You are on page 1of 7

IDEOLOGI DALAM DASAR PERJUANGAN PARTI RAKYAT MALAYSIA

SOSIALISME

Sosialisme ialah sebagai suatu konsep longgar merujuk kepada program politik yang
mementingkan kebajikan umum daripada kepentingan-kepentingan individu dan kumpulan-
kumpulan kecil. Sebagai sebuah ideologi, sosiolisme menganjurkan masyarakat sama rata
dan juga menentang terhadap ketidakadilan, penindasan, dan kemiskinan. Contohnya sistem
ekonomi politik kapitalisme, yang mengutamakan kepentingan individu dan kelompak kecil
serta mewujudkan pertentangan kelas dalam masyarakat. 1 Hal ini dapat dilihat dalam
masyarakat melayu yang rata-ratanya ekonomi telah dimonopolikan oleh kaum cina.

Menurut syed ahmad, terdapat tiga ciri asas didalam sosiolisme.2 Pertama, keutamaan diberi
kepada soal ekonomi iatu aktiviti manusia yang berkait dengan pengeluaran dan
pembahagian barang-barang dan perkhidmatan dalam masyarakat. Kedua, keinginan untuk
menghapuskan sistem ekonomi yang menindas, iatu dimana manusia mendapat faedah dan
keuntungan melalui penidasan ke atas manusia lain. Ketiga rombakan sistem ekonomi untuk
menghapuskan penderitaan dan kesengsaraan dalam kalangan masyarakat melalui satu
rangka yang lebih sama rata dan melalui perkongsian bersama. Ideologi ini dijadikan sebagai
asas politik dan ekonomi yang telah menjadi satu ideologi dominan dalam kalangan
masyarakat antarabangsa. Hal ini supaya hak milik persedirian dapat dihadkan dan
dikurangkan.

Sosialisme dalam erti kata yang luas merujuk kepada dasar-dasar yang memihak kepada
pemilik negaraan iatu cara-cara pengeluaran seperti modal, tanah, dan harta untuk kebajikan
umum. Karl Marx (1881-1883) telah menformulasikan teori sosialisme secara sistematik
sebagai suatu kritikan kepada sistem kapitalis yang dilihatnya sebagai suatu sistem yang
ekspolitatif, dimana berlaku penindasan terhadap golongan pekerja.3 Perjuangan sosiolisme
secara umumnya bermatlamatkan perubahan struktur sosial masyarakat kapitalis kepada

1 Responden temu bual

2 Syed Ahmad Hussein. 1994. Pengantar sains politik, Pulau Pinang: Pusat
Pendidikan jarak jauh University Sains Malaysia. hlm 115.

3 Franz Magnis-Suseno, 1999. Pemikiran karl marx dari Pemikiran Karl Marx: dari
sosialisme utopis ke perselisihan revisionisme, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. hlm
14.
sebuah masyarakat sama rata, saksama, dan bebas daripada penidasan. Pemikiran dan teori
yang dicetuskan oleh Karl Marx seringkali dianggap sebagai asas ideologi sosialime. Namun
demikian istilah sosialis telah pun digunakan sebelum Karl Marx lahir.4 Karl Marx sendiri
telah pun membezakan Sosialisme Saintifik anjuranya itu daripada Sosialisme Utopia
yang telah wujud sebelum Karl Marx.5 Hal ini menujukkan bahawa sosialisme ini sebuah
ideologi yang mempunyai banyak variasinya.

Walaupun didalam politik moden, kebanyakkan variasi ideologi sosialisme adalah berasaskan
kepada analisis pertentangan kelas yang diformulasi oleh Karl Marx, telah terdapat banyak
pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan mengikut keadaan semasa dan juga
budaya tempatan. Dalam konteks Malaysia, telah terdapat dua variasi sosialisme yang pernah
didukung oleh Parti Rakyat Malaysia pada dua tahap yang berbeza iatu Marhaenisme dan
Sosialisme Saintifik.

MARHAENISME

Marhaenisme mula digunakan oleh Sukarno pada lewat 1920-an sebagai ideologi Partai
Nasional Indonesia (PNI). Marhenisme yang didukung oleh Sukarno menjadi suatu altenatif
kepada komunisme iatu sosialisme ala-ala Indonesia.6 Nama mahaenisme ini berasal daripada
nama seorang petani sunda iatu Marhaen. Oleh itu Marhaen membawa maksud rakyat kecil.
7
Bagi membezakan sosialisme fahaman barat daripada fahaman marhaenisme. Contohnya
istilah marhaen dengan istilah proletar. Proletar merujuk kepada mereka yang menjual
tenaga kerja kepada mereka yang lain dan tidak memiliki alat-alat pengeluaran. 8 Namun
istilah marhaen dalam fahaman marhaenisme merujuk kepada mereka yang miskin, sama

4 Mc Lean, I.& McMilan, 2003. Oxford Concise dictionary of politics. (edisi ke 2).
Oxford : Oxford University Press. hlm 388.

5 ibid

6 Muhammad faizal, saptiarsyah. 2003. Marhaenisme: Sosialisme ala Indonesia


Projek Sarjana Sastera,Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
hlm 28

7 Ibid,

8 Vasil, R.K. 1971. Politic in a plural society: A study of non-commual political


parties in West Malaysian. London: Oxford University Press. hlm 170
ada tenaga kerja dan memiliki alat pengeluaran atau pun tidak. Dengan itu marhaen merujuk
kepada semua pekerja, petani nelayan pelajar dan juga peniaga kecil.

Marhaenisme adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip sosio-nasiolisme dan sosio-


demokrasi. Sosionalisme merujuk kepda persamaan nasib, gotong royong dan kerjasama
manakala sosio-demokrasi adalah demokrasi kerakyatan yang memberikan tempat bagi
penyertaan seluruh golongan masyarakat dalam proses membuat keputusan. Secara ringkas
marhaenisme pada asasnya merupakan sosialisme variasi Indonesia yang mencampurkan
pemikiran Marx, nilai-nilai sosiolisme yang terdapat dalam budaya asli masyarakat
Indonesia.9 Variasi sosialisme ini telah diterima PRM apabila parti ini ditubuhkan pada 1955.

SOSIALISME SAINTIFIK

Sosialisme saintifik adalah istilah untuk membezakan sosialisme yang dianjurkan oleh Marx
dan Engels dengan sosialisme utopia yang muncul jauh sebelum zaman mereka. Marx dan
Engels telah mengemukakan sosialisme berasaskan kepada teori yang lebih rumit dan
terperinci. Menurut mereka sosialisme adalah tahap yang harus dilalui oleh masyarakat untuk
mencapai tahap komunisme, iatu sebuah masyarakat tanpa kelas. 10 Sosialisme yang
berasaskan kepada teori pertentangan kelas yang diajukan oleh Marx dan Engels ini disebut
sebagai sosialisme saintifik.

Namun sebenarnya, perubahan daripada marhaenisme kepada sosialisme saintifik sebenarnya


tidaklah perkara yang amat drastik. Hal ini kerana semenjak penubuhan PRM pada 1955 lagi,
sosialisme telah diterima sebagai ideologinya. Ini termaktub dalam Anggran dasar PRM 1955
yang menyatakan dengan jelas bahawa marhaenisme ialah sosialisme.11 Maksudnya disini
ialah hanya berlaku perubahan kepada nama parti dan juga ideologi yang lebih saintifik
(bersandarkan ilmu di dalam tradisi Marxis). Tetapi ini tidak bermakna mereka menerima
idea-idea Marx secara bulat-bulat. Begitu juga dengan marhaenisme, sosialisme saintifik
adalah variasi sosialisme yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan dan semasa.
9 Muhammad faizal, saptiarsyah. 2003. Marhaenisme: Sosialisme ala Indonesia.
hlm 29

10 Mc Lean, I.& McMilan, 2003. Oxford Concise dictionary of politics. (edisi ke 2).
Oxford : Oxford University Press. hlm 496.

11 Ramlah Adam. 1994. Ahmad Boestaman: Satu Biogarafi Politik. Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 451.
Golongan intelektual muda telah menerajui parti ini pada akhir 1960-an telah merasakan
bahawa marhaenisme tidak lagi sesuai digunapakai pada zaman tersebut.

DASAR PERJUANGAN PARTI RAKYAT MALAYSIA

Satu sumber asas mengenai Parti Rakyat Malaysia (PRM) adalah sebuah buku yang bertajuk
masyarakat adil: asas-asas perjuangan PRM yang ditulis oleh Sansusi & Ang. Walaupun
bukan merupakan sebuah kajian ilmiah, buku ini adalah satu sumber penting yang diterbitkan
PRM sendiri pada 1998. Buku ini menyoriti sejarah PRM dan mengumpulkan beberapa
sumber penting yang lain tentang PRM seperti ucapan-ucapan pemimpin, perlembagaaan
parti dan juga dokumen-dokumen seperi manifesto parti ditubuhkan 1955 sehingga tahun
1998. Didalam sebuah manifesto parti yang dikeluarkan pada 1994 bertajuk Malaysia baru,
dasar-dasar perjuangan parti rakyat malaysia adalah berdasarkan nasionalisme progersif,
demokrasi rakyat dan kemanusiaan.12 Hal ini kerana, ketiga-tiga asas ini adalah selaras
dengan kenyataan dan tuntutan semasa yang bertunjangkan nilai-nilai agama, faslafah tinggi
serta budaya luhur yang diwarisi masyarakat negeri ini.

Pertama asas yang menjadi dasar perjuangan PRM ialah Nasionalisme progresif.
Nasionalisme progresif adalah bersifat kerakyatan. Terdapat empat aspek penting dalam
nasionalisme progresif iatu bertujuan mengikis saki baki pengaruh imperialisme dan
penjajhan bentuk baru di negeri ini. Kedua adalah memupuk semangat cinta tanah air serta
perpaduan dalam kalangan rakyat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatupadu.
Ketiga ia menentang sikap perkauman sempit dan pegangan agama jumud yang
mengakibatkan perpecahan. Keempat ia memandang ke hadapan untuk mencapai kemajuan
dan bukan menoleh belakang untuk mengagungkan amalan-amalan usang.

Kedua asas yang menjadi dasar perjuangan PRM ialah demokrasi rakyat. Terdapat empat
aspek perjuangan menegakkan demokrasi rakyat. Pertama, mengikis saki baki feudal,
menghapuskan sikap mendewa-dewakan golongan kerana keturunan atau kedudukan,
menghentikan amalan yang memberi keistimewaan keterlaluan kepada golongan terpilih dan
menghapuskan sikap jiwa hamba dalam kalangan rakyat. Aspek ini juga melibatkan tuntutan
supaya wanita mempunyai hak serta peluang yang adil sama dengan lelaki dalam politik,
ekonomi dan sosial. Kedua memberi peluang serta kemudahan ekonomi dan sosial yang luas
kepada rakyat jelata. Selaras dengan ini, kemiskinan harus dihapuskan dan rakyat diberikan
12 Parti rakyat Malaysia 1994. Malaysia Baru: Dasar dan Cita-cita Perjuangan
PRM, Kuala Lumpur: PRM Pusat. hlm 8
peluang yang lebih luas untuk mendapat kemudahan sosial seperti perumahan, pendidikan
dan perubatan. Ketiga menjamin kepada rakyat kebebasan menganuti kepercayaan masing-
masing, kebebasan mengeluarkan pendapat, dan bergerak serta menyusun gerakan, dan
bebasa daripada kongkongan undang-undang atau peraturan yang mencabuli hak asasi
manusia. Keempat menyedarkan rakyat tentang hak serta kekuatan mereka untuk
menegakkan kekuasaan rakyat yang tulen.

Asas dasar perjuangan PRM yang ketiga ialah kemanusiaan (ihsaniah) iatu sikap atau sifat
timbang rasa dan penyayang terhadap semua manusia. PRM bermatlamat untuk melenyapkan
segala bentuk penindasan dan kezaliman di dalam dan diluar negeri dan menyokong
perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Berlandaskan dasar-dasar utama ini perjuangan PRM tertumpu kepada beberapa aspek
mengenai beberapa isu-isu utama seperti demokrasi, hak asasi, ekonomi, bahasa, pendidikan,
penswataan, dan pekerjaan.13 Matlamat perjuanganya adalah untuk mengikis feudalisme,
menghapuskan kefahaman perkauman, memberi peluang ekonomi dan sosial yang luas
kepada rakyat jelata, menghapuskan kemiskinan, menjamin kebebasan, dan hak asasi rakyat
serta memupuk patriotisme dan pepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dasar mereka
juga adalah untuk mewujudkan Malaysia Baru yang berlandaskan nilai-nilai yang mereka
perjuangkan itu.

Sebagai contoh PRM memperjuangkan nasib golongan miskin dan terpinggir didalam
masyarakat, contohnya golongan pekerja dan peneroka bandar atau setinggan suatu yang
sememangnya menjadi asas perjuangan parti ini semenjak dari awal penubuhanya. Mengenai
isu kemiskinan Ahmad Boestaman, didalam ucapan dasar presiden semasa kongres nasional
1957 telah menekankan bahawa jurang pendapatan dinegara ini. Beliau menyatakan:

Menghapuskan penyakit masyarakat seperti penganguran, pelajaran dan


lain-lain dengan tindakan ekonomi kerana penyakit-penyakit itu berpunca
daripada kepincangan ekonomi. Memerlurkan khidmat perubatan kepada
segenap lapisan masyarakat dengan tidak pandang memandang dengan
tujuan hendak menyempunakan kesihatan rakyat. Mengurus kepentingan-
kepentingan golongan bekas-bekas pasukan bersenjata. Menyelenggarakan
perumahan murah bagi rakyat. Mengusahakan terselenggaranya badan-

13 Parti Rakyat Malaysia. 1990. Perlembagaan PRM. Petaling jaya: PRM


badan yang menjamin anak-nak yang terlantar anak-anak yatim, fakir-fakir
miskin dan lain-lain. Menghapuskan sikap beza membezakan diantra
tingkatan dan golongan masyarakat.14

Berkenaan dengan prinsip bukan perkauman PRM pula, parti ini tetap tegas dalam
menentang politik yang berasaskan kepada faham perkauman yang sempit. Hal ini dinyatakan
dengan jelas didalam perlembagaan PRM, iatu antara tujuan utama parti ini adalah untuk
menegakkan sebuah masyarakat adil, progresif, dan bersatu yang mengabungkan cinta
Negara serta persaudaraan antara bangsa dan menentang sikap dan faham perkauman.

Berdasarkan dasar-dasar PRM ini, Hilley menyatakan bahawa pada peringkat politik formal
di Malaysia, hanya PRM dibawah pimpinan Syed Husin Ali, yang mempunyai kewibawaan
sebagai sebuah parti sosialis.15 Hilley berpendapat, bahawa dasar PRM ini sangat memihak
kepada pengawalan modal, pemilikan sosial, dan juga kewujudan institusi-institusi demokrasi
partisipasi yang kuat. Oleh itu, apa yang hendak ditegaskan disini adalah hakikat bahawa
perubahan-perubahan yang berlaku didalam PRM pada tahun 1990 tidak membawa implikasi
bahawa parti ini telah meninggalkan dasar perjuangan sosialisnya. Cumanya dasar dan cita-
cita ini haruslah sesuai mengikut keadaan dan tuntutan semasa dan serta kesedaran mengenai
realiti bahawa ideologi ini tidak dapat sambutan dan sokongan daripada massa di Malaysia

Hal ini dapat dilihat syed hussin ali telah menyatakan di dalam akhbar suara PRM (1997)
bahawa perkhidmatan asasi seperti pendidikan, kesihatan, dan perumahan merupakan
tangungjawab sosial yang harus dibebankan oleh pemerintah dan tidak patut diswastakan. 16
Didalam ucapan dasar presiden semasa kongres nasional 1997, syed husin sekali lagi
mengaskan bahawa PRM tidak akan berganjak daripada prinsip-prinsip sosialismenya. 17 Hal
ini kerana dasar perswastaan dan pengkoporatan digunakan untuk memberi perusahaan yang

14 Ucapan-ucapan Boestaman.hlm 9

15 Hilley, J, 2001. Malaysia: Mahathirism, hegemony and the new opposition.


London: zed books. hlm 233.

16 Sanusi Osman & Ang Hiok Gai (penyt.). 1998. Masyarakat adil: asas-asas
perjuangan PRM. Kuala Lumpur: Parti Rakyat Malaysia. hlm 127.

17 Sanusi Osman & Ang Hiok Gai (penyt.). 1998. Masyarakat adil: asas-asas
perjuangan PRM. hlm 131.
hanya menguntungkan kepada pemimpin pemerintah dan syarikat yang ada kaitan dengan
parti pemerintah sahaja.