You are on page 1of 2

Setelah selesai mengunjungi galeri satu dan galeri dua,kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke tapak-tapak

candi yang terdapat di sekitar kawasan muzium arkeologi. Kami bergerak untuk melihat kawasan berbatu yang mempunyai kesan pahat di sekitar kawasan sungai batu pahat yang merupakan kawasan yang telah dipahat bagi menggunakan batu tersebut dalam pembinaan candi-candi. Kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan kuari kerana hasil daripada kerja pemahatan yang dilakukan oleh masyarakat pra sejarah pada zaman tersebut. Memang jelas terbukti terdapat kesan pahatan yang ditemui pada kawasan batu di sekitar sungai tersebut melalui gambar yang telah diambil. Selepas itu, kami bergerak menuju ke tapak candi yang di atas bukit bersebelahan dengan muzium arkeologi. Menurut Encik Kamaruddin Zakaria,hanya terdapat satu candi yang berada di tapak asal, manakala yang lain merupakan hasil pembinaan dan pemindahan semula dari tapak asala yang telah dijalankan oleh ahli arkeologi. Antara candi yang terdapat di atas bukit batu pahat itu ialah candi Pengkalan Bujang, candi pendiat, candi Batu Pahat dan candi Bendang Dalam. Bentuk-bentuk candi yang menghala ke timur menunjukkan amaan linga di kalangan masyarakat Hindu di Kedah.

Candi pendiat Candi pendiat merupakan salah satu candi yang terdapat di kawasan sekitar bukit batu pahat. Pada asalnya candi ini bukanlah candi asal yang terdapat di bukit batu pahat tetapi dijumpai di kampung pendiat dan telah dipindahkan ke kawasan muzium arkeologi ini. Menurut Kamaruddin Hj Zakaria yang merupakan moderator kami semasa kunjungan ke tapak candi, beliau mengatakan bahawa pemindahan candi yang telah dilakukan oleh ahli arkeologi telah membawa kepada pelanggaran prisip arkeologi yang melarang pemindahan hasil eksvakasi ke tempat yang lain atau dengan kata lain bukan in-situ. Bukan in-situ bermaksud benda atau hasil kajian tidak berada pada kedudukan dan tempat yang asal. Walaupun begitu pemindahan yang telah dilakukan mempunyai sebabsebab tertentu kerana ia dijumpai di dalam kawasan tanah persendirian dan sukar untuk dijadikan tapak candi. Candi Pendiat semasa ditemui mempunyai patung di tengah-

tengah dan mempunyai konsep vivana dan candi ini dibuat daripada batu-batu lada sungai batu pahat. Candi Batu Pahat

Candi Batu Pahat merupakan candi asal yang berada di atas bukit batu pahat dan merupakan candi terbesar yang ditemui berdasarkan saiz ketika ditemui. Candi Batu pahat merupakan candi hindu Buddha kerana semasa dijumpai oleh ahli arkeologi, terdapat perkaitan candi ini dengan lingga, yoni dan somasutra. Bahagian bawah candi ini terdapat kawasan tempat berkumpul penganut-penganut agama hindu Buddha yang akan berkumpul untuk melakukan upacara ibadat dan tempat ini dipanggil Mandapa. Kami juga diberitahu bahawa lebih 100 ribu ketul batu telah digunakan bagi membina kawasan Candi Batu Pahat yang merupakan dipahat oleh masyarakat pada zaman tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Lamb mengenai candi Bukit Batu Pahat jelas menunjukkan persamaan dengan tapak-tapak Hindu di Indonesia terutamanya Biarosi Topajan di Padang Lawas, Sumatra (Lamb 1961 : 1-9). Selain dari itu Lamb juga membuktikan bahawa cepu batu yang ditemui tertanam di bawah Candi Bukit Batu Pahat juga menampakkan ciri-ciri asia Tenggara iaitu ianya melibatkan aktiviti pemujaan jenis tantrik dan bukannya amalan Hindu mazhab Siva seperti yang disarankan oleh QuaritchWales. Candi Pengkalan Bujang

Candi Pangkalan Bujang merupakan candi yang berada pada tapak 21. Candi ini telah dibina sekitar abad ke-11 masihi. Candi ini telah dibina berasaskan batu bata,candi ini juga merupakan satu candi kembar yang telah dipisahkan kompleks SejarahPangkalan Bujang yang terletak 5km daripada Muzium Arkeologi ini. Kembarnya masih lagi berada di kompleks tersebut dan pemindahan yang telah dilakukan melanggar prinsip in-situ yang terkandung dalam peraturan kajian arkeologi