INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR
PROGRAM INTERSHIP
PROJEK INDIVIDU

KERTAS KERJA PROJEK

PROJEK MENGHIAS MAKMAL KOMPUTER
PADA

18 JULAI 2016 – 5 OGOS 2016

BERTEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI NAMAN, JULAU

DISEDIAKAN OLEH

MAURICE ANAK DICKINSON JAPUL

GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJANG

1.0 PENGENALAN
Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas
guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti menghias makmal komputer dipilih untuk
projek individu.

Makmal komputer merupakan satu kemudahan yang terdapat di setiap
sekolah. Makmal komputer penting untuk memberikan serba sedikit maklumat
tentang ICT dalam proses perkembangan kognitif seorang murid-murid. Justeru itu,
aktiviti yang dijalankan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk berada di
dalam keadaan bilik komputer yang ceria dan selesa. Projek ini juga diwujudkan agar
dapat mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah disamping memberi manfaat
kepada guru dan kanak-kanak.

Diharap dengan adanya projek ini, kemudahan yang ada akan menjadikan
pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran makmal komputer yang menarik dan
kondusif.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid merasai suasana makmal komputer yang
kondusif.
ii. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam makmal komputer.
iii. Menambah informasi berguna dalam makmal komputer.

4.0 TARIKH

18 Julai 2016 hingga 5 Ogos 2016
5.0 TEMPAT

Makmal Komputer SK Ulu Sungai Naman, Julau.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK SEKOLAH

GURU BESAR
EN. JERITA ANAK
GARA

G.PENOLONG
GURU PENOLONG
KANAN 1 GURU PENOLONG
HEM
PN.DACY AK KK
ROVINA LUCHA
CHRISTOPHER EN.JUNA AK MANGI
ANAK BANYANG
UGOT
6.1 Ahli Jawatankuasa Kerja
PENGERUSI
EN.JERITA ANAK
GARA

NAIB PENGERUSI
PN.DACY AK
CHRISTOPHER
UGOT

MENTOR
PN.JOANNA
HONG ENG HUA

AJK PERHIASAN/ KERJA
EN.MAURICE AK
DICKINSON JAPUL

7.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek menghias makmal komputer;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan
 Merangka pelan aktiviti.
18- 22 JULAI  Menentukan hiasan di dalam
1 Guru pelatih
2016 makmal.
 Menentukan sudut projek.
 Menghias sudut projek.
 Melekatkan papan tanda
25-29 JULAI
2 sudut. Guru pelatih
2016
 Menyusun bahan-bahan
yang sesuai.
 Kemasan terakhir pada
projek.
3 1-5 Ogos 2016 Guru pelatih
 Membersihkan makmal
komputer.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH
L
1 Kertas Warna 1 set RM 9.50 RM9.50x1 RM9.50
2 Kertas A4 1 ream RM 10.00 RM10x1 RM10.00
3 Paku tekan 1 kotak RM2.00 RM2x1 RM2.00
4 Mounting Board 2 keping RM8.00 RM8x2 RM16.00
6 Polistrin 1 keping RM6.00 RM6x1 RM6.00
7 Double sided 1 gulung RM2.50 RM2.50x1 Rm2.50
TOTAL RM 46.00

9.0 PERALATAN

ITEM UNIT
Gunting 1
Tuku 1
Pisau lipat 1

10.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya hiasan di dalam makmal komputer dapat membantu guru
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti
seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang seronok dan
gembira.

Bagi pihak guru pelatih, projek menghias makmal komputer ini dapat dijadikan
satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi
guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak
kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah
diharapkan bagi kejayaan dalam projek ini.

Disediakan oleh,
.............................................................
( MAURICE ANAK DICKINSON JAPUL )
Guru Pelatih PISMP BAHASA IBAN SEM 8
IPG Kampus Rajang, Bintangor.

Disemak oleh,

..........................................
( PN. JOANNA HONG ENG HUA )
Mentor Projek Internship
Guru Sekolah SK Ulu Sungai Naman.
.

Disahkan oleh,

..........................................................
( EN. JERITA ANAK GARA )
Guru Besar,
SK Ulu Sungai Naman.