You are on page 1of 35

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Ucapan Alu-Aluan 2

Garis Panduan Pencalonan Pegawai Surau


3 - 12
oleh Majlis Agama Islam Selangor

Borang Pencalonan Pegawai Surau 13 - 14

Garis Panduan Pemilihan Anggota


15 - 24
Jawatankuasa Surau Negeri Selangor

Borang Pemilihan Anggota Jawatankuasa


25 - 26
Surau

Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah


27 - 31
Masjid dan Surau Negeri Selangor

Borang Pendaftaran Ahli Kariah Surau 32


1
Ucapan Aluan

Assalamualaikum wr.wbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana


limpah inayah-Nya dan izin-Nya, Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
telah berjaya menyusun dan mengemaskini
Garis Panduan Pencalonan Pegawai Surau oleh Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS), Garis Panduan Pemilihan
Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor dan Garis
Panduan Penetapan Status Ahli Kariah Masjid dan Surau Negeri
Selangor.

Garis panduan yang lebih lengkap, mudah dirujuk dan


difahami ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada MAIS,
JAIS, Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau serta ahli
khariah dalam melaksanakan Mesyuarat Agung
Khas Pencalonan serta Pemilihan Pegawai dan Jawatankuasa
yang baru bagi masjid-masjid dan surau-surau di negeri
Selangor bagi setiap tiga tahun.

Semoga garis panduan ini akan dapat membantu semua


pihak untuk memilih dan mencalonkan individu yang berkelayakan
dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mentadbir masjid dan
surau di negeri Selangor demi merealisasikan masjid sebagai
"Pusat Transformasi dan Penyatuan Ummah" dan "Masjid Jantung
Pembangunan Ummah" seperti yang diharapkan.

Wassalam,

DATO' BAKHTIAR BIN HUSSIN


Setiausaha,
Majlis Agama Islam Selangor

2
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

GARIS PANDUAN
PEMILIHAN CALON
PEGAWAI SURAU OLEH
MAJLIS AGAMA ISLAM
SELANGOR

3
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON


PEGAWAI SURAU OLEH MAJLIS AGAMA
ISLAM SELANGOR
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah
diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk.
(At-Taubah:18)
1. NAMA

Garis Panduan ini boleh dinamakan Garis Panduan Pemilihan


Calon Pegawai Surau oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).

2. PEMAKAIAN

2.1 Garis Panduan ini hendaklah terpakai kepada


pencalonan Pengerusi, Imam, Bilal dan Siak (selepas
ini dirujuk sebagai Pegawai Surau) sahaja.
2.2 Pemilihan anggota Jawatankuasa Surau akan
dilaksanakan selepas pencalonan Pegawai Surau.
2.3 Pemilihan Jawatankuasa Surau hendaklah berpandukan
kepadaGarisPanduanPemilihanAnggotaJawatankuasa
Surau Negeri Selangor yang dikeluarkan.

3. LATARBELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil. 3/ 2016


yang telah bersidang pada 7 Mei 2016 telah memutuskan
supaya Garis Panduan ini menggantikan Tatacara Pencalonan
Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun
2013 hingga Mei 2016 yang dikeluarkan pada 16 Januari 2013.

4
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

4. TUJUAN

4.1 Garis Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk:

(a) melaksanakankehendakdanmaksud
Kaedah-KaedahPegawaiMasjiddan
Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995
di bawah kaedah 37; dan
(b) merupakan rujukan mengenai tatacara
pemilihan calon Pegawai Surau oleh MAIS.

5. PELAKSANAAN

5.1 Kriteria umum pemilihan calon:

(a) Syarat kelayakan.

Setiap calon Pegawai Surau hendaklah memenuhi


syarat-syarat berikut:
i. berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan
tidak melebihi 65 tahun;
ii. beragama Islam, warganegara Malaysia dan tinggal
bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai
ahli kariah dalam kariah surau tersebut;

iii. berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunnah


Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak;

iv. mempunyai pengetahuan agama Islam,


berakhlak mulia dan melibatkan diri di dalam aktiviti
surau;
v. boleh membaca, menulis dan mengira;

vi. sihat tubuh badan dan mental;

5
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

vii. mempunyai daya kepimpinan;


viii. bersedia mematuhi Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan
Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan
Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995
serta lain-lain garis panduan berkaitan
dengan pengurusan masjid dan surau; dan

ix. sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah.

(b) Gugur kelayakan.

Calon yang mempunyai kriteria seperti yang berikut


adalah gugur kelayakan untuk dicalonkan menjadi
Pegawai Surau:
i. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Masjid;

ii. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai


Surau atau Jawatankuasa Surau bagi surau
yang lain;
iii. disabitkan dengan kesalahan jenayah
dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau
Mahkamah Syariah;
iv. ditamatkan perkhidmatan atau dipecat oleh MAIS;

v. diisytiharkan bankrap yang belum dilepaskan; atau

vi. seseorang yang dilantik sebagai penasihat bagi


tiap-tiap masjid/ surau dalam mukim dan kampung
yang berkenaan.

6
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

5.2 Kriteria tambahan calon Pengerusi:

(a) mempunyai kelayakan akademik minima iaitu


kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
Sijil Pelajaran Agama (SPA) atau yang
setaraf dengannya; atau

(b) mampu mengetuai halaqah yang melibatkan


jawatankuasa dan jemaah di samping mampu
mengimamkan sembahyang, menyampaikan
khutbah serta mengetuai majlis tahlil; dan
(c) bersedia memberi kerjasama dan mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.

5.3 Kriteria tambahan calon Imam:

(a) berkebolehan dalam bacaan Al-Quran dan


menyampaikan khutbah;
(b) memiliki Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) / 4 Thanawi / Sijil
Tahfiz atau lain-lain sijil yang diiktiraf berkaitan
dengan Islam; dan/atau
(c) mampu mengetuai urusan fardhu ain dan
fardhu kifayah.

5.4 Kriteria tambahan calon Bilal:

(a) mempunyai suara yang jelas dan baik.

(b) memiliki kemahiran sebagai muazzin; atau

(c) mengetahui urusan fardhu ain dan


fardhu kifayah.

7
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

5.5 Kriteria tambahan calon Siak:

Memiliki keupayaan untuk menjaga kebersihan dan


penyelenggaraan surau.
5.6 Tempoh Jawatan Pegawai Surau

Pegawai Surau hendaklah memegang jawatan selama


tempoh tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan boleh
dilantik semula. Walaubagaimanapun, bagi jawatan
Pengerusi, pelantikan itu tidak boleh melebihi dua penggal
berturut-berturut kecuali dengan kebenaran Majlis.
5.7 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau

(a) Majlis hendaklah melantik orang yang layak


dan sesuai menjadi Pegawai Surau
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah
dinyatakan dalam Garis Panduan ini. Calon-
calon Pegawai Surau boleh diperolehi melalui
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai
Surau.
(b) Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai
Surau hendaklah dipengerusikan oleh
Pengerusi Surau berkenaan berdasarkan
subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah Pegawai
Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri
Selangor) 1995.
(c) Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Kariah
sesuatu kariah hendaklah mengawasi dan
boleh mengendalikan urusan tatacara
pemilihan calon Pegawai Surau sebagaimana
diperuntukkan di dalam subseksyen 104(2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
dan subkaedah 13(2)(g) Kaedah-Kaedah Pegawai
Masjid dan Jawatankuasa Kariah
(Negeri Selangor) 1995.

8
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

(d) Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya


hendaklah menyelia urusan tatacara
pemilihan pencalonan Pegawai Surau
sebagaimana diperuntukkan di dalam
subkaedah 7(1) Kaedah-Kaedah Pegawai
Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri
Selangor) 1995.
(e) Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan
notis bertulis kepada ahli kariah surau dan
salinan kepada Pegawai Tadbir Agama
Daerah dan Nazir Masjid sekurang-kurangnya
14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Khas Pencalonan Pegawai Surau diadakan.
(f) Pihak surau hendaklah membuat hebahan
seperti memasang kain rentang, membuat
pengumuman pada 2 kali solat Jumaat
(Surau Kebenaran Solat Jumaat) dan apa
jua bentuk mekanisma hebahan yang sesuai
bagi memastikan kehadiran ahli kariah ke
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai
Surau.
(g) Ahli kariah yang hadir di dalam Mesyuarat
Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau
hendaklah seseorang yang bermastautin
atau bermukim serta berdaftar sebagai
ahli kariah dalam kariah surau tersebut
sepertimana yang telah ditetapkan dalam
Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah
Masjid Dan Surau Negeri Selangor.
(h) Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

i. bacaan surah Al-Fatihah dan doa ;

ii. ucapan Pengerusi;

iii. taklimat khas tatacara pencalonan;

9
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

iv. sesi pencalonan; dan

v. penangguhan mesyuarat dengan bacaan


surah al-Asr.
(i) Bilangan pencalonan bagi Pegawai Surau
hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) orang
seperti yang berikut:
i. seorang calon Pengerusi;

ii. seorang calon Imam;

iii. seorang calon Bilal; dan

iv. seorang calon Siak.

(j) Setiausaha Surau hendaklah:

i. mengisi Borang Pencalonan Pegawai


Surau Yang Diputuskan Dalam
Mesyuarat Agung Khas Pencalonan
Pegawai Surau; dan
ii. menyerahkan borang tersebut beserta
salinan minit Mesyuarat Agung Khas
Pencalonan Pegawai Surau kepada Pejabat
Agama Islam Daerah dalam tempoh 7 hari
bekerja selepas mesyuarat.

5.8 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan


Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS berperanan:

10
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

i. boleh melantik Panel Pencalonan dan


Pemilihan Peringkat Daerah bagi
menyemak, menilai dan mengenal
pasti kelayakan calon-calon Pegawai
Surau yang dicadangkan.
ii. menasihati dan membuat syor pemilihan
calon yang layak untuk dilantik menjadi
Pegawai Surau kepada Mesyuarat Majlis
Agama Islam Selangor.
5.9 Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi


MAIS.
b) Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor
berperanan:
i. bagi mengesahkan dan meluluskan
pelantikan senarai nama-nama Pegawai
Surau untuk tujuan pentauliahan.
ii. Mengeluarkan tauliah

6. PENGECUALIAN

Walau apa pun yang ditentukan oleh garis panduan ini,


Majlis boleh dalam keadaan tertentu yang difikirkan perlu,
mengecualikan mana-mana orang atau peruntukan yang
ditentukan oleh garis panduan ini.
7. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini mula berkuat kuasa mulai 15 Julai 2016.

11
GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU
OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

8. PEMBATALAN

Dengan berkuat kuasanya garis panduan ini maka Tatacara


Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor
Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 adalah dibatalkan.

(DATO BAKHTIAR BIN HUSSIN)


Setiausaha
Majlis Agama Islam Selangor
Tarikh : 12 Julai 2016

12
BORANG PENCALONAN PEGAWAI SURAU YANG DIPUTUSKAN DALAM
MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI SURAU
TAHUN _______________
NAMA SURAU : KARIAH MASJID :

DAERAH : TARIKH MESYUARAT :


CALON PEGAWAI SURAU

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU OLEH


ALAMAT DAN
BIL JAWATAN NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN UMUR KELAYAKAN CATATAN
NO.TEL.
PENGERU-
01
SI

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR


02 IMAM

03 BILAL

04 SIAK

05

06

07

08
13
NOTA

PEMILIHANPANDUANGARIS PEGAWAICALON SURAU


ISLAMAGAMAMAJLISOLEH
14

*Sekiranya terdapat penambahan jumlah calon, sila isi di ruang kosong yang disediakan atau jika tidak
mencukupi, lampiran berasingan boleh disertakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------------------ -------------------------------------------
(Setiausaha Surau) (Pengerusi Surau / Pengerusi Mesyuarat)

SELANGOR
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

-----------------------------------------------
(Pegawai Masjid atau

Wakilnya) Tarikh :
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN
PEMILIHAN ANGGOTA
JAWATANKUASA SURAU
NEGERI SELANGOR

15
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA


JAWATANKUASA SURAU
NEGERI SELANGOR
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah
diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk.
(At-Taubah:18)
1. NAMA

Garis Panduan ini boleh dinamakan Garis Panduan


Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor.
2. PEMAKAIAN

2.1 Garis Panduan ini hendaklah terpakai kepada Pemilihan


Bendahari, Setiausaha, AJK, Wakil Pemuda, Wakil
Wanita, Bilal Jenazah Wanita dan Pemeriksa Kira-Kira
(selepas ini dirujuk sebagai Jawatankuasa Surau)
sahaja.
2.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau akan
dilaksanakan selepas Pencalonan Pegawai Surau.
3. LATARBELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil. 3/ 2016


yang telah bersidang pada 7 Mei 2016 telah memutuskan
supaya Garis Panduan ini menggantikan Tatacara Pencalonan
Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun
2013 hingga Mei 2016 yang dikeluarkan pada 16 Januari 2013.

16
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

4. TUJUAN

4.1 Garis Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk:

(a) melaksanakan kehendak dan maksud Enakmen


Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
di bawah seksyen 104;
(b) melaksanakankehendakdanmaksud
Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan
Jawatan Kariah (Negeri Selangor) 1995 di
bawah kaedah 6 dan kaedah 37; dan
(c) merupakan rujukan mengenai tatacara Pemilihan
Anggota Jawatankuasa Surau dalam Negeri
Selangor.
5. PELAKSANAAN

5.1 Kriteria umum pemilihan calon:

(a) Syarat kelayakan.

Setiap calon yang dipilih menjadi Anggota


Jawatankuasa Surau bagi sesuatu kariah
surau dalam Negeri Selangor hendaklah
memenuhi syarat-syarat berikut:
i. berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan
tidak melebihi 65 tahun;
ii. beragama Islam, warganegara Malaysia dan tinggal
bermastautin atau bermukim serta
berdaftar sebagai ahli kariah dalam
kariah surau tersebut;
iii. berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunnah
Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak;

17
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

iv. mempunyai pengetahuan agama Islam, berakhlak


mulia dan melibatkan diri di dalam aktiviti surau;
v. boleh membaca, menulis dan mengira;

vi. sihat tubuh badan dan mental;

vii. mempunyai daya kepimpinan;

viii. bersedia mematuhi Enakmen Pentadbiran


Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
dan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan
Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor)
1995 serta lain-lain garis panduan berkaitan
dengan pengurusan masjid dan surau; dan
ix. sentiasa menjalin hubungan baik dengan
ahli kariah.

(b) Gugur kelayakan.


Calon yang mempunyai kriteria seperti yang
berikut adalah gugur kelayakan untuk dipilih menjadi
Anggota Jawatankuasa Surau dalam Negeri Selangor:

i. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Masjid

ii. Menganggotai mana- mana jawatan Pegawai


Surau dan Jawatankuasa Surau bagi surau yang
lain;
iii. disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana-
mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;

iv. ditamatkan perkhidmatan atau dipecat oleh Majlis;

v. diisytiharkan bankrap yang belum dilepaskan; atau

18
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

vi. seseorang yang dilantik sebagai penasihat bagi


tiap-tiap masjid/ surau dalam mukim dan kampung
yang berkenaan.
5.2 Kriteria tambahan calon Setiausaha:

(a) hendaklah memiliki pengalaman dalam


bidang pengurusan dan pentadbiran; atau

(b) mampu berkomunikasi dengan baik.

5.3 Kriteria tambahan calon Bendahari:

(a) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil


yang berkaitan dengan urusan perakaunan; atau

(b) memiliki pengalaman atau berkemahiran dalam


bidang Pengurusan Kewangan.
5.4 Kriteria tambahan calon Pemeriksa Kira-kira:

(a) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil


yang berkaitan dengan urusan perakaunan; atau

(b) memiliki pengalaman atau berkemahiran


dalam bidang Pengurusan Kewangan.

5.5 Tempoh jawatan Anggota Jawatankuasa Surau

Mana-mana Anggota Jawatankuasa Surau


hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun
dari tarikh pelantikannya dan boleh dilantik semula.

19
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

5.6 Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Surau

(a) Anggota Jawatankuasa Surau boleh dipilih


melalui Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota
Jawatankuasa Surau berdasarkan kriteria-kriteria
yang telah dinyatakan dalam Garis
Panduan ini dan dipengerusikan oleh
Pengerusi Surau berkenaan berdasarkan
subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid
dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.
(b) Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Kariah sesuatu
kariah hendaklah mengawasi dan boleh
mengendalikan urusan tatacara pemilihan anggota
Jawatankuasa Surau sebagaimana diperuntukkan
di dalam subseksyen 104(2)(d) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
dan subkaedah 13(2)(g) Kaedah-Kaedah Pegawai
Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor)
1995.
(c) Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya
hendaklah menyelia urusan tatacara
pemilihan sebagaimana diperuntukkan di
dalam subkaedah 7(1) Kaedah-Kaedah
Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah
(Negeri Selangor) 1995.
(d) Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan
notis bertulis kepada ahli kariah surau dan
salinan kepada Pegawai Tadbir Agama
Daerah dan Nazir Masjid sekurang-kurangnya
14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa
Surau diadakan.

(e) Pihak Surau hendaklah membuat hebahan


seperti memasang kain rentang, membuat
pengumuman pada 2 kali solat Jumaat (Surau
Kebenaran Solat Jumaat) dan apa jua bentuk

20
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

mekanisma hebahan yang sesuai bagi memastikan


kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung Khas
Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau.

(f) Ahli kariah yang hadir hendaklah seseorang


yang bermastautin atau bermukim serta
berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah
surau tersebut sepertimana yang telah
ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Status
Ahli Kariah Masjid Dan Surau Negeri Selangor.

(g) Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

i. bacaan surah Al-Fatihah dan doa;

ii. ucapan Pengerusi;

iii. taklimat khas tatacara pemilihan ;

iv. sesi pemilihan; dan

v. penangguhan mesyuarat
dengan bacaan surah al-Asr.
(h) Bilangan Anggota Jawatankuasa Surau
dalam Negeri Selangor yang dipilih adalah
seperti yang berikut:
i. seorang Setiausaha;

ii. seorang Bendahari;

iii. empat (4) orang AJK;

iv. seorang Wakil Pemuda;

v. seorang Wakil Wanita;

21
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

vi. seorang Bilal Jenazah Wanita; dan

vii. dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira.

(i) Kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa


Surau hendaklah dibuat secara sebulat
suara atau lebih suara ahli kariah yang
hadir seperti mana yang diperuntukkan
dalam subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah
Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri
Selangor) 1995.
(j) Setiausaha Surau hendaklah:

i. mengisi Borang Pemilihan Anggota


Jawatankuasa Surau Yang Diputuskan
Dalam Mesyuarat Agung Khas
Pemilihan Surau; dan

ii. menyerahkan borang tersebut beserta


salinan minit Mesyuarat Agung Khas
Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau
kepada Pejabat Agama Islam Daerah dalam
tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat.

5.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan


Pengerusi MAIS.
b) Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS berperanan:

22
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

i. boleh melantik Panel Pencalonan dan


Pemilihan Peringkat Daerah bagi
menyemak, menilai dan mengenal
pasti kelayakan calon-calon Jawatankuasa
Surau yang dicadangkan.
ii. menasihati dan membuat syor pemilihan
calon yang layak untuk dilantik menjadi
Anggota Jawatankuasa Surau kepada
Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor.
5.8. Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor


berperanan:
i. mengesahkan dan meluluskan senarai
nama-nama Anggota Jawatankuasa Surau
untuk tujuan pelantikan
ii. mengeluarkan surat pelantikan

6. PENGECUALIAN

Walau apa pun yang ditentukan oleh garis panduan ini,


Majlis boleh dalam keadaan tertentu yang difikirkan perlu,
mengecualikan mana-mana orang atau peruntukan yang
ditentukan oleh garis panduan ini.
7. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini mula berkuat kuasa mulai 15 Julai 2016.

23
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
SURAU NEGERI SELANGOR

8. PEMBATALAN

Dengan berkuat kuasanya garis panduan ini maka Tatacara


Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri
Selangor Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 adalah dibatalkan.

(DATO BAKHTIAR BIN HUSSIN)


Setiausaha
Majlis Agama Islam Selangor
Tarikh : 12 Julai 2016

24
BORANG PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU
YANG DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT AGUNG KHAS PEMILIHAN SURAU
TAHUN _______________
NAMA SURAU : KARIAH MASJID :

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU NEGERI SELANGOR


DAERAH : TARIKH MESYUARAT :
ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU

BIL JAWATAN NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN NO.TEL. KELAYAKAN CATATAN

01 SETIAUSAHA

02 BENDAHARI

03 AJK

04 AJK

05 AJK

06 AJK

WAKIL
07
PEMUDA
25
SURAU NEGERI SELANGOR
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA
26

BIL JAWATAN NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN UMUR ALAMAT DAN NO.TEL. KELAYAKAN CATATAN

WAKIL
08
WANITA
BILAL
09 JENAZAH
WANITA
PEMERIKSA
10
KIRA-KIRA I
PEMERIKSA
11
KIRA-KIRA II

Disediakan oleh : Disemak oleh :

----- ------ ------ ------ ------ ------ ------ ------ -


-------------------------------------------
(Setiausaha Surau) (Pengerusi Surau / Pengerusi Mesyuarat)

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

-----------------------------------------------
(Pegawai Masjid atau

wakilnya) Tarikh :
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN
PENETAPAN STATUS AHLI
KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI
SELANGOR

27
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS


AHLI KARIAH MASJID DAN SURAU NEGERI
SELANGOR
1. SYARAT AHLI KARIAH YANG LAYAK MEMBUAT
PENCALONAN

Pendaftaran ahli kariah Masjid / Surau dilaksanakan


mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989,
Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah
(Negeri Selangor) 1995 Pindaan Tahun 1999 dan 2001.
Bagi tujuan pendaftaran dan pencalonan, syarat ahli kariah
adalah seperti berikut:
1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Berumur 18 tahun dan ke atas bagi lelaki dan
perempuan.
1.3 Tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam
kariah Masjid / Surau.
1.4 Hendaklah berdaftar dengan Masjid / Surau
sebagai ahli kariah.
1.5 Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
1.6 Solat berjemaah di Masjid/Surau dalam kariah; atau
1.7 Membayar zakat fitrah dalam kariah; atau
1.8 Menunaikan solat hari raya; atau
1.9 Solat Jumaat dalam kariah Masjid
1.10 Ahli kariah Surau juga secara tidak langsung
adalah ahli kariah Masjid yang di bawah
pentadbiran Masjid berkenaan.
2. PENETAPAN KEDUDUKAN SEMPADAN ANTARA
MASJID DAN ANTARA SURAU

Bagi menentukan sempadan ahli kariah antara Masjid /


Surau hendaklah berpandukan perkara berikut:

2.1 Menggunakan sempadan sedia ada yang


digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau
Pejabat Daerah atau Pejabat Agama Islam Daerah.

28
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

2.2 Menggunakan sempadan berpandukan kedudukan


taman perumahan / jalan / lebuhraya / sungai dan
Surau .
2.3 Menggunakan sempadan dengan mengenal pasti
kedudukan Masjid / Surau.
2.4 Menggunakan pembahagian sama jarak sempadan
bagi Masjid / Surau yang terlalu hampir atau kurang
daripada 3 km.
3. KAEDAH PENDAFTARAN AHLI KARIAH

Pendaftaran ahli kariah hendaklah menggunakan kaedah


pendaftaran dan bancian berikut:
3.1 Setiap ahli kariah hendaklah mendaftarkan keahlian
dengan mengisi borang pendaftaran ahli kariah
melalui Setiausaha, Jawatankuasa Masjid dan
Pegawai Masjid serta Surau yang diberi kuasa oleh
MAIS serta mengembalikannya dalam tempoh dua
minggu.
3.2 Setiausaha Masjid atau Surau hendaklah
mengemaskini daftar ahli kariah selewat-lewatnya
sebelum berakhir bulan Jun setiap tahun
3.3 membuat hebahan kepada ahli kariah tentang
pendaftaran melalui cara berikut:
i. Pengumuman sebelum solat Jumaat.
ii. Pengumuman melalui laman
sesawang (website) dan media sosial.
iii. Mengadakan minggu pelancaran.
iv. Edaran maklumat dan borang dari rumah ke
rumah oleh ahli jawatankuasa.
v. Melalui wakil Surau, wakil penduduk
dan wakil taman perumahan.

29
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

3.4 Setiausaha Masjid atau Surau hendaklah sentiasa


menyemak dan mengemas kini daftar ahli kariah
dalam Buku Daftar Ahli kariah.
3.5 Pihak Pengerusi atau Setiausaha Surau hendaklah
memastikan dan mengesahkan senarai ahli kariah
bersama nazir masjid atau ketua kampung.
3.6 Bancian ulangan hendaklah diadakan sekiranya
didapati daftar ahli kariah tidak mencukupi.

4. BANCIAN DAN PENDAFTARAN AHLI KARIAH

Setiausaha Surau hendaklah bertanggungjawab untuk


melaksanakan bancian dan pendaftaran seperti berikut:

4.1 Mengedar dan menerima borang pendaftaran.

4.2 Mewujudkan rekod daftar ahli kariah.

4.3 Mengemaskini rekod daftar mengikut borang


bancian yang telah lengkap diisi.
4.4 Mempamerkan senarai nama ahli kariah Surau
mengikut abjad dalam tempoh 30 hari atau selewat-
lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung
Khas Pencalonan.

5. BANTAHAN / ADUAN / KECICIRAN

Sebarang bantahan, aduan atau keciciran senarai dalam


rekod daftar kariah, ahli kariah hendaklah:
i. Mengemukakan bantahan kepada Pengerusi
Surau secara bertulis.

30
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

ii. Pengerusi Surau boleh menerima atau menolak


bantahan / aduan dalam tempoh 7 hari dari tarikh
bantahan.
iii. Jika aduan / bantahan diterima, Borang Pendaftaran
Ahli kariah hendaklah diberi dan diisi oleh Ahli
kariah dan diserahkan kepada Setiausaha Surau
untuk didaftarkan.

6. LUCUT KEAHLIAN AHLI KARIAH

Status keahlian ahli kariah boleh lucut atau hilang dengan:

i. Tidak bermastautin atau bermukim di dalam


kariah berkenaan.
ii. Berpindah keluar dari kariah.
iii. Meninggal dunia.

7. PENUTUP

Garis panduan ini dikemaskini berdasarkan kepada


Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa
Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Selangor

31
GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID
DAN SURAU NEGERI SELANGOR

32

You might also like