You are on page 1of 2

Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Masa : 10.00 – 11.00am
Kelas/Bilangan
6
murid
S.K/S.P SK 3.0
SP 3.3 (3.3.1, 3.3.2, 3.3.3)
Objektif PdP Pada akhir PdP murid akan dapat:
Menghasilkan atur cara secara urutan menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk sesuatu
objek dengan
1. melakukan pergerakan dari kedudukan A ke kedudukan B dan berpatah balik ke
kedudukan A dengan kadar kelajuan berbeza.
2. memaparkan dialog yang sesuai.
3. memasukkan bunyi yang sesuai
BBB komputer, kertas mahjung, pen Marker
KBAT Mencipta, mengaplikasi
EMK Keusahawanan- berani membentangkan pendapat di khalayak.
Penerangan Aktiviti 1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Guru membuka projek ‘Akuariumku’
melalui aplikasi SCRATCH.
2. Setiap ahli kumpulan diminta menyenaraikan objek (Sprite) yang mereka kenal pasti,
membincangkan apa yang dilakukan oleh atur cara bagi setiap objek dan melakarkan
algoritma bagi setiap objek di atas kertas mahjung.
3. Guru meminta setiap kumpulan menampal dapatan mereka di dinding.
4. Setiap kumpulan diminta menggredkan dapatan kumpulan lain mengikut warna kad
‘TRAFFIC LIGHT’.
5. Kumpulan yang mendapat undian lampu hijau paling banyak diminta untuk
menjelaskan hasil dapatan
mereka.
6. Guru membuat kesimpulan tentang apa sebenarnya yang berlaku di dalam akuarium
itu.
7. Guru menyerahkan Script-script (atur cara) bagi setiap objek kepada setiap
kumpulan. Murid diminta kembali kepada kumpulan masing-masing dan berbincang
untuk menghasilkan sebuah atur cara lain yang mempunyai lebih dari satu objek -
objek yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan kembali ke tempat asal.
Pergerakan/kelajuan pergi dan balik perlulah berbeza dan terdapat dialog antara
objek serta ada bunyi untuk menghidupkan atur cara. Algoritma setiap objek
mestilah dalam keadaan berurutan.
8. Murid secara berkumpulan menghasilkan sebuah atur cara. Guru memberi
bimbingan bagi kumpulan yang
memerlukan. Setiap kumpulan juga dibenarkan menggunakan kreativiti masing-
masing tetapi mestilah tidak
meninggalkan syarat-syarat yang telah diberi.
9. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing dan melaporkan
fitur baharu yang mereka temui dan penambahbaikan yang mereka lakukan.

Refleksi: Kehadiran : 24/25

4/24 murid tidak menguasai instrumen penilaian yang diberikan.

Nama: Tahun: Tarikh: Suaikan setiap senarai pilihan bagi tugasan yang ingin diselesaikan. .