You are on page 1of 3

HOKI

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah diperkenalkan


pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik pada tahun
1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan hoki sejak
diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang berlaku
termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain lagi.

Dalam perkembangan peraturannya pula, seperti yang telah dinyatakan


di atas, berlaku banyak perubahan di dalam sukan hoki. Contohnya,
penggunaan kayu hoki yang pada asalnya menggunakan kayu ash atau
kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya ditukarkan
kepada kayu kilas (reverse stick). Contoh seterusnya ialah penggunaan bola
gabus yang telah ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan
seterusnya ditukarkan kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada
peralatan permainan, padang juga mengalami proses perubahan seiring
dengan peredaran zaman. Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter
panjang dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran
91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.

Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang serupa.
Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua tiang gol
dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain itu, di kawasan gol
juga tidak mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890, batang mendatar
(crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan (striking circle).
Bagi perkembangan hoki antarabangsa pula, negara-negara seperti
Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis telah menerima peraturan
terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun 1886. Hal ini memudahkan
mereka melakukan perlawanan antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki
telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang Dunia Kedua.

Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan Olimpik namun


terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada badan induk
dunia yang mengawal permainan ini. Hal ini menyebabkan pemimpin hoki
Perancis mengambil inisiatif untuk memanggil negara-negara yang berminat
dengan sukan ini untuk tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan
badan antarabangsa bagi permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti
Belgium dan Ireland tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli
selepas Sukan Olimpik. India juga menyertai badan ini dan merupakan
negara bukan putih pertama yang menyertainya.

Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112


buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk
memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala
Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.

Selain itu, permainan ini juga berkembang dalam Malaysia. Pada tahun
1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk mengawal sukan hoki di
Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki Malaya dan telah
ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun, pada 1953, persatuan ini
barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan
ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan
daripada semua negeri sebagai ahli.

Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu


Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan
salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia.
Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk
menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit yang
ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian. Setelah hampir 61 tahun
hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah berlaku.
Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik
dunia. Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-
pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel,
Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.

You might also like