INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG KUCHING

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA GURU PELATIH KOD KURSUS

: AMIR ASRAF BIN ABU (910709-13-6275) :PM 3311P4

KUMPULAN

: PPISMP AMBILAN JULAI 2009 PEMULIHAN (BM)/ MT/ BI

TAJUK PENSYARAH TARIKH MULA TARIKH HANTAR

: BAHASA MELAYU AKEDEMIK 1 : PUAN TAY MENG GUAT : 5 JULAI 2010

: 16 OGOS 2010

PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu vokal,konsonan,diftong digunakan secara meluas bagi membentuk perkataan.Oleh kerana itu,pengatahuan mengenai unsur unsur ini adalah penting bagi menguasai sesuatu bahasa.Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan analisis pola kesalarasan vokal dari sebuah petikan ilmiah yang tidak kurang dari 150 patah perkataan. Melalui tugasan ini kami mampu mengaplikasikan sistem keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Selain daripada itu,kami telah diarahkan untuk menjelaskan definisi,jenis,format serta ciri-ciri minit mesyuarat.Setelah itu kami ditugaskan untuk menulis satu minit mesyuarat.

SENARAI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT

TUGASAN 1: ANALISIS POLA KESELARASAN VOKAL
KARANGAN ILMIAH PILIHAN Rokok Jenis µLight, Mild, Low Tar¶ Jangan Terpedaya! oleh Asnida Abdul Razak Bilangan 59, April 2007 Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia ISSN 1394-5238 Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mei 2004 menunjukkan bahawa penduduk dunia (termasuk Malaysia) telah menghabiskan 2.5 kali ganda wang mereka untuk rokok berbanding membeli keperluan pakaian dan 1.9 kali ganda untuk rokok berbanding perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan. Fakta ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa industri tembakau memang bijak mengatur strategi pemasaran bagi melariskan jualan rokok mereka. Antara strategi industri tembakau adalah memperkenalkan rokok jenis µlight¶ yang dikatakan mengandungi tar dan nikotin yang lebih rendah. Kenyataan ini telah mempengaruhi perokok untuk memilih rokok jenis ini kerana mempercayai bahawa ia kurang mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan mereka berbanding dengan rokok jenis biasa.Industri tembakau telah merekabentuk lubang kecil pada penapis rokok jenis µlight¶. Lubang kecil tersebut akan bertindak mencairkan asap rokok yang keluar dan seterusnya memberikan nilai bacaan tar dan nikotin yang rendah apabila asap rokok tersebut diuji menggunakan mesin penguji. Keadaan yang sebaliknya berlaku apabila

seseorang itu merokok. Lubang penapis ini akan tertutup oleh bibir dan jari perokok. Ini menyebabkan asap rokokyang terhasil tidak dapat dicairkan, dan perokok akan menghisap kandungan tar dan nikotin dalam jumlah yang sama dengan rokok biasa. Bukti-bukti penyelidikan pelbagai institusi kesihatan ternama seperti National Cancer Institute dan Harvard School of Public Health, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kandungan nikotin yang dihisap oleh perokok dari rokok jenis µlight¶ tidak berbeza berbanding rokok biasa. Bagi perokok yang ketagih nikotin, mereka perlu menyedut asap rokok lebih dalam, lebih cepat dan jumlah sedutan yang lebih kerap untuk mendapatkan jumlah nikotin yang cukup bagi mengawal ketagihan mereka. Memilih rokok jenis µlight¶ bukanlah satu alternatif bijak untuk mengurangkan risiko terhadap penyakitpenyakit kronik berkaitan rokok.

ANALISIS POLA KESELASARASAN VOKAL PETIKAN
Bil. Perkataan Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. Lapor Tubuh Sihat Tunjuk Duduk Telah Habis Untuk Rokok Banding Keperluan Pakaian Untuk Rokok Banding Belanja Untuk Jaga Sihat Jelas Tunjuk Memang Bijak Atur Pasaran Laris A U I U U E I U O A U I U O A A U A I E U E I A A A O U A U U A A U O I A A U O I A U A A A U A A U A I

27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56.

Jual Rokok Adalah kenal Rokok Jenis Lebih Rendah Nyata Telah Rokok Untuk Kurang Datang Kesan Buruk Hadap Sihat Banding Dengan Rokok Jenis Telah Rekabentuk Lubang Kecil Tapis Rokok Jenis Lubang

U O A E O E E E A E O U U A E U A A A E O E E E U E A O E U

A O A A O I I A A A O U A A A U A A I A O I A U A I I O I A

57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86.

Kecil Sebut Akan Tindak Cair Asap Rokok Sebut Guna Mesin Keadaan Orang Rokok Lubang Tapis Akan Tutup Oleh Bibir Rokok Sebab Asap Rokok Hasil Tidak Dapat Cair Rokok Akan Hisap

E E A I I A O E U E A O O U A A U O I O E A O A I A A O A I

I U A A A A O U A I A A O A I A U E I O A A O I A A I O A A

87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116.

Kandung Dalam Jumlah Dengan Rokok Selidik Sihat Tunjuk Kandung Hisap Oleh Rokok Rokok Jenis Tidak Banding Rokok Rokok Tagih Sedut Asap Rokok Lebih Dalam Lebih Cepat Jumlah Sedut Lebih Kerap

A A U E O I I U A I O O O E I A O O A E A O E A E E U E E E

U A A A O I A U U A E O O I A I O O I U A O I A I A A U I A

117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 132. 133. 134. 135.

Untuk Dapat Jumlah Cukup Kawal Tagih Pilih Rokok Jenis Bukan Alternatif Bijak Untuk Kurang Hadap Sakit Kronik Kait Rokok

U A U U A A I O E U A I U U A A O A O

U A A U A I I O I A I A U A A I I I O

TUGASAN 2: MINIT MESYUARAT
DEFINISI MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat merupakan rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.Selain daripada itu,minit mesyuarat boleh juga ditakrifkan sebagai laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.

JENIS-JENIS MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat dibahagikan mengikut jenis-jenis mesyuarat yang diadakan.Antara minit mesyuarat yang ada ialah: 1.Mesyuarat jawatankuasa 2.Mesyuarat agung 3.Mesyuarat khas 4.Mesyuarat tergempar 5.Mesyuarat agung luar biasa

Mesyuarat jawatankuasa ~Diadakan secara dalaman ~Memberikan maklumat,mendapatkan idea atau membuat keputusan ~Dihadiri oleh individu yang menjadi ahli jawatankuasa

Mesyuarat agung ~Diadakan setahun sekali ~Berlakunya pertukaran ahli jawatankuasa baru bagi menggantikan ahli jawatankuasa lama ~Segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun akan dibentangkan untuk pengatahuan ahli ~Rekod kewangan sepanjang tahun juga akan dibentangkan bagi memastikan para ahli tahu apa yang dilakukan dengan duit mereka ~Dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar ~Dijemput melalui notis mesyuarat agung yang dikeluarkan setiausaha ~Mesyuarat agung itu akan dikira sah,sekiranya kehadiran ahli melibihi dua per tiga dari keseluruhan ahli berdaftar. ~Dalam mesyuarat ini ,setiap ahli berhak bersuara,membuat undian dan menyatakan pandangan tentang sesuatu isu ~Perlembagaan dan undang-undang pertubuhan boleh dipinda dalam mesyuarat ini dengan mendapat persetujuan majoriti.

Mesyuarat tergempar ~Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perkara yang penting ~Mesyuarat ini akan akan membuat keputusan segera bagi mengelakkan isu yang dibincangkan menjadi lebih parah ~Mereka yang dijemput tidak semestinya merupakan ahli tetap,individu yang mempunyai kepakaran juga dijemput bagi memberikan pandangan ~Ahli mesyuarat akan dijemput melalui memo atau surat edaran dalaman.

Mesyuarat agung luar biasa ~Diadakan bagi tujuan yang khusus ~Dikira sah sekiranya ahli yang hadir melebihi dua per tiga ahli berdaftar dan sesuatu keputusan akan diterima jika mendapat sokongan majoriti ahli.

FORMAT MINIT MESYUARAT
FORMAT MINIT MESYUARAT MINIT MESYUARAT..................................... (Catatkan nama mesyuarat) Bil..... Tahun.......... (Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)

Tarikh Masa Tempat

: ««« . : «««.. : «««.

HADIR (Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.)

HADIR BERSAMA (Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan.)

URUSETIA (Senaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan.)

I.

PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas-kertas kerja atau di akhir mesyuarat.

II.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan pindaan-pindaan berkenaan.

III.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.

Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.

Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah: a. b. c. d. e. Tajuk kertas kerja berkenaan; Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan; Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan; Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan; Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang

dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan f. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakantindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.

V. HAL-HAL LAIN

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang pada mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

VI. PENUTUP

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti: a. b. c. Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan; Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.

Urusetia (Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.)

Tarikh (Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.)

Tandatangan Dibawah sekali hendaklah terdapat tandatangan setiausaha yang telah menuli minit mesyuarat itu dan tandatangan pengerusi bagi mengesahkan minit mesyuarat itu setelah mendapat persetujuan ahli.

CIRI-CIRI MINIT MESYUARAT
Setiausaha perlu lah membuat catatan ketika mesyuarat berlangsung dan merekodkan semula secepat yang mungkin.Setiausaha juga hanya perlu merekodkan keputusan akhir bagi setiap keputusan atau cadangan yang telah dikemukakan dalam mesyuarat tersebut.Antara ciri-ciri yang mesti ada dalam sesebuah minit mesyuarat ialah: 1.Tulen 2.Lengkap 3.Tepat 4.Sahih 5.Berstruktur

TULEN Minit mesyuarat itu hendaklah bersifat tulen dan bukan direka oleh setiausaha sesuka hati.Minit mesyuarat ini hendaklah merupakan rekod bagi segala yang benar-benar terjadi dalam mesyuarat tersebut. LENGKAP Minit mesyuarat yang ditulis hendaklah menyatakan segala butiran mengenai mesyuarat itu adalah lengkap.Butiran itu adalah termasuk tarikh,kehadiran serta butir perbincangan.Hal ini adalah bagi memudahkan pembaca dapat memahami segala yang terjadi dalam mesyuarat tersebut. TEPAT Butir yang dicatatkan hendaklah tepat mengikut apa yang telah dibincangkan dalam mesyuarat,ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.

SAHIH Minit mesyuarat hendaklah dipastikan kesahihannya bagi mengelakkan penyelewengan atau kesilapan yang dilakukan oleh setiausaha dalam menulis minit mesyuarat tersebut.Oleh itu,minit mesyuarat itu akan disahkan oleh pengerusi dengan meletakkan tandatangan pada minit mesyuarat itu setelah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. BERSTRUKTUR Penulisan minit mesyuarat hendaklah dalam keadaan berstruktur bagi memudahkan pembaca mencari bahagian mesyuarat yang ingin diteliti.Setiap perenggan mempunyai tajuk dan subtajuk yang bernombor mengikut urutan.

MINIT MESYUARAT MENGENAI AGENDA YANG DITENTUKAN

Mesyuarat Sukan Tahunan ke-29 Bil. 2/2010 SK Bahagia,Kuching

Tarikh Masa Tempat

: 29 MAC 2010 : 0800-1200 : Bilik Komputer

SENARAI KEHADIRAN
HADIR 1.En. Abdul Rahman Median 2.Pn. Masitah Yunus 3.Pn. Haslina Othman 4.En. Ahmad Hj. Abdul Kadir 5.Cik Muzaimah Mohd Yunus 6.En. Mohd Nizam Hashim 7.En. Abdul Aziz Othman 8.En Ramli Haron 9.Cik Nurul Ain Gono 10.En. Jaafar Muhammad (Pengerusi) (Naib Pengerusi) (PK HEM) (PK KK) (Ketua Rumah Sukan ³Zuhal´) (Ketua Rumah Sukan ³Uranus´) (Ketua Rumah Sukan ³Marikh´) (Ketua Rumah Sukan ³Utarid´) (Ketua Rumah Sukan ³Zuhrah´) (Ketua Rumah Sukan ³Musytari´)

HADIR BERSAMA 1. Inspektor Zainuddin Akhbar 2.En. Mazlan Daus 3. Pn. Ramlah Mahidin 4. Pn. Masnah Tawil 5. Cik Nazrinda Abdul Samah (Wakil Polis Trafik Bahagian Kuching) (Ketua Pengawal Keselamatan SK Bahagia) (Ketua Eksekutif Koperasi SK Bahagia) (Ketua Pembersih SK Bahagia) (Pegawai Stor Sukan)

TIDAK HADIR

BERSEBAB 1. En. Farhan Tarmizi 2. Pn. Zarina Junaidi TIDAK BERSEBAB 1.En. Kamarul Hussain (Ketua Rumah Sukan ³Pluto´) (Wakil YB. Encik Unting ak Nelsan) (Ketua Rumah Sukan ³Neptun´)

URUSETIA MESYUARAT 1.Cik Azira Azman (Setiausaha)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan para pengurus rumah sukan serta mereka yang turut dijemput bagi memastikan kelancaran sukan tahunan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN SK BAHAGIA BIL. 1/2010

Minit Mesyuarat Sukan Tahunan SK Bahagia Bil. 1/2010 diluluskan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 TERDAPAT GURU YANG TIDAK TERMASUK DALAM SENARAI GURU YANG TERLIBAT DENGAN RUMAH SUKAN
Terdapat guru bertanya mengenai tugas yang sepatutnya dilakukan beliau apabila nama beliau tidak terdapat dalam senarai guru yang menjaga rumah sukan. TINDAKAN: PK KK 3.2 PIHAK POLIS TRAFIK HANYA DAPAT MENUGASKAN 2 AHLI MEREKA PADA

HARI KEJOHANAN BERBANDING 5 ORANG YANG TELAH DIJANJIKAN

3.3 TARIKH,MASA DAN TEMPAT KEJOHANAN KEKAL SEPERTI YANG TELAH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT TERDAHULU.

3.4 TETAMU KHAS, YB ENCIK UNTING AK NELSAN TELAH MENERIMA UNDANGAN BAGI MENGHADIRI KEJOHANAN SUKAN TERSEBUT.

3.5 ACARA TARIK TALI ANTARA IBU BAPA MURID DAN GURU DIADAKAN SETELAH DIPERSETUJUI AHLI MAJLIS DENGAN CADANGAN CIK NURUL AIN

4.0 JENIS-JENIS ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

4.1 ACARA BALAPAN PK KK, En. Ahmad bin Hj. Abdul Kadir mencadangkan antara acara yang wajib disertai setiap rumah sukan adalah 100m,200m,400m,100m×4,400m×4.Setiap acara ini akan dibahagikan mengikut 4 kelas yang telah dibahagikan mengikut umur dan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat secara sebulat suara.

4.2 ACARA PADANG PK KK, EN. Ahmad bin Abdul Kadir turut mencadangkan acara yang sering dipertandingkan sebelum ini terus diadakan seperti acara lontar peluru,lompat jauh,lompat tinggi,lompat kijang,rejam lembing serta lempar cekera dibahagikan dengan 4 kelas yang dibahagikan mengikut umur dan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat secara sebulat suara.

5.0 JADUAL LATIHAN

HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT Jadual 1

PADANG UTARID MARIKH ZUHAL NEPTUN BEBAS

TREK ZUHRAH MUSYTARI URANUS PLUTO

Jadual 1 ialah cadangan yang telah dihasilkan oleh PK KK setelah mejalankan perbincangan dengan para ketua rumah sukan dan setelah dibentangkan dihadapan ahli mesyuarat ia telah dipersetujui. Selain daripada itu,PK KK juga menerangkan bahawa kedua-dua rumah sukan yang menggunakan bahagian padang yang berlalinan juga diarahkan berkongsi dan bertukar tukar penggunanannya kerana ini akan memudahkan kedua-dua rumah sukan kerana pihak sekolah kekurangan tempat bagi para pelajar berlatih TINDAKAN:SEMUA KETUA GURU RUMAH SUKAN.

6.0 LAPORAN SETIAP PENGURUS RUMAH

6.1 PENGURUS RUMAH UTARID Para pelajar menunjukkan kesungguhan bagi mempertahankan kejohanan yang telah dimenangi oleh rumah ini pada 2 tahun berturut-turut dan ini mengakibatkan penyertaan bagi semua acara dapat diisi dengan cepat. Latihan yang dijalankan pada hari Isnin dengan rumah Zuhrah berlangsung tanpa perselisihan waktu penggunaan padang dan trek kerana pengurus rumah Utarid dan Zuhrah telah menetapkan bahawa pertukaran bahagian yang digunakan adlah setelah solat Asar,iaitu pada sekitar pukul 4. Kehadiran pelajar dari kumpulan Utarid adalah cemerlang.

6.2 PENGURUS RUMAH ZUHRAH Penyertaan untuk setiap acara lembab,ketua rumah sukan terpaksa bertanya secara individu kepada para pelajar lain.Namun begitu,penyertaan dijangka memenuhi semua acara sebelum dihantar kepada PK KK. Latihan berjalan lancar Kehadiran pelajar dalam latihan pada sesi petang adalah memuaskan

6.3 PENGURUS RUMAH MARIKH Penyertaan dari rumah marikh juga amat memberangsangkan kerana banyak pelajar baru yang berkebolehan dari tingkatan 1 dan 3 yang memasuki rumah Marikh pada tahun ini. Latihan juga bergerak dengan perlahan kerana banyak pelajar cuba untuk melarikan diri setelah melaksanakan solat Asar Kehadiran pelajar hanya mencapai tahap memuaskan

6.4 PENGURUS RUMAH MUSYTARI Penyertaan bagi memasuki acara telah dipenuhkan kerana guru memilih pelajar mengikut kebolehan mereka setelah melihat mereka berlatih dan bukan melalui apa yang mereka mahukan. Latihan pada waktu petang juga berjalan lancar keran semua pelajar memberikan kerjasama kepada guru yang melatih mereka. Kehadiran pelajar adalah sangat memuaskan kerana kedatangan sentiasa dipantau rapat oleh guru disiplin, Cikgu Ismail yang juga merupakan guru rumah sukan ini.

6.5 PENGURUS RUMAH ZUHAL Pelajar dalam rumah sukan ini sangat sukar untuk dipujuk bagi menyertai mana-mana acara kerana mereka telah kehilangan semangat setelah berada di tempat terakhir dalam senarai rumah sukan selama 5 tahun berturut-turut.Oleh itu,rumah ini dijangka tidak akan menghantar wakil bagi kebanyakan acara pada tahun ini. Latihan adalah sangat teruk,pelajar datang seolah-olah hanya untuk mendapatkan kehadiran dan bukan untuk berlatih. Kehadiran memuaskan

6.6 PENGURUS RUMAH URANUS Penyertaan acara berjalan dengan sederhana dan dijangka akan dipenuhakan sebelum dihantar. Latihan berjalan dengan lancar Kehadiran pelajar merosot kebelakangan ini terutamanya berberapa kelas tingkatan 5 kerana menjalankan kelas tambahan pada waktu petang yang menyebab kan mereka lambat dan malas untuk turun berlatih.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 KOPERASI INGIN MEMBUKA GERAI DALAM KAWASAN BERDEKATAN PADANG PADA HARI KEJOHANAN ITU BERMULA.

7.2 PK KK MENGEMUKAKAN DRAF PERTAMA KERTAS PEMARKAHAN RUMAH SUKAN BAGI KEJOHANAN INI (HELAIAN A) DAN AKAN MENGEDARKANNYA SETELAH DIPERSETUJUI SEMUA AHLI MESYUARAT.

7.3 PEGAWAI STOR SUKAN MENDAPATI BANYAK BARANG DARI STOR SUKAN TIDAK DIPULANGKAN SETELAH DIPINJAM.

7.4 PIHAK KESELAMATAN SEKOLAH MEMINTA SENARAI ATAU LINGKUNGAN MASYARAKAT YANG DIBENARKAN HADIR.

7.5 PIHAK PEMBERSIH SEKOLAH MEMINTA TONG SAMPAH DILETAKKAN DI SEKITAR TEMPAT KEJOHANAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA MEREKA.

7.6 PEMBERITAHUAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI KEJOHANAN KEPADA TETAMU ISTIMEWA

8.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12 tengah hari dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.Mesyuarat yang akan datang akan diberitahu kelak.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh:

(AZIRA BINTI AZMAN) Setiausaha, Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-29

(ABDUL RAHMAN BIN MEDIAN) Pengerusi, Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-29

[LAMPIRAN A] TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA,JALAN INDAH,93200 KUCHING

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.Undang-undang:

1.1

Undang-undang ini adalah mengikut Undang-undang Olahraga Amatur Malaysia,Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Olahraga 1991.

1.2

Kumpulan peserta dibahagikan seperti berikut: Kelas A :Tingkatan 5 dan 6 Atas Kelas B :Tingkatan 3 dan 4 Kelas C ;Tingkatan 2 Kelas D :Tingkatan 1

2.PERATURAN MENGISI BORANG PENYERTAAN

2.1 2.2

Borang penyertaan mestilah diisi dalam dua salinan. Nama penuh peserta hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan lengkap dengan No. Kad Pengenalan.

2.3 2.4

Sila tandakan (X) di ruang acara yang akan disertai oleh peserta-peserta. Semua peserta mestilah didaftarkan mengikut rumah sukan masing-masing termasuk peserta lari berganti-ganti dan peserta simpanan.

3.PERATURAN±PERATURAN AM

3.1

Peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian sekiranya tidak memakai satu set nombor di hadapan dan di belakang baju T warna rumah masing-masing atau baju PJ.

3.2

Semua peserta diminta melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sebelum acara dimulakan.Peserta-peserta dikehendaki berkumpul dan akan dibawa ke gelanggang oleh pegawai bertugas.Peserta yang tidak patuh kepada peraturan ini dengan sendirinya akan tersingkir.

3.3

Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti dalam susunan acara.Jawatankuasa berhak dan berkuasa membuat pindaan susunan acara yang dianggap mustahak dengan persetujuan ketua rumah sukan.

4.PENYERTAAN ACARA

4.1 4.2

Setiap rumah sukan dibenarkan menamakan tiga orang peserta untuk acara individu dan satu pasukan untuk acara lari berganti-ganti. Setiap peserta boleh mengambil bahagian dalam tiga acara individu dan dua acara berpasukan.

5.PENARIKAN DIRI DAN PESERTA GANTIAN.

5.1

Nama pengganti yang menggantikan peserta yang menarik diri hendaklah didaftarkan di dalam borang penyertaan.

5.2

Nama peserta pengganti hendaklah diberikan kepada penyelia peserta sebelum acara bermula.

5.3

Pengganti tersebut dikehendaki mengambil bahagian dalam semua acara yang didaftarkan oleh peserta yang menarik diri.

6.PUNGUTAN MATA

6.1 PEMBERIAN MATA BAGI ACARA OLAHRAGA a. b. Peringkat saringan: 1 mata diberi jika memasuki peringkat akhir Peringkat akhir:

Perseorangan Johan Naib Johan Ketiga Keempat

Mata 5 3 2 1

Berpasukan Johan Naib Johan Ketiga Keempat

Mata 8 6 2 1

c.

Tiga (3) mata diberi jika mencapai rekod baru.

6.2Pemberian Markah Bagi Pertandingan-pertandingan Antara Rumah.

Johan 20

Naib Johan 15

Ketiga 10

Keempat 5

Bil 1 2 3 4 5 6 7

Jenis Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Lagu Slogan Rumah Papan Kenyataan Kehadiran Acara Guru Maskot Pembawa Pelekat

7.PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

7.1

Acara-acara 100m,200m dan 400m -Peringkat saringan akan diadakan jika terdapat lebih daripada 7 peserta mengambil bahagian. -6 peserta terbaik akan dipilih untuk memasuki ke peringkat akhir.Acara akhir 100m dan 400m akan dijalankan pada hari sukan,manakala 200m dan 800m akan dijalankan sebelum hari sukan.

7.2

Acara 4x100m antara kelas -Acara akan dijalankan sebelum hari sukan.

7.3

Acara padang -Jika terdapat 12 orang peserta.setiap peserta duberi 2 percubaan pada pusingan pertama dan 2 percubaan lagi untuk 6 orang peserta yang layak masuk ke peringkat akhir.Jika kurang daripada 12 orang peserta ,setiap peserta diberi 3 percubaan sahaja.

7.4

Acara lompat tinggi -Paras permulaan adalah 1 meter bagi kelas A,B,C dan D

7.5

Ketua-ketua rumah

Diminta ketua-ketua rumah mengambil perhatian perkara-perkara berikut ;

7.5.1 Menyerahkan borang penyertaan acara olahraga kepada penyelaras sukan atau penolong selewat-lewatnya pada 12.02.2010.Nama penuh dan no.kad pengenalan peserta hendaklah diisi mengikut kategori HURUF BESAR . 7.5.2 Mengingatkan pelajar supaya memakai baju T rumah masing-masing atau baju T PJ semasa bertanding 7.5.3 Mengingatkan guru pengawas supaya mengawas pelajar rumah masing-masing semasa acara dijalankan.

7.6.Tugas-tugas ketua acara

7.6.1 Mengawal perjalanan acara dan bertanggungjawab daru awal hingga habisnya acara pada hari tersebut. 7.6.2 Mengadakan taklimat kepada penolong-penolongnya. 7.6.3 Bertanggungjawab mengambil alatan 15 minit sebelum acara bermula dan memulangkannya beserta keputusan selepas acara selesai kepada penyelaras bertugas seperti berikut :

Pn.Mashidah Hj. Abu Bakar Pn.Nor Azliha Noor Azhar Cik Miza Farahana Yoep Zain

(Hari Selasa ) (Hari Khamis) (Sesi petang)

7.7

Tugas-tugas guru lain

7.7.1 Melaporkan diri kepada ketua acara di arena 10 minit sebelum acara bermula. 7.7.2 Berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum acara bermula

7.7.3 Pelepas akan memulakan acara balapan.Hakim-hakim diminta menentukan kedudukan peserta dan pencatat diminta membuat catatan.Sila rujuk senarai tugas pegawai dalam jadual tugas yang diedarkan.

8.PEMILIHAN OLAHRAGAWATI

Olahragawati setiap kategori akan dipilih berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang peserta haruslah menyertai dalam 2 acara padang dan 1 acara balapan atau 1 acara padang dan 2 acara balapan.Jumlah pungutan mata dikira dan jumlah mata tertinggi akan digunakan sebagai penentu.Sekiranya berlaku jumlah mata seri penyertaan dalam acara berpasukan akan diambil kira.

9.RAYUAN BANTAHAN

Bantahan yang hendak dibuat haruslah melalui ketua acara kepada Juri Rayuan Majlis Sukan Sekolah dengan wang sebanyak RM 100.00 dan diserahkan dalam tempoh 30minit selepas acara dijalankan.Juri rayuan adalah terdiri daripada :

Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Ahli-ahli

: : : :

Puan Pengetua Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Mashidah Hj,Abu Bakar Pn.Nor Azliha Noor Azhar Cik Miza Farahana Yoep Zain Ketua-ketua acara

10.Hal ±hal lain

10.1

Selain pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan

10.2 10.3

Peserta-peserta hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar dari arena. Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan adalah di bawah bidang kuasa jawatankuasa pengelola.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful