korang yang potek tu!” Timah menengking
dengan matanya terbeliak marah.

“Kan hem dah cakap, kalau nak komen pasal Khir tu kita kena bisik-bisik! Kan
sekarang dia dah speaking London bagai!” beritahu Gundutz kepada Linus yang mengesat
mukanya akibat tempias air liur dari Timah.

**

“Terima kasih kerana sudi temankan I lunch.” Ucap Salina dengan malu-malu
kepada Rahmat. Mereka bertemu di hadapan Starbucks seperti mana yang telah dijanjikan
tepat pada masanya. Salina dan Rahmat masuk ke dalam Starbucks, Pusat Bandar
Damansara, lantas terus mereka mencari tempat duduk yang sesuai.

“Hari ini saya belanja awak.” Ujar Rahmat dengan suara yang yakin.

154 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Eh tak apalah!” Salina menggeleng laju. Dia tahu pendapatan Rahmat sebagai
“despatch rider” tidaklah tinggi sangat.

“Saya serius ni... Saya nak belanja. Awak duduk saja di sini.” Tegas Rahmat. Dia
berjalan ke arah kaunter untuk memesan minuman dan makanan. Beberapa minit
kemudian dia berjalan sambil menatang sebuah dulang kecil yang dipenuhi dengan
makanan dan minuman yang telah dipesannya. “Saya tak suka kalau awak asyik keluar
duit nak belanja saya.”

“You are so old fashion!” bantah Salina sambil menyedut air frappuccinonya.

“I bukan lelaki metrosexual--”

“Thank God you are not!” Salina tersenyum manja. “By the way... Bank
Kumpulan Lestari suka dengan iklan yang kita buat minggu lepas.”

“Dah siap ke iklan BKL tu?”

“Rough cutnya baru siap kelmarin. Bila siap, mereka nak terus tengok! And they
loved it!”

“Jadi... Iklan ni akan keluar di Indonesia sahaja?”

“Ya. And you know what? There's another Indonesian client that we have that
might want to use you as a talent.”

“Iklan apa pulak ni?”

“Iklan ubat gigi--”

“Lawak lah!” Rahmat ketawa berdekah-dekah.

“I'm not joking!”

“Kenapa nak ambil saya pulak?”

“You have a nice smile.”

“Ye ke?”

“Well, sekurang-kurangnya, itulah apa Daniel Chang cakap.”

155 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Siapa dia tu?”

“Art Director yang ditugaskan untuk buat iklan ubat gigi tu--”

“Kalau dia nak ambil saya kerja... Saya tak kisah. Rasa seronok pulak.”

“Memang seronok jadi talent ni--”

“Dah tu, bagus jugak iklan tu keluar kat Indonesia.”

“Kenapa?”

“Saya tak nak jadi terkenal kat sini. Rimas pulak nanti!”

“Kadang-kadang, benda macam ni kita tak boleh halang... If you are meant to be
famous, you will be famous. Kalau seseorang tu gila glamer, tapi memang dia tak
ditakdirkan untuk jadi terkenal... Sampai ke tua pun orang tak akan terkenal!”

“Betul jugak tu.” setuju Rahmat. Kemudian dia dapat melihat perubahan di wajah
Salina. Salina memandang ke hadapan. Rahmat menoleh. Dia dapat melihat seorang
lelaki berjalan ke arah mereka.

“They told me you would be here.” Kata lelaki tersebut dengan perlahan kepada
Salina. Lelaki tersebut memandang ke arah Rahmat dengan wajah yang curiga. Lelaki
yang berkulit sawo matang itu bertubuh tinggi dan kurus.

“Rahmat... This is Badrul.” Jelas Salina. Badrul dan Rahmat bersalaman. Badrul
menarik nafasnya dalam-dalam. Wajahnya terlukis raut penuh dengan rasa sesal.

“I nak jumpa you ada hal--” Badrul menggaru-garu pipinya.

“Hal apa?”

“You know... I thought we could talk in private. I didn't know you have
company.”

“I thought we've agreed not to meet each other again. I tak nak kacau hubungan
you dengan... What's her name again? Fazliana? Farina?”

“Ferina Nurshahidah Putri--”

“Yeah, like whatever!”

156 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“I think we have to talk. If only you could give me the chance to talk--”

“Di sini bukan tempatnya.” Wajah Salina jelas serius. Dia kemudian memandang
ke arah Rahmat. Di dapati Rahmat memandang ke arah lain seolah-olah tidak mahu
masuk campur dengan hal yang dibincangkan oleh Badrul dan Salina.

Badrul tidak mahu berganjak. Salina mengeluh sebelum dia berkata:

“Okay, I promise I will call you afterwards if you promise to leave me alone right
now. We'll find some time to talk. Lagipun, some of your stuffs are still in my condo. It's
about time I give them all back to you.”

Badrul mengangguk setuju. Dia berjalan keluar dari perut Starbucks dengan langkah yang
lesu. Sesekali dia akan berpaling ke arah Salina, tetapi didapatinya Salina terus
menumpukan perhatiannya kepada Rahmat.

“Siapa mamat tu?” tanya Rahmat kepada Salina.

“Ex saya--”

“Dah lama kenal?”

“Kami mula berkenalan ketika kami belajar di London dahulu...”

“Jadi dah lama lah ni?”

“Memang lama.”

“Jadi kenapa berpisah?”

“Dia bosan dengan saya agaknya. Dia cari perempuan lain. Kemudian saya dapat
tahu dia ada hubungan dengan orang lain. Akhirnya kerana tak tahan, saya yang minta
agar kami berpisah.”

“Isk... Bodoh!”

“Excuse me?”

“Dia bodoh cari perempuan lain.” Rahmat berterus terang. “Bukan awak yang
bodoh.”

“Yes... I think he is. Bergelar doktor pun tak guna!” Keluh Salina.

157 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Awak tak suka dia datang menganggu awak macam ni?”

Salina menggeleng pasti. Sememangnya Salina tak suka. Kalau boleh dia tidak mahu
bersemuka dengan Badrul lagi sampai bila-bila. Dia pernah sayang kepada Badrul
setengah mati walaupun Badrul bukanlah tergolong dalam golongan lelaki kacak
mahupun segak, kerana Salina telah menerimanya dengan seadanya. Salina pernah
menyayangi Badrul kerana satu ketika dahulu Badrul pernah mahu berjanji untuk sehidup
semati dengannya. Mereka pernah bercinta. Kini, semua rasa cinta Salina kepada Badrul
telah lama musnah, malah digantikan dengan rasa benci. Salina cukup benci dengan
Badrul kerana Badrul telah menghancurkan hatinya.

“Kalau dia cuba ganggu awak lagi. Awak beritahu kepada saya.” Kata Rahmat
dengan suara yang tegas. Dia dapat melihat Salina sekadar tersenyum. Kemudian dia
terdiam. Salina tidak banyak bercakap dengan Rahmat sejurus selepas Badrul datang
mengganggunya tadi...

**

Berikut merupakan rancangan Reality TV yang sepatutnya diadakan, tetapi tidak


mungkin akan menjadi kenyataan di Malaysia... (dipetik dari blog AntiAI)

Who will become an Ustaz

Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi
seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan
akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan
pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca
Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%)
pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

Akademi Islamiah

Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.
Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Mereka
akan 'dikurung' di dalam sebuah rumah banglo lengkap dengan 13 kamera CCTV. Setiap
minggu mereka harus menunjukkan apakah kepakaran dalam Islam yang telah mereka
pelajari, di hadapan penonton secara “live”. SMS penonton akan menentukan peserta
yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis
kerana menginsafi dosa yang lalu.

Muslim Idol

158 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat
memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya
hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui SMS. Pemenang akan mendapat
peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu
mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz
Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

Audition

Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama
samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang
berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong
Islam.

159 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 30

Abang Besar: Sia tu is so irritating!

Kakak Besar: You hate her... I know. We all do, dear!

Abang Besar: Dulu, why did you insist that we take her in? There are tons of people who
are better than her!

Kakak Besar: Bukan I dah cakap siang-siang? She can sell SMS!

Abang Besar: Itu I tahu. Ramai yang sokong dia... Tapi--

Kakak Besar: Hah! Tahu pun. You ni macam tak biasa pulak dengan demografik
penonton di Malaysia. They like anything that are godawful rediculous! Kalau tak,
macam mana filem-filem Prof. whatever tu boleh laku dan rancangan Senario antara
rancangan TV paling popular di Malaysia...

Abang Besar: Betul jugak kata you tu. Tapi I tak paham dengan sikap diorang ni... I
kesian dengan Zurina yang terpaksa keluar. Yang tinggal sekarang pelajar lembab macam
si Sia tu--

Kakak Besar: Sayang... For most people, the freedom of choice means choosing someone
who is average, mediocre and banal – as majorities always are. If a truly exceptional
person ever came along Akademi Impiana – someone with extraordanary talent, with a
gift and a promise to entertain – he of she will never be voted, will never win the vote of
the majority. Now that's a fact you have to accept.

Abang Besar: Dalam kata lain... Mereka yang sokong Sia ni dua kali lima macam mereka
jugak lah ni?

Kakak Besar: Bukan semua orang top scorer dan scholar macam you... You have to think
of people who are slow and below average! They want to see somebody like them
represented on TV. Like, they probably tell themselves: “Aku bengap macam Sia, jadi
aku mesti sokong Sia yang bengap macam aku.”

Abang Besar: The thing is... Ada di antara mereka yang salahkan tenaga pengajar yang
ada. Diorang kata guru-guru yang ada terlalu garang lah. Terlalu strict lah. Tak
professional lah.

Kakak Besar: Macam you tak biasa dengan perangai orang-orang bengap ni. Segala-
galanya under the sun diorang akan salahkan. Diorang tak pernah salahkan diri diorang
jika diorang yang malas, degil--

160 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: Kalau ramai orang Malaysia yang bersikap macam ni... Hancur!

Kakak Besar: Bukan ke dah ramai dah?

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Look at it this way. Peminat-peminat fanatik si Sia ni ramai. Bila kita
tunjukkan footage Sia kena marah, ramai mengamuk. Makin ramai yang perang SMS kat
saluran @15. Kita dah berjaya timbulkan polemik. Sebab tu lah I selected footages bila
dia kena hentam hari-hari. Lagi teruk Sia kena marah, lagi banyak SMS kita dapat jual kat
peminat fanatik dia tu!

Abang Besar: You memang pandai dalam hal ini kan? Kalau jualan SMS makin kurang,
pandai jer you create a scene.

Kakak Besar: Hello, they didn't hire me for nothing you know!

**

“Cakap kat mak ko undi siapa? Mak tengok ko macam lain macam jer nok. Ala-
ala senyum sorang-sorang bila SMS tadi!” Tanya Linus dengan raut wajah penuh musykil
ketika sedang berbual dengan Gundutz di dapur.

“Hem undi Sia... Dah dekat 30 kali hem undi dia hari ni.” Jawab Gundutz dengan
selamba.

“HAIYOHHH! Ko dah hilang akal ke nok? Ala-ala ting tong ponen operate!”
Linus bercekak pinggang. Dia tak jadi membasuh pinggan mangkuk kepunyaan Gundutz
yang perlu dibasuhnya.

“Hem tak ting tong lah sundels! Hem serius!”

“Kenapa nok? Boleh explain sikit? Setahu mak, ko kan vencis yaamatz dengan si Sia tu!”

“Mak nak dia stay kat AI, nok. Biar dia terseksa kat situ... Rasakan!”

“Ko memang kejam nok, macam penyokong-penyokong dia yang lahanatz tu


semua! KIJAMMMSSS!”

Gundutz ketawa puas macam nenek kebayan yang jahat. Dia cukup benci dengan Sia.
Baginya, inilah satu-satunya cara yang terbaik untuk melihat si Sia terus sengsara berada
di dalam Akademi Impiana...

161 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

**

21. Si gadis mengeluh panjang. Dia melihat ke arah jam tangannya berkali-kali. Hari
sudah lewat malam. Si gadis sedang menunggu bekas kekasihnya yang berusia 10 tahun
lebih tua darinya itu. Si gadis telah mengenali bekas kekasihnya yang bernama Badrul itu
ketika beliau sedang mengambil pengkhususan dalam bidang pembedahan otak di
London satu ketika dahulu. Di kota itulah mereka mula-mula berkenalan lantas bercinta...

22. Si gadis mendapati bahawa Badrul masih belum tiba ke tempat yang dijanjikan. Si
gadis hampir-hampir terlupa bahawa Badrul selalu datang lambat ketika mereka
melakukan temu janji. Si gadis kini nampaknya resah menunggu. Si gadis sedang
bersedia sedia untuk pulang, tetapi terus membatalkan niatnya apabila Badrul datang
menyergahnya dari belakang:

“Maaf, I lambat. Ada patient kat hospital yang buat hal.”

“You memang selalu buat I macam ni. I was about to leave... Dah satu jam I tunggu!”

23. Badrul berkali-kali meminta maaf kepada si gadis. Beberapa pasang mata
memerhatikan mereka tatkala pertengkaran kecil ini berlaku di Restoran Mahboub, yang
terletak di Bangsar - di tempat yang selalu mereka kunjungi sewaktu mereka bergelar
sepasang kekasih satu ketika dahulu. Si gadis nampaknya kembali tenang. Dia tidak
marah-marah lagi. Dia menyerahkan sebuah beg besar yang terkandung beberapa barang
kepunyaan Badrul yang tertinggal di rumahnya yang ada dibawa bersama pada ketika itu.
Kata si gadis:

“This is it. Dah tak ada barang you lagi kat kondo I. So from now on, you tak payah kacau
I lagi. Dah tak ada sebab lagi you nak jumpa I.”

“Janganlah cakap macam tu, Salina--”

“You ni apahal sebenarnya? Can't you just leave me alone?”

“I think we need to talk?”

“Kenapa baru sekarang you nak cakap dengan I? Bukan ke dulu you tak nak jumpa
dengan I?”

“I just heard from someone that you are meeting someone new.”

24. Si gadis menjeling benci. Berita tentang dirinya cepat sampai ke telinga Badrul. Si
gadis mula merasakan dia mahu pulang sahaja ke rumahnya. Katanya kemudian kepada

162 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Badrul:

“Oh... Jadi bila you dengar desas-desus I ada orang baru, terus you nak jumpa I? Apa
kena dengan you ni? I've moved on, okay!”

“You dengan siapa sekarang? Dengan budak yang makan dengan you kat Starbucks
semalam tu ke?”

25. Si gadis tidak menjawab. Dia sekadar tersenyum sinis. Dia cepat menangkap perasaan
cemburu yang menyelubungi diri Badrul. Katanya kepada Badrul:

“He is just a friend. There's nothing special between us. Lagipun I baru kenal dia. I bukan
macam you, okay! Baru kenal perempuan dalam chatroom terus nak berdating.”

“You tak perlu nak ungkit cerita-cerita lama I!”

“Sekarang apa dah jadi dengan si siapa tu namanya--”

“Ferina”

“Yeah... What ever happened to her?”

“Kita dah berpisah. I don't find her interesting.”

“Kenapa?”

“She's not like you... She's doesn't have an opinion of her own. Apa saja I cakap dia “ya”
kan saja. You tahu I tak suka perempuan tu kan?”

“Bukan perempuan “pak turut” macam tu ke yang you nak pada mulanya?”

“It was all a mistake. I was stupid. Masa mula-mula I kenal dia, I tak tahu dia macam tu.
To tell you the truth, I didn't know what I was looking for sehinggalah you dah tak ada
dalam hidup I.”

26. Si gadis mengeluarkan sepuntung rokok dari kotak rokok kepunyaannya yang ada di
atas meja. Dia menyalakan rokoknya lantas dia hisap dalam-dalam rokok tersebut. Kata
Badrul sewaktu melihat si gadis merokok:

“I thought you've quit smoking.”

“I tension lah tengok muka you... Sebab tu I kena isap rokok. Bagi relaks sikit otak I yang
berserabut ni!”

163 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“I harap lepas ni you jangan merokok lagi--”

“You know what? I felt so insulted bila I dapat tahu yang you main kayu tiga belakang I
dengan si Ferina whatever tu. Like, who is she? Apa kurangnya I? Kalau dia cantik,
berpelajaran tinggi, I tak kisah. I redha you nak pilih yang lebih baik dari I. Ini tidak!”

“Like I said, I'm sorry. It was all a mistake. I buat salah. I dah mengaku.”

“Mesti keluarga si Ferina tu suka dengan you. Ye lah, dapat menantu doktor. Neurologist
pulak tu--”

“Stop it, Salina.”

“No, you stop it! Stop bothering me again. I tak nak jumpa you lagi lepas ni. This time
I'm really serious!”

“I nak jumpa you sebab I nak minta maaf. Dan...”

27. Si gadis seperti dapat meneka apa yang akan dikatakan selanjutnya oleh Badrul. Dia
mengeluarkan dompet wangnya untuk membayar harga minuman yang telah dipesannya
tadi. Dia mahu berganjak dari situ. Tetapi cepat-cepat tindakannya itu dihalang oleh
Badrul dengan Badrul memegang pergelangan tangannya.

“I want you to come back into my life, Salina.”

“Let me go!”

28. Si gadis menarik kembali tangannya dengan paksa. Beberapa pelanggan restoran
mermerhatikan mereka buat beberapa detik sebelum kembali memandang ke arah lain -
seolah-olah tidak ada perkara yang berlaku di hadapan mereka tadi. Mereka tidak ingin
tahu mahupun masuk campur. Kata Salina dengan pantas:

“Maaf Badrul. You know I can't and will never be able to accept you back into my life.”

“Kenapa? You nak budak mentah tu? I think he's younger than you. I dengar dia model
sambilan cum despatch rider.”

“Whoever he is, he is non of your concern, Badrul!”

“Come on Salina! Don't tell me you are going out with a mat rempit! You deserve
someone better... Someone like me!”

164 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

29. Si gadis bergegas berjalan keluar dari Restoran Mahboub. Dengan langkah yang
pantas dia berjalan ke arah tempat dia meletak kereta. Badrul mengikutnya dari belakang.
Cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi suasana malam di Bangsar. Kata
Badrul kepada Salina:

“I nak tengok berapa lama you dapat bertahan dengan mat rempit tu! I know after this you
will come back to me... Tengoklah nanti, Salina! I tahu you siapa. Setiap gerak langkah
you I dapat baca! I know deep inside you, you still love me!”

30. Badrul melihat si gadis masuk ke dalam kereta Peugeot 206 cc yang berwarna biru
kepunyaannya lantas mengunci pintu keretanya. Badrul mengetuk pintu tingkap kereta si
gadis berlaki-kali. Si gadis buat tak layan, malah dengan sengaja, dia membuka radionya
kuat-kuat agar dapat menenggelamkan suara Badrul yang sedang merayu di luar
keretanya. Si gadis membawa keretanya keluar dari kawasan meletak kereta, lalu terus
memandu dengan laju dari kawasan Bangsar. Si gadis kini menangis seorang diri di
dalam kereta. Si gadis kini menangis dengan sepuas-puasnya setelah begitu lama dia tidak
pernah menangis sebegini rupa...

**

Setelah sekian lama kita menonton Akademi Impiana, kita sudah dapat melihat belang
sebenar beberapa pelajarnya. Walaupun begitu, ada sahaja alasan yang diberikan oleh
peminat-peminat fanatik untuk membela nasib pelajar-pelajar yang mereka minati.
Berikut merupakan senarai perangai buruk pelajar-pelajar AI serta alasan-alasan yang
akan diberikan oleh para peminat fanatik mereka:

(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Suara kepit

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara dia unik. Suara dia sebenarnya
macho. Telinga korang jer pekak!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Fyrul – Memakai pakaian menyerupai wanita lengkap
dengan tocang di kepala

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Fyrul macho macam samurai Jepun.
Fyrul Hensem bila bertocang. Fyrul ada great fashion sense. I wish I have a bf like him.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Khir - Suka menukar segala-gala lagu yang
diterimanya kepada irama R&B

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Dia dapat menukarkan lagu yang boring
kepada rentak yang lebih menarik dan up-to-date. Tak ramai penyanyi Malaysia yang
dapat menyanyikan lagu R&B macam dia.

165 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

(Nama pelajar dan perangai buruk): Dara- Breep breepppppppp!!

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Breepppppp breeeeeppppppppppp!!!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Degil dan malas belajar untuk memperbaiki
dirinya

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia sebenarnya boleh perform dengan
baik tapi akan mengambil masa yang lama sikit. Jika diberi peluang dan latihan yang
betul-betul mantap,dia pasti akan lebih berjaya. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah
memberinya masa yang lebih panjang untuk belajar dan menukar semua tenaga pengajar
yang ada.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Suaranya sumbang

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Suara Sia unik dan husky. Sia punya
suara yang unik tetapi kemahirannya tiada. Suaranya yang unik ini perlu
diperkembangkan lagi.

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Lembab menangkap apa yang dipelajari

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia datang dari latarbelakang yang tidak
kondusif untuknya belajar. Dia ibu tunggal, kasihan dia kerana terpaksa tinggalkan anak-
anaknya di kampung. Yang perlu disalahkan adalah guru-guru di AI yang terlalu garang
dan tidak mahu menghormati penyanyi yang berbakat besar sepertinya. Insan Istimewa
seperti Sia sepatutnya diberikan lebih banyak masa dan tumpuan peribadi agar dia dapat
memahami apa yang diajar dengan betul. Masa untuk pelajar-pelajar lain belajar harus
dikurangkan atau tak payah diajar langsung. Semua peluang pembelajaran dan masa harus
diberikan kepada Sia dan Sia sahaja, kerana dialah yang paling berbakat antara mereka
semua!

(Nama pelajar dan perangai buruk): Sia – Selalu kena marah

(Alasan yang akan diberi oleh peminat Fanatik): Sia tu tak ada cacat celanya. Yang
bersalah semua adalah tenaga-tenaga pengajar yang terlibat! Semua! Termasuk
cameraman, pengarah. penerbit dan lain-lain. Tenaga-tenaga pengajar semua tak
profesional langsung. Asyik-asyik nak marah Sia saja. lepas tu cameraman asyik tunjuk
Sia kena marah. Orang lain takder pun kena marah atau tak tunjuk pun kena marah.
Kesian kat Sia! Tak adil betul! Tenaga-tenaga pengajar semua tu belajar takat mana ya,
nak marah Sia tu? Layak ke dia orang marah Sia macam tu? Kalau Sia kena marah sebab
dia tu pelajar, jatuhlah air muka dia. Tapi kalau Sia tak perform, jatuh air muka 6-7 orang
cikgu tu, apalah sangat kan? Tenaga-tenaga pengajar bukannya sapa sangat, sebab Sia tu

166 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

akan jadi artis dan artis adalah lebih penting dari segala-galanya! Lagi banyak Sia kena
marah, lagi banyak kami akan undi dia agar dia terus tetap tinggal di Akademi Impiana!!!

**

Berikut merupakan secebis kertas yang ditemui tertinggal di meja Hetty Kos Anding
setelah tamat rakaman Imbasan AI.... (Oleh Dom Junior)

Dua Insan (Dua cewek)

P : Bila kau senyum, ku gembira ( Kapan kau keluar, ku gembira)


Bila kau sedih, ku menangis (Kapan kau kekal, ku menangis)
Bagai taman rindukan kembang (Bagai ibu rindukan anaknya)
Ku rindu pada mu oh! sayang (Ku meluat kat mu oh Siiaaa...)

L : Di mana saja kau berada (Di mana saja kau berada)


Ku kan tetap bersama mu (Airmata ada bersama mu)
Walaupun jasad mu jauh (Walau dah diajar berkali)
Namun hati mu dekat selalu dah (Namun kau masih tone-deaf)
Walau duri halangan menimpa (Walau dah di tegur berkali)
Bila cinta ada ku tetap setia (Kerna terlalu malas dan terlalu degil)
Hanya dikau dan asmara (Oleh cikgu dan Ramli OS)
Membuat hidup ku bagai (Membuat hidupmu bagai)
Dalam Syurga (Dalam Sinetron)

P : Biar masa berganti masa (Biar Azmil berdrama-drama)


Biar pun musim berubah (Biar Azmil ber-enterfrem)
Telah ku katakan padamu oh! sayang (Sungguh ku meluat padamu oh! Azmil)

P/L : Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)

P : Jika kau tanya pada rembulan (Jika kau tanya pada pengundi)
Mengapa cahaya berseri-seri (Mengapa tak keluar-luar lagi)
Tentu jawabnya kepada mu (Tentu jawabnya kepada mu)
Kerna dikau cinta pada ku (Kerna simpati, bukan bakatmu)

L : Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah (Seekor teddy bear warna pink)
Kau terima sambil tersenyum (Kau terima buat-buat terkejut)
Kembang yang harum kau cium (Tapi nyanyian masih jelek)
Bila saja halangan menimpa (Ada saja alasan diberi)
Kerna cinta ada ku tetap setia (Kerna kesian kau tetap kekal)
Hanya dikau dan asmara (Hanya Si Sia dan Si Dara)

167 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Membuat hidupku bagai (Membuat hidupku bagai)


Dalam Syurga (dalam kandang)

P : Dua insan sedang bercinta (Dua cewek masih kekal)


Dua insan berjanji setia (Dua cewek nyanyian jelek)
Telah ku katakan pada mu oh! sayang (K'pala ku pusing di enterframe oh! Azmil)

P/L :
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan (Hanya kuasa undi dapat menentukan)

168 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 31

Kakak Besar: Please, please ask your favourite adik si Nur tu agar stay in character kalau-
kalau dia kena voted out nanti.

Abang Besar: Isk you ni. Macam nak harap-harapkan dia keluar aja. Mulut you tu dah lah
masin!

Kakak Besar: I cakap kalau... Ye lah. Sesiapa sahaja akan keluar minggu ni kecuali si Sia
tu kan?

Abang Besar: Tu lah. Salah haribulan si Sia tu boleh jadi Juara Akademi Impiana, kan?

Kakak Besar: Kalau dia menang, she will only reflect that state of our music industry.
Enuf said.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Now Back to Nur... I hope that she will stay in character as that budak
pendiam yang serba lemah that I've created for her.

Abang Besar: You mean, she's not?

Kakak Besar: Don't be silly lah. She's just acting all along. Kalau dia nampak macam
independent woman nanti, siang-siang haruslah dia akan kena voted out pulak kan? You
know lah, she's smart enough to supply some people with their fantasies of a weak and
hopeless Malay woman. Macam si Sia lah. Kalau dia tak melalak on every occasion, tak
nampak bengap dengan IQnya yang lebih rendah dari batu kat tepi jalan, mesti tak akan
ada orang nak undi dia. The rule of thumb is... If you're a woman, never show that you are
strong and empowered.

Abang Besar: Tak sangka si Nur ni cerdik budaknya.

Kakak Besar: Of course she is. Tapi tu lah I takut... Tetiba bila dia diundi keluar nanti,
penonton akan sedar she's not what people think she is.

Abang Besar: Lebih teruk nanti... Kalau namanya diumumkan keluar, dia tak menangis.
Worst case scenario, dia akan tersenyum dan nampak happy. Macam mana Azmil akan
timbulkan drama sedih?

Kakak Besar: Kalau tak sedih... Tak ada air mata... Marah pulak sponsor kertas tisu kita,
kan?

169 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: ...

**

“Nok... Kenapa eye-bag akaq Azmil makin obvious nok?” Tanya Gundutz sambil
menguatkan lagi volume TVnya.

“Dia ala-ala tension kot. Ye lah, filem dia kan akan ditayangkan tak lama lagi.”
Jelas Linus. “Haruslah banyak kerja promo bagai. Nak-nak kat adik-adik kan? Ye lah,
siapa lagik yang akan naikkan nama dia nanti kalau bukan adik-adik?”

“Nok, bercakap pasal Akaq Azmil... Hem musykil sikit ni... Kenapa dia suka
kenen-kenenkan peponens AI, dengan budak-budak pompuan macam si Indra, Fyrul dan
Boboy... Yang lain-lain tu dia tak kenankan pulak. Seswatuh occay!”

“Motif adik-adik lah, sundels. Perlu tanya lagik kat mak ke?” Linus terus
menjawab. Gundutz pula terus menonton rancangan Konsert Akademi Impiana tanpa
banyak bersoal-jawab lagi.

Linus mendapati konsert pada malam itu agak hambar. Tak ada apa-apa yang menarik
rasanya. Dia hampir-hampir mahu tertidur sehinggalah apabila tiba giliran Lina pula
untuk menyanyi. Gundutz menjerit-jerit sakan:

“Akaq Azmil pakai wig, terus macam Tina Turner, sundels!”

Pada waktu itu Azmil kelihatannya sedang memakai rambut palsu ala glam rockers
sementara memperkenalkan “kezutan” untuk Lina - pemain gitar terkenal, Sham
Kamikaze dan Man Kidal untuk mengiringi nyanyian Lina.

Dalam konsert yang serba hambar itu, tak banyak perkara yang berlaku yang boleh
dijadikan tajuk perbualan oleh Linus dan Gundutz. Mereka berdua nampaknya lebih
banyak diam dari berkata-kata.

Dalam pada itu, si Gundutz terus mengundi Sia. Dia betul-betul serius dengan
kemahuannya untuk melihat Sia terus dibenarkan “bermain-main” di dalam Akademi
Impiana. Jika tak ada Sia di dalam Akademi Impiana, bosan pula rasanya. Seolah-olah
Akademi Impiana tidak akan ada lagi pelajar yang boleh membuatnya marah-marah atau
benci.

Kemudian, tibalah masa untuk nama pelajar yang terkeluar diumumkan. Azmil
mengumumkan nama Nur sebagai pelajar Akademi Impiana yang harus mengusung
begnya keluar dari dewan.

170 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Nur nampaknya tenang, malah gembira menerima keputusan. Si Azmil pula tak tahu
bagaimana caranya untuk dia buat-buat sedih seperti mana yang selalu dilakukannya. Dia
cuba “enterframe” berkali-kali untuk menarik perhatian penonton agar lebih
menumpukan perhatian mereka kepadanya seperti selalu, tetapi personaliti Nur yang lebih
menyerlah menenggelamkan dirinya terus.

“Mak nak tabik ratu kat Nur ni.” Ujar Linus dengan nada bangga. Buat pertama
kali pada malam itu dia kelihatan tidak mengantuk.

“Tu lah nok. Nur very der poised kan? Ala-ala ratu gituh.” Gundutz menyambut
sambil cuba mengingati setiap gerak-geri Nur agar boleh dijadikannya pedoman di atas
dirinya nanti.

“Apa tidaknya nok... Zurina is a tough act to follow. Yang menangis nanti ko
tengok ler siapa... Si kaki-melalak-untuk-tagih-undi tu lah... Siapa lagi?” Linus bersuara
sinis. Dia melihat ke wajah Timah yang ada sekali pada waktu itu. Timah tidak banyak
bercakap. Seperti ada sesuatu yang menganggu tumpuannya pada waktu itu.

Seperti yang telah diduga, rancangan Konsert Akademi Impiana berakhir dengan adegan
si Sia menangis seperti budak 5 tahun menangis. Si Azmil pula kelihatan terpinga-pinga
kerana lakonannya untuk buat-buat sedih tak menjadi minggu ini. Dan entah apa
motifnya, wajah Khir ditunjukkan berkali-kali di kaca TV... Kononnya si Khir ini
mempunyai perasaan cinta dengan si Nur dan akan menangis sakan seperti keadaan si
Indra ketika si Adlina diumumkan terkeluar dari Akademi Impiana.

Gastro nak buat telenovela gamaknya, tapi macam tak menjadi, kerana:

Si Khir tidak menangis. Matanya sekadar terkebil-kebil. Si Azmil pula masih kelihatan
keliru dek melihat keadaan si Nur yang tidak mengikut acuan “skrip”. Si Adam yang
dikatakan mempunyai hubungan intim dengan si Nur pula sedang sibuk mencari cermin
untuk membetulkan rambutnya. Dan si Sia yang akan terus menyanyi sumbang pada
minggu-minggu berikutnya sedang menangis walaupun tidak ada seorang pun di antara
rakan-rakan pelajar yang ada mahu mendekatinya untuk memujuknya ketika dia sedang
menangis...

Si Timah sedang mengeluh seorang diri. Entah apa sahaja yang dikeluhkannya. Si Linus
dan Gundutz memandang ke arah Timah yang tidak banyak bercakap pada malam itu. Si
Gundutz nampak risau. Lebih-lebih lagi kerana si Timah tidak mahu menjamah kek
browniesnya serta ice cream Haagen Dazs yang telah dibeli oleh Linus.

“Kenapa ni nok. Lain macam jer, ni... Datang bulan ke?” tegur Gundutz kepada
Timah, sambil merapatkan dirinya kepadanya.

171 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tidak ada apa-apa.” Suara Timah kurang bermaya. Dia sedikitpun tidak melawan
kata-kata Gundutz seperti biasa.

“Ni mesti pasal Rahmat, kan?” tanya Linus pula sekadar meneka.

Timah mengangguk tanpa memandang ke arah Linus.

“Kenapa dengan Rahmat?” tanya Gundutz kepada Timah.

“Macam lain macam lah dia tu... Tak macam dulu. Macam semalam... Bila keluar
makan dengan dia... Ada orang call. Lepas tu dia pergi tempat lain berbual. Lama pulak
tu. Macam cakap dengan awek pulak.” Timah menjelaskan. “Kemudian dia nak balik
awal. Selalunya kami lepak kat mamak tu sampai aku nak masuk kerja.”

“Hemm...” Linus memandang ke arah Gundutz. Ada sesuatu di dalam mata Linus
yang cepat dapat dibaca Gundutz.

“Dia berbual dengan sedara dia tak nok... Tak pon dengan kawan-kawan mat
rempit dia tu.” Kata Gundutz dengan nada memujuk. “Dia nak balik awal sebab dia ada
race agaknya. Ye lah... Ko tahu lah perangai mat rempit macam dia tu. Pantang ada race.
Nak jer join sekali, kan?”

“Dia macam dah berubah lah. Tengok ler keadaan dia sekarang... Smart semacam
jer.” Timah memegang bahagian hujung kain tudungnya sambil memintal-mintal
bahagian tersebut. “Sekarang, bila dia keluar dengan aku dia dah pandai pakai minyak
wangi. Dulu tak pernah dia nak pakai minyak wangi depan aku!”

“Dia kan model! Mestilah!” kata Linus tiba-tiba, beberapa detik kemudian dia
cepat-cepat menutup mulutnya kerana tersalah cakap.

“Apa?” Timah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.

“Ermmm--” Linus menggaru-garu kepalanya. Gundutz pula menggelengkan


kepalanya. Dia nampak kesal kerana Linus telah tersalah cakap.

“Korang berdua mesti dah lama tahu tentang hal ni... Tapi masih nak sembunyikan
dari aku!” Rungut Timah. “Kawan apa korang ni!”

“Dia bagitahu kat aku jangan bagitahu kat sesiapa lah nok.” Linus cuba memujuk.

“Termasuk kat aku?” tanya Timah kembali.

“Ye lah kot...”

172 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tapi kenapa?” suara Timah penuh kecewa, kini kepada Gundutz pula.

“Jangan tanya hem lah soalan-soalan cepumas ni semua!” Gundutz cuba mengelak
dari menjawab. Dia masuk ke dalam dapur dengan beberapa keping pinggan kosong di
atas mejanya.

“Mak rasa soalan-soalan ni ko kena tanya sendiri kat dia. Nanti jawab lah dia.
Tentu dia ada sebabnya sendiri.” Linus menasihati. Dia melihat Timah semakin murung.

**

Kepada peminat-peminat Akademi Impiana yang suka berkaraoke, pastinya mereka


mahu menyerikan lagi sesi karaoke mereka dengan mengikut cara nyanyian pelajar
kesayangan mereka. Berikut merupakan tips-tips yang boleh mereka lakukan agar
nyanyian mereka selaras dengan gaya nyanyian pelajar kesayangan mereka.

Boboy: Anda perlu menyanyi dengan gaya nyanyian skizofrenik dengan menyanyikan
lagu pilihan anda dengan menggunakan pelbagai teknik suara.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang mempunyai suara yang
“meletup” yang mahu “showcase” kebolehan mereka menyanyi.

Lina: Anda perlu menyanyikan lagu anda dengan nada suara yang sengau.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang merasakan diri mereka
mempunyai wajah Pesona Bintang.

Azam: Menyanyikan lagu-lagu KRU atau men-KRU-kan lagu-lagu yang mahu anda
nyanyian.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Peminat-peminat setia KRU

Dara: Breep, breeeeeeepppppp!


Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Teletubbies

Fyrul: Pastikan anda kepitkan suara anda ketika menyanyi. Jika ke pusat karaoke, jangan
lupa untuk bertocang dan berkimono.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Mereka yang bersuara kepit serta mereka
yang tergolong dalam kategori Jantayu (Baca: Jantan Ayu) yang suka berhias dengan
pakaian-pakaian yang pelik-pelik.

Khir: Setiap lagu yang ingin anda nyanyikan, perlu anda rosakkan serta ubahkan agar
kedengaran seperti anda menyanyikan lagu berentak R&B (dengan lenggok BB*).
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Adik-adik *Blue Bar, Blue Boy, Velvet dan

173 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

yang sewaktu dengannya...

Sia: Sumbang-sih-kan (Baca: sumbangkan) suara anda. Kemudian buat-buat blur ketika
membaca lirik lagu, ditambah dengan tarian gelek ala Inul ataupun penari eksotik di kelab
malam yang terletak di Patpong, Bangkok.
Siapa yang sesuai menyanyikan lagu cara ini: Ibu-ibu tunggal, janda yang tak reti berhias,
“Insan-insan Istimewa” yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka yang
sememangnya mempunyai suara sumbang tetapi menganggap suara mereka yang
sumbang itu sebagai unik.

174 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 32

Abang Besar: You tahu tak Ramlee OS popularity rate is at all time low?

Kakak Besar: I tahu... Sampai masuk paper komplen cara dia mengajar. Ye lah, orang kita
mana boleh nampak cikgu yang tegas.

Abang Besar: So what do they want, actually?

Kakak Besar: Like what they've always wanted in school. Teachers that kiss their asses.

Abang Besar: You nak tahu apa... Cikgu-cikgu yang I ingat sampai sekarang adalah
cikgu-cikgu I yang garang. Yang buat I belajar dengan lebih bersungguh-sungguh--

Kakak Besar: Dah I cakap, jangan samakan diri you dengan diorang ni semua. You kan
scholar. Berapa kali I kena ulang? Not everybody in Malaysia are like you. You have to
think of the masses! Kat Malaysia ni... Cikgu kena hormat murid, not the other way
around. At least, that's the way to go according to many of Sia's supporters...

Abang Besar: Jadi sekarang apa you nak buat?

Kakak Besar: I think we should soften Ramlee OS' image a bit. You know what, people
already start thinking that he is totally responsible in choosing the songs that are suppose
to be performed by the students.

Abang Besar: Ye ke?

Kakak Besar: And they are accusing him of pilih kasih. You know... Giving the so called
tough songs or boring songs to the students that he doesn't like.

Abang Besar: Lawak lah peminat-peminat fanatik AI ni.

Kakak Besar: This is not funny, okay! Whatever it is, kita buat dia nampak
approachable--

Abang Besar: ...Kalau boleh kita kena buat dia seperti seorang father figure sikit.

Kakak Besar: Betul tu...

Abang Besar: So what do you propose we should do?

Kakak Besar: Apa kata kita buat pelajar-pelajar AI berikan dia hadiah, as a sign that they
love and appreciate him.

175 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Abang Besar: Macam mana kita nak buat? Suruh pelajar-pelajar tu buat kad?

Kakak Besar: Let's find something warmer... Something that's adorable and something
that we can leverage on.

Abang Besar: Well... Cokelat W&W ada banyak sponsor kita sekarang, jadi apa kata
kalau kita tonjolkan mereka lagi?

Kakak Besar: Good idea. We can get one of their stuffed W&W... Cute kan? They'll get
their brands all over the academy!

Abang Besar: Let's get Siti Hawa to bring this idea to the students. Suruh diorang
berlakon or something. Kita buat lah drama sikit. You know!

Kakak Besar: Okay. Nanti I bagitahu Siti Hawa... Oh, by the way, I ada satu kotak besar
penuh dengan cokelat W&W dalam kereta I. Kalau you nak, ambil ler. I dah tak larat nak
makan... I tengah diet lah, yang!

**

-- Hello, Timah. Hello! Kenapa senyap jer ni.

-- Saya rasa takde mood nak cakap dengan awak lah.

-- Kenapa tak turun lagi. Dah lama saya tunggu kat bawah flat awak ni.

-- Saya dah sampai kat Kilang. Saya naik teksi.

-- Isk! Kenapa ni?

-- Saya ada hal.

-- Hal apa pulak ni?

-- Ada hal kat kilang ni lah.

-- Sebelum ni awak selalu nak datang lambat. Ni nak datang awal pulak.

-- Saya tak suka lah kalau awak pikir yang bukan-bukan pasal saya. Awak ingat apa?
Saya pergi dating dengan jantan lain ke?

-- Kenapa ni? Kasar semacam je?

176 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

-- ...

-- Lain kali kalau awak nak ke tempat kerja sendiri. Bagitahu saya awal-awal. Tak payah
saya tunggu kat sini macam orang bodoh.

-- Dah lah. Saya sibuk ni. Saya nak off kan phone saya lepas ni.

-- Eh, dah kenapa ni Timah? Cuba explain kat saya... Ni mesti ada yang tak puas hati
dengan saya ni!

-- Saya tak suka dengan perangai awak--

-- Perangai apa ni?

-- Kenapa awak tak bagitahu kat saya awak buat iklan?

-- ...

-- Kenapa senyap ni? Awak tahu awak salah kan?

-- Salah apa pulak ni?

-- Awak bersalah sebab awak nak rahsiakan benda ni dari saya, sedangkan semua orang
dah tahu!

-- Mana ada semua orang dah tahu! Awak ni main sedap cakap jer.

-- Kenapa awak tak nak beritahu kepada saya yang awak dah jadi model iklan. Kenapa
awak nak berahsia dari saya?

-- Saya nak surprisekan awak.

-- ...

-- Timah. Betul ni. Saya nak awak bangga dengan saya bila saya sendiri beritahu kat awak
apa yang saya buat ni. Tapi masanya belum tiba lagi. Saya belum sedia lagi.

-- Tu semua alasan!Kenapa awak selalu nak kelentong dengan saya?

-- Saya nak kelentong dengan awak buat apa? Saya serius ni. Saya memang belum sedia.
Saya harap awak paham.

177 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

-- ...

-- Timah... Saya mintak maaf.

-- Awak ni, tak habis-habis tu jer lah modal awak.

-- Timah, saya memang mintak maaf dari awak kalau-kalau perbuatan saya tu
menyinggung perasaan awak. Mungkin cara saya tu salah. Saya paham. Tapi memang
saya tak sedia nak beritahu kat awak atau sesiapa. Yang tahu abang Linus saja. Tu pun
sebab dia yang usahakan saya dapat kerja tu dan kerja baru saya ni.

-- Saya rasa awak ada banyak lagi benda awak rahsiakan dari saya...

-- ...

-- Macam ni lah. Saya pun tengah sibuk ni. Awak tak payah nak susah payah call saya
lagi. Esok pun awak tak payah nak tunggu saya hantar pergi kerja. Buat sementara waktu
ni, kita tak payah nak jumpa makan sama-sama.

-- Eh kenapa ni Timah! Sabar lah kalau ya, pun!

Timah menghentikan perbualan dengan memutuskan talian telefon. Rahmat cepat-cepat


menelefon Timah kembali. Didapatinya Timah telah mematikan fungsi telefon bimbitnya
sama sekali. Rahmat mendengus marah. Mahu sahaja dia membaling telefon bimbitnya
jauh-jauh.

Rahmat memakai topi keledarnya. Dia menghidupkan enjin motornya lantas dengan laju
dia keluar dari kawasan perumahan yang diduduki Timah dan Gundutz itu...

**

Denda Roda Impiana

Denda 1: Hempaskan pen marker ke atas atas lantai dan jerit kuat-kuat: “Kamu ingat ini
sekolah apa? Main-main ya?”
Denda 2: Cuba memahami dan menerima hakikat bahawa Johnny dan Jenny adalah
sebenarnya kamera yang tidak bernyawa dan bukan seekor haiwan peliharaan.
Denda 3: Pelajar dimestikan mengepit suara dan memakai tocang serta memakai kimono
setiap kali ke kelas Puan Siti Hawa selama seminggu.
Denda 4: Pelajar harus meniru gaya KRU untuk menyanyikan lagu yang diberikan kepada
mereka untuk minggu ini.
Denda 5: Sebut perkataan breep, breeeeep seribu kali.
Denda 6: Pelajar mesti meng”R&B”kan lagu Negaraku pada setiap pagi selama

178 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

seminggu.
Denda 7: Pelajar harus belajar Bahasa Tamil dari Penasihat Pelajar, Encik John lalu
mengalih bahasa lirik lagu yang mereka terima ke Bahasa Tamil.
Denda 9: Pelajar dimestikan pakai bedak tepung jagung ke muka mereka, kemudian
menyumbangkan suara mereka seperti Sia, lalu mengikut gelek tariannya dan seterusnya
cuba menangis untuk meraih simpati agar tidak perlu didenda lagi.

179 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 33

31. Si gadis terus memandu keretanya pada malam itu. Dia dapat melihat wajah si
jejaka yang sugul. Si jejaka hanya mendiamkan dirinya. Hanya sesekali dia bersuara
meminta si gadis agar jangan membawa keretanya terlalu laju. Si gadis kemudian cuba
menenangkan fikiran si jejaka dengan memainkan kompilasi lagu-lagu lama tahun
awal 80-an yang terdapat dalam koleksi cekera padatnya.

32. Lagu demi lagu dari cekera padat itu berkumandang memecahkan suasana hening
pada malam itu. Kemudian, sewaktu lagu seorang penyanyi popular pada era tersebut
dimainkan, tiba-tiba si Jejaka meminta agar lagu tersebut dihentikan. Si gadis menurut
sahaja dalam perasaan kehairanan, kerana sebelum ini, lagu-lagu yang dibawa oleh
penyanyi lain langsung tidak dipedulikan jejaka. Tanya si gadis:

“Kenapa awak tak suka dengan lagu tadi?”

“Saya ada sebab saya sendiri...”

“Saya cukup minat dengan lagu-lagu nyanyian Saliza Malik ni. Mak saya pun minat...
Sekarang dia jadi pelakon pulak, kan?”

Si jejaka tidak menjawab. Dia memandang kosong ke luar tingkap kereta. Suasana malam
agak gelap. Entah apa sahaja yang sedang direnungkannya pada ketika itu. Si gadis
menambah lagi dengan harapan sekurang-kurangnya si jejaka akan terhibur dengan
celotehnya pada malam itu:

“Kawan saya, dia ni wartawan hiburan... Dia pernah menemu ramah Saliza Malik untuk
majalahnya. Ye lah, dia kan tiba-tiba jadi popular sejak dua tiga tahun lepas bila dia mula
jadi spokesperson untuk produk kecantikan Layla Los Angeles. Kawan saya ada tanya
dia... Mengapa wajah dia tiba-tiba sahaja makin muda. Bentuk hidung dan dagunya pun
dah berubah. Dia kata berkat air sembahyang. Tapi kelakar lah kan, not like we are all
stupid tak tahu apa tu botox dan kegunaannya. Macam lah kita semua tak pernah tonton
rancangan Extreme Makeover tu semua!”

“Hmmm...”

“Bila kawan saya sempat juga tanya... Ke mana dia menghilang sebelum wajah dia ni
tiba-tiba jer jadi semakin cantik. Dia kata pergi umrah. Tapi bila selidik punya selidik,
rupa-rupanya dia pergi ke New York buat pembedahan plastik.”

Si jejaka mengeluh. Dia memandang ke arah si gadis, seolah ada sesuatu yang ingin
diberitahunya kepada si gadis. Hatinya berat untuk memberitahu, tetapi dirasakannya dia
perlu memberitahu kepada si gadis perkara yang lama terbuku di dalam hatinya:

180 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya minta maaf jika saya suruh awak berhenti dari terus memainkan lagu Saliza Malik
tadi. Saya tahu lagu tu pernah popular satu ketika dahulu dan sebab lagu tu, sampai
sekarang orang akan kenang dia sebagai artis popular tahun 80-an. Ada pula orang yang
anggap dia diva seperti kawan saya Gundutz dan abang Linus. Tapi saya memang tak
suka dengannya!”

“Kenapa?”

“Sebab dia pernah tinggalkan saya dan bapa saya semata-mata kerana nak kejar
impiannya sebagai seorang penyanyi--”

“Saya tak faham--”

“Dia ibu saya, Salina. Ibu saya yang tidak pernah saya kenali... Dia tinggalkan saya ketika
saya berumur 2 tahun. Dia ke KL sebab nak jadi penyanyi. Bila terkenal, kami terus
dilupakannya, seolah-olah saya dan bapa saya tak pernah wujud di dalam hidupnya.
Kemudian dia minta cerai dari bapak saya supaya dia dapat menjadi isteri kedua Datuk
Hassan tokoh korporat yang terkenal tu. Cuba awak bayangkan... Saya membesar tanpa
mengenali kasih sayang seorang ibu sepertinya.”

“Saya mintak maaf. Saya tak tahu hal ni...”

33. Si gadis memandang ke arah wajah si jejaka. Dia sedang menggosok-gosok


wajahnya berkali-kali dengan kedua belah telapak tangannya. Si jejaka kemudian
memeluk tubuhnya sambil berkata:

“Sebab itulah agaknya saya tak suka dengan penyanyi ni semua. Mereka sanggup buat apa
sahaja asalkan mereka jadi glamor dan terkenal. Ada yang sanggup tinggalkan anak
sendiri semata-mata nak jadi penyanyi. Yang sanggup menipu dan berbohong tu jangan
cerita lagi lah!”

“Apa yang ibu awak lakukan memang salah--”

“Sebab itulah saya tidak mungkin boleh maafkan dia. Saya pun tak tahu apa yang dia
dapat dengan jadi penyanyi tu sampai sanggup tinggalkan bapa saya di kampung. Awak
tahu tak? Malu bapak saya dibuatnya! Sampaikan ada orang tuduh dia tak pandai jaga
bini sendiri!”

“Yang sudah tu sudah...”

“Saya telah ke KL dengan tujuan untuk satu hari nanti saya akan dapat bertemu
dengannya.”

181 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tapi kenapa?”

“Saya dah cakap dulu... Saya nak tahu mengapa dia lakukan ini semua kepada saya dan
bapa saya.”

“Saya mungkin boleh membantu--”

“Bagaimana?”

“Saya kenal dengan director yang buat infomercial Layla Los Angeles dengan dia.
Mungkin dia boleh membantu. Kalau tak, saya boleh tanya kawan saya wartawan hiburan
tu...”

34. Si jejaka mengangguk. Dia nampak kelesuan. Perjalanan untuk ke Muar semakin
dekat. Dia memikirkan tentang keadaan bapanya di sana. Timbul pula rasa kesal yang
amat mendalam di dalam jiwanya. Katanya kepada si Gadis:

“Saya tak sepatutnya berada di KL bila saya tahu dia sakit di kampung. Ini semua salah
saya.”

“Rahmat... Ini bukan salah awak. Dah takdir dia sakit. Awak tak boleh buat apa-apa
kecuali berdoa agar dia cepat sembuh.”

35. Si jejaka mengeluh. Matanya kosong memandang ke arah jalan yang gelap di
hadapannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Dia ingin
melihat jika Timah ada menghantar mesej kepadanya seperti mana yang selalu
dilakukan kepadanya. Tidak ada sebarang mesej yang diterimanya. Perasaan kecewa
yang amat sangat mula menyelubungi dirinya...

**

Timah kelihatan sugul sewaktu sedang menonton rancangan Akademi Impiana pada
malam itu. Dia langsung tidak berkata-kata mahupun menjamah mee goreng yang telah
dimasak oleh Gundutz.

Timah langsung tidak memberi sebarang komen sewaktu Gundutz memberitahunya


bahawa pelajar yang paling diminatinya, Khir terkena alergi gatal-gatal di kulitnya kerana
terlalu banyak makan udang pada hari sebelumnya.

Timah masih terus diam walaupun Sia kelihatan seperti mahu dihumban oleh Puan Siti
Hawa sewaktu beliau mengajarnya menyanyi dengan betul.

182 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Setiap kali Gundutz dan Linus berceloteh, mereka akan memandang ke arah Timah,
seolah-olah menunggu Timah untuk membalas kata-kata mereka. Tetapi Timah terus
mendiamkan dirinya.

Gundutz dan Linus kini rasa seperti ada sesuatu yang yang tidak kena kerana Timah tidak
mahu melayan celoteh mereka seperti selalu.

Sejurus selepas rancangan Akademi Impiana selesai, Timah terus meminta dirinya lalu
keluar dari rumah Gundutz. Wajahnya jelas nampak sedih. Seperti dia kehilangan sesuatu
yang berharga di dalam dirinya.

“Dia tahu ke?” tanya Linus kepada Gundutz.

“Tahu apa ni nok?” tanya Gundutz kembali. Dia menekan butang kawalan
jauhnya untuk menonton saluran MTV.

“Pasal Rahmat ler. Kan dia balik kampung dia semalam.”

“Hem tak bagitahu dia lah nok. Dia tengah mengamuk dengan si Rahmat--”

“Baguslah dia tak tahu... Haruslah dia hangin kalau dia dapat tahu Rahmat pergi
balik kampung dengan Salina, kan?”

“Tu lah sebab hem tak nak masuk campur hal orang ni, nyeh.” Gundutz menukar
saluran TVnya sekali lagi. Kali ini ke saluran @15. “Eh, kenapa si Rahmat balik
kampung tiba-tiba ni nok?”

“Bapak dia sakit... Si Salina pulak temankan dia ke sana. Kan mak dah cakap pagi
tadi!”

“Hem, tak dengar sangat apa ko bebelkan. Ye lah, pagi tadi hem sibuk dengan
kerja boss hem bagi. Serabut kepala hem!”

“Apa-apa pun... Mak rasa si Timah ni ada masalah dengan si Rahmat.”

“Ye lah, Rahmat makan luar! Mana dia tak mengamuk!”

“Jahatnya molot kau nok! Mana ko tahu? Main sedap molot jer kan?”

“Alah nok... Kalau dah jantan. Boleh percaya ke?”

“Entahlah... Tapi Rahmat tu baik budaknya. Bukan sebarang-sebarang mat rempit.


Mak tahu dia sayang kat si Timah tu. Kalau tak, dia tak akan susah-susah hantar si Timah

183 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

tu pergi kerja tiap-tiap malam.” Kata Linus. Dia mengambil majalah Media Riadah yang
menonjolkan gambar Fyrul, Adlina, Indra dan Lina Yasmin pada bahagian kulit hadapan
dengan tajuk-tajuk bahan cerita seperti: “Bukan semua pereka fashion itu gay” dan
“Adlina dan Indra akui hubungan mereka memang rapat”. Majalah tersebut dibelek-
beleknya sambil tersenyum. “Si Rahmat tu boleh pergi jauh. But I think he has to sort out
his life first... Macam banyak sangat masalah budak tu!”

Si Gundutz menaikkan kedua belah bahunya seolah dia tidak ingin tahu perihal Rahmat.
Dia duduk sebelah Linus sambil membaca isi majalah Media Riadah yang langsung
membuatnya ketawa berdekah-dekah. Terutamanya pada bahagian artikel di mana Fyrul
seboleh-bolehnya menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa dirinya gay seperti
mana yang diperkatakan di beberapa laman serta forum di dalam Internet...

184 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 34

“Eh tak kuasa hem tengok Akaq Azmil bukak step silat!” Ujar Linus kepada
Gundutz sewaktu Azmil sakan bercerita tentang lagu Mentera Semerah Padi yang bakal
dinyanyikan oleh Khir.

“Hem tengok pon takut, sundels! Ye lah, dengan rambut blond bagai dia tuh
bukak pencak silat!” Balas Gundutz.

“Macam srikandi handalan gituh kan?”

“Macam Tun Fatimah der blond, bley?” Gundutz cepat-cepat berpaling ke arah
Timah untuk menunggu balasan kata-kata pedas darinya. Tetapi Timah terus diam.
Matanya kaku ke kaca TV.

Timah terus diam walaupun penyanyi kesayangannya, Khir sedang beraksi di kaca TV.
Khir dengan lenggok suara lembutnya telah menyanyikan lagu Mentera Semerah Padi
dengan bersungguh-sungguh. Seperti biasa, dia seboleh-bolehnya mahu meng-R&Bkan
lagu ini sehingga Puan Siti Hawa terpaksa memintanya menyanyikan bait-bait lagu ini
mengikut iramanya yang betul. Menurut Puan Siti Hawa kemudian: “Lagu ini dibentuk
untuk orang yang berperawakan tegas.”

“No wonder susah si Khir ni nak bawak lagu ni,” ujar Gundutz dengan nada
memerli, “si Khir ni kan sotong. Nak tegas macam mana, kan? Nyanyi macam gayah der
siti coverina ada lah!”

Timah tak sekalipun berganjak dari tempat duduknya, mahupun bersuara untuk
membantah apabila Gundutz mengeji penyanyi kesayangannya itu. Apabila Linus dan
Gundutz mengajuk cara Khir berlakon seperti Mak Enon pun dia masih terus diam.

Linus kasihan melihat keadaan si Timah. Sebaik sahaja rancangan Diari Akademi
Impiana selesai, dia terus bersuara kepada Timah:

“Timah... Kenapa dengan kau ni? Tadi bila kau datang ke sini aku tengok mata
kau bengkak macam orang baru lepas nangis. Lepas tu, sejak semalam aku tengok ko
diam jer. Seswatuh sangat!”

“Tak ada apa-apa lah.” Jawab Timah perlahan.

“Tak ada apa-apa apakejadahnya? Selalunya kau akan bagi statement: 'Tak ada
apa-apa lah! Kau kepoh apasal?'” Linus sengaja mengajuk cara kebiasaan Timah
menjawab kata-katanya sebelum menambah lagi. “Kalau kau rindu sangat dengan si
Rahmat tu... Call jer lah!”

185 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tak nak lah.” Timah menggeleng lemah.

“Kau off phone kau, kan?”

“Dah tu apasal? Tak boleh ke aku off kan phone aku sendiri?”

“Mana tahu si Rahmat nak call kau ke?”

“Biar lah dia nak call ke apa...”

“Tak baik lah Timah, oiiii!” Gundutz bercekak pinggang, “mana tahu dia cuba call
kau ke, apa ke--”

“Malas lah nak layan dia lagi!”

“Sudehhhh! Takdamaknanya! Ko hengat hem tak tahu ko dok melalak kat


rumah?” Gundutz menjeling, walaupun di dalam hatinya dia cukup kasihan melihat
keadaan Timah sekarang. “Kalau ko rindu kat dia cakap je lah. Mengaku kat hem kan
senang?”

“Kau sayang dia, kan Timah?” Linus bertanya dengan suara perlahan persis
keibuan.

“Entahlah...”

“Nok... Kalau ko cakap ko vencis dia pon, adik-adik macam kita ni tahu apa yang
tersimpan dalam lubuk hati kau tu.” Jelas Gundutz. “Sebaik-baiknya ko call dia nok.
Sedih hem tengok keadaan ko tak semenggah macam ni. Hem rindu sangat dengan molot
kak nam ko tu.”

“Aku rasa dia ada orang lain.” Timah ke dapur untuk mengambil bekal makanan
yang selalu disediakan oleh Gundutz untuknya. “Sebab tu lah dia dah banyak berubah.
Banyak sangat dia nak rahsiakan.”

Gundutz dan Linus saling berpandangan. Mereka rasa serba salah. Sememangnya mereka
telah lama mengetahui tentang hubungan intim antara Rahmat dengan Salina.

“Kalau boleh, aku tak mahu tahu apa-apa pasal dia lagi. Malas dah aku nak layan
kerenah dia tu. Lagipun kumbang bukan seekor!” kata Timah tak bertapis-tapis. Dia terus
keluar dari rumah Gundutz. Di dalam keadaan marahnya itu dia masih tidak mampu
melupakan Rahmat.

186 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Timah pulang ke rumahnya. Timah seboleh-bolehnya mahu menanam rasa bencinya


terhadap Rahmat agar dia dapat melupakannya. Sekurang-kurangnya buat sementara
waktu ini...

**

Rahmat bangun awal pada pagi itu. Didapatinya, Salina sudah lama bangun dari tidur.
Malah, Salina sedang berada di dapur bersama Mak Ngahnya sambil menyediakan
sarapan pagi. Salina kemudian keluar bersama Mak Ngah sambil menatang dulang penuh
dengan makanan dan minuman yang telah mereka sediakan bersama.

Salina sedang memakai baju kurung berwarna biru. Sebelum ini Rahmat tidak pernah
melihat Salina memakai baju kurung, inikan pula baju kurung yang layaknya dipakai pada
hari Raya. Salina memang kelihatan ayu pada pagi itu. Rahmat tergamam buat beberapa
ketika melihatkan kejelitaan Salina.

Mak Ngah dan Pak Ngah nampaknya suka melihat kehadiran Salina di dalam hidup
mereka. Sememangnya mereka tidak mempunyai anak perempuan. Anak-anak lelaki
mereka pula masih bujang. Yang paling tua berusia 19 tahun. Dan mungkin sebab itulah
Mak Ngah sakan melayan Salina yang suka berceloteh dengannya. Belum apa-apa, Mak
Ngah sudah mahu mengambil Salina sebagai anak angkatnya sendiri.

Mak Ngah dan Pak Ngah pada mulanya terkejut melihat Rahmat membawa Salina ke
rumah mereka lewat malam semalam. Tetapi Rahmat memberitahu mereka bahawa
Salina adalah kawan baiknya dan ingin membantu. Di dalam benak fikiran mereka, sudah
tertanam anggapan bahawa Salina adalah kekasih Rahmat, jika tidak, masakan Rahmat
mahu membawanya pulang ke kampung?

Lagipun, layak benar jika Rahmat cepat-cepat mendirikan rumahtangga, fikir Pak Ngah
dan Mak Ngah – itulah yang telah mereka bincangkan sewaktu mereka mula-mula
berkenalan dengan Salina pada malam sebelumnya. Rahmat seusia dengan bapanya ketika
bapanya dahulu mula mendirikan rumahtangga dengan isterinya dahulu. Dan mereka pula
melihat Salina sebagai calon isteri yang cukup sesuai untuk Rahmat. Kedua-duanya sama-
sama elok rupa parasnya. Tak elok juga rasanya mereka melihat Rahmat membawa anak
dara orang seperti Salina ke mana-mana dia pergi. Lebih baik rasanya mereka berkahwin
dari mengundang fitnah dari orang kampung! Itulah yang mereka fikirkan...

Selepas bersarapan, mereka berempat terus ke hospital dengan berkereta. Salina berkali-
kali meminta maaf kepada Pak Ngah dan Mak Ngah kerana bahagian tempat duduk
penumpang keretanya agak sempit. Mereka nampaknya tidak kisah. Tatkala dalam kereta,
mereka lebih banyak berbual dengan Salina yang peramah itu. Pelbagai soalan yang
mereka tanyakan kepada Salina, seperti pekerjaannya sehinggalah ke latar belakang
keluarganya.

187 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Mereka berempat tiba di hospital dan terus ke wad ICU untuk menemui Jumairi, bapak
kepada Rahmat. Dari luar wad ICU, mereka dapat melihat bahawa keadaannya semakin
stabil. Dia sedang berada dalam keadaan sedar, walaupun wajahnya pucat. Jururawat yang
mereka temui hanya membenarkan seorang dua sahaja pelawat datang untuk melawat.
Pak Ngah dan Mak Ngah mengesyorkan agar Rahmat dan Salina sahaja pergi menemui
Jumairi.

Rahmat terus memeluk bapaknya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kamar ICU.

Jumairi mendapati anak tunggalnya itu sedang menangis teresak-esak di atas dadanya.
Jumairi cuba memujuk anaknya itu agak berhenti menangis, sambil sesekali memandang
ke arah Salina.

“Dah... Jangan nangis lagi. Anak lelaki tak bagus nangis macam ni.” Jumairi
mengangkat kepala Rahmat. Dia menyapu air mata Rahmat yang berlinangan jatuh
membasahi bajunya.

Rahmat mengangguk patuh. Dia berpaling ke arah Salina. Kemudian kepada bapanya:

“Ayah... Ini Salina, kawan saya.”

Jumairi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Salina. Dia tersenyum. Dia
cuba duduk berbaring. Cepat-cepat Salina dan Rahmat membantunya.

“Keadaan ayah dah baik dah. Esok lusa keluarlah ayah dari hospital ini. Kau tak
perlu risau.” Jumairi berkata dengan suara tenang.

“Ayah perlu berehat...”

“Aku tak suka lama-lama duduk dalam hospital ni. Nanti tak terbayar pulak--”

“Ayah tak perlu risau tentang hal tu semua. Duit boleh dicari, yah.”

“Aku tak mahu susahkan kau, Rahmat.” Mata Jumairi layu memandang ke arah
anaknya itu.

Seorang doktor tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia memerhatikan Rahmat dan Salina. Dia
bertanyakan kepada Rahmat jika dia adalah anak kepada Jumairi. Rahmat mengangguk.
Doktor berbangsa Serani itu meminta agar Rahmat menemuinya di luar. Ada sesuatu yang
ingin dibincangkan dengannya.

Rahmat mengekorinya berjalan keluar dari wad ICU. Salina menurut dari belakang.

188 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Doktor Fernandez membawa mereka ke bahagian yang agak sepi di hospital tersebut, lalu
memulakan perbincangannya dengan Rahmat dan Salina:

“Kita perlu membawanya berjumpa dengan doktor pakar.”

“Tapi dia nampak sihat saja!” Ujar Rahmat. Suaranya tersekat-sekat. “Dia kata dia
nak keluar dari hospital ni secepat mungkin--”

“Dia nampak sihat sahaja sekarang, tetapi pendarahan di kepalanya dah mencapai
tahap kritikal.” Beritahu Doktor Fernandez dengan nada yang mendatar. “Jika dia terus
dirawat di sini, kita mungkin tidak boleh menyelamatkannya. Terus terang ingin saya
katakan di sini bahawa dia mungkin ada dua atau tiga minggu sahaja untuk hidup jika kita
tidak melakukan rawatan lanjut terhadap dirinya.” Doktor Fernandez menggigit bibirnya
sendiri. Memang menjadi kewajipannya untuk memberitahu kepada Rahmat tentang hal
ini, walaupun dia rasa bersalah untuk memberitakan hal sebegini rupa kepadanya.

Wajah Rahmat berubah pucat. Salina memegang bahu Rahmat dengan erat.

“So when do you reckon we should bring him to see a specialist?” Tanya Salina
dengan nada yang tegas.

“As soon as possible. But it can be expensive. That's all I can tell you right now.
Encik Jumairi probably has go though a process called embolization, which involves
closing off the vessels of the arteriovenous malformation in his brain by injecting glue
into them. This is a very intricate process. Only a specialised neurosergeon in KL can
perform this...”

“Just arrange everything for us doctor. For the time being, just make sure that he'll
get to KL safely. I'll take care of any oustanding bill.”

“Awak tak perlu susah-susah nak bantu saya...” Rahmat memeluk tubuhnya
sambil berpaling ke arah Salina.

Salina merenung ke dalam mata Rahmat dengan satu pandangan yang terus membuat
Rahmat kelu. Rahmat seolah-olah faham bahawa Salina mahu melakukan yang sebaiknya
untuk membantu.

Doktor Fernandez mengangguk. Dia bersalaman dengan Rahmat dan Salina. Dia
kemudian berjalan bergegas ke pejabatnya untuk menguruskan kerja-kerja membawa
Jumairi dari Hospital Muar ke Pusat Perubatan Pantai yang terletak di Bangsar.

Rahmat mendongak sambil belakangnya bersandar ke dinding. Dia mengeluh sedih.

189 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya tak tahu bagaimana nak membayar kos pembedahannya nanti. Kepala saya
dah buntu. Saya bukan orang senang!” jelas Rahmat kepada Salina. Wajahnya masih
pucat. Matanya berkaca-kaca.

“Kita jangan fikirkan tentang itu semua dahulu. Yang penting, kita dapatkan
nasihat pakar di KL. Kita tanya berapa kos pembedahan tu nanti. Lepas tu kita cuba
berusaha untuk dapatkan wang yang diperlukan...”

Rahmat mengangguk setuju. Salina mengeluarkan kertas tisu dari beg tangannya. Dia
mengelap bahagian mata Rahmat yang lembab dengan lembut. Rahmat memegang tangan
Salina lantas mengucupnya sekali sambil mengucapkan kalimah “terima kasih” dengan
perlahan...

190 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 35

Jumairi mendapat tahu bahawa dia akan dibawa dengan sebuah ambulans yang telah
ditempah khas untuk memindahkannya ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala
Lumpur pada malam semalam. Dia juga telah mendapat tahu bahawa Salina telah
menguruskan segala-galanya agar perkara ini dapat dilakukan dengan lancar.

Jumairi banyak kali memerhatikan hubungan di antara Salina dan Rahmat. Sebelum ini,
Rahmat tidak pernah memberitahu kepadanya tentang kawan-kawannya di Kuala
Lumpur. Kali ini, ketika dia menemuinya, tiba-tiba sahaja Rahmat membawa Salina
bersamanya. Perkara ini sememangnya telah mengejutkannya, namun begitu dia dapat
menerima kehadiran Salina di dalam hidupnya dan khususnya Rahmat dengan baik.

Jumairi cukup senang melihat hubungan yang terwujud di antara Salina dengan Rahmat.
Didapatinya Salina seorang yang cukup prihatin terhadap dirinya, juga orang-orang yang
terdekat dengannya. Semalam petang, Jumairi telah berpeluang untuk bertemu dengan ibu
dan bapa Salina yang telah datang melawat dari Johor Bahru. Mereka telah datang untuk
melawatnya setelah Salina memberitahu kepada mereka tentang keadaannya dirinya yang
terlantar di hospital.

Sejuk hati Jumairi melihat budi pekerti Salina yang baik serta perwatakannya yang sopan
serta lemah lembut. Semalam, barulah diketahuinya bahawa Salina adalah seorang anak
kacukan, walaupun persoalan ini telah bermain-main di dalam benak fikirannya sejak kali
pertama dia bertentang mata dengan Salina. Bapanya, Leone Alberti atau nama Islamnya
Sulaiman Abdullah adalah seorang yang peramah - maka fahamlah Jumairi di mana
datangnya sikap peramah Salina itu dan kecantikannya pasti datangnya dari ibunya yang
masih kelihatan jelita walaupun umurnya telahpun mencecah setengah abad.

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Jumairi telah meminta agar Rahmat pulang ke
rumahnya di kampung dan mengambil sebentuk cincin yang masih tersimpan dengan baik
di dalam almarinya. Jumairi telah meminta agar Rahmat membawa cincin tersebut
kepadanya pada pagi itu sebelum dia dibawa ke Kuala Lumpur. Dan ada sesuatu yang
penting yang ingin diamanahkan kepadanya nanti, katanya.

“Ibu dan bapak kamu bagaimana?” tanya Jumairi kepada Salina yang sedang
mengemaskan beberapa barangan kepunyaan Jumairi lalu dimasukkannya ke dalam
sebuah beg kecil. Salina menemani Jumairi sementara menunggu ketibaan pembantu
kesihatan, sambil-sambil masih menanti ketibaan Rahmat yang pergi mengambil salinan
bil hospital dari pejabat pengurusan.

“Mereka sihat sahaja. Sebelum mereka pulang ke JB malam semalam, mereka


sekali lagi kirim salam kepada pak cik. Mereka harap pak cik akan beransur sihat. Mereka
akan ke KL nanti untuk melihat perkembangan pak cik di sana.” Jelas Salina dengan

191 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

tertib. Setelah jam tangan kepunyaan Jumairi dimasukkan ke dalam beg kecil yang
dipegangnya, beg tersebut ditutup zipnya dengan penuh berhati-hati.

“Apa yang ibu dan bapa kau bualkan dengan Rahmat semalam. Lama aku tengok
mereka berbual di luar.” tanya Jumairi.

“Mereka bertanyakan kepada Rahmat tentang pak cik. Mereka juga saya rasa
mahu berkenalan dengan Rahmat. Mereka memang macam tu, pak cik. Sejak saya kecil
lagi, semua kawan-kawan saya mahu mereka dikenali.”

“Kamu dengan Rahmat... Kawan sahaja?”

“Ya pak cik. Kami berkawan. Sebenarnya kami baru sahaja berkenalan.” Jawab
Salina malu-malu. “Kami mula berkenalan bila dia datang ke pejabat saya--”

“Aku tahu kau suka dengan si Rahmat tu.” Jumairi melemparkan sekuntum
senyuman kepada Salina yang bentuknya hampir sama dengan senyuman nakal dari
Rahmat.

Salina tidak menjawab. Dia sedikit terkejut mendengar kalimah-kalimah itu keluar dari
mulut Jumairi. Salina hanya mampu membalas senyumannya.

“Saya sebenarnya dua tahun lebih tua dari Rahmat, pak cik. Jadi--”

“Sejak bila pula umur jadi penghalang?”

“Penghalang kepada apa pak cik?” tanya Salina dengan nada mengusik.

“Pak cik tahu pak cik tak ada banyak masa lagi di dunia ni. Jadi, satu-satunya
perkara yang pak cik mahu pastikan adalah kehidupan Rahmat terurus. Pak cik tak mahu
dia melakukan segala kesilapan yang pernah pak cik lakukan dahulu. Pak cik mahu dia
bahagia. Pak cik dapat rasakan, dia akan dapat kecapi kebahagiaan yang dia cari-cari
semala ini jika dia bersama kamu.”

“Soal hidup dan mati, jodoh pertemuan tu semua di tangan tuhan, pak cik...”
Salina memegang tangan Jumairi dengan erat. “Entahlah pak cik... Mak dan bapa saya
pun cakap benda yang sama kepada saya semalam...”

“Apa yang mereka kata?”

“Mereka tanya kepada saya, bila lagi saya nak berkahwin. Mereka fikir saya dan
Rahmat dah lama berkenalan dan kami mempunyai hubungan yang lebih erat dari sekadar
seorang sahabat biasa. Mungkin salah faham tu berlaku bila mereka lihat saya telah ke

192 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

sini mahu membantunya--”

“Kau ada hati dengan Rahmat?” tanya Jumairi sambil tersenyum walaupun dia
sudah dapat meneka jawapannya.

Salina serba salah mahu menjawab soalan tersebut dari Jumairi. Katanya dengan suara
yang tenang:

“Saya memang ada menaruh perasaan kepadanya. Tetapi saya tak tahu jika selama
ini saya sekadar bertepuk sebelah tangan.”

“Aku sebenarnya cukup kenal dengan si Rahmat tu... Dari gerak-gerinya, aku dah
boleh agak dia suka dengan kau, cuma dia belum bersedia untuk memberitahu kepada
kau, agaknya...”

Salina tidak menjawab. Dia sekadar mendengar apa yang ingin dikatakan lagi oleh
Jumairi kepadanya:

“Mereka tahu tentang pekerjaan Rahmat dan kedudukan keluarga kami?”

“Mereka tahu. Mereka tidak pentingkan itu semua. Mak saya sendiri dari sebuah
keluarga yang susah. Mereka ada cakap semalam kepada saya... Mereka tidak kisah siapa
yang saya pilih sebagai kawan... Atau calon suami, asalkan saya bahagia. Itu yang penting
bagi mereka...”

Rahmat tiba-tiba masuk ke dalam wad. Dia menyerahkan bil rawatan hospital yang ada di
tangannya kepada Salina. Salina cepat-cepat memasukkan bil tersebut ke dalam beg
tangannya.

“Awak berbual pasal apa tadi?” tanya Rahmat sambil mendekatkan dirinya kepada
bapanya.

“Kita gossip pasal awak lah, apa lagi!” Salina menjeling manja. Rahmat tersengih
sendiri. Jumairi cukup senang melihat Rahmat kembali ceria dan tidak murung seperti
semalam.

“Ayah... Ini cincin yang ayah suruh saya cari semalam. Hampir setengah jam saya
mencari barulah jumpa.” Rahmat menyerahkan sebentuk cincin yang selama ini tidak
pernah dilihatnya kepada Jumairi.

“Cincin ini kepunyaan ibu kamu, cincin kahwinnya. Dia tinggalkan cincin ini
kepada aku bila kami berpisah dahulu,” ujar Jumairi dengan perlahan. Dia mengamati
cincin emas yang bertatahkan berlian itu. Memori suka duka dia bersama bekas isterinya

193 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

tiba-tiba membasahi jiwanya. Jumairi menarik nafasnya panjang-panjang. Nafas penuh


rasa kesal. “Aku pernah sayang dengan ibu kau itu setengah mati, walaupun selama ini
aku beritahu kepada kau yang aku membencinya. Aku mahu meminta maaf jika aku dah
tanamkan rasa benci kau kepada ibu kau tu selama ini. Aku tak sepatutnya melakukan ini
semua.”

Rahmat berdiri kaku. Perasaannya sedikit terganggu mendengar penjelasan dari Jumairi
tadi.

“Salina, aku mahu kau terima cincin ini.” Jumairi memegang kedua belah tangan
Salina lalu menyerahkan cincin tersebut kepadanya. “Tak banyak harta yang aku ada
untuk aku serahkan kepada kau untuk membalas segala budi baik kau kepada aku. Tapi
ini sahaja yang aku ada...”

Salina termanggu buat beberapa ketika. Dia memandang ke arah wajah Rahmat yang kini
nampak sedikit kabur.

“Saya tidak boleh terima pemberian pak cik ini. Lagipun saya tolong pak cik
dengan iklas.” perasaan sebak mula melanda dirinya. Salina berharap Rahmat akan
mengatakan sesuatu kepada bapanya, tetapi Rahmat terus tercegat berdiri tanpa sepatah
perkataan pun terkeluar dari mulutnya.

“Aku juga ikhlas mahu memberi. Aku harap, kau jagalah nanti cincin ini baik-
baik.” Jumairi menyarungkan cincin tersebut ke jari manis tangan kanan Salina. Salina
tertunduk akur.

“Rahmat... Aku harap kau akan dapat jaga Salina ini betul-betul. Salina ini baik
budaknya.”

Rahmat mengangguk sekali. Dia perpaling ke arah Salina yang sedang memandang sayu
ke dalam wajah Jumaini.

“Satu lagi... Bila kau pulang ke KL nanti. Aku harap kau akan mencari ibu kau tu.
Mungkin dia akan dapat jelaskan segala-galanya kepada kau tentang aku dan mengapa dia
tinggalkan aku dahulu. Aku mahu kau tahu sendiri darinya.”

Rahmat memegang tengkuknya sebelum dia mengangguk sekali lagi.

“Maaf encik, kami mahu menghantar Encik Jumairi masuk ke dalam Ambulans.”
Ujar seorang pembantu perubatan kepada Rahmat. Mereka meminta agar Rahmat dan
Salina keluar dari wad agar dia serta dua orang rakannya lagi dapat melakukan tugas
mereka dengan lancar.

194 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Rahmat mencium tangan bapanya. Diikuti oleh Salina. Mereka berdua memberi ucapan
selamat jalan kepadanya dan memberitahu kepada Jumairi bahawa mereka akan
menunggunya di Kuala Lumpur nanti...

**

Menangani Media - Berikut merupakan soalan-soalan cepumas yang akan ditanyakan


oleh media kepada pelajar-pelajar Akademi Impiana 2 apabila mereka terkenal kelak
dan apa yang mungkin akan dijawab oleh mereka

Soalan dari media: Terdapat tohmahan-tohmahan di dalam beberapa buah forum dan
laman di Internet yang mengatakan kerana anda seorang pereka fesyen yang lembut
ditambah dengan kecenderungan anda suka memakai pakaian ala wanita lengkap
bertocang, bahawa anda adalah seorang lelaki gay...
Jawapan: Bukan semua pereka fesyen itu gay! Saya tahu saya lembut tapi saya suka
dengan perempuan yang pandai bergaya dan nampak jelita dan absolutely fabulous seperti
saya.

Soalan dari media: Mengapa awak suka membetulkan dandanan rambut awak dan
melihat wajah awak di cermin setiap tiga minit?
Jawapan: Saya telah dinasihati oleh seorang pakar rambut agar melakukan membetulkan
rambut saya setiap masa agar rambut saya nanti tidak gugur.

Soalan dari media: Adakah kamu sememangnya seorang jejaka yang nakal?
Jawapan: Rilek lah brader. Tak syok lah nanti kalau Misha tahu pasal benda ni!

Soalan dari media: Kenapa saudari suka menyebut “breep-breeep?”


Jawapan: Breep-breeeeeeeppppp!

Soalan dari media: Mengapa anda suka menukar irama sesebuah lagu yang anda terima
kepada irama R&B sehingga mengubah jiwa lagu tersebut?
Jawapan: (mengulangi kembali soalan yang dikemukakan kepadanya dengan lenggok
R&B tanpa menjawab jawapan yang ditanya kepadanya)

Soalan dari media: Adakah saudari sedar suara saudari sumbang dan saudari mempunyai
masalah untuk mengenali tone muzik?
Jawapan: Ermm... (termenung selama dua minit) Apa kau cakap tadi? Kamik tak paham!

**

Mantera meng-R&B seperti mana yang tidak akan dinyanyikan oleh Khir di dalam
Konsert Akademi Impiana nanti (Lirik oleh Dom Junior)

195 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Oh! Sedapnya udang yang diberi


Sehingga aku
Memakan tanpa terhenti
Agar aku bisa menyanyi
Penuh lenggok stail
Bagaikan berada di BB

Oh! sepuluh ekor udang lagi,


Ku baham bersama
Boboy di sarapan pagi
Tapi kini aku tanggungni
disuntik kerna gatal dan alergi
Telantar di sofa
Untuk menagih undi simpati

Biar apa lagu diberi


Ku tetap kan R & B
Berkali-kali telah diteguri
Nyayian ku tetap R&B
Ku seru mantera kusendiri
Mantera meng - R&B.

196 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 36

Kakak Besar: Lina akhirnya terkeluar...

Abang Besar: What a surprise! Selama ini I fikirkan dia akan jadi juara!

Kakak Besar: Well... At least we have an interesting season.

Abang Besar: Interesting pun sebab you went all out untuk cucuk jarum jadikan Akademi
Impiana ni penuh dengan drama.

Kakak Besar: Eh, mestilah! Kalau I tak cetuskan kontroversi, you ingat orang nak undi
ke?

Abang Besar: Ye lah, macam-macam ada kan? Sebab tu lah votes keep on coming in...

Kakak Besar: Okay... Sekarang kita kena buat kontroversi baru.

Abang Besar: Kontroversi apa yang you nak buat? Kontroversi masalah disiplin Sia you
dah buat, but it's a bit tiring after a while... Kontroversi pelajar lelaki pakai pakaian ala
wanita pun you dah buat. Apa lagi you nak buat? Siapa pelajar yang akan cetuskan
kontroversi ni?

Kakak Besar: Azam...

Abang Besar: You mean, Azam: “You're so vein you probably think this song is about
you--”

Kakak Besar: No... Please allow me to correct your Carly Simon rendition, dear: “You're
so vein you probably think Akademi Impiana is about you...”

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Well, seriously. You know how smart he is... And he'll stop at nothing to
win despite his inability to sing like a professional singer...

Abang Besar: What are you getting at?

Kakak Besar: We should make him cry.

Abang Besar: How? He's too busy with his hair lah!

Kakak Besar: Dia akan nangis bila kita bagi dia lagu lama. You tahu lah dia kan nak

197 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

sangat nyanyi lagu rap, walaupun bila dia nyanyi lagu rap hancur dan kena bawak lirik
bila nyanyi atas stage. Rapper apa namanya tu?

Abang Besar: Well... correction. Dia nak bawak lagu KRU dan KRU sahaja. Itu jer dia
mampu. And another thing... He's not a rapper, he's just a KRU wanabe.

Kakak Besar: Whatever lah kan... Yang penting, minggu ini kita bagi dia lagu yang dia
sure tak suka.

Abang Besar: Lagu apa you rasa kita harus bagi kepadanya?

Kakak Besar: I'm thinking of lagu 'Bila Larut Malam'. How about that?

Abang Besar: You know what... I think you are so evil!

Kakak Besar: Alah, you suka dengan idea I, kan?

Abang Besar: Hehehehe! Melalak lah budak tu nanti.

Kakak Besar: Kalau dia tak nangis, kita cucuk jarum sampai dia nangis.

Abang Besar: Biasalah, kan?

Kakak Besar: Kita beritahu dia nanti, kalau dia nangis, kedudukan dia akan naik kepada
tahap yang tertinggi. Itu sahaja modal yang dia ada untuk pastikan dia akan terus berada
dalam AI sehingga ke pusingan final nanti.

Abang Besar: Itu lah, lepas dia menangis, haruslah peratusan undi dia yang tertinggi!

Kakak Besar: Eh, air mata bukan hanya senjata untuk wanita, tau!

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Bukankah itu yang dia mahu? To be at the top of things! Budak macam dia
mana nak kalah? So, we just give it to him lah. Banyak nanti SMS simpati yang dapat
kita jual kepada peminatnya dan lebih-lebih lagi dari mereka yang meluat tengok dia
menangis. Juga dari peminat-peminat Sia, Dara dan lain-lain tu yang tidak mahu melihat
pelajar kesayangan mereka terkeluar...

**

Jumairi kini berada di bawah jagaan doktor Tan di Pusat Perubatan Pantai. doktor Tan
telah melakukan beberapa pemeriksaan awal untuk memastikan tentang penyakit yang

198 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dialami oleh Jumairi. Dia ingin memastikan bahawa Jumairi sememangnya mengidap
penyakit arteriovenous malformation sepertimana yang telah didiagnos oleh doktor
Fernandez. Tetapi dari ujian awalnya, didapati sememangnya Jumairi mengidap penyakit
tersebut.

Doktor Tan cukup risau dengan penemuan ini, kerana jarang-jarang benar dia berjumpa
dengan penghidap penyakit ini di Malaysia. Perkara ini baru baginya, malah di luar
bidang serta kepakarannya. Banyak lagi kajian yang perlu menjalankannya sebelum dia
dapat memutuskan tarikh pembedahan dapat dijalankan.

Pada petang itu, doktor Tan telah mengadakan perjumpaan di antara Rahmat dan Salina
di pejabatnya. Ada beberapa perkara penting yang perlu dibincangkan dengan mereka.

Rahmat dan Salina telah ke pejabat doktor Tan tepat pada masa yang telah ditentukan.
doktor Tan telah mempersilakan agar Salina dan Rahmat duduk sebaik sahaja mereka
masuk ke dalam pejabatnya.

“Bagaimana dengan keadaan bapa saya, doktor?” tanya Rahmat sebaik sahaja dia
melabuhkan punggungnya di atas kerusi doktor Tan yang empuk itu.

“Dia ada mengadu sakit-sakit kepala pagi tadi, tapi kami berjaya stabilkan dengan
beberapa jenis ubat-ubatan yang saya berikan kepadanya.” Ujar doktor Tan dengan
memandang ke arah Rahmat, kemudian ke arah Salina.

“Jadi dia memang perlu di bedah, doktor?” tanya Salina ingin tahu. Tangannya
terasa lembab akibat terlalu gelisah sejak tadi. Dia mengeluarkan sekeping kertas tisu dari
dalam beg tangannya.

“Jika pendarahan di dalam kepalanya kecil, dan dia dirawat dari awal lagi, rawatan
radiasi sudah mencukupi. Tetapi dari ujian awal saya mendapati pendarahan terlalu
banyak di dalam kepalanya... dia memang perlu dibedah.”

“Selepas pembedahan dilakukan, dia akan pulih semula?”

“Terus terang ingin saya nyatakan, apa-apa jenis pembedahan otak, risikonya
memang tinggi. Peratus dia akan selamat walaupun pembedahan dilakukan hanya 10%.
Saya harap awak paham tentang hal ini terlebih dahulu. Sebelas tahun yang lepas saya
pernah mendapat seorang pesakit dengan penyakit yang sama, tetapi dia mengambil
keputusan untuk tidak menjalani pembedahan...”

“Apa yang berlaku kepadanya?”

“Jangka hayatnya tidak lama. Dia meninggal dunia selepas sebulan dia keluar dari

199 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

hospital. Tetapi itu adalah pilihannya.” Wajah doktor Tan berubah kesal. “Tapi kalau
boleh, kita perlu berusaha sejauh mana yang kita mampu, walaupun peratus kejayaan
pembedahan seperti ini agak rendah. Sekurang-kurangnya kita cuba...”

Nadi Rahmat seolah-olah terhenti. Sukar untuk dia bernafas buat beberapa ketika. Dia
memerhatikan wajah Salina yang nampak tenang menerima segala apa yang diberitahu
oleh doktor Tan kepadanya.

Salina kemudian dengan perlahan menoleh ke arah Rahmat. Salina tidak meluahkan
sebarang kata, tetapi Rahmat terus dapat memahami bahawa Salina telah memintanya
banyak-banyak bersabar.

“Harap-harap dia tak akan diserang dengan kekejangan selama kami mengadakan
beberapa lagi ujian terhadap dirinya. Jika perkara ini berlaku, keadaannya mungkin boleh
bertambah serius atau mungkin dia tidak boleh diselamatkan lagi...” Beritahu doktor Tan.
“Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk berehat.”

“Bagaimana pula dengan rawatan serta pembedahannya?” Tanya Salina.


Tangannya memuntal-muntal kertas tisu yang ada di dalam tangannya sehingga separuh
hancur.

“Kami akan cuba uruskan agar pembedahannya dapat dilakukan secepat mungkin.
Ada banyak faktor yang perlu kami fikirkan sebelum pembedahan ini dapat dilakukan,
seperti mencari doktor pakar yang sesuai yang dapat melakukannya. Pembedahan ini
bukan sebarang pembedahan--”

“Saya faham...” Salina berkata perlahan.

“Jadi bila agaknya masa dia boleh dibedah?”

“Kalau boleh, esok lusa. Tapi kita perlu realistik tentang hal ini. Banyak kerja-
kerja persediaan yang perlu kami lakukan. Selain dari mendapatkan pakar yang dapat
membantu saya nanti, beberapa peralatan pembedahan khas dari luar negeri terpaksa kami
sediakan. Dan perkara ini semua mengambil masa.”

“Doktor... Kosnya pula bagaimana?” celah Rahmat akhirnya.

“Saya anggarkan, sebanyak RM80,000 ringgit dengan deposit sebanyak


RM30,000 perlu dibayar terlebih dahulu kepada pihak hospital. Ini cuma anggaran awal
sahaja. Jika pembedahan ini dilakukan di Singapura, saya pasti dua atau tiga kali ganda
lebih mahal, walaupun mereka boleh melakukan pembedahan ini secepat mungkin
dengan peralatan serta pakar yang mereka ada di sana.”

200 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Rahmat jelas kelihatan runsing. Tekaknya kering secara tiba-tiba.

“Doktor Tan... Lakukan sahaja apa yang patut. Sekejap nanti saya akan uruskan
soal wang pendahuluan yang diperlukan.” Kata Salina dengan penuh yakin.

Doktor Tan mengangguk dan terus diam. Salina dapat membaca dari raut wajah doktor
Tan bahawa tidak ada lagi perkara yang dapat diberitahu olehnyakepada mereka, lantas
dia meminta diri untuk keluar dari pejabatnya.

Rahmat dan Salina berdiri, lantas keluar dari pejabat doktor Tan.

“Otak saya dah buntu...” Wajah Rahmat jelas murung ketika dia melangkah
perlahan meninggalkan pejabat doktor Tan. Semangatnya untuk terus bercakap hilang
begitu sahaja.

“Rahmat... Kita masih boleh berusaha. Jangan terus pasrah. Saya akan sedia
membantu.” Salina mengusap-usap bahu Rahmat.

“Tapi mana saya nak cari wang sebanyak itu? Bantuan awak pun saya tak tahu
bila boleh saya bayar.”

“Saya dah beritahu awal-awal... Saya mahu bantu dengan ikhlas. Tentang itu
semua awak jangan risau. Bapak saya pun dah hantar wang untuk membantu--”

“Itulah yang saya katakan... Nak tolak bantuan awak dan keluarga awak pun tak
boleh. Saya serba salah!”

“Dah... Buangkan jauh-jauh perasaan awak yang bukan-bukan tu! Sekarang, yang
penting, kita perlu fikir tentang wang RM50,000 ringgit lagi yang perlu kita cari.” Salina
bersuara optimis. “Tapi saya yakin, duit boleh kita cari...”

“Entahlah Salina... Awak sendiri dah tengok keadaan keluarga saya. Kami tak
terdaya nak cari wang sebegitu banyak.”

“Okay macam ni. Kita jangan fikir tentang itu semua buat masa ini.” Pinta Salina
dengan nada memujuk.

Rahmat hanya mampu mengangguk. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukannya
sekarang melainkan menyimpan secebis harapan agar bapanya dapat diselamatkan
melalui pembedahan yang terpaksa dijalani oleh bapanya nanti...

201 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 37

Rahmat memandang ke arah flat yang diduduki Timah. Sudah lebih dua jam dia
menunggu dengan penuh sabar di bawah flat. Walaupun rasa penat setelah sehari suntuk
bekerja masih belum hilang lagi, dia terus ke sini sejurus selepas dia selesai melawat
bapanya di hospital.

Perut Rahmat terasa lapar kerana dia belum lagi menjamah makanan sejak tengahari tadi.
Tetapi Rahmat terus menunggu kerana dia perlu berjumpa dengan Timah. Dia berharap
Timah akan bersedia untuk menemuinya setelah lebih seminggu mereka tak bertemu.

Rahmat rindukan Timah.

Sehingga kini, Rahmat hanya mengharapkan cerita dari Linus untuk mengetahui keadaan
diri Timah dan perkembangan terbaru mengenai dirinya, kerana hampir setiap malam
Linus akan ke rumah Gundutz untuk pergi menonton rancangan Diari Akademi Impiana
di sana.

Rahmat telah diberitahu oleh Linus bahawa Timah tidak kelihatan sedih lagi. Menurut
Linus, Timah hanyut di dalam dunia chat SMS di saluran @15. Banyak masa dan duitnya
habis di situ sahaja.

Dan inilah yang membuatkan Rahmat risau. Dia tidak mahu Timah berhabis wang dan
berhutang seperti mana yang berlaku kepadanya pada tahun lepas. Rahmat tidak kisah
jika Timah menggunakan wangnya untuk membeli perkakas rumah atau setidak-tidaknya,
menggunakan wangnya itu untuk berhibur dengan kawan-kawannya – tetapi Rahmat
tidak suka melihat Timah menghabiskan wang dengan mengundi penyanyi
kesayangannya di Akademi Impiana melalui SMS. Lagipun, apa yang dia dapat?

Timah tak dapat apa-apa pun, kecuali wang yang telah dihabiskan dan hutang berkoyan-
koyan yang terpaksa dijelaskannya kepada syarikat telekomunikasi yang semakin kaya-
raya.

Dan. Ada satu lagi perkara lain yang ingin diberitahu Linus kepada Rahmat, tetapi dia
meminta Rahmat agar mengetahuinya sendiri dari Timah...

Rahmat mengeluh. Dia berkali-kali melihat jam tangannya. Kalau boleh, dia mahu terus
ke rumah Timah dan mengetuk pintu. Tetapi dia tidak mahu menganggu Timah di
rumahnya. Jadi dia akan terus menunggu. Dia tahu Timah akan ke tempat kerjanya bila-
bila masa sahaja sekarang.

Rahmat ternampak kelibat Timah turun dari tangga. Nadi Rahmat bergerak cepat. Rahmat
membawa topi keledar yang selalu dipakai Timah, lalu berjalan ke arahnya.

202 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Kenapa susah sangat nak call awak sekarang?” tanya Rahmat kepada
Timah.Timah jelas kelihatan terkejut apabila Rahmat tiba-tiba sahaja muncul di
hadapannya. Rahmat menyerahkan topi keledar kepada Timah, tetapi Timah tidak mahu
menerimanya.

“Saya dah tukar nombor... Dah tak pakai lagi nombor lama tu!” Jelas Timah
marah-marah. “Kalau ye pun, berilah salam dulu!”

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumsalam!” sambut Timah sambil menjeling.

“Kenapa dengan awak ni, Timah?”

“Apa pulak ni?”

“Saya ingatkan, kalau kita berenggang buat seketika, awak akan cool down sikit.
Ini tidak.”

“Dah lah... Saya malas dah nak layan awak.”

“Kenapa awak tukar nombor awak? Patutlah beratus-ratus kali saya call tak boleh
dapat!”

“Ikut suka hati oranglah!”

“Ni mesti sebab line telefon awak kena potong, kan?”

“Alah... Awak sibuk ni apasal?”

Rahmat cukup geram dengan perangai Timah. Mahu sahaja dia menumbuk dinding yang
berconteng dengan kata-kata lucah di flat Timah itu untuk melepaskan rasa marahnya.
Rahmat cukup marah apabila mendapat tahu bahawa Timah langsung tidak memberitahu
kepadanya bahawa dia ada menggunakan nombor baru.

“Abang Linus kata awak banyak habiskan duit awak dengan SMS.” Kata Rahmat
dengan nada yang terkawal. Dia mahu berlembut dengan Timah.

“Eh, dia tu sibuk je lah!”

“Gaji dia besar gila... Anak taukeh yang kaya raya pulak tu... Ada awak nampak
dia gila SMS pergi mengundi rancangan Akademi Impiana haram jadah kat TV tu? Tak

203 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

ada kan? Yang awak gaji kecik kenapa pulak nak habiskan duit dengan benda tak
berfaedah macam ni?”

“Eh, ikut suka hati orang lah!”

“Kita orang susah, Timah... Bukan orang senang.” Rahmat mengingatkan.

“Eleh... Hidup awak kan makin senang. Jadi model pulak tu! Mesti awek
sekeliling pinggang. Awak pergi cari saya buat apa?”

Rahmat berdiri kaku di hadapan Timah. Dia tahu Timah suka memerli, tetapi kata-kata
Timah tadi benar-benar menganggu fikirannya. Merona merah telinganya kini.

“Jawablah! Awak cari saya buat apa?” Timah mengulangi soalannya sekali lagi
apabila dia melihat Rahmat tidak menjawab soalannya tadi.

“Saya datang nak jumpa awak sebab nak berbaik-baik dengan awak. Bukannya
nak bergaduh. Apa, awak tak rindu dengan saya ke?”

Wajah Timah penuh sinis. Dia memeluk tubuhnya sambil berdecit. Dia memandang ke
arah Rahmat. Setelah tidak bersemuka dengan Rahmat selama seminggu, Timah hampir-
hampir terlupa bahawa Rahmat mempunyai seraut wajah yang kacak yang pernah satu
ketika dahulu menjadi kegilaan rakan-rakan sekerjanya.

“Kita dah lama kenal, Timah. Bukan sebulan dua. Saya tahu saya dah buat silap.
Saya dah mintak maaf. Jadi apa lagi yang awak nak dari saya sebenarnya?”

“Entah... Tak ada apa-apa lah kot.” Timah memegang begnya dengan erat. Dia
memandang ke arah tempat letak kereta seperti menunggu ketibaan seseorang.

“Saya nak kita berbaik macam dulu. Itu yang saya mahu...”

“Eh... Apahal dengan lu, mamat?” Timah bercekak pinggang. “Awak ingat saya
tak tahu ke awak ada pompuan lain? Awak ingat saya bodoh ke?”

Wajah Rahmat berubah pucat. Timah tidak pernah sekasar ini kepadanya walaupun dia
selalu meninggikan suara kepadanya bila marah.

“Timah... Perempuan mana pulak ni? Awak dapat cerita ni dari mana?”

“Alah, orang tak payah cakap pun saya boleh teka. Saya kenal dengan awak.
Setiap gerak-geri awak dapat saya baca. Saya tahu saya kerja kilang, tapi otak saya ni
bukanlah bebal sangat. Awak ingat saya bodoh macam si Sia tu ke?”

204 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya tak pernah anggap awak bodoh! Dan siapa pulak si Sia ni?”

“Eleh... Mengaku je lah!”

“Nak mengaku apa pulak ni?”

“Awak dah ada orang lain. Minggu lepas awak pergi mana? Entah-entah awak
pergi jenjalan dengan girlfriend baru awak tu!”

“Awak jangan tuduh saya yang bukan-bukan kalau awak tak tahu cerita yang
sebenar!”

“Awak... Saya dah penat lah nak melayan kerenah awak tu! Dan bosan tau! Nak
rahsia itu ini dari saya. Dah tu, mengaku je lah awak tu dah ada orang lain. Kan senang?”

“Macam-macam yang awak suruh saya buat, saya dah buat. Dulu awak suruh saya
berhenti lumba motor dengan kawan-kawan saya, saya berhenti. Awak minta saya jangan
berkawan dengan si Romzi kawan baik saya yang awak tuduh dia selalu suruh saya lawan
motor pun saya buat jugak. Saya buat ni semua kerana awak. Apa lagik yang awak nak?
Saya buat ni semua pun sebab saya sayang dengan awak. Awak paham tak? Saya sanggup
buat benda ni semua sebab saya memang sayangkan awak!”

“Dah lah. Saya tak nak dengar tu semua.” Timah berjalan meninggalkan Rahmat.
Dia berjalan ke arah sebuah kereta Honda Civic model terbaru yang baru sahaja berhenti
di hadapan flatnya.

“Awak nak pergi mana ni pulak? Saya belum habis bercakap ni!”

“Nak pergi kerja lah. Lepas tu nak buat apa lagi?” Getus Timah sambil terus
berjalan.

“Saya nak bawak awak pergi kerja, lepas tu kita makan malam macam biasa.”

“Dah lah! Saya dah nak pergi kerja. Jangan kacau saya lagi.” Timah masuk ke
dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali Rahmat.

Rahmat berdiri tercegat sambil memerhatikan gerak-geri Timah. Dia memandang ke arah
lelaki yang sedang menumpangkan Timah ke tempat kerjanya. Dia dapat melihat Timah
langsung tidak memandang ke arahnya, malah Timah telah menyuruh lelaki tersebut agar
cepat-cepat beredar dari kawasan rumahnya.

Rahmat dilamun perasaan kecewa yang amat sangat. Dia seperti tidak dapat mempercayai

205 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

apa yang dilihatnya tadi. Rahmat perlukan penjelasan. Dia cepat-cepat naik ke tingkat
atas untuk ke rumah Gundutz. Mungkin Gundutz ada jawapannya.

“Sekejaplah ponen! Ni mesti tertinggal barang ni!” Gundutz berjalan berlenggang


lenggok ke arah pintu rumahnya. Dia pasti bahawa Linus mahu mendapatkan kembali
barang yang mungkin ada tertinggal di rumahnya - kerana dia tahu Linus ini pelupa
orangnya. Tahun ini sahaja, Linus terpaksa membeli sebanyak dua buah telefon bimbit
untuk menggantikan telefon bimbitnya yang hilang akibat tercicir.

Gundutz membuka daun pintunya. Didapatinya Rahmat sedang berdiri kaku di hadapan
pintu. Wajah Rahmat pucat lesi.

“Eh Rahmat... Masuklah!” ujar Gundutz malu-malu seperti seorang anak dara
pingitan yang jarang bertemu dengan lelaki.

“Tak apalah... Saya cuma nak tahu... Si Timah tu, dia ada kawan baru ke?”

“Kawan?”

“Kawan lelaki. Tadi saya nampak dia naik kereta--”

“Oh itu...”

“Siapa lelaki tu?”

“Kawan dia baru kenal melalui chatroom saluran @15. Dua-dua minat kat
Akademi Impiana. Diorang mula-mula SMS memanjang jer... Tapi entahlah, tiba-tiba jer
mamat tu nak jumpa dengan Timah. Terus mereka berkawan--”

“Bila benda ni semua berlaku?”

“Jumaat lepas kot. Lepas tu, mamat tu siap bawak Mas pergi tengok konsert kat
Dewan Sivik Cheras masa Lina kena buang hari tu. Dengar cerita, mamat tu orang kuat
Akademi Impiana!” Gundutz menceritakan dengan suara berbisik. “Kau tak tengok
konsert minggu lepas ke?”

“Tak... Tapi mengapa?”

“Oh terlupa... Bapak kau masuk hospital kan? Linus ada jugak beritahu aku pasal
hal ni. Dia ada cakap dia ada dua tiga kali pergi melawat bapak kau kat hospital... Esok
kalau aku ada masa aku ikut dia sekali.”

“Pasal konsert tu--”

206 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Oh, kalau kau tengok konsert tu, asyik muka diorang jer keluar TV bila kamera
tunjukkan muka penonton. Tak perlu kan? Koser hem tengok!”

Rahmat terdiam buat seketika. Dia mula merasa marah, seolah-olah kejantannya tercabar.
Dalam masa yang sama, dia merasa sedih, seolah-olah sebahagian dari dirinya hilang
entah ke mana.

**

Anda adalah seorang peminat fanatik kepada pelajar Akademi Impiana kegemaran anda
apabila:

8. Seboleh-bolehnya anda mempertahankan hak anda berhabis wang untuk mengSMS


pelajar kesayangan anda dengan kalimah-kalimah seperti: “Suka hati aku lah siapa aku
nak undi... Duit aku punya!"
9. Anda sanggup sekat makan dan kurangkan perbelanjaan seharian semata-mata untuk
menghabiskan wang dengan mengundi walaupun anda tahu bahawa anda tidak akan
mendapat apa-apa keuntungan darinya.
10.Anda selalu menganggap penyanyi kesayangan anda disabotaj dengan diberikan lagu-
lagu yang kurang sesuai untuk mereka nyanyikan, sedangkan pelajar-pelajar lain juga
mengalami nasib yang serupa.
11. Anda akan memarahi tenaga pengajar yang dengan ikhlas menegur pelajar
kesayangan anda walaupun mereka mahu mendapatkan yang terbaik dari pelajar yang
anda sayangi.
12.Apabila anda tidak dapat melihat sebarang perubahan pada kualiti persembahan
pelajar kesayangan anda, anda akan menyalahkan tenaga pengajar yang anda marahi
tadi.
13.Walaupun suara pelajar kesayangan anda sumbang, anda akan memberi alasan bahawa
suaranya unik, maka harus digilap.
14.Anda tidak boleh menerima sebarang kritikan yang diberikan kepada pelajar
kesayangan anda oleh orang lain, tetapi anda boleh mengutuk pelajar lain sesuka hati
anda.
15.Apabila pelajar kesayangan anda bersuara sumbang, anda akan salahkan sistem suara,
penerbit, jurukamera dan kucing jiran anda.

207 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 38

36.Si gadis dan seorang wanita yang umurnya hampir mencecah setengah abad sedang
berlaga-laga pipi di Melting Pot Cafe yang terletak di Hotel Concorde. Si gadis
mempersilakannya duduk. Wanita yang bernama Yusni itu cepat-cepat meminta maaf
kerana terlewat selama sepuluh minit. Alasannya, mesyuarat yang telah diadakan dengan
seorang pelanggannya terpaksa dilanjutkan sedikit kerana mereka masih tidak berpuas
hati dengan konsep iklan yang dibentangkan. Si gadis menegaskan bahawa dia sendiri
baru sahaja tiba ke cafe tersebut. Susah hendak mencari tempat untuk meletak kereta pada
tengahari itu, jelasnya.

Kemudian tanya Si gadis kepada Yusni:

“Mr. K bagaimana?”

“Anak bujang aku tu okay jer.”

“Si Seri kawan baik dia tu pula?”

“Kau pun kenal dengan si Seri tu?”

“Kenal... Selalu jumpa mereka berdua di Silverfish Bookstore.”

“Kau pulak bagaimana?”

“Okay jer...”

Si gadis memandang ke arah pelayan yang datang mengambil pesanan. Dia meminta
pelayan membawa makanan yang selalu dipesannya, Air mineral dan salad. Yusni
memesan makanan dan minuman yang sama. Dia memandang ke dalam wajah si gadis
seolah-olah mahu membaca fikirannya. Katanya:

“Suara kau sedih jer ni. Kenapa? Is it about work?”

“Tidak...”

“Okay. If it's not about work. It must be about your love life... Tapi setahu aku, kau
dengan si Badrul tu dah lama clash!”

“It has nothing to do with him lah.”

“Oh... Kau dan ada boyfriend baru?”

208 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Bukan boyfriend... Kawan.”

37.Yusni memeluk tubuhnya. Kemudian dia bertanyakan kepada si gadis jika dia
merokok. Si gadis mengangguk, lalu mengeluarkan kotak rokok dari beg tangannya.
Yusni meminta agar si gadis merokok di hadapannya dengan alasan dia suka menghidu
bau asap rokok. Dia sudah lama berhenti merokok, kini menjadi “secondary smoker” pun
jadilah. Kata Yusni kemudian:

“How come you never tell me about this new guy to me?”

“I baru jer kenal dia.”

“What's the name of your friend?”

“Rahmat.”

“Is he cute?”

“Yes, he's cute... Tapi tak lah sekiut Mr. K.”

“I think my son is too young for you, dear!”

Si gadis tertawa kecil, diikuti oleh Yusni yang suka membuat lawak itu. Beberapa detik
kemudian wajah si gadis kembali serius. Seperti ada yang ingin dinyatakan kepada Yusni.

“Ada sesuatu yang aku nak kau tolong aku.”

“Cakap jer, Salina. I owe you a lot, remember?”

“Kau kenal dengan Saliza Malik?”

“Aku kenal... Kawan aku tu. Dulu kan dia pernah insist aku jadi creative director untuk
informercial dia tu. You tahu lah, informercial tu luar bidang I, tapi sebab nak tolong
kawan punya pasal, I buat jugak. Jadi kenapa dengan dia?”

“I need your help to introduce me and my friend to her.”

“Boleh...”

“Kalau boleh, ASAP.”

“Nanti I call dia. She's not doing anything right now, so I think she has a lot of free time.
Oh, I heard lagu lamanya akan dinyanyikan oleh salah seorang pelajar Akademi Impiana

209 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

finals nanti.”

38.Si gadis sekadar mengangguk. Dia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih


kepada Yusni kerana sanggup menolongnya. Putung rokok di tangannya di hisapnya
dalam-dalam kemudian dilepaskan dengan nafas lega. Di dalam fikirannya, dia hanya
dapat memikirkan tentang si jejaka yang kini telah mula berpaut ke hatinya.

**

Kita dapat melihat beberapa pelajar Akademi Impiana 1 yang diambil menjadi pelakon
iklan di kaca TV. Pastinya kita boleh meneka bahawa perkara yang sama akan berlaku
kepada pelajar-pelajar Akademi Impiana 2 setelah bergelar artis nanti...

Fyrul – Iklan pelembut kain (fabric softener).


Azam - Model tisu Prime
Indra - Model jenama gel rambut dari Jepun
Khir - Model makanan ringan diperbuat dari sotong kering
Dara - Model kedai ikan peliharaan
Boboy – Model Petronas... Mesreee!!!
Lina – Model syarikat penerbangan
Sia - Model Sate Haji Samuri!

(Diadaptasikan dari tulisan The Rasmus)

210 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 39

Kakak Besar: I tengok you ni dah lain sekarang.

Abang Besar: Lain apa pulak ni. Apa yang you merepek ni?

Kakak Besar: Yelah... Muka you dah berseri-seri. Macam orang baru kawin... Tak pun
macam orang baru dapat awek baru!

Abang Besar: Eh mengarutlah!

Kakak Besar: I nampak you pergi konsert Akademi Impiana minggu lepas dengan
seorang wanita misteri yang tidak dikenali. Jeng, jeng, jeeeeennnggg!

Abang Besar: You memang tak boleh nampak orang senang, kan?

Kakak Besar: So... Bila lagi?

Abang Besar: Bila lagi apa ni?

Kakak Besar: I nak tanya you soalan-soalan standard wartawan hiburan Malaysia: Bila
lagi nak berlangsung. Bila lagi kita nak rasa makan nasi minyak? Bila lagi you nak
kahwin?

Abang Besar: Yaalah! Ke situ pulak! I baru nak kenal dengan budak tu.

Kakak Besar: Baru-baru kenal pun... Tak baik bertangguh.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: So, apa idea baru you beria-ia benar nak bagitahu I ni?

Abang Besar: Macam ni... Idea ni sebenarnya datang dari kawan I.

Kakak Besar: Kawan mana pulak ni?

Abang Besar: Kawan perempuan yang I baru kenal tu lah. Dia ni peminat setia Akademi
Impiana.

Kakak Besar: Wah... I'm impressed! Baru kenal dah siap bagi you idea, kan?

Abang Besar: ...

211 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Kakak Besar: Jadi apa idea yang dia bagi?

Abang Besar: Dia kata, dia nak tengok peserta-peserta yang terkeluar dimasukkan
kembali. Macam dalam rancangan Survivor dulu. Tak pun macam American Idol dengan
peserta Wildcardnya... Macam tu lagi seronok katanya.

Kakak Besar: ...

Abang Besar: Kenapa? You tak suka ke dengan idea ni?

Kakak Besar: No, I think this idea is brilliant! This is sheer genius!

Abang Besar: Just think of the additional SMS kita dapat jual nanti--

Kakak Besar: I know! Kita suruh mereka AIUNDI MASUK pelajar yang terkeluar,
kemudian pelajar yang dapat undi tertinggi akan bertanding untuk bergelar juara dengan
pelajar-pelajar lain. This is fun.

Abang Besar: I think so too... But don't you think some people will end up asking about
fairness and what not?

Kakak Besar: Fairness, smairness! Akademi Impiana bukan peraduan bakat seni suara,
cik abang oiii! Tapi populariti. I thought they should know this from day one lagi! For all
we care, si Azam yang tak boleh menyanyi to save his life tu pun boleh jadi juara!

Abang Besar: ...

Kakak Besar: So... Kawan perempuan you tu kerja apa? I think she must be in the
marketing line, tak pun PR?

Abang Besar: Tak... Dia kerja biasa jer...

**

Rahmat kelihatan sugul. Hatinya terasa sayu dan kosong. Dia tidak mahu kehilangan
Timah. Dia mahu Timah kembali menjadi sebahagian dari hidupnya. Dia sanggup
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Timah kembali. Lautan Api pun dia sanggup
renangi asalkan hubungannya dengan Timah kembali seperti sediakala.

Rahmat menapak berjalan ke arah rumah Gundutz. Dia mahu mencari Timah di sana. Dia
tahu selama ini Timah pasti boleh dicari di sana, terutamanya ketika berlangsungnya
Konsert Akademi Impiana yang ditayangkan secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ.

212 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Dari luar rumah Gundutz, Rahmat sudah dapat mendengar lagu pembukaan acara
Akademi Impiana dimainkan. Rahmat mengetuk pintu berkali-kali. Beberapa detik
kemudian, Gundutz membuka pintu. Rahmat menjenguk ke dalam rumah. Dia dapat
melihat Linus berada di dalam rumah. Timah pula tidak kelihatan di mana-mana.

“Kenapa muka kau ni nampak cengkung jer?” Tanya Gundutz kepada Rahmat
sambil mempelawanya masuk ke dalam rumah.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Rahmat sambil memandang ke arah Linus. Dia sedar
bahawa Linus tahu bahawa sudah 2-3 hari dia tidak berselera untuk makan. Jenuh Linus
memintanya agar makan, tetapi Rahmat langsung hilang nafsu makannya. “Timah
mana?” tanya Rahmat kemudian.

“Eh, Timah!” Jerit Linus tiba-tiba. “Timah keluar TV lagi lah!” Mereka bertiga
kini memandang ke kaca TV. Mereka dapat melihat buat beberapa saat Timah sedang
duduk di dalam dewan bersebelahan dengan seorang lelaki sambil bertepuk tangan -
apabila Azmil memperkenalkan para pelajar Akademi Impiana turun ke pentas untuk
memperkenalkan diri masing-masing.

Mata Rahmat kaku ke kaca TV. Putih mata Rahmat, gamaknya.

“Dah lah Rahmat... Kasih dia dah berubah agaknya tu.” ujar Gundutz dengan
perlahan.

“Dia kat mana sekarang?” Tanya Rahmat kepada Gundutz dengan suara yang
lemah.

“Dewan Sivik MPPJ... Kau tahu kat mana kan?” jawab Gundutz.

Rahmat mengangguk. Dia meminta diri lalu keluar dari rumah Gundutz. Linus hanya
dapat menggelengkan kepalanya, lalu mengeluh.

Rahmat membawa motornya laju-laju ke arah Dewan Sivik MPPJ. Dia tidak
mempedulikan keselamatannya sendiri ataupun pihak polis trafik yang mungkin sedang
bertugas pada malam itu. Yang penting baginya sekarang adalah untuk dia pergi menemui
Timah pada malam itu.

Sebaik sahaja Rahmat tiba di Dewan Sivik MPPJ, dia terus mencari tempat untuk
meletakkan motornya. Dia kemudian menunggu di luar dewan. Dia pasti, apabila konsert
ini selesai kelak, dia akan dapat menemui Timah. Dia tidak dapat membendung lagi
kesabarannya untk menemui Timah. Dia mahu memberitahu kepada Timah agar kembali

213 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

kepadanya. Dia tidak mahu dan tidak boleh melihat Timah kelihatan bersama dengan
orang lain. Hatinya terasa seperti dirobek-robek.

Selesai sahaja Konsert Akademi Impiana (dan setelah Sia diumumkan keluar beserta
kejutan khas untuk membawa masuk pelajar yang terkeluar melalui undi), pintu besar
Dewan Sivik MPPJ dibuka. Berderu penonton keluar dari dalam dewan.

Timah nampak puas. Dia menoleh ke arah lelaki yang sedang duduk di sebelahnya.
“Terima kasih.” kata Timah dalam nada berbisik. Sesekali dia akan melihat kepada
beberapa orang penonton yang mahu cepat-cepat keluar dari dewan setelah konsert
Akademi Impiana yang mereka saksikan selesai.

“Abang yang sepatutnya berterima kasih kepada Timah kerana cetuskan idea ini
kepada abang. Idea yang Timah beri ni memang bagus.” Kata lelaki tersebut dengan
penuh rasa bangga. “Lepas ini Timah boleh undi Fyrul... Mana tahu dia boleh
dimasukkan kembali ke Akademi Impiana jika undinya banyak.”

Kata-katanya itu telah membuatkan Timah tersenyum lebar.

“Abang terpaksa ke belakang pentas sekejap. Nak jumpa Ramlee OS. Ada hal nak
cakap dengan dia. Timah tunggu abang kat kereta abang, ya? Lepas ni abang nak bawak
Timah minum-minum di Sri Hartamas sebelum abang hantar Timah pulang...”

Timah mengangguk setuju. Dia berdiri lalu memerhatikan lelaki tersebut berjalan ke arah
belakang pentas sebelum dia sendiri berjalan untuk keluar dari perut dewan.

Timah berjalan keluar. Wajahnya tiba-tiba berubah pucat apabila dia dapat melihat
kelibat Rahmat memerhatikannya dari jauh. Timah cuba berjalan dengan cepat ke arah
tempat letak kereta. Di dalam hatinya dia berdoa agar Rahmat tidak akan mengekorinya.

“Timah!” Rahmat memegang bahu Timah dengan erat. Timah terkejut. Mahu
sahaja dia melatah, tapi dia bukan jenis yang senang melatah seperti Gundutz.

Timah meminta dirinya agar jangan disentuh Rahmat dengan menepis tangannya.
Beberapa orang yang ada di sekeliling mereka memerhatikan gelagat mereka berdua dari
jauh.

“Saya nak awak balik dengan saya sekarang jugak!” Perintah Rahmat sambil
menyerahkah topi keledar yang selalu dipakai Timah.

Timah tidak mempedulikan. Timah tidak mahu menerima topi keledar pemberian

214 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Rahmat. Dia terus berjalan ke arah tempat letak kereta.

“Kenapa dengan awak ni? Awak ingat saya ni tunggul ke?” Rahmat meninggikan
suaranya. Timah menoleh. Dia dapat melihat wajah Rahmat yang bengis. Timah tidak
pernah melihat wajah Rahmat bengis sebegini.

“Dah lah tu. Jangan kacau saya lagi.” Pinta Timah dengan suara perlahan.

“Kenapa dengan awak sekarang?”

“Kenapa apa pulak ni? Saya macam biasa jer. Tak ada apa-apa yang berubah.
Cuma saya tak nak awak kacau saya lagi. Tu jer.” Timah berhenti hadapan sebuah kereta
Honda Civic berwarna hitam.

“Awak ingat saya tak tahu awak keluar dengan jantan lain?”

“Kalau awak tak cakap kasar macam ni kepada saya, tak boleh ke? Dia ada nama
tahu tak?”

“Saya tak nak tahu siapa nama dia tu. Yang penting sekarang, saya nak awak ikut
saya, sebab saya nak hantar awak balik!”

“Saya tak nak balik dengan awak. Faham tak?” Timah memeluk tubuhnya. Dia
tidak berani memandang ke arah Rahmat. Dia terus diam.

Rahmat menarik nafasnya dalam-dalam. Dia sedang berada di dalam keadaan marah.
Sukar untuk dia memujuk Timah di dalam keadaan marahnya ini. Dia mahu berlembut
dengan Timah. Mungkin itu sahaja caranya untuk dia memujuk agar Timah mengikutnya
pulang.

“Timah, jom balik.” Rahmat bersuara lembut. Dia mendekatkan dirinya kepada
Timah. “Saya sayang awak. Saya tahu awak mungkin ingat saya main-main atau tak
ikhlas. Tapi percayalah, bila saya kata saya sayang awak, saya berkata dengan jujur
sejujur-jujurnya.”

Tiba-tiba penggera kereta Honda Civic di hadapannya berbunyi. Rahmat memandang ke


hadapan. Dia dapat melihat seorang lelaki bertubuh tinggi berjalan ke arah kereta. Lelaki
tersebut memberi isyarat tangan meminta Timah masuk ke dalam kereta. Timah menurut
dengan membuka pintu kereta.

“Kau ni siapa?” Tanya Rahmat marah-marah kepada lelaki tersebut. Lelaki


tersebut tidak melayan. Rahmat cepat-cepat memintas langkah lelaki tersebut agar dia
terhalang dari memasuki keretanya.

215 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Siapa aku tak penting... Kau ni kenapa? Kenapa kurang ajar sangat ni?” Herdik
lelaki tersebut kepada Rahmat.

“Timah, keluar!” Rahmat mengetuk tingkap kereta. Timah tidak mahu berganjak.

“Dah lah tu! Budak tu tak nak dengar cakap kau, kau nak paksa-paksa pulak. Tak
gentleman langsung. Patutlah dia nak tinggalkan kau--”

“Apa kau cakap ni?” Rahmat menolak lelaki tersebut dengan kuat. Lelaki tersebut
nyaris-nyaris jatuh.

“Dah lah Rahmat. Jangan gaduh-gaduh lagi!” pinta Timah. Rahmat menoleh ke
arahnya. Dia dapat melihat Timah sedang menangis.

Rahmat terpegun melihat keadaan Timah yang sedang menangis. Selama mereka
bersama, Rahmat tidak pernah melihat Timah menangis begini di hadapannya.

Lelaki yang berkereta Honda itu cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan
enjin keretanya.

“Timah, kalau awak tak mahu terima saya lagi dalam hidup awak... Beritahu
sahajalah kepada saya. Jangan biarkan saya begini.” Kata Rahmat kepada Timah, tetapi
dia tidak tahu jika kata-katanya tadi dapat didengar oleh Timah yang sedang menutup
mukanya ketika sedang menangis teresak-esak.

Kereta yang dipandu oleh lelaki itu bergerak meninggalkan tempat letak kereta. Rahmat
terus berdiri di situ dengan perasaan sayu dan kecewa. Kalau dia boleh menjerit, mahu
sahaja dia menjerit untuk meluahkan perasaannya pada ketika itu.

Tetapi Rahmat terus memendamkan perasaannya, walaupun dia mula merasakan


hidupnya kini beransur gelap dengan segala dugaan demi dugaan yang dihadapinya.

216 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 40

39. Pada petang itu, si gadis dan si jejaka telah dipanggil oleh doktor Tan untuk ke
pejabatnya. Si jejaka yang berkeadaan murung pada waktu itu tidak bersemangat untuk
menemui doktor Tan. Dia mahu terus menemani bapanya. Katanya kepada si gadis:

“Awak pergilah jumpa doktor Tan. Mungkin ada perkara penting dia nak bincangkan.
Awak lebih arif tentang hal macam ni... Saya nak temankan bapa saya makan malam ni.”

Si gadis mengangguk setuju. Dia mengambil beg tangannya di atas meja lantas meminta
diri dari Jumairi untuk ke pejabat doktor Tan. Si gadis menoleh untuk sekali lagi
memerhatikan wajah si jejaka yang penuh duka yang kadang-kala sengaja diceriakan agar
tidak merisaukan bapanya.

Si gadis tidak pasti apa yang telah membuatkan si jejaka murung selain dari memikirkan
tentang keadaan bapanya. Mungkin si jejaka sedih tatkala memikirkan tentang Timah
kekasihnya, yang hilang dikatakan entah ke mana, fikir si Gadis. Pernah si gadis
bertanyakan si jejaka lebih lanjut tentang hal ini, tetapi si jejaka tidak suka si gadis
mengorek tentang hal dirinya dengan Timah...

Si gadis melangkah ke bahagian hospital yang dikhaskan untuk pejabat para doktor pakar
yang berkhidmat di hospital tersebut. Apabila si gadis tiba di hadapan pejabat doktor Tan,
dia terus mengetuk pintu.

Doktor Tan nampaknya sudah lama menunggu ketibaannya. Doktor Tan mempersilakan
si gadis masuk dan duduk. Tanya doktor Tan kemudian:

“Mana Rahmat?”

“Dia ada bersama bapanya. Saya mewakilinya untuk menemui doktor.”

“Well... This is important. It's regarding the operation--”

“Kenapa doktor? Ada masalah?”

“Well... Yes, actually. I don't know where to start--”

“Apa masalahnya?”

“Sebenarnya saya telahpun berjumpa dengan doktor pakar yang mampu membantu saya
dalam pembedahan encik Jumairi. In fact, he has a good track record dealing with many
cases of arteriovenous malformation when he was practicing medicine in London. But
you see... Things can be a bit complicated...”

217 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“I don't understand!”

“The consultant neurosurgeon that I'm talking about just now will not be around in this
country till the end of next week. He's in Bali right now. Resting. That was what I was
told this afternoon--”

“Mana boleh macam tu! He has to come back!”

“I think, to be fair, doktor sepertinya perlu berehat juga cik Salina.”

“Tapi encik Jumairi perlu dibedah secepat mungkin!”

“Saya tahu, cik Salina. But I guess we have to wait...”

“What will happen if we wait?”

“You know what will happen...”

Wajah kesal jelas terlukis di wajah doktor Tan. Dia menarik nafasnya panjang-panjang.
Si gadis pula membalas:

“So what other choice do we have?”

“Maybe you can talk to the consultant neurosurgeon personally. Mungkin ia boleh
membantu.”

“Who is this guy, anyway?”

“He's a young associate professor at UKM. Doktor Badrul bin Adnan. A very talented
surgeon if you ask me.”

Si gadis nampak terkejut. Wajahnya sedikit pucat. Dia termenung buat beberapa ketika
sehingga doktor Tan terpaksa memanggil namanya berkali-kali. Soal doktor Tan setelah
si gadis tersedar dari lamunannya:

40. Si gadis memegang lengan kanannya ketika dia berjalan perlahan keluar dari
pejabat doktor Tan. Wajahnya jelas terganggu. Dia mengambil keputusan untuk keluar
dari bangunan hospital.

Di luar hospital, si gadis menghidupkan putung rokoknya, walaupun buat sekian kali, dia

218 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

telah berjanji kepada dirinya untuk terus berhenti merokok. Setelah dia menghisap hampir
setengah batang rokok, si gadis mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menelefon Badrul.
Belum sampai tiga deringan, Badrul bekas kekasihnya itu menjawab panggilannya:

“Salina?”

“Yes, it's me...”

“Kenapa tiba-tiba you call I ni? I'm on a vacation in Bali.”

“I tahu. I mintak maaf jika menganggu.”

“You tak menganggu. I tengah berehat di beranda bilik I.... You tahu mana I sekarang?”

“Tidak...”

“Di Ubud. Di Ibah Hotel. Setiap kali kita bercuti ke Bali kita pasti ke sini. Tentu you
masih ingat dengan tempat ini.”

“I masih ingat. Tapi I call you bukan sebab tu semua. I don't like to live in the past,
remember!”

“Tak salah jika kita mengingati kisah-kisah lama kita bersama dulu. We were so happy
together.”

“...”

“Jadi kenapa you tiba-tiba call I? Dah bertahun you tak call I... I'm so flattered that you
still keep my number after all these years--”

“Badrul... I need your help.”

“What?”

“I said, I need your help.”

“Kenapa Salina? What's wrong?”

“I need you to come back to KL immediately.”

“Kenapa ni? You ada masalah ke?”

“Not me. Tapi--”

219 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tapi apa?”

“Rahmat... You remember him? His father, encik Jumairi is in a critical condition.
Arteriovenous malformation--”

“Oh, bapak budak tu rupa-rupanya. Secretary I ada call I pagi tadi pasal hal ini. Doktor
Tan's patient, kan? But I said I can't commit. I datang sini pun nak berehat dan kerana I
nak lupakan you. I tak nak fikir pasal you lagi dan kalau boleh I nak lupakan terus pasal
you sama sekali. And I need this, Salina. I want some sort of a closure before I can live
my life again. I want to move on lah sayang! ”

“Please Badrul! I beg you. If you don't want to do it for encik Jumairi, please do it for me.
From the time we've met, I've never really asked you for anything, and now for the first
time, I'm asking you to do this for me...”

Suara si gadis terketar-ketar merintih dan meminta belas. Badrul mengeluh. Dia
mengambil gelas yang penuh berisi air limau di sebelahnya lantas diteguknya sedikit
demi sedikit.

“Salina... What's in it for me?”

“I'll do anything for you, Badrul. Just come back to KL and carry out this operation.
Please, I beg you!”

“Give me some time to think... I'll call you back.”

Badrul mematikan talian telefon. Sekali lagi dia mengeluh. Dia memikirkan tentang apa
yang telah dipinta oleh Salina.

Rasa cinta Badrul terhadap Salina telah lama tersulam di dalam hatinya. Dia cukup
sayang dengan Salina sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Salina. Tetapi
perasaan ragu mula menghantui dirinya apabila Salina telah meminta bantuan darinya
kerana ingin membantu budak hingusan bernama Rahmat yang dibencinya itu.

Badrul cuba berfikir jauh. Kini nasib mungkin menyebelahinya, katanya di dalam hati.
Badrul mengamati telefon bimbitnya. Dia menelefon Salina kembali untuk memberitahu
kepadanya bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur secepat mungkin dan bersetuju
untuk membantu doktor Tan dalam pembedahan Jumairi nanti... Tetapi dengan bersyarat.

Dan syarat inilah yang perlu ditunaikan oleh Salina samada dia suka atau tidak...

220 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

221 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 41

Rahmat berasa serba salah apabila dia diberitahu oleh Salina bahawa hari ini mereka akan
menemui Saliza Malik. Kata Salina, Saliza selalunya terlalu sibuk dengan perniagaan
produk kecantikannya berasaskan jamu dan jarang mahu menemui pelawat, tetapi petang
itu, dia bersedia menemui mereka. Semuanya berkat bantuan Yusmi, rakan Salina yang
telah mengaturkan segala-galanya.

Rahmat sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia akhirnya akan bertemu dengan
ibunya sendiri yang tidak dikenalinya itu - walaupun selama ini dia sering memikirkan
tentang bibit-bibit pertemuan ini dan perkara-perkara yang mungkin akan dilakukannya.

Fikiran Rahmat gusar dan berserabut. Macam-macam perkara yang mula bergolak dalam
kepalanya. Macam-macam perkara yang ingin ditanyakan kepada ibunya nanti.

“Saya takut.” Ujar Rahmat kepada Salina di dalam kereta ketika Salina sedang
memandu.

“Takut apa?” tanya Salina sambil menoleh sekali kepada Rahmat yang sedang
memeluk tubuhnya.

“Apa yang perlu saya katakan kepadanya nanti?”

“Katakan apa sahaja yang terbuku di dalam hati awak.”

“Saya takut tak terluah nanti.”

“Luahkan sahaja. Awak tak perlu gusar. Saya ada di sisi awak untuk membantu.”
Beritahu Salina sepatah demi sepatah.

Rahmat mengangguk perlahan. Dia cuba mengukir senyuman, tetapi bibirnya terasa kaku.

“Saya lihat sejak saya jumpa awak tadi... Awak nampak sedih jer. Selalunya awak
tak macam ni. Saya rasa pelik sikit.” Tegur Rahmat perlahan. Matanya meleret ke wajah
Salina.

“Tak ada apa-apa. Awak tak perlu risau tentang saya. Ada masalah di tempat kerja
yang perlu saya selesaikan.” Jelas Salina langsung matanya memandang kosong ke jalan
raya.

Salina memberhentikan keretanya hadapan sebuah banglo besar yang terletak di Bukit
Damansara. Rahmat menarik nafasnya dalam-dalam. Dengan perasaan ragu-ragu dia
keluar dari kereta Salina. Wajahnya nampak keruh. Dia takut untuk melangkah setapak

222 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

lagi.

Salina menekan loceng rumah banglo putih yang tersergam indah di hadapannya.
Beberapa detik kemudian, pintu pagar automatik terbuka dengan sendiri. Seorang
pembantu rumah Indonesia menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Katanya, Saliza
akan turun sebentar lagi. Mereka berdua dipersilakan duduk di ruang tamu.

Rahmat duduk sambil termenung. Dia cuba menenangkan fikirannya. Dia berpaling ke
arah Salina. Dia dapat melihat wajah tenang Salina. Mungkin kerana Salina sudah
terbiasa dengan situasi begini apabila beliau sering berhadapan dengan tokoh-tokoh
korporat tempatan sewaktu melakukan tugasnya.

Saliza turun ke ruang tamu dengan pakaian santai oleh Dolce & Gabbana yang telah
dibelinya dua tahun lepas di Milan. Dia ternyata nampak anggun.

“Assalamualaikum Datin Saliza. Nama saya Salina. Dan ini pula Rahmat.”

“Waalaikumsalam, jemput duduk.” Ujar Saliza dengan lembut. “Our fabulous


Miss Yusni kata you perlu jumpa I. Perkara penting katanya. Dia kata you are in the same
industry as her... You nak ambil I jadi talent iklan ke? You should talk to my manager
instead. Dia yang sepatutnya uruskan benda ni semua.”

“Kami sebenarnya bukan datang ke sini untuk tujuan itu.” Salina melemparkan
kata-kata itu pada ketika Rahmat ketandusan bicara.

“Don't tell me you all ni dari Akademi Impiana?”

“Tidak...”

“Dara will be singing my classic song, 'Aku Ingin Bercinta Lagi'. Harap-haraplah
dia boleh bawak lagu tu dengan betul. Janganlah nanti dia jerit-jerit bila dia nyanyi lagu
tu.” Adu Saliza. “I dapat tiket untuk ke konsert tu nanti, tapi Datuk outstation--”

“Saya suka dengan lagu tu...” Salina memintas kata-kata Saliza sebelum menoleh
ke arah Rahmat. Didapatinya Rahmat seperti takut-takut ketika memandang ke arah
Saliza. “Mungkin Datin boleh keluar dengan Seri pada malam konsert tu nanti.”

“You kenal dengan Seri?”

“Tak kenal rapat. Saya kenal dia pun melalui anak Yusni. Diorang berdua kawan
baik...”

“Budak tu anak Yusni? I didn't that know she has a son!” terkerut dahi Saliza

223 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

dibuatnya. Dia menggaru-garu dagunya. “Well, Seri tak minat dengan Akademi Impiana
ni semua. Lagipun setiap hari Sabtu dia suka keluar dengan kawan dia tu... What's his
name again... Mr. K?”

Rahmat kelihatan kurang selesa duduk di ruang tamu rumah Saliza. Dia mengusap
lengannya seperti berada dalam sebuah bilik yang sejuk. Sememangnya, rumah Saliza
yang mempunyai bentuk rekaan modernisme dengan perabot-perabot minimalis itu
membuatkan dia terasa dingin dan kosong.

“Jadi... Kenapa you all nak jumpa I?” tanya Saliza setelah melihat Salina dan
Rahmat lama duduk diam di hadapannya.

Salina mengeluarkan cincin di jarinya. Kemudian dia menyerahkan cincin tersebut kepada
Saliza.

Saliza menyambut cincin tersebut dari tangan Salina. Dia mengamati cincin tersebut buat
beberapa ketika sebelum wajahnya terus berubah pucat. Dia menutup mulutnya kerana
terlalu terkejut.

“Mana you dapatkan cincin ini?” tanya Saliza. Kemudian dia memandang ke arah
Rahmat.

“Dari encik Jumairi.” Jawab Salina perlahan.

Mahu gugur jantung Saliza dibuatnya apabila nama Jumairi disebut di hadapannya.
Matanya berpinar-pinar. Dia mengambil beberapa ketika untuk menenangkan fikirannya.

“Jadi kenapa kamu kemari?” Saliza memandang ke arah Rahmat. Kemudian satu
kesedaran mula berputik di kotak fikirannya. “Rahmat... Nama datuk aku sendiri. Pernah
aku...”

“Pernah mak gunakan nama itu untuk menamakan nama anak mak sendiri.”
Rahmat menyambung kata-kata Saliza tadi dengan suara yang lemah. Rahmat terasa
janggal menyebutkan kalimah 'mak' yang jarang disebutnya sebelum ini, tetapi kalimah
itu disebutnya jua.

Saliza mengangguk lemah.

Pembantu rumah Saliza membawa air untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamunya.


Mereka bertiga terus diam sehingga pembantu rumah tersebut meninggalkan ruang tamu.

“Aku tahu satu hari nanti, kau pasti akan mencari aku. Masakan aku boleh lari dari
rahsia masa silam aku begitu sahaja.” Terselit penyesalan dalam kata-katanya itu. Dia

224 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

meneliti wajah Rahmat. Dia dapat melihat Rahmat tertunduk memandang ke arah lantai.

Walaupun Saliza pernah menjaga Rahmat sehingga Rahmat berusia dua tahun, dia sudah
dapat mengagak bahawa Rahmat akan menjadi seorang lelaki yang kacak satu hari nanti.
Maka betullah telahannya dahulu. Sememangnya Rahmat anaknya itu kini telah
membesar sebagai seorang lelaki yang cantik kejadiannya.

“Saya hanya ingin tahu dari mak, kenapa mak tinggalkan kami dahulu.” Rahmat
memaksa agar kata-kata ini dapat diluahkan dari mulutnya sendiri.

“Ceritanya panjang, Rahmat.”

“Saya sanggup mendengar. Dah lama saya tunggu saat ini agar saya dapat
penjelasan ini dari mak. Jadi tak salah rasanya jika saya ambil sedikit masa ini untuk
mendengar penjelasan ini dari mulut mak sendiri.”

Saliza menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memandang ke arah Salina, sebelum


memandang ke arah Rahmat.

“Usia kami terlalu muda bila kami berkahwin dahulu. Aku sendiri tak tahu apa
yang aku mahu dalam hidup aku... Dan bapa kau pula masa tu...”

“Kenapa dengan dia?”

“Mungkin dia muda... Mungkin sebab itulah dia suka mencari yang lain. Bapak
kau tu bukan calang-calang orang ketika dia muda dulu. Ramai anak gadis yang telah
menaruh minat dengannya walaupun dah tahu dia dah berkahwin.” Saliza termenung buat
beberapa ketika untuk meniti kisah-kisah silamnya, sebelum dia menambah lagi. “Dia
seorang suami yang curang. Tak pernah cukup dengan satu... Kami bekerja di kelab
malam yang sama di bandar Muar dulu... Aku jadi penyanyi, dia jadi bouncer di kelab
malam itu. Kadang-kala, dia tak pernah berselindung dari aku pun bila dia keluar dengan
perempuan lain.”

Mata Rahmat terasa kering mendengar penjelasan dari Saliza. Dia tidak pernah tahu
tentang hal ini. Bapanya tidak pernah memberitahunya bahawa dia pernah kerja di kelab
malam untuk mencari nafkah. Selama ini dia fikirkan bapanya adalah seorang anggota
tentera. Rahmat tidak pernah tahu bahawa sejurus selepas Jumairi berhenti menjadi
seorang pegawai tentera, dia telah pergi mencari kerja sebagai seorang pegawai
keselamatan di sebuah kelab malam di bandar Muar. Jumairi sememangnya tidak mahu
anaknya mengetahui tentang hal ini, malah entah berapa banyak lagi rahsia yang disimpan
dari anaknya itu...

“Ketika kau berusia dua tahun, seorang penerbit dari KL datang ke kelab malam

225 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

tempat aku bekerja. Dia mendengar suara aku, lalu dia mahu aku mengikutnya ke Kuala
Lumpur untuk membuat album. Bila dia dapat tahu aku ada anak dan suami, dia kata aku
boleh membuat pilihan untuk mengikut kehendaknya lalu menjadi terkenal, ataupun terus
hidup dalam dunia kelab malam aku bersama bapak kau yang entah ke mana arah
tujuannya.” Mata Saliza menyala dengan api ingatan.

“Jadi mak pilih untuk menjadi penyanyi terkenal lalu melupakan kami? Kenapa
senang sangat mak buat keputusan macam ni?” Tanya Rahmat dengan matanya tajam
kepada Saliza.

“Sebab bapak kau seorang pemarah... Terutamanya bila dia berada dalam keadaan
mabuk-mabuk. Kalau dia marah dengan orang lain, aku yang akan menjadi mangsanya.
Aku bukan anak patung yang boleh disepak-terajangnya.” Fikirannya melayang merentap
satu persatu memori lama. “Aku ada hati dan perasaan, Rahmat. Perempuan mana yang
suka dirinya dipukul kemudian disayang, bila tak suka dipukul lagi...”

“Kenapa mak sanggup tinggalkan saya. Kalau mak bencikan bapak saya
sekalipun, kenapa saya ditinggalkan?”

“Kerana kadang-kala, kita terpaksa mengorbankan segala apa yang kita ada untuk
mengejar impian kita.” Kata Saliza dengan jujur, walaupun sukar benar untuk dia
mengeluarkan kata-kata yang terasa kelat di bibirnya itu. Tambah Saliza lagi:

“Bila aku tiba di KL, segala apa yang aku lalui sebelum ini aku cuci bersih. Aku
muncul untuk mendakap dunia hiburan dengan imej baru dan kehidupan baru. Tak ada
orang yang tahu tentang latar belakang kehidupan lampau aku. Aku beri mereka lihat apa
yang mahu lihat. Kesudahannya, aku menjadi terkenal. Aku menjadi isteri seorang ahli
perniagaan yang berjaya dan akhirnya dikurniakan dengan dua orang anak. Kini aku ada
perniagaan aku sendiri. Lihat sahaja rumah ini, semua yang ada di dalamnya aku bina
dengan titik peluh aku sendiri.” Jelas Saliza kepada Salina dan Rahmat sambil meniti
bicaranya dengan cermat. “Dunia hiburan ini penuh dengan kepura-puraan. Aku terus
hidup dalam dunia kepura-puraan ini kerana ini adalah pilihan aku.”

Rahmat terdiam mendengar penjelasan dari Saliza. Walaupun begitu dia merasa tenang.
Sekurang-kurangnya sekarang, setiap apa yang yang mahu diketahuinya telah terjawab
oleh Saliza.

“Bapak kau sekarang macam mana keadaannya?” tanya Saliza dengan suaranya
yang masih berat.

“Dia sekarang sedang berada di hospital.”

“Apa?” Sela Saliza. Terkejut. Dia duduk kaku buat beberapa ketika.

226 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dia sakit... Keadaannya kronik. Terdapat pendarahan di dalam otaknya, jadi dia
perlu menjalani pembedahan. Jika tidak, mungkin dia tidak boleh diselamatkan.” Jelas
Rahmat dalam kemuraman hati.

Saliza menerima dengan tenang kejutan tentang bekas suaminya yang telah lama
dilupakannya itu. Dia kemudian meminta diri untuk ke biliknya sebentar. Katanya dia
mempunyai sesuatu yang mahu diambilnya di situ.

Lima minit kemudian, dia datang menemui mereka kembali. Bunyi langkah Saliza
berjalan tiba-tiba sahaja memecahkan kesunyian yang dari tadi membalut suasana di
ruang tamu rumahnya.

“Sebenarnya aku tahu kau dan bapa kau bukan orang senang. Aku tahu selepas
aku meninggalkannya, dia seperti kehilangan arah. Dia berhenti bekerja di kelab malam,
lalu terus buat kerja-kerja kampung untuk menjaga kau. Buat beberapa tahun aku cuba
dapatkan berita tentang kamu berdua melalui cerita orang, tapi lama kelamaan, aku terus
berhenti untuk mengambil tahu... Aku akhirnya memilih untuk tidak lagi mahu
memikirkan tentang kehidupan yang telah lama aku tinggalkan, kerana aku mempunyai
keluarga aku sendiri yang aku sayangi.” Wajah Saliza malap dengan rahsia yang sebelum
ini tidak berani disuarakannya.

Saliza kemudian menyerahkan sekeping cek kepada Rahmat. Tetapi Rahmat tidak mahu
menerimanya, malah wajah Rahmat berubah marah.

“Saya bukan datang ke sini untuk meminta sedekah!” Rahmat mengetap bibirnya
tanda benci.

“Jangan salah faham Rahmat... Ini pemberian ikhlas dari aku. Aku mahu kau
gunakan wang ini untuk membiayai pembedahan bapak kau. Kalau tak cukup, kau hanya
perlu beritahu kepada aku.” Wajah Saliza membayangkan kejujuran. “Cuma aku harap,
selepas ini... Kau jangan datang ke rumah aku ini lagi. Aku tak mahu anak-anak dan
suami aku tahu tentang kisah lama aku.”

Rahmat mendengus marah. Dia terus keluar dari rumah Saliza dengan langkah angkuh
yang terus membekukan suasana.

Salina dan Saliza saling berpandangan. Saliza membongkok mengambil cincin lamanya
di atas meja dan menyerahkan cincin itu bersama cek di tangannya kepada Salina.

Salina menerima pemberian dari Saliza tanpa membalasnya dengan kata-kata. Dia
sekadar bersalaman dengan Saliza sebelum dia berjalan ke arah keretanya. Di dalam
kereta, Rahmat sedang menunggu dengan wajah yang bengis.

227 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Salina terus memandu. Setelah lebih kurang sepuluh minit dia memandu, barulah Rahmat
bersuara kembali:

“Kenapa awak ambil cek tu?”

“Bapa awak perlukan duit ini... Dia beri awak cek sebanyak 100,000 Ringgit...
Lebih dari mencukupi untuk menampung kos pembedahan ayah awak yang kita perlukan
tu.” Salina membalas dengan suara yang cukup lembut untuk meredakan bahang di dalam
hati Rahmat.

Cerita Saliza tentang bapanya masih tersisa di dalam benak Rahmat pada ketika itu.
Mungkin apa yang dijelaskan oleh ibunya itu benar. Mungkin salah bapanya sendiri
kerana tidak menghormati isterinya sendiri ketika mereka bersama dahulu. Mungkin salah
ibunya sendiri kerana sanggup mengejar cita-citanya lalu meninggalkan segala
tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Mungkin.

Rahmat menanam janji untuk tidak meniti jalan hidup yang sama seperti bapanya. Di
dalam masa yang sama, perasaan bencinya kepada ibunya semakin menjadi-jadi.

228 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 42

“Si sotong ni dah melebih lah!” Tempik Gundutz marah. “Dulu sakan dia nak
memondankan lagu, ini dia nak tukar lirik bagai pulak!”

“Alah nok... Biasa lah adik-adik. Macam ko tak biasa perangai adik-adik ni!”
balas Linus yang sedang duduk tertib bersimpuh.

“Nok... Kalau hem jadi komposer kan... Kalau ada ponen yang nak suka-suka
tukar lirik lagu hem, harus hem mengamuk sundels. Haruslah lepas tu hem nak saman
ikut style akaq Hazwan Ali!”

“Nok... Sepatutnya tenaga pengajar diorang ni ajar diorang tentang Copyright Act
dan memahami serta menghormati Intellectual Property orang lain. Bukan apa nok,
peponen macam si Khir ni mana boleh percaya kan? Nanti bila dia dah ubah-ubah lagu tu
bagai, two three years down the road, tetiba dia mintak royalties, sapa nak jawab? Terus
dia buat claim dia dah ubah lagu tu jadi, lagu tu adalah sebahagian dari hak ciptanya.
Macam-macam lah nanti. Ko tahu lah kan?”

“Itu lah nok. Kejis kan perangai?”

“Alah sundels... Sejak bila orang Malaysia ni hormat dengan Intelectual Property
ni?”

“Ermm... Macam hem lah kan? Hem kan banyak kumpul DVD cetak rompak ni.”
Gundutz tergelak sendiri. Dia hanya berhenti berhenti tergelak apabila dia melihat Linus
tiba-tiba ketawa sendiri.

“Apahal ni sundels!” Gundutz bercekak pinggang.

“Nok... kembar ko masuk TV!” tempelak Linus apabila komposer Joe Faris
Kamarudin pergi menemui Khai.

“Kak Nam jahaman kan molot ko?” Gundutz membaling bantal ke arah Linus.
Dia merenung ke dalam mata Linus tanpa berkelip.

“Very der makcik-makcik tukar resepi kan, dua-dua ni?” Ujar Linus sewaktu
melihat Joe duduk bersimpuh sambil berbual dengan Khir tentang lagu yang diciptanya.
Gundutz tak mahu ketawa, kerana dia dituduh Linus mempunyai wajah iras-iras
komposer muda yang berbakat besar itu.

“Nok... Ponen Azam tu pon hem tak koser okay. Ala-ala beria-ia nak nyanyi lagu
KRU. Lepas tu bila dapat lagu KRU, suara terus sumbang tak hengats. Perlu ke?” Suara

229 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Gundutz tebal dengan kesungguhan.

“Alah nok... Klon ni semua perlu ke? Kalau klon penyanyi yang vasst takper nok.
Ini klon penyanyi yang tak perlu. Dah ada satu kat Malaysia ni cukup ler. Nak ada satu
lagi klon suara tak perlu ni semua buat apa?” Linus melebarkan bibirnya ketika membuka
bicara katanya ini tadi.

“Alah nyah... Tak lama tu. Benda ni semua sementara jer. Penyanyi macam Azam
tu, boleh tahan lama ke kalau takleh nyanyi? Ala-ala bila dah tak kiut lagi, ko hengat
bebudak pompuan dan peponens yang terhegeh-hegeh dengan dia, nak dia lagi ke?”

“Tu lah nok. Dunia hiburan ni bermusim. Yang ada bakat tu pun belum tentu
boleh bertahan lama.”

“Ermmm... Ko perasan tak? Sejak-sejak Timah tak ada, boring kan?” Gundutz
menyambung kata bicaranya dengan pertanyaan yang lebih serius.

“Tu lah nok. Dah takde orang lain kita nak sakat.”

“Ye lah, mentang-mentang dia ada Gastro sendiri sekarang.”

“Koser lah pompuan tu! Belum apa-apa dah kena spedo bagai.”

“Tu lah! Perlu ke dia bersama dengan jantan kerja Gastro tu sekarang?”

“Tapi taste jugak abang tu kan? Ala-ala mix Melayu-Arab gituh muka dia. Tinggi
pulak tu! Mak taste dengan dia, occay!”

“Ko, dengan abang kat warung depan flat ni pon ko taste!”

“Hanjs lah kau!”

“Tapi koserlah kalau Timah tinggalkan Rahmat...”

“Very der sundels! Dah lah Rahmat tu nalla karrupan!” Linus membelitkan
lidahnya.

“Haiyoh! Mana ko tahu sundels!”

“Dia kan tinggal dengan mak... Koserlah ko ni. Sah-sah mak pernah nampak.”

“Haiyoh lahanatz ko!” tempik Gundutz.

230 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Dia pernah tertidur atas sofa rumah mak lepas dia tengok bola malam-malam
buta. Harus lah bila mak bangun pagi-pagi mak ternampak dia tidur terbongkang atas sofa
mak... Shirtless lagi sundels, sampai nampak six pack bagai dia tu... Haruslah mak
merembes kan? Pastu hari tu pulak, dia pakai seluar bola putih ketat ala-ala transparent...
Jangan marrahhhhh!”

“Adik-adik kalau bercerita memang detail, kan? Ala-ala sengaja nak bagi hem
makan hati!”

“Pagi tu lah mak ternampak dia punya benda alah tu der terpacak dalam seluar dia.
Haiyoh, pendek kata kalau Timah buat laki, harus ler dia makan kenyang tiap-tiap malam,
kan? Very der bahagia rumahtangga pompuan tu!”

“Eh ponen, bukan ke ko ada kamera kat handphone ko tu? Harus lah dah ambik
gambar bagai, kan?” Gundutz melulu menuduh.

“Eh perlu ke beritahu?”

“Hanjs! Ko memang! Adik-adik memang motif kalau beli cameraphone ni! Harus
dah ambik gambar, pastu tak nak share.”

“Biasserrrlehhhhhh! Buat apa mak jaja gambar jantan meletops dengan adik-adik
der gersang macam kau? Baik simpan sendiri buat bahans bila tengah ger-ger, kan? Ko
hengat mak ni apa? ' `Saluran Infotainment Anda' ke?” wajah Linus membayangkan
kenakalannya. “Kalau ko nak gambar Pak Abu, mak boleh share. Boleh? Taste ko kan
sesuatuh der luar biasa der Misteri Nusantara, gituh?!”

“Koser! Hanjs punya statementz!” Teriak Gundutz sambil berdecit. “Apa-apa pun,
hem rasa Timah tetap sayangkan si Rahmat. Bukan sebab si Rahmat tu nalla rekerk,
meletop dan badan zaast ke apa, tapi sebab mereka berdua tu dah lama bersama nok.
Susah sama susah. Bila senang pun sama-sama senang.”

“Tapi pompuan nok... Kalau dah dapat jantan berkedudukan, haruslah mata dah
kabur. Kalau adik-adik tu, jangan cakap lah kan?”

“Timah harap-harap tak macam tu ler nok. Lama hem kenal dia. Hem rasa dia
baik budaknya walaupun kekadang molot dia tu takde insurans.” Matanya yang redup
menampakkan keikhlasan kata-katanya. “Ye lah, dia budak kampung nok. Datang dari
keluarga yang susah. Tapi hem rasa dia tak pikir pasal harta dunia ni sangat. Bukan cara
dia nok. Kalau dia nak carik jantan kaya raya, dah lama dia dapat. Muka dia kan ala-ala
natural beauty, gituh. Senang nak dapatkan jantan. Nak-nak jenis ayahda tak laku der
boroi tapi kaya raya!”

231 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Linus mengangguk akur. Mereka terus menonton Diari Akademi Impiana sehinggalah
rancangan tersebut selesai. Sepuluh minit selepas rancangan selesai, tiba-tiba Timah
muncul di muka pintu.

“Wah anak dara kita soreng ni... Koreng-koreng ada perasan tak, semenjak
duamenjak ada Gastro sendirrriii, macam dah tak ingat-ingat nak datang melawat mak-
mak ayam dia ni lagi.” Gundutz sengaja mengajuk cara percakapan Dr. Cher sambil
membuka pintu pagar rumahnya untuk membenarkan Timah masuk.

Timah membawa masuk beberapa bekas plastik kepunyaan Gundutz yang pernah
dipinjamnya. Dia ingin memulangkannya kembali.

“Pompuans... Ko dengan Rahmat dah ala-ala bercerai ke?” tanya Linus dengan
cermat, walaupun soalannya itu jelas melulu.

Timah tidak menjawab. Malah, dia nampak tidak bermaya mahu melayan kerenah Linus
dan Gundutz seperti yang biasa dilakukannya sebelum ini.

“Aku rasa ko tak tahu yang dia sekarang selalu berulang-alik ke Pusat Perubatan
Pantai. Bapak dia terlantar sakit kat sana.” Linus menjelaskan. “Aku dan Gundutz selang
sehari mesti pergi melawat bapak dia tu masa lunch hour kitaorang...”

“Apa?” Wajah Timah dilukis gelisah.

“Haiyoh, sah lah pompuan ni tak tahu menahu!” terpa Gundutz.

“Dia tak pernah cakap pun!” Air muka Timah keruh dengan kesedihan yang
ditahan-tahan.

“Kau tak pernah tanya nok! Kaedahnya, femfuans macam kita ni kena rajin-rajin
ambil tahu perihal laki sendiri dengan bertanya. Hah! Ada sesetengah lelaki tu, langsung
tak suka kongsi hal masalah diorang dengan kita orang femfuans!” beritahu Gundutz
dengan serius sambil memandang ke arah Linus yang sedang mengangguk setuju.

“Tu lah kau, bila dah dapat laki baru, terus kekwats dengan mak ayam-mak ayam
sendiri. Inilah jadinya. Ala-ala sumpahan para ratu, kan?” Perli Linus.

Timah duduk diam di ruang tamu rumah Gundutz. Dia seolah-olah tenggelam dalam
lautan fikirannya sendiri...

**

Rahmat memandang ke arah jam tangannya. Dia dapat melihat bahawa waktu untuk

232 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

melawat pesakit akan tamat dalam masa lima belas minit lagi. Salina dilihatnya sedang
duduk sambil berbual-bual dengan bapanya yang sedang berbaring di atas katil.

“Awak tunggu di bawah... Ada sesuatu yang penting yang ingin saya bincangkan
dengan bapa saya.” Pinta Rahmat dengan suara yang hampir berbisik kepada Salina.

Salina cukup memahami dengan permintaan Rahmat. Dia meminta dirinya dari Jumairi
lantas memberitahunya dia akan datang lagi pada hari esoknya seperti biasa. Dia
mengucapkan selamat tinggal kepada Jumairi sambil bersalaman.

“Semalam saya berjumpa dengan mak... Seperti apa yang ayah mahukan.” Rahmat
membuka tirai kata.

“Jadi apa yang dia beritahu?” tanya Jumairi dengan suara tenang.

“Tentang ayah... Dia ada ceritakan kepada saya kenapa dia mahu berpisah dari
ayah--”

“Tentu dia ada beritahu kepada kau tentang segala kesilapan yang pernah aku
lakukan kepadanya dahulu. Aku tahu semuanya berpunca dari aku sendiri. Mungkin apa
yang berlaku kepada aku sekarang adalah balasan tuhan kepada segala kesilapan aku
kepadaNya dan kepada mak kau pada masa lalu--”

“Jangan cakap macam tu, yah.” Rahmat bersuara lemah. Dia memegang tangan
Jumairi yang sejuk itu dengan dengan erat. “Ayah masih sayangkan dia?”

“Ya, aku memang sayangkan dia. Rasa sayang aku kepada mak kau itu tak akan
hilang sampai bila-bila.” Jelas Jumairi tulus ketika berkata-kata. “Sebab aku sayangkan
dialah aku tidak mahu mengganggunya walaupun dia menjadi penyanyi terkenal. Aku
mahu lihat dia bahagia... Dan sekarang aku bersyukur kerana dia dapat kebahagiaan yang
dia cari selama ini yang tidak mungkin dia akan dapat sekiranya kami terus bersama.”

“Kita tak boleh cakap macam tu, yah. Mungkin dia juga boleh bahagia jika kita
bertiga ditakdirkan untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga..”

“Yang dah lepas, kita biarkan lepas, Mat.”

Rahmat dapat melihat manik-manik air mata mula membasahi pipi bapanya. Rahmat
menyapu air matanya bapanya tanpa berkata apa-apa lagi.

“Aku menyesal dengan perbuatan aku yang lalu... Tapi biarlah aku bawa
penyesalan ini sampai mati.” Jumairi memandang ke arah tingkap di kamarnya untuk
melihat suasana senja yang semakin gelap di luar - yang kini kegelapan yang sama mula

233 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

membayangi wajah anak yang disayanginya itu.

234 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 43

Cerpen Timah

Aku telah ke Kuala Lumpur ketika aku berusia 18 tahun. Aku mahu ke Kuala Lumpur
kerana aku mahu lari dari segala-galanya...

Aku berasal dari Tapah, Perak. Keluarga aku orang susah. Bapak aku, walaupun bekerja
sebagai pekebun, dan bekerja dalam sebuah kebun kepunyaan seorang taukeh Cina -
mempunyai bukan satu tapi tiga orang isteri. Ibu aku isteri yang keduanya. Ibu melahirkan
lapan orang anak. Aku anak keempat. Kesemuanya, bapak aku ada dua puluh empat
orang anak. Sejak kecil lagi, hubungan aku dengan bapak aku tidaklah begitu rapat.
Malah aku rasa, bapak aku bukanlah kenal dengan aku sangat. Hubungan aku dengan dia
pun tak macam hubungan anak dan bapa seperti yang dapat dirasakan oleh kawan-kawan
aku yang lain dengan keluarga yang kecil.Jadi sebab itulah kadang-kala aku cemburu
dengan mereka. Kalau boleh aku mahu ada seorang bapa yang rapat dengan aku dan
mengenali siapa aku ini, bukan sekadar mengenali nama aku sahaja...

Bapak lebih rapat dengan anak-anaknya dari isterinya yang pertama. Abang, kakak serta
adik aku, macam nak tak nak dilayani. Mungkin kerana sikap ibu yang garang berbanding
dengan isterinya yang lain.

Aku rasa, aku sendiri garang orangnya. Aku suka melawan. Mungkin ini semua
datangnya dari ibu. Aku rasa ibu sebenarnya tidak garang, tetapi untuk terus hidup, dia
mesti garang dan berani melawan. Dia mesti menjerit-jerit kepada bapak, barulah bapak
mendapatkan dan memberikan wang belanja untuk kami. Jika tidak, kami tidak makan.

Abang dan kakak aku tua ada yang terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja di ladang
tempat bapak aku bekerja semata-mata untuk menampung makan minum kami
sekeluarga. Memang aku kasihan dengan mereka. Kerana mereka tidak sempat belajar
jauh sehingga ke peringkat SPM sekurang-kurangnya seperti aku – walaupun aku hanya
dapat gred 3.

Bapak mengharapkan agar anak-anaknya supaya menjaganya bila dia tua nanti, tetapi
abang dan kakak aku siang-siang lagi sudah bertekad untuk tidak mengendahkannya bila
dia tua kelak. Kata mereka, “Kita jaga mak sahaja, bapak boleh dijaga oleh anak-anak dia
yang lain.”

Aku dapat lihat, bapak mempunyai ramai anak, tapi belum tentu seorangpun dari anak-
anaknya yang mahu menjaganya kerana bila dia tua kelak - kerana aku lihat bapak tidak
pernah dapat menumpukan kasih sayangnya sebagai seorang bapa kepada kami semua.
Jumlah kami terlalu ramai...

235 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Aku telah ke Kuala Lumpur ketika aku berusia 18 tahun kerana aku sudah bosan duduk di
kampung. Aku bosan melayan kerenah adik-adik aku dan bekerja siang malam di dapur
semata-mata untuk menyediakan makanan untuk keluarga kami. Jadi, ketika aku
menyambut hari ulang tahun aku yang ke 18, aku beli tiket bas di pekan Tapah, terus aku
ke Kuala Lumpur. Yang tahu aku ke sana cuma kakak aku Zainab. Aku rapat dengan
Zainab. Dia setahun lebih tua dari aku, jadi kami mempunyai banyak minat serta
kegemaran yang sama. Seperti aku, dia juga suka membaca dan mengumpul majalah-
majalah hiburan. Dia kata dia nak jadi artis, tetapi dia akui dia tak cantik.

Kak Zainab memberitahu kepada aku bahawa aku cantik, malah yang tercantik di antara
anak-anak bapak yang berjumlah dua puluh empat orang kesemuanya itu. Jadi, dia mahu
aku ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kampung kami. Dia meminta aku mengadu
nasib di Kuala Lumpur. Dia tak mahu aku senasib dengannya yang mungkin akan
menghabiskan hidupnya di kampung dan terus hidup dalam keadaan daif. Katanya, biar
dia sahaja yang terus tinggal di kampung dan berkahwin dengan Pak Sani jongang, duda
anak tiga pilihan bapak yang sepatutnya dikahwinkan kepada aku. Dia percaya, satu hari
nanti, aku akan berjaya di kota ini dan tidak perlu dipaksa berkahwin dengan orang yang
tidak mungkin mampu aku cintai.

Jika aku tak jadi artis, sekurang-kurangnya aku dapat mencari suami yang dapat
membahagiakan aku nanti. Itulah pendapatnya.

Aku telah ke Kuala Lumpur tanpa apa-apa harapan besar. Aku tahu siapa diri aku. Aku
tak punya pelajaran yang tinggi. Aku tahu, jika aku ke Kuala Lumpur nanti, aku akan jadi
seperti kawan baik kak Zainab yang bernama Rosnah yang telah terlebih dahulu bekerja
di sebuah kilang elektronik di pinggir kota Kuala Lumpur.

Kak Rosnah banyak membantu aku ketika aku mula-mula tiba di Kuala Lumpur dahulu.
Dia yang mula-mula tumpangkan aku di flat kecilnya yang disewanya bersama 5 orang
gadis yang lain. Semuanya pekerja kilang dan berasal dari kampung seperti aku.

Setelah setahun aku duduk di flat yang terletak di Pandan Indah itu, barulah aku mula
mengenali Gundutz. Aku mula mengenalinya ketika Kak Rosnah memesan sebiji kek
lapis darinya. Kak Rosnah telah meminta aku ke rumah Gundutz untuk mengambil kek
yang dipesan darinya. Pada mulanya aku membantah. Kata aku, tak elok jika aku ke
rumah lelaki, inikan pula pada malam hari.

Kak Rosnah memberitahu kepada aku bahawa Gundutz tidak minat dengan perempuan.
Jadi aku tidak perlu risau akan jadi mangsa rogol, mangsa jantan gatal cuba meraba atau
sekurang-kurangnya yang suka mengusik tak tentu pasal. Terang-terang dia cakap kepada
aku tentang hal ini. Aku terkejut mendengarnya. Tapi aku mempunyai semangat ingin
tahu. Kata Kak Rosnah, Gundutz baik orangnya dan suka menolong makcik-makcik di
flat kami jika mereka kesempitan wang atau ditimpa kesusahan. “Tak payah pandang

236 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

serong dengan orang-orang sepertinya. Mereka tak buat jahat dengan kita, nak buat apa
kita buat jahat dengan dia?” itulah nasihat Kak Rosnah kepadaku.

Jadi aku ke rumah Gundutz yang letaknya dua tingkat di atas rumah aku yang aku sewa.
Memang pada mulanya aku segan dengan Gundutz, tapi lama kelamaan aku terasa rapat
dengannya. Entah mengapa, aku rasa dia seperti seorang kakak yang baik, walaupun pada
zahirnya dia lelaki. Aku sebenarnya sayang kepadanya, seperti seorang adik yang
sayangkan kakaknya, tetapi tidak pernah aku beritahu kepadanya tentang hal ini, kerana
kami selalu sahaja bertekak.

Mungkin itulah caranya aku menunjukkan rasa sayang aku kepada orang yang rapat
dengan aku, dengan cara bertekak...

Gundutz pandai memasak kek. Segala jenis kek pandai dimasaknya. Gundutz tinggal
sendiri di rumahnya. Dia sebenarnya banyak wang, berkat dari kelas kek yang
dianjurkannya dan jualan keknya yang tempahannya tidak pernah putus-putus. Gundutz
juga suka jadi penyanyi dan menyimpan cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal satu
hari nanti, walaupun aku tidak pernah terfikir benda ini akan berlaku kerana tubuhnya
yang besar...

Di Malaysia, susah nak jadi artis kalau tak cantik! Tapi Gundutz tetap bertekad bahawa
satu hari nanti dia pasti akan menjadi penyanyi yang terkenal!

Kehidupan aku di Kuala Lumpur saban hari sama sahaja. Aku pergi kerja, balik ke
rumah, makan, tidur, kemudian aku bekerja semula. Tidak ada apa-apa yang menarik,
kecuali jika Gundutz membawa aku berjalan-jalan dengan kawannya Linus yang
berkereta.

Segala-galanya berubah ketika aku mula-mula mengenali Rahmat. Aku mengenalinya di


dalam hujan. Macam cerita Hindustan, tapi itulah kebenarannya. Ketika hujan turun lebat,
aku diketemukan dengan Rahmat.

Sebenarnya, aku dah lama perhatikan Rahmat. Siapa yang tidak kenal Rahmat? Dalam
beribu-ribu lelaki yang bekerja di kilang di kawasan aku, mata aku, dan entah berapa
ratus budak perempuan yang bekerja di tempat aku akan terpaut kepada Rahmat. Memang
aku tidak dapat nafikan bahawa Rahmat mempunyai wajah yang kacak, tetapi dia jenis
orangnya yang sendiri tidak tahu bahawa dia telah dilahirkan kacak.

Aku tak tahu mengapa Rahmat boleh jatuh hati kepada aku. Mungkin kerana aku berani
melawan kata-katanya. Rahmat adalah seorang kaki lawan motor. Bila dia pergi
berlumba, aku dapati ramai mat-mat rempit yang takut atau segan kepadanya. Aku pernah
diberitahu, sebelum aku mengenalinya, Rahmat suka cari gaduh. Ada orang kata dia kaki
pau. Dan ada pula kata dia tu bohjan yang suka bawak balik bohsia ke rumah bujangnya.

237 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Tapi aku tak pernah nak kaji selidik tentang hal itu semua, kerana yang penting, sedikit
sebanyak, sejak aku bersamanya, perangainya telah banyak berubah.

Rahmat tidak bergaduh lagi tak tentu pasal dengan mat-mat rempit yang tak ada kerja lain
selain dari berlumba dan membawa balik bohsia yang gatal pulang ke rumah mereka
setelah mereka selesai berlumba.

Rahmat telah berjaya aku tenangkan jiwanya.

Dua tahun aku dengan Rahmat. Tapi selama dua tahun aku dengan dia, tak banyak yang
aku ketahui tentang dirinya. Rahmat banyak berahsia. Dia tak suka aku ambil tahu
tentang dirinya dan apa yang dilakukannya bila kami tidak bersama. Bila aku tanya
mengapa, dia kata memang begitu perangainya sejak dulu. Aku tak kisah tentang itu
semua, kerana apa yang penting bagi aku adalah dia menyayangi aku dan hanya aku yang
disayanginya.

Aku tidak mahu menjadi seperti ibuku yang terpaksa bermadu dan berkongsi kasih
dengan perempuan lain. Aku tidak mahu menjadi sepertinya.

Rahmat banyak berubah sejak akhir-akhir ini. Aku cukup kenal dengan Rahmat
sehinggakan aku boleh membaca jiwanya seperti aku membaca gossip artis terkenal
dalam majalah URTV ataupun Mangga. Walau bagaimana artis-artis ini ingin
merahsiakan hubungan mereka dengan sipolan-sipolan, pasti cerita mereka akhirnya akan
terbongar jua.

Aku tahu dia ada perempuan lain. Aku tak tahu kenapa dia perlu mencari perempuan lain
selain dari aku. Tapi menurut Kak Rosnah, perangai mat rempit a.k.a. bohjan sepertinya
memang begitu. Tak pernah cukup dengan satu.

Jadi aku marah. Aku kecewa. Aku lagi kecewa bila aku dapat tahu banyak perkara
tentang dirinya yang sengaja dia mahu dirahsiakan dari aku. Aku tak tahu kenapa dia buat
begini kepada aku, sedangkan banyak kali dia meluahkan perkataan sayangnya kepada
aku.

Aku tak tahu mengapa dia mahu hidup berahsia...

Jadi, ketika Rahmat menghilang, aku mula buat hal sendiri sehinggalah aku ditakdirkan
bertemu dengan seorang lelaki yang baik hati yang perlahan-lahan dirinya mula bertahta
di hatiku...

**

“Kenapa hari ini sayang muram?” tanya lelaki yang sedang duduk makan malam

238 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

bersama Timah.

Mereka berdua sedang makan malam di sebuah restoran yang dipunyai oleh seorang
pengarah filem dan televisyen yang bergelar Datuk yang terletak di Sentul. Jumlah
pengunjung di dalam restoran itu agak ramai. Mereka semua nampaknya sedang tekun
menjamah hidangan masing-masing.

“Entahlah bang... Macam tak ada mood jer.” Timah tidak mahu memilih untuk
membisu lantas membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja, walaupun itulah yang
dikehendakinya.

“Sayang risau pasal kerja ke?”

“Tak...”

“Ni mesti pasal budak Rahmat tu.”

“Tak tahulah--”

“Abang mahu Timah lupakan saja mat rempit tu. Abang tahu Timah mungkin
masih sayangkan dia, tapi Timah kena fikir... Apa Timah dapat kalau Timah terus mahu
fikirkan tentang hal dia? Timah boleh dapatkan segala-galanya yang dia tidak boleh bagi
kepada Timah dari abang!” Di dalam renungan lelaki tersebut terlukis maksud yang
kabur.

Timah mengeluh. Kata-kata lelaki tersebut bergema di dalam kepalanya.

“Timah baru kenal dengan abang... Tapi dengan Rahmat, dah lama Timah kenal.”

“Abang paham... Tapi Timah perlu fikirkan tentang diri Timah juga. Tentang
masa depan Timah. Sampai bila Timah nak hidup dengan melayan kerenah mat rempit
yang kita belum tentu tahu masa depannya tu?” Lelaki tersebut kini merendahkan
suaranya lagi. “Kalau lah kita ada jodoh, Timah tak perlu bekerja kilang lagi. Abang
mahu Timah duduk di rumah dan jaga anak-anak kita. Kalau Timah bosan duduk di
rumah, abang mahu Timah belajar bawa kereta. Abang boleh belikan Timah kereta Timah
sendiri...”

Timah cukup mengerti bahawa lelaki di hadapannya ini pasti akan dapat membuat
hidupnya senang jika mereka bersama kelak. Dalam usianya yang baru mencecah angka
tiga puluh, dia sudah mampu berkereta, membeli rumah sendiri dan poket yang sentiasa
penuh. Bukankah ini ciri-ciri lelaki yang dicari oleh Timah selama ini?

Timah sering berangan-angan untuk membawa pulang seorang suami seperti lelaki yang

239 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

berada di hadapannya sekarang. Dia mahu keluarganya tahu nanti bahawa dia mampu
hidup senang di Kuala Lumpur bersama lelaki pilihannya di Kuala Lumpur. Itulah yang
angankannya dan dimahukannya.

“Abang mahu Timah lupakan dia.” Kata lelaki itu dengan tegas. Wajahnya jelas
keras. “Abang tahu Timah akan terpaksa mengambil masa untuk melupakannya, tetapi
yang penting, abang sanggup tunggu sehingga masanya Timah dapat terus melupakannya
dan dalam masa yang sama, Timah perlu memberi sepenuh tumpuan Timah kepada abang
dan abang seorang.”

Timah tertunduk. Buat pertama kali, dia mula sedar bahawa dia tidak pernah mahu
melawan kata-kata lelaki di hadapannya ini. Selama mereka kenal, mereka tidak pernah
bertengkar mahupun bertekak. Dia seolah tidak berdaya untuk melawan kata-kata lelaki
ini. Semua kata-katanya akan Timah turuti tanpa banyak soal.

“Abang ada surprise untuk Timah.” Lelaki itu mengeluarkan sekeping sampul
surat dari kocek seluarnya.

Timah menerima sampul surat itu dari lelaki tersebut. Dia membukanya. Dia mendapati
sampul surat itu terkandung dua keping tiket untuk ke konsert akhir Akademi Impiana.

“Untuk kawan-kawan Timah yang selalu Timah ceritakan kepada abang tu. Tiket
ini untuk mereka. Kawasan tempat duduk VIP. Dekat dengan tempat duduk kita di
bahagian depan tu.” Terukir senyuman puas di wajahnya.

“Terima kasih, bang.” Wajah Timah kembali ceria.

“Tapi sebenarnya... Tu bukan surprisenya.” Lelaki itu berjalan ke arah kaunter di


restoran tersebut. Ada sesuatu yang disimpannya di situ. Dia nampaknya cukup terbiasa
dengan restoran ini. Mana tidaknya, dia cukup kenal dengan tuan punya restoran ini...

Lelaki itu menyerahkan sebuah kotak kepada Timah. Dia menyuruh Timah membuka
kotak tersebut. Timah menurut sahaja. Timah mendapati lelaki tersebut telah
menghadiahkannya sebuah telefon bimbit yang baru lengkap berkamera. Telefon bimbit
tersebut harganya pasti mencecah RM2000.

“Tak sampai hati abang lihat Timah pakai handphone lama tu.” Lelaki tersebut
memandang ke arah telefon bimbit kepunyaan Timah dari model lama yang telah
digunakannya sejak 3 tahun yang lalu - yang pernah digunapakai oleh orang lain sebelum
Timah membelinya di Plaza Kotaraya.

Timah nampak terkejut, tetapi wajahnya jelas nampak seronok. Sudah lama dia
mengidamkan untuk mendapatkan telefon bimbit secanggih ini. Buat seketika, dia dapat

240 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

melupakan rasa rindunya terhadap Rahmat serta rasa runsingnya apabila mendapat tahu
bapa Rahmat akan dibedah pada tengahari esok dari Linus dan Gundutz...

241 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 44

Pada tengahari Sabtu itu, Timah datang ke rumah Gundutz. Sejak malam semalam lagi
Timah telah memberitahu kepada Gundutz bahawa dia mempunyai tiket untuk
menyaksikan konsert Akademi Impiana dan sekarang Timah mahu datang sendiri untuk
menyerahkan tiket tersebut kepada mereka.

“Macam tak percaya, kan?” ujar Linus tatkala sedang memegang tiket tersebut
seolah-olah dia sedang memegang sebongkah emas.

“Tu lah nok. Harus lah ramai adik-adik yang dressing glamor mautz malam ni
kan?” sambut Gundutz dengan teruja kemudian dia dia memandang ke arah Timah yang
kelihatan muram.

“Kenapa Timah?” tanya Linus kepada Timah sebelum sempat Gundutz dapat
bertanya.

“Tak ada apa-apa.” Senyuman kelat pada bibirnya mewarnakan kemuraman


rupanya.

“Sudehhh! Ni mesti ada apa-apa!” pintas Gundutz. “Perlu ke nak sedih-sedih?


Tiket kena spedo... Handphone kena spedo--”

“Aku tak ada mood nak pergi konsert malam ni.” Timah akhirnya berterus tenang.

“HAIYOHHHH!” kedua-dua Gundutz dan Linus menjerit serentak.

“Memang aku tak ada mood langsung. Semalam... Aku langsung tak boleh tidur
nyenyak. Hari ini aku rasa penat semacam jer.”

“Ni mesti pikirkan pasal Rahmat, kan?” tanya Gundutz sambil menggeleng. Dia
merapatkan dirinya kepada Timah.

Timah sekadar mengangguk lemah. Wajahnya layu memandang kosong ke arah kaca TV
yang sedang memainkan siara lansung majlis pembukaan sukan Olimpik di Athens.

“Abang Gastro yang beria-ia spedo ko memanjang tu pulak macam mana?” soal
Linus ingin tahu. “Bukan ko dah janji nak keluar dengan dia malam ni?”

“Tak tahulah... Abang tu memang baik. Aku memang suka dengan dia. Tapi--”

“Suka dengan sayang lain nok. Kaedahnya ko sayang ke dengan dia?” Gundutz
memandang tajam ke mata Timah. “Ala-ala si Linus ni pon suka dengan hem sebagai

242 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

kawan... Tapi kalau dia kata dia sayang hem, harus lah petir sabung menyabung der
hubungan lesbian, kan?”

“Hanjengs ko! Mak lebih rela mati sebagai anak dara dari jadikan ko laki mak,
tau!” sambut Linus sambil menjeling benci.

“Entahlah...” Keluh Timah.

“Apa entah-entah?” tanya Gundutz meninggikan suaranya.

“Aku rasa aku dah mula sayang dengan dia... Tapi aku susah nak lupakan
Rahmat.”

“Rahmat ala-ala cinta pertama kau ke nok?” soalan Linus menerpa masuk ke
ruang jiwa Timah.

“Ya... Dia lelaki yang pertama aku sayang.”

“Kau sayang dia lagi kan?” sampuk Gundutz.

“Sss... Sayang.” Suara Timah semakin serak. Dia kemudian mendiamkan dirinya
buat beberapa lama.

“Ambik tisu ni.” Linus menyerahkan kotak tisu kepada Timah. Air mata Timah
mula mengalir laju membasahi pipinya.

“Kami tidak boleh terima tiket ko ni Timah.” Beritahu Gundutz sambil


memandang ke arah Linus.

“Kenapa?” tanya Timah masih mengesat air matanya.

“Sebenarnya... Kami tak boleh ke konsert akhir Akademi Impiana malam ni.”
Gundutz menjelaskan.

“Kami nak ke hospital. Rahmat ada di sana. Sekarang masa dia memerlukan
sokongan moral dari kami. Sebagai kawan, memang jadi tanggungjawab kami untuk
memberi sokongan yang tak seberapa ni...” Kata Linus dengan nada serius. Dia
menambah lagi: “Bapak dia sedang menjalani pembedahan otak... Mungkin pembedahan
dah bermula sejam dua tadi.”

“Jadi korang tak tengok konsert Akademi Impiana malam ni?” tanya Timah
mendongak ke arah Gundutz.

243 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Tak... Akademi Impiana tu hiburan semata-mata. Kalau tak tengok malam ni...
Bila-bila pun boleh tengok ulangannya.” Gundutz bersuara lembut.

“Timah... Kau nak ikut kami?” tanya Linus sambil mendekatkan dirinya kepada
Timah. “Sejuk hati Rahmat kalau dia nampak batang hidung kau kat hospital nanti.”

Timah mengangguk perlahan. Buat seketika fikirnya, demi Rahmat, dia mahu melupakan
konsert Akademi Impiana dan temu janjinya pada malam itu...

**

Rahmat masih bersedih. Perasaannya gusar. Dia duduk di bahagian ruang rehat yang
dikhaskan untuk pelawat hospital. Di sana dia sedang ditemani oleh Salina. Wajah Salina
jelas muram. Seperti ada sesuatu yang memberatkan jiwanya tetapi disimpannya di dalam
hati.

“Awak tak perlu risau sangat. Saya yakin bapak awak akan selamat dibedah
nanti.” pujuk Salina dengan suara tenang di dalam keadaan muramnya yang sedang
melanda jiwanya.

“Tapi bagaimana kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam pembedahan ini
nanti?” Rahmat memeluk tubuhnya dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskan
sesuatu yang terlalu berharga bagi dirinya.

“Kita hanya boleh mendoakan agar dia selamat nanti. Lagipun yang bedah dia
doktor Badrul. Dia yang terbaik antara yang terbaik yang kita ada di Malaysia ni. Saya
pasti dia akan buat yang terbaik.”

“Doktor Badrul...” Rahmat memulakan kata-katanya dengan menarik nafasnya


dalam-dalam. “Tadi kami ada berbual sebentar. Dia mintak maaf kepada saya jika dia
terkasar bahasa bila kami bertemu di Starbucks dulu. Saya kata saya tak fikirkan sangat
tentang peristiwa itu.”

“Apa lagi yang kamu berdua bincangkan?”

“Seperti yang awak katakan tadi. Dia berjanji untuk buat yang terbaik. Dia juga
ada beritahu kepada saya, dia telah pulang ke Malaysia dari bercuti di Bali kerana awak
telah memintanya pulang.” Rahmat cuba mengingati kembali perbualannya pada pagi tadi
bersama Badrul. “Awak memang banyak bantu saya. Sampai bila-bilapun saya tak tahu
bila saya boleh balas budi awak tu...”

“Saya telah cuba melakukan yang terbaik...”Salina memegang cincin pemberian


Jumairi yang tersarung di jari manisnya. Ada sesuatu yang ingin diluahkannya kepada

244 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Rahmat:

“Saya perlu beritahu kepada awak tentang satu perkara ni...” Salina teragak-agak
mahu memberitahu luahan isi hatinya yang sebenar. “Selepas ini saya tidak boleh lagi--”

Salina terus berhenti apabila dia ternampak kelibat Linus, Gundutz dan Timah berjalan ke
arah mereka.

Rahmat berdiri untuk menyambut ketibaan mereka bertiga. Cahaya keceriaan mula
menapak di wajahnya apabila dia melihat kehadiran Timah di hadapannya. Kemudian
Rahmat menoleh ke arah Salina. Dia melihat sekuntum senyuman terukir di wajah Salina.
Senyuman manis Salina langsung membuat dia lupa kepada apa yang mahu Salina
beritahu kepadanya tadi.

“Timah... Ini Salina. Dia banyak tolong saya untuk mendapatkan bapak saya
rawatan di sini.” Bicara Rahmat dengan suara yang ringan kepada Timah.

Timah menghulurkan tangannya kepada Salina. Mereka bersalaman.

Timah tidak pernah menemui Salina mahupun mengetahui tentang kewujudan Salina di
dalam hidup Rahmat. Tetapi semuanya ini tidak penting baginya sekarang. Dia berkeras
tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan tentang Rahmat. Dia mahu
mewujudkan perasaan percaya kepada keikhlasan yang ada di dalam diri Rahmat dan
keikhlasan Salina mahu menolong Rahmat.

Timah mendapati Salina cantik orangnya. Dari gerak gayanya, Timah dapat meneka
bahawa Salina ini berpelajaran tinggi dan datangnya dari keluarga yang baik-baik. Dari
cara Salina memandang Rahmat, sebagai seorang wanita, dia tahu bahawa Salina
mempunyai perasaan sayang kepada Rahmat. Perkara ini sedikit sebanyak telah
mencetuskan perasaan cemburu dalam diri Timah.

“Semalam abang Linus kata korang semua akan ke konsert Akademi Impiana...
Timah yang bagi tiket--”

“Tak jadilah Rahmat...” Getus Gundutz malu-malu memintas kata-kata Rahmat.

“Kau lebih penting kepada kami dari konsert tu.” Ujar Linus sambil menoleh ke
arah Timah. “Sebab itulah kami di sini untuk temankan kau sehingga selesai pembedahan
bapak kau.”

“Lagu lama ibu saya akan dinyanyikan oleh Dara pada malam ini.” beritahu
Rahmat apabila suasana sepi mula menyapa.

245 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya minat dengan lagu tu.” Timah menyambut kata-kata Rahmat dengan malu-
malu. “Tadi Linus dah beritahu segala-galanya. Tentang kisah mak awak tu semua... Baru
saya perasan muka awak memang ada iras-iras muka Datin Saliza Malik.”

Rahmat menaikkan kedua belah bahunya sambil memandang ke arah Salina, walaupun
dia tahu apa yang diperhatikan oleh Timah adalah benar.

Rahmat dapat melihat bahawa Salina kelihatan kekok berada di situ di sampingnya. Mata
Salina terus kepada Timah dengan satu pandangan yang sayu.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Salina kerana telah menolong abang
Rahmat selama ini.” Suara Timah membayangkan kejujurannya. Salina sekadar mampu
mengangguk sambil memegang tangan Timah dengan erat.

Salina dan Timah duduk bersama. Salina dapat merasakan betapa untungnya Timah dapat
mengenali dan mencuri hati Rahmat lama sebelum dia mengenalinya.

“Saya nak keluar sekejap. Nak isap rokok untuk hilangkan tension.” Ujar Rahmat
kepada Salina dan Timah. Dia mengajak Linus dan Gundutz bersama, walaupun mereka
tidak merokok. Dia memerlukan rakan berbual ketika merokok, gamaknya.

Salina mengangguk. Dia kemudian tersenyum ke arah Timah. Dia dapat melihat mata
Timah bersinar setiap kali dia memandang ke arah Rahmat.

“Kakak dah lama kenal Rahmat?” tanya Timah kepada Salina sebaik sahaja
Rahmat, Linus dan Gundutz keluar dari bilik rehat tersebut.

“Nak kata lama... Tak lama juga. Mungkin sejak dua bulan yang lepas kalau tak
salah. Entahlah. Kakak pun tak pasti sangat.” Jawab Salina sambil membetulkan anak
rambutnya yang mula jatuh ke dahinya.

“Abang Rahmat jadi model iklan kan?”

“Ya, untuk iklan sebuah bank terkemuka di Indonesia. Iklan kad kredit.”

“Saya tak pernah tengok iklan tu.” Suara Timah bercampur kesal.

“Kalau kakak ada masa, kakak jemput Timah ke agensi pengiklanan tempat kerja
kakak... Nanti kita boleh tengok sama-sama.” Salina meneliti wajah Timah.
Sememangnya baginya, Timah seorang anak gadis yang ayu. Keayuannya itu jelas
walaupun dia bertudung. “Client akak kata, wajah Rahmat ada di setiap bank mereka di
seluruh Indonesia. Mereka menggunakan wajahnya di bunting, poster, flyers dan brosur...
Kalau Rahmat ke Indonesia, pasti orang akan mengenalinya.”

246 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Salina kemudian tiba-tiba teringat bahawa dia ada menyimpan sekeping borsur kad kredit
Bank Kumpulan Lestari di dalam beg tangannya. Salina cepat-cepat menggeledah beg
tangannya untuk mencari brosur tersebut.

“Ini brosur yang akak ada simpan.” Salina menyerahkan brosur tersebut kepada
Timah.

Timah menerima brosur tersebut untuk melihat sendiri hasil kerja agensi pengiklanan
tempat Salina bekerja. Mata Timah bulat melihat wajah Rahmat di atas brosur tersebut.
Kelihatan Rahmat sedang memakai baju pejabat lengkap dengan kot hitam dan tali leher
berwarna merah sambil menayangkan kad kredit di tangannya dengan wajah yang penuh
yakin. Rahmat kelihatan segak. Hampir-hampir Timah tidak mahu mempercayai apa yang
dilihatnya. Timah terpegun buat seketika.

“Timah beruntung ada kekasih seperti Rahmat...” Kata Salina tanpa berselindung.
“Kalau boleh, Timah jaga lah dia baik-baik. Ye lah, lelaki hensem macam dia ni susah
sikit nak jaga! Ramai yang minat...” Salina cuba berseloroh.

“Tapi saya rasa... Dia tak suka dengan saya lagi.” Timah bersuara sedih. Dia
seolah rasa sudah terbiasa dengan Salina untuk dia meluahkan perasaannya ini
kepadanya. “Saya rasa saya banyak buat salah dengan dia.”

“Jangan fikirkan tentang itu semua, Timah... Rahmat sayang dengan Timah. Cuba
Timah fahami perasaan dia betul-betul... Tentu setelah lama Timah bersama dengannya,
tentu Timah tahu dia tidak mungkin mampu berpindah ke lain yang hati selain dari hati
Timah.” Suaranya disulami kata nasihat. “Dia selalu fikirkan tentang Timah... Kakak rasa
beruntung kerana akhirnya kakak dapat bertemu dengan Timah. Sejak mula-mula kami
kenal dia dah beritahu kepada kakak tentang diri Timah. Dia tidak pernah nak
berselindung dari kakak tentang diri Timah.”

Timah mendengar kata-kata Salina sambil mengangguk perlahan. Selama mereka berbual
bersama, Salina terus memegang tangannya dengan erat. Timah dapat merasakan
keikhlasan yang ada di dalam diri Salina. Kini timbul pula rasa penyesalan di dalam diri
Timah kerana telah meragui kesetiaan Rahmat kepadanya selama ini. Dia kini pasti
bahawa tidak pernah ada perkara yang bukan-bukan yang berlaku di antara Salina dan
Rahmat.

Timah kemudian memikirkan tentang hubungannya dengan lelaki yang difikirkannya


akan menggantikan tempat Rahmat. Timah mula rasa tertekan. Lebih-lebih lagi apabila
dia dapat melihat telefon bimbitnya berdering dan orang yang sedang cuba menelefonnya
pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah lelaki yang difikirkannya tadi...

247 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

248 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Bahagian 45

Kakak Besar: Oh well, who would have guessed Zaidi will be the winner of Akademi
Impiana 2.

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Kenapa you sedih ni? I thought you should be happy. Ye lah, Akademi
Impiana pun dah sampai ke akhir rancangan. Lepas ni kita tak payah perah otak untuk
jual SMS... Kerja dah selesai! Demam pun dah reda. In a month or two time, semua orang
akan lupa tentang Akademi Impiana ni semua...

Abang Besar: Dia tinggalkan aku...

Kakak Besar: What?

Abang Besar: Don't you get it? I was dumped last night!

Kakak Besar: Oh... I'm sorry to hear that.

Abang Besar: I was dumped for a mat rempit! Has the world gone mad?

Kakak Besar: Dah sabar... But you know what? I think it's about time I tell you that
Kamsiah Bahar sebenarnya ada hati dengan you. Serius! Semalam dia ada tanya kat I lagi
tentang you, but I said I'll ask you first. You dengan si Kamsiah lagi sesuai, ye lah, umur
dia pun dah lanjut... Nanti apa pulak orang kata kan?

Abang Besar: ...

Kakak Besar: You want to know what? Kita boleh rancang segala-galanya yang terdapat
dalam Akademi Impiana... Suruh para pelajar berlakon di hadapan TV walaupun kita
menamakannya Reality TV, dan seluruh negara percaya dengan apa yang mereka
saksikan di kaca TV... tapi hidup kita sendiri tidak boleh kita rancang.

Abang Besar: How I wish my life is just like Akademi Impiana... Even if I'm voted out,
I'm still a winner...

Kakak Besar: ...

**

Timah ingin memberitahu kepada Rahmat bahawa dia telah mengambil keputusan untuk

249 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

melupakan lelaki yang cuba mengambil tempatnya sebagai kekasihnya. Malah, Timah
telah bertekad untuk memulangkan segala-gala pemberian yang pernah diberikan oleh
lelaki tersebut kepadanya untuk memenangi hatinya. Dia tidak perlukan itu semua. Yang
dia perlu sekarang adalah kasih Rahmat yang tidak berbelah bagi.

Timah kini semakin sedar bahawa dia tidak mungkin dapat hidup tenteram tanpa Rahmat
berada di sampingnya. Hidupnya kurang bererti jika dia tidak dapat menjadi sebahagian
dari hidup Rahmat - bahawa Rahmat adalah satu-satunya lelaki yang dicintainya...

Rahmat duduk bersama Timah di ruang rehat di hospital. Mereka telah berada di sana
sejak pagi tadi. Mereka telah diberitahu oleh pihak hospital bahawa Jumairi telah sedar
pada awal subuh tadi dan mereka akan dapat melawatnya setelah rawatan lanjut yang
diberikan kepadanya selesai.

Rahmat memegang tangan Timah. Dia cukup gembira kerana Timah ada bersamanya
pada pagi hari minggu itu. Kemudian buat beberapa ketika, dia terfikirkan tentang Salina.
Dia cuba menyelami perasaannya sendiri...

Rahmat sedar bahawa dia juga mempunyai perasaan yang mendalam kepada Salina. Dia
pasti berbohong jika dia memberitahu kepada dirinya bahawa tidak pernah terlintas
kemahuan untuk menjadikan Salina sebagai pengganti tempat Timah. Semestinya
perasaan ini memang ada di dalam dirinya.

Rahmat tahu di dalam banyak hal, Salina jauh lebih baik dari Timah. Tetapi dia juga tahu
bahawa perasaan cintanya terhadap Timah jauh lebih dalam. Tetapi jika diberikan masa,
mungkin perasaan cintanya terhadap Salina jauh lebih bererti, fikir Rahmat di dalam hati.

“Tetapi, masakan aku boleh bercinta dengan dua orang dalam masa yang sama?”
cetus persoalan ini di dalam hatinya.

Rahmat tiba-tiba sahaja terkejut dari lamunannya apabila Timah membisikkan sesuatu ke
dalam telinganya. Kata Timah:

“Ibu abang ada di sana. Mula-mula saya tak perasan, bila saya teliti... Memang dia
di hujung lorong sana. Lama dia berdiri perhatikan kita.”

“Mana?”

“Di sebelah lif...”

Rahmat memerhatikan bahagian paling hujung koridor hospital. Sememangnya dia dapat
melihat kelibat Saliza berada di situ. Berdiri sendiri.

250 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya perlu pergi menemuinya...” Kata Rahmat perlahan kepada Timah. Timah
mengangguk mengerti.

Rahmat berjalan dengan perlahan untuk mendapatkan ibunya. Perasaannya serba salah di
antara mahu menemui ibunya dan tidak mahu. Tetapi dia perlu tahu apa yang dimahukan
oleh ibunya sehingga dia berdiri tercegat di situ.

“Bapak kau bagai mana?” tanya Saliza dengan nada simpati.

“Dia beransur pulih.” Jawab Rahmat perlahan.

“Aku ke sini sekadar mahu tahu jika keadaannya semakin pulih. Jadi maafkan aku
kalau aku menganggu.”

“Mak tak menganggu. Malah saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada mak kerana telah memberikan wang untuk menampung wang perbelanjaan
pembedahan ayah...”

“Di sebelah kau tadi... Timah?” tanya Saliza tiba-tiba sambil memandang ke arah
Timah dari jauh.

“Mana mak tahu tentang Timah?” Wajah Rahmat jelas terkejut, kerana setahunya
dia tidak pernah memberitahu ibunya tentang Timah.

“Salina beritahu kepada aku tadi... Aku terserempak dengannya di bawah tadi.”

“Salina sekarang di mana?” Rahmat memerhatikan ke hadapan, untuk melihat jika


Salina ada di sana. “Kenapa dia tak naik ke atas?”

“Dia kata dia sayang kepada kau, tetapi dia tidak boleh menemui kau lagi... Dia
mahu kembali kepada Badrul.”

Rahmat terkejut mendengarkan kata-kata dari Saliza. Sukar untuk dia menerima apa yang
telah diberitahu oleh ibunya kepadanya tadi.

“Dia berikan cincin ini kepada aku... Katanya, dia mahu Timah menerimanya. Dia
kata Timah lebih berhak menyarungkan cincin ini di tangannya.”

Rahmat mengambil cincin itu lalu digenggamnya dengan erat. Dia menoleh ke tepi. Dia
menekan butang lif berkali-kali.

“Kau mahu ke mana?” tanya Saliza ingin tahu.

251 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Saya perlu menemui Salina. Mungkin dia masih berada di bawah lagi”

“Mengapa kau perlu menemuinya?”

“Saya mahu tahu jika dia ada hati dengan saya... Jika dia menyintai saya. Saya
perlu tahu!”

“Jika dia kata ya, apa yang akan kau lakukan?”

Pintu lif terbuka. Rahmat tidak menjawab soalan Saliza tadi.

Rahmat keluar dari perut lif apabila dia tiba ke tingkat bawah. Dia berjalan ke arah pintu
besar. Dari jauh lagi dia dapat melihat Salina sedang berjalan ke arah tempat letak kereta
bersama Badrul di sebelahnya.

Badrul menoleh seketika, lantas dia dapat melihat wajah kecewa Rahmat. Badrul melihat
wajah Salina yang kaku. Badrul memegang tangannya dengan erat lalu mereka terus
berjalan tanpa menoleh ke belakang...

**

41. Si gadis memerhatikan jam tangannya. Dia nampak resah. Dia masuk ke dalam
hospital. Dia terus berjalan untuk menuju ke destinasinya sehinggalah namanya
dipanggil. Dia menoleh ke belakang. Dia cukup mengenali wajah yang memanggil
namanya tadi.

“Datin Saliza... Apa khabar?”

“Baik, Salina...”

Mereka berdua bersalaman seolah telah lama mereka berkenalan. Saliza merenung ke
dalam mata si gadis. Dia dapat merasakan kesedihan yang mendalam di dalam hatinya
itu. Tanya si gadis kepada Saliza:

“Buat apa Datin ke sini?”

“I nak datang melawat ex husband I... Siapa lagi? Tapi I tak tahu mana nak mula. I know
he's here, somewhere. Mungkin you boleh bantu I...”

“Dia ada di tingkat dua dalam wad ICU. Mungkin dia dah sedar.”

“Bagaimana dengan pembedahan semalam?”

252 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun pembedahan


mengambil masa lebih 12 jam.”

“Kalau boleh semalam I nak datang melawat, tapi I tak boleh datang... I was at the
Akademi Impiana concert last night. They had expected me to come. I pergi dengan anak
I Seri, semalam...”

Si gadis sekadar mengangguk. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Dia memegang
bahu Saliza dengan lembut, lantas membawanya ke tepi. Kata si gadis:

“Datin... I have a request.”

“Apa dia Salina... Beritahu sahaja kepada I.”

“Tolong beritahu kepada Rahmat bahawa saya menyayanginya. Tetapi, saya tidak
mungkin boleh bersama dengannya. Saya ingin melupakannya. Beritahu kepadanya
bahawa ini merupakan pilihan saya sendiri...”

Si gadis mengeluarkan cincin yang pernah dipakai oleh Saliza satu ketika dahulu. Dia
menyerahkan cincin tersebut kepada Saliza dengan wajah yang sedih. Seboleh-bolehnya
dia cuba menahan air mata dari mengalir dari kelopak matanya.

Saliza menarik nafasnya. Dia mengusap-usap rambut si gadis yang lembut dan lurus itu.
Di dalam hari minggu seperti ini, fikir Saliza, seorang anak gadis yang molek dan cantik
seperti si gadis tidak sepatutnya bersedih dan menangis. Saliza tidak faham mengapa si
gadis menangis. Dia perlukan penjelasan:

“You have to tell me what happened... Please!”

Saliza memegang tangan si gadis. Dia membawa si gadis duduk di sebuah tempat duduk
yang agak jauh dari orang ramai yang lalu lalang. Dia menjelaskan si gadis menjelaskan
segala-galanya kepadanya.

“Saya cukup sayang dengan Rahmat... Tapi kami tidak mungkin boleh bersama.”

“Mengapa? Both of you look so sweet together. Itu yang mula-mula I perasan when I first
met you dan Rahmat. You know what... I ada tanya pasal diri you dari Yusni. She said
you're a nice girl. Sejuk hati I bila I dapat tahu tentang ini semua. I think Rahmat deserves
a girl like you.”

“Tapi saya terpaksa pergi--”

253 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

“Kenapa? Kalau you sayang dia, kenapa you perlu pergi darinya?”

“Encik Jumairi perlu dibedah oleh seorang pakar bedah... Doktor Badrul. He's my ex.
Badrul hanya akan bersetuju untuk membedah encik Jumairi dengan satu syarat...”

“Apa syaratnya?”

“Saya perlu tinggalkan Rahmat dan seterusnya berkahwin dengannya. Itu syarat yang
telah diberikannya kepada saya.”

“Kamu bersetuju dengan syarat tersebut?”

“Ya.”

“Tapi mengapa?”

“Sebab saya sayangkan Rahmat. Saya sanggup buat apa sahaja untuknya.”

Saliza menggelengkan kepalanya. Kata si gadis kemudian dalam sedu-sedannya:

“Saya tidak boleh berjumpa dengan Rahmat lagi sampai bila-bila. Itulah perjanjian yang
telah saya persetujui dahulu dengan Badrul. Jadi saya harap Datin faham dengan situasi
saya sekarang.”

“You betul-betul nak menepati janji yang you buat ini dengan your ex?”

“Maksud Datin?”

“Is this what you really want?”

Si gadis mengangguk walaupun sukar untuk dia akur dengan janji yang telah
dilakukannya sendiri. Tetapi si gadis tidak pernah memungkiri janji yang telah
dilakukannya dengan sesiapanya sebelum ini, itulah prinsip hidupnya selama ini...

“Do you love Rahmat?”

“More than anything in the world.”

“Do love your ex?”

“Satu ketika dahulu... Memang saya pernah mencintainya.”

“Salina... Bukan semua yang kita mahukan dalam hidup ini akan kita dapat.”

254 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Si gadis mengangguk akur. Dia pasrah. Dalam kepasrahannya dia berkata:

“Sebelum saya menyerahkan segala-galanya kepada Rahmat, saya sepatutnya sedar dia
tidak mungkin boleh jadi milik saya. Dia milik orang lain...”

Salina cuba mengawal perasaannya. Dia kini kurang pasti jika dia lebih sedih kerana
terpaksa meninggalkan Rahmat ataupun dia terpaksa menunaikan janjinya kepada Badrul.
Dia tahu bahawa dia mungkin boleh menyayangi Badrul kembali, tetapi sekarang, dia
mula merasa takut jika rasa penyesalannya tidak dapat hidup bersama Rahmat akan
dibawanya sampai mati.

“Beritahu kepada Rahmat... Saya mahu kembali kepada Badrul. Cincin ini berikan kepada
Timah. Memang Timah lebih layak menerimanya, bukan saya. Mulai sekarang saya tidak
akan menganggu mereka lagi. Dan saya juga tidak mahu dia mencari saya sampai bila-
bila. Anggaplah hubungan kami putus di sini sahaja...”

Saliza mengangguk dengan perasaan yang berat. Si gadis meminta dirinya. Katanya dia
harus pergi.

42. Si gadis memandang ke dalam wajah sedihnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam
tandas awam hospital. Dia mengesat air matanya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
Dia mahu menghilangkan rasa sedihnya yang tidak terperi sebelum dia berjalan keluar
dari tandas.

Si gadis berjalan dengan perlahan ke arah pintu hadapan hospital. Dia dapat melihat
Badrul sedang menunggunya di sana. Wajah Badrul berseri-seri. Dia nampak puas.
Katanya:

“Have you said your goodbyes to them?”

Si gadis mahu menggelengkan kepalanya. Dia tahu bahawa dia tidak mungkin akan
sanggup berhadapan dengan Rahmat, Timah dan Jumairi, inikan pula mengucapkan
selamat tinggal kepada mereka. Dia tidak mungkin mampu untuk memberitahu kepada
mereka bahawa dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka dan
menerima kembali Badrul di dalam hidupnya. Jawabnya kepada Badrul dengan suara
yang rendah:

“Yes, I have.”

“You tak perlu fikirkan tentang mereka lagi. I think, once we're married and move to
California, you will forget about them.”

255 http://nizamzakaria.blogspot.com/
Akademi Impiana oleh Nizam Zakaria

Terlukis senyuman lega di wajah Badrul. Sememangnya dia telah bercadang untuk
berpindah ke California dan bekerja di sebuah hospital yang terletak di San Diego dalam
masa dua bulan akan datang. Setelah dia menerima tawaran untuk bekerja di California,
dia telah bertungkus-lumus mencari jalan untuk memenangi hati Salina agar Salina dapat
kembali kepadanya – agar mereka dapat berhijrah ke California sebagai sepasang suami
isteri bahagia... Atau sekurang-kurangnya itulah yang tertanam di dalam fikirannya
sekarang.

Kehadiran Rahmat di dalam hidup Salina hampir-hampir mengganggu rancangannya ini.


Dia kecewa apabila mula-mula mendapat tahu bahawa hubungan Salina dengan Rahmat
agak rapat. Dia hampir-hampir tawar hati untuk mendapatkan Salina kembali ke dalam
hidupnya lantas melamarnya sebagai isterinya yang sah - tetapi kini, dia tidak perlu risau
apa-apa lagi. Salina sudah menjadi miliknya.

“Have you been to San Diego, Salina?”

“Tidak...”

“I went there for a visit last month just to finalise some paper works. It's beautiful. I akan
dapatkan sebuah rumah untuk kita di La Jolla. Kita cari rumah yang letaknya betul-betul
di atas bukit dan menghadap ke Lautan Pasifik. Harganya mahal sikit, but with what I'm
getting over there, it's still affordable. We can raise our children in La Jolla. It's a good
place to raise a family. You can stay at home and send them to soccer practice... Bukan
itu yang kita mahu dulu?”

“Ya...”

Si gadis sekadar mengangguk. Dia berjalan dengan langkah yang lemah di sisi Badrul ke
tempat kereta. Ketika sedang berjalan, si gadis mahu menoleh ke belakang, seolah-olah
ada sesuatu yang perlu dilihatnya. Suara hatinya kuat memintanya agar berpaling ke
belakang walaupun buat sesaat, tetapi si gadis terus tidak mengendahkannya. Si gadis
terus berjalan dengan matanya pudar ke hadapan.

Si gadis tahu, apa sahaja yang dia lakukan sekarang tidak akan mengubah nasibnya lagi.
Dia perlu menerima hakihat bahawa tidak semua yang diimpikan di dalam hidup ini akan
dapat dikecapinya...

TAMAT

256 http://nizamzakaria.blogspot.com/

You might also like