You are on page 1of 17

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI

KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH JEMPOL&JELEBU

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara amalan
kepimpinan lestari (sustainable leadership) guru besar dengan tahap prestasi kerja
guru di sekolah rendah di daerah jempol&jelebu,Negeri Sembilan. Sampel kajian terdiri
daripada 100 orang guru daripada empatbelas buah sekolah jenis tamil di daerah
jempol&jelebu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala
likert.

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengkaji-pengkaji pendidikan seringkali membincangkan keupayaan kepimpinan
sekolah dan keperluan dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Sejak
kebelakangan ini, aspek keperkasakan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah
menjadi tumpuan utama Kementerian Pelajaran Malaysia.Kepimpinan sekolah harus
berada pada tahap yang optima demi memenuhi harapan masyarakat serta cabaran
Negara dalam era globalisasi ini. Oleh yang demikian, guru besar sebagai pemimpin
utama di sekolah rendah perlu memainakan peranan penting dalam mendepani segala
cabaran bersama kerjasama yang erat daripada semua kakitangan sekolahnya.

Menurut Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih,
guru besar ditafsirkan sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang
dilantik oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir
dan mengurus sesebuah sekolah. Maju atau mundur sesebuah sekolahnya dalam

dan yang menyedihkan. editor pendidikan di The New York Times dari tahun 1959 hingga 1990 mengesahkan bahawa pentingnya peranan guru besar dalam membawa sekolah ke arah kejayaan.Bahkan sepanjang pemerhatian Fred M.aspek pembelajaran pelajar lazimnya dihubungkaitkan dengan kepimpinan guru besar yang baik ( Shahril 2000. dalam Ishak Sin 2006). Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan. Ungkapan Fred Hechinger yang sering digunakan oleh penyelidik- penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah: “Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah. McNulty et.(2005) menegaskan bahasa tugas seorang guru besar bukan sahaja terhad sebagai rutin pentadbiran sahaja malah guru besar perlu menggearkkan semua sumber sama ada material ataupun model insane\. Sesungguhnya demikian. Dalam setiap kes. . Berdasarkan ungkapan Fred Hechinger di atas.al. Dengan tindakan sedemikain para guru dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Malah guru besar yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membina sebuah sekolah kearah kecemerlangan.2007). ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak.al. jelas menunjukkan bahawa kepimpinan guru besar amat mempengaruhi pencapaian sekolah. jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya”(Davis & Thomas 1989:17.Hechinger. Peter Neil et. atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap.2001 dalam Norila dan Jamil. Seorang guru besar yang berkesan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya dengan menyediakan persekitaran yang kondusif supaya dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang cemerlang.

Ini dapat memastikan matlamat sekolah tercapai sebagaimana yang dirancang. (2007) mengenai sekolah dan keberkesanan kepimpinan menunjukkan bahawa organisasi sekolah yang semakin kompleks memerlukan anjakan amalan dan penyesuaian dari perspektif kepimpinan. Pada masa yang sama. Kepimpinan lestari merupakan satu model kepimpinan yang telah diasakan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink(2006) khususnya bagi menilai kepimpinan dalam bidang pendidikan. Kebolehan dan keupayaan seorang guru besar dalam mengarah. Kenyataan ini sealiran dengan pendapat Omardin (1996) yang berpendapat bahawa memimpin sesebuah organisasi bukanlah satu profesion yang mudah. Selaku pemimpin utama sekolah. guru besar harus membina landasan kepimpinan yang efektif serta sesuai bagi kesemua warga sekolah. Masalah persaingan antara sekolah dalam merebut kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan kemerosotan dalam elemen sahsiah dan emosi. Ini secara tidak langsung meletakkan warga sekolah dalam keadaan tertekan untuk merealisasikan matlamat pentadbir yang hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata.B. Bagi memastikan segala visi dan misi sekolah menjadi reality. Kajian tokoh pendidikan Harris. memotivasi. Al Ramaiah (1992) menyatakan bahawa tugas guru besar terlalu kompleks dalam memimpin dan mentadbir sesebuah sekolah. mentadbir. Gaya kepemimpinan baharu yang boleh diimplimentasikan oleh guru besar adalah kepemimpinan lestari. merealisasikan dasar transformasi pendidikan Negara juga turut menjadi tanggungjawab seorang guru besar. menginspirasi dan sekaligus mempengaruhi kakitangan bawahannya dalam mencapai matlamat yang dicita-citakan adalah unik dan tersendiri. guru besar memegang amanah dan tanggungjawab untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Pemimpin sekolah perlu mengubah imej dengan membangunkan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan .

teori ini tidak dipinjam dari mana-mana teori kepimpinan lain yang bersifat universal. Dalam konteks kajian ini.permasalahan sekolah.koakademik. ini bermakna. Oleh yang demikian. kokurikulum dan sebagainya. guru besar perlu berkebolehan mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif dengan gandingan tenaga semua kakitangan khususnya para guru agar dapat melahirkan sekolah yang berjaya. Gelaran-gelaran ini ditawarkan berdasarkan keunggulan sekolah dalam pelbagai aspek seperti akademik . penyelidik mengambil keputusan untuk menggunakan model kepimpinan lestari sebagai pembolehubah bebas dalam kajian ini. 1. Kajian ini dijalankan bagi memerhati. Tawaran Baru serta gelaran-gelaran lain yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. kepimpinan lestari boleh dijadikan asas. pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab moral untuk membentuk pelajar tanpa mengira etnik. taraf hidup dan sosiobudaya. penyelidik ingin memberi gambaran jelas tentang tahap tingkah laku dan amalan kepimpinan yang diaplikasikan oleh guru besar khususnya dalam membudayakan kepimpinan di sekolah sebagaimana yang telah diasaskan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink.2 Latar belakang kajian Setiap tahun terdapat sekolah-sekolah tertentu yang menerima gelaran Sekolah Kluster.(2003). meneliti dan merumuskan kepimpinan guru besar sekolah rendah sebagai kepimpinan lestari. Teori Kepimpinan Lestari ini merupakan salah satu teori kepimpinan yang telah diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan. Menurut Fullan (2002) dalam mencapai status sekolah cemerlang. Guru besar sebagai pemimpin utama sekolah memaikan peranan utama dalam sesebuah sekolah menerima tawaran sedemikian. Maka. agama. Oleh yang demikian. Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT). panduan serta amalan dalam kalangan pemimpin sekolah agar dapat .

Pada masa kini aspek kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama KPM. Tanpa kepimpinan lestasi yang dinamik sudah pasti keunggulan sesuatu sekolah tidak dapat dikekalkan. pemimpin bukan hanya berperanan untuk member arahan bagi mendapatkan kecerlangan. Melestarikan legasi kepimpinan guru besar merupakan pendekatan terbaik dalam usaha untuk memastikan prestasi kerja guru pada tahap optima. setiap pemimpin sekolah perlu memainkan peranan yang lebih proaktif serta memastikan kualiti pendidikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak masyarakat. Kepimpinan sekolah harus sentiasa berada pada tahap dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa depan Negara. Kejayaan membangunkan model insan secara holistik adalah atas peranan yang dimainkan oleh pemimpin yang cemerlang. Ini dapat membantu meningkatkan kerjasama yang baik dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian. Bennis(1989) menegaskan bahawa. guru besar dilihat sebagai agen perubahan utama di sekolah. Bennis(1989) menggariskan bahawa seseorang pemimpin perlu memiliki personality yang mulia untuk mencapai kecemerlangan. Ubben et. malah mereka juga membina kecemerlangan secara berkerjasama bersama kakitangan bawahannya. Kecemerlangan bermula dengan pimpinan pemimpin yang memiliki personality yang mulia dan melibatkan diri dalam keseluruhan proses kepimpinan. Dalam era globalisasi ini. Harapan mereka menjadi tanggungjawab utama kepada seorang pemimpin.melestarikan sekolah yang unggul sepanjang zaman. Oleh yang demikian.al(2006) berpendapat bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah berkesan menunjukkan bahawa para guru besar sekolah mempunyai . Ini adalah kerana masyarakat pada hari ini menaruh harapan yang sanggat tinggi terhadap keupayaan sekolah dalam menjayakan anak-anak mereka dalam akademik.

optimus dan memaparkan emosi yang tenang turut menjadi unsur penting bagi pemimpin sekolah.Inilah antara sifat-sifat atau cirri-ciri pemimpin berkesan daripada dapatan kajian beliau. bertanggungjawab. Pemimpin yang tabah. Mereka turut berpendapat bahawa seseorang guru besar mestilah proaktif. proaktif. berfikiran terbuka.(1982) pula mencatatkan guru besar sebagai individu yang istimewa dan mempunyai watak yang hebat. ia boleh mengakibatkan masalah sosial dalam masyarakat. Kajian Persell et al. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan berkesan mampu mempengaruhi kakitangannya untuk bekerja sepasukan serta dapat mempengaruhi komuniti luar berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah. Jika tidak. pintar dan berorientasikan matlamat. . Sebagai guru besar efektif perkara ini harus diberikan pemerhatian utama. Ini selari dengan prinsip kepimpinan lestari. tenang dan analitikal. Aspek pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan menjadi tugas utama bagi setiap pemimpin sekolah.mempunyai inisiatif yang tinggi. . Selain daripada ini. Kenyataan daripada Zenger dan Folkman turut selari bersama dengan kenyataan ini. Menurut mereka bahawa perkara yang paling penting perlu dimiliki oleh pemimpin yang berkualaiti atau kompeten adalah keupayaan mereka dalam menginspirasi dan memotivasi para pekerja kepada prestasi kerja yang lebih tinggi. tegas dan bersemangat. Guru besar perlu memiliki kemahiran interpersonal dan berkeupayaan dalam memberi inspirasi serta semangat kepada kakitangan bawahannya untuk bergerak lebih maju. komitmen yang tinggi. Kajian Davies & Thomas(1989) dan Blumberg & Greenfield(1986) turut berselari dengan pendapat Ubben. inisiatif. bersikap positif. Secara tidak langsung. asertif. Ini merupakan cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan lestari.daya ketahanan yang tinggi dan sanggup berkerja keras. masalah keciciran akademik dan moral dalam kalangan pelajar tidak dapat diatasi. suka membantu. dapat mewujudkan hubunga yang baik dengan guru. dinamik. bertenaga. sahabat dan rakan sekerja.

Menurut Sergiovannni(1994). Hargreaves dan Fink (2003) menyarankan bahawa kepimpinan lestari perlu menjadi komitmen dan keutamaan semua pemimpin sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. Dalam hal ini. kebolehan dan kemahiran. Guru besar perlu sentiasa dinamik dalam mengisi harapan masyarakat dan Negara. Sumber manusia yang berpuas hati berkerja dalam persekitaran yang kondusif dal selesa dapat meningkatkan produktiviti. suasana tempat ketja. latihan sahaja tidak mencukupi. guru besar perlu memberi penekanan kepada pembangunan professional serta memperbahurui strategi peningkatan mengikut keperluan semasa. perhubungan. Kesanya guru-guru akan menjadi pekerja yang produktif kepada sekolah. Guru besar perlu memberi perhatian kepada kewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa agar prestasi kerja guru meningkat. latihan. penyelidik mendapati kepimpinan lestari mempunyai semua elemen yang berupaya meningkatkan prestasi kerja guru. (1990) sebarang perubahan amalan pengurusan sumber manusia melalui gaya kepimpinan yang berkesan yang bertujuan mempertingkatkan produktiviti pekerja akan mengubah ikIim organisasi sesebuah organisasi. Menurut Kopelman et al. . Sebaliknya. Iklim organisasi pula akan mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung prestasi kerja kakitangan di sesuatu organisasi. sumber yang sedia ada dan pengaruh persekitaran. Faktor-faktor yang menjadi penentu tahap prestasi kerja kakitangan adalah motivasi. pembangunan profesionalisme berterusan melalui latihan dalam perkhidmatan harus diberi perhatian utama. nilai kerja. struktur ganjaran. sokongan. Oleh itu.

mengawal. Menurut Bass(1997). Salah satu daripada cirri-ciri kepimpinan yang tergolong dalam teori kepimpinan new millinium ialah gaya kepimpinan lestari. Menurut Fiedler (1967) . para pengkaji mula menujukkan minat dalam memilik teori kepimpinan new millinium dalam usaha memperbaiki keupayaan memahami keberkesanan kepimpinan. Menurut Suaidah (1983) amalan kepimpinan pemimpin sekolah berupaya memberi impak besar kepada tahap prestasi kerja guru. Pemimpin diharapkan supaya dapat memainkan peranan yang efektif dalam merancang. membuat keputusan.1. gaya kepimpinan yang tidak sesuai boleh mengundang rasa tidak selesa dan berupaya menimbulkan konflik yang berpanjangan antara pemimpin dan pengikut sehingga menggugat kestabilan dan keharmonian sesebuah sekolah. Ainon(2005) turut menyatakan bahawa perbezaan gaya kepimpinan mempunyai kesan penting ke atas produktiviti individu-individu yang mereka pimpin. Oleh yang demikian. pengetahuan tentang gaya kepimpinan membolehkan seseorang pemimpin untuk yakin dan berkemahiran sebagai pengurus. teori ini memberi kefahaman mengenai cara seseorang pemimpin yang . Namun. mengendalikan kolflik dan sebagainya. gaya kepimpinan ialah struktur yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepimpinan. Ini kerana kepimpinan yang baik oleh guru besar akan disenangi oleh kakitangan bawahannya. berkomunikasi. Kebelakangan ini. pentadbir dan juga pemimpin. Secara umumnya kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu konsep yang merangkumi tanggungjawab pentadbiran.3 Pernyataan Masalah Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu diperbincangkan oleh kebanyakkan institusi dan organisasi. Guru besar harus memupuk pengajaran dan pembelajaran dengan merealisasikan peranannya sebagai pemimpin sekolah.

guru besar telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang penting bagi mempengaruhi kejayaan atai kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah. termasuklah juga prestasi kerja guru. Maka gaya kepimpinan lestari dapat mengakibatkan peningkatan dalam prestasi kerja guru. komited terhadap matlamat dan mencapai prestasi melampaui sasaran. Yang kedua.Asher pada tahun 1990 bagi membina kerangka teori kajian ini. beberapa kesimpulan dapat dibuat.dapat mempengaruhi pengikutnya dalam sebarang situasi bagi melakukan pengorbanan diri. 1. Terdapat juga isu-isu yang wujud sebagai akibat dari amalan gaya kepimpinan yang tidak sesuai. . sekiranya guru besar hanya menjalankan tugas pengurusan dan pentadbiran maka keberkesanan kerja guru tidak akan mencapai pada tahap yang diharapkan. kepakaran. Ini adalah kerana model causal menekankan teknik analisis yang menghubungkan sebab dan akibat seseuatu kejadian dalam bentuk “cross-sectional”. Kesimpulan yang pertama. Antara aspek-aspek kompetensi yang dikatakan adalah dari segi pengetahuan.4 Kerangka teori kajian Penyelidik kajian memilih model causal (hubungan sebab – akibat) yang diperkenalkan oleh Herbert B. Berdasarkan perbincangan di atas. pengalaman. Guru besar sebagai pemimpin dan pentadbir utama sekolah dikesan tidak mempunyai tahap kompetensi yang mencukupi bagi melaksanakan pengurusan serta pentadbiran sekolah. sikap dan sifat positif yang dimiliki. kemahiran.

Semua guru di empat belas sekolah di daerah Bahau terlibat dalam kajia ini kecuali guru besar dan kakitangan bukan guru.6 Signifikan Kajian . ii. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.5 Batasan Kajian Setiap kajian yang dilaksanakan mempunyai batasan tertentu. Adaptasi daripada Herbert B.Rajah 1 Kerangka Kajian Amalan Kepimpinan Lestari dan hubungannya dengan Prestasi Kerja Guru.Asher (1983).Causal Modeling. 1.SAGE Publications. Kajian ini hanya dijalankan di empat belas buah sekolah rendah tamil dalam pentadbiran PPD Jempol & Jelebu sahaja. i.United State of America. Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa yang lain. Gaya kepimpinan lestari Peningkatan Amalan Guru Besar hubungan yang prestasi kerja guru mesra prasarana yang sesuai Sumber. Responden kajian ini hanya melibatkan guru-guru yang terdiri daripada guru- guru pelbagai jantina. 1. Kajian ini mempunyai beberapa batasan seperti berikut. umur dan pengalaman mengajar yang menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Antaranya ialah memberi keutamaan kepada asset manusia dan material. penyelidik berharap supaya semua pihak dalam bidang pendidikan mendapat gambaran yang jelas mengenai kepimpinan lestari kea rah peningkatan tahap prestasi kerja guru. Melalui kajian ini. mengagihkan kepimpinan kepada . Menurut kepimpinan lestari. Kajian ini berbentuk kuantitatif serta deskriptif ini dilakukan dalam bentuk soal selidik. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah tami. Kajian ini juga turut memberi panduan kepada pemimpin utama sekolah untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif. 1. Melalui pelaksanaan kajian ini. Ia akan membawa impak posotif kepada para guru bagi menunjukkan peningkatan dalam prestasi kerja mereka. kekuatan. peratusan.7 Kepentingan Kajian Kepentingan utama kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap amalan dan tingkah laku guru besar dalam membudayakan kepimpinan lestari di sekolah. seseorang pemimpin perlu memiliki beberapa ciri untuk melengkapkan diri menjadi pemimpin lestari. Ini dapat menjadi panduan kepada para guru besar untuk membuat penambahbaikan dalam gaya kepimpinan mereka bagi meningkatkan prestasi kerja guru di sekolah rendah. min dan sisihan piawai dan kolerasi. Menerusi kajian ini berharap dapat memberi maklumat dan panduan kepada guru besar di sekolah tentang tahap keberkesanan amalan kepimpinan lestari dengan tahap prestasi kerja guru. kelemahan dan cabaran dalam mengaplikasikan kepimpinan lestari dapat diperhati dan didokumentasikan. Jempol& Jelebu. Dapatan kajian akan dianalisi dengan menggunakan kekerapan.

Maka. Tahap prestasi kerja guru yang amat penting dalam merealisasikan pembentukan akhlak murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.orang bawahan. membina kapasiti dan kepelbagaian persekitatan sekolah. merupakan sarjana kepimpinan pendidikan sesuai dilaksanakan di sekolah. menitikberatkan faedah dan kemajuan untuk semua pihak sekolah. Kepimpinan lestari adalah satu-satunya gaya kepimpinan yang diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan serta belum banyak kajian yang dilaksanakan di Malaysia. kajian berasaskan Model Kepimpinan Lestari yang telah diasaskan oleh Hargreaves dan Fink. ii. Untuk mengenal pasti tahap kepimpinan lestari yang diamalkan oleh Guru Besar di sekolah-sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu. 1. Kebanyakkan sarjana sumber manusia berpendapat bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar dapat mempengaruhi peningkatan atau penurunan tahap prestasi kerja kakitangan bawahannya. memberi keutamaan kepada matlamat jengka panjang. Faktor yang mendorong penyelidik menjalankan kajian amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar adalah seperti berikut: i. Untuk meneliti amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar di Malaysia khususnya di daerah Jempol& Jelebu. kajian ini boleh memberi serba sedikit panduan.Oleh yang demikian. mencetus idea dan membuka ruang bagi pemikiran positif dalam kalangan guru besar untuk mengaplikasikan kepimpinan yang lebih berkesan. iv. guru besar memerlukan panduan yang dapat membantu untuk memahami kehendah dan keperluan semua warga sekolah. Negeri Sembilan. .8 Objektif Kajian i. iii. dan mewujudkan pemimpin pelapis. Oleh itu. mengutamakan dan memimpin pembelajaran di sekolah.

Untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan lestari dengan tahap prestasi kerja guru di sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu. 1. Apakah aspek prestasi kerja yang paling rendah dalam kalangan guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu? v. Untuk mengenal pasti aspek prestasi kerja yang paling rendah dalam kalangan guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu. Untuk mengenal pasti tahap prestasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu. Apakah aspek prestasi kerja yang paling tinggi dalam kalangan guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu? iv. Untuk mengenal pasti aspek prestasi kerja yang paling tinggi dalam kalangan guru sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu. Apakah hubungan antara amalan kepimpinan lestari dengan tahap prestasi kerja guru di sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu? 1.10 Definiis Operasional Beberapa istilah digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci. iii.9 Persoalan Kajian i. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian mungkin berbeza. iv. Apakah tahap prestasi kerja di kalangan guru sekolah tamil daerah Jempol& Jelebu? iii. v. Apakah tahap kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar di sekolah-sekolah rendah tamil daerah Jempol& Jelebu? ii. ii. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut: .

1 Pendahuluan . Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga(2000) Pimpin bererti bimbing.2 Kepimpinan lestari Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. pengalaman. Kepimpinan membawa erti “ keupayaan memimpin”. amalan membawa maksud sebagai sesuatu yang dilakukan ( dilakukan atau dikerjakan).10. kesungguhan serta waktu. 1.1 Amalan Menurut kamus Dewan edisi Ketiga(2000). Pemimpin perlu memilih kriteria- kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut criteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat. 1.10. (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).3 Prestasi Kerja Guru Definisi prestasi kerja menurut Hasibuan(1990) adalah suatu hasil kerja yang dicapai seseorang dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawapkan kepadanya yang didasarkan atas kecekapan. pandu atau tunjuk. Kepimpinan lestari ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.1.10.

3.3 Lokasi Kajian .2 Populasi Kajian Populasi kajian hanya tertumpu kepada sekolah rendah tamil di daerah Jempol& Jelebu. Guru dipilh sebagai responden kajian kerana mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan kepimpinan guru besar. 2005). Kajian dijalankan di empat belas buah sekolah rendah tamil di daerah Jempol& Jelebu. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Di dalam bab ini pengkaji menyediakan instrument kajian serta cara menganalisis instrumen kajian bagi mendapatkan keputusan kajian. Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa yang bertugas di semua sekolah rendah tamil di daerah Jempol& Jelebu.(McNulty et al. Negeri Sembilan. 3. Pemilihan responden adalah berdasarkan sampel rawak mudah supaya semua responden memiliki peluang yang sama untuk terlibat dalam kajian. Populasi guru ini melibatkan Guru Penolong Kanan Kurikulum. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru dwigender yang berperanan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan melalui secara kuantitatif. Bagi mengumpul data dari responden penyelidik mengunakan soal selidik. Hanya guru yang mengalami dan terlibat dalam kepimpinan guru besar berupaya memberi gambaran sebenar tentang gaya kepimpinan guru besar di sekolah sehingga mempengaruhi prestasi kerja guru dengan tepat. Guru besar di setiap sekolah tidak termasuk sebagai responden kajian ini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru biasa. 3.

4 Instrumen Kajian Hanya satu jenis instrument yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik. tidak termasuk guru besar. dan C sebagaimana dipetakkan melalui jadual di bawah. 3. Kaedah ini digunakan untuk memperolehi maklumat berkaitan amalan gaya kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar mereka. B. BAHAGIAN KANDUNGAN ITEM Demografi Responden . Kaedah soal selidik diberikan kepada 100 orang guru yang bertugas di empat belas buah sekolah rendah tamil di daerah Jempol&Jelebu. Penyelidik menggunakan satu boring soal selidik yang telah disediakan untuk dijawab oleh semua guru penolong kanan dan guru-grur yang lain. Dengan cara ini. Pada akhir kajian penyelidik dapat memberi cadangan bagi mengatasi masalah penurunan prestasi kerja guru. penyelidik dapat mengetahui sebab-sebab penurunan atau peningkatan prestasi kerja guru.Lokasi sekolah kajian adalah dalam bidang kuasa pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jempol&Jelebu yang terdiri daripada sekolah rendah tamil. Soal selidik yang diberikan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A.

Tempoh Perkhidmatan di sekolah kajian 6 7. Menghargai Aset B44-B48 Tahap Prestasi Kerja Guru 1. Taraf Perkahwinan 4 A 5. Kelayakan Ikhtisas 9 Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar 1. Jantina 1 2. Mutu kerja C6-C10 3. Kelayakan akademik 8 9. Menggalakkan Perkongsian dengan Rakan atau B23-B29 Organisasi Luar Sekolah (Mengagih Kepimpinan) 5. Ketepatan masa C11-C15 C 4. Penerapan Budaya Perkongsian Pembelajaran dalam B16-B22 Kalangan Guru (Penekanan kepada Matlamat Jangka Panjang) B 4. Kepelbagaian (Meneroka Kepelbagaian) B30-B36 6. Kuantiti kerja C1-C5 2. Umur 3 4. Keberkesanan kos C16-C20 5. Pemeliharaan (Faedah Untuk Semua) B37-B43 7. Bangsa 2 3. 1. Pengalaman mengajar 7 8. Pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran C20-C25 . Jawatan yang disandang 5 6. Mewujudkan Pemimpin Pelapis di Sekolah B7-B15 3. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan B1-B6 2.