You are on page 1of 2

Objektif Kajian  Mengetahui secara mendalam tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia bagi memupuk semangat persefahaman antara

sesame kita.
 Meluaskan pengetahuan mengenai perayaan tradisi kaum di Malaysia

melalui pengkajian ini bagi menyemai nilai hormat-menghormati sesama kita.  Melalui pengkajian yang dijalankan, para pelajar dapat berkongsi maklumat mengenai perayaan tradisi yang dikaji dan ini mendorong pembentukan generasi yang peka dan berminat terhadap sejarah serta mengamalkan unsure patriotisme.  Mengukuhkan kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mensintesis, merumus dan merekod fakta sejarah yang dapat dinilai.  Menyemai perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara melalui pengkajian perayaan tradisi kaum di Malaysia.
 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada suber yang sahih. Hal

ini membantu pelajar membezakan samada informasi yang diperolehi sahih atau pun tidak.

Rumusan
 Pengkajian sejarah pada tahun ini mencakupi tajuk Perayaan Tradisi

Kaum di Malaysia. Pelaksanaan kajian ini memberikan pelbagai iktibar bukan sahaja kepada para pelajar yang menjalankannya, malah turut menyumbang kepada bangsa dan negara. Bagi diri saya, pengkajian ini sememangnya memberi banyak informasi yang berguna kepada diri saya. Saya bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan saya tentang latar belakang perayaan tradisi kaum di

Malaysia malah saya berasa kagum tentang asal-usul kepelbagaian perayaan yang disambut di negara kita. Semangat persefahaman dan nilai hormat-menghormati yang dipupuk di kalangan kita melalui pengkajian sejarah ini membolehkan kita semua hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Hal ini mampu mendorong pembentukan perpaduan yang lebih kukuh di kalangan masyarakat dan ini tidak dapat dinafikan membantu memacu negara Malaysia ke arah kegemilangan.