You are on page 1of 23

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KAPOR

,
PETI SURAT 663, 91308 SEMPORNA, SABAH, MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
e-mail:xba3318@moe.gov.my

BUKU PANDUAN
PERATURAN
SEKOLAH

PENDAHULUAN

Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua murid Sekolah Kebangsaan
Tanjung Kapor, Semporna sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan
kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang tempoh
pembelajaran di sekolah.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah
panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah.
Sebarang kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan
oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai
kepada semua murid di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.RUKUNEGARA Maka Kami. rohani. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. berketrampilan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. . Rakyat Malaysia Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut : Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.

VISI DAN MISI SEKOLAH VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara .

Bangunlah bersatu semua. Beriltilzam berilmu berintegriti. Tuhan Kurniakan.LAGU NEGARAKU LAGU SEKOLAH Negaraku Sekolahku gemilang. Merdeka sepanjang masa. Rahmat Bahagia Agama suci pedoman kami. Raja Kita SK Tanjung Kapor berjaya. Tuhan Kurniakan. Rahmat Bahagia Cogan katamu pegangan kami. Rakyat Hidup Ayah dan ibu turut membantu. Disiplin teras panduan kami. Bersatu segala bangsa sentosa. . Bersatu Dan Maju. Jasamu tidak kami lupakan. LAGU NEGERI SABAH Sabah tanah airku. Pemuda-pemudi semua marilah. Tanah Tumpahnya Darahku. Marilah bersama serta maju jaya. Kamilah murid taat setia. Harapan kami terus berjaya. Guru mendidik terus cemerlang. Selamat Bertakhta SK Tanjung Kapor berjaya. Sabah negeri merdeka. Raja Kita Ingin capai wawasan negara. Selamat Bertakhta. Negeri kita yang tercinta.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa. keluarga. guru dan kakitangan. ● Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih. ● Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan. Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri. berakhlak mulia dan berdisiplin. agama dan negara. guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami. IKRAR MURID BAHAWA KAMI. bangsa. Tandatangan murid: _____________________ Nama : _____________________ Tarikh : _____________________ . murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Kapor berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa. ● Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua murid. MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH ● Melahirkan insan yang berpendidikan.

1. 2. KEHADIRAN 1.1.1. 1. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin.11. Tindakan terhadap kes ponteng: SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir 2.2.00 pagi – 12. KETIDAKHADIRAN 2. Seterusnya mana-mana murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga. 2.4. Murid yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas. 1. Waktu persekolahan adalah seperti berikut: Isnin – Khamis : 7. murid berkenaan boleh digantung sekolah.2.4. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. .20 pagi 1.00 pagi . 2.6.3. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID 1.50 tengah hari Jumaat : 7.5. Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden.3. Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 1.

berlengan panjang (tidak boleh dilipat).6 Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada. Kasut sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum masuk ke dalam sekolah.2.7 Songkok baldu bewarna hitam sahaja. leher Teluk Belanga dan berlengan panjang serta labuh mesti melebihi paras lutut. Pakaian Murid Perempuan: 3.3 Baju Melayu cekak musang bewarna putih. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.7 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.1.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. 3.3 Kain sarung warna biru gelap. 3.4 Memakai sampin berwarna biru gelap.1. tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.1. 3.6 Tudung labuh bahagian hadapan sejengkal daripada pusat dan labuh bahagian belakang melebihi paras bawah bahu 3. berpoket satu sahaja di sebelah kiri.5 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.2. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit. 3.5 Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”. 3. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah.1.2.6. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin. Pakaian Murid Lelaki: 3.2. berbutang putih.2. 3.2. 3. 3. 3.1. 3. Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Kasut sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan sebelum masuk ke dalam sekolah. 3. 3. Baju dimasukkan ke dalam seluar. Murid dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.1. Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut. 2. .1.2. terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy. Ketayap atau lain-lain tidak dibenarkan.1 Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana.5. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai.1 Seluar panjang warna biru gelap.

2. Sama seperti pakaian murid lelaki. tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas.11 Pakaian Pengawas Sekolah mestilah sesuai dengan syarat yang telah ditetapkan sekolah 3.1. Pakaian Pendidikan Jasmani: T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. 4. 4. .9 Murid hendaklah memakai “tanda nama” yang diletakkan di sebelah kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. menghadiri kelas tambahan.3. Pakaian Pengawas 3. menyertai rombongan anjuran sekolah dan sepanjang masa peperiksaan.4. rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu : 4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci 4.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.1 Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua cuping telinga. Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani.1 Pengawas lelaki. Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap.5. Sampin berwarna merah dan kasut serta stokin berwarna hitam. 3. 4.1. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan: Pakaian seragam sekolah yang lengkap.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 4.10 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan. kegiatan kelab dan persatuan.2.3.3. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum. yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan. 3. 3.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.2 Pengawas perempuan. Sama seperti pakaian murid perempuan. 4. 3.2. Kain berwarna merah dan kasut serta stoking berwarna putih. 4. 4. 3. kegiatan-kegiatan lain sekolah.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn” hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.2 Murid diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.2. 3.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang.8 Murid dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di bahagian dalam baju sekolah.3.

1. gelang.6 Selepas perhimpunan. 5. 5. Murid yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.1.7 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan.8 Murid dilarang memakai contact lens.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu . 4. 6. dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.1. 4. rantai leher dan rantai kaki. 5. KAWASAN SEKOLAH 6. kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.4. terompah. 4.2 Perhimpunan harian akan ditentukan oleh Guru Besar iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu persekolahan. 5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. selipar. menjalankan kegiatan persatuan. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas. rambut. mematuhi peraturan- peraturan. kasut.6 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. seluar corak bewarna-warni. Pemeriksaan kebersihan pakaian. membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting. pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. PERHIMPUNAN 5. 6. murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat.7 Murid yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata. 6.5 Murid hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua murid dilarang berbual-bual antara satu sama lain.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. 4.4 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. 6. Dalam masa belajar.5 Murid diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin. 5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.9 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap. 5. dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 5.3 Semua murid dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum perhimpunan bermula. bersih dan kemas. para murid hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah 6.

1. 7.3 Para murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal.1. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau murid yang bertugas. penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. murid kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. kerusi.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.1. ketua kelas. 8. Murid juga mestilah menulis nama di dalam buku keluar/masuk kelas. meja dan sebagainya.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. dinding. tingkap. KELUAR-MASUK KELAS 8. 6. Setiap ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah. kemas dan ceria. lampu. 6. 7. umpamanya ke tandas atau lainnya. . Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. bengkel dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. hendaklah juga mematuhi peraturan “8. 7. 8. Penolong Kanan atau Guru bertugasdengan mengisi borang khas.2 Para murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai.5 Murid dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas.4”.4 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan. murid berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar. 8. KELAS 7. 6. 8. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya.7 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu. Satu salinan hendaklah kepada Guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh murid.2 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat. 8. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak. Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas. siling.

2.2.2.6 Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu muridan atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera. 10.2. 10. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja.1 Buku teks adalah kepunyaan sekolah.8 Murid yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan. 10. HARTA BENDA SEKOLAH 10. murid/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang tersebut.5 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru.4 Pada masa pertukaran waktu. 9.2.2.7 Murid hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah.1 Murid mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru. murid berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti muridan guru berkenaan.8 Murid-murid dikehendaki bangun “memberi hormat”apabila pelawat. 10.5 Murid dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah. 9.2. Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.2 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 9. 10. Arahan guru wajib dipatuhi. pengetua atau guru-guru masuk atau keluar kelas.4 Murid dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. 9. 10. pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut. 10. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS 9.3 Murid diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut. .9.9 Apabila pengetua.6 Jika peraturan itu dilanggar. 10. murid-murid hendaklah berdiri dan memberi salam.2 Murid-murid tidak boleh membuat bising.2.2. atau guru masuk. 9. 9. Buku-buku teks: 10.7 Jika seseorang murid tidak mengambil sesuatu mata muridan.3 Setiap murid hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. murid tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing sementara menanti ketibaan guru. 10. 9. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. 9.

1. 12. 11. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN 11.2 Kawasan perumahan guru dan staff 13. 11.4 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital kerajaan jika sakit kuat. 14.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika membeli makanan dan minuman.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.1 Tidak dibenarkan murid-murid menulis. 11. pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.5 Murid-murid hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. KAWASAN YANG DILARANG 13.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah 12.2. 11.6 Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan” 14. 13.2 Kantin 14.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan. 14. menggaris.1.3 Bilik Guru 13.4 Pejabat pentadbiran 13. .1 Tempat letak kenderaan guru 13.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. KEBERSIHAN 14. 12.1 Tong Sampah 14. melukis. 12. Pengawas atau Ketua Kelas. 14.5 Kawasan Tangki Air 13. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 12. tiang.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas.1 Tidak dibenarkan murid-murid membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.2. 11.

2.4.1 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana- mana tempat. meja.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi. 14.2 Apabila masa pulang telah sampai.3.2.2. 14.1 Lima minit sebelum pulang.1.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 14. 15. 1 penyodok dan 1 tong sampah. 14. 15. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman. 14.3.2. tidak dicakar atau dikotorkan.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan.2. Letakkan di dalam bekas yang disediakan.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu. 14. kemas dan teratur.3.2 Papan hitam. 14. murid boleh keluar kelas dengan teratur. 14.4. 14.2 Waktu balik 15. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.3 Bilik Darjah 14.3. KESELAMATAN 15. 14.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. meja.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih. membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas. tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.2 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin.2.4. 14.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. murid mestilah mengemaskan kerusi meja.1 Beratur 15. 15.4 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu .4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan.3. 15.2. 15.4 Tandas 14.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga.

7 Murid transit hanya akan dibenarkan turun setelah van/kenderaan sekolah/ibu bapa sampai.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.6 Tugas-tugas pengawas: 17. 15. 17. 16.5 Sifat-sifat Kelayakan: 17. di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.2. 17. 16. 17. Pengerusi.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar dengan kerjasama guru-guru.2 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.6 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas. semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. Bendahari dan Pengawas-pengawas Darjah Atas. sedia memberi perkhidmatan d) Jujur dan berakal e) Menepati masa 17.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu. 16.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar.1 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat. .3 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 17. 15. 16. Setiausaha. KETUA MURID DAN PENGAWAS 17.2 Lain-lain kelayakan : a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya b) Berwibawa dan bekerjasama c) Rajin dan berusaha. 15. PELAWAT .5.2. 17. seorang murid hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.6. 17.5.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.2.

KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 22. 18.3 Bekas makanan perlu diletakkan didalam bekas yang telah disediakan. 18. 20. 18.6. murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat). Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN 20.1 Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing. 17. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ. tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.3 Di tempat berkumpul itu. 20.6.1 Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : . masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.4 Semasa menjalankan tugas.2 Murid diminta untuk makan dan minum di tempat yang telah disediakan.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. dia hendaklah diberi dua amaran.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku.4 Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera. WAKTU REHAT 18. Pengawas- pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. 17. 20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. murid itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin. Sekiranya ada murid melanggar peraturan. baju dan lain-lain. Pada amaran ketiga. pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan murid-murid. 17. guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.6. 20.2 Murid-murid mestilah bergerak secara senyap.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah. 20. 20. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. 22.

1 Kesalahan Ringan 24. 24.1.1.1. 23.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.6 Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir 22.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.2 Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng 22.1. persatuan. atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. . 24. 24.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.5 Cermin tingkap jangan dipecahkan 22.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 24. janggut dan jambang. 24.1. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 23.1. 24. 24. 24.1. KATEGORI KESALAHAN 24. 24. 23.1.1.1 Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng 22.1.4 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap. 24.3 Bermain dalam bilik darjah.2 Murid–murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar.3 Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik 22. 22. 24.1. 23. koridor atau kawasan yang dilarang. Makan dan minum di dalam bilik darjah.1 Murid–murid digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.4 Tandas hendaklah diguna dengan betul 22.7 Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga dengan baik 23.1. permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.1.1.1 Menyimpan misai.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya.10.11. Melakukan pembaziran air atau elektrik.1.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 24.1.

2. 24.1.1.35Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 24.7 Fesyen rambut yang keterlaluan.33Memakai cermin mata berfesyen.14Lewat ke sekolah. seperti punk / skin head atau bewarna. 24.28Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 24.1. 24. 24. 24.1. 24.1.15Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.27Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. 24. 24.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.1.1.23Mengotorkan kelas. tidak membuat kerja rumah. 24.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku. 24.2.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.1. 24.9 Memakai barang kemas keterlaluan.2.1.1. tidak memberi perhatian dan lain-lain). 24. 24.4 Tiga amanan.30Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.2. berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.1. 24.8 Menconteng pada harta benda sekolah. 24.17Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.2.2 Kesalahan Sederhana 24. 24.1.21Mengganggu guru.16Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.1.34 Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah 24.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah.1.36Membawa telefon bimbit dan MP3.2. 24.2.24Tidak duduk setempat.1.1.25Berada dalam kawasan larangan. seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 24. 24. 24.1.2.2.1. 24. menipu.29Membuang sampah merata-rata.1.1. 24.19Tidak membuat tugasan yang diarahkan.20Mengganggu kawan.1. 24.22Lewat masuk kelas. 24. 24.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 24.18Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 24. 24.1. 24.1. 24.10Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. . negeri dan kebangsaan. 24.1.

hubungan luar tabii.3.12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 24.3. meminum.3. 24. 24. memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. merompak. 24. liwat.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.10Melakukan buli.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid. mengancam. 24.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 24. membawa. 24.25 Menyalahgunakan alat permainan.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan.3 Membawa. 24. 24.3.3. majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.3.3.3. 24.3.3.3. 24.3. mengedar atau menyimpan rencana.3.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 24.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.3. memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. menerbit.11 Mencuri.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. menyimpan.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.4 Membawa.14Membabitkan diri dalam kumpulan haram.17Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.16Melakukan zina. menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.3.3.3. 24. 24. 24.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 24. 24. menghisap atau mengedar bahan tembakau.3 Kesalahan Berat 24.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.13 Mencetak.3. elektronik atau bahan-bahan multimedia. 24. mengedar. 24. perhimpunan haram atau merusuh. . 24.3. 24. mempamer.24. menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.15Mencabul kehormatan guru / murid. 24.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 24.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.3. 24.3.3.3.3. 24.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 24.6 Melayan.2 Menyimpan. 24. 24. penderaan atau paksaan terhadap murid lain.3.

5 Mencuri.2 Berdua-duaan. 25.2.10Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. 24.6 Menipu atau memperdayakan. . 25.1.7 Membuang sampah merata-rata. 25.3.3.1 Mencarut. 25.2.1.2.1 Tingkah Laku Jenayah 25.2 Tingkahlaku Lucah 25.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu.1. 25.32 Mengedar.8 Menyalahgunakan dadah. 24.3.3. 25.1.1 Tidak mahu bergaul. 25. 25.3.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan murid.9 Khalwat. 25 SALAH LAKU 25.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal. 25.3. 25.1. 25.3.4 Melihat / membaca bahan lucah.2. 25.3 Tingkahlaku Anti-Sosial 25. 24.2 Bertindak ganas dan mencederakan.2.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.3.3 Membuat bising.3.1. 25.4 Bergaduh.3 Becumbu-cumbuan. membawa.8 Berpakaian tidak senonoh.1. 25. 25.11Menyertai kumpulan kongsi gelap.3.2. 25.1. 25. 24.3. melukis dan mempamerkan bahan lucah.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas.2.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.5 Mengganggu orang lain.3.6 Menulis dan menconteng bangunan.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. 25.1. 24.1.3. memiliki.2.1 Mendera dan mencederakan.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah.3 Memeras ugut. 25. 25.5 Melukis / menulis bahan lucah.1.3. 25. 25.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 24. 25.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . 25. 25. 25.

10Mengambil barang orang lain tanpa izin.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. murid-murid juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 25.1 Berbahasa kasar.12Berdolak-dalik.5. 25. 25.4 Berambut panjang. 25.5.4.7 Tidak amanah.4.5.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru. 25.4.5. 25. bongkak dan biadap.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan. 25. 25.3 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti surat. 25.9 Memaki hamun.3. 26.5. . 25.4.9 Suka bertengkar.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.4. PERATURAN KHAS 26. 25.11Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.4.3 Menghisap rokok.5. 25.8 Mengampu. 25.2 Meniru tandatangan orang lain. perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan. 26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini. 25.10Sombong . 25. 25.10Pakaian tidak sesuai.5.2 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil murid-murid ke / dari sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa. 25. 25. 27.4.5.4. dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah. 25.7 Mempermain / memperlekehkan guru. 25. 25.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.4.8 Selalu lewat.4 Tingkahlaku Tidak Jujur 25. kad ujian. 25.3.4. PERATURAN LAIN ATAU BARU 27.4. resit.5.5 Tingkahlaku Tidak Sopan 25.4. 25.2 Tidak menghormati guru.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid.3 Bercakap bohong. 25.6 Lalai dan cuai terhadap muridan. 26.6 Menganiaya sesama rakan.

2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap murid wajib mematuhinya. 27. .3 Murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atau Kementerian Pelajaran Malaysia.27.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Kapor. Melalui Guru Kelas. BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KAPOR. Sabah. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri. SEMPORNA 1. Peti Surat 663. 3. bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan. Tanda tangan Murid : Nama : Kelas : Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama : Tanda tangan Guru Kelas : Nama : .91308 Semporna. Saya sedar. BORANG PENGAKUAN Guru Besar. 2.