Cara menjawab soalan

Soalan struktur meliputi beberapa jenis dan aras penyoalan. Soalan-soalan yang akan
ditanya meliputi menyatakan nilai, menyatakan definisi nilai, mencari nilai yang sesuai
dengan situasi, menjelas dan menghuraikan nilai.

Soalan struktur juga akan bertanya mengenai kemahiran berfikir. Ini termasuklah penyoalan
mengenai cara membendung/mengatasi/menangani/membasmi/ isu, mencari punca isu
dan kesan sesuatu isu terhadap diri sendiri, masyarakat, negara, dunia dan alam
sekitar. Cikgu cadangkan pelajar semua jangan biarkan soalan jenis ini ditinggalkan tidak
berjawab, kerana soalan jenis ini adalah penyelamat kepada pelajar yang tidak menguasai
nilai. Lagi pun, soalan jenis ini adalah berkisar dalam lingkungan kehidupan seharian pelajar
sendiri.

PERTIMBANGAN PENTING SEBELUM MENJAWAB

1. Baca situasi yang diberi dan kenal pasti isu dan atau tindakan

2. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas dan karektor jika soalan berkaitan dengan
nilai

3. Lihat markah untuk soalan kerana markah membantu menentukan bilangan ayat
jawapan

CONTOH SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN

1. Baca sedutan lirik lagu patriotik di bawah dan jawab soalan yang berikutnya:

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya

a) Namakan lagu patriotik ini. (1 markah)
Jalur Gemilang

b) Tuliskan nama dua buah lagu patriotik yang terkenal di Malaysia. (2 markah)
i. Negaraku
ii. Tanggal 31

c) Berikan dua kepentingan penerapan lagu-lagu berunsur patriotik kepada rakyat. (2
markah)
i. Menanam semangat cinta akan negara
ii. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat

d) Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan nama negara di
persada dunia melalui pelbagai aktiviti. Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat
Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami memenangi
pingat dalam aktiviti sukan antarabangsa.

e) Rakyat Malaysia juga menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan negara
dengan mengamalkan nilai ' penglibatan diri dalam pembangunan negara'. Berikan maksud
nilai 'Penglibatan diri dalam pembangunan negara'. (2 markah)
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan
memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

(2 markah) i. ii. b) Selain menganjurkan kempen keselamatan jalan raya. gantung lesen memandu ii. tidak mematuhi lampu isyarat ii. Pengguna jalanraya perlu ada perasaan cinta. PANDU CERMAT. senaraikan dua usaha lain yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan semasa di jalan raya. saman . Pengguna jalanraya perlu boleh berfikir tentang kesan buruk kemalangan dan bertindak wajar ketika memandu. JIWA SELAMAT INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG a) Jelaskan dua nilai yang pengguna jalan raya perlu terapkan melalui dua slogan di atas. (2 markah) i.2. (4 markah) i. mabuk ketika memandu d) Berikan dua tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang melanggar perauran jalan raya. (2 markah) i. Mengeluarkan saman kepada pemandu yang melebihi had laju c) Senaraikan dua contoh tindakan yang melanggar peraturan jalan raya. Nilai kasih sayang terhadap keluarga. kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga ketika memandu. Menempatkan polis trafik di jalan raya yang sibuk ii. Berikut merupakan dua slogan yang berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya. Nilai rasional.