PENGENALAN Kerajaan Turki Uthmaniyah (TU) telah diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul

bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi. Iaitu sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari

kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan laut Caspian. Beliau merupakan

seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol ketika memberi

khidmatnya kepada kesultanan Salquq dan berjaya menumpaskan pihak Byzantine sehingga

Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al Uthman.1 Hal

ini telah menyebabkan empayar tersebut telah dikenali berdasarkan namaya iaitu Empayar

Uthmaniyah.2 Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh

pemimpinpemimpin lain selepasnya yang mempunyai kekuatan peribadi dan moral yang

tinggi iaitu seperti Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad

alFatih, Sultan Salim I dan mencapai tahap kegemilangannya pada zaman Sultan Sulaiman

Qanuni (1520-1566). Pemerintahan yang hebat di kalangan pemimpin ini telah meletakkan

empayar TU dalam keadaan yang sangat hebat sehingga mampu berkembang sehingga

Afrika Utara disebelah barat daya dan Parsi di sebelah Timur. Kesultanan Uthamaniyah

mempunyai lebih banyak taklukan di Eropah berbanding Asia.3 Ini membuktikan bahawa

para pemimpin kerajaan TU lebih cenderung dalam memperluaskan kekuasaan mereka ke

Eropah.

1

Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan

Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), Prospecta Printers, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 5.

2 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Thinkers

Librarys ,2000, hlm. 123. 3 Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara

Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.56

1

TU mulai mengalami kemerosotan semenjak pemerintahan Sultan Salim II. Kekuatan TU

tidak lagi mampu bertahan sehingga akhirnya tumbang sepertimana yang terjadi kepada

pemerintahan khalifah lain terdahulu. Namun, kejatuhan TU bukan sekadar kerana

kelemahan pemerintahnya tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti proses

Tanzimat, Nasionalisme, Kelonggaran ketenteraan, Pengkhianatan dalaman dan Ancaman

Luaran. Hal ini akan dibahaskan melalui esei ini. FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TURKI

UTHMANIYAH 1.0 Kelemahan Pemerintah Pada Awal abad ke-17, kerajaan TU berada

dalam keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti akibat

kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran Sultan berganti polisi

kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap goyah. Lima orang sultan pertamanya

pada abad ke -17 meninggal sebelum menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin

sangat bergantung kepada para pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara. 4 Kurun

ini menyaksikan kelemahan ramai pemerintah TU. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat

sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M),

Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M),

Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III

(1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773

M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). 5

45

Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm. 69 Ali

Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah, Pustaka AlKausar,

2003, hlm .403-425.

2 .

Hal ini berikutan Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah dipengaruhi oleh perempuan kerana mereka hidup terkurung di Istana Harem. Beliau takut melihat kematian Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. 9 Harem. 8 Fadhlullah Jamil. hlm. hlm.. 6 . kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. hlm 528-529.Selain itu.10 Maka. 8 Kelemahan Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan TU ke lembah kejatuhan. Sultan hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki.3. kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem. 404. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Golongan Harem berusaha untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi 67 Ibid. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan pengaruh perempuan dalam pemerintahan TU. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan . Fadhlullah Jamil. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman para wanita.Sultan Utsman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun..9 Mereka dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan mereka lemah dan tidak pandai memerintah kerajaan. 7Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap zalim. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak tujuh kali. Ibid. iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan rumah.

hlm. 3 .4. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.59. hlm.. 10 Mohammad Redzuan Othaman.Pergolakan.

berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa. Maka. 2. Selain itu. sikap pegawai kerajaan TU juga berpecah-belah. 11 Kelemahan yang wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah belah dan mempunyai matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada kejatuhan TU.sultan sehingga sanggup membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai komplot agar cita-cita mereka tercapai. Mereka sangat mementingkan kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukan.12 Selain itu. Golongan istana tidak bersatu padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat jawatan tinggi juga berpecah belah pada abad ke-18.0 Proses Tanzimat . Al-Syihabiyun di Libanon. Zahir Al-Umar di Palestin dan sebagainya. berlakulah perebutan kuasa sehingga menyebabkan suasana politik lemah dan kepimpinan menurun dan pemerintah gagal mengawal situasi ini. Contohnya golongan pembesar daerah derebey yang menguasai kawasan-kawasan lembah kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan kemerdekaan sendiri. pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada TU adalah seperti Mamalik di Iraq. Alu Al-Azim di Suriah.13 Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah TU sehingga pembesar berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan TU. Akibatnya.

12 Fadhlullah Jamil. Hogson.Salabi.11 Marshall G. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III. 712. hlm. hlm. 4 . Dewan Bahasa dan Pustaka.).166. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia.4. Mohd Razali Masrun (terj. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. 13 Ali Muhammad Ash. hlm.S.

Situasi ini semakin membuatkan TU semakin parah dan terperangkap dengan situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia.39. sistem kerahan tenaga.). menyusun dan memperbaiki. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman sekular yang membahayakan TU. 15 Marshall G. Dalam sejarah TU. Maknanya dari sudut sejarah pula ialah gerakan pembaharuan dalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M mengikut institusi-institusi dan undangundang eropah. pembaharuan ini merangkumi pembinaan infrastruktur canggih seperti pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat menerusi Anatolia terus ke Baghdad. Piagam Hatt-IHumayum lebih menegaskan tentang sekularisme iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang syariat Islam.15 Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran. Hogson. Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan TU dalam tahun 1939-1876. penyelarasan sistem cukai. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks TU adalah pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Ia adalah gerakan pembaharuan dan penyusunan mengikut cara Eropah dan pihak Barat. hlm. Mohd Razali Masrun (terj. Empayar Serbuk Letupan .S. persamaan hak individu dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan islam.1718 TU berhutang sehingga menyebabkan tekanan daripada pihak Eropah 14 Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa Turki Uthmaniyah dalam istilah politiknya. Lihat Eeman Mohamed Abas.Humayun (1856) oleh Sultan Abdul Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha.Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah Islamiah. Dari sudut ekonomi. 16Sebenarya proses ini amat dinanti- nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini menguntungkan mereka dan rakyat kristian yang berada di bawah TU. Pemodenan yang dilakukan bermula dengan pengistiharan Hatt-i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I.Tanzimat14 bermaksud mengatur.

126127.200. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III.. 17 Marshall G. 16 Fadhlullah Jamil.S.dan Zaman MOden jil III. Mohd Razali Masrun (terj.200 5 .303 18 Ibid. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. hlm. Hogson. hlm. hlm.). hlm. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.

setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta . sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di TU. Pada 1876. Hal ini menyebabkan barangan daripada Eropah telah memenuhi pasaran TU dengan harga yang sangat murah sehingga menghancurkan ekonomi TU sendiri. sebuah Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah sekular. hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah melebihi daripada 200 juta pound Sterling.20 Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU. Dari sudut sosial. membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan Uthmaniyah.19 Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman besar dari Eropah. kain-kain yang dibuat di luar negeri . Contohnya kemasukan barangan luar secara berterusan. Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan seperti Amerika menubuhkan .21 Maka. adalah daripada bahan mentah Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria. Pendidikan sekular ini tertumpu kepada karya sastera tertentu. arena persuratan berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen barat.yang mendesak agar Istanbul menghapuskan sekatan Import. yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal kewangan Uthmaniyah.

Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil III. 302.). hlm. hlm. 102.. 21 Mohammad Redzuan Othaman. Hogson. Marshall G. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia.S.19 20 Mohammad Redzuan Othaman. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. hlm. 6 . 103. Mohd Razali Masrun (terj.

3. Pada 1869 Menteri kehakiman TU telah menubuhkan makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara. pengenalan undang-undang barat juga telah dibawa masuk yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. kapitalisme. hlm. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian Pelajaran (1857). imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam TU. kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan.162. kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat yang bertunjangkan sistem demokrasi.24 Malahan. 104 Ibid. Malahan.Universiti Bosporus (1863) dan Maktab Protestan Syria ( 1866). 7 . Manakala Perancis mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St. polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan.23 Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh TU dan mendorong kejatuhan TU.. hlm. Joseph pada 1875. kesultanan TU. Dari sudut politik dan pentadbiran.0 Kelonggaran Ketenteraan Situasi ini melemahkan 22 23 24 Ibid.22 Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme. Fadhlullah Jamil. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan.

Tetapi. bahawa TU adalah sebuah kerajaan yang luas dan bagi menampung keluasan ini sistem ketenteraan yang cekap amat penting. disiplin ketenteraan yang mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat. apabila keaadaan ketenteraan yang tenat. 25 26 . rasuah dan sebagainya. tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan. Pada awalnya.Kekuatan TU ketika zaman keagungannya adalah dari segi ketenteraan dan ini terbukti dengan siri-siri perluasan kuasa yang dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. pengawalan kawasannya menjadi lemah dan TU mulai goyah dan secara perlahan-lahan menuju kejatuhan. Namun. Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan. Perlu saya tegaskan. pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan. Kelemahan disiplin dikalangan pegawai atasan akibat penjualan jawatan dari peringkat atasan.27 Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan kerajaan TU ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran. pelantikan adalah berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan. 25 Selain itu.26 Malahan pasukan tentera telah diwarnai dengan unsur- unsur rasuah dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak.

hlm. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. 150151. 27 Marshall G. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden jil III.4. Fadhlullah Jamil.).S. hlm 65. Hogson. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan.Mohammad Redzuan Othaman. hlm. 8 . Mohd Razali Masrun (terj.

29 Gerakan perkauman ini 28 29 . Malahan. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan mengupah pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara Barat. ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan kewajiban membayar cukai gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti lain sebagai ganti perkhidmatan tentera. pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari kelemahan pasukan Janissari. Sesiapa sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera berbeza dengan sebelum. Namun.28 ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat.Akibatnya. sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat yang berbilang kaum di bawahnya. institusi pendidikan sekular dan perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan lain yang ada membolehkan ideologi dan pemikiran baru yang diterapkan Eropah termasuk konsep revolusi. nasionalisme dan imperialism telah menyuburkan semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentimen memerdekakan tanah Arab dari Turki yang berkobar-kobar. Tetapi langkah 4. Sultan Mahmud II misalnya telah membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang disembunyikan di Istananya. nasionalisme yang diimport dari Barat ini merupakan senjata yang amat ampuh.0 Pergerakan Nasionalisme TU kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud didalamnya. perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing sehingga menjerumuskan TU ke jurang kejatuhan.

hlm. Adnan. 17 9 . Krisis Timur Tengah. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.Mohammad Redzuan Othaman. Hamedi Mohd. 91. hlm. Penerbit Amal. 1991.

masyarakat Maronite di Lubnan juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuashati dianggap masyarakat kelas kedua. Contohnya di Arabia. gerakan kemerdekaan Arab ini telah di taja oleh Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan dunia Islam.merupakan faktor keruntuhan TU kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan TU. Malahan nasionalisme mengandungi bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat abasiyah yang diharamkan oleh Islam. Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat Islam antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat. Selain itu. Golongan ini Berjaya menakluki Mekah tetapi seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan pergerakan ini Berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Sebenarnya. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan agama kerana terpengaruh dengan janji British. Kewujudan sentimen perkauman antara masyarakat Turki dan Arab ini memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila beliau telah mengenakan tindakan keras kepada masyarakat Arab dalam proses melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi sebaliknya tindakan itu ditafsir sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti- Arab. Selain itu.30 Sentimen anti Turki wujud bermula abad ke-19. telah wujud pergerakan Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta menentang amalan korupsi didalam TU. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan pada 1860. Pemberontakan yang 30 . Syarif Husain telah memberontak terhadap kerajaan TU pada Jun 1916 melalui komplot yang didalangi British.

hlm. 56.Fadhlullah Jamil. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. 10 .

Nasionalisme Arab dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang pertama. Kerajaan TU akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan Arab dan Berjaya mengalahkan TU dengan bantuan pihak British.31 Nasionalisme Turki juga berperanan menjatuhkan kerajaan TU sendiri. matlamat persatuan ini digariskan oleh orang Yahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba memecahbelahkan umat Islam. Nasionalisme Turki. hlm. Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul al-Hamid II dan menggantikannya dengan perlembagaan. hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924.. Pertubuhan ini menyeru kepada konsep baru seperti tanah air. kebebasan dan keadilan. Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti).32 Akhirnya. selepas Barat menjajah negara Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat kerajaan Islam dibawah TU adalah seribu kali lebih baik dari Barat. Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya peperangan yang mengugat TU. Kerajaan ini tidak mampu bertahan dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti untuk membahagi-bahagikan wilayah TU. Pertubuhan al-IIttihad wa al-Taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat Turki. perlembagaan. hlm. . Nasionalisme Arab seiring 31 32 Ibid. 306. persamaan dan kebebasan. 70-71. Yang memalukan. keadilan dan reformasi. Malahan Nasionalisme yang diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan. Pada akhirnya. Eeman Mohamed Abbas.

11 .

34 Situasi ini diakui oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877/ 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui bahawa: 33 34 Fadhlullah Jamil. yang lebih menyedihkan adalah kemunculan para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah dan bersekongkol dengan pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri. Malahan. Terpesong dari ajaran Islam bermakna kelunturan nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling ke arah dunia sehingga memporak-perandakan keadaan masyarakat yang sudah sedia tenat dalam kerajaan TU. Candu dan pelacuran semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. 5. Hal ini terbukti apabila ramai menghiaskan diri dengan tangkal. hlm. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Selain itu.dengan perancangan Barat dalam membangkitkan permusuhan dalaman TU ini berjalan lancar sehingga mengheret kerajaan TU ke lurah kehancuran.Salabi. telah dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul yang melampaui batas. hlm.Masyarakat TU semakin lali dan mementingkan keduniaan. 12 . 5-6 Ali Muhammad Ash. azimat dan Jampi serapah untuk menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. 733.33 Arak.0 Penyelewengan Islam Ajaran islam pada saat akhir kerajaan TU. masjid telah lengang dan terdapat juga masyarakat TU yang berpuas hati dengan membilang tasbih tanpa melakukan tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Malahan berlaku pemujaan kubur seperti memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan.

namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Mereka memainkan peranan penting dari sudut sosial. kerana mereka orang-orang kaya dan sukar menghadapi mereka. Armenia dan Albania kerana mampu memadamkannya. Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan Armenia. Sultan Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak bimbang pemberontakan dari pihak Rum.0 Peranan golongan minoriti Golongan minoriti dalam TU turut berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU . kecuali orang Yahudi. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan. politik dan ekonomi.”35 Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat TU yang telah meninggalkan syariat Islam dari pelbagai sudut ekonomi. 6. kebudayaan.36 35 .“ … sepanjang 600 tahun. perubatan dan jawatan penting lain. sosial dan politik dan berpaling kepada konsep keduniaan melumpuhkan nilai-nilai rohani dan nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwa dan diri seorang khalifah yang baik sehingga mendorong kemunculan pelbagai kemaksiatan yang akhirnya menjerat kerajaan TU. Kaum Yahudi ini berperanan selama 400 tahun dalam menjatuhkan kerajaan TU. Orang Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat dalam perniagaan.

Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). 13 . hlm. hlm. 36 Ibid. 510.Eeman Mohamed Abbas.97..

Mereka telah bertindak mengkhianati TU dengan membantu Rusia menentang TU pada 1876 kerana 37 38 39 . Mereka merupakan pengikut pelbagai Mazhab seperti Kristian. Turki.Orang Yahudi terutama Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU termasuk seruan perkauman. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan.37 Orang Yahudi mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh pemimpin-pemimpin TU yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu kepada kaum Yahudi. pemimpim utama Zionis bersumpah menggulingkan Abdul Hamid kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin kepada pihak Zionis. Mereka turut menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan khilafah.39 Selain itu. Kurdi dan lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason.38 Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU dan melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan TU dan sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan TU. Seorang penganalisa sejarah Turki berkata: “Boleh dikatakan dengan tegas dan pasti bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil konspirasi pihak Yahudi Freemason. seorang peguam Yahudi iaitu wakil peribadi kepada Theodore Herzl. Kurusu. dan Protestan. Walaupun awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan TU tetapi hasutan barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa yang menentang TU. bangsa Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan TU. wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. sama ada perkauman Arab. Khatolik.

hlm. Fadhlullah Jamil. hlm. Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan.. 511. 436.Ibid. hlm. Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). Eeman Mohamed Abbas. 14 .163.

622.. hlm.640-641. kerajaan TU seolah-olah menjadi sebuah kerajaan yang perlu dijatuhkan.terpengaruh idea Nasionalisme yang telah diterapkan. Para pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi menentang TU. Malahan pelajar-pelajar Armenia yang belajar ke Barat telah bersekongkol dan membuat perjanjian dengan para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi ( Satu persatuan Yahudi) untuk berjuang mengubah perlembagaan..41 Barat menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan TU kerana mereka merupakan minoriti beragama kristian. bangsa Armenia mempunyai 9 akhbar yang mempunyai hubungan dengan negara Barat. 7. Rusia. Mereka mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti alJaridah dan pihak Inggeris dan Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam pergerakan menjatuhkan TU. Semasa pemerintahan Sultan al-Hamid.42Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti TU ini jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan kerajaan TU.40 Malahan mereka menubuhkan pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar Armenia yang mendapat pendidikan di Switzerland dan Perancis. Britain. Ibid.639. 42 Ibid.0 Campurtangan Kuasa Asing Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk menjatuhkan kerajaan TU.. menukar sultan dan lainlain. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam) dan ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk perdagangan). hlm. hlm. 15 . 40 41 Ibid.

.

Akhbar-akhbar eropah membuat serangan kepada kerajaan TU dengan menuduh Sultan Abdul alHamid melakukan pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan idea Nasionalisme dan hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk menjatuhkan TU. Vienna. jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan TU bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan pemerintah- pemerintah akhirnya tetapi juga didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam. menyebarkan ilmu dan perubatan. Contohnya parti al-IIttihad wa al-Taraqqi (nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi antarabangsa). Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah Taflis telah menyebabkan kerajaan TU mengambil tindakan.43 Pihak Barat cuba campurtangan dengan propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti. pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Nasionalisme kaum. Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi dalam negara TU untuk menjatuhkannya. London. Kesemua . 44 Hal ini membuktikan bahawa Barat sememangnya memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan TU sejak awal lagi iaitu dengan meniupkan idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme berkobar-kobar mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkan lagi perjuangan dalam matlamat menggulingkan kerajaan TU KESIMPULAN Melalui esei yang telah dibincangkan di atas.Perancis. Paris dan Berlin. Budapest.

hlm. 436. hlm... Ibid. 638.43 44 Ibid. 16 .

.S. 1991.Salabi. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden jil II. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. 2004. 2002. 2000. 1991. 2003.faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan empayar Khalifah terakhir ini. Kuala Lumpur: Penerbit Amal. Kuala Lumpur: Prospecta Printers. Sultan ‘Abd Al- Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). Shah Alam: Thinkers Librarys. Eeman Mohamed Abbas. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hogson. Kebangkitan Islam: Gambaran dan sejarah dalam Tamadun Dunia. Adnan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohammad Redzuan Othaman. Marshall G.. Fadhlullah Jamil. BIBLIOGRAFI Ali Muhammad Ash. 17 . Jakarta: Pustaka Al-Kausar. Krisis Timur Tengah. Mohd Razali Masrun (terj.Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Hamedi Mohd.).