You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

a) Ciri-ciri kanak berkeperluan khas berdasarkan video berkaitan

Berdasarkan video tersebut, Avery merupakan seorang murid berkeperluan khas yang sedang
bersekolah di Pra-sekolahyang terdiri daripada pelajar yang normal. Avery dikategorikan
sebagai pelajar yang mempunyai masalah sindrom down. Hal ini berikut daripada ciri-ciri
fizikal Avery yang menunjukan dia adalah Sindrom Down. Avery mempunyai mata yang
sepet, merah dan berair serta jarak di antara kedua-dua matanya juga agak jauh. Selepas itu,
Avery memiliki hidung yang kemek, mulut yang kecil dan leher yang pendek. Kemudian
Avery juga memiliki masalah dari segi kognitif yang sangat ketara iaitu lambat bertutur serta
Avery tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

b) Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bedasarkan video tersebut pelbagai jenis pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
membantu Avery dalam mengatasi masalah pertuturan. Antaranya ialah guru melakukan
interaksi dua hala dengan Avery. Semasa berkomunikasi dengan Avery guru menggunkan
bahasa yang mudah difahami oleh Avery dan guru akan menunggu tindak balas daripada
Avery. Selepas Avery berjaya menjawap soalan guru, guru memberi pujian kepada Avery.
Kemudian semasa mengajar juga guru menggunakan kaedah bercerita dengan murid. Semasa
bercerita guru menggunakan gambar-gambar yang berwarna agar dapat membantu menarik
perhatian Avery. Guru juga menggunakan patung semasa menjalankan proses pengajaran
komunikasi dengan Avery. Selain itu, guru juga menjalankan aktiviti semasa P&P iaitu
bermain playdoh. Melalui permainan ini dia akan belajar bagaimana membentuk Playdoh
tersebut. Kesimpulannya melalui pendekatan yang digunakan oleh guru telah membantu
Avery bertutur dan tahu cara untuk mengurus keperluan diri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

a) Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas berdasarkan video berkaitan.


Berdasarka video tersebut kanak-kanak yang berkeperluan khas tersebut bernama Avery.
Avery mempunyai masalah sindrom down. Walau bagaimanpun Avery dihantar oleh Ibunya
untuk mendapatkan pendidikan di Prasekolah agar Avery dapat belajar mengerus keperluan
diri. Avery jika dilihat dengan teliti mempunyai rupa paras yang berbeza daripada pelajar
yang normal. Avery memiliki mata yang sepet, berwarna merah dan berair. Selain itu, jarak
mata Avery juga agak nampak jauh. Kemudian Avery juga memiliki hidung yang kemek dan
mempunyai leher yang pendek.

b) Pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan video tersebut pendekatan yang guru gunakan ialah bercerita sambil
menunjukkan gambar-gambar yang berwarna agar dapat menarik minat pelajar. Selain itu,
untuk mengatasi masalah pertuturan yang dialami oleh Avery, guru menggunakan pendekatan
dua hala semasa mengajar. Semasa berkomunikasi dengan Avery guru

You might also like