You are on page 1of 2

KOMSAS

Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Maksud

Rangkap 1
Melalui penampilan fizikal (luaran) individu, kita turut dapat melihat sikap dan perwatakannya kerana
dua aspek ini tidak jauh berbeza. Jarak di antara lutut dengan pelipat sangat dekat (lutut di hadapan
kaki manakala pelikat di bahagian belakang kaki). Jadi, perbuatan dan tingkah laku seseorang dapat
menggambarkan diri, sikap, cara berfikir dan membuat keputusan. Dengan itu rangkap ini merupakan
nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sifat atau sikap buruk.

Rangkap 2
orang yang tidak produktif, akan rugi kerana mensia-siakan masa.

Rangkap3
Sebarang kekurangan dalam diri tidak akan menjadi masalah sekiranya kita bijak menutupnya dengan
kebolehan dan keistimewaan lain. Meskipun mempunyai kelemahan, kita tetap akan dipandang mulia
sekiranya mempunyai ciri-ciri baik dan terpuji.

Rangkap 4
Individu yang malas berusaha tidak akan berpeluang menikmati kejayaan. Mereka sekadar kekal di
takuk lama tanpa sebarang perubahan dan tidak akan mendapat rezeki yang banyak.

Rangkap 5
Individu yang cekap mampu melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa. Individu seperti ini bijak
memanfaatkan masa dan peluang agar urusan-urusan yang dilakukan dapat selesai dengan cepat.

Tema
Nasihat mengenai keperluan memupuk sikap yang baik dan berkualiti dalam diri. Sikap dan amalan
baik ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Persoalan
1. Sikap yang terpuji seperti baik hati wajar menjadi amalan dalam masyarakat.
2. Kerajinan dalam berusaha - sikap malas bertindak akan merugikan diri dan masyarakat.
3. Masyarakat harus bersikap positif dan menghindari sikap terlalu merendah diri.
4. Sikap malas bekerja harus dihindari.
5. Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan dan sikap tolong menolong yang merupakan
amalan mulia.

Nilai
1. Baik hati
2. Gigih berusaha
3. Tolong-menolong
4. Berfikiran positif
5. Rajin
6. Bekerjasama

Pengajaran
1. Kita hendaklah menanam sifat baik hati dalam diri dan dijadikan amalan dalam kehidupan.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau
keciciran.
3. Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan terlalu merendah diri.
4. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.

5. . Kita hendaklah bijak dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar apa yang dilakukan dapat siap dengan cepat. 6. Kita hendaklah saling membantu dan bekerjasama agar kerja yang berat menjadi ringan.