TOPIK 1.

Pengenalan Kepada Matematik

• Konsep
- Klasifikasi
- Turutan/Seriasi
- Hubungan satu kepada satu
- Keabadian/pengekalan
- Komponen matematik

- Matematik dalam kehidupan seharian
• Teori Pembelajaran Matematik
- Teori Konstruktivisme
- Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial
- Teori Perkembangan Kognitif

• Tahap Perkembangan Matematik
- Kesediaan pembelajaran matematik
- Kesediaan terhadap nombor
- Kesediaan terhadap belajar matematik tahap tinggi

• Hiraki Pembelajaran Matematik
- Konkrit/inaktif
- Semi konkrt/ikonik
- Abstrak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.1 Konsep Asas Matematik (Pra Nombor)
Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan kepada
murid sebelum memperkenalkan konsep nombor. Kemahiran pra nombor ni melibatkan pengelasan,
turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.
1.1.1 Pengelasan (Klasifikasi)
 Warna
• Mengenal warna
• Menamakan warna
• Mencantumkan kad warna
• Mengasingkan warna
• Mengasingkan warna dengan objek
• Mewarna mengikut arahan yang diberi
 Saiz
• Membandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan.
• Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
• Menamakan saiz
• Mengasingkan objek semi konkrit mengikut saiz
• Memadankan saiz yang sama
• Mewarnakan saiz yang sama.
 Bentuk

1. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain. aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa. dan keluasan. konservasi dimaksudkan sebagai pemeliharaan ilmu asas dengan pranombor dalam kalangan murid.2 Seriasi /Turutan Seriasi/turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Edisi Ketiga (2002). Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim. nipis dan mengikut bilangan.4 Keabadian/Konservasi Mengikut Kamus Dewan. konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/ kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pra nombor. saiz. bilangan. disusun atau diatur di tempat atau dalam keadaan yang berbeza. tebal.3 Hubungan Satu Kepada Satu Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. bentuk. isipadu. objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Contohnya. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pra nombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal. pendek.  Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut  Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu  Memadan bilangan yang sama  Memadan bilangan objek dengan simbol nombor 1. pasangan dan sebagainya. panjang.1. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep hubungan satu kepada satu.1.  Jenis • Menamakan benda mengikut jenis • Mengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud) • Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial) • Mewarnakan/melukis objek mengikut jenis Kemahiran ini akan membantu murid mengenal nombor dan secara tidak langsung membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka pelajari dalam pelajaran selanjutnya. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil. • Mengasingkan objek mengikut bentuk • Menamakan bentuk • Memadankan bentuk yang sama dengan objek konkrit • Mewarnakan bentuk-bentuk yang sama. besar. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui lebih bermakna. Contohnya:  Mengatur objek mengikut jenis  Mengatur objek mengikut bentuk 1. lebar. .1. Konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan.

matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat.  Membolehkan manusia mengira umur. suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan. Berdasarkan kedua-dua definisi ini. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika dia tidak menguasai kemahiran menulis nombor.1 Teori Konstruktivisme Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah falsafah pendididkan yang berpegang teguh pada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina pengetahuan dan pengalaman . maka psikologi dalam pendidikan turut berkembang dengan pesat.1 Matematik Asas Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam tajuk-tajuk matematik yang lain.1. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran (P & P) Matematik. 1. murid didapati boleh membilang serta menulis tetapi sering menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.2.2 Matematik Sosial (Matematik Dalam Kehidupan Harian) Menurut Kamus Dewan.3. Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat. termasuklah Teori Konstruktivisme. kemasyarakatan. hari. Matematik bermaksud ilmu hisab.2 Pendahuluan dan Konsep 1. Dengan kata lain matematik bermaksud ilmu berkaitan dengan pengiraan. Sejak beberapa tahun yang lalu. membilang. berkaitan dengan persahabatan. perihal masyarakat. membilang serta menulis nilai sesuatu nombor. 1.2. Matematik asas merangkumi mengenal.F. Pada peringkat awal pembelajaran. Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Perkembangan Kognitif.1. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan.2.3 Teori Pembelajaran Matematik Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. bulan dan tahun.  Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu. menulis dan melakukan operasi nombor manakala matematik sosial merupakan kemahiran berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti masa dan waktu. teori behavioris yang dipelopori B.  Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu . Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. ukuran dan timbangan. 1. 1.1. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan. Antaranya ialah:  Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang.1 Komponen Matematik Komponen matematik boleh dibahagikan kepada matematik asas dan matematik sosial. pergaulan dan aktiviti masa lapang.

kecuali jika murid itu sendiri aktif untuk belajar. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan kecekapan (competency based). Di samping itu. ii. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses pembelajaran (process of learning). Murid membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Berorientasi pada pemecahan masalah Belajar matematik tidak sekadar learning to know. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan pembelajaran (learning centered). Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan kefahaman murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid. ii. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan. Di samping itu. Prinsip – prinsip dalam pembelajaran konstruktivisme adalah seperti: i. iii. Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme adalah seperti : i. Pembelajaran konstruktivisme ialah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. v. konstruktivisme menyarankan murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan . Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid (student centered).bergantung pada konteks dan bersifat unik serta tidak lazim diakses oleh individu lain. memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif (formative evaluation). ii. iv. Murid belajar bagaimana cara belajar. Murid aktif membina kefahaman secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan skemata yang dimiliki oleh murid. sebaliknya harus ditingkatkan menjadi learning to do. lengkap serta sesuai dengan konsep ilmiah. vi. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan. Konstruktisvisme merupakan satu teori pembelajaran berkaitan pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat. Murid belajar konsep matematik secara bermakna. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid. sehingga learning to live together. iii. iv. iv. learning to be. iii. v. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya. Falsafah pengajaran matematik perlu dibaharui secara asas menjadi paradigma dalam proses pembelajaran matematik iaitu: i. murid mengaplikasikan pengetahuan ini dalam situasi baharu dan mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

2002). Piaget. murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada pembelajaran secara kendiri.2 Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun 1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. Behaviorisme ialah teori yang memfokuskan pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al. malah . 1. 2003). Secara kesimpulannya. kucing dan burung di dalam makmal. Maka dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan data-data empirikal sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta -Wijaya.2. 2008). Guru-guru yang mengaplikasikan teori ini menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam P & P Matematik.3. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam P & P Matematik. dikawal dan diramal. Berbeza dengan penganut behavioris.2. tikus.sedia ada murid-murid tersebut. Ivan Pavlov dan B. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Dalam pendekatan konstruktivisme ini.1 Teori Tingkahlaku(Behaviorisme) Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi behavioris seperti Thorndike. Dalam pendidikan matematik. salah seorang tokoh konstruktivisme mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing. mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea.3. murid-murid juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baharu. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. 1. sehingga mereka bebas membangunkan pemahamannya sendiri (Asikin.2 Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial 1. Secara tidak langsung. Selain itu. Apabila murid-murid bekerjasama. Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks secara automatik berdasarkan Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau dipengaruhi persekitaran. Mereka berpendapat bahawa tingkah laku murid dipengaruhi oleh ganjaran (reward) atau pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya. persekitaran pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan.F Skinner.3. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan- tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. murid-murid biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari pada masa akan datang. tetapi lebih merupakan pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran mereka. murid-murid belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Murid-murid juga didorong untuk mengemukakan idea bagi menyelesaikan masalah.

cekap dan disanjungi. Persekitaran – sumber/bahan. 1.tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. Terdapat beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif seperti berikut: i. seseorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang mana perlu dilakukan. Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism oleh Bandura (Woolfolk. Hasil – walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Tingkah laku – tindakan individu. ii. sakit atau tidak membaca sesuatu soalan itu dengan teliti. Peringkat deria motor (0–2 tahun). 1996) ii. kesan atau akibat dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai. iii. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman. dari Switzerland. Oleh itu. ii. Contohnya seorang murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian kerana kemungkinan murid itu risau. kesan tindakan dan setting fizikal ii. harapan (expectation). Pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. 1998): i. Dalam enactive learning. maklum balas dan amalan supaya lebih cekap iv.teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. individu itu perlu lebih banyak latihan.3 Teori Perkembangan Kognitif Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget. seorang ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Motivasi dan Pengukuhan .pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini ialah tingkah laku yang dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling). Tumpuan – Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian. Daripada kajian dan pemerhatiannya.3. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: i. Vicarious learning . Pra-operasi (2–7 tahun). mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk. pilihan dan pernyataan lisan Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam teori ini: i. Murid- murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik. Faktor peribadi – kepercayaan. Enactive learning . iii. sikap dan pengetahuan iii. Operasi konkrit (7–11 tahun) dan iv. Pengekalan – Murid-murid hendaklah berusaha mengingat perkara yang telah diperhatikan agar dapat meniru tingkah laku model yang diperhatikan. .

Berdasarkan hasil interaksinya. Menurut Piaget. murid-murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium (Ketidakseimbangan) menuju Equilibrium (Keseimbangan). Menurut Jere Confrey (1999) “Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.  kesediaan afektif (sikap dan minat terhadap matematik) dan  kesediaan psikomotor (kesediaan fizikal). setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi.2 Kesediaan Terhadap Nombor Kesedaran terhadap konsep nombor terutama dalam kemahiran menambah dan menolak boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan perisian yang bersesuaian. bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Beliau juga menegaskan bahawa interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan sebaya penting untuk perkembangan mental. Skema merupakan memori atau gambaran tentang sesuatu. seorang anak yang bermain basikal diberi penjelasan oleh bapanya bahawa itu adalah basikal. Pada usia sebegini murid- murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. murid-murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baharu dengan skema yang telah dimiliki. . Oleh itu. Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam pembelajaran.” Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah. Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah. maka murid-murid kembali ke situasi equilibrium. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan murid itu sendiri. Disequilibrium merupakan situasi yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu murid-murid kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai dengan skema yang dia miliki.1. iaitu suatu keadaan murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya. Walau bagaimanapun. Jika pertanyaan tersebut terjawab. 2. 2.1 Kesediaan Pembelajaran Matematik Kesediaan pembelajaran matematik terbahagi kepada 3 jenis:  kesediaan kognitif (perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada). Selain skema. Misalnya. Adaptasi merupakan proses menyesuaikan skema yang dimilikinya dengan situasi baharu di persekitarannya. Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Di samping itu. Misalnya. murid mengembangkan Scheme(skema).1. guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. maka anak tersebut akan memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya. bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata).1 Tahap Perkembangan Matematik 2.

 Continuous= bahan yang digunakan bukan untuk tujuan pengiraan. 2.2 Semi konkrit/Ikonik Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid-murid telah menguasai kemahiran matematik pada peringkat konkrit. Murid-murid belajar melalui pengalaman.2. Guru perlu merancang dan menyediakan latihan-latihan yang menggunakan objek konkrit kepada murid-murid. dalam pengajaran konsep nilai tempat. Implikasi pengajaran dan pembelajaran seperti ini ialah:  Membantu muid-murid yang pasif untuk belajar secara lebih bermakna menggunakan objek konkrit. 2. Adalah penting bagi guru untuk mengetahui beberapa ciri asas yang berbeza pada setiap matematik manipulatif dan bagaimana perkara tersebut memberi kesan kepada murid yang bermasalah.2.1. pelbagai sensori digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. alat timbang dan sebagainya). Terdapat dua jenis matematik manipulatif iaitu:  Discrete=bahan/objek yang boleh dikira (murid. meneroka bahan dan mengubah suai bahan. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat perlu untuk mengajar konsep matematik. Contohnya. penggunaan blok-blok sebagai bahan bantu mengajar amat berkesan bagi membolehkan murid-murid memahami konsep nilai tempat menerusi bahan yang digunakan tanpa perlu membuat pengiraan secara membilang satu-satu. alat penyukat. unifix cube.2 Hieraki Pembelajaran Matematik 2.3 Kesediaan Terhadap Belajar Matematik Pada Tahap Tinggi Pengetahuan dan kemahiran asas dikuasai sebelum belajar matematik tahap tinggi. Pengajaran pemahaman secara konkrit perli diajar terlebih dahulu sebelum ke pengajaran beralih ke peringkat semi-konkrit dan abstrak. Pada peringkat konkrit ini.1 Konkrit/Enaktif Murid-murid perlu mempunyai pengalaman konkrit untuk memahami sesuatu konsep seperti memegang. Pada peringkat semi konkrit. Pembelajaran pada peringkat ini memerlukan seseorang murid menggunakan kepada sesuatu objek konkrit atau objek sebenar bagi menyelesaikan sesuatu masalah. counting block.  Guru menyampaikan idea tentang sesuatu konsep dengan melibatkan pemahaman konkrit murid-murid. tetapi digunakan untuk tujuan pengukuran (pembaris.2. murid-murid yang melalui pembelajaran peringkat konkrit dapat menguasai sesuatu perkara atau konsep yang dipelajari dengan mudah menggunakan sesuatu objek konkrit atau sebenar. Oleh itu. mainan dan sebagainya).  Melibatkan pemahaman konseptual dan prosedural dalam struktur yang dilaksanakan oleh guru. murid-murid yang telah menguasai peringkat objek konkrit akan diperkenalkan pula dengan gambar-gambar yang mewakili objek tersebut secara perlahan-laha/beransur- .

Oleh itu. Pelajar juga berasa lebih yakin apabila setiap masalah matematik dapat diatasi menerusi pembelajaran peringkat semi-konkrit. pelajar berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik secara berdikari. Penekanan diberikan pada penyesuaian simbol yang abstrak seperti nombor kepada objek di dalam proses penyelesaian masalah. maklumat yang guru sampaikan boleh diterima oleh murid-murid melalui pembacaan. Gambar yang dilukis oleh murid-murid mewakili objek konkrit dalam menyelesaikan masalah. mendengar dan menyentuh dalam aktiviti-aktiviti seperti menulis. Secara tidak langsung. bertutur dan melukis.ansur. mengasingkan mengikut ciri-ciri tertentu. melihat. Apabila pelajar belajar melukis bagi sesuatu simbol yang abstrak kepada objek dalam penyelesaian masalah. . murid-murid dapat mengukuhkan pemahaman secara semi konkrit tentang sesuatu konsep adalah disebabkan kesamaan lukisan gambar-gambar dengan objek konkrit yang digunakan ketika pembelajaran peringkat semi konkrit.