You are on page 1of 2

MODEL-MODEL PENGAJARAN Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilian dan

maklum balas. Pada masa sekarang, beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidikan ialah : 1. Memberi panduan kepada perancang mengajar guru tentang langkahlangkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses pengajaran. 2. Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan. 3. Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya. Oleh kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran, banyak teori pembelajaran telah diubahsuai menjadi model pengajaran masingmasing.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT Pandangan model pemprosesan maklumat terhadap ingatan bergantung kepada komputer sebagai model. Seperti komputer, otak menerima data, menyimpan data, mengeluarkan data untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai data. Keseluruhan sistem dipandu sedemikian oleh prosesproses kawalan yang menentukan bagaimana dan bila maklumat menyalur melalui sistem. Maka, model pemprosesan maklumat menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data, meyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya. Ada beberapa model yang membekalkan pelajar dengan maklumat dan konsep; ada menekankan pembentukan konsep dan pengujian hipotesis oleh pelajar, dan yang lain pula menjana pemikiran kreatif. Ada beberapa model direkabentuk untuk merangsang kebolehan intelek umum. Kebanyakan model pemprosesan maklumat amat berguna untuk mengkaji diri dan masyarakat serta mencapai matlamat peribadi dan sosial pendidikan. Sekarang kita masyarakat akan melihat kerangka yang menggabung ideaidea model pemprosesan maklumat.

MODEL EKSPOSITORI Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam kelas. Oleh itu,Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita, demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam konteks ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.

Pengenalan dan penerangan isi pelajaran.

Pelajar-pelajar mendengar penerangan.

Pelajar-pelajar mengingat dan merekod isi penting.

Misalnya,guru boleh menggunakan model ini untuk merancangkan konsep, fakta, hukum, prinsip, atau teorem matematik. Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: 1. Menerang menginterprestasi dan menghuraikian idea daripada buku teks 2.Menerang sambil mendemon cara melukis atau melukis atau membina bentuk-bentuk goemetri 3.Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarksan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari 4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.