You are on page 1of 11

Kepentingan Kokurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Matlamat Pendidikan Negara

Jika dilihat kepada latar belakang pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM
sepanjang beberapa tahun ini, boleh dikatakan kita agak berjaya dalam
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Nur
Amalina misalnya, cemerlang dalam akademik dengan 17A1 dan turut
cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Bukan beliau seorang saja,
malah ramai lagi pelajar cemerlang mempunyai pembabitan baik dalam
kedua-dua bidang.

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem


pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang
diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah
rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi
hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah
digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu
sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara
tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam
mencapai kehidupan yang sempurna.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-


pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum
dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua
segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum
merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di
mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah,
mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilainilai yang
telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan


sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan
kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang
dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah,
tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab
Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan
Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula
ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan sebagainya.

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk


keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani
dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju
kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.
Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-
kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk
gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat
mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi
antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan
bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh
membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng
Hoe, 1996).

Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa


penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat
membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari
ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari
segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat menunjukkan
sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui
halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih
terdapat halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks
pelaksanaan tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak
guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar
dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih menganggap kegiatan
kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan keluarga
dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.

Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan


di luar bilik darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran
kurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti
kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan.
Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat
melatih mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin
serta mahir di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Penglibatan
pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu masa dahulu kurang
terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anakanak
mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan
pula guruguru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum
sangat sedikit bilangannya

Secara umum nilai-nilai murni dalam kurikulum merupakan


kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik.
Pendidikan nilai adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas
dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Pendidikan nilai menjadi salah satu
unsur yang penting setelah Kementerian Pendidikan melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ke dalam kurikulum. FPN menegaskan penerapan 16
nilai murni masyarakat Malaysia dalam sistem pendidikan Malaysia. Nilai-
nilai murni ini terdapat dalam agama, tradisi dan adar resam pelbagai kaum
di negara ini serta selaras dengan nilai universal.
Nilai-nilai murni ini dirancang untuk merentasi kurikulum dan
kurikulm tersembunyi. Justeru itu sukatan mata pelajaran yang dibentuk
berdasarkan KBSR dan KBSM telah mencadangkan nilai-nilai yang dianggap
releven dan dapat diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Malah dalam
sukatan untuk panduan guru yang disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, nilai-nilai murni bagi sesetengah mata pelajaran telah
disenaraikan untuk diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran nilai murni dalam


Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Kerasionalan pengajaran
nilai dalam merentasi kurikulum adalah kerana nilai-nilai murni ini menjadi
teras penting dalam semua mata kurikulum mata pelajaran di sekolah dan
juga FPK menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan berpegang teguh kepada agama. Justeru itu guru perlu memahami
dengan jelas konsep nilai merentasi kurikulum. Seterusnya guru perlu dapat
melihat kaitan nilai dengan aktiviti yang dicadangkan serta pendekatan yang
sesuai yang dapat digunakan untuk menerapkan nilai tertentu. Akhir sekali,
guru juga perlu tahu bagaimana mengintegrasikan nilai yang telah
diterapkan.

Aktiviti kokurikulum didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan


berstruktur di luar bidang akademik. Ia merupakan kegiatan luar bilik darjah
seperti sukan, aktiviti badan beruniform aktiviti kelab dan persatuan yang
dilakukan di luar jadual persekolahan atau kurikulum. Kegiatan kurikulum di
sekolah diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal,
emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Ini juga kerana pendidikan bagi menghasilkan insan
harmonis dan seimbang tidak akan berhasil jika kurikulum semata-mata
digunakan sebagai media penerapan nilai-nilia murni sejagat. Justeru,
pendidikan yang mantap dan kukuh dapat menyelurkan aspek kurikulum ke
dalam kokurikulm bagi meningkatkan keupayaan pendidikan menghidupkan
falsafah tersebut. Oleh yang demikian pengetahuan yang diperolehi dari
kurikulum akademik dapat diintegrasikan secara praktis semasa
menjalankan aktiviti kokurikulum.

Aktiviti kokurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat


mengembangkan potensi, bakat dan kinta murid dalam pelbagai aktiviti
beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk
menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam
diri murid-murid. Nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan nilai
semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat
dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Pengalaman menjalankan
aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta
melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni.
Melalui kefahaman yang jelas terhadap konsep kokurikulum, adalah
diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada


pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Sikh.
Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan
budaya yang terdapat di negara kita. Kurikulum sekolah yang dibentuk
dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi
tujuan memupuk nilai-nilai murni. Namun ini bukanlah bermaksud untuk
menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai
kemalaysiaan ini.

Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai


kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga
menerapakan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima
oleh masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara
khusus mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka
dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang
berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur
yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan juga fahaman.

Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada


pemupukan nilai-nilai dan langkah-langkah penyebaran dan pembudayaan
yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasi
yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satu
pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.

Penekanan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


merupakan satu kaedah yang berkesan dalam usaha mengasah kemahiran
generik di kalangan pelajar. Aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kepada
kitaran pendidikan yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor
yang merupakan wadah bagi pembinaan jasmani, emosi dan rohani. Di
samping itu penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut akan dapat
menerapkan beberapa elemen penting seperti disiplin kendiri,
kepemimpinan, keusahawanan, kreativiti, inovasi dan kecintaan terhadap
alam semulajadi. lanya juga secara tidak langsung dapat memupuk kepada
pembentukan semangat kewarganegaraan, kesetiaan kepada bangsa dan
negara serta integrasi nasional yang akan membantu pelajar menentukan
halatuju kehidupan mereka dan masa depan negara.

Saya melihat jika kita dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum


secara terancang dan praktikal di sekolah, kita akan dapat membantu
pengembangan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah
1956, kegiatan kokurikulum disebut sebagai kegiatan kumpulan yang
merangkumi aktiviti seperti kelab mata pelajaran, kegiatan kesusasteraan,
olah raga, permainan dan latihan.

Secara keseluruhan ada 126 jenis kegiatan kokurikulum yang boleh


dipilih pelajar merangkumi pasukan pakaian seragam sebanyak 23 jenis,
persatuan dan kelab 51 jenis, persatuan sukan dan permainan 24 jenis.
Sebagai satu kegiatan kumpulan, penyertaan yang aktif boleh membantu
pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) mereka. Dengan
kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi di kalangan anak
kita dapat dipertingkatkan lagi. Dalam pasukan pakaian seragam misalnya,
aktiviti berkumpulan ini akan meningkatkan semangat kerja berpasukan,
ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin selain
kemahiran di kalangan pelajar. Penyertaan dalam kelab mata pelajaran pula
boleh membantu mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar
dalam pelbagai bidang.

Peningkatan peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada


kurikulum boleh mengelakkan kurikulum daripada terus terbeban
(overloaded). Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan pula boleh
membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, selain
membudayakan cara hidup sihat. Dengan bimbingan, prasarana dan
pendedahan yang mencukupi, aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan
minat, bakat, kemahiran dan semangat bersaing pelajar ke tahap
kecemerlangan seperti kejayaan pasukan pancaragam Sekolah Alam Shah
dan pasukan F1 Technology Challenge Sekolah Menengah Convent Bukit
Nanas pada peringkat antarabangsa.

Kita juga melihat pentingnya peranan kokurikulum dalam


mengeratkan perpaduan di kalangan anak kita. Sebagai contoh, program
Perancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) berasaskan
pertandingan F1 in Schools dan Robotik dilihat sebagai satu aktiviti yang
boleh mengeratkan hubungan antara kaum di mana ahli setiap pasukan F1
in Schools dan Robotik ini terdiri daripada murid Melayu, Cina dan India.
Anggota setiap pasukan terdiri daripada murid sekolah berlainan aliran
(Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina atau Tamil). Dengan
adanya pendekatan ini, generasi muda negara akan lebih toleran dan
reseptif dalam mengharungi kehidupan di negara majmuk seperti Malaysia.

Saya yakin jika kita dapat merancang dan melaksanakan kegiatan


kokurikulum ini dengan baik, ia boleh membantu meningkatkan bina upaya
anak selain menjadikan persekitaran sekolah menyeronokkan. Para pelajar
dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat
dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu
kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar
apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin
sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya,
mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada
suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak
awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat


banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak
faedah kegiatan kokurikulum. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah
aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk
terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di
sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan
berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa
lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh
daripada kegiatan kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka
menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu.
Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan
para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan
manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola
sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan
mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa
badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat


perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat
penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat
perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai
aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar
berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan
yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak
langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi
dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan
kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang


pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada
dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui
apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya,
ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi
setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus
bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya.
Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk
bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada
peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah,
negeri, dan kemudiannya negara.

Ko-kurikulum juga penting dalam merealisasikan FPK. Antara


kepentingannya ialah untuk mewujudkan semangat kewarganegaraan dan
semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti diadakan, penglibatan pelajar
dari pelbagai bangsa dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Ko-kurikulum juga membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat
minat serta kemahiran murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum
boleh membantu murid mengembangkan minat mereka dan mengasah
bakat.

Falsafah pendidikan kebabgsaan telah menggalakkan pelajar aktif


dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid yang
diasah dan dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta
membantu mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan
melatih murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Contohnya sekolah menganjurkan permainan kanak-kanak pada musim cuti
sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di
samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum melatih
murid dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat mencapai hasrat FPK
untuk melahirkan individu yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah memastikan


penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan
unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga perlu menentukan bahawa unit-unit
ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan
susunan progaram yang lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah
juga perlu menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam
kegiatan ko-kurikulum saperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan da
juga unit berunifom.

Bidang kokurikulum perlu diberi kedudukan yang sewajarnya, di


samping memerlukan komitmen yang jitu daripada penyertaan pelajar dan
guru iaitu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat
dan minat masing-masing. Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum perlu lebig
fleksibel agar tidak membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting
kerana dapat mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang
tahun penglibatannya. Data ini menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil
dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid boleh membantu
dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum.

Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti ko-kurikulum


sememangnya boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh
setiap warga sekolah. Cara dan tindakan yang sesuai perlu diambil agar
murid atau guru boleh memberi sumbangan bermakna kepada sekolah.
Sememangnya sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam
usaha menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

Program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran


dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan
kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan
yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan
dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan.
Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat
mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi


seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan
melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan,
membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk
generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk
personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam
persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran
bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam
perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh
itu, watak dan peribadi pelajar haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh
daripada kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan
badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.
Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau
permainan disebabkan aktiviti sukan dapat membina stamina yang kuat
serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan
perkumuhan manusia. Murid yang aktif tidak diserang oleh penyakit dan
badan yang sihat memungkinkan pebelajaran yang berkesan. Sebagai
contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina
kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda
seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan cergas, otak cerdas.

Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.


Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan
toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk
membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum pada
13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, Semangat perpaduan dapat
dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam sesuatu kegiatan.
Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam
kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara
satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktivitik pertandingan seperti bola
sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah
ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung,
hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan
kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana
bersatu teguh, bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang


pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada
dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui
apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar itu
akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat
sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan
membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya
negara. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi pengalaman
kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai
kehidupan yang sempurna.

Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak


mementingkan aktivitik kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap
kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana kokurikulum bukan berbentuk
akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau gred seperti kurikulum
yang berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif. Oleh yang
demikian, kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan anak-anak mereka
menceburi kegiatan kokurikulum dan sebaliknya menggunakan masa itu
untuk anak mereka ke kelas tambahan, muzik dan membuat kerja sekolah.

Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-


pihak tertentu dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak
menitikberatkan kegiatan kokurikulum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini mungkin
disebabkan mereka tidak memahami garis panduan yang dapat dipegang
sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan jelas selain daripada
kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Langkah-langkah yang boleh diusaha untuk mengembangkan aktiviti


kokurikulum iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu
memberi perhatian. Mereka tidak seharusnya berdiam diri dan menutup
mata seterusnya membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam
keseronokan dunia remaja tanpa pendidikan yang sempurna. Tindakan yang
tegas perlu diambil oleh pihak tertentu seperti mengenakan denda kepada
pelajar sekolah yang melepak dan ponteng sekolah atau mengenakan
tindakan disiplin di sekolah. Dengan adanya penegasan dan perhatian
sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat
ditingkatkan dan kegiatan seperti gengsterisme dapat dicegah sebelum ia
menjadi lebih berleluasa dan menjatuhkan imej pendidikan Negara.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penyertaan kokurikulum oleh KPM
mampu menjadikan seseorang pelajar itu dapat berkembang dengan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pelajar juga
perlu mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam
kehidupan. Maka melalui kegiatan kokurikulum akan membuka ruang untuk
pelajar menjadi insan yang berkembang secara menyeluruh.

Kegiatan-kegiatan kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah,


perpaduan, integrasi nasional dan nilai-nilai murni secara langsung atau
secara tidak langsung. Kepentingan program ini juga setara dengan
kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan
malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang
menyertainya.

Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi


seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan
melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan,
membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk
generasi yang berdisiplin.

Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang


positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan
aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan
berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat
dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Selain itu, kesihatan yang baik dan
otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang


bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan fizikal dan mental. Namum
acuan keagamaan perlu menjedi teras dan landasan yang unggul dalam
perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Kepincangan akibat desakan agenda
songsang individu terbabit akan mewujudkan budaya dan etika yang
merugikan pelaburan dan harapan semua pihak.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi


pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh,
jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi
ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli
biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal
yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita
dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh,
apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati
masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah
dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu,
kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai


kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan
bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan
yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu
dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas.
Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita
tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi


perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya
terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka
boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan
mengeratkan hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat


diwujudkan. Jelaslah bahawa, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan
kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik
untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah
menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu


yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah
memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan
peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah
Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan,
kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

http://tujuhpen.blogspot.my/2014/06/kepentingan-kokurikulum-
berlandaskan.html

You might also like