CREATIVE & CRITICAL THINKING

BLHC 4032 SEMESTER II SESSION 2016/2017

FACULTY OF MANUFACTURING ENGINEERING

FINAL REPORT

BMFG SECTION 1/1

NAME MATRIC NUMBER
MOHD RUSYDI AZIM BIN MOHD SATTAR B051510024
NADIRA NAJWA BINTI NAZKHAR B051510019
SYARMINE AFIQAH BINTI AZMAN B051410298
MUHAMAD HAIREE IZWAN BIN ABU BAKAR B051410235
MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU HANIP B051410199

TIONG JING YIN B051410161

CONTENT
I. PENGENALAN ................................................................................1-2

II. PENYATAAN MASALAH .............................................................

III. CADANGAN IDEA INOVASI SOSIAL .........................................

IV. PERBINCANGAN ............................................................................

V. PENUTUP ..........................................................................................

VI. RUJUKAN .........................................................................................

VII. LAMPIRAN .......................................................................................

PENGENALAN
Latar belakang

Kejadian tanah runtuh merupakan satu proses geologi yang berlaku disebabkan oleh
ketidakstabilan tanah, besar pergerakan tanah, batu-batu besar jatuh, anjakan jisim dan lain-
lain. Kejadian tanah runtuh sering melanda kebanyakan negara di dunia tidak terkecuali
Malaysia. Hal ini telah mengakibatkan kehilangann saudara-mara serta kemusnahan harta
benda berbilion-bilion ringgit serta dialami oleh mangsa. Kemusnahan harta benda terutama
rumah, bangunan, dan kemudahan awam terutama jalan raya. Akibatnya, kerajaan terpaksa
membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membina semula kemudahan ini atau
memberikan bayaran pampasan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh.

Faktor yang berpontesi menyebabkan berlakunya tanah runtuh boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu faktor alam dan faktor manusia. Dari segi faktor alam, kejadian
tanah runtuh sering dikaitkan dengan perubahan kedudukan tanah sesuatu kawasan itu.
Antara contoh kawasan yang sering dilanda tanah runtuh ialah lereng bukit, kawasan projek
perumahan dan juga kawasan berhampiran dengan aliran air seperti sungai. Selain itu,
kejadian tanah runtuh juga selalunya berlaku di negara tropika di mana mempunyai taburan
hujan yang tinggi. Kedudukan Malaysia di iklim khatulistiwa telah mengakibatkan taburan
hujan yang tinggi. Menurut kajian Mokhtar Johari (UKM, Bangi) purata di Malaysia adalah
2400mm setahun. Taburan hujan merupakan antara punca berlakunya tanah runtuh. Di
samping, menurut Ibrahim (1985) kegagalan cerun disebabkan oleh kejadian hujan lebat
dalam tempoh masa yang panjang.

Dari segi manusia, pembangunan infrakstuktur, lebuhraya, perumahan, pembalakan
pokok-pokok telah mengakibatkan pengubahsuaian cerun. Projek pembangunan yang tidak
seimbang disebabkan oleh keghairahan manusia mengejar kemodenan sebenar. Pembangunan
yang tidak seimbang ini sering mengabaikan pengekalan alam sekitar terutama hutan atau
penggunaan alam sekitar dalam sesuatu projek pembangunan tersebut. Hal ini telah
mengakibatkan hujan lebat dan mencetuskan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.

Fenomena tanah runtuh mengundangkan kebimbangan masyarakat di seluruh dunia
dan memberikan impak negatif yang besar kepada mangsa tanah runtuh. Oleh itu, risiko
akibat kejadian tanah runtuh harus dikurangkan,

Objektif kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan risiko terhadap manusia, bandar, alam sekitar
dan tanah supaya kerugian oleh mangsa dan kerajaan dapat dikurangkan. Bagi memenuhi
tujuan kajian yang telah ditetapkan, objektif utama kajian ialah:

1. Mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering berlaku kejadian tanah runtuh.
2. Mengkaji produk inovasi untuk mengesan struktur bumi tanah di kawasan yang sering
berlaku kejadian tanah runtuh.
PERNYATAAN MASALAH

Satu tugas yang dikenali sebagai projek akhir idea inovasi sosial
telah diberikan kepada pelajar dan dikehendaki bekerja dalam kumpulan.
Hasil perbincangan melalui pertemuan pertama, kumpulan kami telah
bersetuju untuk mencari penyelesaian kepada masalah sosial yang kini
semakin meruncing dan membimbangkan iaitu, masalah tanah runtuh di
negara.

Figure 1 Antara kes kejadian tanah runtuh di negara kita

Kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada
gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Berdasarkan kajian (Rundell,
2002, p. 798), definisi runtuhan cerun atau landslide ini difahami melalui
konsep runtuhan tanah dan batuan yang besar ke bawah kaki gunung
atau cerun yang curam. Kajian ini menunjukkan bahawa kejadian tanah
runtuh hanya berlaku di kawasan cerun yang curam. Namun dalam kes–
kes tertentu kawasan yang bercerun landai juga boleh berlaku pergerakan
cerun yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang akan dijelaskan dengan
lebih terperinci di dalam perbincangan seterusnya. Manakala, (The
American Heritage, 2000, p. 1102) pula menyebut tanah runtuh atau
Landslide sebagai “The downward sliding of a relatively dry mass of earth
and rock” iaitu gelongsoran ke bawah jisim separuh kering tanah atau
batuan.

Kejadian tanah runtuh ini secara langsung dan tidak langsung
melibatkan banyak pihak dan memberi impak buruk kepada sosial.
Antaranya adalah, kemerosotan ekonomi negara kerana kerosakan
infrastruktur seperti kerosakan jalan raya dan terjejasnya sistem
perhubungan jalan raya juga sistem komunikasi. Kejadian ini juga
menyebabkan kehilangan nyawa seperti yang berlaku di Tanah Runtuh di
Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban
dan ramai yang tercedera. Akhir sekali, impak buruk sosial ini juga
melibatkan perubahan landskap muka bumi kerana ia mendorong lalu
menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan
pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas.

Figure 2 Kemusnahan kediaman akibat penimbusan aliran tanah runtuh (Taman Hillview, Ulu
Kelang)

Berdasarkan kajian dan defini yang telah dijelaskan di perenggan
pertama, dapat dilihat bahawa kejadian tanah runtuh ini kebiasaannya
dikaitkan dengan kawasan tanah tinggi dan melibatkan pergerakan serta
pemindahan sejumlah besar bahan muatan seperti tanah dan juga batu–
batan. Kejadian tanah runtuh berkenaan terjadi akibat daripada pelbagai
faktor yang kadangkala juga berlaku di kawasan yang mempunyai sudut
kecerunan yang rendah khususnya akibat faktor kegiatan manusia. Hal ini
dapat disahkan kerana menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena
kejadian tanah runtuh ini juga boleh berpunca daripada kegiatan
pembalakan hutan secara berleluasa oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab dan akhirnya menyebabkan hakisan tanah.

Profesor Dr Habibah Lateh dari Universiti Sains Malaysia pula
berkata, rekahan kecil merupakan tanda tanda awal untuk masalah tanah
runtuh, kebiasaannya rekahan bersaiz kecil dan pendek akan wujud pada
bahagian atas cerun bukit pada peringkat awal akibat aliran air yang
melembutkan struktur bawah tanah. Rekahan itu akan menjadi lebih besar
sekiranya pengaliran air bawah tanah menjadi deras dan melonggarkan
struktur tanah yang menyebabkan tanah runtuh. Menurut Profesor Dr
Habibah, sekiranya rekahan kecil itu dikesan awal, ia mungkin akan
menyelamatkan nyawa ataupun harta benda yang ada di sekitar cerun-
cerun bukit yang berisiko tinggi itu.

Antara kawasan yang pernah berlaku kejadian tanah runtuh adalah
di kawasan Kuala Kangsar di kilometer 64 km, Tanah Taman Hill View pada
20 November 2002, Highland Tower - Ulu Kelang dan banyak lagi di sekitar
Malaysia. Menurut kajian, lokasi-lokasi menunjukkan bahwa kedudukan
geografi semua kawasan di atas didapati kawasan berbukit, tanah jerlus
atau kawasan cerun buatan manusia kerana penyelenggaraan dan
pemeriksaan yang tidak mencukupi. Berdasarkan kejadian ini beberapa
permasalahan dapat dikenal pasti dan beberapa usaha telah dibuat.
Penyelesaian dengan melakukan kajian penyelidikan juga dilakukan oleh
pihak yang terbabit. Melalui hasil kajian penyelidikan dan permasalahan
yang ada, kumuplan kami telah datang dengan satu idea inovasi bagi
membantu menyelesaikan atau mengurangkan masalah kejadian tanah
runtuh di negara ini.

Idea inovasi yang dibincang adalah dengan meghasilkan satu
peranti tanpa wayar yang ditanam ke dalam kawasan-kawasan yang
berisiko untuk berlaku tanah runtuh, kawasan cerun bukit dan juga
kawasan pembalakan. Peranti ini dilengkapi dengan fungsi sensor dan
dapat mengesan sebarang gegaran awal dari dalam tanah melalui
getaran tanah dan geleseran tanah yang berlaku. Inovasi juga telah
ditambah dengan menjadikan peranti ini mudah mengesan kejadian
pemabalakan haram sekaligus menghantar signal kepada Jabatan Alam
Sekitar (DOE).

Buku

Robert W. Day, H.N. (1999). Geothecnical and Foundation
Engineering.Prepared by Geologist of Massachusetts Institute of
Technology, design and construction of retaining wall and
groundwater (pp.15.3-16.3). New York:McGraw-Hill

Rujukan dalam talian (Online References)

 Jabatan Kerja Raya Malaysia, (2011). Pelan Induk Cerun Negara
2009-2023 : Gambaran Keseluruhan Tanah Runtuh. Sumber
daripada http://www.kkr.gov.my/files/004_89
 Syefry Morniz (2016, Dis 27) Kejadian Tanah Runtuh Berlaku Pantas.
Utusan Online pos : Malaysia. Sumber daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/kejadian-tanah-
runtuh-berlaku-pantas-8211-mangsa-1.424852
 Program Geologi Fakulti Sains & Teknologi, UKM (2007). Kesan
Kejadian Tanah Runtuh. Sumber daripada
http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3072/K
ump%203/Web-kesann.htm