3.0.

Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SSP Kali ke-
45.
3.1. Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan Norhaslinda Bt. Daud
dan disokong oleh Encik Jagis Raj.
3.2. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 diterima dan disahkan sebulat
suara.

4.0. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SSP 2016/2017
4.1. Pengesahan Laporan Tahunan PIBG SSP bagi sesi 2016/2017 dicadang oleh
Encik Maslizan Bin Zamzuri dan disokong oleh Puan Anisah Bt. Amari.
4.2. Laporan Tahunan PIBG SSP bagi sesi 2015/2016 diterima dan disahkan
sebulat suara.

5.0. Membentang dan meluluskan Laporan Kira-kira PIBG SSP yang berakhir
pada 31 Disember 2016.
5.1. Encik Maslizan Bin Zamzuri telah mencadangkan Laporan Kira-kira PIBG
SSP diluluskan dan disokong oleh Puan Roziana Bt. Zakaria.
5.2. Laporan Kira-kira yang berakhir pada 31 Disember 2016 diterima dan
disahkan sebulat suara.

6.4. Puan Zarina Binti Aspanut melontarkan pertanyaan tentang bagaimana untuk
memastikan makanan yang disediakan di kantin bersih dan tempat penyediaan
makanan juga bersih. Selain itu, beliau menyatakan bagaimana dengan
kebersihan makanan dan kebersihan tempat menyediaka makanan. Beliau juga
bertanya bagaimana seorang guru mengawal dan mengawasi murid-murid
memandangkan mereka mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dalam kelas
terutama murid tahun 1.Selain itu, bagaimana sukatan pelajaran yang diajar
adakah seseorang guru mempunyai target contohnya pada pertengahan
tahun sudah sampai apa yang ditetapkan. Baru-baru ini ada kes buli
ditularkan dalam media sosial dan Puan Zarina juga telah melihat ada
seorang murid yang fizikal besar telah memukul murid yang fizikal rendah dan
telah menegur murid tersebut. Bagaimana, gurumemantau kes buli ini di
sekolah?

Pejabat Kesihatan dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) akan memantau secara keseluruhan. Mengenai bagaimana seorang guru mengawal murid di dalam kelas itulah kehebatan seorang guru. Guru-guru mengawal semua murid dalam kelas tersebut yang mempunyai bilangan ramai. Jawatan kuasa kantin mempunyai instrumen dalam memeriksa kantin sekolah.7. Ibu bapa boleh melihat buku teks anak-anak kerana sukatan pelajaran dibuat sama dengan apa yang ada dalam buku teks tersebut. Mengenai isu bulu Puan Azrina mencadangkan pihak ibu bapa dapat hadir pada hari terbuka. Pihak sekolah akan menilai guru-guru yang mengajar mengikut kepentingan pertama guru tahun 6 dan kedua murid tahun 1. Mengenai sukatan pelajaran. Pihak ibu bapa yang boleh mengetahui anak-anak mereka sama ada boleh membaca atau tidak. Puan Hajjah Anum memaklumkan bahawa pihak sekolah mempunyai ahli jawatankuasa untuk memantau kantin di sekolah. Jika hanya mengaharapkan guru memang tidak dapat untuk mengawal murid secara individu. Pihak sekolah telah mengemukakan permohonan pembantu guru namun tidak ada sehingga sekarang. Beliau . Beliau mencadangkan satu sesi forum pendidikan dan dipupuk sifat tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mengawal anak-anak di rumah dan berharap jika terdapat apa- apa masalah atau kes disiplin jangan hanya mendengar sebelah anak sahaja tanpa mendengar daripada pihak lain. Puan Zarina Binti Abd Halim memberi penghargaan kepada pihak sekolah Kebangsaan Sri Petaling yang terus menjadi antara sekolah yang hebat. 6. Ibu bapa boleh berjumpa dengan pihak pentadbir dan guru-guru jika ingin bertanya perkembangan anak-anak di dalam kelas. Sukatan pelajaran ditentukan oleh guru itu sendiri. Puan Hajjah Anum menyatakan bahawa ibu bapa yang meihat anak-anak murid membuat kesalahan boleh menegur secara terus namun diingatkan untuk tidak melebihi daripada itu seperti menampar atau memukul. Segala masalah mengenai pengusaha kantin akan dimaklumkan kepada pihak sekolah. Kekangan tugas menyebabkan guru tidak dapat mengajar dan fokus hanya kepada seorang murid sahaja. para guru perlu memuat turun di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru mengenal pasti murid dan berinteraksi dengan ibu bapa. Puan Zarina mencadangkan agar ibu bapa menyumbangkan idea bagi memajukan sekolah seandainya ada.

Puan Hajjah Anum mengucapkan terima kasih kepada Puan Zarina Binti Abd Halim atas penghargaan yang diberika kepada pihak sekolah. Sememangnya ibu bapa harus prihatin untuk membantu anak-anak yang keciciran akibat masalah pembelajaran. Segala cadangan dan pandangan daripada Puan Zarina didahului dengan terima kasih dan akan dibincangkan oleh pihak sekolah. . Puan Hajjah Anum menyarankan ibu bapa menghadiri perjumpaan ibu bapa yang diadakan. menyatakan juga bahawa ibu bapa harus mengimbangkan sifat prihatin dengan kepercayaan kepada pihak sekolah.