You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU


36800 Kampong Gajah
Perak Darul Ridzuan
Tel : 605-6312 540
Faks : 605-6312 540
Kod Sekolah : ABA8239
1 MALAYSIA: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Ruj. Kami: PIBG/05/13/002( 1 )


Tarikh : 16 MAC 2017

YB DATO SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN


TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI
MERANGKAP AHLI PARLIMEN PASIR SALAK

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA


BERBUMBUNG DI SK PASIR KUBU, KG. GAJAH, PERAK.

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik Yang Berhormat agar dapat
menyumbang sebanyak RM 10,000 bagi membiayai pembinaan tempat letak kereta
berbumbung di SK Pasir Kubu.

3. Untuk makluman pihak Yang Berhormat sekolah ini memiliki kawasan yang sesuai
dibangunkan sebagai tempat letak kereta dan hanya memiliki tempat letak kereta sedia ada
yang terhad dan lama.

4. Pihak PIBG serta sekolah dan mempunyai harapan yang tinggi kepada pihak Yang
Berhormat agar dapat membantu pihak sekolah ini menjayakan projek tersebut demi
kepentingan warga pendidikan dan orang ramai.

5. Bersama-sama surat ini disertakan kertas cadangan bagi projek tersebut untuk
makluman pihak Yang Berhormat. Keperihatinan dan jasa baik pihak Yang Berhormat amat
dihargai.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...................................
(AZMIR BIN AHMAD)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu