You are on page 1of 6

Masa/ Atur cara Teks

Pembac
a
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
8.25 Ketibaan
Hariff tetamu Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari
Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah
SK Sg Selisek bg Tahun 2016

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya
mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat
…………………………………………………………………………… dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil
tempat.

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para
hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1
Malaysia, salam sehati sejiwa dan Salam SK Sg Selisek Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia .........................................................

.......................................................................................................................................

Yang Berusaha ...........................................................
Guru Besar SK Sg Selisek

Yang Dihormati .........................................................
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sk Sg Selisek

Yang Berusaha .........................................................
Penolong Kanan Pentadbiran Sk Sg Selisek

Yang Berusaha ..........................................................
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha
Penolong Kanan Kokurikulum

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.
Selamat datang ke
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Sg Selisek 2
Saya Rosnah bt mohamad Sukor

Dan saya ………………………………………………………………………………………………………..

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang
Berbahagia ……………………………. kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke
majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadil Ustaz Zulkifly b Yusof. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz ………………………………… atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang
dihormati ................................................, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Dihormati ................................................. selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa
Dan Guru-guru Sk Sg Selisek atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha ………………………………………….. Guru
Besar SK Sg Selisek untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan , Yang Berbahagia……………………………………… untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi sessi 2016 SK Sg Selesik. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia ……………………………………………………………, atas ucapan dan perasmian
majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan
kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat
air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang
Berbahagia......................., majlis menjemput ........................................GB Sk Sg
Selisek, diiringi ..................................., Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke
pentas bagi menyampaikan cederahati kepada Yang Berbahagia Datuk.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia ............................................................ untuk naik
ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi
penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid
prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang
Berbahagia...............................dengan diiringi oleh
………………………………………………… untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-
murid Prasekolah.
Dipersilakan.
………………. (Penyampaian hadiah)
1. Sijil tamat Prasekolah 2013
Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian
sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang
Dihormati ......................................... dengan diiringi
oleh .........................................................................
Dipersilakan.
1. Anugerah Tunjang terbaik
2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Sg selisek
pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan
kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada
terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan
itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....
assalammualaikum