You are on page 1of 7

Dengan Islam dapat melengkapkan hidup manusia kerana ia merangkumi semua bidang

kehidupan. Islam perlu dimasukkan keseluruhannya ke dalam hidup orang Islam dan tidak
boleh digantikan atau dicampur adukkan dengan fahaman atau budaya serta agama lain.
(Zainal Abidin,2010)

Petikan ini jelas menerangkan Islam adalah satu cara hidup yang bersifat menyeluruh dan
salah satu ciri-ciri islam islam Syumulliah. Umat Islam yang faham akan agamanya akan
sedar bahawa Syumulliah ini adalah nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umatnya. Dalam
Islam, sifat Syumuliah ini mencakupi pelbagai sistem penting dalam kehidupan seperti
sistem akhlak, masyarakat, politik, ekonomi, pendidikan dan jinayah. Marcapada ini, timbul
pelbagai isu negatif yang rata-ratanya sering dtunding kepada umat Islam. Lebih
mengecewakan lagi, jika isu-isu seperti ini terus dipandang sahaja oleh masyarakat, ia akan
menyebabkan umat Islam dipandang rendah dan seterusnya tidak melambangkan
keagungan institusi Islam.

Antara isu yang hangat diperkatakan di kaca television dan corong radio ialah statistik
penggunaan dadah dalam masyarakat. Namun apa yang merungsingkan ialah ia
kebanyakkan berlaku dalam kalangan umat Islam. Gejala dadah yang mana termasuk di
dalam sistem jinayah Islam, mungkin dapat dikurangkan jika diikhtiarkan bersama. Dalam
sistem jinayah Islam, hukum penggunaan dadah dicetuskan hasil daripada ijmak ulamak.
Hukum ini diqiaskan kepada hukum meminum arak justeru pengambilan dadah adalah
haram sama sekali. Pengharaman ini berpandukan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran
dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang
memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang
sama iaitu memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu
dan masyarakat. Hadis pengharaman arak adalah tunjang kepada pengharaman dadah itu
sendiri. Ini kerana arak dan dadah menggunakan illah yang sama.

"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan
yang terlibat dengan arak :orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperahkan
untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang
menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang
yang meminta dibelikan arak untuknya.

telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Namun. Disebabkan demikianlah proses penceraian dalam Islam adalah tidak mudah.T. Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa penyalahgunaan dadah digolongkan di bawah kesalahan hudud. hanya pengedar dadah sahaja yang akan dikenakan hukuman gantung. hendaklah berkata baik atau diam” (HR. hukuman tersebut tidak dijalankan terhadap penagih.A. Umat Islam sendiri haruslah mengambil inisiatif untuk mengelakkan daripada gejala ini daripada berputik.W dan mementingkan pendidikan dalam keluarga dan saudara-saudara yang lain. hendaklah memuliakan tamunya. .Dalam soal hukuman bagi penagih dadah. dengan mengambil kira jumlah dadah yang diedar. Sebagai langkah penambahbaikan. bermula daripada institusi kekeluargaan. Cerai adalah halal tetapi sangat dibenci oleh Allah S. perkahwinan merupakan cabang dalam sistem masyarakat. Oleh itu. Penagih mestilah dihukum sebat atas kesalahan hudud kerana asas hukumnya dengan dadah ialah sama. mengamalkan adab-adab Rasulullah S.. Di Malaysia. Rasulullah saw. Isu seterusnya yang akan dikupas ialah kes penceraian yang tinggi yang berlaku pada pasangan suami isteri beragama Islam. barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Penagih mestilah disabitkan kesalahan dan perlu dihukum.W yang amat dituntut bagi yang wajib menjalankannya. Sebuah masyarakat yang hidup berlandaskan tuntutan dan syariat Islam dan berusaha mewujudkan sebuah komuniti yang berakhlak mulia. hukuman yang sedia ada kurang atau tidak menampakkan perubahan positif pada rekod jenayah penagihan dadah di Malaysia. maka boleh mengambil keputusan untuk bercerai. Pada perspektif Islam. Jika diimbal semula. Beliau memberi hujah bahawa dadah adalah haram seperti arak dan pengambilannya juga adalah haram. jika pasangan suami isteri berasa tidak mampu untuk menjalankan hukum-hukum Allah. penceraian sepatutnya dianggap sebagai jalan terakhir bagi pasangan suami isteri. Al-Bukhari dan Muslim) Lebih molek lagi jikalau setiap keluarga berusaha memupuk segala nilai-nilai murni Islam dan setiap ahli kelaurga. hendaklah berbuat baik kepada tetangganya.A. Pesalah yang disabit kesalahan menagih dadah hanya menerima hukuman penjara atau ditahan di pusat pemulihan atau kedua-duanya. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir.W. hukuman sebat sewajarnya diperkenalkan secara beransur-ansur bagi mengelakkan ‘culture shock’. Perkahwinan atau munakahat merupakan sunnah Rasullullah S.

hendaklah taat pada perintah suaminya. Perbuatan ini timbul daripada perasaan belas kasihan terhadap pasangan yang juga merupakan saudara seislam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Isu yang ketiga ialah kemajuan ekonomi masyarakat Islam yang jauh ketinggalan. Kesefahaman perlu wujud dalam setiap pasangan bagi menghindari permasalahan yang lebih besar. Tidak janggal untuk mengatakan bahawa bukan golongan umat Islam yang mendominasi bidang perniagaan. Dalam salah sebuah hadis Rasullulah S. terdapat instrumen-instrumen perniagaan seperti al- . baginda bersabda maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman. isteri miliki pekerjaan yang lebih kukuh daripada suami. Selain itu.W bersabda. tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Walaupun dari segi status sosial. Mereka sepatutnya bersama membantu dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku. bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya. Secara rasionalnya.A. isteri wajib menghormati suami dan menuruti perintah suami melainkan perintah tersebut melanggar syariat Islam. yang berbunyi: Takutlah kepada Allah. hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya. Bagi menbendung permasalahan ini. Sebagai contoh. dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya. Individu-individu tersebut juga perlulah saling hormat-menghormati dengan tidak mengambil kira status pasangan. “Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya). Antara suruhan-suruhan tersebut adalah pasangan yang berkahwin mesti sedar akan tanggunjawab masing-masing. barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat.” (riwayat Al-Tabrani) Baginda juga menyentuh tentang kesedaran kaum suami. Rasullullah S. dan mengerjakan agama kepadanya. telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. kebanyakkan daripada hartawan-hartawan rata-ratanya adalah ahli perniagaan. pasangan suami isteri haruslah berbalik pada tuntutan agama dalam perkahwinan. kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu. maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya. yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. di dalam memimpin isteri-isterimu. Dalam sistem ekonomi Islam sendiri. insan-insan yang rapat dengan pasangan yang retak rumah tangganya haruslah tidak menyarankan penceraian sebagai jalan pennyelesaian.A. Sabda Nabi Muhammad SAW.W. Terdapat banyak hadis dan ayat-ayat Al-quran yang menerangkan perihal munakahat.

pembentukan kepribadian. Selain mengfokuskan kepentingan ilmu duniawi. penguasaan Ilmu. Barang siapa yang menginginkan akhirat hendaklah ia berilmu. rohani dan akal anak didik sehingga bisa terbentuk pribadi muslim yang baik.W bersabda. ia pun harus berilmu. pengajaran kebudayaan.a.Masyarakat juag tidak harus gentar dengan kegagalan kerana ia merupakan batu loncatan menuju kejayaan. . mengembangkan akal dan Akhlak. isu terakhir yang ialah sistem pendidikan yang gagal membentuk individu muslim yang berkualiti. tetapi itu tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada masyarakat Islam untuk menceburi bidang ini. Ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah S. Pembinaan dan pendidikan seperti inilah yang dimaksud dengan tarbiyah islamiyah.W. Nabi Muhammad S. Untuk melakukannya. guru dan juga ibu bapa berperanan dalam menerapkan ilmu-ilmu ini terhadap murid-murid. ilmu ukhrawi juga dititik beratkan dalam pendidikan Islam. Barang siapa yang menginginkan kedua- duanya sekaligus. Banyak manfaat jika ahli perniagaan mematuhi instrumen tersebut kerana ia dirangka dengan mempertimbangkan kemaslahatan individu-individu yang terlibat dalam urus niaga. Orientasi pendidikan Islam yang sejak awal tidak semata-mata menekankan pada pengisian akademik. Oleh itu. keterampilan bekerja dalam masyarakat.22). “Barang siapa yang menginginkan dunia. Pendidikan dalam Islam adalah Bimbingan oleh pendidik terhadap perkembangan jasmani. Walaupun bidang perniagaan merupakan satu fardhu kifayah. Ini adalah kerana terdapat banyak kesan buruk jika sesebuah ekonomi tidak dijalankan mengikut cara Islam. maka mereka telah mengharuskan seksa Allah pada diri mereka” (Hadis riwayat Imam al-Hakim daripada Ibn Abbas r. malah mengutamakan pembinaan Akhlak. Baginda bersabda “Apabila telah terang-terangan zina dan riba di satu negeri.” Seorang murid haruslah seimbang dalam mempelajari kedua-dua ilmu tersebut dan sentiasa mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. bermaksud pendidikan atau mendidik. hendaklah ia berilmu. sikap berani mengambil risiko dan gigih harus ada dalam diri. menghambakan diri kepada Allah dan menyiapkan anak didik untuk hidup di dunia dan akhirat.A. Selanjutnya. Hubungan Antara Islam dan Tarbiyah Islam adalah syari'ah Allah untuk seluruh manusia agar dijadikan pedoman dalam beribadah kepada-Nya termasuk di dalamnya membina dan mendidik generasi Islam agar menjadi hamba-hamba- Nya yang berserah diri dan patuh kepada syari'ah-Nya. Perkataan tarbiyah yang umum ketahui merupakan perkataan bahasa Arab.mudharabah. al-wadi’ah dan beberapa lagi instrumen lain. al-musyarakah.A.

Kedua-dua instiutisi pendidikan di rumah dan di sekolah adalah sama penting. Melihat kepada perkara ini. Akhlak yang mulia harus dipaparkan oleh guru di sekolah dan ibu bapa di rumah. umat Islam sendiri mampu menyelesaikan permasalahan. seharusnya menyeimbangkan pencapaian akademik dan sahsiah murid. maka sungguh ia seorang yang jahil. seperti yang dituntut dalam agama Allah ini. sistem pendidikan masa kini yang sepatutnya mempraktikkan cara pendidikan Islam. Umat Islam harus sedar akan perkara ini dan terus menerus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk agama Islam. jika seseorang insan punyai ilmu tinggi sekalipun. Kesimpulannya. . Frasa ‘individu berkualiti’ di sini mungkin membawa erti seseorang insan yang mantap akhlak dan sahsiahnya. Walaubagaimanapun. Sudah tiba masanya umat Islam dipandang tinggi seperti mana yang berlaku pada zaman kenabian dan khulafa’ Ar- Rasyidin. iaitu untuk mengejar keredhaan Allah. secara konsisten. intelek yang bagus. dan sentiasa memasang niat yang sama. Mana tidaknya. dengan tidak mengambil kira pencapaian sahsiah. penyelesaian ini boleh direalisasikan dengan perlaksanaaan usaha penambahbaikan oleh pelbagai pihak. Baginda bersabda.Merujuk kepada sistem pendidikan masa kini. bagi mendidikan anak muda untuk menjadi insan berguna. sudah tentu jalannya untuk meneruskan pelajaran ke university terkenal adalah mudah. jika seseorang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. jika sistem-sistem kehidupan dalam Islam yang berkaitan dengan isu-isu tadi diteliti dan difahami. pencapaian akademik semestinya menjadi kayu ukur utama bagi seorang murid. benar bahawa umat Islam adalah golongan yang dituding di dalam empat isu diatas. itu tidak membenarkannya untuk berbangga dengan ilmunya dan merendahkan orang lain yang kurang kepandaiannya. Tidak mustahil. Ini kerana. Apabila ia menyangka bahwa sesungguhnya ia sudah serbatahu. “Tidaklah henti-hentinya seseorang itu dapat dianggap orang berilmu selama ia masih terus belajar ilmu.” Guru dan ibu bapa terumatamanya menjadi suri teladan kepada anak muda yang terlalu focus kepada pelajaran akademik. Anak-anak muda adalah cerminan orang dewasa di sekeliling mereka.

57-62. June 29). B. n. N. Kewajaran Peruntukan Hukuman Berat Ke Atas Penagih Dadah di Malaysia Menurut Perspektif Shariah. T. . Retrieved March 25. PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM.Rujukan Hadi. S. SISTEM EKONOMI ISLAM. Mara. (2012.html Noor. Qardhawi.blogspot: http://urusetialandas. 2017. p.blogspot. June 21).net/2012/06/kewajaran-peruntukan-hukuman-berat-ke- atas-penagih-dadah-di-malaysia-menurut-perspektif-shariah/ Nurhabibah. F. Retrieved March 25. 2017. from sitinurhabibah1. Februari 20). PENILAIAN PENYALAHGUNAAN DADAH MENURUT FATWA ULAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM. Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah. Journal of Business and Social Development. A.blogspot. November 7). H.net: http://drazman. T. 15). (2014). from Dr Azman. Retrieved March 25. (2014.blogspot. from Fitrihadi. 2017. Retrieved March 25. Aplikasi Ujrah dalam Institusi Kewangan Islam.n. (2014). Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Ke-7 (p.blogspot: http://dambaanqolbu. (2013).html SABIR BIN ABDUL GHANI. A. & Pengarang.com: http://fitrihadi. Retrieved March 25.blogspot: http://sitinurhabibah1.my/2012/06/meneladani-rasulullah-dalam- kehidiupan.com/2014/11/senarai-21-hadis-dan-ayat-al-quran-tentang-kahwin-dan- nikah/ Ismail.. (2011. U. Menggapai Sinar ALLAH. from dambaanqolbu. F. 19. 2017. PENJELASAN HADIS HUKUM HARAM ARAK.my/2010/06/assalamualaikum-warahmatullahi. (2012. Y. (2010. Hadits Rasulullah Dalam Kehidupan Sosial. Singapura: Majlis Ugama Islam Singapura.my/2011/02/penjelasan-hadis-hukum-haram- arak_20. June 19). (Senarai) 21 Hadis Dan Ayat Al-Quran Tentang Kahwin Dan Nikah. S. (1997). M. 2017. from urusetialandas.html Karim.