You are on page 1of 1

SKSELANJAN_2017

Tarikh 29 Mac 2017 Selasa
Masa 7.30 – 9.00 pagi
Tema Tema 3 : Semangat Perpaduan
Unit Jiran Adam
Standard 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
Kandungan untuk memberi respons dengan betul.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.

Standard 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan
Pembelajaran multimedia yang sesuai.
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan
betul.
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i. Membaca dan memahami maklumat tersurat daripada gambar, teks dan frasa yang
diberikan.
ii. Membina dan menulis ayat dengan betul.

Aktiviti 1. Guru mengajukan beberapa soalan :
- Apakah yang kamu faham tentang jiran?
- Siapakah nama jiran anda?
- Apakah yang anda sering lakukan bersama jiran anda?
2. Guru meminta murid membaca teks cerita yang tidak lengkap bertajuk ”Jiran Adam”
dalam buku teks halaman 46 secara kelas.
3. Guru memilih murid untuk menceritakan semula tentang teks cerita yang dibaca dengan
menggunakan ayat majmuk.
4. Guru mengarahkan murid meneliti dan memahami 2 buah gambar yang terdapat di
halaman tersebut.
5. Murid membaca maklumat daripada gambar dan frasa yang diberikan.
6. Dalam dua kumpulan, murid hendaklah membina ayat tunggal dan ayat majmuk tentang
berpandukan gambar dan frasa yang diberikan.
7. Kemudian, mereka perlu menyambung ayat dibina ke dalam teks cerita tersebut.
8. Wakil kumpulan akan membaca bersama-sama teks cerita lengkap tersebut di hadapan
kelas.
9. Murid-murid perlu menulis teks cerita tersebut dalam buku tulis mereka.
10. Guru akan menyoal kepada murid tentang apa yang mereka faham tentang pelajaran
pada hari tersebut.
11. Guru membuat kesimpulan dan memberikan nasihat kepada murid untuk hidup dalam
keadaan harmoni bersama jiran.
12. Murid membuat latihan pengayaan dalam buku aktiviti di halaman 48.

EMK PK : Nilai murni – kerjasama
Ilmu : Pendidikan Moral
KP TKP – verbal linguistik
Strategi PdP KB - mengitlak
BCB-bacaan intensif
BBM Buku tulis, buku teks, buku aktiviti
BA : 48
Refleksi Bilangan murid :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2