You are on page 1of 4

5.

0 DASAR-DASAR BERKAITAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Teknologi maklumat didapati telah digunakan dengan meluas sepanjang tempoh RMKe-7 di
mana bilangan komputer peribadi bagi setiap 1000 penduduk telah meningkat daripada 29.5
pada tahun 1995 kepada 95.7 pada tahun 2000. Begitu juga dengan penggunaan internet, di
mana bilangan pelanggan Internet meningkat daripada 13,000 pada tahun 1995 kepada 1.2 juta
pada tahun 2000 dengan kadar pertumbuhan 145.2% setahun.

Teknologi maklumat mempunyai peranan yang strategik dalam mempercepatkan proses


pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam
ekonomi (Kerajaan Malaysia, 2001). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8)
sebanyak RM5.2 bilion diperuntukan bagi program dan projek berasaskan teknologi maklumat.
Dalam tempoh ini, tumpuan akan diberi untuk terus memperkukuhkan keupayaan sumber
manusia, infrastruktur berkaitan perkakasan dan perisian serta mewujudkan kumpulan kritikal
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengguna internet bagi membolehkan Malaysia
bergerak dengan pantas menjadi negara maju yang mempunyai masyarakat yang
berpengetahuan. Bagi tujuan ini, teras strategik untuk pembangunan teknologi maklumat
dalam RMKe-8 meliputi :

i. menjadikan Malaysia sebagai hub ICT dan multmedia di peringkat global;


ICT akan digunakan sebagai penggerak penting dalam mendorong syarikat Malaysia bersaing di
peringkat global dengan melaksanakan kerangka dasar baru bagi sektor ICT dan multimedia
yang berasaskan kepada perubahan pesat. Bagi memudahkan memasuki pasaran di samping
mewujudkan persekitaran yang berdaya saing langkah-langkah yang diambil termasuklah
melaksanakan dasar pelesenan yang jelas, ringkas dan praktikal serta meminimumkan keperluan
pelesenan untuk perkhidmatan baru; membina pusat penyelidikan dan meneraju forum
antarabangsa.

ii. menaik taraf dan menambahkan infrastruktur komunikasi untk meningkatkan


kebolehcapaian di seluruh negara;
Jurang digital antara golongan kaya dan miskin, kawasan bandar dan luar bandar serta antara
sektor ekonomi akan ditangani menerusi peningkatan keupayaan penghantaran, perluasan
infrastruktur dan latihan ICT.

iii. meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi menambah bekalan
tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan;
Usaha akan dijalankan untuk memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT melalui
pembekalan perkakasan dan perisian komputer serta capaian internet ke sekolah-sekolah;
memperkenalkan lebih banyak kursus ICT di IPTA dan IPTS serta latihan semula untuk pekerja.
Kod etika berkaitan dengan penggunan internet akan diperkenalkan di peringkat sekolah
sebagai usaha menangani pengaruh negatif internet.

iv. menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia


bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global;
Mewujudkan kestabilan dan persekitaran yang sesuai dengan memberi perhatian terhadap
penguatkuasaan yang berkesan bagi pelbagai undang-undang dan mekanisme yang telah
diwujudkan serta membina kepercayaan dan keyakinan dalam e-dagang dengan
memperkenalkan undang-undang berkaitan berkaitan kawalan peribadi bagi menjamin
kerahsiaan. Dalam meningkatkan pembangunan e-dagang, infrastruktur dan sokongan akan
turut disediakan di samping kajian kemungkinan yang lebih terperinci.
v. memupuk keupayaan tempatan dalam mencipta pembangunan kandungan;
Bagi meningkatkan penyertaan dalam pasaran, persekitaran undang-undang yang kondusif untuk
pembangunan kandungan diwujudkan di samping penyediaan bantuan kewangan.
Pembangunan kemahiran akan diberi penekanan melalui peningkatan keupayaan mengeluarkan
graduan yang berkelayakan serta memperkenalkan program khas yang melibatkan sektor
swasta bagi meningkatkan latihan dalam pembangunan perisian.

vi. meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi momentum
pembangunan MSC;
Merupakan strategi mengatasi masalah jurang digital. Aplikasi sekolah bestari akan diperluaskan
ke sekolah menengah dan rendah, telekesihatan akan dilaksanakan di pusat penjagaan dan
klinik desa. Tumpuan akan diberi terhadap usaha menarik minat pencipta teknologi terkini
menyertai pembangunan MSC dan menggalakkan pemindahan teknologi serta penyelidikan dan
pembangunan (P&P).

vii. memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT; dan
Inisiatif yang dilaksanakan termasuklah menjadikan syarikat Malaysia yang berjaya sebagai
model kepada syarikat PKS, membantu syarikat PKS dalam pemasaran dan menembusi
pasaran antarabangsa serta menaikkan taraf pusat inkubator MSC untuk membantu usahawan
teknologi. Syarikat PKS digalak menggunakan aplikasi e-dagang.

viii. menggalakkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan ke atas faktor bukan perkakasan
bagi kemajuan ICT dan Era Maklumat yang akan memberi manfaat kepada individu, pertubuhan
dan masyarakat.
Usaha memantau dan menilai kesan ICT kepada sektor awam, swasta dan rumahtangga;
langganan dan profil penggunaan internet; perubahan budaya kerja; pengukuran pembangunan
pengetahuan serta pembentukan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan; dan penjajaran
semula kod klasifikasi industri, produk dan pekerjaan supaya selaras dengan pengertian sektor
maklumat.

MDeC Sasar Wujudkan 2,700 Usahawan Teknologi Menjelang 2010


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Multimedia Development Corp (MDeC)
menyasarkan untuk mewujudkan 2,700 usahawan teknologi menjelang 2010
melalui perkongsian dengan universiti-universiti untuk mewujudkan
kesedaran mengenai peluang perniagaan dalam sektor teknologi maklumat
dan komunikasi.

"Selain menjalin perkongsian, MDeC juga mempunyai saranan lain yang boleh
diterima pakai oleh kerajaan," kata ketua pegawai eksekutifnya Badlisham
Ghazali.

Bercakap di Perbincangan Meja Bulat (Perbincangan Langsung) mengenai


"Keusahawanan Teknologi 2.0: Arus Peluang Seterusnya" anjuran Persatuan
Usahawan Teknologi Malaysia (TeAM), Badlisham berkata kini terdapat 1,700
usahawan teknologi, di mana 1,500 daripadanya aktif.

Jika syarikat berkenaan gagal, beliau meminta pihak berkenaan tidak


berputus asa dan sebaliknya hendaklah datang semula kepada MDec untuk
mendapatkan sekongannya dan menggunakan kemudahan dan akses
pasarannya.
Badlisham berkata kadar kegagalan usahawan teknologi Malaysia berada di
bawah 30 peratus.

Perbincangan Meja Bulat itu meneroka peluang yang boleh diterokai oleh
usahawan teknologi bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Ia turut
membincangkan, mengesyorkan dan berkongsi pengalaman serta
pengetahuan mengenai isu-isu global.

-- BERNAMA

Berita Harian
Rabu, 14hb April 1999 27 Zulhijjah 1419

Peluang IKS sertai e-dagang


Oleh Azli Ayob

SYARIKAT industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan kini berpeluang menyertai
perdagangan elektronik (e-dagang) bagi memasarkan barangan serta menjalankan
perniagaan menerusi Internet melalui penubuhan talian MyBiz.

MyBiz adalah saluran perdagangan elektronik pertama yang disediakan khusus untuk
membantu IKS tempatan bersaing dalam era digital.

Talian elektronik terbabit dibangunkan secara bersama oleh Perbadanan Pembangunan


Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (Smidec) dan sebuah syarikat teknologi maklumat
tempatan bertaraf Koridor Raya Multi Media (MSC), Hightechniaga Sdn Bhd
(Hightechniaga).

Ketua Eksekutif Hitech niaga, Cheong Yuk Wai, berkata MyBiz yang dibangunkan di
bawah Skim Geran Aplikasi Penunjuk Cara Perdana (DAGS) membabitkan daya usaha
syarikat dan rakan kongsinya untuk meningkatkan laluan serta kesinambungan
perniagaan IKS melalui Internet.

"MyBiz akan membolehkan pertukaran perdagangan di antara perniagaan yang berlainan


dan menghubungkan pembeli yang pelbagai dalam masyarakat elektronik," katanya
berucap pada majlis perasmian MyBiz di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran itu dilakukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
Rafidah Aziz.
Cheong berkata, MyBiz di-bangunkan untuk memudahkan syarikat membuat pesanan
komponen, permintaan sebut harga, memohon tender projek dan spesifikasi modul
barangan kontrak membabitkan keperluan perniagaan kepada perniagaan benar.

Setakat ini, 50 syarikat sudah menyertai talian MyBiz yang kebanyakannya syarikat
pembuatan peralatan pengangkutan, elektronik, peralatan telekomunikasi, teknologi
maklumat (IT), percetakan, pembungkusan, tekstil, pengeluar makanan, farmasi dan
kimia.

Menurut Cheong, MyBiz menawarkan facdah tambahan kepada IKS termasuk kos
permulaan dan risiko rendah, saluran kepada pasaran baru dan kepintaran pasaran serta
perancangan strategik lebih baik.

"E-dagang juga memberi peluang bagi pemasaran khusus dan mengurangkan kos
penghantaran dan tiada kos penyertaan pada tahun pertama," katanya.

Cheong berkata, perolehan hasil daripada gabungan 50 syarikat itu bernilai RM700 juta
dan masyarakat e-dag

You might also like