You are on page 1of 10

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

BAHAGIAN A : SKRIP CONTOH 1

Pada eraglobalisasi ini, sambutan Hari Guru sangat penting diadakan disetiap sekolah.
Namun kini, sambutan Hari Guru semakin dilupakan dalam kalangan pelajar sekolah.
Persoalannya ialah apakah tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah?
Oleh itu, tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan semua pihak.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sambutan Hari Guru sangat penting diadakan di
setiap sekolah. Hal ini kerana, sambutan Hari Guru diadakan untuk menghargai jasa guru
yang telah mengajar kita tanpa mengeluh sedikitpun. Sebagai contohnya, guru sanggup
pulang lewat hanya untuk mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajarnya agar mereka
semua berjaya dengan cemerlangnya. Jelaslah bahawa, sambutan Hari Guru sangat penting
diadakan untuk menghargai jasa guru.

Selain itu, sambutan Hari Guru juga penting diadakan di peringkat sekolah bagi
menggalakkan budaya penyayang. Hal ini demikian kerana, sambutan Hari Guru merupakan
satu cara pelajar untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada guru-guru mereka. Contoh
yang boleh diketenggahkan ialah pelajar memberikan hadiah kepada guru-guru yang
disayangi dan yang telah mengajar mereka. Sesungguhnya, walaupun hadiah yang diberikan
oleh pelajar tidak seberapa, namun perasaan guru akan sangat gembira kerana jasa mereka
dihargai.

Lontaran idea yang seterusnya ialah sambutan Hari Guru diadakan untuk mengeratkan
hubungan dengan guru. Hal ini kerana sambutan diadakan dengan gilang-gemilang di setiap
sekolah. Contoh yang dekat dengan kita ialah setiap sambutan pasti ada persembahan.
Tegasnya, persembahan yang diadakan dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan
guru dengan menari bersama-sama menyanyi dan berdrama bersama-sama.

Lontaran idea yang terakhir ialah sambutan Hari Guru diadakan sebagai tanda terima
kasih pelajar. Hal ini disebabkan guru yang telah mengajar kita mengenal setiap huruf dan
nombor. Contoh yang ketara ialah ramai pelajar yang cemerlang kerana kesungguhan guru-
guru dalam mendidik dan mengajar para pelajarnya. Izharlah bahawa, pelajar sangat perlu
berterima kasih dengan guru-guru mereka.

Kesimpulannya, perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai
akhirulkalam, sambutan Hari Guru perlulah diadakan disetiap sekolah kerana banyak faedah
yang akan diperoleh. Jika sambutan Hari Guru sentiasa diadakan setiap tahun, maka tidak
mustahil hubungan baik antara pelajar dengan guru akan terjalin. Oleh itu, sambutan Hari
Guru sangat penting diadakan di setiap sekolah agar hubungan yang baik dapat dipupuk
dalam kalangan pelajar dan guru.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
1

Seterusnya. para pelajar dewasa ini kurang menghormati dan menghargai guru mereka. Antaranya. “Sayangilah gurumu seperti kamu menyayangi kedua orang tuamu. Sebagai menggulung semua perkara di atas. kita tidak dapat mengenal apa itu ABC. Oleh itu. angka dan formula-formula. Guru tanpa mengenal erti penat lelah mengajar anak didiknya untuk menjadikan mereka sebagai golongan marhaen minda kelas pertama. Guru. Jadi. Guru. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. tamadun yang cemerlang dan gemilang tidak dapat kita kecapi. Seorang pelajar juga dapat mengekspresikan perasaan sayang yang tidak terhingga kepada guru-guru mereka. sambutan Hari Guru ini sememangnya antara wadah bagi para pelajar mengenang dan menghargai jasa guru mereka. sambutan Hari Guru ini akan memupukkan semangat sayang-menyayangi antara seorang guru dan pelajar. sambutan Hari Guru ini semestinya memberi impak yang besar terhadap seorang guru kerana mereka berasa dihargai. Jadi. Profesion seorang guru haruslah tidak dipandang enteng kerana mereka adalah golongan yang mulia. Jika tiada seorang guru. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendidik anak muridnya menjadi orang yang berguna. semoga engkau sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah. Guru umpama ibu bapa kedua bagi kehidupan seorang pelajar. guru sememangnya wajar kita hargai dan hormati. Hubungan mereka juga akan terjalin erat dan rapat bagi isi dengan kuku. Terdapat pelbagai tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Aktiviti seperti zapin dan bola beracun secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan para pelajar dengan guru. Ingatlah. Tanpa seorang guru. Oleh itu.BAHAGIAN A : SKRIP CONTOH 2 “Terima kasih. Huraikan pendapat anda tentang tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. akan aku kenang dikau dalam doaku. Namun demikian. Mereka juga akan bersuka ria pada hari tersebut. Guru juga sanggup bersengkang mata menanda buku-buku kerja anak muridnya tanpa mengeluh sedikitpun. Agama Islam juga menganjurkan umatnya untuk saling menyayangi. cikgu” Ungkapan di atas acapkali kedengaran di sekolah-sekolah seantero Malaysia sebagai ucapan terima kasih kepada seorang guru. Pujangga pernah berkata. Izharlah bahawa tarikh keramat 16 Mei yang disambut setiap tahun memainkan signifikannya sendiri terhadap seorang pelajar kepada seorang guru. Hal ini bersifat serampang dua mata kerana perkara ini dapat menggalakkan budaya penyayang. hubungan guru pasti akan terbatas dengan murid hanya di kelas sahaja. Lihat gambar di bawah dengan teliti.” Sudah terang lagi bersuluh. guru itu umpama dian yang menerangi malam dan mendidik anak bangsa untuk menjadi lebih berguna. BAHAGIAN A : SKRIP CONTOH 3 2 . para pelajar amnya akan menghargai seorang guru. budaya penyayang ini secara tidak langsung akan tersemat dalam atma para pelajar. Sambutan Hari Guru juga semestinya sinonim dengan aktiviti-aktiviti yang menghiburkan bagi memeriahkan lagi majlis. Malah. Ucapan ringkas terima kasih seorang pelajar sudah lebih daripada cukup untuk membuat seorang guru terharu. ukhuwah seorang guru dan murid akan menjadi lebih mesra dan mereka pasti akan saling mengambil berat antara satu sama lain. sambutan Hari Guru ini memang sinonim dengan aktiviti pemberian hadiah daripada seorang pelajar kepada gurunya. Oleh itu. Para guru juga pasti akan berasa gembira dengan hal tersebut. mereka bersifat seperti kacang lupakan kulit apabila mereka sudah berjaya.

semua guru yang sangat gembira kerana setiap guru adalah hari jadi. sambutan hari guru. Pelajar haruslah menghargai jasa guru. Pada setiap tahun. BAHAGIAN B : SKRIP CONTOH 1 Soalan 1 : SPM 2015 Anda merupakan salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam. Pelajar-pelajar mesti terima kasih kepada guru yang mengajar dan memberi banyak maklumat kepada pelajar. kita mesti mengikuti. Pelajar mestilah dengan guru untuk bercakap banyak bahasa yang lain. Sambutan Hari Guru. guru yang menangkap kita atau guna rotan. Kita mestilah menghargai guru mengajar dan salin menghormati dengan guru. Sambutan Hari Guru ialah guru yang bekerja dan memberikan banyak menjasa di sekolah.guru beribuan terima kasih kepada semua murid yang bekerjasama dengan guru. Banyak pelajar memberi hadiah kepada Guru. Pelajar mestilah mengeratkan hubungan dengan guru. 3 . Pelajar mesti ribuan terima kasih kepada semua guru untuk mengajar banyak baik pelajar di sekolah. Di sekolah. kerana Beliau mengajar di sekolah yang baik. Guru memberi arahan dan maklumat kepada kita. sekolah mengadakan secara besar sambutan Hari Guru di setiap buah sekolah negara kita. Guru yang sangat Gembira. tetapi guru yang memberitahu kita mesti membawa guru dan guru yang sangat baik. sambutan Hari Guru ialah Mei 16 di Malaysia. Hari guru. pelajar mencari banyak guru untuk bersama menyayangi music semua pelajar dan murid yang gembira. pelajar dan guru haruslah menggalakkan budaya yang penyayang. Pelajar-pelajar mestilah menghormati guru di sekolah. Pelajar tidak membawa buku kerja. setiap hari. guru yang memberi maklumat kepada pelajar kerana guru memberitahu pemeriksaan yang bagaimana menjawab soalan. inilah juga boleh hubungan dengan guru dan juga boleh mendapat hubungan dengan pelajar. Tulis satu laporan tentang kejadian bencana alam tersebut dan bantuan-bantuan yang telah pasukan anda berikan.

Pasukan yang terdiri daripada guru-guru. para wanita yang berada di sana dengan segera mengemas serta mencuci pinggan mangkuk. Menurut statistik penduduk Kampung Pucuk Tiga yang dipindahkan ke pusat pemindahan ini. Kami sedaya upaya menasihati mereka agar sentiasa bersabar dengan setiap musibah yang menimpa mereka. Namun. kami cuba untuk mendekati mereka bagi meringankan beban yang ditanggung. Ternyata peribahasa berat mata memandang berat lagi bahu memikul amat bersesuaian dengan keadaan ketika itu. Mereka begitu menghormati kami sehingga kami berasa selesa berada di sana. Kami turut sama memasak hidangan pada malam tersebut dengan dibantu oleh penduduk- penduduk Kampung Pucuk Tiga. Kami amat berharap agar nasihat yang kami berikan tidak seperti mencurah air ke daun keladi. Tanpa melengahkan masa. Semasa mengagihkan pakaian tersebut. perkara ini tidak bagi mereka yang sudah berumur khususnya kaum bapa dan juga kaum ibu. Usai mengagihkan pakaian kepada mereka. Mereka bekerja bagai aur dengan tebing lantas dapat menyiapkan juadah dalam masa yang singkat. Sesampainya kami di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir yang diwujudkan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pucuk Tiga. Kanak-kanak di sana kelihatan ceria dan seronok apabila dapat bermain bersama dengan rakan-rakan mereka. terdapat 10 keluarga serta 48 orang termasuk kanak-kanak telah berada di sini sejak tiga minggu yang lalu.LAPORAN BERKENAAN KEJADIAN BENCANA BANJIR Pada 20 Disember 2014. kami mengagihkan pula sumbangan berbentuk keperluan makanan seperti beras. Kami mendekati mereka dan bertanyakan khabar sepanjang mereka berada di sana. kami disambut baik oleh mereka yang berada di sana. kami kemudian mula mengagihkan sumbangan berbentuk pakaian kepada mangsa banjir tersebut. Jawapan yang diberikan kebanyakannya berbaur negatif kerana ujian yang ditanggung dikatakan terlampau berat. ibu bapa dan beberapa orang pelajar ini telah membawa bersama-sama bantuan serta sumbangan yang telah dikumpul dua minggu sebelum kami bertolak ke sana. Kami dapat melihat beberapa bayi yang sedang menangis disebabkan oleh ketidakselesaan berada di tempat yang sempit dengan begitu ramai orang warga emas yang sudah berbongkok tiga juga dapat kami saksikan di pusat pemindahan tersebut. Pada sebelah malamnya. Perjalanan sukar yang terpaksa diharungi menaiki bot telah memakan masa selama satu jam setengah Misi kemanusiaan yang berjalan selama seminggu ini berjaya kami tempuhi walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu kami hadapi. Selesai sahaja selepas makan. 4 . Semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh mereka semasa aktiviti persiapan juadah tersebut amat menakjubkan. Ukhuwah yang erat juga dapat kami jalinkan semasa makan malam tersebut. Penghormatan mereka terhadap para tetamu menyerlah semasa kami makan malam bersama-sama mereka. Kami difahamkan bahawa mereka dipindahkan dalam keadaan sehelai sepinggang. Bencana banjir yang dianggap terburuk di negara ini telah berjaya menenggelamkan hampir kesemua rumah di kampung Pucuk Tiga tersebut. terserlah di wajah mereka akan keperitan dan kesengsaraan yang mereka hadapi semasa banjir besar berlaku. Kami juga turut membantu mereka mengemas. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Hitam telah menghantar satu pasukan sukarelawan ke kampung Pucuk Tiga yang dilanda banjir besar baru-baru ini. makanan segera serta makanan di dalam tin.

Ucapan terima kasih tidak putus-putus diberikan oleh mereka kepada kami yang membantu mereka menghadapi bencana banjir tersebut. kami mengagihkan pula sedikit bantuan kewangan kepada keluarga yang terjejas akibat bencana banjir tersebut. kerja-kerja pembersihan dapat diselesaikan sebelum hari malam. Perkara ini menjadikan kami bertambah matang dan rasional dalam menghadapi cabaran apabila dewasa kelak. Kami memulakan perjalanan pulang tepat jam 5.00 petang. Pengetua mengingatkan semua yang mengikuti misi kemanusiaan ini agar sentiasa bersyukur dengan kemewahan yang sedia ada. 5 . Hati kami juga berasa sayu melihatkan keadaan rumah mereka yang boleh diibaratkan seperti tongkang pecah. Terpapar di wajah penduduk kampung tersebut kesedihan yang melanda diri mereka ketika itu. Disebabkan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak. paras air disahkan menurun dan akhirnya banjir yang melanda Kampung Pucuk Tiga surut jua. Sebaik sahaja aktiviti pembersihan selesai. Penduduk kampung yang ditempatkan di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan pembersihan. Mengenangkan kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Pucuk Tiga amat menyedarkan kami agar sentiasa bersyukur. Kemahiran tersebut termasuklah memasak dan membersihkan serta mengemas rumah. Beliau menasihatkan juga agar kami sentiasa sediakan payung sebelum hujan kerana malang tidak berbau. Sebagai pelajar. Walau bagaimanapun. kami juga dapat menimba banyak ilmu berkenaan kemahiran yang tidak dapat kami peroleh di dalam bilik darjah. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Hitam yang turut sama menyertai misi kemanusiaan ini menyerahkan sejumlah wang kepada setiap keluarga yang terlibat. (NURUL AIN ABDUL SHUKOR) Sukarelawan Misi Kemanusiaan Bencana Banjir. Kami berasa amat terharu dengan ucapan terima kasih yang diberikan oleh penduduk Kampung Pucuk Tiga. perkara tersebut tidak menghalang niat murni kami untuk membantu penduduk kampung membersihkan rumah mereka. Kami juga berpeluang untuk membantu mereka dalam menjalankan aktiviti pembersihan tersebut. Lumpur yang dibawa oleh banjir tersebut mencecah ke bumbung rumah. Beberapa hari kemudian. Pengetua yang mewakili kami semua menzahirkan belasungkawa kami kepada penduduk yang terjejas dengan bencana banjir tersebut dalam ucapan beliau. Disediakan oleh.

Oleh itu. Semua rakyat sudah tahu maklum akan kepayahan pemimpin negara untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa di negara kita. Melalui aktiviti ini. Aktiviti rekreasi juga merupakan medium untuk masyarakat berbual dan bertanya khabar. sikap manusia berubah seiring dengan peredaran zaman. Antara amalan yang semakin dilupakan pada masa ini ialah amalan melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Hari demi hari. Ulas pernyataan tersebut. Secara izharnya. kita perlu mengekalkan perpaduan yang ada pada zaman sekarang. Secara analoginya. Manusia pada zaman yang mencabar ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan sibuk mengejar arus kemodenan. perpaduan bangsa amat dititikberatkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. sikap mereka membawa padah kepada diri sendiri. Aktiviti seperti melancong dan berkelah boleh dilakukan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan keturunan. Adakalanya. Melalui aktiviti rekreasi. Sekiranya manfaatnya kita tahu sehingga ke akar umbi. Sebagai 6 . berkelah dan bersenam. Hal ini dapat menjadikan perasaan sangsi dan persepsi buruk terhadap orang lain dilenyapkan dalam diri individu. ramai orang sama ada tua mahupun muda tidak melakukan aktiviti sebegini. Adakah mereka merasakan bahawa aktiviti rekreasi ini tidak membawa faedah dan hanya membuang masa? Sesungguhnya. hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat berinteraksi dan saling mengenali. masyarakat akan dapat mengenal hati budi masing-masing. Sejak dahulu lagi. Antara manfaat melakukan aktiviti rekreasi ialah aktiviti ini dapat merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Antara aktiviti rekreasi yang popular ialah melancong. masih ramai yang tidak tahu akan manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat. berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat. Globalisasi yang melanda negara telah menyaksikan pelbagai amalan yang sering dilakukan pada zaman dahulu semakin dilupakan. aktiviti rekreasi boleh ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilakukan di luar rumah untuk mengisi masa lapang.BAHAGIAN B : SKRIP CONTOH 1 Soalan 2 : SPM 2015 Aktiviti rekreasi seperti melancong. maka sudah pasti aktiviti rekreasi ini tidak akan dilupakan.

Sekiranya masa mereka banyak dihabiskan dengan gajet-gajet sahaja. Manfaat lain aktiviti rekreasi ialah aktiviti rekreasi dapat melahirkan masyarakat yang cerdas dan cergas. Negara juga akan dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan keamanan yang selama ini dikecapi oleh negara akan dapat dikekalkan. Aktiviti rekreasi juga dapat membantu masyarakat untuk melepaskan tekanan. Sekiranya aktiviti rekreasi ini kembali menjadi amalan. masyarakat akan dapat mengeratkan hubungan dan meluangkan masa bersama-sama. Zaman pascamerdeka ini. Aktiviti rekreasi dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan kerana aktiviti ini boleh membuat masyarakat melupakan masalah buat sementara waktu dan bergembira. Konklusinya. Oleh itu. Sekiranya aktiviti rekreasi seperti ini kembali menjadi amalan. masyarakat dapat merasai keseronokan meluangkan masa bersama dengan orang tersayang. Setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi walaupun sibuk dengan urusan harian. Kebanyakan orang hanya memikirkan tentang masalah yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. rakyat juga tidak harus lupa akan diri sendiri. maka slogan badan cergas minda cerdas dapat dihidupkan kembali. Negara bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat mentalnya bahkan fizikalnya juga. Masyarakat boleh melakukan senaman seperti joging untuk mengeluarkan peluh.akibatnya. masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat dilahirkan dan masyarakat seperti ini juga dapat membantu negara mencapai status negara maju. Aktiviti rekreasi seperti melancong dan bersenam boleh dilakukan pada hari cuti bersama- sama keluarga atau rakan. Hubungan yang akrab bagai dakwat dan kertas juga dapat diwujudkan. Kesannya. Kerja yang perlu disiapkan juga banyak dan menyebabkan tekanan kepada setiap individu. Demi mewujudkan masyarakat yang cergas dan cerdas. Pada zaman perkembangan teknologi IT ini. setiap individu perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti rekreasi tanpa alasan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dalam usaha memajukan negara. BAHAGIAN B : SKRIP CONTOH 1 7 . aktiviti rekreasi ini perlu dijadikan amalan kembali dalam kalangan masyarakat Malaysia. minda mereka tidak akan berkembang dan membawa kemudaratan kepada tubuh badan mereka. Melalui aktiviti rekreasi seperti bersenam. Melalui aktiviti rekreasi. Aktiviti rekreasi dapat membantu masyarakat melepaskan tekanan kepada setiap individu. masyarakat dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan di samping mengisi masa lapang. maka faedahnya akan dapat dinikmati oleh masyarakat dan juga negara. kebanyakan individu mempunyai pekerjaan yang menuntut mereka untuk bekerja siang dan malam. Sesungguhnya rakyat merupakan tunjang utama kepada pembangunan negara. Mereka jarang melakukan aktiviti-aktiviti luar untuk mengisi masa lapang. kebanyakan daripada masyarakat lebih gemar menghabiskan masa melayari internet dan duduk di dalam rumah. aktiviti rekreasi membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Hal ini dikatakan kerana Malaysia adalah negara yang kaya dengan budaya warisan. Antara kepentingannya termasuklah melambangkan identiti dan jati diri 8 . negara telah dapat meningkatkan hasil pendapatan dari sektor pelancongan. dari segi cara berpakaian. dari segi sektor pelancongan. tak lekang dek panas. Namun kini. Misalnya. ramai saudara mara. budaya warisan dari segi pemakaian dapat diterap dalam diri setiap individu. kepentingan mengekalkan budaya warisan termasuklah melambangkan identiti dan jati diri sesebuah negara iaitu Malaysia. Budaya warisan ini termasuklah dari segi adat perkahwinan. Hal ini dikatakan kerana generasi nenek moyang telah banyak menyumbang kepada negara untuk memajukan negara Malaysia dipersada antarabangsa. Impaknya. Sebagai mukadimah wacana. Jelaskan kepentingan-kepentingan mengekalkan budaya warisan tersebut. Jelaslah di sini bahawa melambangkan identiti dan jati diri Malaysia merupakan kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum masing-masing. Kesannya. adat resam dan sebagainya.” Di samping itu. Tamsilannya. Ini dikatakan bahawa pelancong asing telah datang melawat Malaysia sejak dahulu lagi. sedikit sebanyak mereka telah mengetahui budaya warisan yang diamalkan oleh orang zaman dahulu. kepentingan mengekalkan budaya warisan ini termasuklah dapat memupuk perpaduan kaum. budaya warisan semakin luntur dalam kalangan diri generasi muda terutama sekali remaja. bermandi peluh dalam meraikan majlis perkahwinan. cara berpakaian. Sudah terang lagi bersuluh. pihak kerajaan bijak mengambil inisiatif dalam menetapkan supaya penjawat awam perlu memakai baju batik pada setiap hari Khamis dan baju Melayu pada setiap hari Jumaat. Lain daripada itu. Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pelbagai bentuk atau jenis budaya warisan kaum masing masing. hari perkahwinan yang menerapkan konsep rewang atau mengikut tradisi masing-masing apabila semua orang akan diberikan tugas untuk memastikan upacara itu berjalan dengan lancar. kepentingan generasi muda dapat mengetahui amalan dan sejarah budaya warisan telah diamalkan oleh nenek moyang agar budaya ini tidak luntur ibarat kata pepatah “tak lapuk dek hujan. Maka sebagai akhirul kalam atau penutup bagi wacana ini. kepentingan mengekalkan budaya warisan ialah supaya generasi muda mengetahui sejarah atau amalan yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Kita dapat menyaksikan apabila upacara sebegitu diadakan. Amalan ini sebenarnya sudah diterap sejak zaman nenek moyang dahulu. suku kaum berganding bahu. adat perkahwinan dan banyak lagi. Contohnya. pemakanan. Budaya warisan ini termasuklah perayaan. kepentingan-kepentingan mengekalkan budaya warisan mewarnai fokus perbincangan yang akan dikupas secara terperinci demi kebaikan bersama.Soalan 3 : SPM 2015 Setiap kaum di Malaysia mengamalkan budaya warisan kaum masing-masing seperti cara berpakaian dan adat perkahwinan. adat perkahwinan memberikan impak besar kepada kepentingan mengamalkan budaya warisan tersebut. Persoalannya ialah apakah kepentingan atau manfaat untuk mengekalkan budaya warisan tersebut? Oleh itu. Oleh itu. kepentingan- kepentingan mengekalkan budaya warisan ini telah dibincangkan dan dikupas secara terperinci. Umum mengetahui bahawa perpaduan antara kaum dapat dilihat apabila upacara perkahwinan diadakan.

jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. Sesungguhnya jika semua pihak berganding bahu dalam mengekalkan budaya warisan di Malaysia. membeli di kedai buku dan lain-lain.sesebuah negara iaitu Malaysia supaya generasi muda mengetahui sejarah nenek moyang mereka serta dapat memupuk perpaduan kaum. BAHAGIAN B : SKRIP CONTOH 1 Soalan 5 : SPM 2015 Anda telah membaca karya sastera yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup. Berdasarkan karya tersebut. Oleh itu. Malaysia akan terus berkembang maju sehingga tahun 2020. Berdasarkan pelbagai karya yang sudah saya baca serta di Malaysia terdapat banyak yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. Contohnya ialah menghormati orang yang lebih tua adalah satu nilai murni yang sentiasa terdapat dalam buku yang dibaca. Saya telah membaca satu karya sastera yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup. Di Malaysia terdapat pelbagai buku seperti buku fakta dan bukan fakta yang boleh didapatkan dimana-mana seperti di perpustakaan. Pertama sekali ialah kita dapat memperluas lagi pengetahuan tentang nilai-nilai murni yang harus dipupuk dalam diri setiap manusia agar dapat membimbing saya membezakan yang betul dan salah. Ia juga 9 . budaya warisan ini perlu dikekalkan sehingga hujung dunia.

cerpen dan sebagainya dapat memberi pelbagai pedoman dalam kehidupan kita seperti menghargai jasa seseorang yang ada pada masa dulu. menyanyangi antara satu sama lain juga boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. ia dapat membuatkan kita berjaya dalam kehidupan serta memupuk nilai-nilai murni pada diri kita dan menghayatinya.”haruslah diterapkan dalam kehidupan agar sentiasa disayangi oleh masyarakat. Menolong seseorang tidak perlu dibalas baik walaupun kita tahu bahawa menolong seseorang pada masa hari ini akan membawa mereka menolong kita pada masa hadapan.dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang tinggi dengan membaca dalam memperluas pengetahuan kepada kehidupan kita untuk berjaya pada masa akan datang. Kita juga dapat memajukan negara dengan adanya pelancong datang ke negara kita dan melihat nilai-nilai yang dipupuk dalam diri. Dengan ini kita mestilah memupuk nilai murni dan pedoman dalam kehidupan agar berjaya dan menjadi seorang yang berguna pada bila-bila masa sahaja. Akhir sekali. Bak kata pepatah “Berbuat baik dibalas baik. kita sebagai seorang manusia haruslah belajar menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan untuk sesebuah negara untuk menjadi maju. karya yang terdapat di Malaysia adalah seperti syair. 10 . Selain itu.” Seterusnya. sekarang atau masa akan datang yang sanggup berkorban untuk negara menjadi maju dan sebagainya. Dengan ini. bersenang- senang kemudian. Contohnya dengan menyanyangi antara satu sama lain kita dapat memupuk nilai mengeratkan hubungan kekeluargaan serta hubungan dengan yang lain seperti jiran kita yang dapat. perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita ialah sebagai manusia kita mestilah menolong orang yang dalam kesusahan tidak kira dimana kita berada sama ada di atas mereka atau dibawah mereka. pantun. Di samping itu. kita dapat mempelajari dan menjadikan iktibar dalam kehidupan bahawasanya setiap kehidupan tidak datang dari kesenangan malah haruslah berusaha dahulu untuk mendapatkan kesenangan bak kata pepatah “bersusah-susah dahulu. Contohnya. dengan adanya perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.