You are on page 1of 2

Kesan Motivasi Ke atas Murid

Terdapat beberapa kesan motivasi dinyatakan di bawah:

(a) Kebimbangan: Adalah lazim bagi murid-murid untuk rasa bimbang atau gusar ketika
mereka menghadapi cabaran sekolah, seperti menjadi cemerlang dalam ujian.
Didapati bahawa kebanyakan murid yang berjaya mempunyai tahap kebimbangan
yang sederhana. Di sini kita lihat bahawa kebimbangan boleh menjadi salah satu
faktor dalam motivasi seseorang. Umumnya, dikatakan bahawa meningkatkan
kebimbangan akan mengurangkan pencapaian kerana kesulitan tugasan meningkat.

(b) Perubahan sikap : Murid-murid akan mengubah sikap negatif mereka kepada positif
selepas dimotivasikan oleh guru. Oleh itu sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran meningkatkan pencapaian.

(c) Rasa Ingin tahu : Rasa ingin tahu boleh menjadi satu lagi faktor dalam motivasi
seseorang. Jadi, seorang guru harus selalu cuba memasukkan elemen rasa ingin
tahu kepada muridnya supaya murid akan bermotivasi untuk belajar.

(d) Tumpuan Kawalan: Sesetengah orang mempunyai tumpuan kawalan dalaman
(mereka mempercayai bahawa mereka bertanggungjawab terhadap nasib mereka),
jadi mereka lebih gemar bertugas dalam situasi yang mana kemahiran dan usaha
akan membawa kejayaan. Sebaliknya, terdapat juga orang mempercayai orang-
orang dan kuasa-kuasa di luar mereka mengawal mereka (kawalan tumpuan
luaran). Jadi mereka gemar untuk bertugas dalam situasi yang nasib menetukan
hasilnya. Kawalan tumpuan boleh dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain.
Diskriminasi berterusan terhadap individu yang berkeperluan istimewa, misalnya
boleh memberi kesan terhadap persepsi kebolehan mereka sendiri untuk mengawal
hidup mereka (Woolfolk, 1993). Justeru, konsep tumpuan kawalan berguna dalam
hal meningkatkan pencapaian murid. Dengan memberi peneguhan semula secara
berhati-hati terhadap tingkah laku yang terpilih, anda boleh menambah baik
pembelajaran dan membantu murid mengembangkan konsep kendiri.

(e) Ketakberdayaan yang dimuridi: Bagi sesetengah murid, peluang terbaik bagi
perubahan mungkin terdapat di dalam bilik darjah, dan jika peluang ini hilang, maka
mereka mungkin mengalami keadaan yang disebut ketakberdayaan yang dimuridi.
Oleh tu, kita mendapati murid-murid yang gagal berulang kali dalam sesuatu

. misalnya akan rasa kecewa dan langsung tidak akan mencuba lagi.peperiksaan atau dalam menyelesaikan satu masalah. Yang perlu dilakukan oleh guru adalah membantu murid-murid ini untuk menilai kegagalan secara realistik lalu memberi fokus pada hal meningkatkan usaha atau motivasi mereka.