You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya,
saya dapat menyiapkan kerja kursus MPU3012, iaitu Pengenalan Kepada Pendidikan Moral.
Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Walau bagaimanapun, saya tetap tabah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing bagi kerja kursus ini, iaitu Cik. J. Krishna Kumary A/P Juval kerana telah banyak
membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini
tanpa rasa jemu. Segala ilmu yang diberikan oleh beliau sangat bermanfaat dan membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Beliau telah menerangkan cara
pelaksanaan tugasan ini dengan lebih terperinci dan memudahkan saya untuk memahami dan
memenuhi kehendak soalan kerja kursus yang diberi.

Selain itu, sekalung penghargaan diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa
membantu saya dari pelbagai aspek. Mereka sentiasa bersama saya sama ada ketika senang
mahupun susah supaya saya tidak mudah menyerah kalah. Mereka sentiasa memberikan
galakan dan motivasi untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi,
saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang lain kerana telah banyak membantu dan berkongsi ilmu. Mereka pernah
lokek dalam berkongsi ilmu. Segala kekeliruan dapat diselesaikan apabila kami saling
kolaboratif. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada warga Pusat Sumber Dato' Lokman
Musa, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberikan kerjasama
semasa saya membuat rujukan di pusat sumber untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan tugasan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang telah membantu saya
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Semua pihak telah memberikan komitmen yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan
projek ini. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria yang
terkandung dalam soalan kerja kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Moral.

Sekian, Terima Kasih.