You are on page 1of 6

BAB 3 KAJIAN LITERATUR

3.0 Pendahuluan

Kepimpinan Kurikulum adalah kepimpinan yang menitikberatkan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Taylor (1911) kepimpinan
kurikulum adalah satu proses merekabentuk dan menterjemahkan wawasan ke
dalam kurikulum formal dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada
melalui strategi-strategi rancangan pendidikan. Tanggungjawab Guru Besar
terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usaha guru adalah ke
arah pencapaian program pendidikan berkesan selaras dengan matlamat
sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Setiap warga pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan
mengekalkan ketrampilan serta amanah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Untuk menuju ke arah sekolah berkesan, Peter Mortimore (1995)
telah menyenaraikan sebelas ciri-ciri sekolah berkesan mengikut faktor-faktor
kepimpinan, guru dan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua faktor
tersebut mempengaruhi kualiti output.

Kajian-kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkah laku pengetua yang
positif mempunyai kesan yang baik ke atas prestasi murid-murid. Model teori
kepimpinan pendidikan yang dikemukakan oleh penyelidik-penyelidik (Bossen, et
al. 1982; Leithwood & Montgomery, 1982;1987 Ellen & Walberg, 1979; Dwyer,
1986) juga membuat rumusan yang sama. (Hussein,1991)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua bemula dengan kaedah nahu-penterjemahan (grammar-translation method).1. Prinsip ini adalah asas dalam cara pengajaran bahasa yang mengutamakan pendekatan pendengaran. 1990). kemanusiaan dan teknikal. Keadaan persekitaran yang selesa. ketekunan. pengajaran merupakan kegiatan yang tersusun yang dibuat khusus untuk murid-murid dengan tujuan membawa perubahan ke dalam diri mereka dan pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku kesan daripada pengalaman. peluang dan kualiti pengajaran. kebolehan untuk memahami pengajaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran pula ialah faktor fizikal. riang dan pembelajaran yang lancar merupakan iklim yang paling sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Asmah.1 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua bermula dengan mendengar dan bercakap dahulu dan kemudian membaca dan menulis.1 Pengajaran dan pembelajaran Menurut Asmah(1990). tenteram. Menurut kaedah ini . 3.3. D iantara elemen-elemen di dalam model yang dikemukakan beliau ialah kecenderungan pelajar. sumber serta aktiviti-aktiviti pembelajaran. mesra. Dalam satu teori pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan oleh Caroll(1963) menyebut proses pengajaran dan pembelajaran berkesan merangkumi aspek-aspek pengurusan masa.

(Holgate. 1949). Apapun kaedah yang digunakan perlu difikirkan kesesuaiannya mengikut latarbelakang pelajar. Kaedah situasi (situational method) mengajar bahasa melalui situasi dan kaedah komunikasi mengajar pelajar berkomunikasi. There is clearly a place for repetition in accelerated learning program’. Tiap-tiap kaedah mempunyai baik buruknya. Pengulangan yang kerap akan menjadi automatik di dalam minda. Kaedah audiolingual ialah pengajaran melalui ulangan dan latih tubi melampu. Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua melibatkan pengajaran dan pembelajaran kedua- dua komponen pengetahuan bahasa iaitu tatabahasa dan kecekapan berbahasa. . Kaedah struktur stimulus-respons memperkenalkan struktur secara automatik menurut kekerapan yang dipertingkat-tingkat. Dengan menghafaz dan latih tubi. kecenderungan membuat kesilapan adalah kecil. Mengikut Dehaan (1965) proses pembelajaran adalah kompleks. Bahasa dipelajari dengan cara mendengar dan menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris. Habit berbahasa yang baik akan dapat dibentuk dengan memberi tindak balas yang betul.pelajar bahasa diberi ayat-ayat Bahasa Inggeris yang secara langsung menterjemahkan ayat-ayat ke dalam Bahasa Ibunda. 1984). Kaedah seterusnya ialah kaedah langsung (direct method). Practice makes perfect. (Kamarudin. Teori stimulus-respons Bloomfield menjadi asas kepada kaedah dengar- tutur (audio-lingual method). Ia dilakukan secara kerap untuk pembentukan habit. Salah satu prinsip pembelajaran yang boleh diambil dari ’stimulus-response theory’ ialah pengulangan. ’There is no substitute for frequent repetitions. Kecekapan berbahasa akan menentukan samada cara seseorang itu berkomunikasi dapt diterima atau tidak. Dua teori psikologi berkenaan pembelajaran ialah ’stimulus-response theory’ dan ’Gestalt theory’.

Menurut Stevens 1978. malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu menyeronokkan Ee(1993). Latih tubi membolehkan pelajar membentuk analogi (perbandingan) yang betul. 1994) . sifat bahasa berkenaan dan kemahiran guru. 3. Pembelajaran hendaklah bertujuan untuk membetulkan habit. dorongan yang ada pada pelajar dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran.2 Prinsip-prinsip pengajaran bahasa Untuk menghasilkan satu pengajaran yg berkesan: a. Dalam pengajaran dan pembelajaran.1. Strategi pengajaran yang sesuai bukan saja dapat meningkatkan mutu pencapaian. b. Habit berbahasa yang baik akan dapat dibentuk dengan memberikan tindak balas yang betul. iaitu keadaan fikiran pelajar.keadaan pembelajaran. strategi yang digunakan oleh guru bertujuan mencapai objektif spesifik. Pembentukan habit boleh disemai melalui latih tubi dan menghafaz dialog. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan pencapaian sesuatu pelajaran. Kemahiran bahasa akan lebih berkesan dikuasai sekiranya item-item bahasa yang hendak dipelajari dipersembahkan dalam bentuk lisan sebelum ia dilakukan secara tulisan. kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang tiga unsur yang serangkai.(Kamarudin. c.

Disamping itu. Menurut Rivers. Latar belakang kanak-kanak yang datang dari keluarga yang berpendidikan Inggeris mempunyai penguasan Bahasa Inggeris yang lebih baik dari mereka yang datang dari keluarga bukan berpendidikan Inggeris.(1978) kegagalan menguasai Bahasa inggeris adalah disebabkan oleh suasana serta pendedahan kepada persekitaran dan penggunaan Bahasa Inggeris itu sendiri dan lemahnya semangat serta motivasi kendiri untuk mempelajari Bahasa Inggeris. sajak dan lagu. Guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. guru Bahasa Inggeris. pentadbiran sekolah dan persekitaran mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. drama dan sketsa dan latih tubi tatabahasa. Menurut Haycraft. Faktor-faktor yang berhubung dengan kanak-kanak. perhubungan rapat dengan murid-murid semasa mengajar juga dapat membantu murid-murid dalam menguasai Bahasa Inggeris.(1987) penggunaan Bahasa Inggeris hendaklah dilaksanakan di dalam bilik darjah dengan berkesan dengan cara mendengar dan bertutur. . bacaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2 Rumusan Sebagai pemimpin kurikulum. Pemimpin yang berkesan perlu melibatkan diri dan mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah serta kemajuan murid. Ini selaras dengan salah satu dari sebelas faktor yang diutarakan oleh Mortimore(1995) iaitu penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran . Guru Besar mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk mempertingkatkan kualiti pelajar yang dihasilkan oleh sekolahnya.3.